KAJIAN TINDAKAN : KRS 3023
KAJIAN TINDAKAN : KRS 30232013
PEMARKAHAN
1. Kajian(30%)
JUMLAH
PPGPJJ SEMESTER 4 SESI 2012/2013KRS 3023KURIKULUM DAN PENGAJARAN
SAINSSEKOLAH RENDAH
KUMPULAN
EL UPSI03 (A112PJJ)DISEDIAKAN OLEH
NAMANO. IDNO. TELEFON
SYARANI BINTI MD SARIFF
[email protected]
NAMA TUTOR E-LEARNING: PROF. MADYA DR. ABD LATIF BIN HJ GAPOR
[email protected] SERAH: 24 NOVEMBER 2013ISI KANDUNGAN
HALAMAN
1. Penghargaan
2
2. Abstrak
33. Metadologi dan Latar belakang kajian
44. Pernyataan Masalah
55. Objektif Kajian
56. Kumpulan Sasaran
67. Jadual Pelaksanaan Kajian
78. Pelaksanaan Kajian
89. Penilaian dan Refleksi Keseluruhan
2010. Bibliografi
21PENGHARGAAN
Saya bersyukur kepada tuhan, dapat kami (Sri Prakash a/l
Parchieappan 811207065581)( Roziah Bt Mohamad 770103115072)
menyiapkan Laporan Kajian Tindakan bagi mata pelajaran Sains.
Dikesempatan ini kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua
pihak yang terlibat sama ada secara langsung ataupun tidak dalam
menyiapkan laporan ini. Terutamanya kepada Guru Penolong Kanan SJKT
Jalan San Peng, Pn.Letchumy atas keprihatinan pihak pentadbiran
sepanjang kami menjalankan kajian ini. Tidak lupa juga kepada PK
HEM dan Ketua Panitia Sains Sekolah Kebangsaan Taman Melawati 2 di
atas kerjasama baik yang diberikan. Selain itu, ucapan terima kasih
ini juga dihulurkan kepada penasihat-penasihat kajian saya iaitu
Pn.Vijaya, Pn.Thanavalli dan En. Ramu serta murid-murid Tahun 5
SJKT Jalan San Peng yang menjadi responden Kajian Tindakan Kami
ini.
Kalungan penghargaan ini juga ditujukan khas kepada Kirkkby
International College kerana memberi peluang kami menimba ilmu
khususnya Kajian Tindakan dari ilmu dan kepentingannya. Pengalaman
dan bahan yang diperolehi membantu kami membuat Kajian Tindakan
untuk sepanjang semester pembelajaran ini. Selain itu, untaian
penghargaan ini ditujukan juga kepada guru-guru matematik atas
bimbingan dan tunjuk ajar dalam menyiapkan Laporan Kajian Tindakan
ini. Akhir sekali, penghargaan ini ditujukan kepada semua pihak
yang telah menyumbang tenaga dan idea untuk menyiapkan laporan ini
samada secara eksplisit mahupun implisit.
Sekian, terima kasih.
Sri Prakash a/l Parchieappan 811207065581(SJKT JALAN SAN
PENG)
Roziah Bt Mohamad 770103115072(SK TAMAN MELAWATI 2)MASALAH
PEMBELAJARAN SAINS DALAM KALANGAN PELAJAR
Oleh:
Sri Prakash a/l Parchieappan - SJKT JALAN SAN PENGRoziah Bt
Mohamad - SK TAMAN MELAWATI 2ABSTRAK
Kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk mengetahui sejauh mana
minat murid-murid terhadap pembelajaran sains di sekolah. Di
samping itu, kajian ini juga mengkaji tentang sikap murid-murid di
Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Jalan San Peng, terhadap
pembelajaran sains. Seramai 30 orang murid Tahun 5 Sekolah Jenis
Kebangsaan Tamil Jalan San Peng dan dua orang guru terlibat dalam
kajian ini. Saya telah melakukan proses pengumpulan data dengan
menemubual beberapa orang murid. Markah ujian murid membantu data
kajian. Tinjauan awal telah dilaksanakan dengan menggunakan Ujian
Pra sebagai indikator. Guru juga menggunakan kaedah lain iaitu
kaedah kaedah pemerhatian dan edaran borang soal-selidik. Saya
berminat menjalankan kajian ini kerana merasakan minat dan sikap
merupakan salah satu elemen yang penting bagi memastikan seorang
pelajar berjaya dalam matapelajaran tersebut atau ujian yang
diduduki nanti. Menurut kajian yang dijalankan oleh Kementerian
Pendidikan, kekurangan minat dan sikap yang negatif terhadap
sesuatu pembelajaran merupakan salah satu faktor penting yang
menyebabkan seseorang itu gagal dalam ujian. Ini dibuktikan melalui
kajian yang dibuat di sekolah ini. Selain itu,Ujian-Pos juga
dilaksanakan bagi membuat penilaian akhir keberkesanan tindakan
yang telah diperkenalkan dalam pelaksanaan kajian. Jelas
menunjukkan guru sains masih cenderung dan terikat dengan kaedah
pengajaran-pembelajaran yang berpusatkan guru, tanpa berusaha
memberi penekanan terhadap kesepaduan domain kognitif, afektif dan
psikomotor pelajar. Ramai di kalangan guru masih menggunakan kaedah
tradisi dalam proses pengajaran-pembelajaran sains (Zurida, 1998).
Guru masih menggunakan papan hitam dan banyak memberi syarahan di
mana pelajar disogok dengan fakta tanpa memahaminya (Azizah, 1999).
Dengan kata lain, pelajar tidak diberi peluang terlibat secara
aktif untuk merancang aktiviti amali yang bakal dilakukan.
Pembelajaran sains haruslah menekankan kepada kemahiran sains. Ini
bermakna setiap sesi pembelajaransains haruslah ada aktiviti yang
membuatkan murid-murid bergerak. Aktiviti yang dilakukan haruslah
menimbulkan minat untuk membolehkan seseorang murid faham apa yang
ingin disampaikan. Guru yang menekan proses mengingat tidak akan
berjaya kerana murid tidak akan berminat mengikuti pembelajaran
yang tidak difahaminya. Guru mendapati pelaksanaan tindakan yang
dijalankan selama lebih kurang sebulan ini amat memuaskan dan
berjaya mengubah sikap bosan kepada sikap seronok dan minat kepada
mata pelajaran Sains. Diharap, dapatan kajian ini dapat menyorot
sedikit pengalaman, mengintai teladan dan berkongsi keilmuan
tentang keinginan meningkatkan minat murid terhadappembelajaran
sains. Kesimpulan daripada hasil kajian yang dijalankan, didapati
terdapat perubahan yang positif dari segi amalan pengajaran guru
dan amalan pembelajaran murid.METADOLOGI DAN LATAR BELAKANG
KAJIANLatar Belakang Sekolah
Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Jalan San Peng Kuala Lumpur,
merupakan sekolah gred B yang terletak di Bandar. Sekolah ini
mempunyai 16 orang guru dan 3 orang staf bukan akademik. Bilangan
murid sekolah ini lebih kurang 220 orang. Majoriti murid-murid
terdiri daripada orang India. Dari segi ekonomi, 15% daripada murid
sekolah ini berasal daripada keluarga yang agak mewah dan berkerja
di kawasan Bandar manakala 70% sederhana dan 15% susah.Pencapaian
akademik murid-murid sekolah ini agak memuaskan iaitu lebih kurang
82% yang menguasai semua matapelajaran dalam peperiksaan UPSR 2012.
Peratusan kelulusan UPSR, menunjukkan subjek sains kedua terendah
berbanding matapelajaran yang lain selepas Bahasa Malaysia. Latar
Belakang Subjek Kajian
Subjek kajian saya adalah murid-murid tahun 5 yang terdiri
daripada 30 orang murid. Seramai 18 orang pelajar lelaki dan
selebihnya adalah pelajar perempuan. Dari segi pencapaian akademik,
12 orang berpencapaian sederhana dan selebihnya lemah. Terdapat
sebuah kelas Tahun 5. Murid-murid kelas ini pasif semasa proses
pengajaran dan pembelajaran sains tetapi apabila berada di luar
kelas sangat nakal dan aktif. Murid Tahun 5 agak lemah menguasai
pembelajaran semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Kebanyakan
daripada mereka kurang motivasi untuk belajar. Hanya sebahagian
kecil sahaja yang nampaknya ada minat dan potensi untuk maju dalam
mata pelajaran Sains. Hasil pemerhatian semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran dijalankan, terdapat murid yang menunjukkan reaksi
malas, pasif dan hilang fokus semasa belajar. Perasaan sedih dan
kecewa terdetik dihati di atas kegagalan ini kerana guru telah
berusaha semampu yang boleh untuk memudahkan pemahaman murid. Guru
berasa tidak puas hati dan rasa terpanggil untuk mengubah keadaan
ini. Oleh itu, satu tindakan perlu diambil bagi mengatasi masalah
tersebut. Untuk mengubah tanggapan negatif murid terhadap mata
pelajaran sains, guru perlu membuat sesuatu pembaharuan. Pernyataan
Masalah
Saya merupakan seorang guru matematik. Saya tidak pernah
mengajar subjek sains. Selama ini saya tidak pasti penerimaan
pelajar terhadap matapelajaran sains. Pada peringkat awal
pemerhatian ketika saya jalankan proses pengajaran dan
pembelajaran, saya dapati sebahagian pelajar memberi tumpuan,
sebahagian hanya mendengar dan sebahagian kecil seolah-olah
berangan. Setelah seminggu saya menjalankan proses pengajaran dan
pembelajaran, saya dapati masalah utama yang dihadapi murid-murid
ialah kurang berminat dengan matapelajaran sains.Masalah kurang
minat dalam pembelajaran sains telah menimbulkan permasalahan.
Majoriti murid didapati senyap apabila ditanya, hanya beberapa
orang sahaja memberi jawapan dan ada sebahagiannya tidak menumpukan
perhatian ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung.
Keadaan sedemikian menyebabkan prestasi murid-murid Tahun 5 tidak
begitu memuaskan. Menurut guru yang telah mengajar mereka, hanya 2
hingga 3 orang murid sahaja yang dapat menguasai kemahiran Sains
dengan baik.
Oleh yang demikian saya cuba mencari faktor-faktor yang
menghalang minat murid meminati mata pelajaran sains. Saya telah
menjalankan pembelajaran berasaskan inkuiri penemuan, saya telah
memberi murid permasalahan dan dengan bimbingan mereka berjaya
menyelesaikannya. Saya juga telah menjalankan pembelajaran
koperatif, pembelajaran masteri, pembelajaran kontekstual dan telah
menggunakan media sebagai medium pengajaran. Dengan membantu
murid-murid menyukai matapelajaran sains, masalah pembelajaran
sains dalam kalangan pelajar dapat diatasi. Hal ini seterusnya
diharapkan dapat membantu mereka lulus dengan baik dalam Kertas
Matematik UPSR. Guru yakin jika guru dapat mempelbagaikan dan
meningkatkan kaedah pengajaran dan pembelajaran, sikap negatif dan
pencapaian murid Tahun 5 yang rendah ini akan dapat diperbaiki.
OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian ini dapat dibahagikan kepada 2 bahagian
iaitu:
Objektif Am
Meningkatkan peratus kelulusan Sains Tahun 5Objektif Khusus
1. Mencari faktor-faktor yang menyebabkan murid tidak minat
terhadap pembelajaran sains.2. Mengkaji sikap-sikap pelajar
terhadap pembelajaran sains.3. Mewujudkan situasi belajar yang
menggalakkan pembelajaran sains serta meningkatkan lagi minat
pelajar terhadap matapelajaran sains melalui kaedah dan teknik
belajar yang berkesan serta menyeronokkan.
KUMPULAN SASARAN
Responden atau kumpulan sasaran kajian adalah terdiri daripada
murid Tahun 5 SJKT Jalan San Peng. Kumpulan ini seramai 30 orang
murid yang terdiri daripada 18 orang murid lelaki dan 12 orang
murid perempuan. Murid-murid dalam Tahun 5 mempunyai pelbagai tahap
kecerdasan, tetapi berdasarkan taburan data Ujian-Pra didapati
bahawa tahap pencapaian kumpulan sasaran bersifat Homogenous, maka
guru menggunakan kaedah keseluruhan kelas untuk menjalankan segala
aktiviti P&P. Berikut adalah data taburan Ujian-Pra.
Carta 1 : Taburan Data Ujian-Pra
JADUAL PELAKSANAAN KAJIAN
BilAktiviti/TugasanTarikh
1.Mengenalpasti masalah yang akan dikaji6/10/2013-10/10/2013
2.Mengumpul eviden mengenai masalah yang akan
dikaji10/10/2013-15/10/2013
3.Membuat tinjauan masalah melalui semakan latihan, soal selidik
dan Ujian-Pra.15/10/2013-20/10/2013
4.Maklum kepada Pihak Pentadbir tentang Kajian Tindakan dan
membuat perbincangan.21/10/2013
5.Menyediakan proposal Kajian Tindakan.22/10/2013-30/10/2013
6.Melaksanakan Kajian Tindakan.1/11/2012-20/11/2013
7.Mengumpul data & analisa data hasil tindakan yang
dilaksanakan21/11/2013-26/11/2013
8.Menulis refleksi dan menyiapkan laporan kajian
tindakan26/11/2013-29/11/2013
9.Menyerahkan Laporan Kajian30/11/2013
PELAKSANAAN KAJIAN TINDAKAN
Dalam memulakan kajian ini, satu tinjauan masalah telah
dilakukan untuk mengenal pasti punca dan masalah murid dalam
pembelajaran sains. Tinjauan masalah yang dijalankan adalah
berdasarkan kaedah pemerhatian, temubual, soal selidik dan
Ujian-PraTinjauan Masalah
Pemerhatian
Saya telah membuat pemerhatian ke atas tingkah laku murid-murid
semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Majoriti
murid mempamerkan ekspresi muka keliru. Selain daripada keliru,
murid-murid juga menjadi bosan dan hilang fokus semasa belajar
kerana kemungkinan mereka kurang faham apa yang diajar ataupun
tidak berminat untuk belajar. Selain daripada pemerhatian semasa
P&P dijalankan, guru juga membuat semakan latihan murid dan
didapati majoriti murid tidak dapat menyiapkan tugasan yang
diberi.TemubualSaya telah menjalankan temubual dengan beberapa
orang pelajar di sekolah. Kemudian saya menyemak kembali maklumat
yang diperolehi hasil daripada temubual. Hasilnya saya
mengenalpasti maklumat penting dan dapat membuat kesimpulan dapatan
yang diperolehi.Contoh-contoh soalan dalam sesi temubual adalah
seperti berikut:
1. Adakah anda minat belajar semasa subjek sains?
2. Adakah anda rasa subjek sains susah untuk lulus?Soal
Selidik
Satu borang soal-selidik diedarkan kepada murid murid. Borang
soal-selidik ini terdiri daripada 8 soalan yang mudah. Murid hanya
perlu menanda bahagian Ya atau Tidak sahaja dan mengisi bahagian
tertentu berkaitan dengan nilai tempat dan nombor tiga digit yang
telah mereka pelajari semasa di Tahap 1. Kutipan data daripada
borang soal selidik ini secara tidak langsung dapat mengenal pasti
punca permasalahan murid dalam pembelajaran sains. Kategori sikap
murid berdasarkan pemnerolehan skor yang dikira.Senarai
SemakSenarai semak digunakan oleh guru untuk menilai keberkesanan
pengajaran matapelajaran sains dalam kalangan pelajar. Pemerhatian
dapat dibuat semasa p & p dijalankan.Analisa Tinjauan
Masalah
Hasil daripada tinjauan masalah melalui empat kaedah iaitu
pemerhatian, temubual, soal selidik dan senarai semak, didapati
bahawa murid-murid tahun 5 bukan tidak meminati mata pelajaran
Sains tetapi majoriti murid-murid tertanam dalam minda mereka
bahawa matapelajaran sains susah menyebabkan mereka menghadapi
masalah dalam pembelajaran.Kaedah-kaedah:Untuk kajian ini saya
telah menggunakan beberapa cara untuk mendapatkan maklumat
seperti:
1. Pemerhatian
2. Temubual
3. Borang kaji selidik
4. Senarai semakTemubual1. Adakah kamu selalu berangan-angan
semasa sesi pembelajaran?
a) Ya
b) Tidak
2. Adakah kamu lebih suka belajar Matematik daripada Sains?
a) Ya
b) Tidak
3. Kamu berasa bosan semasa pengajaran sains?
a) Ya
b) Tidak
4. Adakah kamu rasa matapelajaran sains senang untuk lulus?
a) Ya
b) Tidak
5. Adakah kamu rasa Matapelajaran Sains susah untuk gagal?
a) Ya
b) Tidak
6. Kamu rasa aktiviti sains sangat bosan?a) Ya
b) Tidak
7. Adakah kamu belajar sains kerana untuk lulus peperiksaan?
a) Ya
b) Tidak8. Adakah kamu berasa seronok melakukan aktiviti
kumpulan bersama-sama?
a) Ya
b) Tidak
ANALISA BORANG SOAL SELIDIK SEBELUM KAJIAN TINDAKAN DAN SELEPAS
KAJIAN TINDAKAN DALAM %
BILITEMSBLMSLPSSBLMSLPSSBLMSLPS
YAKADANG-KADANGTIDAK
1. Keadaan kelas yang tidak sesuai untuk pembelajaran sains
2. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran sains yang sangat
membosankan.
3. Makmal sains yang sangat jauh daripada kelas.
4. Matapelajaran sains sangat susah untuk lulus.
5. Bahan untuk pembelajaran sains yang tidak cukup di
sekolah.
6. Murid-murid lebih suka corak pembelajaran sains yang
berasaskan aktiviti eksperimen dan gerak kerja berkumpulan.
7. Murid-murid hanya belajar untuk peperiksaan.
8. Murid minat pembelajaran kerana meminati guru.
9. Sains tidak seronok seperti mata pelajaran lain
10. Penerangan guru kurang jelas
Borang Senarai Semak Sikap Murid Terhadap Pembelajaran Sains
Nama:
Kelas:
Arahan:
Baca setiap pernyataan dengan teliti. Lengkapkan ruanag di bawah
dengan memberikan nilai angka bagi setiap pernyataan yang dirasai
paling tepat menerangkan perasaan anda berhubung dengan setiap
pernyataan berdasarkan skala berikut.
SS
(Sangat setuju)S
(Setuju)TP
(Tidak Pasti)TS
(Tidak setuju)STS
(Sangat tidak setuju)
54321
BILITEMSSSTPTSSTS
1.Saya lebih berminat belajar matapelajaran lain seperti
muzik.
2.Saya dapat menyiapkan banyak tugasan jika saya melakukannya
bersama murid lain.
3.Saya lebih suka belajar bersendirian
4.Saya lebih suka belajar secara berkumpulan
5.Di kelas, saya membuat sesuatu dengan lebih baik apabila saya
melakukannya sendiri
6.Saya berasa sangat takut apabila menjalankan eksperimen
terutama berkaitan dengan mengkaji serangga.
7.Matapelajaran yang sangat susah untuk lulus
8.Terlalu banyak jawapan dan sukar menetukan jawapan yang
tetap.
9.Banyak yang perlu diingati semasa sesi pembelajaran sains.
10.Saya sangat susah memahami istilah sains
11.Matapelajaran yang menghiburkan
12.Matapelajaran senang untuk lulus
PERINGKAT PERTAMA
TINJAUAN AWAL
Kaedah:
1. Pemerhatian
2. Temubual
3. Senarai semak
Peringkat Permulaan
Sebagai guru baru, saya telah masuk ke kelas ini dengan membawa
watak yang tegas. Saya dapati murid berada dalam keadaan diam.
Murid tidak mendatangkan masalah dari segi pengawalan kelas pada
peringkat awal. Murid-murid hanya duduk diam di dalam kelas.
Apabila disoal hanya beberapa orang murid yang menjawab soalan yang
diutarakan. Seperti biasa saya bertanyakan markah ujian terdahulu.
Hanya 6 orang yang melepasi peringkat lulus. Ini bermakna 20% orang
murid menguasai kemahiran sains. Saya bertanyakan kepada murid
secara tidak langsung tentang minat mereka terhadap subjek sains.
Majoriti daripada mereka tidak menyukai subjek sains. Saya
mendapati hanya 10% orang murid yang betul-betul menyukai
matapelajaran sains.Keputusan PemerhatianSejak minggu pertama, saya
melihat subjek kajian saya merupakan murid yang cergas apabila
berada di luar kelas. Mereka akan bertindak pasif apabila berada di
dalam kelas. Saya melihat subjek kajian saya berada di luar kelas
untuk menjalankan aktiviti Pendidikan Jasmani. Saya mendapati
mereka sangat aktif dan terlibat sepenuhnya dalam semua aktiviti
yang dilaksanakan guru Pendidikan Jasmani. Saya juga melihat proses
pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan di dalam kelas Bahasa
Tamil. Saya mendapati murid juga aktif mengeluarkan idea yang
bernas apabila diminta. Keadaan ini sebaliknya berlaku masa
patapelajaran sains.
TemubualSaya telah menebual beberpa orang murid untuk bertanya
tentang minat mereka. Saya memilih 5 orang subejk untuk ditemubual.
Setiap pelajar yang dipilih terdiri daripada kategori baik,
sederhana, lembap, sangat lembap dari segi pencapaian akademiknya.
Hasil yang diperolehi hanya seorang pelajar yang menyukai
matapelajaran sains, dua orang kadang-kadang dan manakala
selebihnya tidak menyukai langsung mata pelajaran sains.
Senarai Semak
Saya telah meberikan senarai semak kepada setiap murid untuk
diisi oleh mereka pada minggu kedua iaitu sehari sebelum memulakan
sesi pengajaran saya di dalam kelas.
Ujian Pra
Sikap murid menjadi satu fokus kajian kerana selain daripada
edaran borang soal selidik, pemerhatian melalui semakan latihan dan
pemerhatian semasa P&P dilaksanakan sebelum ini, guru juga
telah menjalankan satu Ujian-Pra. Berikut merupakan tahap
pencapaian dan peratus pencapaian Ujian-Pra:
Carta 2 : Tahap Pencapaian Murid Bagi Ujian-Pra
Carta 3 : Peratus Tahap Persepsi murid terhadap pembelajaran
sains Bagi Ujian-Pra
Berdasarkan Kedua-dua carta di atas didapati bahawa perlu guru
mengambil satu tindakan bagi mengatasi masalah tersebut kerana
jelas menunjukkan bahawa terdapat 16 orang iaitu 53.3% murid yang
menganggap matapelajaran sains susah. Ujian-Pra yang terdiri
daripada 6 soalan yang meminta murid menanda ruangan yang paling
sesuai yang menjadi punca utama mereka menghadapi masalah dalam
pembelajaran sains. Manakala hanya 3 orang ataupun 10% sahaja murid
yang berminat matapelajaran sains. Ini menunjukkan satu jurang yang
perlu diatasi dari awal. Selain itu juga, jawapan murid dalam
Ujian-Pra juga menunjukkan kekeliruan murid.
Rumusan KajianMelalui kajian saya peringkat pertama, saya
mendapati kebanyakkan murid tidak meminati matapelajaran sains di
sekolah. Melalui temubual secara tidak formal, mereka lebih
meminati matapelajaran lain. Ada juga menyatakan bahawa mereka
tidak meminati matapelajaran sains kerana takut guru yang mengajar
matapelajaran tersebut. Daripada markah peperiksaan lalu jelas
menunjukkan mereka amat tidak menyukai matapelajaran tersebut.
Hanya 20% daripada murid kelas ini yang lulus 40% keatas dalam
ujian bulanan. Ini menunjukkan mereka sangat lemah dalam
matapelajaran sains. Secara pemerhatian, saya mendapati murid
sangat pasif apabila sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan.
Melalui senarai semak, jelas menunjukkan minat dan sikap terhadap
pembelajaran sains di dalam kelas. Hampir 75% orang murid tidak
menyukai atau memandang negatif matapelajaran sains. Hasil soal
selidik dan temubual yang dijalankan, saya berasa sedih dan kecewa
kerana kebanyakkan murid tidak menyukai matapelajaran sains. Namun
begiru, saya menganggap ini sebagai cabaran.PERINGKAT KEDUA
KAJIAN KEDUA
TINJAUAN AWAL
Kaedah:
1. Temubual
2. Borang Senarai semak
3. Borang Analisis sebelum dan selepas kajian
4. Ujian Pos
LANGKAH-LANGKAH YANG DIAMBIL MENGATASI MASALAH PADA KAJIAN
PERTAMA1. Pembelajaran berasaskan inkuiri2. Pembelajaran berasaskan
masalah
3. Pembelajaran Kooperatif
4. Pembelajaran masteri
5. Pembelajaran kontekstual
6. Penggunaan mediaPembelajaran berasaskan inkuiri
Masalah kurang minat dalam mata pelajaran sains telah
menimbulkan masalah dalam pembelajaran. Saya menggunakan pendekatan
inkuiri dalam pengajaran dan pembelajaran. Penumpuan diberikan
kepada penggunaan dan pembelajaran isi kandungan sebagai satu
kaedah untuk membangunkan pemprosesan maklumat dan kemahiran
menyelesaikan masalah. Pembelajaran berpusatkan murid dan guru
bertindak sebagai fasilitator. Pembinaan pengetahuan melalui
penglibatan aktif murid-murid. Murid mencari kebenaran, maklumat
dan pengetahuan dengan bimbingan guru.Pembelajaran berasaskan
masalah
Saya cuba merekabentuk satu siri siasatan secara gerak kerja
mengenai masalah dalam dunia sebenar. Senario masalah tidak
distrukturkan dengan baik. Murid-murid dalam pasukan akan
menggunakan proses penyelesaian masalah dengan mencari,
menganalisis, dan menyelesaikan masalah yang diutarakan. Murid akan
terlibat secara langsung dan masalah pembelajaran boleh
diatasi.Pembelajaran Kooperatif
Murid-murid akan membentuk pasukan untuk meneroka suatu
persoalan penting atau merekacipta suatu projek. Murid berkerjsama
dalam kumpulan kecil sewaktu menjalankan aktiviti berstruktur.
Murid-murid berkongsi kekuatan dan juga dapat mengembangkan
kemahiran mereka yang lemah.
Pembelajaran masteri
Saya menganggap semua murid boleh belajar jika disediakan
keadaan-keadaan pembelajaran yang sesuai. Saya tidak akan
meneruskan pembelajaran yang berikutnya selagi murid tidak
menunjukkan kecekapannya dalam pelajaran sekarang. Murid yang tidak
menguasai akan diberi latihan tambahan manakala yang menguasai
diberi latihan pengayaan.Pembelajaran kontekstual
Bagi mengekalkan ingatan murid-murid tentang sesuatu kensep,
saya menggunakan strategi pembelajaran kontekstual. Pembelajaran
berlaku apabila murid memproses maklumat baru atau pengetahuan
dengan cara yang ia dapat memberi permaknaan kepada mereka dalam
dunia mereka sendiri iaitu ingatan. Hubungan yang bermakna antara
idea abstrak dan penggunaan yang praktikal dalam konteks dunia
sebenar melalui proses penemuan, pengukuhan dan membuat
kaitan.Penggunaan media
Media adalah perantara yang membawa maklumat dari penyampai ke
penerima. Penggunaan media mampu meningkatkan kefahaman dan
menyokong pembelajaran pelajar. Media menarik minat pelajar untuk
terus memberi perhatian dan tumpuan. Murid akan berminat mengikuti
pembelajaran sains dan masalah pembelajaran akan dapat diatasi.
Saya boleh menggunakan gambar, bahan bercetak, radio, rakaman
audio, televisyen, rakaman video, Cd, internet dan komputer.
PEMERHATIAN
Saya telah menjalankan aktiviti pembelajaran secara koperatif.
Saya telah membawa murid keluar kelas. Walaupun kelas agak bising
semasa aktiviti dijalankan, namun hasilnya amat memberansangkan.
Murid telah berkerjasama untuk mendapatkan jawapan yang tepat
mereka berasa gembira dan seronok dengan aktiviti yang
dijalankan.
TEMUBUAL
Saya telah menemubual semula murid yang telah disoal oleh saya
semasa kajian peringkat pertama. 60% daripada mereka menyatakan
mereka amat gembira dan seronok pada sesi matapeljaran sains. Ada
juga murid yang menyarankan sayan terus mengajar mereka. Ini
bermakna saya berjaya menarik minat mereka dalam mengikuti
pengajaran dan pembelajaran sains.
SENARAI SEMAK
Saya telah memberikan senarai semak kepada setiap murid untuk
diisi oleh mereka. Ini untuk mengetahui sejauh mana minat merea
terhadap pembelajaran subjek sains.
ANALISIS SEBELUM DAN SELEPAS KAJIAN TINDAKANSEBELUM
Sebelum kajian boleh dikatakan bahawa kelas tidak sesuai untuk
sesi p & p. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran guru terdahulu
mungkin tidak menarik minat murid untuk belajar. Bahan yang tidak
mencukupi di sekolah merupakan bukan cara penyelesaian dalam
memupuk minat murid terhadap pembelejaran sains.
SELEPAS
Selepas kajian saya mendapati secara kasar bahawa sesi
pengajaran terdahulu tidak sesuai dijalankan. Murid suka dengan
suasana baru. Penglibatan aktif mereka telah menarik minat untuk
belajar. Mereka mengalami dan cuba memberi makna dengan dunia
sebenar.ANALISA BORANG SOAL SELIDIK SEBELUM KAJIAN TINDAKAN DAN
SELEPAS KAJIAN TINDAKAN DALAM %
BILITEMSBLMSLPSSBLMSLPSSBLMSLPS
YAKADANG-KADANGTIDAK
1. Keadaan kelas yang tidak sesuai untuk pembelajaran
sains609035357
2. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran sains yang sangat
membosankan.70702025105
3. Makmal sains yang sangat jauh daripada kelas.453025503020
4. Matapelajaran sains sangat susah untuk lulus.15555253070
5. Bahan untuk pembelajaran sains yang tidak cukup di
sekolah.50704520510
6. Murid-murid lebih suka corak pembelajaran sains yang
berasaskan aktiviti eksperimen dan gerak kerja
berkumpulan.20806052015
7. Murid-murid hanya belajar untuk peperiksaan.80151051080
8. Murid minat pembelajaran kerana meminati guru.60503540510
9. Sains tidak seronok seperti mata pelajaran
lain703020301040
10. Penerangan guru kurang jelas
502530252050
Bagi membuat penilaian akhir, satu Ujian-Pos telah dijalankan
dan berikut adalah dapatan daripada Ujian-Pos:
Carta 4 : Analisa Tahap Pencapaian Ujian-Pra dan Ujian-Pos
Carta 5 : Analisa Peratus Ujian-Pra Dan Ujian-Pos
Berdasarkan keputusan tersebut, didapati terdapat peningkatan
minat murid tehadap pembelajaran sains. Disimpulkan bahawa terdapat
peningkatan yang ketara dimana pada Ujian-Pra terdapat 3 orang
murid sahaja yang berminat mata pelajaran sains. Pada Ujian-Pos
terdapat seramai 18 orang murid yang meminati matapelajaran sains.
Fakta ini dikuatkan lagi dengan keluk peratus di Carta 5 yang mana
keluk peratus Ujian-Pos kajian ini.
1.0 PENILAIAN DAN REFLEKSI KESELURUHAN
Bersyukur saya kerana saya dapat menyiapkan kajian tindakan ini
walaupun menghadapi pebagai masalah dan kekangan masa. Hasil dari
kajian yang dijalankan, kami dapati terdapat perubahan yang positif
dari segi amalan pengajaran dan pembelajaran guru dan amalan
pembelajaran murid. Semoga hasil kajian ini dapat dimanfaatkan dan
menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih menarik,
berkesan dan menyeronokkan. Namun, terdapat juga beberapa kelebihan
dan kelemahan dalam kajian ini:
Kelebihan Saya berpuashati kerana pendekatan, kaedah dan teknik
yang digunakan berjaya meningkatkan kemahiran murid. Saya juga
telah cuba mengajar dengan mengambilkira kebolehan, pengalaman dan
minat murid. Perancangan aktiviti p&p yang teliti mengalakkan
proses pembalajaran yang memberangsangkan. Aktiviti yang bermakna,
seronok dan mencabar akan meninggalkan kesan dalam diri
murid-murid.
Kelemahan Walaupun secara keseluruhannya analisis telah
menunjukkan hasil yang baik, namun saya masih tidak berpuas hati.
Ini memandangkan masih lagi terdapat murid yang keliru, tidak
faham, bosan dan tidak minat mata pelajaran sains. Justeru itu saya
perlu memikirkan satu cara untuk mengatasi masalah dengan
mempraktikkan amalan pengajran yang sesuai.CadanganMempelbagaikan
kaedah atau teknik pengajaran dan pembelajaran contohnya
pembelajaran koperatif, masteri, kontekstual , penyelesaian masalah
dan penggunaan media di dalam pengajaran sainsagar dapat menarik
minat murid. Murid dapat mengaitkan sains dengan dunia sebenar.
Persekitaran pembelajaran juga hendaklah diwujudkan. Makmal boleh
digunakan untuk tempat pembelajaran. Murid juga boleh dibawa
sekitar kawasan sekolah untuk tujuan pembelajaran. Masalah
pembelajaran sains dikalangan pelajar dapat diatasi sekiranya guru
berjaya menarik minat pelajar terhadap pembelajaran sains.
Tanggapan pelajar sains adalah subjek yang susah harus diubah.
Wujudkan situasi bahawa sains menyeronokkan. Pelajar dapat
meneroka, mengkaji dan mengetahui sesuatu melalui aktiviti yang
dijalankan. Mereka dapat memberi makna dan mengaplikasi yang
dipelajari dalam konteks kehidupan sebenar. Kemahiran saintifik dan
kemahiran berfikir boleh diterapkan dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran.BIBLIOGRAFIAbu Hassan bin Kassim (2001). Pendidikan
Amali Sains: Kemahiran Saintifik. UTM, Skudai.
Denny, M. (1986). Science practicals: What do pupils thingk ?
European Journal of Science Education. 8 (3), 325-336.
Fusco, D. and Barton, A. C. (2001). Respresenting students
achievements in science. Journal of Research ini Science Teaching.
38 (3), 337-354.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2001). Kurikulum Bersepadu
Sekolah Menengah (KBSM) Yang Disemak Semula. Kuala Lumpur: Pusat
Perkembangan Kurikulum.
Kuhn, D. (1993). Science as argument implications for teaching
and learning scientific thinking. Science Education. 77 (3),
319-337.
Lee, O., Eichinger, D., Anderson, C., Verkheimer, G. and
Blakeslee, Y. (1993). Changing middle school students conception of
matter. Journal of Research in Science Teaching. 30, 249-270.
Lembaga Peperiksaan Malaysia. (2001). Analisis SPM 1996 2000:
Prestasi Bumiputra dan Bukan Bumiputra Mengikut Mata Pelajaran.
Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Roadrangka, V., Muhd Nor bin Ahmad and Said Manap. (1996).
Science process skills performance among students in Malaysia, the
Philippines and Thailand. Penang: SEAMEO Regional Centre for
Education in Science and Mathematics.
Tobin, K. G. dan Capie, W. (1982). Relationship between formal
reasoning ability, focus of control, academic engagement and
integrated process skills achievement. Journal of Research
Teaching. 19, 113-121.
Zurida bte Ismail. (1998). Penguasaan kemahiran proses sains
pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah. Jurnal Kurikulum,
Pusat Perkembangan Kuarikulum, Kuala Lumpur.
TUGASAN 2
Minat tidak kurang bosan keliru susah
faham jelas
Minat tidak kurang bosan keliru susah
faham jelas
Minat tidak kurang bosan keliru susah
faham jelas
Minat tidak kurang bosan keliru susah
faham jelas
Sri Prakash a/l Parchieappan & Roziah Bt Mohamad 21