Top Banner
SEKOLAH KEBANGSAAN SERI PEMATANG RENGAS SERI MEDAN 83400 SERI MEDAN BATU PAHAT JOHOR Nama Pengkaji KAMALIAH BINTI SAABAN GURU BAHASA ARAB (DG41) Tajuk Kajian MENINGKATKAN PENGUASAAN MURID DALAM MENGELASKAN KATA TUNJUK “ISIM ISYARAH” MENGGUNAKAN TEKNIK PENERANGAN KAEDAH TUDUNG DAN SONGKOK0
13

KAJIAN TINDAKAN BAHASA ARAB 2015

May 17, 2023

Download

Documents

Mariyah Mohamad
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Page 1: KAJIAN TINDAKAN BAHASA ARAB 2015

SEKOLAH KEBANGSAAN

SERI PEMATANG RENGAS SERI MEDAN

83400 SERI MEDAN BATU PAHAT

JOHOR

Nama Pengkaji

KAMALIAH BINTI SAABAN

GURU BAHASA ARAB (DG41)

Tajuk Kajian

MENINGKATKAN PENGUASAAN MURID DALAM MENGELASKAN KATA

TUNJUK “ISIM ISYARAH” MENGGUNAKAN TEKNIK PENERANGAN KAEDAH

“TUDUNG DAN SONGKOK”

0

Page 2: KAJIAN TINDAKAN BAHASA ARAB 2015

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk membantu murid-murid tahun 2 Pintar, yang lemah dalam membuat pengkelasan isim isyarah (kata tunjuk). Murid-murid yang terlibat adalah seramai 5 orang yang juga merupakan murid-murid LINUS. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengesan dan membimbing murid-murid ini agar dapat menguasai kemahiran ini dalam matapelajaran Bahasa Arab.

Kajian ini berkaitan kaedah untuk menentukan isim isyarah (kata tunjuk) dalam satu ayat. Ia memfokuskan kepada proses pengecaman bentuk huruf di hujung perkataan dengan menggunakan teknik penerangan kaedah “tudung dan songkok”. Tinjauan awal yang telah dilakukan ialah mengenal pasti masalah murid melalui semakan latihan murid, latihan lisan, pemerhatian dan temu bual. Pengesanan awal terhadap masalah ini telah mendorong saya memikirkan kaedah yang sesuai dan ringkas yang boleh dipraktikkan oleh murid pada masa akan datang.

1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU

Sebagai seorang Guru Bahasa Arab, saya dapati 5 orang murid saya daripada kelas Tahun 2 Pintar yang merupakan murid LINUS tidak dapat menjawab dengan tepat latihan yang diberikan terutama sekali soalan yang berkaitan pengkelasan isim isyarah (kata tunjuk). Ini merupakan kefahaman asas yang perlu dikuasai oleh murid di dalam matapelajaran Bahasa Arab. Apabila saya bertanya kepada murid tersebut, bahagian topik yang mereka rasa mengelirukan dan tidak boleh dijawab, mereka menyatakan bahawa mereka keliru dibahagian ini. Jawapan yang diberikan oleh murid ini membuatkan saya terfikir untuk mencari satu teknik penerangan yang ringkas dan mudah untuk anak-anak murid saya.

Saya juga ada meminta pendapat dengan guru-guru lain memandangkan hanya saya yang mengajar Bahasa Arab di sekolah ini. Mereka mencadangkan murid-murid ini perlu diberi banyak latihan dan latih tubi. Saya berpendapat mungkin penerangan saya tidak difahami oleh murid. Oleh itu saya perlu memikirkan satu teknik penerangan yang lebih ringkas dan mudah untuk mengelakkan masalah ini berlanjutan dan menjejaskan pencapaian murid.

2.0 FOKUS KAJIAN

Fokus kajian kes ialah untuk menyelesaikan masalah murid saya yang gagal menjawab soalan pengkelasan isim isyarah (kata tunjuk) dengan menggunakan teknik penerangan

1

Page 3: KAJIAN TINDAKAN BAHASA ARAB 2015

kaedah “tudung dan songkok” terhadap lima orang murid Tahun 2 Pintar di Sekolah Kebangsaan Seri Pematang Rengas, Seri Medan, Batu Pahat.

Dengan membantu murid untuk menguasai konsep penerangan ini, murid dapat mengingat dalam tempoh yang panjang dan dapat menjawab soalan yang diberikan dengan betul dan penuh minat.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

Selepas kajian ini selesai dijalankan, murid-murid diharap dapat mencapai objektif berikut:

3.1 OBJEKTIF UMUM

3.1.1 Meningkatkan penguasaan murid dalam Bahasa Arab

3.2 OBJEKTIF KHUSUS

3.2.1 Murid dapat mengkelaskan isim isyarah (kata tunjuk) dengan betul.3.2.2 Menggalakkan murid membina ayat-ayat pendek.3.2.3 Mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang ceria dan

harmonis.

4.0 KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran saya terdiri daripada lima orang murid Tahun 2 Pintar yang didapati mempunyai masalah dalam mengelaskan isim isyarah dengan betul. Murid-murid ini adalah dari kalangan murid-murid LINUS di sekolah saya.

5.0 TINDAKAN YANG DICADANGKAN

5.1 TINJAUAN MASALAH

Tinjauan terhadap masalah mengenalpasti kelemahan mereka. Langkah pembetulan hanya dilakukan berdasarkan tinjauan yang dijalankan terhadap mereka berdasarkan kepada beberapa cara berikut:

2

Page 4: KAJIAN TINDAKAN BAHASA ARAB 2015

5.1.1 Semakan buku latihan

Semakan buku latihan digunakan bagi mengesan kelemahan murid. Kelemahan murid jelas dapat dilihat berdasarkan jawapan dan hasil kerja yang telah dilaksanakan murid.

5.1.2 Pemerhatian

Saya telah menggunakan kaedah pemerhatian dalam kajian ini. Pemerhatian ini telah dibuat semasa proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah, melalui respon kepada soalan-soalan yang diajukan, latihan bertulis dan ujian pra.

5.1.3 Temu Bual

Kaedah lain yang saya gunakan ialah melalui temubual yang mana ia dilakukan secara tidak formal terhadap murid-murid kumpulan sasaran. Temu bual ini secara tidak langsung dapat mengenali punca sebenar murid tidak dapat menguasai kemahiran mengingat dan memadan.

5.1.4 Soal Selidik

Borang soal selidik disediakan dan diedarkan kepada murid-murid untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan matapelajaran Bahasa Arab. Borang ini perlu diisi oleh murid-murid untuk mendapatkan maklumat yang tepat.

Bil

Penyataan Tidak Setuju Setuju

1 Saya tidak faham cara cikgu mengajar

2 Saya faham makna هذا 3 Saya faham makna هذه4 Saya minat matapelajaran Bahasa

ArabJadual 5.1.4

5.1.5 Ujian Pra

Ujian Pra dijalankan untuk menguji tahap sebenar kefahaman murid dalam mengelaskan isim isyarah dengan betul. Ujian Pra dijalankan sebelum sesi bimbingan bermula. Soalan ujian pra terdiri daripada 6 soalan subjektif dan murid-murid dikehendaki menjawab di atas kertas ujian tersebut. Tempoh masa menjawab adalah 10 minit.

3

Page 5: KAJIAN TINDAKAN BAHASA ARAB 2015

Bil soalan yang betul Bil Murid654321

---32-

Jadual 5.1.5

5.2 REFLEKSI DARI TINJAUAN MASALAH

Hasil dapatan daripada tinjauan masalah yang telah dilakukan, saya mendapati murid-murid sasaran saya sememangnya tidak memahami langsung bagaimana untuk membuat pengkelasan isim isyarah (kata tunjuk) dengan betul. Dua orang daripada mereka juga tidak memahami maksud isim isyarah itu sendiri. Daripada ujian pra yang dilaksanakan hanya tiga orang sahaja yang hanya betul 3 soalan. Walaubagaimanapun kesemua daripada mereka masih meminati matapelajaran Bahasa Arab. Saya amat gembira melihat dapatan ini dan mendorong saya untuk terus membantu mereka memahami dan menguasai kemahiran ini.

5.3 PERLAKSANAAN TINDAKAN

Setelah saya mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh murid, saya bercadang untuk menukar kaedah penerangan kepada penerangan yang lebih ringkas dan menarik iaitu menggunakan teknik penerangan kaedah “tudung dan songkok”. Selepas itu saya akan memberi ujian pos kepada murid terlibat bagi melihat peningkatan kefahaman murid.

5.3.1 Penerangan kaedah “Tudung”

Definisi tudung yang saya maksudkan di sini adalah bersifat perempuan (muannath). Huruf berbentuk ة bulat seperti tudung Maka perkataan yang mempunyai huruf ة di hujung adalah bersifat muannath dan pengkelasannya adalah .Saya meminta murid fokus kepada huruf di hujung setiap perkataan . هذه

5.3.2 Penerangan kaedah “songkok”

Manakala definisi songkok yang dimaksudkan di sini adalah bersifat lelaki iaitu (mudzakkar). Ia simbolik kepada huruf-huruf di hujung perkataan selain huruf ة dan ianya tidak berbentuk bulat. Maka pengkelasan kepada perkataan ini adalah هذا . Saya meminta murid fokus kepada huruf di hujung setiap perkataan.

4

Page 6: KAJIAN TINDAKAN BAHASA ARAB 2015

Jadual 5.3.2

5.3.3 Ujian Pos

Ujian pos telah dijalankan setelah bimbingan teknik “tudung dan songkok” selesai dan dapat dikuasai oleh anak-anak murid saya. Sebanyak 10 soalan telah diberikan kepada murid dan mereka dikehendaki menjawab dalam masa 15 minit. Soalan yang diberikan adalah berlainan dengan soalan ujian pra, akan tetapi aras soalan adalah setara. Dapatan hasil ujian adalah seperti jadual berikut:

zarina lutfan syafiq Mukhriz Madiana0

2

4

6

8

10

12

Jumlah markah murid /10

Jumlah markah murid /10

Jadual 5.3.3Pencapaian murid berdasarkan markah dalam ujian pos

5

هذه هذا

رسري مقل

Huruf dihujung

selain dari ة

ةممحا

ةمقلم

ةطبشور

ةحقيب

Kaedah “tudung” dan “Songkok” (lihat huruf di hujung)

Page 7: KAJIAN TINDAKAN BAHASA ARAB 2015

5.4 PENILAIAN

Keputusan ujian pra dan ujian pos disimpan dan direkod. Murid faham teknik yang diajar dan dapat membuat pengkelasan dengan tepat dan betul. Mereka juga dapat menjawab soalan akhir dengan tepat dan betul. Murid sasaran kelihatan gembira dengan aktiviti dan teknik perumpamaan yang digunakan.

5.5 REFLEKSI KAJIAN

Berdasarkan keputusan ujian pos yang telah dijalankan ke atas murid-murid sasaran, (Rujuk jadual 5.5). Tindakan intervensi telah berjaya menyelesaikan fokus kajian iaitu membantu meningkatkan penguasaan lima orang murid dalam membuat pengelasan isim isyarah dengan tepat dan betul. Saya berasa gembira dengan peningkatan pencapaian ini.

Daripada kajian ini, saya berharap pencapaian anak-anak murid saya akan terus meningkat dan mereka dapat mengingat kaedah ini agar dapat menjawab soalan akhir tahun dengan tepat dan betul.

murid 1 (z

arina)

murid 2 (L

utfan)

murid 3 (S

yafiq)

murid 4 ( M

ukhriz

)

murid 5 (M

adian

a)0

102030405060708090

100

Ujian Pra

Ujian Pos

Ujian PraUjian Pos

Jadual 5.5Perbandingan peratus pencapaian antara ujian pra dan ujian pos

6

Page 8: KAJIAN TINDAKAN BAHASA ARAB 2015

6 CADANGAN UNTUK KAJIAN SETERUSNYA

Berdasarkan daripada kajian ini, untuk kajian seterusnya, saya akan memikirkan kaedah mudah untuk menghafal dan mengenalpasti huruf jar dengan baik. Sasaran kajian pada kali ini adalah murid tahun 5 Pintar. Ini kerana semasa kelas pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab saya mendapati beberapa orang murid masih keliru bagaimana untuk mengeluarkan huruf jar dalam satu ayat. Saya berharap dengan usaha penambahbaikan ini akan dapat memupuk semangat murid-murid untuk mempelajari bahasa indah bahasa al-Quran ini. Sepertimana dalam firman Allah yang bermaksud “jika kamu menolong agama Allah nescaya Allah akan menolongmu”. Manakala salah satu bentuk menolong Allah ialah dengan mengagungkan syiar-Nya dan bahasa arab adalah syiar agama Islam.

7 JADUAL PERLAKSANAAN KAJIAN

Bil Aktiviti Tempoh / Tarikh Perlaksanaan

1

2

3

4

5

6

7

8

Mengenal pasti fokus kajian

Menulis kertas cadangan / proposal

Ujian pra

Menganalisa data ujian pra

Merancang tindakan

Menjalankan tindakan

Ujian pos

Menganalisa data ujian pos

16 Jun 2015

1 Julai 2015

7 Julai 2015

2 hari (8 Julai – 9 Julai 2015)

10 Julai 2015

3 hari (11 Julai -13 Julai 2015)

14 Julai 2015

2 hari (15 Julai -16 Julai 2015)

17 Julai 2015 – 18 Julai 2015(Hari raya Aidilfitri)

9 Menulis Laporan Kajian 22 Julai 2015 – 29 Julai 2015

Jadual 7

7

Page 9: KAJIAN TINDAKAN BAHASA ARAB 2015

8 RUJUKAN

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia. (2008). Manual Kajian Tindakan. Kuala Lumpur: BPPPDP, KPM

Chow Fook Meng, (2011). Kajian Tindakan: Konsep & Amalan dalam Pengajaran. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

http://cara.media/mudah-bahasa-arab/

https://catatanlathifah.wordpress.com/2013/05/24/tips-mempelajari-bahasa-arab/

http://faridahdoya.blogspot.com

http://www.teachersrock.net/kajian%20tindakan

http://ktindakan.blogspot.com/2011/08/format-penulisan-prososal.html

8

Page 10: KAJIAN TINDAKAN BAHASA ARAB 2015

Lampiran 1

SOALAN UJIAN PRA

DAPATAN UJIAN PRA

Bil soalan yang betul Bil Murid654321

---32-

9

األشارة األسم

األتيه / الكلمة في هذه هذا بين عين

طبشورة _________

مبراة _________

قلم _________

حقيبة ________

مقلمة ________

ممسحة ________

Page 11: KAJIAN TINDAKAN BAHASA ARAB 2015

Lampiran 2

SOALAN UJIAN POS

DAPATAN UJIAN POS

zarina lutfan syafiq Mukhriz Madiana0

2

4

6

8

10

12

Jumlah markah murid /10

Jumlah markah murid /10

10

األشارة األسماألتيه / الكلمة في هذه هذا بين عين

طبشورة _______

قلم _________

مبراة _______

كرسي ________

حقيبة ________

مكتب _________

مقلمة ________

مرسم _________

ممسحة ________

10

Page 12: KAJIAN TINDAKAN BAHASA ARAB 2015

Lampiran 3

GAMBAR-GAMBAR SEMASA KAJIAN DIJALANKAN

Lampiran 4

NAMA-NAMA MURID KUMPULAN SASARAN

BIL NAMA MURID TAHUN PENYATAAN

1 SITI ZARINA BT SORAJI 2 PINTAR LINUS

11

Page 13: KAJIAN TINDAKAN BAHASA ARAB 2015

2 MUHAMMAD LUTFAN 2 PINTAR LINUS

3 MUHAMMAD SYAFIQ 2 PINTAR LINUS

4 MUHAMMAD ADAM MUKHRIZ 2PINTAR LINUS

5 YUSRIMADIANA BT HANIZAM 2 PINTAR LINUS

12