BAB 1
PENDAHULUAN
1.1
Pengenalan
Hari ini wanita memainkan peranan besar dalam membantu
pembangunan dan daya saing kebanyakan negara. Mengikut Smith-Hunter
dan Leone (2010), lima puluh peratus populasi di kebanyakan negara
adalah terdiri daripada wanita dan lima puluh peratus daripada
jumlah itu adalah tenaga buruh yang berpotensi. Di Asia Tenggara
bilangan usahawan wanita adalah lebih daripada lima puluh peratus
(Coughlin & Thomas, 2002). Manakala, di Eropah sebanyak 25
peratus wanita telah memiliki empayar perniagaan sendiri dan 64
peratus di Russia dan ia telah menunjukkan sumbangan yang
signifikan serta berterusan ke atas ekonomi yang dahulunya tidak
menunjukkan gerak maju (laman web Jabatan Perdana Menteri,
2011).
Saiz penduduk wanita di Malaysia telah meningkat daripada 11.5
juta pada tahun 2000 kepada 13.5 juta pada tahun 2010 (Jabatan
Perangkaan Malaysia, 2011). Oleh itu, wanita akan terus menjadi
sumber utama dalam mempengaruhi pembangunan generasi akan datang
serta menjadi penyumbang kepada ekonomi.1
Peratus wanita dalam pengurusan tertinggi sektor awam telah
meningkat daripada 6.9 peratus pada tahun 1995 kepada 30.5 peratus
pada tahun 2010. Pada tahun 2008, wanita juga mewakili 65.9 peratus
daripada enrolmen pelajar lepasan sekolah menengah di sekolah
bantuan penuh kerajaan serta dianggarkan 62.3 peratus enrolmen bagi
Ijazah Pertama dan 52.7 peratus dalam enrolmen untuk Ijazah Sarjana
di Insitusi Pengajian Tinggi Awam (Rancangan Malaysia ke-Sepuluh,
2010). Bilangan ini berpotensi untuk menjadi tenaga buruh dan
kemungkinan
sebahagiannya akan menjadi usahawan.
Penyertaan wanita dalam tenaga buruh meningkat daripada 44.7
peratus pada tahun 2005 kepada 45.7 peratus pada tahun 2008 dan
bilangan tersebut terus meningkat kepada 46.4 peratus pada tahun
2009. Penyertaan wanita Malaysia dalam tenaga buruh agak rendah
jika dibanding dengan negara jiran seperti Thailand (70.0 peratus),
Singapura (60.2 peratus) dan Indonesia (51.8 peratus). Secara
purata, perbezaan upah antara wanita dan lelaki telah berkurangan
daripada 1:1.16 pada tahun 2006 kepada 1:1.08 pada tahun 2009.
Walau bagaimanapun, nisbah berkenaan berkurangan secara perlahan.
Selanjutnya, daripada 155,600 wanita menganggur pada tahun 2009,
terdapat seramai 16,182 wanita berkahwin, 2,178 balu dan 2,956
janda.
Merujuk kepada Carta 1, bilangan usahawan di Malaysia
menunjukkan peningkatan yang marginal. Bilangan usahawan dalam
tempoh 1982 hingga 2003 adalah di antara 1.2 hingga 1.9 juta orang.
Pertambahan bilangan usahawan ini2
sejajar dengan peningkatan bilangan penduduk bekerja daripada
5.25 juta pada 1982 kepada 1.66 juta pada tahun 2008.1
Namun demikian, peratusan usahawan di Malaysia agak kecil iaitu
tidak melebihi 26 peratus daripada keseluruhan penduduk bekerja
dalam tempoh 25 tahun. Peratusan tersebut juga didapati menunjukkan
tren yang menurun daripada 25.1 peratus pada tahun 1982 kepada 20.9
peratus pada tahun 2008.
Carta 1.1: Bilangan dan Peratusan Usahawan mengikut Jantina,
Malaysia 1982 - 2008
1
Siaran Khas Penyiasatan Tenaga Buruh Usahawan di Malaysia, Siri
4 Bil 1/2009.
3
Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia
Menurut Siasat Khas Penyiasatan Tenaga Buruh Usahawan yang
dijalankan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, secara keseluruhannya
bilangan usahawan di Malaysia pada tahun 2008 adalah sebanyak 2.22
juta iaitu daripada 10.66 juta penduduk bekerja di Malaysia dengan
taburan usahawan lelaki sebanyak 25.2 peratus dan usahawan wanita
sebanyak 13.1 peratus. Ini menunjukkan bahawa bilangan usahawan
telah dimonopoli oleh golongan lelaki memandangkan kadar penyertaan
tenaga buruh (KPTB) lelaki juga mengatasi perempuan dengan kadar
penyertaan di antara 79.0 peratus hingga 85.8 peratus dalam tempoh
tersebut. Bilangan usahawan lelaki juta didapati telah melebihi 1
juta orang kecuali pada tahun 1982 (988.8 ribu orang) dan 1984
(948.3 ribu orang).
4
Sebaliknya, bilangan usahawan wanita berada pada tahap yang
rendah berbanding usahawan lelaki dengan mencatatkan bilangannya
tidak melebihi 500,000 orang pada tempoh yang sama kecuali pada
tahun 2007 (525.4 ribu orang). Jurang perbezaan di antara usahawan
lelaki dan perempuan adalah ketara susulan daripada KPTB wanita
secara relatifnya agak rendah berbanding lelaki (di antara 44.4%
hingga 47.8%).
1.2
Latar belakang Kajian
1.2.1 Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
(KPWKM)
Penubuhan Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga adalah
manifestasi pelaksanaan iltizam negara yang dibuat di Persidangan
Sedunia Keempat Wanita di Beijing pada tahun 1995 seperti yang
terkandung dalam dokumen Landasan Tindakan bagi memajukan wanita ke
tahun 2000, iaitu :
"Pewujudan sebuah Kementerian yang lengkap menggambarkan
komitmen Kerajaan yang tinggi untuk meningkatkan martabat wanita di
negara ini."
Penubuhan Kementerian Hal Ehwal Wanita telah diumumkan oleh YAB
Perdana Menteri pada 17 Januari 2001. Fungsi Kementerian
kemudiannya telah diperluaskan dan ditukar namanya kepada
Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga (KPWK) mulai 15
Februari 2001. Sehubungan itu, Jabatan Hal Ehwal5
Wanita (HAWA) dan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga
Negara (LPPKN) telah diletakkan di bawah Kementerian. HAWA
kemudiannya distruktur semula dan dikenali sebagai Jabatan
Pembangunan Wanita (JPW).
Selepas Pilihan Raya Umum Kesebelas pada bulan Mac 2004, fungsi
dan tanggungjawab KPWK telah diperluaskan lagi. Pada 27 Mac 2004
fungsi Pembangunan Masyarakat dan Kementerian Perpaduan Negara dan
Pembangunan Masyarakat telah dibubarkan, dan telah dipindahkan ke
KPWK. Selaras dengan pertubuhan tersebut, KPWK telah ditukar nama
menjadi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
(KPWKM).
Dengan penstrukturan baru ini, KPWKM mempunyai empat (4) buah
agensi di bawah pentadbirannya iaitu :
i. ii. iii. iv.
Jabatan Pembangunan Wanita (JPW); Jabatan Kebajikan Masyarakat
Malaysia (JKMM); Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara
(LPPKN); dan Institut Sosial Malaysia (ISM).
Institut Pengupayaan Wanita bagi Anggota Pergerakan
Negara-negara Berkecuali (NIEW) telah ditubuhkan secara rasmi pada
1 Julai 2006 di bawah6
KPWKM selepas Malaysia diberi mandat untuk menubuhkan sebuah
institusi untuk wanita dari kalangan negara-negara Anggota NAM.
KPWKM dipimpin oleh YB Dato' Sri Shahrizat Abdul Jalil (2001 -
Februari 2008) sebagai menteri yang bertanggungjawab untuk
meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap pentingnya peranan
golongan wanita dan institusi kekeluargaan untuk mencapai agenda
pembangunan negara. Masyarakat juga diberi kesedaran dan bimbingan
dalam aspek pembangunan sosial terutamanya kebajikan masyarakat,
bagi mencapai matlamat ke arah mewujudkan masyarakat penyayang dan
masyarakat maju selaras dengan Wawasan 2020.
Pada masa ini, KPWKM diterajui semula oleh YB Senator Dato' Sri
Shahrizat Abdul Jalil. Manakala YB Senator Datuk Heng Seai Kie
dilantik sebagai Timbalan Menteri (Sumber: Internet, Kementerian
Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, 2011).
Di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang telah
dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia pada tahun 2009,
KPWKM telah dipertanggungjawabkan untuk menerajui salah satu cabang
NKRA iaitu
meningkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah.
7
1.2.2 Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA)
Pada 27 Julai 2009, YAB Dato' Sri Hj. Mohd. Najib Tun Haji Abdul
Razak, Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan Indeks Prestasi
Utama (KPI) enam teras Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA)
sebagai usaha untuk menyediakan dan meningkatkan tahap
kesejahteraan kepada rakyat. Enam teras Bidang Keberhasilan Utama
Negara (NKRA) adalah seperti berikut: i. ii. iii. iv. v. vi. usaha
bagi mengurangkan kadar jenayah; memerangi rasuah; meluaskan akses
kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan; meningkatkan taraf
hidup rakyat berpendapatan rendah; memperkasa prasarana luar bandar
dan pedalaman; dan menambah baik pengangkutan awam dalam jangka
masa sederhana.
Bagi setiap NKRA, seorang menteri telah dilantik sebagai 'lead
minister' atau menteri pimpinan bagi menerajui NKRA yang
ditetapkan. Menteri-menteri yang dilantik adalah seperti berikut:
i. Bagi NKRA untuk meluaskan akses pendidikan berkualiti dan
berkemampuan, menterinya ialah YAB Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin
Mohd. Yassin (Timbalan Perdana Menteri, Menteri Pelajaran);8
ii.
Bagi NKRA mengurangkan kadar jenayah, YB Dato Seri Hishammuddin
Tun Hussein (Menteri Dalam Negeri);
iii.
Bagi NKRA memerangi rasuah, YB Dato Seri Mohamed Nazri Aziz
(Menteri di Jabatan Perdana Menteri);
iv.
Bagi NKRA tingkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah
pula menterinya ialah YB Dato Sri Shahrizat Abdul Jalil (Menteri
Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat);
v.
Bagi NKRA memperkasa prasarana luar bandar dan pedalaman ialah
YB Dato Seri Hj. Mohd. Shafie Hj. Apdal (Menteri Kemajuan Luar
Bandar dan Wilayah); dan
vi.
Bagi NKRA menambah baik pengangkutan awam, menterinya ialah YB
Dato' Seri Kong Cho Ha (Menteri Pengangkutan).
Di bawah NKRA ke empat iaitu meningkatkan taraf hidup rakyat
berpendapatan rendah yang diterajui oleh YB Dato Sri Shahrizat
Abdul Jalil, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
terdapat empat sasaran utama atau sub-NKRA iaitu:
i.
Membasmi kemiskinan tegar 44,643 is rumah miskin tegar di bawah
sistem eKasih menjelang 31 Disember 2010;
ii.
Mengurangkan kadar kemiskinan daripada 3.6% kepada 2.8%
menjelang Disember 2010;9
iii.
Melatih dan membangunkan 2,000 usahawan wanita menjelang 31
Disember 2010 dan 4,000 usahawan wanita menjelang tahun 2012;
dan
iv.
Meningkatkan kadar pemilikan atau penyewaan rumah ke 50%
dikalangan rakyat berpendapatan RM2,500 sebulan ke bawah menjelang
Disember 2010 (Sumber: Internet, Jabatan Penerangan Malaysia,
2011).
Kajian ini akan menumpukan kepada sub-NKRA yang ke tiga iaitu
melahirkan 4,000 usahawan wanita menjelang tahun 2012. Untuk
memastikan matlamat sub-NKRA ini tercapai, KPWKM telah bekerjasama
dengan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dan sehingga kini seramai
2,330 orang usahawan wanita telah berjaya dilatih seluruh negara
dengan pencapaian pendapatan di antara RM3,500 hingga RM5,000
sebulan dalam usaha mengeluarkan wanita dari kepompong
kemiskinan.
Selain daripada itu, Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) iaitu
salah satu agensi KPWKM juga telah melatih 3,433 orang peserta
menerusi program-program pembangunan kapasiti wanita seperti
Inkubator Kemahiran Ibu Tunggal (I-KIT), Inkubator Keusahawanan
Wanita (I-KeuNita) dan Jejari Bestari untuk menjadi usahawan.
10
1.3
Penyataan Masalah
Kepentingan wanita dalam pembangunan negara semakin diakui.
Wanita memainkan peranan penting dalam meningkatkan ekonomi rumah
tangga dan seterusnya membangun ekonomi negara (Chamhuri, 1996).
Malah, kaum hawa membentuk separuh dari penduduk Malaysia. Namun
begitu tidak dinafikan juga usahawan wanita perlu menghadapi
pelbagai rintangan dan liku-liku hidup sehingga mereka berjaya
dapat keluar dari kemelut kemiskinan dan kesukaran dalam hidup.
Golongan wanita miskin sekiranya diberi peluang untuk melawan
kemiskinan akan mengambil sebarang peluang tipis yang akan
menolongnya keluar daripada keadaan buruk yang dialaminya.
Contohnya, wanita miskin di Bangladesh mempunyai kualiti yang
positif untuk menjamin dan menguatkan proses pembangunan. Mereka
mempunyai semangat untuk terus maju, bekerja keras, berfikir
tentang kemuliaan mereka, mengambil tahu tentang anak-anak dan masa
depan mereka. Mereka juga sanggup berkorban untuk kebaikan
anak-anak dan bergerak dengan cara yang sistematik dalam mencapai
cita-cita (Gibbons, 1988).
Pada zaman ini kewujudan usahawan tumbuh bak cendawan dan kaum
wanita lebih ramai memberanikan diri berkecimpung dalam arena
keusahawanan setanding dengan lelaki (Ab. Aziz, 2010). Kejayaan
usahawan wanita patut dicontohi dan dipelajari oleh golongan yang
sama bagi memperbaiki taraf hidup mereka. Kerajaan melalui pelbagai
agensi telah berusaha menyalurkan pelbagai bantuan sama ada dalam
bentuk kewangan atau program latihan bagi membantu golongan wanita
untuk mengatasi masalah ekonomi ini melalui program-program
keusahawanan.11
Namun demikian, tidak ramai yang mampu keluar daripada kemelut
kemiskinan walaupun telah diberikan pelbagai bantuan. Oleh yang
demikian adalah sangat perlu bantuan dan sokongan yang diberikan
mencapai matlamat yang disasar agar tidak berlaku pembaziran
sumber.
Bagi mengelakkan pembaziran sumber tidak berlaku, KPWKM
memerlukan pangkalan data profil yang lengkap untuk merancangkan
program-program pembangunan usahawan dalam kalangan wanita. Namun
begitu, pada masa kini, masih tiada lagi pangkalan data mengenai
profil usahawan wanita yang telah mendapat latihan di bawah program
KPWKM. Justeru itu, siapa mereka ini masih menjadi tanda tanya dari
segi tahap pendidikan mereka, tanggungan mereka, perniagaan yang
akan mereka jalankan dan lain-lain fakta yang masih kesamaran. Oleh
itu, sukar untuk dibangunkan program yang menepati matlamat dalam
melahir dan memperkasa golongan wanita supaya mereka boleh menjadi
usahawan yang berjaya.
Di dalam Rancangan Malaysia ke-10 (2011 2015), terdapat objektif
pembangunan jangka panjang yang cuba memastikan wanita terutama
yang berpendapatan rendah meneroka sokongan institusi dan
memperkasa mereka agar keluar dari kepompong kemiskinan. Pelbagai
usaha telah dirancang dan dilaksanakan terutama dalam bidang
kemahiran dan keusahawanan kepada wanita dan ibu tunggal seperti
program I-KIT, Jejari Bestari dan I-KeuNita. Program ini dirangka
bagi
12
menggalakkan wanita yang menghadapi kesukaran terutama wanita
dalam kalangan isi rumah 40% terendah menjalankan lebih banyak
aktiviti keusahawanan. Namun begitu, memandangkan masih banyak
maklumat yang diperlukan dalam melaksanakan program pembangunan
usahawan di kalangan wanita, maka kajian ini amat perlu dijalankan
bagi mengenal pasti keadaan penglibatan wanita sebagai usahawan
dengan mengambil kira faktor-faktor yang mendorong penglibatan
mereka sebagai usahawan dan faktor-faktor yang mempengaruhi
kejayaan serta kegagalan wanita di dalam bidang keusahawanan.
Oleh yang demikian, menerusi kajian ini ianya dapat merungkai
beberapa persoalan dan KPWKM dapat memanfaatkan maklumat yang
diperolehi bagi membantu bakal usahawan wanita untuk menjadi lebih
produktif dan mampu menjalankan peranan mereka sebagai rakyat
Malaysia yang secara tidak langsung dapat menyumbang kepada ekonomi
keluarga khususnya dan ekonomi negara amnya.
1.4
Matlamat Kajian
Kajian ini dijalankan adalah untuk meninjau keadaan penglibatan
bakal usahawan KPWKM dalam bidang keusahawanan dalam usaha untuk
membantu mereka menjadi usahawan wanita yang berjaya
13
1.5
Objektif Kajian
Objektif kajian ini adalah untuk: 1.5.1 Mengenal pasti profil
peserta program-program pembangunan usahawan yang dianjurkan oleh
JPW;
1.5.2 Mengenal pasti keinginan peserta menjadi usahawan;
1.5.3 Mengenal pasti tahap kesediaan dari aspek minat bakal
usahawan wanita yang terlibat dalam program-program pembangunan
usahawan KPWKM;
1.5.4
Mengenal pasti tahap kesediaan dari aspek sikap bakal usahawan
wanita yang terlibat dalam program-program pembangunan usahawan
KPWKM;
1.5.5 Mengenal pasti hubungan antara ciri-ciri dari aspek minat
dan sikap bakal usahawan wanita untuk menjadi seorang usahawan;
dan
1.5.6 Mengenal pasti masalah yang mungkin dihadapi oleh bakal
usahawan wanita untuk menceburi bidang keusahawanan.
14
1.6
Persoalan Kajian
Persoalan bagi kajian ini adalah untuk mengenal pasti: 1.6.1
Apakah profil peserta program-program pembangunan usahawan yang
dianjurkan oleh JPW?
1.6.2 Apakah keinginan peserta program menjadi usahawan?
1.6.3 Apakah tahap kesediaan dari aspek minat bakal usahawan
wanita yang terlibat dalam program-program pembangunan usahawan
KPWKM?
1.6.4 Apakah tahap kesediaan dari aspek sikap bakal usahawan
wanita yang terlibat dalam program-program pembangunan usahawan
KPWKM?
1.6.5 Adakah ciri-ciri dari aspek minat bakal usahawan wanita
mempunyai hubungan dengan ciri-ciri dari aspek sikap untuk menjadi
seorang usahawan?
1.6.6 Apakah masalah-masalah yang mungkin dihadapi oleh bakal
usahawan wanita KPWKM untuk menceburi bidang keusahawanan?
15
1.7
Kepentingan Kajian
Kajian ini amat penting dan memberikan implikasi yang baik
kepada pihakpihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung
di mana maklumat yang diperolehi boleh digunakan dalam merangka dan
melaksanakan program keusahawanan untuk wanita terutamanya yang
berpendapatan rendah.
Antara kepentingan kajian ini adalah:
1.7.1 Dapat
membantu
KPWKM
untuk
mewujudkan
program
pembangunan keusahawanan yang bersesuaian dengan keperluan
wanita.
1.7.2 Dapat membantu KPWKM untuk membangunkan dengan lebih
efektif seberapa ramai usahawan wanita hasil daripada kefahaman
tentang permasalahan yang mereka hadapi dan bagimana cara bagi
mengatasi masalah tersebut.
1.7.3 Dapat membantu KPWKM dalam mengenal pasti bantuan dan
latihan yang diperlukan oleh bakal usahawan wanita bagi membolehkan
mereka meningkatkan prestasi perniagaan serta membolehkan mereka
mampu bersaing.
1.7.4 Dapat dijadikan rujukan kepada pengkaji lain dalam membuat
kajian seterusnya memandangkan kajian keusahawanan di kalangan
wanita
16
masih kurang dijalankan dalam kalangan penyelidik-penyelidik
tempatan.
1.8
Skop Kajian
Skop kajian ini melibatkan bakal usahawan wanita di bawah KPWKM
yang akan menceburi diri dalam bidang keusahawanan.
1.9
Batasan Kajian
Kajian ini hanya tertumpu kepada bakal usahawan wanita di bawah
KPWKM di negeri Melaka, Pahang, Selangor dan Wilayah Persekutuan
(WP) Kuala Lumpur sahaja. Oleh itu, maklumat yang diperolehi adalah
terbatas kepada bakal usahawan wanita di negeri Melaka, Pahang,
Selangor dan WP Kuala Lumpur sahaja dan tidak boleh
digeneralisasikan kepada semua bakal usahawan di bawah KPWKM.
Kajian ini masih tidak dapat meliputi semua bakal usahawan KPWKM
kepada kesuntukan masa. Kajian ini juga terhad kepada kajian yang
menggunakan instrumen soal selidik sahaja dan terhad kepada dimensi
minat, sikap dan masalah yang mungkin dihadapi oleh responden.
17
1.10
Definisi Pengoperasian
1.10.1 Usahawan
Usahawan adalah individu yang menubuhkan sesebuah organisasi
atau firma perniagaan. Usahawan adalah pencipta perniagaan melalui
empat dimensi iaitu individu, organisasi, persekitaran dan proses
yang dibantu oleh rangkaian kerjasamsa dalam Kerajaan, pendidikan
dan institusi (Jasiman, 2005).
1.10.2 Usahawan Wanita
Usahawan adalah merujuk kepada wanita yang melibatkan diri dalam
apa jua bidang perniagaan dan menggunakan kreativiti mereka dalam
menjayakan perniagaan tersebut. Untuk menjadi usahawan, seseorang
itu perlu memiliki beberapa ciri-ciri tertentu yang dapat mendorong
mereka untuk menerokai bidang keusahawanan seperti mempunyai daya
usaha untuk menceburi bidang perniagaan dan sanggup mengambil
risiko.
1.10.3 Keusahawanan
Keusahawanan ialah satu proses menghasilkan sesuatu yang berbeza
dan bernilai dengan menumpukan usaha dan tenaga yang diperlukan,
menanggung risiko kewangan, psikologi dan sosial serta menerima
ganjaran dalam bentuk kewangan dan kepuasan diri (Robert, 1985
dalam Aini, Faridahwati & Hasni, 2000). 1.10.4 Sikap
keusahawanan18
Sikap keusahawanan adalah sikap yang mempengaruhi
tindakan-tindakan keusahawanan dan memainkan peranan penting dalam
apa jua tuntutan keusahawanan seperti mengenal pasti teknik dan
kaedah yang harus digunakan untuk mengurusakan perniagaan yang
dilakukan oleh individu terbabit.
1.10.5 Ciri-ciri usahawan
Ciri-ciri usahawan adalah suatu kemampuan atau kemahiran diri
yang perlu ada pada individu untuk memenuhi keinginan atau kehendak
yang timbul daripada desakan dalaman atau galakan luaran yang wujud
dalam persekitaran (Nor Aishah, 2002).
1.11
Pengorganisasian Kajian
Kajian ini dibahagikan kepada lima bab utama. Bab yang pertama
menerangkan latar belakang kajian, objektif kajian, signifikan
kajian dilakukan, skop kajian dan sebagainya. Dengan adanya bab
ini, pembaca akan memahami dan gambaran awal mengenai kajian
ini.
Bab kedua kajian ini adalah ulasan karya. Ulasan karya dibuat
bagi menyokong kajian yang dilakukan. Ulasan karya ini adalah
berdasarkan sokongan kajian-kajian yang dilakukan oleh para
penyelidik terdahulu. Berdasarkan ulasan karya, ia dapat memacu
menghasilkan kajian yang lebih kukuh.
19
Bab tiga pula menerangkan kaedah kajian yang dilakukan oleh
penyelidik. Antaranya adalah menerangkan kaedah kutipan data yang
dilakukan serta analisi yang bakal digunakan. Manakala bagi bab
empat merupakan analisis selepas dapatan kajian dilaksanakan. Ianya
melibatkan analisis secara statistik yang diperolehi daripada
maklumat para responden melalui kaedah kuantitatif. Bab lima iaitu
bab terakhir berkaitan perbincangan lanjut hasil dapatan, rumusan
penemuan kajian yang diperolehi serta cadangan penambahbaikan
terhadap kajian pada masa akan datang. Carta aliran kajian ini
adalah seperti yang ditunjukkan di Rajah 1.1. Rajah 1.1: Carta
Aliran Kajian Pernyataan Masalah
Persoalan Kajian
Objektif dan Matlamat Kajian
Ulasan Karya
Metodologi
Analisis Data
Hasil Analisis
Kesimpulan / Perbincangan
20
BAB 2
ULASAN KARYA
2.1
Pengenalan
Ulasan karya bertujuan untuk mengumpul kajian-kajian lepas yang
berkaitan dalam membantu dan mengenal pasti arah kajian yang
dijalankan. Kajian-kajian lepas dari dalam dan luar negara
dijadikan sebagai rujukan dalam membentuk persoalan kajian ini.
Ciri-ciri atau aspek dari segi minat dan sikap untuk menjadi
usahawan serta permasalahan untuk memulakan perniagaan
diperbincangkan melalui beberapa model dan teori yang berkaitan
dengan usahawan. Bahan rujukan yang digunakan adalah seperti
jurnal, buku, keratan akhbar, majalah, tesis, laporan-laporan
internet, tinjauan rambang, bahan media massa dan bahan bercetak
lain.
Melalui kajian-kajian yang dijalankan, usahawan dan keusahawanan
sering dikaitkan dengan perihal kejayaan dan kekayaan di samping
pelbagai bentuk halangan, kesukaran, dugaan dan cabaran.
Lebih-lebih lagi kepada wanita terutama yang berpendapatan rendah
dan ibu tunggal untuk menjadi usahawan sudah pasti akan menempuh
pelbagai cabaran bersifat struktural, fisikal dan emosional. Hanya
mereka yang benar-benar cekal, tabah dan gigih sahaja akan mampu
melepasi halangan ini. Bidang keusahawanan merupakan satu bidang
yang mempunyai risiko21
ke arah kegagalan. Namun demikian, penglibatan wanita dalam
bidang ini menunjukkan perkembangan yang positif.
2.2
Definisi Usahawan
Kirzner (1979) dalam Ab. Aziz (2009) mendefinisikan usahawan
sebagai seorang yang sentiasa berwaspada terhadap peluang-peluang
yang tidak disedari oleh orang lain. Usahawan akan mengambil
tindakan secara imaginatif, kreatif dan inovatif. Beliau
menyatakan:
Entrepreneur is more than a just a risk-taker and innovator. He
or she is the one who sees the future that no one else has seen
and, if this perception is correct, bring about a reordering of
resources to produce greater consumer satisfaction and technoogical
effiency.
Shefsky (1994) mendefinisikan entrepreneur dengan membahagikan
tiga perkataan entre, pre dan neur dan merujuk bahasa Latin, iaitu
entre bermaksud entre, pre bermaksud before dan neur bermaksud
nerve center. Dengan kata lain, beliau mendefinisikan usahawan
sebagai seorang yang masuk ke alam perniagaan tidak kira dalam
bentuk apa jua perniagaan dan pada masa yang sama bersaing untuk
terus mengukuhkan lagi perniagaan yang dijalankan.
22
Selain itu, Dollinger (1995) menyatakan bahawa kewujudan
usahawan bukanlah satu fenomena yang baru. Usahawan telah muncul
dan wujud di sepanjang perjalanan sejarah. Antara peranan yang
perlu dimainkan oleh usahawan adalah seperti berikut:
a.
Membolehkan berlakunya penggabungan faktor-faktor pengeluaran
termasuk tanah, modal, teknologi, maklumat dan sumber tenaga bagi
menghasilkan kerja dengan cekap.
b.
Melihat dan mengenal pasti peluang-peluang yang terdapat dalam
persekitaran dengan menggiatkan aktiviti yang mampu memberi
kesejahteraan sejagat. c. Memilih pendekatan yang terbaik dalam
usaha mengambil faedah daripada faktor-faktor pengeluaran agar
tidak berlaku penyalahgunaan dan pembaziran dalam menjalankan
aktiviti keusahawanan. d. Memastikan generasi akan datang terus
mendapat kebaikan daripada setiap aktiviti keusahawanan yang
dijalankan.
Khairuddin (1996) mendefinisikan usahawan sebagai seorang
individu yang merancang, menerajui dan mengurus sebuah perniagaan
atau perusahaan. Beliau juga menyatakan bahawa usahawan merupakan
seorang individu yang berorientasikan tindakan, bersifat kreatif,
inovatif, bercita-cita tinggi dan mempunyai wawasan.
23
Nor Aishah (2002) merujuk usahawan kepada individu yang berjaya
menubuhkan atau menguruskan sesuatu jenis perniagaan atau
perusahaan. Matlamat usahawan adalah untuk mencapai kejayaan atau
keuntungan untuk dirinya dan menyumbang kepada kemakmuran
masyarakat sekeliling dan negara. Dari segi istilah ekonomi pula,
usahawan disifatkan sebagai individu yang menggabungkan dan
menggunakan faktor-faktor pengeluaran seperti tanah, buruh dan
modal untuk mengeluarkan barang dan perkhidmatan serta keuntungan.
Dari segi istilah perdagangan pula, usahawan diertikan sebagai
individu yang memiliki daya kreativiti dan inisiatif yang tinggi,
berpandangan jauh serta mempunyai wawasan jangka panjang untuk
mencipta kejayaan bagi dirinya dan masyarakat.
Menurut Boschee dan McClurg (2003), usahawan adalah individu
yang mengatur, mengurus dan menanggung risiko perniagaan. Usahawan
bermula dengan tiada apa-apa, hanya idea atau prototaip sehingga
berkeupayaan untuk menjalankan perniagaan dan berkebolehan untuk
menguruskan kewangan.
Kuratko dan Hodgetts (2004), mendefinisikan usahawan sebagai
seseorang yang mengelola, mengurus dan mengambil risiko perniagaan.
Usahawan juga didefinasikan sebagai seseorang yang menerokai
perniagaan baru dalam keadaan yang berisiko dan ketidakpastian
untuk tujuan memperolehi keuntungan dan perkembangan dengan
mengenal pasti peluang-peluang.
24
Bagi Jasiman (2005), usahawan ditakrifkan sebagai individu yang
mampu mengenal pasti dan mengambil peluang daripada perubahan
ekonomi, menyediakan keperluan kewangan, bertanggungjawab dan
pengurusan dan pengambilan risiko serta memperbaiki teknik
pengurusan, strategik dan sebagainya. Usahawan bertanggungjawab
menubuhkan sesuatu perniagaan yang diminati. Terdapat pelbagai
jenis perniagaan yang boleh diceburi bergantung kepada kemampuan,
pengalaman, jumlah pelaburan dan sebagainya. Usahawan bukan sahaja
terdiri daripada kalangan usahawan lelaki, tetapi juga melibatkan
kaum wanita, muda atau tua.
2.3
Konsep dan teori
Katz dan Gartner (1988) mendefinisikan tekad sebagai satu
pencarian maklumat yang boleh digunakan untuk membantu memenuhi
matlamat penubuhan perniagaan. Tekad bermaksud satu konsep yang
aktif yang bukan sahaja menyatakan keinginan membentuk perniagaan
tetapi juga merangkumi tekad lain seperti mencari nasihat pakar
rujuk dan menjalankan kajian pasaran.
Menurut Krueger (1993), tekad keusahawanan juga berkait dengan
komitmen individu untuk memulakan perniagaan. Malah, literatur
telah membuktikan tekad terhadap sesuatu tingkah laku merupakan
peramal terbaik untuk tingkah laku tersebut. Jadi, tekad
keusahawanan adalah penting dalam memahami program keusahawanan
secara keseluruhan kerana ia merupakan pencetus untuk bertingkah
laku seterusnya dalam aktivti berkaitan memulakan perniagaan.25
Boyd dan Vozikis (1994) menyatakan bahawa faktor situasi seperti
kesuntukan masa, kesukaran tugas dan pengaruh orang lain melalui
tekanan sosial juga mempengaruhi tekad keusahawanan. Dyner (1994)
menunjukkan kerjaya dalam keusahawanan muncul apabila terdapat
kekurangan peluang untuk pekerjaan dalam organisasi semasa.
Menurut Cromie (1994), tekad keusahawanan ditentukan oleh aras
kemahiran, bakat, nilai, minat dan dimensi psikologi lain yang
dimiliki oleh individu. Seseorang yang percaya tentang nilai asas,
kemahiran, bakat dan nilai dirinya akan menggalakkan individu
tersebut memilih sesuatu pekerjaan yang selari dengan kepercayaan
tersebut. Oleh itu, pilihan kerjaya akan wujud dalam diri individu.
Ianya merupakan satu kumpulan pemahaman tentang bakat diri, motif
dan nilai yang dimiliki sehingga satu fokus untuk membentuk konsep
kendiri kerjaya individu tersebut dan pilihan kerjaya ini
sebenarnya mempengaruhi tekad keusahawanan.
Ajzen (1991) telah mengenal pasti Teori Tingkah laku Terancang
untuk memahami tekad keusahawanan. Dalam teori yang dikemukakan
oleh Ajzen, pembolehubah yang terlibat adalah seperti di dalam
Rajah 2.1.
26
Rajah 2.1:
Teori tingkah laku terancang
Sikap terhadap Tingkah Laku
Norma subjektif
TEKAD
T I N G K A H
Tingkah laku kawalan tertanggap
L A K U
Teori tingkah laku terancang mengenal pasti tiga pembolehubah
sikap yang mempengaruhi tekad. Dua daripadanya menggambarkan
keinginan tertanggap untuk melaksanakan sesuatu tingkah laku iaitu
sikap individu itu sendiri terhadap hasil tingkah lakunya dan norma
sosial tertanggap. Faktor ketiga tingkah laku kawalan tertanggap
yang bermaksud keupayaan yang dianggap boleh dilaksanakan dan ini
amat berkait dengan efikasi kendiri.
Bagi
pembolehubah
sikap
terhadap
tindakan
atau
tingkah
laku,
Ajzen menjelaskan bahawa sikap terhadap tindakan atau tingkah
laku bergantung kepada jangkaan dan kepercayaan tentang kesan
peribadi hasil daripada tingkah laku tersebut. Individu akan
menilai dan merasakan dirinya seronok atau tidak untuk melaksanakan
tingkah laku tersebut, bermaksud dalam konteks keusahawanan adakah
individu dapat merasa keseronokan apabila memulakan perniagaan
nanti.27
Bagi pembolehubah norma subjektif pula menerangkan di mana
individu cuba mendapatkan persepsi orang terpenting dalam hidupnya
tentang keinginannya untuk menjawat sebarang pekerjaan termasuk
sebagai usahawan.
Walaubagaimanapun, Ajzen (1987) telah mendapati norma subjektif
kurang berupaya meramal tekad untuk individu yang mempunyai kawalan
dalaman yang tinggi. Ianya penting untuk mengenal pasti siapakah
orang terpenting yang boleh mempengaruhi tekad keusahawanan
individu. Oleh itu, norma subjektif akan menentukan tekanan sosial
untuk melaksanakan tingkah laku yang dipilih.
Bagi pembolehubah ketiga iaitu tingkah laku kawalan tertanggap
adalah merujuk kepada kawalan tingkah laku yang mungkin bertindan
dengan Bandura (1986) iaitu keupayaan untuk melaksanakan sesuatu
tingkah laku yang dirancang atau efikasi kendiri. Menurut Meyer
(1993), efeksi kendiri berhubung secara konsepnya dan empirikalnya
dengan teori atribusi yang telah berjaya diaplikasikan untuk
memulakan perniagaan. Efeksi tersebut telah banyak dikaitkan secara
teori dan empirikal dengan fenomena pengurusan dan
keusahawanan.
Ajzen (1991) menegaskan bahawa tingkah laku kawalan tertanggap
dapat meramal secara konsisten tingkah laku mencapai matlamat
kerana kawalan merupakan satu masalah. Persepsi tentang
kebolehlaksanaan penting untuk mendorong pilihan yang berkaitan
dengan kerjaya termasuklah bekerja sendiri sebagai usahawan. Ajzen
menjelaskan lagi bahawa individu membuat persepsi sama28
ada kerjaya yang dipilih itu mudah atau sukar. Menurut Dickson
(1994) pula, lagi tinggi kawalan tingkah laku individu, lagi tinggi
persepsinya terhadap peluang.
Efikasi kendiri dan tingkah laku keusahawanan boleh difahami
melalui pandangan beberapa pengkaji dalam bidang keusahawanan.
Efikasi ini meramal pengenal pastian peluang dan menurut Shapero
(1989) efikasi kendiri tertanggap juga penting untuk tekad
keusahawanan. Bagi Chander dan Jansen (1992) pula, mereka percaya
bahawa laporan keupayaan dan kebolehan diri adalah peramal untuk
prestasi keusahawanan. Menurut Krueger dan Dickson (1994), efikasi
kendiri juga dikaitkan dengan pengambilan risiko dan pengenal
pastian peluang perniagaan.
Dalam hal bakal usahawan wanita dalam kajian ini, model dan
teori seperti yang dinyatakan dapat digunakan dalam menerangkan
bagaimana minat dan sikap dapat mempengaruhi tahap kesediaan mereka
untuk menceburi bidang
keusahawanan.
2.4
Kerangka teoritikal
Kerangka teoritikal bagi kajian ini terbahagi kepada tiga (3)
pembolehubah utama iaitu pembolehubah tidak bersandar dan
pembolehubah bersandar. Pembolehubah tidak bersandar bagi kajian
ini adalah minat terhadap bidang keusahawanan dan sikap untuk
menjadi usahawan. Tahap kesediaan keusahawan29
adalah pembolehubah bersandar. Minat dan sikap dijangka akan
mempengaruhi tahap kesediaan keusahawanan iaitu pembolehubah yang
dikaji. Kajian ini juga memasukkan aspek profil peserta sebagai
pembolehubah tidak bersandar untuk melihat perbezaan antara minat
dan sikap serta tahap kesediaan keusahawanan di kalangan bakal
usahawan wanita. Kerangka kajian adalah seperti di Rajah 2.2.
Rajah 2.2:
Kerangka Kajian / Teoritikal
Pembolehubah Tidak Bersandar Profil
Pembolehubah Bersandar
Minat
Tahap kesediaan keusahawanan di kalangan bakal usahawan
wanita
Sikap
2.5
Usahawan wanita
Banyak kajian yang telah dibuat di mana ia membuktikan
kepentingan wanita dalam menambah punca pendapatan keluarga. Kajian
Firth (1966) terhadap wanita di Kelantan menonjolkan peranan
penting wanita dalam organisasi ekonomi masyarakat. Wanita di
Kelantan turut sama membantu keluarga untuk mengatasi masalah
kemiskinan.30
Menurut Fatimah (1975), salah satu aktiviti tidak formal yang
banyak diceburi oleh wanita ialah berniaga. Walaupun ramai wanita
yang menceburi bidang perniagaan, namun jumlahnya masih kecil.
Jumlah kecil ini menyebabkan tiada data lengkap yang terkumpul.
Keadaan ini berlaku ekoran jurang yang wujud dalam penyelidikan
mengenai wanita dan pekerjaan. Satu hakikat yang harus diterima
ialah majoriti wanita negara ini yang terlibat dalam perniagaan
tertumpu dalam perniagaan yang bersaiz sederhana dan kecil.
Fatimah (1975) dalam kajiannya mengenai penyertaan wanita
Bumiputera di Kuala Lumpur dalam bidang perniagaan mendapati
kebanyakan mereka terdiri daripada suri rumah tetapi menceburi
bidang ini atas galakan suami. Walau bagaimanapun, mereka lebih
cenderung menceburi bidang perniagaan bersaiz kecil yang tidak
memerlukan kemahiran serta modal yang tinggi, tidak rumit dan
kurang risiko.
Di Malaysia, Fatimah (1975) mendapati ramai di antara usahawan
wanita menceburi bidang penjaja, peruncitan dan penjualan secara
borong. Ini adalah kerana bidang tersebut tidak memerlukan
kemahiran tenaga buruh dan modal yang banyak, tidak kompleks dan
risiko adalah rendah. Beliau juga telah merumuskan bahawa walaupun
sebilangan peniaga wanita yang berniaga secara sambilan semata-mata
untuk membantu menambahkan pendapatan suami mereka yang bergaji
rendah, ramai juga yang berbuat demikian bagi mengambil kesempatan
terhadap pelbagai31
jenis peluang dan kemudahan ekonomi yang telah disediakan oleh
kerajaan. Malah, peniaga-peniaga dan pengusaha wanita Melayu yang
menjalankan perniagaan dan perusahaan secara besar-besaran dan
berjaya terdiri daripada isteri pegawai tinggi dan anggota golongan
atasan.
Manakala di dalam kajian Strange (1981) mendapati wanita
Terengganu sangat giat dalam perniagaan dan pertanian. Kajian ini
juga menekankan tentang penyertaan wanita Melayu dalam bidang
ekonomi pertanian. Peranan wanita dalam bidang ini amat penting
dalam meningkatkan ekonomi keluarga.
Penglibatan wanita dalam bidang keusahawanan pada masa kini
adalah untuk membuktikan bahawa wanita juga mempunyai daya yang
setaraf dengan lelaki. Menurut Cromie (1987), wanita yang menceburi
dalam bidang perniagaan adalah kerana ingin mencari wang sendiri,
menggunakan kemahiran yang ada serta mencari status sebagai
pengurus perniagaan sendiri. Namun begitu, menurut Goffee et al.
(1982) ada juga penyelidik mendapati wanita yang menceburi dalam
perniagaan kesan daripada anjakan negatif iaitu tidak berpuas hati
dengan pekerjaan lalu.
Hisrich dan Brush (1984) mendapati bahawa jenis perniagaan yang
dijalankan oleh usahawan wanita termasuk penjualan, penasihat,
kesenian, pengiklanan dan perhubungan awam, perkhidmatan peribadi,
perniagaan komputer, pengeluaran, kesetiausahaan, perkhidmatan
pendidikan, perkhidmatan dari segi undang-undang perubatan,
kewangan dan pembinaan.32
Cromie (1987) dan Scott (1986) berpendapat bahawa keprihatinan
terhadap keluarga merupakan punca utama wanita menjadi usahawan.
Memiliki sesuatu perniagaan memberi peluang kepada wanita untuk
bersama keluarga kerana mempunyai masa yang lebih fleksibel.
Melibatkan diri dengan perniagaan membolehkan seseorang wanita itu
melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai ibu dan kerjaya sekali
gus.
Terdapat juga wanita yang mengalami kesukaran untuk mencari
pekerjaan yang bersesuaian dengan keperluan peribadi seperti
memenuhi keinginan untuk berjaya dengan kerjaya di samping
tanggungjawab dalam keluarga (Tigges & Green, 1994; Kallenberg
& Leicht, 1991; Kelly,1988; Goffee & Scase, 1985). Mereka
ini akan menyelesaikan masalah mereka dengan melibatkan dengan
perniagaan.
Menurut Nelton dan Berney (1987) pula, wanita biasanya didorong
oleh krisis peribadi pada awalnya dan minat mereka dalam perniagaan
adalah terhad. Kemudiannya mereka akan didorong oleh kehendak
kepada pencapaian, kebebasan dan kawalan.
Yep Putih (1989) dalam Nor Aishah (2002) telah menghuraikan
kepentingan usahawan kepada sesebuah masyarakat dan negara. Menurut
beliau, usahawan ialah seseorang yang memikirkan cara-cara untuk
menyatukan tenaga manusia dengan modal dan tanah bagi menghasilkan
pendapatan atau keuntungan yang halal dan lumayan. Selain itu,
usahawan harus mengenal pasti teknik dan kaedah yang harus33
digunakan untuk mentadbir dan menguruskan usaha-usaha yang telah
diwujudkan supaya perniagaannya berjalan lancar dan berkembang maju
dari masa ke masa. Kesimpulan dari kajian beliau, usahawan
memainkan peranan yang sangat penting terhadap pembangunan ekonomi
sesebuah negara. Bagi seorang usahawan, setiap masalah yang
dihadapi dianggap sebagai satu peluang ekonomi. Seorang usahawan
sanggup mencuba pelbagai gabungan sumber secara maksimum untuk
mengatasi sesuatu masalah.
Majoriti usahawan wanita memilih jenis perniagaan kerana mereka
mengenali sektor itu dengan baik atau berminat kepadanya
(Collerette & Aubry, 1990) atau mereka mempunyai pengalaman
terdahulu dalam bidang tersebut (Stewars & Boyd, 1988).
Usahawan wanita menjalankan perniagaan secara kecilkecilan dalam
penjualan barang-barang dan sektor perkhidmatan (Hisrich &
Brush, 1986; Nieder,1987; Burdette, 1990; Collerette & Aubry,
1990; Lee-Gosselin & Grise, 1990). Perniagaan mereka adalah
muda secara relatif (Lee-Gosselin & Grise, 1990) dan
kemungkinan besar perniagaan itu akan berkembang kepada perniagaan
yang besar (Steward & Boyd, 1988), walaupun perkembangan adalah
lambat (LeeGosselin & Grise, 1990; Teo, 1996).
Bhuptani (1993) pula menegaskan bahawa usaha untuk membangunkan
wanita sebagai pengusaha perlu mengambil kira wanita sebagai
pengusaha dan aktiviti perusahaan. Program latihan telah dikenal
pasti sebagai satu pendekatan yang paling sesuai untuk membangunkan
usahawan.34
Menurut kajian Sarimah (1994), kejayaan wanita dalam perusahaan
mikro banyak bergantung kepada diri wanita itu sendiri serta
sokongan dan bantuan daripada ahli keluarga. Perusahaan yang lebih
besar memerlukan wanita terlibat dengan kerja di luar rumah dan
wanita memerlukan bantuan ahli keluarga untuk mengambil alih
tugasan di rumah. Pada masa yang sama, penglibatan suami atau anak
dewasa di dalam perusahaan yang dijalankan juga telah didapati
menyumbang kepada kejayaan projek yang dijalankan.
Banyak kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa wanita
menceburi bidang keusahawanan secara kecil-kecilan kerana keadaan
ekonomi yang mendesak. Terdapat juga sebahagian kecil wanita
melibatkan diri kerana dibesarkan dalam kehidupan usahawan atau
desakan diri untuk mencapai kejayaan (Egan, 1997; Sarimah,1994).
Walau apa pun sebab yang mendorong wanita terutama wanita luar
bandar menceburi diri dalam bidang keusahawanan, hakikatnya
penglibatan mereka terbukti telah membantu meningkatkan tahap hidup
keluarga luar bandar (Sarimah, 1994; Jariah & Laily, 1995).
Malahan bidang keusahawanan adalah bidang yang terbanyak diceburi
wanita yang berstatus ibu tunggal (Jariah et al, 1995).
Mohd Salleh (2004) menyatakan bahawa penglibatan wanita di dalam
bidang keusahawanan tidak dapat dinafikan lagi. Sebelum Rasulullah
S.A.W. menjadi rasul, Baginda telah menjalankan perniagaan
perkongsian dengan usahawan wanita berjaya pada zaman tersebut
iaitu Siti Khadijah binti Khuwalid yang merupakan isteri kepada
Rasulullah S.A.W. Norashidah (2004) dalam kajiannya juga ada
menyatakan bahawa35
melalui sirah dan riwayat hidup baginda Rasulullah S.A.W., telah
diketahui bahawa Saiditina Siti Khadijah adalah usahawan yang
mempunyai perniagaan yang maju. Sifat-sifat yang dimiliki oleh
beliau adalah bertepatan dengan ciri-ciri keusahawanan yang patut
ada pada seseorang yang ingin bergelar usahawan. Saidatina Khadijah
sanggup menanggung risiko yang akan dihadapi apabila menjadi orang
pertama yang memeluk agama Islam selepas Rasulullah S.A.W., tabah
menghadapi tekanantekanan daripada kaum Quraisy, mempunyai
ketahanan jiwa, mental dan fizikal serta melakukan pengorbanan
harta.
Kajian oleh Suaibah et al (2005) mendapati bahawa majoriti
usahawan wanita menceburi bidang makanan dan minuman, pakaian serta
peruncitan.
Zaidatol Akmaliah (2007) menyatakan bahawa perniagaan kecil
menawarkan banyak peluang kepada wanita untuk melibatkan diri.
Kebanyakan wanita menceburi bidang peruncitan dan perkhidmatan.
Adalah lebih membanggakan sekiranya usahawan wanita mampu menceburi
bidang yang sebelum ini dikendalikan oleh kaum lelaki seperti
perkilangan, pengangkutan, pertanian, sekuriti dan pembinaan.
Menurut Ab Aziz (2010), perniagaan jualan langsung juga sesuai
untuk pelbagai peringkat wanita yang tidak berpeluang untuk
meneruskan kerjayanya akibat mereka berhenti bekerja kerana masalah
rumahtangga. Justeru, perniagaan jualan langsung yang fleksibel
sesuai untuk suri rumahtangga yang mahu mengekalkan pendapatan
dengan memulakan aktiviti keusahawanan.
36
2.6
Keusahawanan
Cole (1969) dan Ab. Aziz (2003) mendefinisikan keusahawanan
sebagai aktiviti yang mendatangkan manfaat melalui pembangunan
perniagaan yang berorientasikan keuntungan.
Menurut Pride, Hughes dan Kapoor (1988), keusahawanan ialah
suatu bentuk perniagaan yang dimiliki secara berasingan oleh
seseorang yang beroperasi untuk memperoleh keuntungan.
Bagi Hutt (1994), keusahawanan merupakan satu seni atau proses
memasuki, mengurus perniagaan sendiri. Mereka muncul sebagai
peniaga atau usaha sendiri dengan mempunyai sifat, sikap dan minat
untuk bekerja sendiri, maka mereka di katakan mempunyai semangat
keusahawanan iaitu mahu meneruskan kerjaya sebagai seorang
usahawan.
Manakala bagi Ab. Aziz (2009), perbezaan antara usahawan dengan
bukan usahawan ialah kesediaan mereka untuk mengadunkan kreativiti,
inovasi, pengambilan risiko dengan kesungguhan bekerja untuk
membentuk, membangun dan memaksimumkan potensi diri dengan
memanfaatkan peluang yang diperoleh.
37
Manakala menurut Hisrich dan Peters (1998) pula, keusahawanan
ialah proses penciptaan sesuatu yang baru yang bernilai di mana
ianya memerlukan masa, usaha, melibatkan kewangan dan risiko sosial
untuk mendapatkan ganjaran kewangan dan kepuasan diri.
Menurut Jariah (1998), keusahawanan didefinasikan sebagai
penciptaan nilai dengan menggembelingkan sumber untuk
mengeksplotasi peluang. Ia melibatkan kedapatan peluang ekonomi,
unsur galakan budaya, program pembangunan kerajaan, dan ciri serta
nilai diri yang sesuai.
Bagi Mohd Salleh et al. (2004), keusahawanan dari perspektif
Islam boleh didefinisikan sebagai mana-mana aktiviti pekerjaan yang
diusahakan secara perniagaan oleh seseorang sama ada dengan
menghasilkan sesuatu barang atau memberi sesuatu perkhidmatan bagi
memperolehi rezeki yang halal iaitu dengan cara yang tidak
bertentangan dengan syariah.
38
2.7
Sikap keusahawanan
Menurut
Gasse (1982)
dalam Nawawi Mohd.
Jan (1992),
sikap
keusahawanan atau kecenderungan ke arah keusahawanan banyak
dipengaruhi oleh nilai-nilai hidup seseorang individu. Nilai-nilai
hidup ditakrifkan sebagai suatu konsepsi umum dan tersusun yang
mempengaruhi perilaku semulajadi seseorang. Nilai-nilai hidup juga
merupakan satu set kepercayaan terhadap pelbagai aspek dalam
persekitaran yang berupaya mempengaruhi pemikiran seseorang
terhadap sesuatu idea dan pandangan individu terhadap orang
lain.
Menurut Adnan (1992), usahawan mungkin didorong satu atau lebih
faktor. Faktor-faktor ini boleh dibahagikan kepada dua kategori
iaitu faktor menolak dan faktor menarik. Di antara contoh faktor
menolak adalah kekecewaan, peluang terbatas, ekonomi meleset,
ketidakpuasan dan budaya keusahawanan. Manakala faktor menarik pula
adalah dorongan psikologi, keuntungan, berkhidmat untuk masyarakat
dan keredhaan Allah.
Menurut Nor Aishah (2002), individu yang mempunyai nilai-nilai
inovatif, kebebasan atau hak milik, berorientasikan kecemerlangan
dan menghormati tugas atau kerja umumnya cenderung bertindak dalam
arah yang sama dalam apa jua situasi. Sebagai contoh, mereka yang
mempunyai nilai-nilai inovatif akan mempunyai kecenderungan untuk
menggunakan daya imaginasi bagi mengesan peluang dan matlamat.
Seterusnya, mereka akan menunjukkan kecenderungan dalam39
mengambil risiko yang sederhana dalam menentukan matlamat atau
mengatasi sesuatu keadaan atau masalah. Suatu rangkaian
kecenderungan yang lazim dan ketara akan membentuk sikap tertentu
di kalangan usahawan. Sikap-sikap ini
mempengaruhi tindakan-tindakan keusahawanan dan memainkan
peranan penting dalam apa jua tuntutan keusahawanan yang dilakukan
oleh individu tersebut.
2.8
Ciri-ciri usahawan
Menurut McBer (1986) menyenaraikan ciri-ciri usahawan berjaya
seperti berikut: a. Proaktif i. ii. iii. iv. v. vi. vii. Inisiatif;
Asertif; Orientasi Kejayaan; Melihat dan bertindak terhadap
peluang; Berorientasi kecekapan; Rancangan yang sistematik; dan
Membuat pemantauan / kawalan.
40
b. Komitmen kepada orang lain i. ii. Komitmen terhadap kerja;
dan Mengenal pasti kepentingan hubungan dalam perniagaan.
Menurut Yep Putih (1987), ciri-ciri utama usahawan adalah
mempunyai keyakinan dan kesanggupan untuk membuat apa yang patut
dibuat bagi mendapatkan hasil, asalkan ia tidak bercanggah dengan
kehendak agama, undang-undang dan juga norma-norma sosial.
Kelayakan untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya adalah
terletak pada diri sendiri iaitu kemahuan dan cita-cita.
Menurut Sarkom (1995), seorang usahawan adalah seseorang yang
mempunyai ciri-ciri seperti: a. mempunyai kecekapan dalam
menjalankan sesuatu perniagaan; b. mempunyai kebolehan untuk
melihat, mengenal pasti, merebut dan mewujudkan peluang-peluang
perniagaan; c. berusaha menggembleng faktor-faktor pengeluaran
untuk menghasilkan keuntungan; d. seseorang yang sanggup menerima
cabaran, cekap membuat keputusan dan berani serta sanggup menanggup
risiko; dan e. dapat melihat peluang dalam bencana.
41
Menurut Hian Chye Hian (1996), terdapat enam (6) ciri penting
yang perlu ada pada seseorang usahawan, iaitu (i) keperluan untuk
mencapai kejayaan; (ii) lokus kawalan dalaman yang tinggi; (iii)
kecenderungan untuk mengambil risiko; (iv) bertolak ansur dengan
kekaburan; (v) mempunyai keyakinan diri serta (vi) kemampuan untuk
bertindak secara inovatif.
i.
Keperluan untuk mencapai kejayaan
Keperluan untuk mencapai kejayaan merupakan hasil daripada
dorongan psikologi yang kuat yang memandu pada tindakan seseorang
memperoleh kejayaan dalam bidang keusahawanan. Individu yang
mempunyai keperluan pencapaian yang tinggi dipercayai lebih
cenderung untuk berjaya kerana keinginan untuk melihat kejayaan
akan menyemarakkan semangat
keusahawanan yang ada pada mereka. Individu yang mempunyai
ciri-ciri seperti ini lebih cenderung membuktikan keyakinan diri
yang tinggi, kemampuan untuk mencapai kejayaan dan pada masa yang
sama akan mengelakkan diri mereka daripada menyerah pada nasib.
ii. Lokus kawalan dalaman yang tinggi
42
Lokus kawalan ialah persepsi usahawan terhadap ganjaran dan
hukuman yang mempengaruhi kehidupan mereka apabila menceburi diri
dalam bidang keusahawanan. Individu yang mempunyai lokus kawalan
dalaman
mempercayai bahawa mereka mampu mengawal kehidupannya sendiri
dan yakin kejayaan berada di tangan mereka. Sementara individu yang
mempunyai lokus kawalan luaran percaya bahawa kejadian dalam
kehidupan merupakan hasil daripada faktor luaran seperti peluang,
nasib atau takdir. Usahawan seperti lebih banyak mengharap bantuan,
subsidi dan pertolongan. Jika kegagalan berlaku, mereka akan
meletakkan kesalahan kepada orang lain.
Umumnya, usahawan lebih cenderung untuk melibatkan diri dalam
sesuatu yang berisiko dan penuh dengan ketidakpastian secara
kalkulatif. Menurut Hannu (2000), kemahiran yang terdapat pada
usahawan merupakan keupayaan mereka untuk bertindak selari dengan
perubahan persekitaran yang dinamik lagi kompleks. Mereka
membangunkan strategi selaras dengan perubahan dalam persekitaran
perniagaan, meningkatkan dorongan dan jangkaan hasil daripada
kemampuan mereka mengawal tuntutan, desakan diri sendiri dan
keinginan yang tinggi untuk melihat kejayaan.
43
iii. Kecenderungan untuk mengambil risiko
Menurut Hannu (2000) lagi, ciri-ciri yang perlu dimiliki oleh
usahawan bagi memastikan kejayaan mereka ialah kesediaan untuk
mengambil risiko, kesediaan berhadapan dengan ketidakpastian,
melakukan inovasi, memiliki kemahiran pemasaran, pengurusan
perniagan dan keupayaan untuk
mengoperasi syarikat. Hannu menjelaskan bahawa ciri-ciri yang
perlu ada pada usahawan ialah keinginan untuk mengambil risiko,
keupayaan untuk mengenal pasti peluang perniagaan, keupayaan untuk
membetulkan kesalahan dan keupayaan untuk menilai peluang yang
boleh mendatangkan keuntungan. Usahawan yang cenderung untuk
mengambil risiko pada ketidakpastian. Sehubungan itu, usahawan akan
lebih cenderung untuk mengambil risiko yang berbentuk kalkulatif
dengan mengambil kira pulangan yang bakal diperoleh dan juga
kedudukan serta kekuatan semasa mereka. Usahawan ini akan membuat
analisis kos dan faedah terlebih dahulu sebelum membuat sesuatu
keputusan yang berisiko.
iv. Bertolak ansur dengan kekaburan
Menurut Hian Chye Koh (1996), individu yang mempunyai sifat
tolak ansur dengan kekaburan yang tinggi ialah mereka yang
merasakan situasi kekaburan yang dihadapi mampu untuk diatasinya.
Mereka mempunyai keyakinan yang tinggi dengan kebolehan, kepakaran,
pengetahuan dan44
bimbingan yang diperoleh apabila berhadapan dengan
ketidakpastian. Mereka yakin mampu untuk berhadapan dengan
ketidakpastian. Faktor ini akan mendesak mereka untuk menubuhkan
perniagaan sendiri dan percaya bahawa mereka dapat mencapai
matlamat yang ditentukan oleh mereka sendiri (Hian Chye Koh,
1996).
v. Kemampuan untuk bertindak secara inovatif
Hannu (2000) menjelaskan bahawa semasa memulakan syarikat,
ciri-ciri penting yang perlu ada pada usahawan ialah kelebihan
inovatif dan kesanggupan untuk cepat bertindak terhadap sesuatu
peluang. Usahawan yang inovatif dan kreatif akan memiliki
kecenderungan untuk menggunakan imaginasi bagi mengesan dan merebut
peluang serta mengambil faedah daripada cabaran dan permasalahan
yang dihadapi untuk memastikan matlamat yang ditetapkan tercapai.
Selain itu, pembudayaan inovatif dalam mencari penyelesaian
terhadap pelbagai masalah akan mengelakkan usahawan daripada
bersikap selesa, rutin dan terlalu yakin dengan kejayaan masa
lampau dan semasa.
Pembudayaan inovasi berkait rapat dengan pengaplikasian secara
yang baharu dan unik. Pembudayaan ini juga akan membolehkan
syarikat terus mengembangkan saiz pasaran, memodifikasi produk dan
proaktif terhadap tuntutan semasa pelanggan. Usahawan mestilah
mempunyai kemampuan45
untuk menyelesaikan masalah dalam keadaan yang dinamik melalui
pelbagai pendekatan dan kaedah. Kemampuan bertindak sedemikian
bergantung pada tahap latihan, pengalaman yang dilalui dan sumber
yang dimiliki oleh mereka.
vi. Keyakinan diri
Greene (2000) merumuskan bahawa usahawan yang berjaya perlu
bersedia untuk berdikari, mempunyai keyakinan diri, mempunyai
keazaman dan tabah, berorientasikan matlamat, mempunyai keinginan
untuk mencapai kejayaan, kreatif dan cepat bertindak terhadap
peluang yang ada. Sebaliknya, usahawan yang gagal dalam mencapai
matlamat adalah disebabkan oleh sikap tidak yakin kepada kebolehan
diri sendiri. Dunia keusahawanan yang penuh cabaran memerlukan
usahawan bersikap yakin terhadap kemampuan diri untuk membuat
keputusan atau menyahut sesuatu cabaran. Usahawan juga perlu
berpendirian teguh dalam segala yang dilakukan. Untuk meningkatkan
keyakinan tersebut, usahawan perlu mengikis sikap takut pada
kegagalan dan berusaha bersungguh-sungguh.
Zaidatol dan Habibah (1997) menyenaraikan enam (6) ciri usahawan
yang berjaya iaitu tekun bekerja, rajin dan gigih; tabah hati;
menetapkan standard pencapaian untuk berjaya; tumpuan pada masa
depan; tidak bergantung pada nasib; bertanggungjawab dan sikap
positif.46
Bagi Gibb dalam Kao dan Liang (2001) menyenaraikan sembilan (9)
ciri usahawan iaitu kreatif, berinisiatif, pencapaian tinggi,
pengambilan risiko yang sederhana, kepimpinan, autonomi dan bebas,
keupayaan analitikal, bekerja keras dan kemahiran komunikasi yang
baik.
2.9
Masalah atau halangan wanita untuk menjadi usahawan
Longstreth, Stafford dan Mauldin (1987) mendapati bahawa wanita
sukar memperuntukkan masa antara keluarga dan perniagaan.
Kebiasaannya suami mempunyai harapan tinggi terhadap isteri untuk
bertanggungjawab terhadap rumah tangga. Peranan wanita sebagai
usahawan dianggap tidak berpadanan dengan peranan tradisinya yang
patut dimainkan dalam masyarakat.
Beberapa kajian juga mendapati wanita menghadapi masalah besar
mendapatkan modal, kekurangan sumber kewangan, kemahiran dan
pengalaman dan ketiadaan sistem sokongan dan jaringan (Aldrich,
1989). Selain itu, wanita juga sukar diterima oleh masyarakat
perniagaan, kesukaran untuk mendapatkan keyakinan daripada
pelanggan dan pembekal serta ketiadaan latihan yang mencukupi
(Collerette & Aubry, 1990; Kent, 1988; Timmons, 1986).
Walaubagaimanapun, masalah utama yang biasa dihadapi wanita ialah
tekanan antara kehidupan peribadi dan kerjaya yang diceburi
(Lee-Gosseling & Grise, 1990).47
Menurut Stoner, Hartman dan Arora (1990), kebanyakan wanita
mengadu bahawa mereka terlalu letih untuk melakukan kerja domestik
apabila pulang ke rumah. Mereka juga merasakan beban di tempat
kerja menyebabkan mereka sukar untuk berehat.
Menurut Nor Aini (1996), kegagalan usahawan wanita sering
dikaitkan dengan soal-soal yang berhubung dengan modal, kurang
pengetahuan mengenai sumber kewangan, kurang pendidikan dan kurang
kemahiran serta pengetahuan mengenai pengurusan dan pemasaran.
Usahawan wanita juga lebih menumpukan kepada perniagaan yang kurang
mencabar dan bersaiz kecil serta cenderung untuk kekal dalam
perniagaan atau perusahaan yang sama. Kebanyakan perniaga kecil
wanita juga tidak mempunyai cukup simpanan untuk dijadikan modal.
Syarikat kewangan biasanya enggan meluluskan pinjaman kepada wanita
kerana tidak yakin dengan perniagaan yang dijalankan oleh
mereka.
Mengenal pasti halangan dan kekangan yang boleh menghalang
wanita berpotensi daripada memula dan menjayakan sesuatu perniagaan
sendiri merupakan satu aspek penting dalam pembangunan ekonomi
negara. Walaupun beberapa kajian telah dijalankan mengenai wanita
di Malaysia (Roziah Omar & Azizah Hamzah, 2003; Maimunah, 2000)
masih banyak ruang untuk kajian seterusnya bagi memahami secara
terperinci berkaitan dengan keusahawanan wanita dan permasalah
mereka.48
Maimunah (2001) menyatakan bahawa beberapa dasar kerajaan
Malaysia yang menekankan kepada perindustrian, penswastaan dan
keusahawanan telah berjaya meningkatkan bilangan wanita dalam
bidang perniagaan. Penglibatan wanita ini boleh memberi kesan
kepada ekonomi negara kerana ia juga merupakan satu sumber
pekerjaan dan pendapatan yang boleh membantu keluarga dan rumah
tangga. Namun begitu, wanita masih dipengaruhi oleh situasi dan
budaya yang mungkin boleh menyekat mereka daripada berjaya dalam
bidang keusahawanan. Wanita juga bertanggungjawab dalam pengurusan
rumah tangga dan penjagaan anak. Ini secara tidak langsung boleh
mewujudkan konflik antara kerjaya dan rumah tangga.
Usahawan wanita kini berdepan dengan cabaran globalisasi yang
semakin kompleks yang memerlukan golongan itu melakukan perubahan
minda. Usahawan wanita perlu lebih berani dan berfikiran terbuka
serta perlu melihat negara maju yang lain sekiranya mereka ingin
berjaya dan tidak hanya bertumpu di kampung sendiri sahaja (Utusan
Malaysia, 2011)
2.10
Rumusan
Bab ini membentangkan ulasan karya ke atas kajian-kajian
keusahawanan yang pernah dijalankan oleh penyelidik tempatan
mahupun luar negara. Masalahmasalah yang dihadapi oleh usahawan
wanita juga dibincangkan dalam bab ini. Bab seterusnya akan
membincangkan metodologi yang digunakan dalam kajian ini.
49
BAB 3
METODOLOGI KAJIAN
3.1
Pengenalan
Dalam sesuatu kajian penyelidikan, kaedah atau metodologi
merupakan faktor yang penting bagi membolehkan keputusan yang
diperoleh mempunyai kesahihan dan kebolehpercayaan yang tinggi.
Oleh itu, menurut Maarof dalam Suaibah, Azlah, Rozeyta, Hishamuddin
dan Syaharizatul (2007), pendekatan cara persampelan dan
penganalisisan data yang digunakan perlu dikenal pasti agar ia
bersesuaian dengan objektif kajian yang telah digariskan kerana
kegagalan menggunakan kaedah pengumpulan data atau metodologi
kajian yang sesuai dan berkesan boleh menghasilkan maklumat yang
tidak tepat, kabur dan boleh menyebabkan beban maklumat.
Bab ini akan menerangkan kaedah yang digunakan oleh penyelidik
dalam menjalankan kajian. Ianya menyentuh mengenai teknik
persampelan, instrumen dan kaedah penganalisisan data kajian.
50
3.2
Reka bentuk Kajian
Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif iaitu dengan
mengukur secara kuantitatif hubungan antara pembolehubah tidak
bersandar dengan pembolehubah bersandar. Alat-alat kajian bagi
pendekatan kuantitatif adalah seperti ujian pencapaian, inventori
dan soal selidik. Namun begitu bagi kajian ini menggunakan kaedah
soal selidik.
Kajian ini berbentuk kajian tinjauan (survey research) yang
bertujuan untuk mendapatkan gambaran siapa golongan ini, apa yang
mereka lakukan dan masalah yang akan dihadapi. Tiun (1995)
menyatakan bahawa kajian berbentuk tinjauan bertujuan untuk
mendapatkan gambaran berhubung dengan sesuatu fenomena, bertanyakan
soalan dan membuat penilaian terhadap fenomena tersebut daripada
pelbagai perspektif.
Menurut Uma Sekaran (2003), kaedah yang dipilih ini bersesuaian
kerana darjah kebolehpercayaannya yang tinggi, kos yang murah dan
jangka masa yang diperlukan untuk melaksanakannya adalah
singkat.
51
3.3
Populasi Kajian
Kajian ini meliputi bakal usahawan wanita di bawah KPWKM di
negeri Melaka, Pahang, Selangor dan WP Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Responden merupakan para peserta program pembangunan usahawan
anjuran
Pejabat Pembangunan Wanita Negeri (PPWN) Melaka, PPWN Pahang,
PPWN Selangor dan PPWN WP Kuala Lumpur dan Putrajaya. Penyelidik
memilih responden tersebut bagi mewakili zon utara, timur, selatan
dan tengah.
3.4
Sampel Kajian
Sejumlah 158 responden kajian telah diperolehi secara
persampelan kelompok (cluster sampling) daripada peserta program
pembangunan usahawan seperti I-KIT Fasa II: Keusahawanan dan Majlis
Dialog Memperkasa Ibu Tunggal anjuran Pejabat Pembangunan Wanita
Negeri (PPWN) Melaka, PPWN Pahang, PPWN Selangor dan Pejabat
Pembangunan Wanita WP Kuala Lumpur dan Putrajaya.
52
Jadual 3.1 Negeri Melaka Pahang Selangor
:
Jumlah dan Peratusan Sampel Mengikut Negeri Peratusan (%) 20.3%
19.6% 36.7% 23.4% 100% Jumlah 32 31 58 37 158
WP Kuala Lumpur & Putrajaya Jumlah Keseluruhan
3.5
Kaedah Pengumpulan Data
Kaedah pengumpulan data memfokuskan kepada sumber data. Sumber
data yang diperoleh dalam kajian ini adalah data primer.
3.5.1 Data primer
Data primer adalah data asal yang dikutip oleh pengkaji. Dalam
kajian ini, data-data diperolehi melalui maklum balas daripada soal
selidik yang telah diedarkan kepada bakal usahawan di negeri
Melaka, Pahang, Selangor dan WP Kuala Lumpur dan Putrajaya.
53
3.5.1.1 Soal Selidik
Dalam kajian ini, pengkaji telah menggunakan borang soal selidik
untuk diedarkan kepada bakal usahawan di negeri Melaka, Pahang,
Selangor dan WP Kuala Lumpur dan Putrajaya. Borang soal selidik ini
telah diedarkan oleh pihak Pejabat Pembangunan Wanita Negeri (PPWN)
semasa penganjuran program keusahawanan. Soal selidik ini
mengandungi soalan-soalan yang disusun secara teratur untuk dijawab
oleh responden. Sekiranya soalan yang dikemukakan dalam soal
selidik itu kabur, maka jawapan yang akan diperolehi tidak memberi
pengertian yang nyata dan ini akan merosakkan hasil atau dapatan
sesebuah kajian.
3.6
Instrumen Kajian
Menurut Suaibah, Azlah, Rozeyta, Hishamuddin dan Syaharizatul
(2007), soal selidik merupakan instrumen yang penting oleh
seseorang pengkaji untuk menjalankan kajian. Ini adalah kerana
kualiti soal selidik akan menentukan nilai penyelidikan secara
keseluruhannya. Menurut Mohd. Najib (1998) pula, instrumen kajian
merupakan cara atau kaedah yang digunakan untuk mengumpulkan
maklumat seperti soal selidik dan temu bual. Oleh itu, kajian ini
menggunakan kaedah pengumpulan data dengan menggunakan borang soal
selidik. Soal selidik yang dibangunkan dibahagikan kepada enam (6)
bahagian seperti yang dinyatakan di dalam Jadual 3.2.
54
Jadual 3.2 : Pembahagian soal selidik Bahagian A Soalan-soalan
Maklumat Peribadi Sumber: Jamsari Jamaluddin (2010) & Jabatan
Pembangunan Wanita (2011) Latar belakang Pendidikan Sumber: Jabatan
Pembangunan Wanita (2011) Kesediaan Menjadi Usahawan Sumber:
Jabatan Pembangunan Wanita (2011) Minat Terhadap Bidang
Keusahawanan Sumber: Zulkifli Saidon (1996) dalam Natifah (2006)
Ciri-ciri / Sikap Keusahawanan Sumber: Zaidatol Akmaliah (2007)
Masalah-masalah yang mungkin dihadapi Sumber: Noor Hasma (1995),
Tee Kee Pei (2000), Suaibah, Azlah, Rozeyta, Hishamudin &
Syaharizatul (2007) Bilangan Soalan 13
B C D
5 5 14
E F
28 10
Bahagian A: Maklumat Peribadi
Bahagian ini bertujuan untuk mengumpul maklumat mengenai latar
belakang responden. Sebanyak tiga belas (13) soalan dikemukakan
kepada responden merangkumi bangsa, umur, kawasan tempat tinggal,
taraf perkahwinan, pendapatan suami, punca menjadi ibu tunggal,
bilangan tanggungan, pendapatan isi rumah, pekerjaan semasa, tempoh
bekerja, sebab-sebab berhenti kerja dan bantuan yang telah
diterima.
55
Bahagian B: Latar Belakang Pendidikan
Bahagian ini mengandungi soalan-soalan yang berkaitan dengan
latar belakang pendidikan responden. Sebanyak lima (5) soalan yang
dikemukakan iaitu pendidikan tertinggi, subjek yang pernah
dipelajari, kursus atau latihan jangka pendek mengenai perniagaan
kecil atau keusahawanan, pengalaman berniaga dan individu terdekat
yang pernah memiliki atau mengendalikan perniagaan.
Bahagian C: Kesediaan Menjadi Usahawan
Bahagian ini mengandungi soalan bagi menguji tahap kesediaan
responden untuk menjadi usahawan. Sebanyak lima (5) soalan yang
dikemukakan iaitu sama ada minat untuk menjalankan perniagaan
sendiri atau bekerja dengan orang lain, sama ada minat untuk
memulakan perniagaan sendiri, sebab utama untuk memulakan
perniagaan dan sebab utama untuk tidak memulakan perniagaan.
Bahagian D: Minat terhadap bidang keusahawanan
Bahagian ini mengandungi sembilan (9) penyataan yang berkaitan
tahap kesediaan dari aspek minat responden terhadap bidang
keusahawanan. Responden diminta untuk memilih jawapan berdasarkan
Skala Likert seperti yang dinyatakan56
dalam Jadual 3.3. Data yang diperolehi akan digunakan untuk
menjawab objektif kajian kedua dan ke-empat kajian ini seperti yang
dinyatakan di dalam bab satu.
Bahagian E: Ciri-ciri atau Sikap Keusahawanan
Bahagian ini mengandungi 28 penyataan bagi menilai responden
mempunyai ciri-ciri atau sikap untuk menjadi usahawan dan ianya
mengambil kira elemen pengetahuan atau kemahiran, persekitaran dan
sikap. Soalan 1 hingga 10 adalah bagi menilai tahap kecerdasan
emosi dan soalan 11 hingga 14 adalah bagi mengukur kebolehan
mengambil risiko. Manakala bagi soalan 15 hingga 28 adalah bagi
mengukur potensi diri. Setiap elemen terdiri daripada beberapa
soalan yang melibatkan penyataan-penyataan yang positif dan jawapan
berdasarkan Skala Likert seperti yang dinyatakan dalam Jadual 3.3.
Data yang diperolehi akan digunakan untuk menjawab objektif kajian
ketiga dan ke-empat kajian ini seperti yang dinyatakan dalam bab
satu.
Bahagian F: Masalah-masalah yang mungkin dihadapi
Bahagian ini mengandungi sepuluh (10) penyataan yang bertujuan
bagi mengetahui masalah-masalah yang mungkin dihadapi responden
sekiranya mereka berminat untuk memiliki perniagaan sendiri.
Jawapan bahagian ini juga menggunakan Skala Likert seperti yang
dinyatakan dalam Jadual 3.3. Data yang57
diperolehi akan digunakan untuk menjawab objektif kelima kajian
ini seperti yang dinyatakan dalam bab satu. Jadual 3.3 1 Sangat
Tidak Bersetuju (STS) Sumber: 2 Tidak Setuju (TS) Likert L.R.
(1976) : Skala Likert 3 Agak Setuju (AS) 4 Setuju (S) 5 Sangat
Setuju (SS)
3.7
Kaedah Penganalisisan Data
Data-data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan kaedah
analisis deskriptif kuantitatif. Data-data tersebut dianalisis
dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science
(SPSS) version 17.0.
Analisis deskriptif kuantitatif merupakan kaedah analisis bagi
melihat perhubungan antara pembolehubah kajian. Analisis deskriptif
dilakukan untuk melihat taburan kekerapan peratusan, min dan
sisihan piawai data. Ianya melibatkan penghuraian secara menyeluruh
berkaitan dengan pembolehubah-pembolehubah yang dikaji iaitu minat,
sikap dan tahap kesediaan keusahawanan. Jadual 3.4 menunjukkan
kaedah penganalisisan data yang digunakan bagi setiap persoalan
kajian.
58
Jadual 3.4:
Kaedah Penganalisisan Data
Persoalan Kajian Profil peserta program pembangunan usahawan
Kesediaan Menjadi Usahawan Tahap kesediaan dari aspek minat Tahap
kesediaan dari aspek sikap Hubungan di antara tahap kesediaan dari
aspek minat dan tahap kesediaan dari aspek sikap Masalah-masalah
yang bakal dihadapi
Kaedah Penganalisisan Data Statistik Perihalan Sukatan Serakan
(Measures of variability) Statistik Perihalan Sukatan Serakan
(Measures of variability) Statistik Perihalan Sukatan Serakan
(Measures of variability) Statistik Perihalan Sukatan Serakan
(Measures of variability) Korelasi Pearson Statistik Perihalan
Sukatan Serakan (Measures of variability)
3.8
Rumusan
Kajian ini menggunakan kaedah primer untuk mengumpul dan
menganalisis data bagi menepati objektif dan matlamat kajian. Data
yang diperolehi daripada data primer telah dibuat penganalisisan
secara kuantitatif. Bagi kajian ini, pengkaji menggunakan kaedah
persampelan secara kelompok. Di dalam bab seterusnya akan
membincangkan dapatan kajian melalui penganalisisan data.
59
BAB 4
ANALISIS KAJIAN
4.1
Pengenalan
Bab ini akan mengemukakan keputusan dan penemuan yang diperolehi
dan hasil kajian yang telah dijalankan melalui 158 borang soal
selidik yang telah dikembalikan oleh responden. Penganalisisan data
dan perbentangan hasil kajian adalah berdasarkan beberapa objektif
yang telah dibentuk seperti di Bab 1.
Penganalisisan data telah dijalankan dengan menggunakan perisian
Statistical Package for Social Science (SPSS) version 17.0.
Data-data yang diperolehi telah dianalisis melalui kaedah analisis
deskriptif.
4.2
Persoalan Kajian 1: Profil peserta program-program pembangunan
usahawan yang dianjurkan oleh JPW.
Dapatan kajian dalam bahagian ini akan dibentangkan dalam bentuk
jadual kekerapan. Bahagian maklumat peribadi, latar belakang
pendidikan, kesediaan60
menjadi usahawan, minat terhadap bidang keusahawanan, ciri-ciri
atau sikap keusahawanan dan masalah-masalah yang mungkin dihadapi
oleh responden untuk memulakan perniagaan akan dianalisis dengan
menggunakan analisis deskriptif.
4.2.1 Maklumat Peribadi
Jadual 4.1: Taburan kekerapan responden mengikut bangsa. Bangsa
Melayu Cina India Jumlah Kekerapan 146 3 9 158 Peratus (%) 92.4 1.9
5.7 100.0
Jadual 4.1 menunjukkan majoriti daripada responden merupakan
berbangsa Melayu iaitu 92.4%. Manakala responden berbangsa India
1.9% dan 5.7% berbangsa Cina.
61
Jadual 4.2: Taburan kekerapan responden mengikut umur. Umur
20-29 tahun 30-39 tahun 40-50 tahun 50 tahun ke atas Jumlah
Kekerapan 11 50 76 21 158 Peratus(%) 7.0 31.6 48.1 13.3 100.0
Jadual 4.2 menunjukkan majoriti responden iaitu 48.1% berumur
dalam lingkungan 40 tahun hingga 50 tahun. Manakala bagi lingkungan
umur 30 tahun hingga 39 tahun adalah 31.6%. Seterusnya, 13.3%
responden berumur lebih daripada 50 tahun dan 7.0% berumur dalam
lingkungan 20 tahun hingga 29 tahun.
Jadual 4.3: Taburan kekerapan responden mengikut kawasan tempat
tinggal. Kawasan Tempat Tinggal Luar Bandar Bandar Jumlah Kekerapan
50 108 158 Peratus (%) 31.6 68.4 100.0
Berdasarkan Jadual 4.3, boleh dirumuskan bahawa majoriti
responden iaitu 68.4% merupakan penduduk bandar dan selebihnya
merupakan penduduk luar bandar.
62
Jadual 4.4: Taburan kekerapan responden mengikut taraf
perkahwinan. Taraf Perkahwinan Bujang Berkahwin Ibu Tunggal Jumlah
Kekerapan 12 34 112 158 Peratus (%) 7.6 21.5 70.9 100.0
Berdasarkan Jadual 4.4, didapati majoriti responden merupakan
berstatus ibu tunggal iaitu 70.9%. Diikuti dengan 21.5% berstatus
berkahwin dan hanya 7.6% responden berstatus bujang.
Jadual 4.5: Taburan kekerapan responden mengikut pendapatan
suami sebulan. Pendapatan Suami Sebulan