Top Banner
Kajian Sejarah Senibina Surau dan Madrasah Terpilih di Melaka 1.0 KEDATANGAN ISLAM KE MALAYSIA Agama Islam telah pun di bawa oleh Nabi Muhammad S.A.W sejak 613M 1 lagi. Akan tetapi berdasarkan penemuan dan kajian daripada ahli-ahli sejarah, agama tersebut mula dikesan di semenanjung Malaysia pada sekitar abad ke-14. Tarikh dan kawasan pertama yang mula menerima ajaran Islam tidak dapat dikenal pasti dan dibuktikan kerana kurangnya maklumat yang kukuh untuk menyokong sesuatu teori. Akan tetapi terdapat 3 teori utama yang telah dikemukakan mengenai kedatangan Islam ke semananjung Malaysia. Teori-teori ini dikemukakan berdasarkan bukti-bukti yang diperolehi melalui penemuan artifak-artifak, makam-makam lama serta hasil catatan pengembara-pengembara asing. 1.1 Teori kedatangan Islam dari Tanah Arab Syed Muhd Al Naquib Al-Attas,seorang Sarjana tempatan mengemukakan hujah-hujah bahawa perkembangan Islam di rantau ini adalah benar-benar datang dari Tanah Besar Semenanjung Arab disebabkan pengaruh dari sudut tulisan dan hasil karangan yang berasal dari Asia Barat, tulisan jawi dan cara pembacaan Al-Qur'an jelas pengaruh dari Asia Barat.Mubaligh- mubaligh lama Islam di daerah ini terdiri dari orang-orang Arab/Parsi. Kandungan faham keagamaan yang dibawa oleh mereka adalah bersifat Timur Tengah. Contohnya cara penghuraian akidah-akidah pelbagai Mazhab Ilmu Tasawwuf dan sebagainya. Bagi Hamka, adalah menjadi kepercayaan dengan pedagang turun-temurun dalam sejarah pada seluruh negeri-negeri melayu bahawa mereka menerima Islam dari Arab atau dari salah seorang Syeikh atau waliullah dari Arab di atas alasan, pengislaman ke negeri-negeri melayu adalah langsung dari sumber Makkah dengan terutusnya Syeikh 1 http://www.barkati.net/english/chronology.htm 1
65

Kajian senibina surau dan madrasah terpilih di perbandaran Melaka.

Feb 01, 2023

Download

Documents

Sayful Mohamad
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Page 1: Kajian senibina surau dan madrasah terpilih di perbandaran Melaka.

Kajian Sejarah Senibina Surau dan Madrasah Terpilih di Melaka

1.0 KEDATANGAN ISLAM KE MALAYSIA

Agama Islam telah pun di bawa oleh Nabi Muhammad S.A.W sejak 613M1

lagi. Akan tetapi berdasarkan penemuan dan kajian daripada ahli-ahli

sejarah, agama tersebut mula dikesan di semenanjung Malaysia pada sekitar

abad ke-14. Tarikh dan kawasan pertama yang mula menerima ajaran Islam

tidak dapat dikenal pasti dan dibuktikan kerana kurangnya maklumat yang

kukuh untuk menyokong sesuatu teori.

Akan tetapi terdapat 3 teori utama yang telah dikemukakan mengenai

kedatangan Islam ke semananjung Malaysia. Teori-teori ini dikemukakan

berdasarkan bukti-bukti yang diperolehi melalui penemuan artifak-artifak,

makam-makam lama serta hasil catatan pengembara-pengembara asing.

1.1 Teori kedatangan Islam dari Tanah Arab

Syed Muhd Al Naquib Al-Attas,seorang Sarjana tempatan mengemukakan

hujah-hujah bahawa perkembangan Islam di rantau ini adalah benar-benar

datang  dari Tanah Besar Semenanjung Arab disebabkan pengaruh dari

sudut tulisan dan hasil karangan yang berasal dari Asia Barat, tulisan jawi

dan cara pembacaan Al-Qur'an jelas pengaruh dari Asia Barat.Mubaligh-

mubaligh lama Islam di daerah ini terdiri dari orang-orang Arab/Parsi.

Kandungan faham keagamaan yang dibawa oleh mereka adalah bersifat

Timur Tengah. Contohnya cara penghuraian akidah-akidah pelbagai Mazhab

Ilmu Tasawwuf dan sebagainya. Bagi Hamka, adalah menjadi kepercayaan

dengan pedagang turun-temurun dalam sejarah pada seluruh negeri-negeri

melayu bahawa mereka menerima Islam dari Arab atau dari salah seorang

Syeikh atau waliullah dari Arab di atas alasan, pengislaman ke negeri-negeri

melayu adalah langsung dari sumber Makkah dengan terutusnya Syeikh

1 http://www.barkati.net/english/chronology.htm

1

Page 2: Kajian senibina surau dan madrasah terpilih di perbandaran Melaka.

Kajian Sejarah Senibina Surau dan Madrasah Terpilih di Melaka

Ismail oelh Sherif Makkah yang singgah di Malabar untukmengambil "Fakir

Muhd" (keturunan Abu Bakar  Al-Siddiq) menyertai ke nusantara untuk

mengislamkan Merah Silu.2 Pengislaman di Acheh dirintis oleh Syeikh

Abdullah Arif yang datang dari Tanah Arab bersama muridnya Burhanuddin

.Maulana Malik(Salah seorang Wali Songo)yang turut mempelopori

penyebaran Islam di Jawa adalah keturunan Ali Zainal Abidin, cucu Saidina

Ali b Abi Talib .Susan Gunung Jati/Sharif keturunan bangsawan Quraisy.3

Pengislaman Raja Kedah seperti dalam hikayat Merong Mahawangsa dan Al-

Tarikh Salasilah negeri Kedah dilakukan oleh Syeikh Abdullah Yamani,

seorang ulama Arab pada tahun 1071M.4 Selain itu, pengislaman ke atas

Parameswara pada 1414M juga dilakukan oleh seorang yang berbangsa Arab

yang bernama Syed Abdul Aziz.5 Pengislaman di Pulau Sulu di di usahakan

oleh Sayyid Abdul Aziz yang mengislamkan Parameswara dulu dan juga abu

Bakar,seorang penyair Arab. Jika dilihat secara lebih meluas, pengaruh

Mazhab Shafie masih lagi bertahan sehingga ke hari ini, membuktikan

bahawa kemungkinan besar agama Islam memang datang dari Tanah Arab.

1.2 Teori kedatangan Islam dari India

Teori ini diasaskan oleh Snouck Hurgronje seorang sarjana dari

Belanda. Beliau menyatakan bahawa Islam di bawa dari India

melalui wilayah Gujerat dan Koromandel pada abad ke-13.6 dalam

menyokong teori tersebut, beliau telah mengemukakan beberapa

bukti. Beliau menyatakan bahawa telah wujud perhubungan

perdagangan di antara India dan Asia Tenggara sejak lama dahulu.

2 Abdullah Ishak :Islam di Nusantara(Khususnya di Tanah Melayu),Maskha SdnBhd ,Bab 3 Halaman  55-60,1992,Kuala Lumpur.

3 http://duron.igalaksi.com/seripantai06/index.htm4 Frishman Martin, Hasan Uddin Khan, The Mosque: History, ArchitecturalDevelopment and Regional Diversity, Thames and Hudson Limited London, 1997.

5 Muzium Islam Melaka.6 C.W. Yew, Sejarah Peradaban Dunia, Sasbadi Sdn Bhd, Petaling Jaya,2001. hal.66-67.

2

Page 3: Kajian senibina surau dan madrasah terpilih di perbandaran Melaka.

Kajian Sejarah Senibina Surau dan Madrasah Terpilih di Melaka

Ini termasuk juga aktiviti pedagang Gujerat (Tamil-Islam) yang

berniaga sambil menyebarkan agama Islam. Selain itu, menurut

beliau, terdapat batu nisan dan batu bersurat yang ditemui

menyerupai batu yang terdapat di Gujerat dan Kolomandel. Teori

ini dikukuhkan lagi dengan bukti bahawa semasa India di bawah

pemerintahan Kesultanan Delhi, iaitu pada kurun ke-13 agama

Islam telah pun bertapak kuat di India. Bukan itu sahaja,

menurut beliau lagi, akibat dari perang salib, banyak orang

Islam dari Kerajaan Islam di Andalusia telah berhijrah ke Timur

menerusi pantai Selatan India dan terus ke Asia Tenggara.7

Van Ronkel juga menganggap bahawa agama Islam dibawa dari India

dengan alasan bentuk-bentuk popular Islam seperti ciri-ciri

mistik, sastera roman dan sebagainya di Indonesia yang berasal

dari Selatan India. Buktinya ada kesamaan batu  nisan di Pasai

yang 1428M dan batu Maulana Malik Ibrahim di Gerisik bertarikh

1419M.8

Sebelum akhir abad ke-13, pedagang-pedagang dari Gujerat (India)

telah menyebarkan Islam di Alam Melayu. Dari segi budaya, cara-

cara pemakaian penduduk di Tanah Melayu lebih menyerupai Islam

di India. Orang Islam India sahaja yang bersongkok, keduanya

7 Mahdi Shuid, Mohamad Fauzi Yunus, Jaring Ilmu & Teknik SPM: SejarahDunia, Laser Press Sdn Bhd, 2001. hal.74.

8 Abdullah Islak:Islam di Asia Tenggara(Khususnya di Tanah Melayu) MaskhaSdn.Bhd.,1992,Kuala Lumpur,Bab 3 Halaman 61-64

3

Page 4: Kajian senibina surau dan madrasah terpilih di perbandaran Melaka.

Kajian Sejarah Senibina Surau dan Madrasah Terpilih di Melaka

baju melayu pula dekat dengan cara pakaian orang India yang

dipanggil Kurta yang labuh di tengah-tengah hingga paras atas

lutut sama seperti dengan baju melayu,labuh bawah punggung.

Tetapi orang Islam dari Mekkah dan China kebanyakan mereka labuh

hingga buku lali iaitu berjubah atau gamis. Dari segi tulisan

jawi pula boleh juga dikatakan datang dari India juga kerana

India juga mengembangkan pengaruh Parsi di dalam tamadun mereka

terutama dalam pemerintahan Monggol. Satu lagi penulisan Al-

Qur'an yang ada di Asia Tenggara zaman awal adalah sama yang

terdapat di India.

1.3 Teori kedatangan Islam dari China

Teori kedatangan Islam dari China ini telah diasaskan oleh

Emanuel Gadinho Eredia, seorang sarjana yang berasal dari

Sepanyol. Menurut beliau, agama Islam berasal dari negara China

menerusi Canton (Khan Fu) dan Hainan pada abad ke-9.9 Melalui

China perdagangan Arab -China sudah lama wujud, Islam datang

dari China melalui Canton dan Hainan pada  abad ke -9 masihi.

Tambahan lagi dengan bukti-bukti yang menunjukkan betapa eratnya

hubungan perdagangan antara pedagang Islam dari China dengan

pedagang dari dari Arab. Selain dari itu, semasa pemerintahan

9 C.W. Yew, Sejarah Peradaban Dunia, Sasbadi Sdn Bhd, Petaling Jaya,2001. hal.66-67.

4

Page 5: Kajian senibina surau dan madrasah terpilih di perbandaran Melaka.

Kajian Sejarah Senibina Surau dan Madrasah Terpilih di Melaka

Dinasti Sung, Islam sudah pun bertapak di sepanjang pesisiran

pantai negara China. Menurut Dr   Abdul Jalil Hasssan, dalam

catatan sejarah Chau-Ju-Kua 1225 masihi terdapat negeri Islam

yang disebut  sebagai "Fo-Lo-An"iaitu Kuala Berang Terengganu

yang menjalankan perniagaan dengan orang Arab di samping

Srivijaya. Terdapat batu bersurat yang menunjukkan kedatangan

berrah dari China, ini menguatkan lagi bukti Fatimi dan Dr.Abdul

Jalil, di Champa 1039 masihi, di Brunei 1048 masihi, di Leran

Jawa 1082, di Terengganu 1303 masihi.10

Selain dari China, ada pula teori yang mengatakan ianya dibawa dari

Champa atau Kemboja. Menurut R.A Kern, orang-orang Islam di Nusantara

berasal dari IndoChina dalam kurun ke-7 masihi. Perhubungan itu

berdasarkan kepentingan penaklukan dan perkahwinan terutamannya di

antara keluarga Diraja. Ada pula terdapat dalam sumber China, bahawa

Phanrang telah pun menerima Islam sejak tahun 960 masihi lagi iaitu

semasa pemerintahan Dinasti Sung.

10 Abdullah Ishak:Islam di Nusantara(Khususnya di Tanah Melayu),Maskha Sdn.Bhd.Bab 3 Halaman 65-70,1992,Kuala Lumpur.)

5

Page 6: Kajian senibina surau dan madrasah terpilih di perbandaran Melaka.

Kajian Sejarah Senibina Surau dan Madrasah Terpilih di Melaka

2.0 SEJARAH KEDATANGAN ISLAM KE MELAKA

Menurut kajian ahli sejarah, Islam telah pun bertapak di Melaka sejak dari

tahun 1306M lagi iaitu sebelum wujudnya Kerajaan Melayu Melaka. Ini¹terbukti kerana apabila Parameswara, putera dari kerajaan Srivijaya,

Palembang dan pengikut-pengikutnya yang melarikan diri akibat tewas

dalam perebutan kuasa tiba di Melaka, mereka mendapati telah wujud

perkampungan nelayan di pinggir Kuala Sungai Melaka.11 Para penduduk di

sana didapati telah pun mempunyai agama mereka yang tersendiri, dan ada

diantara mereka telah pun memeluk agama Islam.

Peristiwa bersejarah ini juga telah dibuktikan melalui catatan dari buku-

buku sejarah tempatan seperti Sejarah Melayu, Sejarah Melaka dan dari

catatan pengembara-pengembara asing seperti Tom Pires, Ibnu Batuta,

Marco Polo dan I- Tsing. Penduduk di perkampungan nelayan itu dipercayai

adalah dari kaum Selatar. Ketibaan Parameswara dan pengikutnya telah

disambut dengan baik oleh mereka. Atas pelawaan masyarakat di situ,

Parameawara telah bersetuju untuk menetap di Melaka dan telah diangkat

menjadi raja Melaka pertama di Bertam.12

Akan tetapi kedudukan agama Islam hanya menjadi semakin kukuh apabila

Parameswara, pelopor kepada Kerajaan Melayu Melaka itu sendiri memeluk

agama Islam pada 1414M. Kejadian ini berlaku apabila baginda

mengahwini puteri Raja Pasai yang sememngnya telah memeluk agama

Islam pada ketika itu. Atas tindakan tersebut, baginda juga telah menukar

nama baginda kepada Sultan Iskandar Shah. Tindakan baginda itu telah

mendapat sokongan yang meluas daripada para pembesar dan rakyat jelata

sehinggakan mereka juga mengambil tindakan yang sama iaitu memeluk

agama Islam.

11 Hj Mohamed b Hj Ahmad, Sejarah Ringkas Masjid-masjid Negeri Melaka, MajlisAgama Islam Melaka.

12 http://www.perpustam.edu.my/

6

Page 7: Kajian senibina surau dan madrasah terpilih di perbandaran Melaka.

Kajian Sejarah Senibina Surau dan Madrasah Terpilih di Melaka

Orang yang bertanggungjawab mengislamkan Parameswara dan para

pembesar ialah Sayed Abdul Aziz, seorang berbangsa Arab dari Mekah yang

telah turun mendarat di pantai Melaka pada waktu Asar.13 Dipercayai

bahawa kedatangannya itu telah diketahui oleh Parameswara melalui mimpi

yang dialaminya mengenai kedatangan seorang pengembang agama Islam ke

Melaka.

Semejak dari itu, agama Islam telah mula mendapat lebih perhatian dan

penekanan disebabkan oleh sokongan yang diberikan dari pihak istana.

Aktiviti-aktiviti dakwah dan kelas-kelas agama mula giat dijalankan. Guru-

guru agama dari luar yang lebih berpengatahuan telah dibawa masuk ke

Melaka untuk mengajar agama Islam kepada penduduk Melaka.

Tindakan Parameswara (Sultan Iskandar Shah) memeluk Islam itu juga telah

membuka lembaran baru dalam sejarah Kerajaan Melayu Melaka. Status

kerajaan ini telah dipertingkatkan lagi sehingga dikenali sebagai sebuah

kerajaan Kesultanan Melayu yang telah berkembang untuk menjadi pusat

perkembangan agama Islam di seluruh Tanah Melayu. Selain dari faktor

geografi yang menarik dan strategik, status baru Melaka ini juga telah

berjaya menarik lebih ramai saudagar-saudagar, sayed-sayed dan pedagang-

pedagang terutamanya yang beragama Islam datang ke Melaka. Keadaan ini

juga secara langsung telah menjadikan Melaka terkenal dan bertambah

maju.

Walaupaun Melaka bukanlah pusat perkembangan agama Islam yang utama

pada masa itu, perkembangannya yang pesat itu telah membuatkan peranan

kerajaan Pasai yang dahulunya merupakan pusat tumpuan utama

perkembangan agama Islam dan pelabuhan pesisiran pantai Sumatera yang

lain-lain beransur-ansur menurun. Keadaan ini adalah sama seperti yang

dinyatakan oleh Profesor Majul;

13 Muzium Islam Melaka.

7

Page 8: Kajian senibina surau dan madrasah terpilih di perbandaran Melaka.

Kajian Sejarah Senibina Surau dan Madrasah Terpilih di Melaka

The conversion of the first or second ruler of Malacca... was an event of

tremendous importance in the history of the spread of Islam in so far as the

rest of Malaysia, including the Philippine, is concerned... Although Pasai

claimed priority as a theological centre, it was Malacca that was destined to

become one herself. As a place where theologians and preachers gathered,

where discussions became frequent, it was as it were the Islamic’s headquarters

in South-East Asia and Malaysia during the fifteenth and sixteenth centuries.14

Zaman Kesultanan Melayu Melaka telah mengangkat martabat Islam sebagai

ilmu yang dihayati oleh setiap lapisan masyarakat termasuklah golongan

istana, bangsawan dan rakyat jelata.

Perkembangan agama Islam di Melaka merupakan peristiwa penting kerana

ekoran dari sejarah itulah sebahagian dari penduduk di Malaysia memeluk

agama Islam pada hari ini.

14 Ceasar Adib Majul, Theories, etc. 1964, hlmn 344.“ ”

8

Page 9: Kajian senibina surau dan madrasah terpilih di perbandaran Melaka.

Kajian Sejarah Senibina Surau dan Madrasah Terpilih di Melaka

3.0 MASJID, SURAU DAN MADRASAH DI MELAKA

Semenjak kemasukan agama Islam ke Melaka, aktiviti penyebaran agama

tersebut dilakukan secara meluas ke seluruh Melaka termasuk kawasan

jajahannya. Bersempena dengan itu, banyak masjid dan surau telah

didirikan di kawasan-kawasan penempatan.

Walaupun pada masa tersebut istana telah dijadikan pusat penyebaran

agama Islam yang utama, masjid dan surau tetap didirikan bertujuan untuk

meluaskan lagi perkembangan agama Islam ke kawasan lain.

Tom Pires dalam catatan pengembaraannya ada menyatakan bahawa setiap

pembesar Melaka mendirikan masjid-masjid di kawasan-kawasan mereka,

seperti Datuk Bendahara, Temenggung, Laksamana, Shahbandar dan ketua-

ketua daerah. Usaha yang dilakukan ini adalah bertujuan untuk memberi

kemudahan ke atas penduduk sekeliling untuk menjalankan ibadah dan

aktiviti-aktiviti keagamaan.15

Apabila kesultanan Melayu Melaka jatuh ke tangan Portugis, banyak di

antara pembesar-pembesar Melaka telah berundur ke kawasan yang lebih

selamat seperti ke kawasan pedalaman Melaka, Pahang, Muar dan Johor

Lama. Menyedari bahawa penaklukan yang dilakukan bukanlah semata-mata

penaklukan negara dan kekayaannya semata-mata tetapi juga merangkumi

penindasan terhadap agama Islam, usaha yang lebih gigih dilakukan bagi

mengelakkan agama Islam daripada terus terpinggir. Dari situ dapat dilihat

bahawa pembinaan masjid dan surau amat dititik beratkan di mana sahaja

mereka berkampung.

Contohnya ialah Masjid Kampung Hulu, Bandar Melaka. Masjid ini telah

dibina pada tahun 1728 iaitu semasa zaman penjajahan Belanda. Ia telah

dibina oleh Datuk Shamsuddin, anak kepada seorang Kapitan Melayu,

bertujuan untuk dijadikan pusat penyebaran agama Islam di kawasan

15 Hj Mohamed b Hj Ahmad, Sejarah Ringkas Masjid-masjid Negeri Melaka, MajlisAgama Islam Melaka.

9

Page 10: Kajian senibina surau dan madrasah terpilih di perbandaran Melaka.

Kajian Sejarah Senibina Surau dan Madrasah Terpilih di Melaka

tersebut.16 Kemudian pada tahun 1748, Masjid Kampung Keling dibina.

Masjid ini dibina atas hasil usaha orang kampung itu sendiri bertujuan bagi

menyediakan satu tempat untuk mereka menjalankan aktiviti keagamaan

dan kemasyarakatan kerana sebelumnya tiada tempat yang dianggap sesuai

bagi menjalankan aktiviti-aktiviti ini. Keadaan ini jelas menunjukkan bahawa

penduduk beragama Islam di Melaka sudah sedar akan kepentingan

sesebuah pusat penyebaran agama Islam seperti masjid dan surau. Jika

tidak dibina oleh orang perseorangan, penduduk setempat pasti akan

mendirikan bangunan-bangunan ini dengan usaha mereka sendiri.

Tidak dapat disangkal bahawa kedudukan Islam dipelihara melalui proses

formal dan tidak formal. Yang tidak formal ialah melalui sosialisasi

terutamanya tunjuk ajar yang diberikan oleh ibu bapa. Manakala yang

formal adalah melalui institusi-institusi diantara yang terpenting ialah

masjid dan surau. Tetapi dengan adanya masjid, masyarakat setempat lebih

mudah untuk menjalankan ibadah. Ibadah yang dimaksudkan bukanlah

setakat sembahyang lima waktu, mengadakan dan menghadiri syarahan

agama, majlis tahlil dan kesyukuran. Ia lebih dari itu.

Ibadah mempunyai maksud yang lebih luas lagi. Segala aktiviti yang

membolehkan umat Islam menimba dan menambahkan lagi ilmu

pengetahuannya dalam berbagai bidang, untuk pembentukan rohaniah dan

jasmaniah, untuk kepentingan masyarakat umum sama ada sebagai tempat

berbincang atau melaksanakan rancangan bagi meninggikan ekonomi,

pendidikan, pertanian, perdagangan atau seribu satu macam perkara lagi

dianggap sebagai ibadah. Itu pun sekiranya tujuan dan hasilnya kelak

memberi faedah kepada orang ramai dan ketinggian kepada agama yang

dianuti, Islam. Jadi dari situ dapat dilihat bahawa masjid merupakan satu

institusi yang wajib bukan hanya untuk beribadat tetapi juga untuk umat

Islam mengamalkan keseluruhan aspek kehidupan. Di sinilah jiwa umat

Islam serta pendapat dan fikiran akan bertemu dan diolah hingga benar-

benar akan menghasilkan perpaduan yang kukuh dan rasa kasih sayang

16 Mohamad Tajuddin Hj Mohamad Rasdi, The Mosque as a Community Centre: Programme and Architectural Design for Contemporary Muslim Society, Penerbit Universiti Teknologi Malaysia, 1998.

10

Page 11: Kajian senibina surau dan madrasah terpilih di perbandaran Melaka.

Kajian Sejarah Senibina Surau dan Madrasah Terpilih di Melaka

yang mendalam.17 Bila terdapat sesebuah masjid dalam satu-satu Qariah

maka akan adalah pula beberapa buah surau yang merupakan sebagai anak

bagi sesebuah masjid itu. Di sinilah kegiatan-kegiatan Islam dijalankan

seperti sembahyang jemaah, menjalankan pengajaran Al-Quran,

mempelajkari hukum-hukum Islam dan sebagai tempat bermesyuarat juga

diadakan kegiatan-kegiatan umum yang bersangkut paut dengan syiar Islam.

Jika dibandingkan dengan masjid, surau wujud terlebih dahulu sebelum

masjid. Surau biasanya didirikan di kawasan yang masih lagi tidak

mempunyai penduduk tetap yang mencukupi bagi memenuhi syarat untuk

mendirikan sembahyang Jumaat. Surau-surau di kawasan ini biasanya

didirikan atas inisiaitf penduduk kampung atau pun atas sumbangan orang

perseorangan di atas sebidang tanah yang biasanya diwakafkan. Fungsi dan

peranannya adalah sama seperti sebuah masjid. Akan tetapi disebabkan

saiznya yang biasanya kecil, ianya hanya dapat menampung bilangan yang

kecil pengguna dalam satu masa, biasanya digunakan oleh anggota

keluarga dari rumah-rumah yang berhampiran dengannya.18 Akan tetapi,

surau adalah lebih aktif berbanding dengan masjid kerana ia kurang

pantang larangnya dan lebih sesuai digunakan untuk sebarang aktiviti.19

Penyebaran agama Islam terus dilakukan dengan masjid dan surau sebagai

pusatnya sehinggalah zaman penjajahan British pada sekitar abad ke-19.

Akan tetapi, akibat peredaran masa didapati bahawa proses penyebaran

Islam melalui institusi-institusi tersebut didapati semakin kurang berkesan.

Selepas Perang Dunia I, masyarakat semakin sedar akan perlunya sistem

pendidikan Islam yang lebih rapi bukan hanya untuk memberi pengajaran

agama yang lebih mendalam dan lebih teratur kepada anak-anak Melayu

17 Ahmad Shalaby, Masyarakat Islam, Singapura, 1976, hal. 31; SidiGazalba & H.M Ali Masjhar, Masjid Pusat Pembinaan Ummat, Djakarta,1971, hal.21.

18 Abdul Jalil b Murah, Institusi Agama Terus Berubah, Utusan Kiblat,Tahun 6, Bil.63, Oktober 1975, Hal. 47.

19 Abdul Halim Nasir, Surau dan Madrasah: Pusat Ibadah dan Percambahan Ilmu,Dewan Budaya (September 1990), hal. 43. A typical village surau in the Malay“culture. It is essentially comprises a single space for the muslim community s’various activities. Muda Yusof comments that in the Malaysian culture the surauis more active than the mosque since it is less sacred and more intimate in‘ ’scale”

11

Page 12: Kajian senibina surau dan madrasah terpilih di perbandaran Melaka.

Kajian Sejarah Senibina Surau dan Madrasah Terpilih di Melaka

tetapi juga untuk meluaskan pengetahuan mereka supaya dapat

menyesuaikan diri dengan peralihan zaman.20 Dari situlah bermulanya

zaman penubuhan madrasah di Melaka.

Kekurangan kemudahan pengajaran seperti kerusi, meja, alat tulis dan alat

kelengkapan mengajar ditambah pula dengan pelajar-pelajar yang terdiri

daripada kanak-kanak yang masih belum memahami hukum-hukum Islam

dengan lebih mendalam, dikhuatiri akan mencemarkan mencemarkan

kebersihan masjid dan surau menyebabkan madrasah-madrasah didirikan

untuk menempatkan mereka. Kebanyakan madrasah ini dibina atas daya

usaha alim ulama tempatan atau yang datang menahun di sesebuah

kampung itu. Kebanyakan madrasah-madrasah ini bergantung kepada derma

ikhlas orang kampung dan juga sokongna dari orang perseorangan. Keadaan

ini pernah juga berlaku di masa hidupnya Munsyi Abdullah seperti yang

pernah diucapkan oleh Muallim Muhayyiddin, orang Arab berbangsa Syeikh

dari Yaman dan seorang ahli pengajian Quran. Katanya “... saya mahu belajar

ke Tanah Jawa, tiada boleh saya mengajar di sini.” Orang tua-tua minta ia

menahun di Melaka kerana ramai yang hendak belajar dengannya.

Jawabnya “jikalau boleh saya mendapat faedah di sini, boleh saya tinggal, kerana

saya ada anak bini dalam negeri Acheh, sebab itulah saya datang kemari hendak

mencari nafkah mereka itu.”21

20 Abdul Rashid b Budin, Masjid, Surau dan Madrasah di Melaka, Jurnal PersatuanSejarah Malaysia, KualaLumpur, 1979.

21 Abdullah b Abdul Kadir Munsyi, Hikayat Abdullah, Pustaka Antara,Kuala Lumpur, 1963, hal. 40.

12

Page 13: Kajian senibina surau dan madrasah terpilih di perbandaran Melaka.

Kajian Sejarah Senibina Surau dan Madrasah Terpilih di Melaka

4.0 REKABENTUK SURAU DAN MADRASAH DI MELAKA SERTA KEPENTINGANNYA

Tidak dapat disangkal bahawa masjid merupakan pusat penyebaran agama

Islam yang utama di Melaka. Akan tetapi, surau dan madrasah juga

memainkan peranan yang penting dalam membantu menguatkan lagi

pegangan Islam di Melaka.

Surau dibina di kawasan yang berpendudukan rendah. Di mana kawasan

tersebut masih lagi kekurangan syarat untuk didirikan sebuah masjid.

Dalam hal ini, surau tersebut akan memainkan peranan yang sama seperti

sebuah masjid kecuali dalam mendirikan sembahyang Jumaat. Akan tetapi,

surau didirikan tanpa memenuhi semua komponen-komponen utama seperti

sesebuah masjid seperti mimbar, ruang sekundar, menara dan pintu

gerbang utama. Hanya komponen-komponen asas sahaja yang wujud dalam

sesebuah surau seperti sebuah mihrab, ruang utama dan tempat

berwudhuk.

PLAT 1 - Komponen-komponen utama masjid dan komponen yang terdapat dalam

sesebuah surau.

(Sumber: Frishman Martin, Hasan Uddin Khan, The Mosque: History, Architectural

Development and Regional Diversity, Thames and Hudson Limited London, 1997.)

13

Page 14: Kajian senibina surau dan madrasah terpilih di perbandaran Melaka.

Kajian Sejarah Senibina Surau dan Madrasah Terpilih di Melaka

Pada dasarnya surau memainkan peranan yang sama seperti sebuah masjid.

Jika dilihat dengan teliti, surau selalunya dibina terlebih dahulu daripada

masjid. Ini kerana apabila sesuatu penempatan dibuka, bilangan

penduduknya adalah amat kecil, jadi surau dibina terlebih dahulu untuk

dijadikan sebagai pusat kegiatan keagamaan. Dan apabila bilangan

penduduk semakin ramai dan sudah mampu memenuhi syarat untuk

mendirikan sembahyang Jumaat, barulah masjid didirikan. Keadaan seperti

ini dilakukan kerana, untuk membina sebuah masjid di kawasan

berpendudukan rendah adalah amat membazir, maka surau dibina terlebih

dahulu. Walaupun dari segi saiz, ianya lebih kecil daripada masjid, ianya

sudah cukup untuk memenuhi keperluan penduduk setempat.

Dapat dilihat dari situ, bahawa pembinaan surau tidak begitu diberikan

penekanan. Ini kerana kebanyakan surau didirikan atas inisiatif pemerintah

setempat seperti Ketua Kampung atau Tok Sidang atau didirikan atas

kerjasama penduduk-penduduk kampung itu sendiri. Bermakna perbelanjaan

yang diperolehi bagi pembinaan sesebuah surau bergantung kepada

sumbangan penduduk setempat dan juga derma yang diperolehi daripada

orang perseorangan. Maka dari situ jelas bahawa hanya komponen-

komponen penting sahaja yang dapat diwujudkan dalam sesebuah surau.

Berlainan dengan pembinaan sesebuah masjid, yang didirikan di kawasan

yang berpendudukan tinggi, yang mana lebih banyak sumbangan dapat

dikutip sehingga membolehkan masjid yang lebih besar dan berkualiti

didirikan.

Selain itu, dari segi seni bina, surau dilihat lebih merendah diri jika“ ”dibandingkan dengan masjid. Masjid selalunya kelihatan megah dan berseri-

seri dengan ukiran-ukiran, seni-seni khat yang tertera pada bangunannya

dan juga dari segi binaannya yang kemas dan menarik. Pembinaan surau

dalam kurun yang ke 15 dan abad sebelumnya hinggalah abad yang ke 18

adalah mengikut bentuk istana dan rumah-rumah pembesar kerajaan

Melayu atau mengikut bentuk rumah orang-orang kenamaan di tempat

mereka.Iaitu dibina daripada kayu dan bumbung mengadap ke arah kiblat.

Di hadapannya dibentuk sedikit anjung untuk imam dan di bahagian

14

Page 15: Kajian senibina surau dan madrasah terpilih di perbandaran Melaka.

Kajian Sejarah Senibina Surau dan Madrasah Terpilih di Melaka

belakangnya pula dibuat sebuah kolah sebagai tempat mengambil air

sembahyang. Walaupun begitu terdapat juga beberapa buah surau pada

abad yang ke 18 telah dibina semula dengan bangunan batu seperti Surau

Kampung Melayu Tengkera Pantai 2 di mana pembinaannya telah

menampakkan kemajuan dan kesungguhan orang-orang Melayu Melaka

mengikuti peredaran kehendak semasa.

Apa yang menonjol dalam seni bina surau selalunya ialah bahagian

mihrabnya yang selalunya dibina tertonjol dari bangunan utamanya.

Berkemungkinan besar tujuan dibina surau sedemikian adalah untuk

memudahkan pengguna mengetahui arah kiblat. Ini kerana kebanyakan

surau yang dibina adalah berbentuk segi empat sama atau pun segi empat

tepat. Jika dilihat daripada ruang yang dibuat dalam sesebuah surau,

hanyalah sebuah ruang besar utama yang digunakan untuk menunaikan

solat dan juga untuk aktiviti-aktiviti lain, ruang mihrab seperti yang

dinyatakan di atas dan yang akhir ruang untuk mengambil wudhuk,

selalunya berbentuk sebuah kolah air yang ditadah dari air hujan atau pun

sebuah perigi yang digali sendiri. Selain itu, disebabkan Melaka selalu

menghadapi musim banjir, surau selalunya didirikan lebih tinggi dari aras

tanah.

Madrasah pula hanya wujud selepas Perang Dunia I. Tujuan utama

pembinaannya adalah untuk menerima dan menempatkan kanak-kanak

Melayu untuk mengaji ilmu agama dengan lebih teratur lagi. 22 Keadaan ini

berlaku setelah mendapati bahawa pengajaran yang dilakukan di masjid dan

surau menjadi kurang berkesan, disebabkan oleh beberapa faktor seperti

keadaan kanak-kanak yang masih belum betul-betul baligh dan kurangnya

kemudahan untuk mengajar.23 Madrasah pertama yang didirikan di Melaka

telah didirikan di Bandar Kaba, Melaka pada tahun 1917 dan diasaskan oleh

22 Abdul Rashid Budin, Sejarah Masjid dan Madrasah di Melaka. Peranannya kepadaMasyarakat Melayu Sebelum Tahun 1957, Jabatan Sejarah Universiti Malaya,1978/79.

23Abdul Rashid b Budin, Madrasah-madrasah dan Hubungannya dengan MsjidMelaka Dulu dan Sekarang, Persatuan Muzium Malaysia, Kuala Lumpur, 1982.

15

Page 16: Kajian senibina surau dan madrasah terpilih di perbandaran Melaka.

Kajian Sejarah Senibina Surau dan Madrasah Terpilih di Melaka

Sayid syeikh Al Hadi.24 Penubuhan madrasah tersebut telah menggalakkan

lagi penubuhnan madrasah-madrasah lain di sekitar Melaka

Madrasah-madrasah ini dibina selalunya atas daya usaha orang

perseorangan terutamaya para alim ulama yang baru pulang dari pengajian

dari luar negara. Jadi tiada dua madrasah yang menjalankan sisitem

pengajaran yang sama. Pendidikan berbentuk madrasah ini semakin

mendapat sambutan sehinggakan terdapat ramai orang dari luar negeri

Melaka yang datang untuk menuntut. Disebabkan oleh itu, di beberapa

madrasah, murid-muridnya yang datang dari jauh terpaska mendirikan

pondok kediamaan sendiri seperti yang berlaku di Madrasah Nurul

Dinniah, Paya Rumput Melaka.25 Ada juga di antara madrasah-madrasah di

Melaka yang dibina dengan menyediakan asrama seperti Madrasah Al-

Khairiyah Muhammadiyah di Ayer Molek.

Disebabkan oleh pengaruh luar, kebanyakann madrasah telah dibina dengan

menggunakan simen dan batu bata. Hal ini dilihat sebagai satu

perkembangan dalam senibina Melaka. Ini kerana pembinaan sesebuah

bangunan tidak lagi hanya perlu bergantung kepada kayu dan menunjukkan

bahawa bangunan-bangunan yang dibina ini sesuai dengan perkembangan

ekonomi dan perindustrian pada ketika itu. Berlainan dengan surau yang

kebanyakannya telah wujud sebelum kewujudan madrasah, dibina

majoritinya dengan kayu sahaja.

24 Ab. Rahim b Abdullah, Sejarah Pendidikan Orang Melayu Melaka ZamanBritish, Tesis B.A.(Hons), Jabatan Sejarah, Universiti Malaya,1975/76, hal. 87.

25 Ab. Rahim b Abdullah, Sejarah Pendidikan Orang Melayu Melaka ZamanBritish, Tesis B.A.(Hons), Jabatan Sejarah, Universiti Malaya,1975/76, hal. 89-90;93.

16

Page 17: Kajian senibina surau dan madrasah terpilih di perbandaran Melaka.

Kajian Sejarah Senibina Surau dan Madrasah Terpilih di Melaka

5.0 BANGUNAN KAJIAN

BANGUNAN KAJIAN 1: SURAU KAMPUNG MELAYU TENGKERA PANTAI 2,

MELAKA

PLAT 2 - Surau Kampung Melayu Tengkera Pantai 2

5.1.1 Asal usul Tengkera.

Nama Tengkera sebenarnya berasal dari perkataan portugis iaitu

Tranquerah yang bermaksud benteng atau penahan.“ ” 26 Apabila Melaka

jatuh ke tangan Portugis 1511, kawasan perkampungan telah didirikan di

pesisir pantai Melaka. Tujuannya adalah untuk menjadikan perkampungan

tersebut sebagai penahan daripada serangan balas dari orang Melaka atau

pun dari kuasa-kuasa besar yang lain yang ingin menyerang dari laut.

Dengan ini, apabila sesuatu serangan dibuat ke atas Melaka dari laut, ia

mudah diketahui oleh penduduk di perkampungan itu. Satu lagi sebab ialah

untuk mengelakkan kuasa-kuasa lain dari menyerang Melaka secara terus

26 Hj Rahmat Shah b Ali Shah Khan (Datuk) (90 tahun), Bekas Penghulu MelakaTengah (1950-70), Kg Lapan Tengkera, Melaka

17

Page 18: Kajian senibina surau dan madrasah terpilih di perbandaran Melaka.

Kajian Sejarah Senibina Surau dan Madrasah Terpilih di Melaka

dari laut. Nama Tengkera ini merupakan nama yang diberikan untuk suatu

kawasan yang luas di mana, terdapat 9 buah kampung yang terletak di

bawah kariahnya iaitu, Kampung Beting, Kampung Tangah, Kampung

Melayu, Kampung Siambar, Kampung Yakkodi, Kampung Lapan, Kampung

Kolam, Kampung Sembilan dan Kampung Masjid.27

PLAT 3 - Peta lama yang menunjukkan kedudukan Tranquerah

(Sumber: J.V.Mills, Eredia s Description of Malacca, Meridional India, MBRAS ’Reprint 14, 1997)

27 Allia Baharum, Penghantar Seni Bina dan Seni Ukir: Satu Kajian Seni Bina danSeni Ukir Masjid Tradisional di Masjid Tengkera Melaka, Jabatan PersuratanMelayu Universiti Kebangsaan Malaysia, 1997/98.

18

Page 19: Kajian senibina surau dan madrasah terpilih di perbandaran Melaka.

Kajian Sejarah Senibina Surau dan Madrasah Terpilih di Melaka

5.1.2 Sejarah Surau Kampung Melayu Tengkera Pantai 2

PLAT 4 - Pelan lokasi Surau Kampung Melayu Tengkera Pantai 2

(Sumber: Perdana Jati Enterprise, Laporan Akhir: Cadangan Kerja-kerja

Pemuliharaan Bangunan Surau di Kampung Melayu Tengkera Melaka, Jabatan

Muzium dan Antikuiti, 2001)

Surau ini terletak kira-kira 2km dari bandar Melaka. Asalnya, surau ini

telah dibina pada tahun 1723 dengan berstrukturkan kayu. Akan tetapi pada

tahun 1903, ianya telah telah pun diperbahurui dengan menambah batu

bata ke dalam binaannya. Berdasarkan kepada tarikh pembinaan surau ini,

dapat dinyatakan bahawa surau ini dibina pada zaman penjajahan Belanda

(1640-1793). Seorang penduduk kampung telah mewakafkan sebidang tanah

di mana di situlah surau ini dibina bersama-sama dengan 2 buah rumah

yang bersebelahan dengannya. Orang-orang yang ingin menyewa rumah

berkenaan haruslah mendapat kelulusan dari Jawatan Kuasa Madrasah di

mana mereka dikehendaki membayar sewa kepada surau tersebut sebanyak

RM20. 28

28 Hj Abdul Rahman b Osman (69 tahun), Penjaga Surau Kg Melayu Tengkera.

19

Page 20: Kajian senibina surau dan madrasah terpilih di perbandaran Melaka.

Kajian Sejarah Senibina Surau dan Madrasah Terpilih di Melaka

5.1.3 Senibina Surau Kampung Melayu Tengkera Pantai 2

PLAT 5 - Plan lantai Surau Kampung Melayu Tengkera Pantai 2

(Sumber: Perdana Jati Enterprise, Laporan Akhir: Cadangan Kerja-kerja

Pemuliharaan Bangunan Surau di Kampung Melayu Tengkera Melaka, Jabatan

Muzium dan Antikuiti, 2001)

Jika dilihat dari segi ruang, surau ini berbentuk segiempat tepat dengan

pembahagian yang dibuat adalah amat ringkas di mana terdapat hanya satu

ruang utama, mihrab yang direka tertonjol keluar, tandas dan juga kolah

20

Page 21: Kajian senibina surau dan madrasah terpilih di perbandaran Melaka.

Kajian Sejarah Senibina Surau dan Madrasah Terpilih di Melaka

untuk mengambil wudhuk. Selain itu, di dalam kawaan surau itu,

disediakan juga rumah bagi penjaga surau tersebut yang kini didiami oleh

Hj Abdul Rahman b Osman. Terdapat 20 batang tiang yang digunakan bagi

mendirikan bangunan ini bergrid 4 x 5. Tiang pada bahagian tengah

digunakan untuk menyokong bahagian utama surau manakala tiang

bahagian luarnya pula berfungsi untuk menyediakan kawasan verandah

yang terbuka tetapi berbumbung. Jika dilihat daripada plan yang

dilampirkan, terdapat 3 tangga yang telah dibina untuk memasuki surau

tersebut. Berkemungkinan tangga yang dibina berdekatan dengan mihrab

adalah untuk laluan imam dan bilal. Tangga utama pula adalah untuk

kaum lelaki manakala tangga di sebelahnya pula adalah untuk kaum

perempuan. Kemungkinan ini adalah berdasarkan kepada tradisi orang

Melayu dan juga ajaran agama Islam yang membataskan pertembungan

lelaki dan perempuan yang bukan mahram. Maka dari situ dua tangga

didirikan. Satu lagi tangga yang disediakan untuk imam dan bilal itu adalah

bertujuan untuk memudahkan mereka masuk terus ke bahagian tanpa

mengganggu para makmum.

Dari sudut bahan binaan, jenis jubin bumbung yang digunakan adalah

berasal dari tanah liat yang dikenali sebagai jubin bumbung marseille .“ ”Jubin ini berasal dari Perancis bersesuaian dengan nama bandarnya asal

buatannya iaitu Marseille. Berkemungkinan jubin tersebut telah di bawa

oleh para pedagang dari eropah atau pun dibawa sendiri oleh pedagang

Belanda kerana negara Perancis adalah berdekatan dengan negara mereka.

Struktur asas bumbung pula adalah dari jenis kayu cengal di mana kaedah

tanggam digunakan bagi mengikat sruktur-struktur kayu tersebut. Struktur

ini tertutup dari ruang utama dengan menggunakan siling asbestos, yang

mana banyak digunakan oleh orang Roman sebagai bahan binaan.29 Bukan

itu sahaja, papan pator juga telah diletakkan pada hujung atap, berfungsi

sebagai sejenis rekabentuk peragaan. Dekorasi ini mempunyai maksudnya

yang tersendiri. Pola yang ditunjukkan membucu ke dua arah iaitu ke

langit dan ke tanah. Yang membucu ke arah langit menunjuk ke arah

kedudukan tuhan sebagai Pencipta manakala yang membucu ke arah tanah

29 http://www.dnr.state.wi.us/org/aw/air/reg/asbestos/asbes3.htm

21

Page 22: Kajian senibina surau dan madrasah terpilih di perbandaran Melaka.

Kajian Sejarah Senibina Surau dan Madrasah Terpilih di Melaka

mnunjukkan kedudukan manusia sebagai hambaNya. Dekorasi ini dibuat

bertujuan untuk memberi peringatan kepada manusia tentang kedudukan

mereka agar mereka tidak mudah lupa diri dan terus taat kepada tuhan.

PLAT 6 - Papan pator pada bumbung surau

PLAT 7 - Pandangan tepi surau dari PLAT 8 - Pintu masukutama ke dalam surau kawasan kolah

Keseluruhan dinding/tembok surau adalah dibina dari batu bata. Bahan

perekat dan pelekat yang digunakan adalah terdiri dari lime mortar dan“ ”pasir. Asal sebenar penggunaan lime mortar dalam pembinaan tidak“ ”dapat dipastikan kerana ianya telah pun wujud semenjak Tamadun Arab

22

Page 23: Kajian senibina surau dan madrasah terpilih di perbandaran Melaka.

Kajian Sejarah Senibina Surau dan Madrasah Terpilih di Melaka

(Egyptian civilisation) lagi.30 Seluruh dinding/tembok surau ini dilitupi

dengan lapisan cat. Lantai surau pula diperbuat daripada bata Belanda. Bata

ini mudah dikenali kerana saiznya agak tirus berbanding dengan saiz bata

sekarang yang lebih lebar. Bahagian kolahnya juga diperbuat dari bata

Belanda dan dilitupi dengan tile jenis terracotta. Bata Belanda dinamakan

sedemikian kerana ianya dibawa ke Tanah Melayu oleh orang Belanda.

PLAT 9 - Keadaan surau sebelum PLAT 10 - Keadaan surau selepasdibaik dibaki pulihpulih

30 http://www.cf.ac.uk/engin/research/concmas/cs_7.html

23

Page 24: Kajian senibina surau dan madrasah terpilih di perbandaran Melaka.

Kajian Sejarah Senibina Surau dan Madrasah Terpilih di Melaka

PLAT 11 - Ruang utama surau PLAT 12 - Pintu masuk

utama ke dalam surau

Keadaan semasa surau tersebut adalah amat baik. Ini disebabkan bahawa

kerja-kerja pemuliharaan telah pun dijalankan ke atas surau tersebut pada

oktober 2001 yang lepas. Maka tiada kerosakan atau kecacatan yang

kelihatan sekarang.

Akan tetapi, berdasarkan maklumat dari kontraktor yang terbabit dalam

kerja-kerja pemuliharaan didapati bahawa surau tersebut berada dalam

keadaan yang agak menyedihkan sebelumnya. Disebabkan struktur asasnya

adalah kayu terutamanya pada bahagian bumbung, ianya telah mula reput

dan rosak akibat daripada serangan anai-anai. Selain dari itu, dindingdan

kolah tempat berwudhuknya juga telah mengalami keretakan akibat dari

proses luluhawa dan tindakan mikroorganik, parasit dan lumut.

Jika dilihat dari gaya senibina yang ingin diketengahkan melalui surau ini,

ia amat menyerupai gaya senibina Belanda. Contoh bangunan yang boleh

dibuat perbandingan dengan surau ini ialah bangunan Stadhuys di Melaka.

Satu persamaan yang jelas ialah kewujudan sulur bayung atau penjuru

24

Page 25: Kajian senibina surau dan madrasah terpilih di perbandaran Melaka.

Kajian Sejarah Senibina Surau dan Madrasah Terpilih di Melaka

bumbung pada kedua-dua bangunan tersebut. Terdapat banyak teori yang

menceritakan tentang tujuannya. Mungkin dalam senibina Belanda, ia

hanyalah sesuatu yang dibuat sebagai hiasan kepada penjuru bumbung.

Dalam senibina Islam ia dianggap sebagai simbol jari yang menunjuk ke

arah langit yang menunjuk ke arah tuhan yang satu. Satu lagi teori

mengatakan bahawa ia ada persamaan dengan Buddha s 3 fingers . “ ’ ” 31

Akan tetapi dalam kes Surau Kampung Melayu Tengkera ini, teori

Buddha s 3 fingers mungkin hanyalah sebagai kebetulan sahaja. Ia lebih“ ’ ”kepada senibina Islam atas sebab bangunan ini adalah tempat beribadat

bagi orang Islam.

PLAT 13 - Penjuru bumbung pada PLAT 14 - Jenis batu Belandayang dinyatakan bangunan surau

Pada pintu utama surau tersebut, jika dilihat dengan teliti, terdapat ukiran

pada tulang pintu tersebut dan juga pada tingkap sebelah kiri pintu utama.

Akan tetapi, ukiran pada tingkap kiri itu adalah separuh siap. Tidak dapat

dipastikan tarikh sebenar ukiran tersebut dibuat, tetapi yang pasti ianya

dibuat tidak sama dengan tarikh surau tersebut disiapkan. Ukiran jenis

bunga timbul yang cuba dibuat itu adalah bercorakkan tumbuhan yang

31 Hazal Hassan, Masjid Al-Azim: Analisis Seni Bina Dalam Konteks Sosio-Budaya, Jabatan Pengajian Melayu Universiti Malaya,1992.

25

Page 26: Kajian senibina surau dan madrasah terpilih di perbandaran Melaka.

Kajian Sejarah Senibina Surau dan Madrasah Terpilih di Melaka

menjalar. Ukiran ini tidak tembus. Ia mengandungi bunga ukir yang

disilatkan dan tidak silat. Ukiran sebegini selalunya terdapat pada perabot,

mimbar masjid, barang hiasan yang diperbuat daripada kayu, ulu serta

sampir senjata. Berkemungkinan pengukir tersebut ingin menonjolkan

sedikit kelainan kepada pintu masuk utama ke dalam surau tersebut

berbanding dengan pintu masuk yang lain. Keadaan ini adalah biasa dalam

senibina masjid mahu pun surau yang mana penegasan ke atas pintu

masuk utama menjadi sebahagian daripada komponen-komponen

utamanya.32

PLAT 15 - Ukiran pada pintu masuk PLAT 16 - Motif berbentuk bungaCina terletak utama suraudi dinding mihrab dan tangga

32 Frishman Martin, Hasan Uddin Khan, The Mosque: History, Architectural Development and Regional Diversity, Thames and Hudson Limited London, 1997.

26

Page 27: Kajian senibina surau dan madrasah terpilih di perbandaran Melaka.

Kajian Sejarah Senibina Surau dan Madrasah Terpilih di Melaka

Selain itu, terdapat juga motif-motif flora yang cuba diketengahkan pada

bangunan ini. Sebagai contohnya ialah motif berbentuk bunga Cina yang

telah diletakkan di dua tempat utama pada surau ini iaitu di bahagian

mihrab dan juga tangga utama. Bilangannya tidak banyak, cuma dua keping

di setiap tempat. Akan tetapi kedudukannnya itu yang menunjukkan bahawa

komponen tersebut adalah komponen yang terpenting di surau tersebut.

Railing yang diperbuat dari cast iron juga terdapat pada bangunan surau‘ ’ini. Ia diletakkan pada sekeliling verandah surau tersebut. Disebabkan paras

lantai surau itu lebih tinggi dari paras tanah railing ini diletakkan bagi‘ ’mengelakkan pengguna daripada terajtuh ke tanah. Penambahan railing‘ ’ini berkemungkinan dibuat semasa surau ini diperbaharui pada 1903 iaitu

semasa zaman penjajahan British. ini kerana seni bina sebegini datangnya

dari pengaruh British. Bentuk dekorasi yang terdapat pada railing‘ ’tersebut adalah amat ringkas, hampir menyerupai ukiran awan larat dalam

ukiran Melayu.

PLAT 17 - Kedudukan cast iron railing di sepanjang verandah surau‘ ’

27

Page 28: Kajian senibina surau dan madrasah terpilih di perbandaran Melaka.

Kajian Sejarah Senibina Surau dan Madrasah Terpilih di Melaka

PLAT 18 - Dekorasi pada cast iron railing ‘ ’

28

Page 29: Kajian senibina surau dan madrasah terpilih di perbandaran Melaka.

Kajian Sejarah Senibina Surau dan Madrasah Terpilih di Melaka

5.1.4 Keadaan Semasa

Surau ini telah dibina lebih awal daripada Masjid Tengkera (1728), di mana

pada masa itu aktiviti keagamaan di kampung tersebut tertumpu di surau

berkenaan. Akan tetapi, setelah Masjid Tengkera dibina, aktiviti-aktiviti

utama keagamaan telah berpindah dan diadakan di sana. Jadi surau ini

lebih tertumpu kepada aktivti-aktiviti yang melibatkan kumpulan yang kecil

seperti kelas mengaji Al-Quran dan solat waktu. Walau bagaimana pun,

surau tersebut masih lagi berfungsi sehingga ke hari ini, solat waktu

berjalan seperti biasa, kelas-kelas mengaji masih lagi diadakan dan pada

setiap bulan seorang ahli agama dari luar akan dijemput untuk memberikan

tazkirah atau pun ceramah kepada penduduk kampung.

29

Page 30: Kajian senibina surau dan madrasah terpilih di perbandaran Melaka.

Kajian Sejarah Senibina Surau dan Madrasah Terpilih di Melaka

BANGUNAN KAJIAN 2: MADRASAH AL-KHAIRIYAH MUHAMMADIAH AL-

MUTTALIMIL AL-ARABIYAH, BATU 61/2 AYER

MOLEK, MELAKA

PLAT 19 - Madrasah Al-Khariyah Muhammadiah

PLAT 20 - Bangunan asrama Madrasah Al-Khariyah Muhammadiah

30

Page 31: Kajian senibina surau dan madrasah terpilih di perbandaran Melaka.

Kajian Sejarah Senibina Surau dan Madrasah Terpilih di Melaka

5.2.1 Asal usul Ayer Molek

Di Ayer Molek terdapat sebatang sungai yang mengalir ke Selat Melaka.

Sungai tersebut dahulunya dikatakan amat jernih sehinggakan apa sahaja

yang terjatuh ke dalam sungai tersebut walau sebatang jarum sekali pun

akan jelas kelihatan dari permukaan sungai tersebut. Akan tetapi penduduk

di situ tidak menamakannya sebagai air jernih sebaliknya menamakan

sungai tersebut sebagai air molek bersesuaian dengan loghat penduduk di

sana. Akan tetapi ia masih membawa maksud yang sama.

5.2.2 Sejarah Madrasah Al-Khairiyah Muhammadiah Al-Muttaallimil

Al-Arabiyah

PLAT 21 - Pelan lokasi Madrasah Al-Khairiyah Muhammadiah Al-Muttaallimil Al-

Arabiyah

31

Page 32: Kajian senibina surau dan madrasah terpilih di perbandaran Melaka.

Kajian Sejarah Senibina Surau dan Madrasah Terpilih di Melaka

(Sumber: Abdul Rashid b Budin, Madrasah-madrasah dan Hubungannya dengan

Masjid Melaka Dulu dan Sekarang, Persatuan Muzium Malaysia, Kuala Lumpur,

1982)

Tarikh sebenar pembinaan madrasah ini tidak diketahui. Akan tetapi

berdasarkan kepada tulisan yang terdapat pada dinding madrasah

berkenaan, ianya telah pun dibina kira-kira pada tahun 1920. Berdasarkan

kepada tahun yang tertera itu, dapatlah dinyatakan bahawa madrasah

tersebut dibina pada zaman penjajahan British. Pengasas kepada pembinaan

madrasah ini ialah Datuk Penghulu Hj Mohammad b Repah, seorang

jutawan ulung di Melaka.33 Beliau dikatakan telah bernazar untuk

mendirikan sebuah sekolah agama sekiranya beliau menjadi kaya.34 Apabila

cita-cita beliu termakbul, madrasah ini telah dibina. Dua bangunan telah

dibina, satu sebagai tempat pengajian agama iaitu madrasah itu sendiri dan

satu lagi bangunan yang berfungsi sebagai asrama penginapan. Asrama ini

dibina untuk menempatkan pelajar-pelajar yang datang dari luar Ayer

Molek. Ini kerana pada waktu tersebut lebih ramai pelajar yang datang

menuntut di sana terdiri daripada orang-orang luar.

Antara pengajar terawal di madrasah ini ialah anak saudara Datuk

Penghulu Hj Mohammad b Repah itu sendiri yang baru pulang dari

pengajian di Mekah iaitu, Hj Abdul Rahman b Tenggel. Madrasah ini amat

terkenal dan berjaya sehinggakan pernah dikatakan bahawa madrasah ini,

“... merupakan gedung yang melahirkan Kadi, Imam, Bilal, Khatib serta guru-guru

agama ‘sekolah rakyat’ di Melaka.”35 Walau pun ia tidak dapat mengeluarkan

ahli-ahli professional di luar biang agama, kebanyakan lepasan madrasah

ini bila balik ke tengah masyarakat kampungnya menjadi pengasas

madrasah yang baru di tempatnya, atau pun menjadi ahli-ahli agama yang

baik dalam bidang akademik mahupun siasah. Contohnya ialah Ustaz Mohd

Yunis Yatim, Muallim Hj Abdul Wahid b Othman dari Sungai Udang dan Hj

Abdul Karim b Talib dari Tanjung Bidara (pengasas madrasah di

33Ustazah Ramlah bt Hj Abu Hassan (50 tahun), Guru Besar Madrasah Al-KhairiyahMuhammadiyah (cucu kepada Hj Mohamad b Repah)

34 Hj Isnin b Sabtu (90 tahun), Antara orang yang terlibat dalam pembinaanMadrasah Al-Khairiyah Muhammadiyah, Kg Ayer Molek Darat,Melaka

35 Abdul Rahim Abdullah, Sejarah Pendidikan Orang Melayu Melaka Zaman British,Jabatan Sejarah Universiti Malaya, 1975/76, hal 128

32

Page 33: Kajian senibina surau dan madrasah terpilih di perbandaran Melaka.

Kajian Sejarah Senibina Surau dan Madrasah Terpilih di Melaka

kampungnya sendiri dan seorang tokoh agama Melaka hingga beliau

meninggal dunia pada 11.5.1971).36

Akan tetapi kegiatan madrasah ini terhenti semasa zaman penjajahan Jepun

kerana larangan daripada pihak penjajah. Di samping itu, ramai pengajar

dan pelajar telah melarikan diri semasa zaman tersebut. Selepas kekalahan

Jepun dan kembalinya penjajah British ke Tanah Melayu, madrasah ini

telah terbiar begitu sahaja. Ini disebakan oleh masalah kewangan di

samping pengasas yang telah meninggal dunia. Selain itu, kekurangan

tenaga pengajar juga menghalang madrasah itu daripada beroperasi semula.

36 Abdul Rashid b Budin, Madrasah-madrasah dan Hubungannya dengan Msjid Melaka Dulu dan Sekarang, Persatuan Muzium Malaysia, Kuala Lumpur, 1982.

33

Page 34: Kajian senibina surau dan madrasah terpilih di perbandaran Melaka.

Kajian Sejarah Senibina Surau dan Madrasah Terpilih di Melaka

5.2.3 Senibina Madrasah Al-Khairiyah Muhammadiah Al-Muttaallimil

Al-Arabiyah

PLAT 22 - Pelan lantai madrasah

Madrasah

Madrasah satu tingkat ini telah dibina dengan menggunakan batu bata, di

mana orang-orang Cina dari Merlimau telah diupah untuk mendirikan 2

bangunan ini. Orang-orang kampung hanya diupah untuk mengangkat tanah

dan pasir. Bayaran yang dikenakan ialah 2sen bagi setiap 2 pungkis tanah

yang diangkat.37 Orang Cina diupah kerana pada masa tersebut orang orang–Melayu masih belum begitu mahir dalam pembinaan menggunakan batu

bata dan simen. Yang mereka tahu ialah membina bangunan mengikut cara

tradisional menggunakan kayu. Di samping itu, kesedaran daripada

37Hj Isnin b Sabtu (90 tahun), Antara orang yang terlibat dalam pembinaanMadrasah Al-Khairiyah Muhammadiyah, Kg Ayer Molek Darat, Melaka

34

Page 35: Kajian senibina surau dan madrasah terpilih di perbandaran Melaka.

Kajian Sejarah Senibina Surau dan Madrasah Terpilih di Melaka

pengasas madrasah itu sendiri yang ingin bangunan moden dan terkini

memungkinkan segala-galanya.

Plan bangunan madrasah yang dibina adalah amat ringkas dengan bentuk

asasnya ialah segi empat tepat dengan satu ruang menyerupai mihrab

dibina tertonjol keluar menghala ke arah kiblat. Bangunan ini didirikan

dengan 16 tiang penyokong secara keseluruhannya dengan 2 tiang terletak

di bahagian dalam madrasah bertujuan untuk menjadi sokongan kepada

bumbung. Pada asalnya madrasah ini dibina berkonsep terbuka di mana

tidak terdapat dinding, pintu atau pun tingkap. Yang dibina hanyalah

bumbung untuk berteduh, tiang sebagai sokongan dan juga lantai sebagai

alas. Ia kelihatan seolah-olah seperti sebuah pondok. Maka jika seseorang

berjalan di sekitar madrasah tersebut, akan kelihatanlah aktiviti yang sedang

berlaku di dalamnya. Tujuan utamanya berkemungkinan besar untuk

menarik orang-orang disekitar untuk lebih tertarik untuk mendalami agama

Islam.

PLAT 23 - Rupa bentuk asal madrasah PLAT 24 - Rupa bentuk madrasahselepas dibaik pulih

Di samping itu, pembinaan sedemikian juga dapat memberikan keselesaan

kepada penggunanya di mana pengudaraan secara terus dapat dan

menyeluruh berlaku. Kira-kira 10 tahun lepas, setelah madrasah itu terbiar

begitu lama, projek pemulihan telah dijalankan di mana madrasah tersebut

telah di baik pulih oleh orang-orang kampung. Penambahan telah dilakukan

ke atas bangunan di mana dinding, pintu dan tingkap telah di tambah

35

Page 36: Kajian senibina surau dan madrasah terpilih di perbandaran Melaka.

Kajian Sejarah Senibina Surau dan Madrasah Terpilih di Melaka

terhadap bangunan asal. Ini kerana fungsi asalnya sebagai sebuah

madrasah telah ditukar kepada fungsi sebagai sebuah surau. Banyak

pembaharuan telah dibuat ke atas madrasah tersebut. Bahagian belakang

madrasah telah ditambah bagi memuatkan satu ruang pembelajaran yang

lebih teratur. Tandas dan bilik air juga telah dibina untuk kemudahan

pelajar dan pengajar. Awning untuk berteduh juga di tambah pada dua‘ ’pintu utama di hadapan. Antara tujuan mengapa madrasah ini di baik pulih

adalah untuk menjadi masjid sementara bagi penduduk Ayer Molek

sementara masjid besar menjalani pengubahsuaian.

Setelah madrasah ini dibaik pulih, 2 pintu utama telah dibuat untuk

memasuki bangunan tersebut. Ia terletak pada bahagian hadapan madrasah

iaitu di kedua-dua bahagian mihrab madrasah. Satu lagi pintu telah dibuat

di bahagian sisi madrasah untuk terus ke ruang kelas tambahan yang telah

dibina. Akan tetapi dari pintu sisi ini, pengguna masih boleh ke ruang

utama madrasah ini. Pembinaan pintu sisi ini dilihat bagi memudahkan

pelajar dan pengajar untuk terus ke ruang kelas tanpa perlu melalui ruang

utama madrasah. Lebih-lebih lagi sekiranya terdapat kelas agama yang

sedang berjalan pada ketika itu.

Dari segi dekorasi pula, madrasah ini dilihat banyak mengadaptasikan

dekorasi-dekorasi dari luar dalam binaannya. Sebagai contohnya ialah

kemasan pada tapak bangunan yang dipengaruhi oleh seni bina barat. Di

samping itu, tiang roman jenis corinthian didapati digunakan pada‘ ’ ‘ ’awning di bahagian hadapan madrasah. ‘ ’

36

Page 37: Kajian senibina surau dan madrasah terpilih di perbandaran Melaka.

Kajian Sejarah Senibina Surau dan Madrasah Terpilih di Melaka

PLAT 25 - Kemasan pada tapak bangunan madrasah

PLAT 26 - Column Corinthian ‘ ’ PLAT 27 - Bahagian tambahan pada bangunan yang digunakanmadrasah

Bumbung madrasah ini adalah berbentuk limas yang dipercayai dipengaruhi

oleh seni bina pada rumah-rumah kolonial.38 Satu lagi simbol yang

38 J.Y.Lim, The Malay House:Rediscovering Malaysia s Indigenous Shelter System, ’Institut Masyarakat, Pulau Pinang, 1987

37

Page 38: Kajian senibina surau dan madrasah terpilih di perbandaran Melaka.

Kajian Sejarah Senibina Surau dan Madrasah Terpilih di Melaka

kelihatan dalam pembinaan kompleks madrasah ini ialah rekaan tunjuk

langit yang diletakkan pada setiap pepenjuru bumbung pada bangunan

madrasah. Apa yang jelas, ianya mambawa maksud menunjuk ke arah

tuhan yang satu bertepatan dengan salah satu ciri senibina Islam iaitu

Arked dan bumbung di tambah sebagai pelengkap ciri-ciri seni bina“Islam.39”

PLAT 28 - Tunjuk langit pada PLAT 29 - Tulisan khat padafacade hadapan ‘ ’

bahagian atas bumbungmadrasah

Selain itu, ukiran khat pada bahagian hadapan madrasah tersebut

menampakkan lagi ciri-ciri senibina Islam pada bangunan tersebut. Ia

bermaksud:

39 http://duron.igalaksi.com/seripantai05/BINA.html

38

Page 39: Kajian senibina surau dan madrasah terpilih di perbandaran Melaka.

Kajian Sejarah Senibina Surau dan Madrasah Terpilih di Melaka

“Madrasah Al Khairiyah Muhammadiah

alalmutaallimil Al Arabiyah Ayer Molek Melaka

1343H”

Ukiran khat ini adalah dari jenis Rihani penulisan yang menggabungkan“ ”ciri-ciri Tulukh dan Nasakh , di mana tanda-tanda bacaannya ditulis“ ” “ ”dengan halus berbanding dengan ayatnya. Tulisan ini telah diperkenalkan

pada sekitar kurun ke-10.40 Di sekeliling tulisan khat tersebut telah dihiasi

dengan dekorasi-dekorasi berbentuk flora yang mana ianya juga terdapat

pada facade hadapan bangunan tersebut. Dekorasi ini adalah diilhamkan“ ”daripada bunga teratai yang diterbalikkan atau diterlangkupkan. Dalam seni

bina Nusantara, penggunaan bunga teratai mempunyai maksudnya yang

tersendiri. Bunga teratai yang dipegang pada tangkainya melambangkan zat

Allah yang wajib menjadi pegangan seluruh umat manusia. Ini disebabkan

tangkai tersebut digambarkan sebagai zat Allah dan kelopaknya adalah

makhluk-makhluk ciptaanNya. Selalunya apabila bunga dipetik, tangkainya

yang menjadi pegangan pertama dan bukannya kelopaknya. Bersesuaian

dengan manusia yang mesti berpegang teguh kepada perintah Allah pada

setiap masa.41 Ini adalah salah satu cara yang dilakukan untuk

menunjukkan bahagian hadapan sesuatu bangunan dan juga bahagian yang

menghadap kiblat. Agama Islam melarang umatnya daripada menghiasi diri,

dan kediaman daripada sesuatu yang nmenyerupai benda-benda yang

bernyawa. Sebab itulah kesemua bangunan yang didiami oleh orang Islam

dan bangunan ibadahnya dihiasi dengan ukiran dan lukisan berbentuk flora

dan geometri.

40 Frishman Martin, Hasan Uddin Khan, The Mosque: History, Architectural Development and Regional Diversity, Thames and Hudson Limited London, 1997.

41 Amida Azlan, Dekorasi Pada Pelbagai Elemen Masjid-masjid Tertua di Melaka, Jabatan Seni Bina, Fakulti Alam Bina, Universiti Malaya, 1999

39

Page 40: Kajian senibina surau dan madrasah terpilih di perbandaran Melaka.

Kajian Sejarah Senibina Surau dan Madrasah Terpilih di Melaka

PLAT 30 - Dekorasi berbentuk bunga teratai yang diterbalikkan yang digunakan di

bangunan madrasah

PLAT 31 - Jenis tulisan khat Rihani' yang digunakan‘(Sumber: Frishman Martin, Hasan Uddin Khan, The Mosque: History, Architectural

Development and Regional Diversity, Thames and Hudson Limited London, 1997)

40

Page 41: Kajian senibina surau dan madrasah terpilih di perbandaran Melaka.

Kajian Sejarah Senibina Surau dan Madrasah Terpilih di Melaka

PLAT 32 - Plan bangunan asrama madrasah

Asrama

Plan pembinaan bagi asramanya pula adalah lebih besar dan rumit

daripada plan madrasah itu sendiri. Tiga ruang telah dibina dengan

courtyard menjadi pemisah di antara ketiga-tiga ruang tersebut. Reka‘ ’bentuk bangunan asrama ini mempunyai sedikit persamaan dengan rumah

Melayu Melaka. Pembinaan courtyard dalaman hanya dapat ditemui pada‘ ’rumah-rumah di Melaka. Ruang ini diwujudkan bertujuan untuk aktiviti-

aktiviti seperti memasak, menjemur pakaian dan juga sebagai ruang untuk

bersembang. Sebanyak 24 tiang digunakan bagi mendirikan bangunan ini.

Tambahan 5 tiang pula adalah untuk bahagian verandah yang terletak di

sisi bangunan tersebut. Ruang utama yang menghadap ke arah madrasah

41

Page 42: Kajian senibina surau dan madrasah terpilih di perbandaran Melaka.

Kajian Sejarah Senibina Surau dan Madrasah Terpilih di Melaka

itu dibina 2 tingkat untuk menempatkan pelajar-pelajar madrasah tersebut.

Tangga yang menghubungkan tingkat kedua dibina pada bahagian luar

bangunan asrama dengan verandah kecil disediakan.

PLAT 33 - Tangga yang menghubung PLAT 34 -Verandah dalaman pada ke tingkat 2 bangunan asramabangunan asrama

Bilik air dan tandas dibina berasingan iaitu berdekatan dengan perigi. 2

ruang di belakang dikatakan diduduki oleh salah seorang anak Datuk

42

Page 43: Kajian senibina surau dan madrasah terpilih di perbandaran Melaka.

Kajian Sejarah Senibina Surau dan Madrasah Terpilih di Melaka

Penghulu Hj Mohammad b Repah dan juga penjaga asrama itu. Akan

tetapi, bangunan asrama dan madrasah dibekalkan dengan tenaga elektrik

melalui generator bagi membolehkan kelas malam juga diadakan.‘ ’Kemudahan ini disediakan sendiri oleh Datuk Penghulu Hj Mohammad b

Repah menunjukkan betapa kayanya beliau pada ketika itu. Keadaan

bangunan tersebut dahulu adalah sama dengan yang sedia ada.

Dari segi penggunaan bahan binaan, kedua-dua bangunan tersebut

menggunakan bahan yang sama kerana ianya dibina pada waktu yang

sama. Jubin bumbung yang digunakan adalah diperbuat dari tanah liat dari

jenis jubin bumbung Marseille yang berasal dari Perancis. Akan tetapi‘ ’akibat daripada proses luluhawa, sebahagian daripada jubin pada bangunan

asrama terpaksa digantikan dengan jubin bumbung tanah liat yang biasa.

Struktur utama bumbung pula diperbuat daripada kayu berkemungkinan

besar jati.

Bahan binaan untuk dinding ialah bata Belanda dengan pelekat dan perekat

yang digunakan ialah lime mortar dan pasir. Tangga di bangunan asrama‘ ’diperbuat daripada papan dengan besi sebagai struktur utama. Apa yang

jelas pada bangunan asrama ialah verandahnya yang dibina daripada kayu,

berlainan dengan struktur lain bangunan tersebut yang diperbuat daripada

batu bata dan lime mortar .‘ ’

43

Page 44: Kajian senibina surau dan madrasah terpilih di perbandaran Melaka.

Kajian Sejarah Senibina Surau dan Madrasah Terpilih di Melaka

PLAT 35 - Bentuk bumbung limas pada bangunan asrama

Melihat kepada gaya senibina yang diketengahkan, bagi asrama pelajar,

bumbung pada bangunan 2 tingkat itu adalah dari jenis bumbung 2 lapis

(jack roof). Secara logiknya, ia bertujuan untuk memberikan pengaliran

pengudaraan yang lebih teratur dan rapi kepada penghuninya. Berlainan

dengan apa yang ingin ditonjolkan pada bumbung Masjid Tengkera dan

Masjid Kampung Laut yang juga mempunyai bumbung berlapis. Lapisan-

lapisan yang dibuat pada masjid tersebut mempunyai maksud yang

tersendiri dan persamaan dengan bangunan madrasah ini hanyalah

kebetulan sahaja. Ini kerana hanya bumbung pada bangunan 2 tingkat itu

sahaja yang mempunyai bumbung dua lapis. Selainnya adalah bumbung

limas sahaja. Lagi pun bangunan asrama itu bukanlah bangunan yang

utama sebaliknya ialah madrasah. Jadi jika bumbung tersebut membawa

maksud yang sama dengan masjid-masjid tersebut, maka madrasahlah yang

sepatutnya mempunyai bumbung yang berlapis. Jadi dari situ, jelaslah

bahawa pembinaan bumbung 2 lapis pada bangunan asrama 2 tingkat itu

hanyalah untuk tujuan pengudaraan, teori-teori lain yang mempunyai

persamaan dengannya hanyalah kebetulan semata-mata.

44

Page 45: Kajian senibina surau dan madrasah terpilih di perbandaran Melaka.

Kajian Sejarah Senibina Surau dan Madrasah Terpilih di Melaka

5.2.4 Keadaan Semasa

Semenjak 1958, bangunan asrama itu telah didaftarkan sebagai bangunan

kekal. Bangunan tersebut telah ditukarkan fungsinya sebagai sekolah agama

dengan nama Sekolah Rendah Jabatan Agama Islam (al-Khairiyah). Dua sesi

kelas diadakan iaitu pagi dan petang, di mana pelajar dari tahun satu

hingga tahun enam menghairi kelas.42 Madrasah itu pula telah bertukar

fungsi sebagai sebuah surau. Pada setiap petang diadakan kelas mengaji Al-

Quran kepada orang kampung terutamanya kanak-kanak. Seorang ustaz

akan datang dan mengajar.

42Ustazah Ramlah bt Hj Abu Hassan (50 tahun), Guru Besar Madrasah Al-KhairiyahMuhammadiyah (cucu kepada Hj Mohamad b Repah)

45

Page 46: Kajian senibina surau dan madrasah terpilih di perbandaran Melaka.

Kajian Sejarah Senibina Surau dan Madrasah Terpilih di Melaka

BANGUNAN KAJIAN 3: SURAU KAMPUNG BELIMBING DALAM, ALOR GAJAH,

MELAKA

PLAT 36 - Surau Kampung Belimbing Dalam

5.3.1 Asal-usul Alor Gajah dan Kampung Belimbing Dalam

Apabila Potugis berjaya menawan Melaka, pemerintah Melaka pada ketika

itu, Sultan Ahmad Shah telah diusir keluar dari Melaka. Kebanyakan para

pembesar telah mengikut baginda. Akan tetapi ada juga para pembesar

yang telah berundur ke kawasan pedalaman Melaka Antara kawasan baru

yang didiami ialah Alor Gajah Nama Alor Gajah diambil kerana kawasan

yang didiami itu dipercayai adalah sebuah kawasan hutan yang dipercayai

menjadi laluan gajah-gajah liar.

Tarikh sebenar pembukaan Kampung Belimbing Dalam tidak diketahui.

Akan tetapi ia dipercayai telah dibuka oleh sekumpulan pejuang Melayu

46

Page 47: Kajian senibina surau dan madrasah terpilih di perbandaran Melaka.

Kajian Sejarah Senibina Surau dan Madrasah Terpilih di Melaka

dari Pegawai Istana Melaka yang berpangkat Temenggung kira-kira 200

tahun dahulu.

Kejadian ini berlaku akibat daripada kejatuhan bandar Melaka ke tangan

Portugis pada tahun 1511 di mana pada ketika itu, sultan dan para

pembesar telah diusir atau telah meninggalkan Melaka. Pada ketika itu,

Dato Temenggung dan pengikutnya dan pengikutnya lari mudik ke hulu’Melaka mencari tempat berlindung/bertahan dari serangan musuh, lalu

meneroka kampung ini.

Menurut En Norazlim b Abdullah, seorang penduduk di Kampung

Belimbing Dalam. Semasa dalam perjalanan, mereka telah menemui pokok

belimbing di tepi sungai, dan semasa menebang dan menebas hutan

belukar yang kebanyakannya dipenuhi pokok rumbia serta laluan binatang

liar seperti gajah bagi menjadikan kampung, mereka menjumpai lagi pokok

BELIMBING, tetapi kali ini ia terletak jauh (DALAM) ke dalam hutan serta

jauh dari sungai (Sungai Melaka) tempat laluan mereka. Dengan itu mereka

mengambil keputusan untuk menamakan tempat tersebut KAMPUNG

BELIMBING DALAM. Manakala tempat pertemuan pokok belimbing yang

pertama itu dinamakan KAMPUNG PANTAI BELIMBING.

47

Page 48: Kajian senibina surau dan madrasah terpilih di perbandaran Melaka.

Kajian Sejarah Senibina Surau dan Madrasah Terpilih di Melaka

5.3.2 Sejarah Surau Kampung Belimbing Dalam

PLAT 37 - Pelan lokasi asal surau di Hospital Besar Melaka, Bukit Palah

(Sumber: Lourdes Pitchaimutu, Sejarah Perubatan dan Penubuhan Hospital-hospital

di Melaka, United Selangor Press, 1997)

Surau Kampung Belimbing Dalam ini asalnya adalah sebahagian daripada

kompeks Hospital Besar Melaka di Bukit Palah. Kompleks Hospital Besar

Melaka ini telah dibuka pada 12 Februari 1934. Akan tetapi, surau tersebut

hanya dibina diantara tahun1959 dan 1960. Orang yang bertanggungjawab

dalam pembinaan tersebut ialah Dr. Hj Abas b Alias, Chief Medical and“Health Officer pada ketika itu atau dengan nama sekarang Pengarah”Hospital.43 Pembinaan surau tersebut dilakukan semasa di dalam

pentadbiran beliau. Pembinaan surau tersebut dikatakan adalah dari

sumbangan beliau sendiri.44

Akan tetapi pada pertengahan tahun 90an, akibat daripada perkembangan

masa, surau tersebut didapati tidak lagi dapat menampung keperluan43Hj Zaki b Hj Abdullah, AJK lama Surau Kg Belimbing Dalam, Jabatan Bius,Hospital Besar Melaka.

44Norazlim b Abdullah (56 tahun), Pemilik kini Surau Kg Belimbing Dalam, KgBelimbing Dalam.

48

Page 49: Kajian senibina surau dan madrasah terpilih di perbandaran Melaka.

Kajian Sejarah Senibina Surau dan Madrasah Terpilih di Melaka

penggunanya yang semakin bertambah disebabkan saiznya yang agak kecil.

Maka dengan itu, pihak berkuasa hospital telah mengambil keputusan

untuk membina surau baru yang lebih besar di tapak yang sama.

Disebabkan surau tersebut adalah hasil wakaf orang, jadi ianya tidak

dirobohkan. Mujurlah En Norazlim b Abdullah, bermurah hati untuk

mengambil alih hak menjaga surau tersebut. Hasil daripada perbincangan

beliau dengan pihak hospital, surau tersebut telah dipindahkan ke atas

sebidang tanah milik beliau di Kampung Belimbing Dalam. Sejak dari hari

itu, surau berkenaan telah berpindah penjaganya. Kerja-kerja pembukaan

dan pemasangan semula surau tersebut ke tapak yang baru mengambil

masa hanya seminggu. Penjaga baru ini telah memelihara keadaan asal

surau berkenaan kecuali pada beberapa bahagian yang didapati telah rosak

dan reput yang perlu diganti.

49

Page 50: Kajian senibina surau dan madrasah terpilih di perbandaran Melaka.

Kajian Sejarah Senibina Surau dan Madrasah Terpilih di Melaka

5.3.3 Senibina Surau Kampung Belimbing Dalam

PLAT 38 Plan lantai Surau Kampung Belimbing Dalam–

Jika dilihat dari plan surau tersebut, ianya adalah amat ringkas. Ruang

utamanya adalah berbentuk segiempat tepat dengan ruang mihrabnya dibina

sedikit terkeluar dari ruang asal dengan menghadap ke arah kiblat. Ia

adalah salah satu cara untuk menunjukkan arah kiblat kepada

penggunanya.

Keseluruhan bangunan tersebut diperbuat daripada kayu kecuali stump“ ”yang diperbuat daripada batu-bata. Lantai, pintu, dinding dan bumbung

kesemuanya dibina dari kaca. Tingkapnya pula diperbuat dari kaca dengan

besi sebagai rangkanya. Tingkap sebegini dibuat selaras dengan

perkembangan ekonomi moden di mana besi dan kaca mula digunakan

secara meluas dalam pembinaan. Pembinaan tingkap sebegini banyak

dilukukan terutamanya pada kilang-kilang perindustrian di sekitar bandar

Melaka.45 Struktur utama surau ini diperbuat dengan menggunakan kayu45 En. Rosli b Hj Noor, Arkitek, Unit Konservasi, Majlis Perbandaran Melaka Bandaraya Bersejarah.

50

Page 51: Kajian senibina surau dan madrasah terpilih di perbandaran Melaka.

Kajian Sejarah Senibina Surau dan Madrasah Terpilih di Melaka

yang keras dan panjang, adalah amat sukar untuk menemui kayu keras

yang panjang sebegini sekarang. Jika ada pastilah amat mahal harganya.

Kayu yang biasa digunakan ialah cengal dan jati. Di bahagian belakang

surau tersebut telah digali sebuah perigi sebaik sahaja surau tersebut

dipindahkan ke Kampung Belimbing Dalam. Perigi ini digali bagi

membekalkan air kepada surau berkenaan terutamanya pada musim

kemarau. Dalamnya adalah lebih kurang 4 kaki (1.2meter).46

PLAT 39 - Perigi yang digali semasa pemindahan surau ke tapak tersebut

PLAT 40 - Tingkap kaca berangka besi yang terdapat di surau tersebut

46 Norazlim b Abdullah (56 tahun), Pemilik kini Surau Kg Belimbing Dalam, Kg Belimbing Dalam.

51

Page 52: Kajian senibina surau dan madrasah terpilih di perbandaran Melaka.

Kajian Sejarah Senibina Surau dan Madrasah Terpilih di Melaka

Selain dari itu, terdapat juga ukiran hiasan berbentuk flora ditonjolkan pada

tingkap kaca surau ini. Ukiran berbentuk bunga tanjung ini terletak pada

tingkap bahagian atas tingkap berangka besi. Tingkap bertutup rapat ini

dibina bertujuan untuk membenarkan cahaya matahari memasuki surau

tersebut dan bukan untuk tujuan pengudaraan. Akan tetapi tingkap ini tidak

lagi digunakan. Disebabkan banyak di antaranya telah pecah ruang tingkap

itu telah ditutup dengan lapisan papan biasa.

PLAT 41 - Dekorasi berbentuk flora ditonjolkan pada kaca tingkap

Dari segi seni bina, tiada apa yang istimewa tentang surau ini. Ini adalah

salah satu contoh bangunan surau yang ringkas dibina bertujuan hanya

untuk memenuhi keperluan asasnya iaitu sebagai tempat untuk beribadah.

Akan tetapi terdapat verandah dibina di bahagian belakang surau tersebut

yang bertujuan untuk digunakan bagi aktiviti-aktiviti yang lain.

52

Page 53: Kajian senibina surau dan madrasah terpilih di perbandaran Melaka.

Kajian Sejarah Senibina Surau dan Madrasah Terpilih di Melaka

PLAT 42 - Kawasan verandah di bahagian belakang surau

53

Page 54: Kajian senibina surau dan madrasah terpilih di perbandaran Melaka.

Kajian Sejarah Senibina Surau dan Madrasah Terpilih di Melaka

5.3.4 Keadaan Semasa

Surau ini sekarang adalah di bawah hak milik persendirian. Surau ini tidak

dapat didaftarkan sebagai surau wakaf kerana untuk membolehkan surau

tersebut mendapat taraf wakaf, tapak surau itu juga perlu diwakafkan.

Disebabkan penjaga kini tidak bersedia mewakafkan tanah tersebut, surau

ini didaftarkan sebagai surau persendirian sahaja.

Akan tetapi menurut En Norazlim, surau ini tetap terbuka kepada mana-

mana individu untuk menggunakannya. Terdapat musafir yang telah

menumpang bermalam di surau berkenaan, orang kampung mengadakan

majlis kesyukuran dan juga digunakan untuk aktiviti-aktiviti penduduk

kampung. Selain dari itu, surau ini masih lagi berfungsi sebagai tempat

beribadah. Kelas fardhu ain untuk pemuda-pemuda kampung dan juga kelas

mengaji untuk orang-orang perempuan turut diadakan sekali seminggu.

Memandangkan kedudukannya yang berhampiran dengan Masjid Kampung

Belimbing, maka kelas-kelas agama kecil selalunya diadakan di surau ini

bagi membolehkan kelas-kelas agama yang lebih besar seperti tazkirah dan

ceramah diadakan. Dengan itu, kedua-dua kelas dapat berjalan dengan

lancar tanpa gangguan. Dengan adanya surau ini, secara tidak langsung

dapat mengurangkan beban yang dipikul oleh Masjid Kampung Belimbing.

54

Page 55: Kajian senibina surau dan madrasah terpilih di perbandaran Melaka.

Kajian Sejarah Senibina Surau dan Madrasah Terpilih di Melaka

6.0 PERBANDINGAN SENIBINA DIANTARA BANGUNAN KAJIAN

Berdasarkan hasil kajian terhadap 4 bangunan ini, beberapa persamaan dan

perbezaan telah dapat dikenal pasti. Dari segi rekabentuk plan, didapati

ketiga-tiga bangunan ini kecuali bangunan asrama Madrasah Al-Khairiyah

Muhammadiah, mempunyai banyak persamaan. Kesemuanya mempunyai

satu ruang utama yang jelas dan satu ruang mihrab yang sedikit terkeluar.

Jelas dari situ, bahawa perancangan memang dibuat dalam merekabentuk

plan bangunan keagamaan ini dan bukan hanya kebetulan sahaja. Lagipun

mihrab yang terkeluar pada ketiga-tiga bangunan ini kesemuanya

menghadap ke arah kiblat, menunjukkan bahawa senibina Islam memang

telah diterapkan dalam pembinaan bangunan-bangunan ini. Walaupun

bangunan-bangunan ini mempunyai saiz ruang yang berbeza, ciri utama ini

terap diterapkan sebagai salah satu cara untuk menunjukkan fungsi utama

bangunan tersebut dan juga sebagai penunjuk kepada pengguna akan arah

kiblat yang sebenar.

Dari segi ruang laluan (circulation) pula, ketiga-tiga bangunan tersebut

mempunyai kedudukan pintu masuk yang berbeza. Ada yang meletakkan

pintu masuk utama di bahagian belakang, sisi dan juga hadapan. Akan

tetapi tidak ada satu pun dari bangunan tersebut yang meletakkan pintu

masuknya terus ke bahagian mihrab. Ini menunjukkan bahawa ruang

tersebut adalah istimewa. Istimewa yang dimaksudkan, ialah ruang tersebut

mempunyai banyak fungsi; sebagai tempat imam menunaikan solat, ustaz

atau guru agama memberikan ceramah dan tazkirah, dan juga dianggap

sebagai ruang hadapan bagi bangunan-bangunan tersebut.

Selain dari itu, ketiga-tiga bangunan ini dibina di atas paras tanah. Secara

logiknya, rekabentuk sedemikian dibuat adalah bagi mengatasi masalah

kemasukan air ke dalam bangunan terutamanya pada musim banjir.

Lagipun sebagai tempat penyebaran ilmu, adalah menjadi keutamaan

bahawa bangunan yang digunakan berupaya menyimpan segala peralatan

dan bahan pengajaran dan mengelakkan ia daripada termusnah.

55

Page 56: Kajian senibina surau dan madrasah terpilih di perbandaran Melaka.

Kajian Sejarah Senibina Surau dan Madrasah Terpilih di Melaka

Berbeza dengan bangunan asrama Madrasah Al-Khairiyah Muhammadiah.

Walaupun fungsi bangunan tersebut hari ini ialah sebagai sekolah agama,

tujuan asal pembinaannya hanyalah untuk dijadikan sebagai asrama bagi

menepatkan para pelajar. Maka ciri-ciri tersebut tidak diserapkan dalam

rekabentuk senibinanya.

Bagi Surau Kampung Melayu Tengkera Pantai 2 dan Madrasah Al-Khairiyah

Muhammadiah, kedua-duanya dibina daripada batu-bata. Walaupun kedua-

dua bangunan tersebut dibina dalam zaman yang berlainan, didapati

bahawa bahan binaan yang digunakan dalam pembinaan kedua-dua

bangunan ini adalah hampir serupa. Pada bahagian dinding, batu bata

Belanda digunakan dengan lime mortar dan pasir digunakan sebagai‘ ’perekat dan pelekat. Pada bahagian bumbung pula jubin tanah liat dari

jenis jubin Marseille didapati digunakan. Ini menunjukkan bahawa bahan‘ ’binaan ini yang telah pun digunakan sejak zaman penjajahan Belanda

masih mendapat sambutan sehingga zaman penjajahan British.

Berkemungkinan besar bahan binaan tersebut adalah amat mudah

diperolehi dan murah. Surau Kampung Belimbing Dalam pula dibina

keseluruhnnya daripada kayu, jadi ianya tidak mempunyai perkaitan dalam

hal ini.

56

Page 57: Kajian senibina surau dan madrasah terpilih di perbandaran Melaka.

Kajian Sejarah Senibina Surau dan Madrasah Terpilih di Melaka

7.0 KESIMPULAN

Kedatangan Islam ke Melaka merupakan titik tolak kepada pembinaan

bangunan keagamaan seperti masjid, surau dan madrasah. Kejadian

bersejarah ini berlaku disebabkan dengan kewujudan pelabuhan-pelabuhan

entrepot di rantau ini. Maka kemasukan pedagang-pedagang dari luar

sedikit sebanyak membawa kepada kemasukan agama Islam ke Melaka.

Akan tetapi dengan kewujudan pelabuhan jugalah yang membawa kepada

kedatangan penjajah-penjajah asing. Kemasukan mereka ini telah membawa

perubahan kepada seni bina di Melaka. Unsur-unsur senibina dari luar

telah mula diterapkan pada bangunan di Melaka terutamanya pada

bangunan keagamaan.

Berdasarkan kepada tiga bangunan kajian yang telah dikaji, menunjukkan

contoh bangunan yang dibina pada tiga zaman yang berlainan. Surau

Kampung Melayu Tengkera Pantai 2 dibina pada zaman penjajahan Belanda,

Madrasah Al-Khairiyah Muhammadiah pula dibina pada zaman penjajahan

British manakala Surau Kampung Belimbing Dalam dibina selepas

kemerdekaan. Ketiga-tiga bangunan ini menunjukkan ciri-ciri seni bina yang

amat berbeza diantara satu sama lain. Ini disebabkan oleh pengaruh dan

teknik yang diserapkan pada seni bina bangunan-bangunan ini adalah

berdasarkan kepada trend yang ada pada masa tersebut. ‘ ’

Akan tetapi, walau pun pengaruh luar telah diserapkan dalam seni bina

bangunan-bangunan ini, ianya masih tidak bercanggah dengan agama

Islam. Dapat dilihat di sini bahawa asas kepada pembinaan bangunan ini

masih lagi berdasarkan kepada seni bina Islam. Hanya hiasan berorak flora

dan geometri digunakan dalam bangunan-bangunan ini bersesuaian dengan

ajaran Islam yang tidak dibenarkan sama sekali hiasan berbentuk benda

bernyawa di gunakan. Selain itu, setiap bangunan tersebut mempunyai

ruang udara yang banyak untuk memberi keselesaan kepada umat Islam

bagi mengerjakan ibadat terutamanya solat. Hiasan pada arked dan

57

Page 58: Kajian senibina surau dan madrasah terpilih di perbandaran Melaka.

Kajian Sejarah Senibina Surau dan Madrasah Terpilih di Melaka

bumbung juga di tambah sebagai pelengkap ciri-ciri seni bina Islam. Seperti

penggunaan sulur bayung pada Surau Kampung Melayu Tengkera Pantai 2

dan tunjuk langit pada Madrasah Al-Khairiyah Muhammadiah.

Ini menunjukkan bahawa penduduk di Melaka pada masa tersebut sudah

mempunyai pegangan yang kuat terhadap agama Islam. Walau pun berbagai

pengaruh di bawa masuk, asas seni bina bangunan lebih-lebih lagi

bangunan keagamaan seperti masjid, surau dan madrasah masih lagi

tertumpu kepada seni bina Islam.

Akan tetapi, pengaruh luar ini juga sebenarnya membawa banyak kebaikan.

Salah satu ialah ianya memberikan variasi dalam seni bina di Melaka. Di

samping itu, teknik dan pengetahuan tukang rumah tempatan dapat

dikembangkan lagi terutamanya dari segi penggunaan teknologi baru dalam

pembinaan. Bahan binaan seperti bata Belanda dan jubin bumbung

Marseille adalah sebahagian dari contoh teknologi luar yang telah‘ ’digunakan dalam seni bina Melaka.

58

Page 59: Kajian senibina surau dan madrasah terpilih di perbandaran Melaka.

Kajian Sejarah Senibina Surau dan Madrasah Terpilih di Melaka

LAMPIRAN A

1. Surau Kampung Melayu Tengkera Pantai 2, Tengkera

2. Madrasah al-Khairiyah Muhamadiah Mutaallimil al-Arabiyah, Ayer Molek

3. Surau Kampung Belimbing Dalam, Alor Gajah

59

Page 60: Kajian senibina surau dan madrasah terpilih di perbandaran Melaka.

Kajian Sejarah Senibina Surau dan Madrasah Terpilih di Melaka

LAMPIRAN B

Hj Isnin b Sabtu (90 tahun)

Antara orang yang terlibat dalam pembinaan Madrasah Al-Khairiyah

Muhammadiah

Kg Ayer Molek Darat, Melaka

Hj Salleh b Md Taib (84 tahun)

Imam Masjid Ayer Molek (Anak kepada Hj Mohamad b Repah)

Kg Ayer Molek Baruh, Melaka

Ustazah Ramlah bt Hj Abu Hassan (50 tahun)

Guru Besar Madrasah Al-Khairiyah Muhammadiyah (cucu kepada Hj

Mohamad b Repah)

Sekolah Rendah Jabatan Agama Islam ( Al-Khairiyah)

Ayer Molek, Melaka

Hj Abdul Rahman b Osman (69 tahun)

Penjaga Surau Kg Melayu Tengkera

Kampung Melayu Tengkera Pantai 2, Melaka

Hj Rahmat Shah b Ali Shah Khan (Datuk) (90 tahun)

Bekas Penghulu Melaka Tengah (1950-70)

Kg Lapan Tengkera, Melaka

Norazlim b Abdullah (56 tahun)

Pemilik kini Surau Kg Belimbing Dalam

Kg Belimbing Dalam, Melaka

Hj Zaki b Hj Abdullah

AJK lama Surau Kg Belimbing Dalam

Jabatan Bius

Hospital Besar Melaka

60

Page 61: Kajian senibina surau dan madrasah terpilih di perbandaran Melaka.

Kajian Sejarah Senibina Surau dan Madrasah Terpilih di Melaka

En. Rosli b Hj Noor,

Arkitek, Unit Konservasi,

Majlis Perbandaran Melaka Bandaraya Bersejarah

En. Iesnordin Malan

Pegawai, Jabatan Muzium dan Antikuiti,

Cawangan Melaka

Kontraktor

Jassa BTR Sdn Bhd,

No 28A, Tingkat 1

Jalan Melaka Raya, Taman Melaka Raya,

Melaka

61

Page 62: Kajian senibina surau dan madrasah terpilih di perbandaran Melaka.

Kajian Sejarah Senibina Surau dan Madrasah Terpilih di Melaka

BIBLIOGRAFI

Buku / majalah / jurnal / tesis /

Hj Mohamed b Hj Ahmad, Sejarah Ringkas Masjid-masjid

Negeri Melaka, Majlis Agama Islam Melaka.

Abdul Latif Abu Bakar, Sejarah di Selat Melaka, Persatuan

Sejarah Malaysia Cawangan Melaka, 1984.

Lourdes Pitchaimutu, Sejarah Perubatan dan Penubuhan

Hospital-hospital di Melaka, United Selangor Press, 1997.

Abdul Rahim Abdullah, Sejarah Pendidikan Orang Melayu Melaka

Zaman British, Jabatan Sejarah Universiti Malaya, 1975/76

Abdul Halim Nasir, Seni Bina Masjid di Dunia Melayu-

Nusantara, Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia Bangi, 1995.

Zubir Usman (Dr), Jurnal Sejarah Melaka-Melaka Pusat

Perkembangan Islam di Tenggara Asia.

Abdul Halim Nasir, Masjid-masjid di Semenanjung Malaysia,

Berita Publishing.

62

Page 63: Kajian senibina surau dan madrasah terpilih di perbandaran Melaka.

Kajian Sejarah Senibina Surau dan Madrasah Terpilih di Melaka

Abdul Rashid Budin, Sejarah Masjid dan Madrasah di Melaka.

Peranannya kepada Masyarakat Melayu Sebelum Tahun 1957,

Jabatan Sejarah Universiti Malaya, 1978/79.

Allia Baharum, Penghantar Seni Bina dan Seni Ukir: Satu

Kajian Seni Bina dan Seni Ukir Masjid Tradisional di

Masjid Tengkera Melaka, Jabatan Persuratan Melayu Universiti

Kebangsaan Malaysia, 1997/98.

Hazal Hassan, Masjid Al-Azim: Analisis Seni Bina Dalam

Konteks Sosio-Budaya, Jabatan Pengajian Melayu Universiti

Malaya,1992.

Mohamad Tajuddin Hj Mohamad Rasdi, The Mosque as a

Community Centre: Programme and Architectural Design for

Contemporary Muslim Society, Penerbit Universiti Teknologi

Malaysia, 1998.

Dr Haji Abdullah Ishak :Islam di Nusantara (Khususnya di Tanah

Melayu),Maskha Sdn Bhd ,Bab 3 Halaman  55-60,1992,Kuala Lumpur

Ahmad Shalaby, Masyarakat Islam, Singapura, 1976, hal. 31;

Sidi Gazalba & H.M Ali Masjhar, Masjid Pusat Pembinaan Ummat,

Djakarta, 1971, hal.21.

Abdul Jalil b Murah, Institusi Agama Terus Berubah, Utusan

Kiblat, Tahun 6, Bil.63, Oktober 1975, Hal. 47

63

Page 64: Kajian senibina surau dan madrasah terpilih di perbandaran Melaka.

Kajian Sejarah Senibina Surau dan Madrasah Terpilih di Melaka

Ceasar Adib Majul, “Theories, etc.”1964, hlmn 344.

Frishman Martin, Hasan Uddin Khan, The Mosque: History,

Architectural Development and Regional Diversity, Thames

and Hudson Limited London, 1997.

Ab. Rahim b Abdullah, Sejarah Pendidikan Orang Melayu Melaka

Zaman British, Tesis B.A.(Hons), Jabatan Sejarah, Universiti

Malaya, 1975/76, hal. 87.

C.W. Yew, Sejarah Peradaban Dunia, Sasbadi Sdn Bhd, Petaling

Jaya, 2001. hal.66-67.

Mahdi Shuid, Mohamad Fauzi Yunus, Jaring Ilmu & Teknik SPM:

Sejarah Dunia, Laser Press Sdn Bhd, 2001. hal.74.

J.Y.Lim, The Malay House:Rediscovering Malaysia’s Indigenous

Shelter System, Institut Masyarakat, Pulau Pinang, 1987.

J.V.Mills, Eredia’s Description of Malacca, Meridional India,

MBRAS Reprint 14, 1997.

Abdul Rashid b Budin, Masjid, Surau dan Madrasah di Melaka,

Jurnal Persatuan Sejarah Malaysia, KualaLumpur, 1979.

Abdul Rashid b Budin, Madrasah-madrasah dan Hubungannya

dengan Masjid Melaka Dulu dan Sekarang, Persatuan Muzium

Malaysia, Kuala Lumpur, 1982.

64

Page 65: Kajian senibina surau dan madrasah terpilih di perbandaran Melaka.

Kajian Sejarah Senibina Surau dan Madrasah Terpilih di Melaka

Perdana Jati Enterprise, Laporan Akhir: Cadangan Kerja-kerja

Pemuliharaan Bangunan Surau di Kampung Melayu Tengkera

Melaka, Jabatan Muzium dan Antikuiti, 2001

Amida Azlan, Dekorasi Pada Pelbagai Elemen Masjid-masjid

Tertua di Melaka, Jabatan Seni Bina, Fakulti Alam Bina, Universiti

Malaya, 1999

Nur Dalilah Dahlan, Kajian Rekabentuk Mimbar-mimbar Pada

Masjid-masjid Terpilih di Melaka Tengah, Jabatan Seni Bina,

Fakulti Alam Bina, Universiti Malaya, 2001

Rujukan Dari Internet

http://www.dnr.state.wi.us/org/aw/air/reg/asbestos/asbes3.htm

http://www.cf.ac.uk/engin/research/concmas/cs_7.html

http://www.melaka.gov.my/bm/aboutmelaka.asp

http://www.geocities.com/Athens/Parthenon/7306/ukiran_kayu.html

http://duron.igalaksi.com/seripantai05/BINA.html

http://www.perpustam.edu.my/

http://duron.igalaksi.com/seripantai06/index.htm

65