Top Banner
Cabaran Isu Semasa | 1 2.1) ISU-ISU SEMASA MESIR Mesir merupakan Negara Islam yang kaya dengan sejarah. Antara ketamadunan awal manusia yang menyaksikan terbinanya monumen-monumen hebat seperti piramid, patung Sphinx dan Obelisk. Mesir menjadi saksi kepada usaha-usaha dakwah Nabi Musa a.s. dan saudaranya, Nabi Harun a.s. terhadap Firaun laknatullah 'alaih. Di bumi Mesir juga munculnya wira agung bernama Saifuddin Qutuz mengalahkan tentera Tartar yang zalim. Salahuddin Ayyubi yang membebaskan kota Baitulmaqdis daripada cengkaman tentera-tentera Salibin yang juga berasal daripada tanah Mesir yang suci. Isu yang meniti di bibir seluruh masyarakat dunia tentang Mesir sekarang ini adalah isu tentang pengulingan Presiden Dr Mohamed Mursi oleh pihak tentera yang dikuasai oleh Israel dan Amerika. Penglibatan tentera dalam Negara Mesir bukanlah sesuatu yang baru. Raja Farouk, monarki terakhir dalam sejarah Mesir telah digulingkan oleh Muhammad Naguib dan Jeneral Gamal Abdul Naseer kedua-duanya merupakan pegawai tentera. Muhammad Naguib, yang kemudiannya menjadi Presiden pertama Mesir, digulingkan pula oleh Jeneral Gamal Abdel Nasser setelah hanya setahun memerintah. Pemerintahan tentera ke atas Mesir disambung oleh Anwar Sadat yang kemudiannya mati dibunuh oleh para pegawai tenteranya sendiri pada tahun 1981. Anwar Sadat kemudiannya digantikan oleh Hosni Mubarak yang memerintah Mesir sehinggalah Januari 2011 mengikut akhbar Sinar Harian, apabila dia dijatuhkan menerusi Revolusi Musim Bunga rakyat Mesir.
26

Kajian Sosial.docx

Dec 25, 2015

Download

Documents

Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Page 1: Kajian Sosial.docx

C a b a r a n I s u S e m a s a | 1

2.1) ISU-ISU SEMASA MESIR

Mesir merupakan Negara Islam yang kaya dengan sejarah. Antara ketamadunan

awal manusia yang menyaksikan terbinanya monumen-monumen hebat seperti piramid,

patung Sphinx dan Obelisk. Mesir menjadi saksi kepada usaha-usaha dakwah Nabi Musa

a.s. dan saudaranya, Nabi Harun a.s. terhadap Firaun laknatullah 'alaih. Di bumi Mesir juga

munculnya wira agung bernama Saifuddin Qutuz mengalahkan tentera Tartar yang zalim.

Salahuddin Ayyubi yang membebaskan kota Baitulmaqdis daripada cengkaman tentera-

tentera Salibin yang juga berasal daripada tanah Mesir yang suci. 

Isu yang meniti di bibir seluruh masyarakat dunia tentang Mesir sekarang ini adalah

isu tentang pengulingan Presiden Dr Mohamed Mursi oleh pihak tentera yang dikuasai oleh

Israel dan Amerika. Penglibatan tentera dalam Negara Mesir bukanlah sesuatu yang baru.

Raja Farouk, monarki terakhir dalam sejarah Mesir telah digulingkan oleh Muhammad

Naguib dan Jeneral Gamal Abdul Naseer kedua-duanya merupakan pegawai tentera.

Muhammad Naguib, yang kemudiannya menjadi Presiden pertama Mesir, digulingkan pula

oleh Jeneral Gamal Abdel Nasser setelah hanya setahun memerintah. Pemerintahan tentera

ke atas Mesir disambung oleh Anwar Sadat yang kemudiannya mati dibunuh oleh para

pegawai tenteranya sendiri pada tahun 1981. Anwar Sadat kemudiannya digantikan oleh

Hosni Mubarak yang memerintah Mesir sehinggalah Januari 2011 mengikut akhbar Sinar

Harian, apabila dia dijatuhkan menerusi Revolusi Musim Bunga rakyat Mesir. 

Selepas Mubarak dijatuhkan, tentera mengambil alih untuk proses sementara,

berlaku pilihan raya dan transisi demokrasi. Rakyat bangkit tolak tentera agar melepaskan

kuasa. Pilihan raya dijalankan tiga kali pusingan yang berakhir Disember 2011. Akhirnya

terbentuk kerajaan didominasi Ikhwanul Muslimin yang mendapat 50 peratus. Ikhwanul

Muslimin adalah pertubuhan gerakan hampir 90 tahun, paling tersusun, teratur dan

berpengaruh dalam rakyat Mesir.Pada ketika itu, Presiden Mohamed Mursi yang merupakan

seorang tahfiz dan merupakan pemimpin pertama yang dipilih oleh rakyat secara demokrasi

memimpin negara Mesir dan banyak membuat perubahan. Salah satunya ialah memajukan

terusan suez, menarik pelabur luar untuk melabur dan beliau tidak mahu negara Israel atau

Amerika masuk campur tangan dalam negara Mesir.

Page 2: Kajian Sosial.docx

C a b a r a n I s u S e m a s a | 2

Mengikut akhbar Sinar Harian, pergolakan yang berlaku di Mesir hari ini adalah

kesan daripada rampasan kuasa oleh pihak tentera, yang diketuai oleh Jeneral Abdul Fatah

As-Sisi ke atas Presiden Mohamed Mursi yang digulingkan pada 3 Julai 2013 yang

lalu. Penggulingan beliau oleh tentera yang didalangi Amerika Syarikat, awal Julai lalu, telah

menggemparkan seluruh masyarakat dunia, termasuk di Malaysia. Ramai melihat

penggulingan sebagai kejam dan tidak adil kepada Mursi yang baru mentadbir selama

setahun bermula pada 2012. Sebagai tindak balas, para penyokong Presiden Mursi

mengadakan protes dan tunjuk perasaan secara aman di seluruh Mesir, namun fokusnya

adalah di Kaherah (Cairo), Mesir. Penggulingan Presiden Mursi dilihat oleh banyak pihak

sebagai haram dan tidak sah, sementelah beliau telah memenangi pilihan raya Mesir secara

adil dan saksama, apabila memperoleh lebih 50% daripada undi rakyat Mesir. Ironinya,

mereka yang mengadakan demostrasi untuk menjatuhkan Presiden Mursi adalah mereka

yang mendakwa diri mereka sebagai pejuang demokrasi. Antara yang mendalangi

demonstrasi dan tunjuk perasaan yang akhirnya membawa kepada kejatuhan Presiden

Mursi termasuklah Muhammad el-Baradei, Amr Moussa, Hamdeen Sabahi dan Hisham

Bastawisy, hampir kesemuanya calon yang kalah dalam pilihan raya Presiden Mesir.

Muhamad el-Baradei telah dilantik sebagai Naib Presiden baru bagi kerajaan

sementara Mesir tetapi telah meletakkan jawatannya kerana tidak bersetuju dengan

tindakan tentera Mesir membunuh para penunjuk perasaan di Medan Rabaah dan kawasan

sekitarnya. Kejatuhan Presiden Mursi telah terbukti melibatkan Amerika, Israel dan musuh-

musuh Islam yang lain. Pergerakan Tamarrud, iaitu nama yang diberikan kepada para

penunjuk perasaan penentang Presiden Mursi telah terbukti menerima pembiayaan

daripada Amerika Syarikat. Perkara ini dilaporkan di al-Jazeera. Antara tindakan pertama

yang dilakukan oleh kerajaan sementara pimpinan Presiden Adly Mansour adalah dengan

menutup sempadan Rafaah, yang sebelum ini telah dibuka oleh Presiden Mursi. Sempadan

ini menjadi penghubung penting rakyat Palestin dalam mendapatkan bekalan asasi harian.

Penutupan ini jelas memperlihat persengkokolan yang berlaku antara Israel dan kerajaan

Mesir yang baru. Pada 3 Julai 2013, Jeneral Abdul Fatah as-Sisi mengumumkan di

televisyen nasional Mesir bahawa pihak tentera telah mengambil alih kuasa daripada

Presiden Muhamed Mursi kerana kegagalan beliau memenuhi beberapa tuntutan oleh pihak

Tamarrud dan ultimatum yang telah diberikan oleh pihak tentera. Presiden Muhamed Mursi

telah dikenakan tahanan di suatu tempat rahsia yang sehingga kini tiada siapa tahu lokasi

sebenarnya, melainkan pihak tentera. Jeneral Abdul Fatah Dia telah dilantik sendiri oleh

Presiden Mursi untuk menggantikan Muhammad Hussein Tantawi sebagai Ketua Turus

Angkatan Tentera Mesir yang baharu. Dia dilihat sebagai moderat dengan pegangan agama

yang kuat dan calon yang paling sesuai untuk menggantikan rejim Mubarak yang lama.

Page 3: Kajian Sosial.docx

C a b a r a n I s u S e m a s a | 3

Malangnya dia merupakan salah satu dalang pergulingan presiden Muhamed Mursi.

Selepas melantik Adly Mansour sebagai Presiden bagi kerajaan sementara, Jeneral Abdul

Fatah as-Sisi melantik dirinya sendiri sebagai Menteri Pertahanan yang baru, selain jawatan

Timbalan Perdana Menteri.

Seperti jangkaan ramai, Amerika Syarikat (AS) akhirnya membuat pengakuan secara

tidak langsung menerusi majalah The Week bahawa mereka berkomplot dalam rampasan

kuasa tentera ke atas bekas Presiden Mesir digulingkan, Mohammed Mursi. Dipetik

daripada laporan AP, majalah yang turut memaparkan gambar Jeneral Abdul Fatah Al-Sisi

dengan tajuk “Our Man in Cairo - Should US cut off aid to Egypt military?” itu turut

menyiarkan kenyataan AS menyokong tentera walaupun sebelum ini mereka tidak

mengiktiraf penggulingan Presiden Muhammed Mursi secara rasmi. AS yang merupakan

dalang di sebalik pergolakan di Mesir kini dilihat cuba berselindung di sebalik gesaan

supaya Presiden Muhammed Mursi dibebaskan. Sebelum ini, Washington turut

mengenakan tekanan ke atas Mursi supaya membawa pembaharuan dalam sektor dan

sistem demokrasi selepas pelantikan beliau pada tahun lalu. Selain itu, dalam satu

kenyataan lain, jurucakap Jabatan Negara AS, Jen Psaki memaklumkan mereka 

menghormati keputusan mahkamah membebaskan bekas Presiden Hosni Mubarak yang

turut menerima sokongan kuat AS sepanjang 30 tahun pemerintahannya. Kemuncak

kepada kudeta Tentera Mesir ialah pembebasan mantan Presiden Hosni Mubarak. Begitu

bijak kudeta tentera pimpinan As Sisi mengambil peluang. Dikala rakyat diratah peluru

tenteranya, sedang menangisi orang yang tersayang syahid dan dikala PBB, OIC, dan NAM

masih membisu, Regim As Sisi pimpianan Amerika dan Israel mengambil peluang

membebaskan Mubarak dari penjara. Mubarak seorang sekutu rapat Amerika dan Israel.

Mengikut Mahkamah era Presiden Morsi, Mubarak dikenakan hukuman penjara seumur

hidup kerana pembunuhan rakyatnya di Dataran Tahrir semasa Arab Spring 2011.

Isu Ikhwanul Muslimin (IM) juga sering diperkatakan dalam masyarakat sekarang ini.

Ikhwanul Muslimin merupakan pergerakan dakwah yang telah diasaskan oleh Hassan al-

Banna pada tahun 1992. Ikwanul Muslimin diharamkan daripada bergiat aktif, apatah lagi

dalam arena politik sewaktu pemrintahan Hosni Mubarak kerana pihak pemerintah melihat

mereka sebagai ancaman besar. Namun ahli-ahli IM terus bergiat aktif dalam masyarakat

dengan berselindung di sebalik nama persatuan atau badan yang lain. Kepopularan dan

pengaruh IM dalam kalangan masyarakat amat ketara apabila akhirnya mereka dibenarkan

bertanding dalam pilihanraya Mesir usai kejatuhan Mubarak, mereka menang mudah di

kebanyakan tempat terutamanya di kawasan luar bandar. Selain itu, kebangkitan rakyat

menentang penggulingan Presiden Muhamed Mursi yang melibatkan jutaan rakyat Mesir

Page 4: Kajian Sosial.docx

C a b a r a n I s u S e m a s a | 4

juga menggambarkan sokongan padu rakyat terhadap pergerakan yang hampir mencecah

usia 100 tahun itu. Sehingga kini, IM memainkan peranan yang penting dan aktif dalam

mencorakkan sosia- politik dan -ekonomi rakyat Mesir.

Pembunuhan beramai-ramai yang berlaku ke atas para penunjuk perasaan bermula

semalam (14 Ogos 2013) apabila pihak tentera nekad untuk mengosongkan Medan

Rabaah, Medan al-Nahda dan Medan Mustafa Mahmud di Giza daripada para penyokong

letigimasi Presiden Mursi. Sebelum ini sudah pon berlaku persitiwa Subuh berdarah, apabila

sebahagian penyokong Mursi ditembak oleh pembidik tepat ketika mereka sedang bersolat

Subuh pada pagi 8 Julai 2013. Namun Massacre yang berlaku pada 14 Ogos lebih

melampau dan zalim lagi. Bukan setakat rakyat dibunuh, masjid dibakar, mayat para

syuhada' dibakar dan ada yang dilanggar oleh jentolak hidup-hidup. Jumlah kematian yang

dicatatkan berbeza-beza mengikut sumber tetapi angka kematian tertinggi yang dilaporkan

adalah lebih daripada 2,200 nyawa. Hal ini jelas merupakan kezaliman melampau, apatah

lagi di dilakukan oleh rakyat Mesir sendiri terhadap saudara-saudara mereka. Malah, ada

yang menyifatkan tindakan pihak tentera yang didalangi oleh Amerika dan Israel ini, lebih

dahsyat dan keji daripada pembunuhan Bashar al-Assad terhadap rakyatnya dan kezaliman

kerajaan Zionis Israel terhadap rakyat Palestin. Tindakan mereka ini jelas melanggar semua

nilai-nilai kemanusiaan yang ada. 

Isu golongan tamarrud dan golongan tentera yang menggulingkan Presiden

Muhamed Mursi adalah kerana beralasan Presiden Mursi telah gagal dalam mengotakan

janji-janjinya di awal pelantikannya sebagai Presiden Mesir. Presiden Mursi juga telah gagal

memulihkan keadaan ekonomi Mesir yang runcing, di samping beberapa faktor politik,

ekonomi dan sosial yang lain, termasuklah peluang pekerjaan, polis yang menzalimi para

penunjuk perasaan dan sebagainya. Pada halnya, perkara ini tidak muhasabah kerana

Presiden Mursi memulihkan sepenuhnya keadaan Mesir yang telah hampir binasa dan rosak

dari pelbagai aspek pasca pemerintahan rejim Hosni Mubarak yang puluhan tahun lamanya

itu, dalam masa setahun. Malah, faktor sebenar Presiden Mursi digulingkan oleh tentera

yang didalangi oleh Israel dan Amerika adalah kerana Presiden Mursi membawa syiar Islam

di Negara Mesir dan membawa perubahan kegemilangan Islam.

Page 5: Kajian Sosial.docx

C a b a r a n I s u S e m a s a | 5

2.2) CABARAN-CABARAN DAN KESAN-KESAN YANG DIHADAPI OLEH NEGARA-NEGARA MESIR ATAS ISU YANG TERJADI

Rentetan daripada isu yang kita ketahui, telah berlakunya implikasi yang secara jelas

ataupun tidak jelas yang kita dari sudut politik, ekonomi dan sosial. Selain itu, cabaran

mahupun implikasi di negara tersebut sedikit sebanyak memberi kesan kepada Negara

Malaysia. Implikasi dari sudut politik ialah pentadbiran di negara Mesir dipimpin oleh kuasa

tentera iaitu Jeneral Abdul Fatah as-Sisi. Selain itu, kerajaan yang dipilih oleh rakyat secara

demokrasinya iaitu Presiden Mohamed Mursi digulingkan oleh tentera yang dipengaruhi oleh

kuasa Israel, Amerika dan sekutunya yang jelas mempunyai niat tersendiri. Seterusnya,

kesan daripada isu tersebut dari sudut politik ialah Persatuan Bangsa Bersatu (PBB)

menegaskan agar sebuah kerajaan baru dibentuk dan menggantikan parti Ikhwanul

Muslimin. Kesan seterusnya yang dianggap serius oleh masyarakat sekarang ini ialah

mantan presiden Hosni Mubarak yang dikenakan hukuman penjara seumur hidup atas

kesalahan membunuh telah dibebaskan. Ini merupakan sesuatu yang tidak adil. Di samping

itu, semua meja rundingan ditutup agar tiada rundingan dibuat. Seterusnya, kesan daripada

isu-isu yang berlaku selepas penggulingan Presiden Mohamed Mursi ini ialah Naib Presiden

yang dilantik oleh tentera, Dr Mohammed El-Baradei telah meletak jawatan dari jawatannya.

Terdapat banyak kesan politik yang berlaku terhadap Negara Mesir dan akhirnya Presiden

Mohamed Mursi ditangkap di tempat rahsia yang tidak diketahui orang awam kecuali

tentera. Presiden Mohamed Mursi juga telah ditahan.

Isu-isu yang berlaku di negara Mesir sangat memberi kesan kepada sudut sosial.

Pertamanya ialah berlakunya kebangkitan rakyat Mesir yang menyokong Morsi (pro-Morsi)

ataupun parti Ikhwanul Muslimin pada awal tahun 2013. Isu penggulingan Presiden

Mohamed Mesir ini menyebabkan penyokong Prseiden Mursi tidak berpuas hati kerana

sebuah parti dan kerajaan yang dipilih secara demokrasi diguling sebegitu tanpa memberi

peluang menghabiskan tugas sebagai presiden. Parti Ikhwanul Muslimin dan para

penyokong Presiden Mursi akan berjuang habis-habisan dan tidak akan gentar tehadap

tentera walaupun banyak nyawa yang terkorban. Perkara ini juga turut dinyatakan di dalam

akhbar Harian Metro. Kebangkitan rakyat berlaku dengan kuatnya di dataran tahrir dan

ramai mujahidin gugur disebabkan menentang pemerintahan junta ataupun dikenali tentera.

Insan yang terkorban adalah Penyampai berita AL-JAZEERAH 7 orang syahid dan ratusan

cedera dalam rempuhan meleraikan tunjuk perasaan di Mustafa Mahmud. . Di Bani Suwef,

14 penunjuk perasaan telah syahid hingga saat ini akibat tembakan polis dan tentera.

Jumlah syuhada dari Hospital Medani sejumlah 2303 orang manakala mereka yang cedera

parah lebih daripada 10 000 orang. Lebih 200 orang daripadanya jurugambar. Penyokong

Page 6: Kajian Sosial.docx

C a b a r a n I s u S e m a s a | 6

Ikhwanul Muslimin dibakar, diseksa dan ditembak. Berikut adalah statistic pembunuhan

yang drastik :

Ulama Al-Azhar syahid

Orang Awam syahid

Cedera parah Wartawan dibunuh

0

500

1000

1500

2000

2500

3000

3500

Rentetan daripada implikasi korban nyawa, pada 14 Ogos 2013 telah berlaku

Darurat I iaitu perintah berkurung di seluruh Mesir dari jam 7 malam hingga 6 pagi. Selain

daripada kesan terkorbannya nyawa insan-insan, kesan terhadap isu pendidikan turut

terjadi. Malah kesan ini juga turut memberi kesan terhadap negara kita Malaysia

terutamanya pelajar-pelajar yang berhijrah untuk pengajian di negara Mesir tersebut. Ini

kerana, pelajar-pelajar luar negara di Mesir terpaksa dihantar ke negara masing-masing dan

menangguhkan pengajian disebabkan kebangkitan rakyat yang kuat. Ini kerana

keselematan orang awam dan pelajar-pelajar luar negara dalam keadaan terancam

sekiranya meneruskan pengajian. Seterusnya,pensyarah-pensyarah Universiti Al-Azhar di

bawah kerajaan persekutuan juga turut dipilih melalui persekutuan tentera. Ini menyebabkan

pendidikan Islam kurang diamalkan. Perkara ini adalah implikasi dan sesuatu cabaran yang

amat mencabar bagi negara Mesir lalui. Isu pengganguran dan kemiskinan turut bertambah

akibat daripada isu yang melanda di Mesir.

Isu yang melanda di Negara Mesir ini amat memberi kesan dari sudut ekonomi.

Seperti mana kita ketahui, ekonomi sesebuah Negara amat penting dalam membina

sesebuah negara bertamadun. Seperti mana yang kita ketahui Terusan Suez

menghubungkan Eropah ke Asia, Asia ke Afrika. Sebelum Israel menguasai terusan

suez,merupakan sumber pendapatan ekonomi negara Mesir. Cukai negara luar dipungut

oleh negara Mesir sendiri. Tetapi, selepas Israel dan Amerika menguasai, mereka

melaluinya dengan percuma dan menyebabkan ekonomi negara Mesir menurun dan jatuh.

Ini menunjukkan pihak Amerika mahupun Israel mengambil kesempatan dan menguasai

ekonomi negara Mesir dan sekaligus menjatuhkan negara Islam. Seperti mana kita sedia

Page 7: Kajian Sosial.docx

C a b a r a n I s u S e m a s a | 7

maklum, negara Mesir kaya dengan minyak tetapi kini isu minyak turut dikuasai oleh Israel

dan Amerika, kilang-kilang ditutup dan sebagainya. Apabila perkara ini berlaku, pelabur luar

tidak lagi di negara Mesir kerana kejatuhan yang teruk di Mesir. Kesan baru-baru ini ialah

rakyat Mesir mula sedar dan mula bersemangat menentang pemerintahan tentera kerana

mereka lihat ekonomi yang jatuh merudum, bil elektrik kian meningkat, bil air kian meninggi

dan sebagainya. Mereka tidak tahan dan tidak mahu berterusan perkara ini terjadi. Akhirnya

kesan yang paling dikesali adalah kesan terhadap media sosial seperti televisyen. Sekarang

ini, tidak ada satu media Islam yang beroperasi di negara Mesir dan semua media

dipengaruhi oleh tentera dan dikawal oleh pihak junta. Perkara ini sedikit sebanyak

menghalang daripada rakyat Mesir mendapat keadilan. Kita dapat lihat rakyat Mesir yang

tabah dan kuat menghadapi cabaran ini dan isu-isu dan implikasi tersebut sedikit sebanyak

meninggalkan kesan kepada negara-negara lain terutamanya negara Malaysia.

2.3) ISU-ISU SEMASA PALESTIN

Isu Palestin merupakan isu yang sangat lama seperti mana yang kita ketahui.

Hampir 65 tahun isu ini berlaku dan masih tiada penyelesaian. Isu palestin ini dikaitkan

dengan kekejaman zionis Israel yang ingin menguasai tanah bumi Palestin. Bagi kedua-dua

pihak Islam dan Yahudi, tanah yang didiami oleh Palestin dan Israel sekarang merupakan

tanah yang istimewa, yang telah ditentukan oleh Allah sejak ribuan tahun lampau. Bagi umat

Islam, di tanah inilah terbinanya Masjidil Aqsa, iaitu masjid ketiga paling mulia di dunia ini,

setelah Masjidil Haram dan Masjid Nabawi. Bagi penganut Yahudi pula, tanah tersebut

merupakan “Tanah Yang Dijanjikan Tuhan” kepada mereka. Di situlah nenek moyang

mereka berasal (Bani Israel), dan di situlah kampung halaman mereka. Mereka percaya, di

tanah itulah terletaknya Bukit Zion, dan situlah tertanamnya Temple of Solomon, iaitu kuil

Page 8: Kajian Sosial.docx

C a b a r a n I s u S e m a s a | 8

suci mereka. Atas kedua-dua sebab inilah, tanah tersebut menjadi rebutan antara Muslim

dan Yahudi sejak dari dahulu, hinggalah membawa kepada pertumpahan darah sekarang.

Kristian juga, menganggap tanah tersebut sebagai tanah suci. Di Temple of Nazareth, yang

terletak di tanah tersebut, merupakan tempat kelahiran Nabi Isa. Di tanah itulah Nabi Isa

menyampaikan ajarannya, dan di tanah itu jugalah Nabi Isa disalib (mengikut kepercayaan

kristian).

Tanggal 15 Mei 1948 merupakan peristiwa hitam bagi rakyat Palestin dan umat

manusia amnya kerana pada tarikh ini, dengan rasminya tertubuh Negara Haram Israel

dengan sokongan kuat oleh Amerika Syarikat selaku kuasa besar dunia setelah Perang

Dunia kedua. Peristiwa ini dikenali sebagai Nakhbah Palestin yang merujuk kepada

penubuhan negara haram Israel. Nakhbah sendiri bermaksud “malapetaka atau bencana

besar”. Peristiwa ini bermula dengan terlaksanaya kependudukan dan penjajahan haram

oleh rejim Zionis ke atas tanah dan penduduk asal negara Palestin secara sistematik

dengan bantuan PBB dan British. Sehingga kini, Israel terus-terusan menyerang Palestin

dalam usaha meluaskan sempadannya. Palestin pula berjihad, dalam usaha menawan

kembali Masjidil Aqsa. Selain itu, Israel dibenarkan memiliki senjata berteknologi tinggi dan

Palestin terus dikenakan sekatan sehinggakan bantuan yang ingin diberikan oleh dunia luar

gagal disampaikan dengan mudah kepada Palestin, Tapi hak ini dinafikan untu umat islam di

Palestin.

Kita lihat sahaja peta yang menunjukkan tanah milik Palestin sudah semakin

mengecil akibat daripada Israel yang menguasainya.

Page 9: Kajian Sosial.docx

C a b a r a n I s u S e m a s a | 9

Yahudi berterusan dengan niat untuk menghapuskan Masjid Al-Aqsa dari umat Islam

dan ingin membangunkan Kuil Sulaiman mereka pada bekas keruntuhan Al-Aqsa. Selain itu,

zionis Israel ini juga telah membina masjid Qubbah al-Shakra kubah berwarna emas

berdekatan Masjid Al-Aqsa bagi mengelirukan umat Islam. Sedangkan kubah masjid Al-

Aqsa berwarna biru. Sekarang ini, isu penggalian di bawah tanah masjidil haram itu sedang

giat dijalankan walaupun berlaku kemarahan kepada rakyat Palestin dan umat Islam yang

lain. Ini kerana akan meninggalkan kesan kepada binaan masjid Al-Aqsa. Perkara yang

menjadi isu dari dahulu sehingga sekarang adalah, pihak zionis Israel telah menjaga

sekeliling masjid Al-Aqsa supaya tidak semua orang Islam memasuki sesuka hati. Sekarang

ini, umat Islam tidak dapat menunaikan solat di dalam masjid Al-Aqsa dan hanya orang yang

tua sahaja dibenarkan.

Selain itu, berlaku perkara yang amat mencabar umat Islam Palestin apabila pada 23

Julai 2007, sekitar 300 rejim yahudi menyerbu Masjidil Al-Aqsa dan melakukan ritual ibadah

di dalamnya. Pada 16 September 2008, zionis Israel menyerbu masuk ke halaman Masjidil

A l-Aqsa dari Gerbang Magharibah. Pada 9 Oktober 2008 sekelompok besar pendatang

haram Israel, para rabi dan ahli politik Israel dibawah penjagaan ketat kepolisian pasukan

keselamatan melakukan upacara pengyahudian masjidil aqsa di perkarangan masjid

tersebut. Pada 9 Februari 2009, ratusan pelawat dan pelancong Yahudi memakai “pakaian

seronok” memasuki Masjid Al-Aqsa. Pada 11 Mac 2009, sekelompok Yahudi yang terdiri

dari tiga puluh pemimpin kanan mereka mengenakan pakaian keagamaan menyerbu

halaman Masjid Al-Aqsha untuk mengadakan upacara keagamaan. Pada 24 September

2009, anggota unit “ahli bahan peledak” dengan kawalan pasukan keselamatan Israel

menyerbu Masjid Al Aqsa dan jalan-jalan di sekitarnya.

Pada 27 September 2009, tercetus ketegangan antara rakyat palestin dengan

pasukan keselamatan Israel dan kelompok Yahudi di dalam Haram al-Sharif dan di depan

gerbangnya yang mengakibatkan 16 warga Palestin cedera dan puluhan yang lain

ditangkap. Ketegangan itu terjadi apabila pasukan keselamatan Israel menyerbu halaman

masjid dari gerbang Magharibah dan melepaskan tembakan ke arah orang islam yang

sedang solat berjemaah dengan gas pemedih mata bagi menyuraikan umat islam yang

berkumpul dan membenarkan pelampau yahudi mencemari masjidil aqsa. Pada 16 Mac

2010 berlaku pergaduhan antara pemuda-pemuda palestin dan pasukan keselamatan Israel

disebabkan tindakan pasukan keselamatan membenarkan pelampau yahudi melakukan

pencemaran di masjidil aqsa dan seterusnya perasmian sinagog haroob oleh pemerintah

Zionis sebagai langkah awal merobohkan Al-Aqsha. Upacara perasmian ini telah ditentang

Page 10: Kajian Sosial.docx

C a b a r a n I s u S e m a s a | 10

oleh penduduk Palestin sehingga mengorbankan 100 orang lebih dan puluhan warga

lainnya ditangkap termasuk 7 orang wanita.

Sekarang ini, isu yang meningkatkan kesedaran dan semangat untuk berjuang

dalam kalangan umat Islam adalah sempadan Rafah dengan semenanjung Gaza yang dulu

dibuka oleh Presiden Mesir, Mohamed Mursi kini ditutup oleh pihak zionis Israel dan

Amerika yang sangat kejam. Apabila sempadan rafah itu ditutup, ini menyebabkan bekalan

dan bantuan dari negara luar sukar untuk sampai ke negara Palestin. Beratus-ratus rakyat

Palestin terkandas di sempadan yang menjadi laluan masuk ke wilayah Palestin diperintah

Hmas. Walaubagaimanapun, rakyat Palestin tetap bersabar dalam perjuangan mereka.

Selain itu, isu yang kita dapati di Palestin sekarang ini adalah zionis Israel dalam usaha

menyerang dan membunuh orang-orang kanan parti Hamas. Parti hamas adalah parti

Palestin yang berjuang menentang Israel. Hamas adalah antara kerajaan yang kuat

menyokong pentadbiran Mursi kerana banyak mendapat manfaat daripada pentadbiran

beliau. Baru-baru ini, kita mendapat berita bahawa ketua sayap tentera kumpulan Islamis

Hamas Palestin, Ahmed Said Khalil al-Jabari terbunuh dalam satu serangan udara Israel di

Gaza. Beliau dan seorang pegawai kanan Hamas turut terbunuh apabila kereta yang

mereka naiki dibedil melalui serangan udara. Satu siri serangan udara kini sedang

dilancarkan di seluruh Gaza.  Pasukan Pertahanan Israel (IDF) berkata mereka kini sedang

melancarkan operasi serangan terhadap Hamas, pejuang Jihad Islam dan lain-lain

kumpulan militan yang lain. Kebelakangan ini, pegawai-pegawai Israel tekad untuk

membunuh dan menyerang pemimpin-pemimpin kanan Hamas.

  Pasukan Keselamatan Israel, Shit Bet mengesahkan yang mereka

bertanggungjawab ke atas segala aktiviti keganasan.  “Ahmed Said selama ini juga antara

orang yang bertanggungjawab membiayai dan memberi arahan operasi tentera mereka bagi

menyerang Israel. Jadi dengan pembunuhan beliau, kami mahu memberi amaran kepada

pegawai Hamas yang lain jika mereka melakukan keganasan kepada Israel, mereka juga

akan turut diserang,” katanya.  Jurucakap Hamas, Taher Anunu memberitahu pemberita,

keganasan yang dilakukan oleh Israel ini merupakan jenayah yang cukup kejam dan bakal

memberi kesan jangka panjang. “Kerajaan Palestin akan memanggil mereka yang

bertanggungjawab melakukan jenayah kejam ini dan rakyat Palestin sendiri mempunyai hak

untuk bertindak balas,” katanya. Izharnya, kita dapat lihat isu Palestin sangat menyedihkan

kerana rakyat Palestin masih dapat bertahan dan berjuang menentang rejim zionis yang

sangat kejam. Jelas, zionis Israel berniat untuk menguasai tanah bumi Islam.

Page 11: Kajian Sosial.docx

C a b a r a n I s u S e m a s a | 11

2.4) CABARAN-CABARAN DAN KESAN-KESAN YANG DIHADAPI OLEH NEGARA-

NEGARA MESIR ATAS ISU YANG TERJADI

Isu Palestin yang sering dikatakan masyarakat sehingga kini, banyak meninggalkan

kesan dan implikasi yang teruk kepada negara tersebut malah kepada rakyatnya juga.

Pertamanya, kesan yang terjadi adalah dari segi ekonomi. Jelas kita dapat lihat ekonomi

Palestin telah dikuasai oleh rejim Israel. Justeru, ekonomi di negara tersebut juga jatuh dan

sangat menyedihkan. Oleh itu, pelaburan dari negara luar tidak dapat dijalankan. Selain itu,

rentetan daripada isu sempadan rafah telah menjadi satu cabaran yang besar buat

penduduk Al-quds, Gaza kerana bantuan makanan, ubat-ubatan dan sebagainya dari luar

negara tidak dapat dibawa masuk dengan mudah kerana disekat oleh rejim zionis Israel

sedangkan rakyat palestin memerlukan bantuan.

Selain itu, implikasi daripada isu Palestin ini, kita dapati saban hari, tanah milik bumi

Palestin dikuasai oleh Israel walaupun ini menimbulkan kemarahan rakyat Palestin. Tanah

Palestin semakin hari semakin kecil. Di samping itu, isu Israel yang melakukan pelbagai

kekejaman kepada Palestin, seperti menyerang Masjid Al-Aqsa, menghalau rakyat daripada

rumah dan sebagainya sering membangkitkan kebangkitan rakyat Palestin ataupun Intifada

untuk menentang pihak zionis. Walaupun bagaimanapun, disebabkan tiada senjata yang

canggih daripada Israel yang mendapat bekalan senjata dari Amerika, menyebabkan ramai

nyawa umat Islam di Palestin terkorban. Malah yang paling dikesali adalah, insan yang

terkorban itu tidak kira peringkat umur. Contohnya, bayi yang tidak berdosa, anak-anak

kecil, wanita dan orang tua, diperlakukan dengan perbuatan yang kejam oleh zionis Israel

dengan mengebom, memukul, menangkap, memenjara rakyat Palestin yang menentang

mereka. Sekarang ini, kesan yang kita boleh dari sudut sosial juga rakyat Palestin

kehilangan tempat berlindung, rumah dan tinggal di tempat perlarian kerana kemusnahan

bangunan-bangunan dan rumah akibat dibom oleh rejim zionis.

Page 12: Kajian Sosial.docx

C a b a r a n I s u S e m a s a | 12

Jika dahulu sistem pendidikan di Gaza dan Tebing Barat yang ditadbir oleh

Kementerian Palestin Pendidikan dan Pengajian Tinggi, mempunyai peringkat pendidikan

asas, pendidikan menengah dan pendidikan tinggi yang mempunyai universiti dan kolej

teknikal, kini segalanya tinggal kesedihan. Ini kerana, kanak-kanak terpaksa belajar di

bawah khemah kerana sekolah mereka dimusnahkan oleh rejim Israel. Walaupun keadaan

menjadi huru hara, keselamatan tidak terjamin dan menjadi satu cabarab kepada kanak-

kanak Palestin, masih ada mereka yang sentiasa bersemangat untuk menuntut ilmu.

Terdapat 604 sekolah di Semenanjung Gaza, namun sejumlah besar daripadanya

musnah dalam serangan Israel termasuk 18 buah yang musnah teruk. Selain itu, Israel

tidak membenarkan bahan binaan seperti simen dan keluli dibawa masuk ke Gaza atas

alasan ia boleh digunakan oleh puak Hamas untuk membina terowong. Sehingga kini,

hampir tiada lagi sekolah yang dibina ekoran sekatan yang dikenakan. Seterusnya, rentetan

kemusnahan bangunan sekolah dan sebagainya memberi satu implikasi dan cabaran

kepada seseorang pelajar. Implikasi konflik dunia terhadap pelajar menunjukkan kesan

dalam pelbagai aspek seperti mental, fizikal dan sebagainya. Pada Julai tahun 2010 ,

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melaporkan hampir 40,000 kanak-kanak

Palestin di Gaza tidak mempunyai sekolah untuk belajar ekoran daripada sekatan yang

dikenakan Isreal yang kini memasuki tahun kelima, yang menerusi tindakan ketenteraan

mereka di Gaza mulai akhir Disember 2008. Seterusnya, menurut laporan Bank Dunia, 80

peratus pelajar Palestin di Gaza gagal dalam pelajaran Matematik sementara sejumah 40

peratus gagal dalam mata pelajaran bahasa ibunda mereka sendiri iaitu bahasa Arab. Ini

disebabkan oleh kanak-kanak yang masih hidup tetapi kehilangan ahli keluarga dan rumah

tempat berteduh, mereka ini masih lagi trauma dan memerlukan rawatan psikologi bagi

meningkatkan prestasi pembelajaran mereka yang merosot ekoran penderitaan hidup dan

persekitaran pendidikan yang tidak mengizinkan.

Di peringkat universiti pula juga mempunyai cabaran dan kesannya yang teruk juga.

Contohnya, walaupun terdapat beberapa buah universiti tetapi universitinya semakin tidak

Page 13: Kajian Sosial.docx

C a b a r a n I s u S e m a s a | 13

mendapat sambutan kerana disebabkan kekejaman zionis Israel. Penaklukan mereka yang

sangat kejam dengan cara membunuh dan menyiksa rakyat Palestin itu membuatkan

pelajar dari negara asing takut untuk belajar disana. Al- Quds open university, Al- Aqsa

university dan university of Palestine antara universiti yang terdapat disana. Apabila konflik

ini berlarutan, banyak negara cuba membawa pulang pelajar-pelajar mereka secepat

mungkin bagi melindungi anak bangsa dari ditindas dan dibunuh oleh pihak zionis. Malaysia

juga telah membawa ramai pelajar kita pulang ke tanah air. Implikasinya, negara Palestin

tidak dapat menjalinkan hubungan generasi akan datang dan menyebabkan proses

pembelajaran tergendala. Ini menjadikan pihak zionis Israel gembira kerana umat Islam

tidak dapat menuntut ilmu dengan aman kerana mereka tahu dengan ilmu dapat

menyumbang kepada penentangan mereka. Selain itu, sumber ekonomi yang terhad ketika

konflik berlaku telah menyebabkan semua institusi-institusi pendidikan tidak mendapat

pembiayaan yang secukupnya dan akibatnya banyak bahan-bahan mengajar untuk

menjalankan proses pembelajaran tidak dapat disediakan. Rentetan daripada isu

penentangan oleh rakyat Israel, mereka terpaksa menghadapi cabaran yang hebat iaitu

tenaga pengajar dibunuh dan ditangkap oleh pihak rejim zionis. Tujuan utama rejim zionis

menangkap dan membunuh tenaga pengajar di palestin adalah untuk menghalang

berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran di Palestin. Namun ada segelintir warga

pendidik di palestin cuba untuk mengembangkan kembali budaya ilmu di palestin.Tetapi

bilangan mereka terlalu sedikit. Tidak kurang juga ramainya guru yang terjun ke medan jihad

untuk menentang israel laknatullah. Tetapi, ramai pejuang-pejuang yang syahid di medan

jihad.

3.0) USAHA-USAHA MALAYSIA DALAM PENYELESAIAN ISU-ISU GLOBAL

Pergolakan negara Islam amat meruntun hati dan mendapat perhatian buat seluruh

masyarakat islam antarabangsa walaupun terdapat segelintir yang tidak mengambil berat.

Umumnya, kebanyakan negara hanya mampu menunggu dan melihat. Secara umumnya,

Malaysia mempunyai banyak pertubuhan Islam bukan kerajaan (NGO Islam) yang

memperjuangkan dan memberikan bantuan kemanusiaan kepada masyarakat luar. Statistik

sehingga Jun 2013 menunjukkan sebanyak 1,554 pertubuhan telah mendaftar dengan

Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia. Melalui NGO Islam ini, satu perhimpunan aman

telah diadakan bagi menyokong dan membantu masyarakat Islam yang ditindas seperti di

Syria, Palestin dan Mesir. Sebagai contoh, Malaysia Lifeline for Syria, Aman Malaysia,

Global Peace Mission, Mercy Malaysia, Pertubuhan Ikram Malaysia dan Perdana Global

Peace membantu mengumpulkan dana untuk disalurkan kepada masyarakat Islam yang

ditindas. Pada 13 April, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dari Malaysia menyertai usaha

konvoi antarabangsa bagi tujuan menerobos sekatan yang dikenakan oleh rejim Zionis

Page 14: Kajian Sosial.docx

C a b a r a n I s u S e m a s a | 14

Israel dan menghantar barangan keperluan asas kepada penduduk Gaza yang sekian lama

dihalang daripada mendapatkan bantuan kemanusiaan yang sangat mereka perlukan.

Selain itu, beberapa NGO bersatu dan bekerjasama menganjurkan program-program

dalam usaha mengumpul dana daripada masyarakat Malaysia yang prihatin terhadap krisis

kemanusiaan ini melalui sebuah projek yang dinamakan “Lifeline4Gaza – Break The Siege”

ataupun “Talian Hayat Untuk Gaza – Menerobos Tembok Kematian.” Antara pertubuhan

tersebut termasuklah Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi-institusi Pengajian Tinggi

Malaysia (HALUAN), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Jemaah Islah Malaysia (JIM),

Palestinian Center of Excellence (PACE), Aqsa Syarif, Dewan Pemuda Masjid Malaysia

(Dewan Pemuda), Pertubuhan Mawaddah Malaysia, dan Viva Palestina Malaysia (VPM).

Bagi menjayakan misi menghantar bantuan ke Gaza ini, mereka akan menyertai usaha

konvoi antarabangsa yang diketuai oleh sebuah NGO dari Negara Turki iaitu Foundation for

Human Rights & Freedoms & Humanitarian Relief (Insan Hak ve Hurriyetleri – atau lebih

dikenali sebagai I.H.H.) bersama-sama NGO-NGO antarabangsa yang lain seperti Free

Gaza Movement dan European Campaign to End the Siege on Gaza (ECESG.)

Pelbagai usaha telah dilaksanakan bagi mendapatkan maklumat yang terperinci bagi

perancangan dan operasi bantuan kemanusiaan di negara terbabit. Walaupun masyarakat

Malaysia tidak mampu membekalkan tentera yang sangat diperlukan, pihak kerajaan

Malaysia seboleh-bolehnya berusaha membantu Negara-negara Islam tersebut dengan cara

yang lain. Selain daripada itu, NGO Islam juga telah bergabung bagi melaksanakan seminar

antarabangsa yang diwakili oleh Tun Mahathir Mohamad, selaku Penaung Yayasan

Perdana Global bagi mengutuk sekeras-kerasnya kezaliman yang telah dilakukan oleh Syria

dan sekutunya terhadap rakyat golongan Sunni. Ini telah membuka mata masyarakat

Malaysia tentang kesusahan yang telah dialami oleh rakyat Islam lain di negara yang

sedang bergolak. Sejujurnya, tindakan berdiam diri oleh negara Islam dan Organisation

Islamic Cooperation (OIC) telah diselar oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam menangani

isu ini. Negara Islam perlu bersatu dan menggembleng tenaga dan sumber kewangan untuk

membebaskan kezaliman dan kemungkaran yang telah dilakukan kepada negara Islam

yang lain.

Di samping itu, kita dapat lihat Malaysia sedikit sebanyak membantu Negara Palestin

ialah usaha biro HALUAN Palestin juga telah mendapat pengiktirafan dari kerajaan

Malaysia melalui dana pembangunan semula wilayah Gaza di bawah seliaan Wisma Putra.

Terdapat beberapa usaha kemanusiaan dan projek-projek bantuan yang berjaya

dilaksanakan, hasil sumbangan masyarakat Malaysia yang prihatin terhadap saudara-

Page 15: Kajian Sosial.docx

C a b a r a n I s u S e m a s a | 15

saudara Palestin mereka. Pertamanya ialah pembinaan 4 telaga tiub bagi menyalurkan

bekalan air bersih di Gaza. Dua daripadanya dibina di Universiti Islam Gaza dan dua lagi di

daerah Khan Younis. Projek ini adalah hasil dana sumbangan rakyat Malaysia melalui

Tabung Bantuan Kemanusiaan Palestin yang disalurkan oleh Wisma Putra. Perlaksaannya

telah dibantu oleh Majlis Perbandaran Gaza, Pertubuhan Assembly for Peace And Solidarity

And Relief of Gaza dan juga Rabitah Ulama Palestin.

Pembinaan salah sebuah telaga tiub

Seterusnya, usaha yang dilakukan oleh pihak Malaysia ialah kutipan dana

daripada Tabung Bantuan Kemanusiaan Palestin juga disalurkan oleh Wisma Putra melalui

HALUAN untuk melaksanakan projek bantuan mikrokredit bagi tujuan membantu rakyat

Gaza membangunkan perniagaan kecil. Hasil daripada projek ini, dua perusahaan utama

telah dapat dijalankan di Khan Younis, iaitu projek perusahaan ternakan lembu tenusu, dan

projek perusahaan pembuatan pakaian yang diselenggarakan oleh ibu-ibu tunggal. Rakan

NGO HALUAN di Gaza, SAMA Foundation menjadi pemantau kepada perlaksaan

berterusan projek-projek ini. Perkara ini dapat dilihat seperti gambar di bawah.

Page 16: Kajian Sosial.docx

C a b a r a n I s u S e m a s a | 16

Di samping itu, Negara Malaysia sedikit sebanyak telah membantu dalam proses

Pembinaan semula Masjid Sheikh Ahmed Yassin yang ranap diserang oleh pengganas

Zionis telah berjaya menyumbangkan sebuah institusi yang penting untuk rakyat Gaza.

Sebelumnya, mereka hanya bersolat di kawasan lapang berhampiran runtuhan masjid

asalnya dan sekarang ini rakyat Palestin dapat menjadikan masjid itu tempat beribadat

semula. ermula pada tahun 2009, HALUAN mula berusaha menghantar bantuan

kemanusiaan secara terus kepada rakyat Palestin. Sepasukan relawan HALUAN, termasuk

wakil-wakil Kelab Kesihatan HALUAN (KKH,) telah membawa bantuan ke Kem Pelarian al-

Hol di Hassakeh, Syria, dan juga Kem Pelarian Tanf di sempadan Syria-Iraq pada bulan

November 2009. Selain membawa bantuan makanan, relawan-relawan KKH turut

melakukan pemeriksaan dan rawatan kesihatan secara percuma. Selain daripada itu,

sebanyak 33 ribu kilogram kelengkapan pakaian musim sejuk turut dihantar ke kem Tanf, al-

Hol, Hassake dan Khan Danun. Projek ini dijalankan dengan kerjasama BAKTI dan Wisma

Putra.

Pada tahun-tahun berikutnya, HALUAN menghantar bantuan bermusim kepada

anak-anak yatim dan juga pelarian Palestin di negara jiran. Bantuan-bantuan tersebut

termasuklah projek bantuan Ramadhan dan berbuka puasa (iftar) di Gaza dan kem-kem

pelarian di Syria, Iraq dan Lubnan. HALUAN juga menyertai gabungan NGO antarabangsa

dalam usaha menarik perhatian masyarakat dunia terhadap permasalahan Palestin,

sekaligus memberi tekanan kepada rejim pengganas Israel. Pada bulan Januari 2010, dua

orang relawan HALUAN bersama-sama 320 orang relawan antarabangsa yang lain telah

menjayakan konvoi darat Viva Palestina 3, dengan memasuki Gaza melalui pintu Rafah di

Mesir. Sebanyak 160 buah kenderaan beserta muatan keperluan asas dan ubat-ubatan

telah diserahkan kepada rakyat Gaza. Manakala pada bulan Mei 2010, lima orang relawan

HALUAN beserta tujuh relawan Malaysia daripada beberapa NGO prihatin Palestin yang lain

telah menyertai konvoi laut antarabangsa dengan menaiki kapal Mavi Marmara. Usaha yang

berakhir dengan tragedi pembunuhan sembilan relawan di atas kapal tersebut telah berjaya

mengangkat permasalahan Palestin sebagai isu penting masyarakat dunia. Hasil daripada

usaha ini, masyarakat dunia lebih mengambil kisah isu Palestin dan mengecam kezaliman

berterusan yang dilakukan oleh tentera Zionis. Beberapa misi bantuan susulan turut berjaya

dilakukan. Seterusnya, lebih 5 juta rakyat Palestin terusir menjadi pelarian di negara asing.

Untuk membantu golongan ini meneruskan kehidupan dengan lebih baik, HALUAN telah

membina sebuah klinik gigi khusus untuk mereka di Damascus. Projek usahasama HALUAN

dan NGO-NGO dari Indonesia ini dapat memberi rawatan gigi secara kebajikan kepada

Page 17: Kajian Sosial.docx

C a b a r a n I s u S e m a s a | 17

pelarian-pelarian di kem Yarmuk, Filistin, Sbena, Khan Danun dan beberapa kem lain di

sekitar Damascus. HALUAN juga memberi fokus kepada bantuan pendidikan anak-anak

Palestin. Beberapa buah perkhemahan tahfiz al-Quran telah didirikan di kem-kem pelarian

terpilih di Syria. Alhamdulillah dengan bantuan ini anak-anak Palestin dapat mengikuti kelas

pendidikan dan menghafal al-Quran dengan lebih baik dan tersusun. HALUAN turut menaja

beberapa orang pelajar dari Palestin untuk melajutkan pelajaran di Malaysia. Pelajar-pelajar

dari Gaza turut ditaja untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di negara luar.

Kita dapat lihat sedikit sebanyak misi yang dilakukan leh rakyat Malaysia terhadap Negara

Islam.

Pada tahun ini, kita dapat lihat Malaysia juga memainkan peranan dan

tanggungjawab untuk membantu Negara Palestin apabila Aqsa Syarif telah melakukan misi

kemanusiaan yang diberi nama A2G16 (Aqsa Syarif to Gaza 16th Mission) yang berlepas ke

Gaza pada 31 Mei 2013 bersamaan 21 Rejab 1434H, yang di jangka memasuki Gaza

melalui sempadan Rafah, Mesir pada 3 Jun 2013 bersamaan 24 Rejab 1434H. Sepaerti

Page 18: Kajian Sosial.docx

C a b a r a n I s u S e m a s a | 18

mana dinyantakan di KENYATAAN AKHBAR: MISI AQSATOGAZA15 (A2G16), 31 MEI

2013, Kuala Lumpur International Airport (KLIA). Dokumentasi projek-projek Aqsa Syarif

ialah bertujuan memantau cadangan Projek ternakan lembu ke dua, cadangan tapak

bangunan penyewaan MyPIV (Pembangunan industry kecil/sederhana), kemajuan Projek

Pusat Komuniti Rose2Rose (R2R) ke dua, kemajuan Projek bersama Al-Aqsa University dan

kemajuan Projek bersama University College of Applied Science (UCAS). Anggota misi

tersebut ialah terdiri daripada 4 orang aktivis Aqsa Syarif iaitu Ustaz Abdul Halim Abdullah

(Ketua Misi), Ustaz Abdul Haris Bain (Wakil Presiden Pertubuhan IKRAM Malaysia di Mesir),

Azman Jaacob (Aktivis Aqsa Syarif) dan Akmar Hisham Zulkefli (Pegawai Media Aqsa

Syarif).

Walaubagaimanapun, isu sempadan Rafah yang ditutup buat sementara waktu ini

telah menyukarkan bantuan Negara Malaysia sampai kepada Negara Palestin mahupun

Mesir. Ini amat dikesali dan selagi mana Malaysia mampu, Negara kita Malaysia akan

sedaya upaya membantu dan menentang sekeras-kerasnya tindakan zalim rejim zionis. Di

sini, kita bukan mudah untuk menghantar bantuan apatah lagi bantuan ketenteraan. Ini

kerana belum sempat jet pejuang sampai ke Gaza, kita telah ditembak kerana telah

menceroboh ruang udara mereka. Jelas di sini terdapat pelbagai usaha yang dilakukan oleh

Negara Malaysia dan rakyat secara langsung atau tidak langsung. Walaupun ia tampak

seperti perkara kecil tetapi ia adalah satu usaha yang sangat mulia dan baik di sisi Tuhan.

Semoga kita harap bantuan yang padu daripada seluruh masyarakat antarabangsa bagi

menentang rejim zionis Israel dan Amerika.