PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: KEBERKESANAN LATIHAN PLIOMETRIK DALAM KEMAHIRAN LONJAKAN UNTUK ATLIT LOMPAT JAUH. SESI PENGAJIAN: 2007/2008 Saya MOHD ROSHAN BIN SARKARSI Mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah )* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sabagai pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan (9 ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam (AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh Alamat tetap: Nama Penyelia NO.12, JALAN SS 5/8, HAFIZAH HJ. HARUN TAMAN SERI SAUJANA, 81900 KOTA TINGGI, JOHOR Tarikh: 30 APRIL 2008 Tarikh: 30 APRIL 2008 3 CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL: KEBERKESANAN LATIHAN PLIOMETRIK DALAM KEMAHIRAN LONJAKAN UNTUK ATLIT LOMPAT JAUH.
SESI PENGAJIAN: 2007/2008
Saya MOHD ROSHAN BIN SARKARSI Mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk
tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sabagai pertukaran antara institusi
pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau
kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam (AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh
organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD
Disahkan oleh
Alamat tetap: Nama Penyelia NO.12, JALAN SS 5/8, HAFIZAH HJ. HARUN TAMAN SERI SAUJANA, 81900 KOTA TINGGI, JOHOR Tarikh: 30 APRIL 2008 Tarikh: 30 APRIL 2008
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
KEBERKESANAN LATIHAN PLIOMETRIK DALAM KEMAHIRAN
LONJAKAN UNTUK ATLIT LOMPAT JAUH
MOHD ROSHAN BIN SARKARSI
Tesis ini di hantar untuk memenuhi kelayakan anugerah
Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan
(Sains Sukan)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
2008
“Saya akui telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai
dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta
Pendidikan (Sains Sukan).”
Tandatanga n :
Nama Penyelia : HAFIZAH HJ. HARUN
Tarikh : 30 APRIL 2008
ii
“Saya akui karya ini adalah merupakan hasil kerja yang dilakukan oleh diri saya sendiri
kecuali nukilan dan juga ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”
Tandatangan :
Nama : MOHD ROSHAN BIN SARKARSI
Tarikh : 30 APRIL 2008
iii
DEDIKASI
Sekalung penghargaan ku iringkan khas buat ibu tersayang…
MISKIMAH BINTI HJ. ZAINAL ABIDIN
Serta
Keluarga tercinta
Kau amat ku sayangi dan sanjungi. Segala jasa dan pengorbananmu tidak akan aku
lupakan hingga ke akhir hayat.
Tidak lupa buat Pensyarahku...
Kalian yang tidak pernah jemu mendidik dan mencurahkan ilmu. Segala ilmu akan ku
simpan di dada dan tak luput dalam ingatan.
Terima kasih atas segala tunjuk ajar dan halalkan segala ilmu yang pernah kupelajari.
Sahabat-sahabat Seperjuangan.
Terima kasih yang tidak terhingga atas segala jasa, pengorbanan dan tunjuk ajar kalian.
Memori kita bersama tetap terpahat kukuh dalam ingatanku
buat selama-lamanya.
Akhir kata
Terima kasih pada semua...
Terima kasih atas sokongan kalian...
Inilah hadiahku untuk kalian semua...
iv
PENGHARGAAN
Syukur alhamdulillah akhirnya kajian projek sarjana muda ini dapat disiapkan
pada masa yang telah ditetapkan. Dalam menyiapkan projek ini banyak pihak telah
terlibat yang turut sama membantu dari awal sehingga akhir penyiapan kertas kerja ini.
Saya ingin sekali mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada penyelia saya
iaitu Puan Hafizah Binti Hj Harun kerana telah banyak membantu dari segi bimbingan
dan kritikan yang membina. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada
ketua jurulatih olahraga SUKMA Johor iaitu Encik Mohd Nordin Bin Jadi di atas
bantuan dan kerjasama yang telah diberikan bersama-sama dengan atlit lompat jauh di
bawah bimbingannya.
Tidak lupa juga, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pensyarah-
pensyarah sains sukan lain yang turut membantu dalam membimbing saya menyiapkan
kertas kerja ini. Selain itu penghargaan ini juga ditujukan kepada rakan-rakan yang
bersama-sama membantu dari segi pengumpulan data dan lain-lain sokongan.
Akhir sekali kepada ibu dan keluarga saya yang telah sekian lamanya membantu
saya dari segi kewangan dan sokongan moral untuk saya terus berjaya dalam pelajaran.
Tanpa dorongan dan sokongan dari semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung
atau tidak langsung, saya percaya projek ini gagal disiapkan. Maka dengan itu segalanya
amatlah dihargai.
v
ABSTRAK
Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti keberkesanan latihan
pliometrik bagi meningkatkan kuasa dan kekuatan eksplosif otot kaki atlit lompat jauh.
Seramai 15 orang subjek lelaki yang terdiri daripada atlit lompat jauh Sukan Malaysia
(SUKMA) Johor (N=3) dan Universiti Teknologi Malaysia (N=6) dan pelajar sains
sukan (N=6). Subjek berusia antara 17 dan 23 tahun (M=20.3±2.16 tahun). Subjek
dibahagikan kepada 3 kumpulan yang mana 2 kumpulan diberikan latihan pliometrik
Death Drop Jumps (DDJ, N=5) dan Lunge Jumps (LJ, N=5) dan 1 kumpulan sebagai
kumpulan kawalan (K, N=5). Subjek menjalani latihan sebanyak 2 kali seminggu
selama 4 minggu. Ujian Standing Long Jump (SLJ) dan Vertical Jump (VJ) digunakan
untuk menguji keberkesanan latihan pliometrik yang diberi. Data kajian yang diperolehi
dianalisa dengan menggunakan Microsoft Excel Office 2003. Dapatan kajian
menunjukkan kedua-dua jenis latihan pliometrik yang diberikan iaitu death drop jump
(DDJ) dan lunge jump (LJ) adalah signifikan bagi kedua-dua ujian yang telah dijalankan
iaitu (SLJ dan VJ). Hasil keputusan menunjukkan keputusan ujian pra bagi SLJ
(M±SD), 202.56±4.01cm dan keputusan ujian pos, 205.69±4.32cm menunjukkan
peningkatan sebanyak 3.13cm atau 1.5% dengan nilai p=0.00. Keputusan ujian VJ, pula
menunjukkan ujian pra, 44.35±0.88cm dan ujian pos 46.4±1.73cm juga meningkat
sebanyak 2.05cm atau 4.6% dengan nilai p=0.018. Ini menunjukkan terdapat perbezaan
yang signifikan terhadap tahap ujian SLJ dan VJ bagi kesemua kumpulan latihan
pliometrik (p≤0.05). Berdasarkan keputusan ini, latihan pliometrik yang diberikan dapat
membantu meningkatkan kuasa eksplosif otot kaki dalam lompat jauh berdiri (standing
long jump) dan lompatan menegak (vertical jump).
vi
ABSTRACT
This experimental studies, was to determine the effectiveness of 2 types of
plyometric trainings for leg strengths and explosive muscles power of athletes. Fifteen
male subjects (N=15) completed the training which consisted of Sukan Malaysia
(SUKMA) Johor and UTM athletes and sports science students. Their age ranged from
17 to 23 years old (M=20.3±2.16 years old). The subjects were divided into 3 groups, 2
groups of plyometric exercises: Death Drop Jump (DDJ, N=5) and Lunge Jump (LJ,
N=5) while the third as control group (K, N=5). The plyometric groups performed
exercises two times per week for four weeks. The Standing Long Jump (SLJ) and
Vertical Jump (VJ) were used to evaluate the effectiveness of the plyometrics training.
The data were analyzed by using Microsoft Excel Office. The analysis for the SLJ test
shows that (M ± SD), 202.56±4.01 for the pre-test and 205.69cm±4.32 for the post-test
at p=0.00. This result shows that it has increased by 3.13cm or 1.5%. Meanwhile the
analysis for the VJ test shows pre-test score of 44.35±0.88cm and 46.4±1.73cm for the
post-test at p=0.018 which has increase 2.05cm or 4.6%. As a conclusion, the analyses
showed that are significant the plyometric training groups changes for both specific
plyometric training programs can improve the standing long jump (SLJ) and vertical
jump (VJ) performance.
vii
SENARAI KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
DEKLARASI ii DEDIKASI iii PENGHARGAAN iv ABSTRAK v ABSTRACT vi SENARAI KANDUNGAN vii SENARAI JADUAL x SENARAI RAJAH xi SENARAI LAMPIRAN xii 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan 1 1.2 Pernyataan Masalah 4 1.3 Objektif Kajian 4 1.4 Hipotesis Kajian 4 1.5 Skop Kajian 5 1.6 Definisi Operasional 5
viii
1.7 Kepentingan Kajian 7 1.8 Batasan Kajian 7 2 SOROTAN KAJIAN 2.0 Latihan Pliometrik 9 2.1 Kajian Berkaitan 11 3 METODOLOGI KAJIAN 3.1 Pengenalan 13 3.2 Populasi dan Persampelan 13 3.3 Tempat Kajian 14 3.4 Prosedur Kajian 14 3.5 Instrumen Kajian 18 3.6 Pengumpulan Data 20 3.7 Penganalisaan Data 20 3.8 Kajian Rintis 20 4 ANALISA DATA 4.1 Pengenalan 21 4.2 Penganalisisan Data 23 4.3 Perbandingan Keputusan Ujian dan Norma 26
ix
5 PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN 5.1 Pengenalan 28 5.2 Kumpulan Latihan Death Drop Jump (DDJ) 29 5.3 Kumpulan Latihan Lunge Jump (LJ) 30 5.4 Kumpulan Kawalan (K) 30 5.5 Kesimpulan 31 5.6 Cadangan 31 5.7 Penutup 33 RUJUKAN 34 LAMPIRAN 36
x
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK HALAMAN
4.1
4.2
4.3
4.4
4.6
Taburan bilangan subjek umur, berat, tinggi dan pengalaman. Keputusan ujian lompat berdiri (standing long jump) Keputusan ujian lompat menegak (vertical jump) Perbandingan keputusan dengan norma bagi ujian standing long jump. Perbandingan keputusan dengan norma bagi ujian vertical jump
22
23
24
26
27
xi
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK HALAMAN
4.1
4.2
Min / purata keputusan ujian standing long jump (SLJ) Min / purata keputusan ujian vertical jump (VJ)
24
25
xii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK HALAMAN
A
B
C
D
E
F
G
H I J
K
L
M
N
Borang skor latihan pliometrik Kad skor ujian vertical jump Kad skor ujian standing long jump Latihan lunge jump (LJ) Latihan death drop jump (DDJ) Ujian vertical jump (VJ) Ujian standing long jump (SLJ) Norma ujian SLJ dan VJ Keputusan ujian SLJ: kumpulan death drop jump (DDJ) Keputusan ujian SLJ: kumpulan lunge jump (LJ) Keputusan ujian SLJ: kumpulan kawalan (K) Keputusan ujian VJ: kumpulan death drop jump (DDJ) Keputusan ujian VJ: kumpulan lunge jump (LJ) Keputusan ujian VJ: kumpulan kawalan (K)
36
37
38
39
40
41
42
43
44
45
46
47
47
48
iii
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan Olahraga merupakan satu aktiviti fizikal yang bersifat saingan. Ia merangkumi
beberapa acara berlainan yang berasaskan kepada pergerakan-pergerakan semula jadi
seperti berlari,melompat dan membaling (Wee Eng Hoe dalam buku ditulis Mohd Ramli
Nordin, 1993). Pertandingan olahraga yang terawal dalam sukan Olimpik Kuno
melibatkan acara larian yang di kenali sebagai ‘stade’ dengan jarak melibatkan 192
meter. Manakala menurut The Encyclopedia Of Sports, seorang ahli Chionis telah
dicatatkan sebagai orang pertama yang membuat acara lompat jauh pada 656 sebelum
Masihi dengan ukuran 7.0485 meter.
Acara sukan lompat jauh pada asalnya dikenali dengan nama lompatan luas atau
’broad jump’. Ianya merupakan salah satu sukan yang merangkumi aspek kelajuan,
kekuatan dan ketangkasan untuk mendarat sejauh mungkin dari tempat pelepasan.
Peserta akan berlari pada tahap maksima di atas permukaan yang bergetah sebagai trek
larian dan melakukan lompatan sejauh mungkin melalui papan kayu yang dijadikan
sebagai tempat takeoff dan mendarat di atas pasir. Tempat jatuhan peserta akan ditanda
dan ia menunjukkan jarak yang dibuat oleh peserta dari tempat pelepasan.
2
Sukan lompat jauh ini di bahagikan kepada empat bahagian yang berlainan.
Ianya meliputi teknik larian (run), cara lonjakan (takeoff), layangan badan di udara
(flight) dan teknik mendarat (landing). Larian yang laju dan lompatan yang tinggi
semasa membuat pelepasan adalah asas kepada kejayaan dalam acara lompat jauh.
Dengan sebab itu maka tidak hairanlah apabila kita dapat melihat ada pelari pecut boleh
berjaya dalam acara ini contohnya Carl Lewis.
Sememangnya tidak dapat dinafikan sekiranya sesuatu kemahiran digilap
bakatnya sejak di peringkat akar umbi atau pada usia muda akan dapat melahirkan juara
apabila dia dewasa kelak. Walau bagaimanapun berapa ramai atlit yang melalui proses
ini berjaya di persada sukan tanah air kita? “To become an Olympic athlete, choose your
parents well” ini yang diperkatakan oleh Per-Olaf Astrand, seorang pengkaji sukan
dunia. Sesetengah penulis mencadangkan agar lompatan sederhana boleh diberikan
kepada atlit kecil dalam program latihan (Lohman, 1989).
Walau bagaimanapun penjagaan yang baik diperlukan dalam mengaplikasikan
teknik yang baru ke atas atlit kecil. Ini kerana struktur tulang dikalangan kanak-kanak
masih belum sekuat seperti atlit dewasa dan daya yang kuat yang dikenakan semasa
latihan intensif lompatan mestilah dielakkan. Oleh itu sesuatu program latihan yang
khusus dan terancang perlu diwujudkan bagi melahirkan atlit berbakat dengan lebih
menumpukan kepada kemahiran teknikal yang diperlukan dalam sukan terbabit. Prestasi
seseorang atlit itu adalah berdasarkan kepada kemampuan fizikal dan psikologi atlit
mengikut jenis latihan, bebanan dan juga intensiti yang diberi dalam program latihannya.
Selaras dengan itu, latihan pliometrik boleh dimasukkan dalam program latihan
sukan ini untuk menghasilkan kuasa eksplosif kepada pemain dan atlit. Perkembangan
dalam bidang Sains Sukan mengenai latihan pliometrik ada menyatakan, latihan ini
diiktiraf sebagai teknik latihan yang sangat berguna untuk meningkatkan kuasa
eksplosif. Latihan ini telah diperkenalkan bermula pada 1960-an di negara Russia dan
3
Eropah Timur yang cemerlang dalam acara olahraga. Yuri Veronshanski adalah orang
yang bertanggungjawab memperkenalkan latihan pliometrik kepada atlitnya. Beliau
adalah seorang jurulatih olahraga terutama dalam acara lompat jauh.
Sepanjang tahun kebelakangan ini latihan lompatan tidak diragui kerana telah
digunakan dalam pelbagai cara untuk meningkatkan prestasi atlit. Perkembangan dalam
bidang sukan melalui kajian yang dijalankan mendapati kebanyakan kemahiran dalam
permainan sukan juga memerlukan kuasa iaitu kombinasi antara kelajuan dan kekuatan
yang boleh diperolehi hasil daripada latihan pliometrik.
Walaupun latihan ini mudah untuk dipelajari, tetapi ia perlu dilakukan dengan
betul untuk mengelakkan daripada seseorang itu mendapat kecederaan terutamanya
kecederaan otot yang melibatkan bahagian atas dan bawah badan. Latihan ini
sebenarnya dapat meningkatkan kemampuan sekumpulan otot untuk bertindak balas
dengan cepat dan berkuasa bagi mengendur dan mengecut dalam masa yang singkat
(stretch-shortening cycle). Terdapat beberapa kajian yang berkaitan dengan tindakan
saraf otot semasa atlit yang aktif menjalani latihan dan terdapat juga kajian mengenai
kesan latihan ini terhadap sistem saraf otot manusia biasa.
Perkembangan otot-otot dapat dibentuk dan dipengaruhi oleh bidang sukan
yang diceburi melalui latihan yang bersesuaian. Kebanyakan permainan sukan sekarang
ini memerlukan latihan pliometrik bagi meningkatkan kuasa eksplosif. Sukan bola
sepak, bola tampar, bola keranjang, bola jaring, renang contohnya adalah sukan-sukan
yang memerlukan kekuatan kaki secara keseluruhannya. Otot gastrocnemius, quadriceps
dan hamstring adalah sebahagian daripada otot-otot yang perlu diberikan penekanan
khusus. Dalam menyempurnakan kemahiran lonjakan, kuasa eksplosif kaki amat
diperlukan untuk membantu atlit membuat lonjakan badan ke atas.
4
1.2 Pernyataan Masalah.
Acara sukan lompat jauh lebih banyak menumpukan kepada teknik larian dan
teknik layangan badan di udara dalam sesi latihan berbanding teknik lonjakan (takeoff).
Antara faktor kebarangkalian mengapa teknik lonjakan tidak di ambil tumpuan mungkin
disebabkan teknik ini sukar untuk di kenalpasti tahap kelajuan larian atlit dalam jangka
masa yang pendek semasa membuatnya.
Lonjakan badan adalah teknik yang dilakukan pada fasa lonjakan sebelum
melayangkan badan di udara. Oleh itu pengkaji ingin melihat bagaimana latihan
pliometrik dapat membantu subjek dalam meningkatkan kuasa eksplosif otot kaki. Dua
latihan pliometrik iaitu lunge jump dan death drop jump serta dua jenis ujian iaitu
vertical jump dan standing long jump di gunakan ke atas subjek.
1.3 Objektif Kajian Kajian ini dijalankan adalah untuk:
i) Mengukur tahap keberkesanan latihan kuasa dan kekuatan eksplosif bagi otot
kaki yang terlibat.
1.4 Hipotesis Kajian Berdasarkan masalah kajian yang dikenalpasti, penyelidik menyenaraikan
hipoptesis seperti berikut:-
5
Ho : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap lompatan menegak dan
mendatar subjek sebelum dan selepas menjalani latihan pliometrik.
Ha : Terdapat perbezaan yang signifikan terhadap lompatan menegak dan
mendatar subjek sebelum dan selepas menjalani latihan pliometrik.
1.5 Skop Kajian Kajian ini dijalankan ke atas 15 orang atlit (N=15) yang terdiri daripada atlit
lompat jauh Universiti Teknologi Malaysia, SUKMA Johor dan pelajar sains sukan
yang berusia antara (mean umur 20±2.16 tahun). Pengkaji menggunakan ujian standing
long jump dan vertical jump semasa ujian pra dan ujian pos program latihan ke atas
kekuatan eksplosif kaki tanpa mengambil kira faktor fizikal yang lain. Jangkamasa yang
diambil untuk menjalani latihan pliometrik yang diberikan adalah selama empat
minggu.
1.6 Definisi Operasional 1.6.1 Fasa lonjakan Penghasilan daya menegak melalui pusat graviti seseorang dalam masa yang
sama mengekalkan tahap imbangan dan kawalan badan.
6
1.6.2 Kekuatan otot Kebolehan sesuatu otot atau kumpulan otot-otot menghasilkan daya berulang-
ulang bagi sesuatu jangkamasa tertentu (Buku sumber kecergasan fizikal tahap 1).
1.6.3 Kesan latihan Istilah yang dilakukan untuk menghuraikan pelbagai perubahan pada fisiologi
badan yang terhasil daripada mengambil bahagian dalam aktiviti secara aktif.
1.6.4 Kuasa eksplosif Kebolehan atau keupayaan seseorang mengeluarkan daya yang maksimum dalam
tempoh masa yang singkat (Mohd Ramli Nordin, 1993).
1.6.5 Pliometrik Latihan yang diambil daripada perkataan Greek, ‘plio’ yang membawa maksud
lebih atau meningkatkan dan ‘metrik’ membawa maksud jarak.
1.6.6 Ujian lompatan menegak Ujian ini adalah untuk mengukur tahap kuasa kaki dalam melakukan lompatan
secara menegak (vertical jump).
1.6.7 Ujian lompatan mendatar
Ujian ini adalah untuk mengukur tahap kuasa kaki dalam melakukan lompatan
secara mendatar (standing long jump).
7
1.6.8 SUKMA Sukan Malaysia yang diadakan dua tahun sekali (Majlis Sukan Negara). 1.7 Kepentingan Kajian
Kajian ini menunjukkan keberkesanan latihan pliometrik untuk meningkatkan
kekuatan kuasa eksplosif kaki. Ianya diharapkan dapat dijadikan panduan kepada guru
atau jurulatih bagi memberikan latihan yang sesuai kepada atlit mereka. Latihan
pliometrik ini boleh dipelbagaikan mengikut kesesuaian program latihan sukan yang
memerlukan kemahiran lompatan dalam masa yang singkat.
Hasil kajian ini diharap dapat dikongsi bersama jurulatih di Majlis Sukan Negeri
Johor dalam meningkatkan tahap prestasi atlit lompat jauh pasukan olahraga SUKMA
Johor 2008.
1.8 Batasan Kajian Kajian ini adalah terbatas kepada perkara-perkara berikut:- 1.8.1 Kajian hanya tertumpu kepada program latihan pliometrik dalam teknik lonjakan
sahaja.
1.8.2 Jangkamasa latihan untuk melihat keberkesanan program latihan selama empat
minggu sahaja.
8
1.8.3 Kesukaran pengkaji untuk mengawal subjek yang menjalani latihan sendirian di
kawasan masing-masing.
1.8.4 Keikhlasan subjek untuk melakukan sedaya upaya yang boleh semasa menjalani
ujian.
1.8.5 Kemungkinan terdapat perbezaan di antara ujian pra dan ujian pos berlaku bukan
disebabkan oleh keberkesanan latihan tetapi pengalaman atlit dalam menjalani
latihan dan ujian.
9
BAB 2
SOROTAN KAJIAN
2.0 Latihan Pliometrik
Istilah pliometrik adalah berasal daripada Greek iaitu ‘pleythein’ yang
bermaksud menambah atau meningkatkan, manakala ‘metric’ bermaksud ukuran
(Chu,1983). Pliometrik juga dikenali sebagai pergerakan ‘hopping’, ’jumping’ dan
‘leaping’ yang boleh menghasilkan kuasa eksplosif (Micheal Mullin dalam Janet Lee,
1998). Latihan pliometrik adalah satu bentuk latihan yang diterima dalam dunia sukan
selaras dengan perkembangan sukan dan mendapat pengiktirafan, ia diterima melalui
kajian saintifik (Bosco dan Komi,1981). Pliometrik sebenarnya adalah satu kaedah
latihan yang menekankan kepada pergerakan pantas yang akan terhasil kesan daripada
program latihan yang diberi. Manakala aspek biomekanik, pliometrik banyak
diterangkan dalam buku Jumping Into Plyometric yang boleh di dapati melalui Human
Kinetik. Perkara yang penting perlu difahami bahawa pliometrik melatih atlit untuk
mengaplikasikan kepantasan dalam kekuatan. Ia juga didapati boleh membantu
dalam meningkatkan pecutan kelajuan, menukar arah pergerakan dengan cepat dan
mempunyai banyak kelebihan di atas gelanggang (Chu,1995).
10
Kesan latihan pliometrik dapat membantu menghalang daripada berlakunya
kecederaan pada lutut dalam sukan yang memerlukan kemahiran melompat terutamanya
bagi atlet wanita yang terlibat dalam permainan sukan yang memerlukan kemahiran
melompat seperti bola tampar (Hewet,T.E.,A.L. Stroup,T.A. Nance dan F.R Nayas,
1995). Program latihan pliometrik ini dicipta untuk mengurangkan daya hentakan
semasa mendarat dengan memberikan pendidikan kawalan saraf otot pada bahagian
anggota bawah (kaki). Caranya ialah dengan meningkatkan kestabilan lutut dan
kawalan otot semasa mendarat. Selain itu, ia juga membantu memperbetulkan
keseimbangan kuasa otot hamstring dan quadrisep. Prestasi atlit boleh ditingkatkan dan
potensi untuk mendapat kecederaan dapat dikurangkan jika memasukkan teknik
mendarat dalam program latihan pliometrik.
Pliometrik dikatakan boleh menyebabkan paha atlit mengalami pengecutan yang
berterusan (Mullin et.al.,1995). Ia boleh membantu atlit dalam mengurangkan daya
hentakan semasa melompat. Ia melesukan otot dengan cepat dan boleh dikembalikan
dalam masa yang singkat. Secara tidak langsung latihan pliometrik ini boleh
meningkatkan daya tahan otot dan membina keseimbangan.
Permainan bola sepak dan bola keranjang merupakan antara permainan yang
memerlukan latihan berintensiti tinggi seperti latihan pliometrik. Ini kerana dalam
kedua-dua permainan tersebut, latihan yang digunakan haruslah mempunyai ciri-ciri
lompatan dan mengacah. Pergerakan yang terhasil daripada latihan lebih kepada
pergerakan kekuatan otot bahagian anggota bawah badan (A.Zakas, 2000). Latihan
pliometrik dicadangkan supaya dijadikan sebagai latihan tambahan terutamanya bagi
individu yang terlibat dengan sukan yang memerlukan peningkatan pada kuasa eksplosif
(R.Wagner dan M.Settar Kocak, 1997).
11
2.1 Kajian Berkaitan
Terdapat beberapa sebab mengapa seseorang atlit lompat jauh mengalami
masalah untuk berjaya dalam melakukan teknik lonjakan ini. Sebenarnya dalam fasa
lonjakan, terdapat tiga perkara yang perlu diambil tahu iaitu jarak lonjakan, jarak
layangan dan jarak untuk pendaratan (Hay dan Reid dalam kajian James, 1985). Setiap
satu daripada perkara ini akan memberi kesan kepada perubahan fasa lonjakan. Dalam
hal ini fizikal atlit tidak boleh diubah sebaliknya atlit perlu mengawal pergerakan leher,
kepala dan badannya semasa fasa tersebut (Hay dan Reid dalam kajian James, 1985).
Semasa berlakunya proses lonjakan kaki, atlit harus menghasilkan daya dari
berat badan mereka ke atas permukaan tanah untuk mengoptimakan kelajuan yang
mendatar. Pada waktu yang sama sentiasa berlaku pertukaran kelajuan menegak dan
mendatar sepanjang fasa ini yang mana daya akan bertindak balas dengan masa yang
juga dikenali sebagai ‘impulse’ (Ramey dalam kajian James, 1985). Secara tidak
langsung aplikasi daya akhirnya akan memberi kesan ke atas pergerakan otot yang
berkaitan (Hay dan Reid dalam kajian James, 1985). Pergerakan kaki dan kayuhan
tangan juga akan memberi kesan ke atas pelompat kerana ia membantu dalam mengawal
kadar putaran badan (Ramey dalam kajian Robert, 1985).
Pengukuran kuasa kerja di dalam kajian ditumpukan kepada otot-otot
yang spesifik sahaja. Contoh instrumen ujian yang digunakan adalah ‘Vertical Power
Jump’ (Glencross 1960). Alat ini adalah permulaan kepada kaedah menguji kuasa pada
otot manusia. Di samping itu Counsilman (1980) telah menggunakan ujian ‘Vertical
Jump’ sebagai satu garis panduan dalam memilih dan mengklasifikasikan perenang bagi
acara pecut, jarak sederhana dan jarak jauh di dalam sesuatu pertandingan. Melalui
kajian ini jelas penggunaan instrumen ujian ‘Vertical Jump’ digunakan memilih atlet
mengikut keupayaan kuasa kakinya. Di dalam kajian tentang kedudukan atlet apabila
menjalankan ujian lompatan menegak, didapati bahawa kedudukan terbaik bagi lutut
12
adalah dengan dibengkokkan sebanyak 115 darjah (Martin dan Stull, 1965). Manakala
bagi jarak antara kedua dua kaki adalah 5-10 inci. Ini bermakna kaedah melompat
secara menegak dengan menggunakan bacaan di dinding adalah lebih berkesan
berbanding dengan penggunaan karpet ujian seperti alat HELMAS ‘Vertical Jump’
version 4.0.
13
BAB 3
METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan Kajian yang dijalankan adalah bertujuan untuk mengenalpasti kesan latihan
pliometrik ke atas kuasa kaki dalam melakukan lompatan menegak.
3.2 Populasi dan Persampelan. Seramai 15 orang subjek dipilih untuk menjadi sampel dalam penyelidikan ini.
Sampel terdiri daripada 5 orang atlit yang mewakili Negeri Johor dalam pertandingan
Sukma 2008 Terengganu, 5 orang atlit UTM dan 5 orang dari kalangan pelajar Sains
Sukan Universiti Teknologi Malaysia.
14
3.3 Tempat Kajian. Kajian dijalankan di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), dan Majlis Sukan
Negeri Johor (MSNJ).
3.4 Prosedur Kajian. 3.4.1 Reka bentuk kajian Pengambilan data dijalankan semasa ujian pra dan pos. 3.4.2 Jenis latihan
Subjek melakukan 2 jenis latihan pliometrik iaitu lunge jump dan death drop
jump. Latihan pliometrik lunge jump ialah subjek membuat 1 langkah ke hadapan
(contohnya kaki kanan) sebelum melompat dan menukar kaki pada fasa layangan badan
ke udara dan mendarat pada kaki kiri. (Rujuk pada lampiran D muka surat ). Manakala
latihan death drop jump pula, subjek berdiri di atas kotak yang berukuran 30cm tinggi.
Kemudian subjek menjatuhkan satu kaki ke hadapan seterusnya melompat sejauh
mungkin. (Rujuk pada lampiran E muka surat )
3.4.3 Prosedur latihan Subjek diberikan ujian pra sebelum mereka memulakan program latihan yang
diberi. Data yang diperolehi disimpan sehingga ujian pos dilakukan. Data yang
diperolehi dalam ujian pra dan pos digunakan untuk menilai sama ada terdapat
perbezaan yang signifikan antara kedua-dua ujian atau pun tidak. Program latihan yang
15
diberikan adalah selama 4 minggu dan ujian yang digunakan untuk melihat
keberkesanan program latihan pliometrik adalah ujian lompatan menegak (vertical jump)
dan ujian lompat berdiri (standing long jump).
JADUAL PROGRAM LATIHAN
Minggu Latihan
1 LJ (2x15)
DDJ (2x15)
2 LJ (2x25)
DDJ (2x25)
3 LJ (3x30)
DDJ (3x30)
4 LJ (3x40)
DDJ (3x40)
Latihan diadakan 2 kali seminggu selama 4 minggu (Kent Adams et. al , 1992)
Intensiti latihan ditingkatkan dari semasa ke semasa. Latihan pliometrik ini dijalankan
pada setiap hari Isnin dan Khamis.
3.4.4 Prosedur ujian lompatan menegak (Vertical Jump). Kesemua subjek perlu memastikan badan berada dalam keadaan bersedia iaitu
dengan melakukan aktiviti regangan sebelum melakukan ujian. Subjek dikehendaki
untuk melakukan ujian lompatan menegak yang tidak diambil kira sebagai percubaan
terlebih dahulu. Ini bertujuan untuk memudahkan proses pentadbiran ujian agar lebih
bersistematik. Penguji melakukan demo kepada subjek untuk mengelakkan daripada
berlakunya kesilapan apabila subjek memulakan ujian yang sebenar.
16
Langkah-langkah yang dijalankan untuk mendapatkan maklumat serta