2 2 KAJIAN AMALAN SOLAT BERJAMAAH 1. PENDAHULUAN Kajian ini merupakan tugasan khas yang wajib di lakukan oleh semua pelajar Diploma Perguruan Pendidikan Islam semester 4 bagi subjek Gerko 2 (DPNG 2112) melalui program GERKOFEST 4 tahun 2011 . Tugasan ini disediakan untuk memberi kesempatan kepada pelajar yang menjalani kursus Diploma Pendidikan Islam ini untuk mempraktik dan mengaplikasikan segala ilmu yang telah dipelajari dalam subjek Gerko di KUIS. Selain itu ia memberi peluang dan kesedaran kepada guru tentang perkara-perkara yang dituntut dalam Islam untuk dilaksanakannya yang melibatkan kehidupan di Dunia dan di Akhirat . Para pelajar yang terpilih juga akan membentangkan hasil kajian mereka pada program GERKOFEST 4 2011 di hadapan ahli masyarakat dan ahli Gerkofest 4. Adalah diharapkan agar penghasilan kajian ini mampu meningkatkan kesedaran dan keinsafan kepada kami sendiri dan para pelajar semua, betapa pentingnya penjagaan amalan solat berjamaah seterusnya dapat mengekalkan dan meningkatkan lagi keimanan dan ketaqwaan kepada Allah s.w.t yang Maha Esa. 1.1 Pengenalan Kajian ini adalah merupakan kajian yang ingin melihat satus amalan solat berjamaah dikalangan pelajar perguruan separuh
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
22
KAJIAN AMALAN SOLAT BERJAMAAH
1. PENDAHULUAN
Kajian ini merupakan tugasan khas yang wajib di lakukan oleh semua pelajar
Diploma Perguruan Pendidikan Islam semester 4 bagi subjek Gerko 2 (DPNG 2112)
melalui program GERKOFEST 4 tahun 2011 .
Tugasan ini disediakan untuk memberi kesempatan kepada pelajar yang menjalani
kursus Diploma Pendidikan Islam ini untuk mempraktik dan mengaplikasikan segala
ilmu yang telah dipelajari dalam subjek Gerko di KUIS. Selain itu ia memberi peluang
dan kesedaran kepada guru tentang perkara-perkara yang dituntut dalam Islam
untuk dilaksanakannya yang melibatkan kehidupan di Dunia dan di Akhirat . Para
pelajar yang terpilih juga akan membentangkan hasil kajian mereka pada program
GERKOFEST 4 2011 di hadapan ahli masyarakat dan ahli Gerkofest 4.
Adalah diharapkan agar penghasilan kajian ini mampu meningkatkan kesedaran dan
keinsafan kepada kami sendiri dan para pelajar semua, betapa pentingnya
penjagaan amalan solat berjamaah seterusnya dapat mengekalkan dan
meningkatkan lagi keimanan dan ketaqwaan kepada Allah s.w.t yang Maha Esa.
1.1 Pengenalan
Kajian ini adalah merupakan kajian yang ingin melihat satus amalan solat berjamaah
dikalangan pelajar perguruan separuh masa khususnya kepada pelajar lelaki
semester 1 sesi 2010/2011, semester 4 sesi 2009/2010 dan semester 5 sesi
2009/2010 di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS ). Sebagai
sebuah Kolej Universiti yang mendukung sistem Pendidikan Islam , ia adalah
menjadi harapan kepada semua yang berkepentingan untuk melihat universiti ini
dapat mempamerkan syi’ar Islam yang agak menonjol untuk menjadi benchmark
(penanda aras / alat pengukur) kepada institusi pengajian tinggi yang lain dan
seterusnya memartabatkan pendidikan Islam di setiap sekolah.
22
1.2 Latar Belakang Kajian
Sebagaimana yang dimaklumi objektif awal penubuhannya KUIS adalah untuk
melahirkan lebih ramai tenaga profesional Islam yang mampu memimpin
masyarakat serta membangun dan mengembangkan ilmu pengetahuan Islam.
Selaras dengan itu, KUIS menawarkan bidang pengajian merentasi disiplin
antaranya termasuk Pengajian Islam, Pengajian Perniagaan, Perbankan Islam,
Bahasa dan Komunikasi, ICT dan Multimedia, Kejururawatan serta Pendidikan. KUIS
juga sentiasa komited dalam memastikan setiap program yang ditawarkan adalah
berdaya saing, kompetitif dan berkualiti serta memenuhi perakuan (MQA) Agensi
Kelayakan Malaysia. Sebagai sebuah Institusi Pengajian Tinggi Islam bertaraf dunia
yang berhasrat mendapat keredhaan Allah, maka KUIS telah mengamalkan Falsafah
Pendidikan Bersepadu antara ilmu, iman dan amal. Inilah yang mendasari segala
program yang dijalankan di KUIS agar dapat melahirkan insan yang bertaqwa dan
berketerampilan yang diharapkan dapat menyumbang kepada kesejahteraan diri,
masyarakat dan negara. Untuk melahirkan generasi professional yang seimbang
dalam segala aspek kehidupan agar mampu menghadapi kehidupan masa depan
yang kian mencabar, KUIS menyemai dan memupuk ke dalam diri dan jiwa pelajar
dengan ilmu yang berteraskan ilmu naqli ( revealed knowledge) dan ilmu aqli
( acquired knowledge ).
1.3 Matlamat Kajian
Kajian ini dilakukan dengan tujuan mengenal pasti mengenai pandangan, kekerapan
dan masalah tidak dapat melaksanakan solat berjamaah dari responden, disamping
itu juga kajian ini dilakukan bagi mendapatkan perancangan aktiviti-aktiviti atau
langkah-langkah yang boleh dilaksanakan oleh pihak-pihak tertentu bagi
membolehkan amalan solat berjamaah berkekalan dikalangan pelajar perguruan
separuh masa KUIS mencapai tahap yang cemerlang.
22
1.4 Objektif Kajian
i. Meninjau pandangan dan pengamalan pelajar perguruan separuh
masa terhadap amalan solat berjamaah di KUIS, rumah dan
tempat bertugas.
ii. Mengenalpasti status dan kekerapan amalan solat berjamaah di
kalangan Pelajar Perguruan KUIS.
iii. Mengenalpasti faktor-faktor yang menghalang amalan solat
berjamaah di kalangan pelajar- pelajar Perguruan KUIS.
1.5 Skop Kajian
Kajian ini adalah dijalankan di kalangan pelajar Perguruan lelaki KUIS yang
sedang menuntut pada sesi Mei 2009/2010 , September 2009/2010, dan Mei
2010/2011 . Kajian ini tertumpu pada amalan solat berjamaah dalam dua
kategori iaitu solat berjamaah yang dilaksanakan di masjid Al-Azhar dan di
sekolah dikhususkan pada solat Zuhur dan Asar manakala solat berjamaah di
masjid atau disurau di tempat tinggal serta di rumah adalah merangkumi solat
lima waktu .
Tempoh kajian ini adalah pada bulan awal Julai 2011. Kajian hanya melihat
dari sudut kekerapan amalan solat berjamaah secara lahiriah yang dilakukan
oleh pelajar.
1.6 Kepentingan Kajian
i. Kajian ini dapat memberi maklumat tentang status amalan
Penjagaan solat berjemaah di kalangan pelajar Diploma Perguruan
KUIS separuh masa dan faktor-faktor pendorong kepada amalan
tersebut.
22
ii. Kajian ini diharap dapat membantu kepada pihak-pihak yang
berkepentingan untuk mengambil langkah-langkah tertentu atau
melaksanakan program-program tertentu yang menjurus kepada
penggalak dan penyuburan amalan penjagaan solat berjemaah
sehari semalam.
2 KAJIAN LITERATUR
2.1 Pendahuluan
Bab ini memaparkan kajian–kajian yang dikaji mengenai amalan solat
berjamaah dikalangan siswa Diploma Perguruan separuh masa di KUIS.
Tujuannya adalah untuk mengkaji sejauh manakah tahap pengetahuan, amalan
para guru mengenai kepentingan solat berjamaah. Selain itu untuk mengetahui
masalah dan kekangan yang di hadapi para pelajar siswa perguruan separuh
masa untuk mengerjakan solat berjamaah di masjid Al-Azhar KUIS, rumah dan
sekolah. Namun begitu daripada borang soal selidik tersebut kami dapati ada
disegelintir siswa yang tidak sempat menunaikan solat secara berjamaah
memandangkan waktu kelas yang terlalu padat, dan di sebabkan masa tidak
mencukupi dan kerana terlalu sibuk dengan bebanan kerja. Namun begitu kita
harus ingat bahawa amalan solat secara berjamaah ini di angkat oleh Allah
S.W.T sebanyak 27 darjat.
2.2 (Kajian/Penulisan Lalu Mengenai Tajuk Kajian)
Daripada kajian-kajian lalu yang kami perolehi melalui pembacaan , dan kajian
daripada pelajar lepas menerangkan bahawa tahap pengetahuan siswa terhadap
amalan solat berjamaah adalah di tahap yang cemerlang, walau bagaimanapun
kekangan waktu, kesibukan kerja dan faktor kebersihan diri antara penyebab
utama kelewatan, atau ketidaksempatan untuk melakukan solat secara berjamaah
22
mengikut waktu solat yang di tetapkan. selain itu, para pelajar juga maklum
mengenai pengertian solat berjamaah, kelebihan solat berjamaah dan tuntutan
solat berjamaah pada solat fardhu. .Oleh itu, kami sangat mengalakkan kepada
para pelajar supaya dapat menunaikan solat secara berjamaah walaupun dalam
keadaan apa sekalipun ia sepatutnya menjadi satu keutamaan lebih-lebih lagi
para pendidikan dalam bidang pendidikan Islam . Luangkanlah masa untuk solat
berjamaah kerana ia adalah ganjaran anugerah dari Allah S.W.T untuk
hambanya.
3 METODOLOGI
3.1 Pengenalan
Kajian ini dilakukan menggunakan kaedah soal selidik terhadap dua puluh enam
(26) orang siswa Diploma Perguruan separuh masa di KUIS tanpa mengira umur
secara populasi.
Dalam bab ini juga ada membincangkan tentang reka bentuk kajian, jenis
maklumat data, kaedah pungutan maklumat data, kaedah penganalisisan data
dan instrumen atau bentuk pengukuran yang digunakan dalam kajian ini.
3.2 Reka Bentuk Kajian
Kajian ini menggunakan reka bentuk deskriftif dan cuba menerangkan sejauh
mana pengetahuan, pengamalan, kekerapan dan kekangan pelajar separuh masa
diploma perguruan mengenai kepentingan solat berjemaah. Kajian ini cuba
mencari hubungan beberapa pembolehubah yang boleh direkod melalui data
yang dikumpulkan dan diperolehi dan dianalisis untuk memperolehi peratus
bilangan amalan solat berjemaah. Kemudian untuk mengetahui tahap
pengetahuan responden mengenai amalan solat berjamaah dari sudut
pengetahuan, pengamalan, kekerapan dan pandangan melalui borang soal
selidik.
22
3.3 Kawasan Kajian
Kajian ini dilakukan disekitar kawasan KUIS sahaja dengan cara mengedarkan
borang kajian soal selidik tentang amalan kepentingan amalan solat berjemaah
di kalangan siswa yang menyambung pengajian dalam bidang Diploma
Perguruan Pendidikan Islam separuh masa.
3.4 Persempalan
Kajian yang kami buat adalah melalui borang soal selidik yang disediakan.
3.5 Jenis Maklumat Dan Data
Maklumat dan data diperolehi dengan cara menganalisis data dari borang soal
selidik yang telah disediakan DAN FAIL AKTIVITI SURAU.
3.6 Kaedah Penganalisisan Data
i. SOAL SELIDIK
Soal selidik telah dibentuk dan diedarkan kepada lima puluh orang (50) siswa
Diploma Perguruan separuh masa yang menyambung pengajian di Kolej
Universiti Islam Selangor (KUIS). Ini beerti penyelidikan mengambil populasi
sebagai responden dalam kajian ini. Soal selidik yang telah dibentuk
mengandungi lima bahagian sebagaimana berikut:
Bahagian A:
Merupakan bahagian maklumat responden.
22
Bahagian B:
Dibentuk untuk mendapatkan maklumat mengenai pandangan pelajar tentang
amalan solat berjemaah.
Bahagian C:
kekerapan para pelajar mendirikan solat berjemaah samaada di masjid kuis,
dimasjid atau surau tempat tinggal, di rumah dan di sekolah.
Bahagian D:
Pandangan responden mengenai amalan solat berjemaah merangkumi beberapa
permasaalahan seperti, masalah tidak solat berjemaah di KUIS, di tempat tinggal
atau di rumah, dan di sekolah.
Bahagian E:
Responden memberi pendapat mengenai amalan solat berjemaah di kalangan
siswa separuh masa di masjid KUIS dan cadangan bagi menambahbaikan solat
berjemaah di kalangan siswa separuh masa di masjid KUIS secara bertulis.
LAMPIRAN 1
Ini adalah kajian untuk melihat pandangan dan amalan siswa mengenai solat
berjamaah bagi siswa separuh masa yang sedang menuntut di KUIS dalam
bidang Diploma Perguruan Pendidikan Islam. Anda dipohon untuk memberi
pandangan dan jawapan secara jujur.
Bahagian A: Maklumat Peribadi
1. Umur: tahun
2. Kelulusan akademik tertinggi:
1 SPM 2 STAM 3 STPM 4 STPM
22
Bahagian B: Berikan pandangan anda mengenai amalan solat berjamaah
Tandakan () atau bulatkan pada ruang yang disediakan mengikut pilihan anda.
Sangat tidak setuju Tidak setuju Kurang setuju Agak setuju Setuju Sangat setuju
Bil
Perkara
San
gat
tid
ak
setu
ju
Tid
ak
setu
ju
Kur
ang
se
tuju
Aga
k se
tuju
Set
uju
San
gat
se
tuju
1 Islam menuntut amalan solat berjamaah pada setiap waktu bagi menjamin kejayaan di dunia.
1 2 3 4 5 6
2 Islam menuntut amalan solat berjamaah pada setiap waktu bagi menjamin kejayaan di akhirat.
1 2 3 4 5 6
3 Amalan solat berjamaah amat dititik beratkan oleh siswa separuh masa setiap hari Sabtu di masjid KUIS.
1 2 3 4 5 6
4 Amalan solat berjamaah amat dititik beratkan oleh siswa separuh masa setiap hari Ahad di masjid KUIS.
1 2 3 4 5 6
5 Apabila masuk waktu solat, semua siswa separuh masa perlu menunaikan solat berjamaah di masjid KUIS pada awal waktu.
1 2 3 4 5 6
6 Memohon izin daripada pensyarah untuk menunaikan solat berjamaah apabila masuk waktu solat.
1 2 3 4 5 6
7 Pihak pengurusan KUIS perlu menyelaraskan jadual pengajian di kuliah bagi memberi ruang kepada pelajar menunaikan solat berjamaah.
1 2 3 4 5 6
8 Pihak pengurusan KUIS perlu menyelaraskan jadual pengajian di tutorial bagi memberi ruang
1 2 3 4 5 6
22
Bil
Perkara
San
gat
tid
ak
setu
ju
Tid
ak
setu
ju
Kur
ang
se
tuju
Aga
k se
tuju
Set
uju
San
gat
se
tuju
kepada pelajar menunaikan solat berjamaah.
Bahagian C: Kekerapan anda mendirikan solat berjamaah
Sila berikan jawapan berasaskan skala di bawah:
Tidak pernah Jarang-jarang Kadang-kadang Kerap Sangat kerap
1. Nyatakan Kekerapan solat berjamaah anda di masjid KUIS:
Bil Perkara
Tid
ak
pern
ah
Jara
ng-
jara
ng
Kad
ang
-ka
dan
g
Ker
ap
San
gat
ke
rap
1 Zuhur 1 2 3 4 5
2 Asar 1 2 3 4 5
2. Nyatakan kekerapan solat berjamaah anda di masjid @ disurau di tempat tinggal anda:
Bil Perkara
Tid
ak
pern
ah
Jara
ng-
jara
ng
Kad
ang
-ka
dan
g
Ker
ap
San
gat
ke
rap
1 Subuh 1 2 3 4 5
2 Zuhur 1 2 3 4 5
3 Asar 1 2 3 4 5
4 Maghrib 1 2 3 4 5
5 Isyak 1 2 3 4 5
22
3. Nyatakan kekerapan amalan solat berjamaah anda di rumah:
Bil Perkara
Tid
ak
pern
ah
Jara
ng-
jara
ng
Kad
ang
-ka
dan
g
Ker
ap
San
gat
ke
rap
1 Subuh 1 2 3 4 5
2 Zuhur 1 2 3 4 5
3 Asar 1 2 3 4 5
4 Maghrib 1 2 3 4 5
5 Isyak 1 2 3 4 5
4. Nyatakan kekerapan amalan solat berjamaah anda di sekolah:
Bil Perkara
Tid
ak
pern
ah
Jara
ng-
jara
ng
Kad
ang
-ka
dan
g
Ker
ap
San
gat
ke
rap
1 Zuhur 1 2 3 4 5
2 Asar 1 2 3 4 5
22
Bahagian D: Berikan pandangan anda mengenai amalan solat berjamaah
Tandakan () atau bulatkan pada ruang yang disediakan mengikut pilihan anda.
Sangat tidak setuju Tidak setuju Kurang setuju Agak setuju Setuju Sangat setuju
1. Masalah tidak solat berjamaah: di KUIS:
Bil Perkara
San
gat
tid
ak
setu
juT
ida
k se
tuju
Kur
ang
se
tuju
Aga
k se
tuju
Set
uju
San
gat
se
tuju
1 Jadual kelas yang sangat padat menyebabkan anda tidak berkesempatan untuk bersolat berjamaah di Masjid KUIS.
1 2 3 4 5 6
2 Faktor kebersihan diri menjadi penghalang untuk menunaikan solat berjamaah di KUIS
1 2 3 4 5 6
3 Faktor kebersihan pakaian menjadi penghalang untuk menunaikan solat berjamaah di KUIS
1 2 3 4 5 6
4 Anda melakukan solat jamak dan qasar 1 2 3 4 5 6
5 Waktu rehat yang terhad untuk urusan asasi. 1 2 3 4 5 6
22
2. Masalah tidak solat berjamaah: di tempat tinggal/rumah:
Bil Perkara
San
gat
tid
ak
setu
juT
ida
k se
tuju
Kur
ang
se
tuju
Aga
k se
tuju
Set
uju
San
gat
se
tuju
1 Jarak antara rumah dan masjid yang jauh menyukarkan untuk keluar berjamaah di masjid.
1 2 3 4 5 6
2 Kesuntukan masa menyebabkan anda tidak solat berjamaah di rumah.
1 2 3 4 5 6
3 Kesibukan menyebabkan anda tidak solat berjamaah di rumah. 1 2 3 4 5 6
4 Kurang kesedaran dalam individu itu sendiri dalam melaksanakan solat berjamaah di rumah.
1 2 3 4 5 6
3. Masalah tidak solat berjamaah: di sekolah:
Bil Perkara
San
gat
tid
ak
setu
juT
ida
k se
tuju
Kur
ang
se
tuju
Aga
k se
tuju
Set
uju
San
gat
se
tuju
1 Sesi pengajaran dan pembelajaran yang padat. 1 2 3 4 5 6
2 Kesuntukan masa di sekolah. 1 2 3 4 5 6
3 Kesibukan di sekolah. 1 2 3 4 5 6
4 Sekolah tidak mempunyai tempat ibadat. 1 2 3 4 5 6
Bahagian E:
22
1. Apakah pendapat anda mengenai amalan solat berjamaah dikalangan siswa separuh masa di masjid KUIS.