KAJIAN MENGENAI TAHAP PENCAPAIAN PELAJAR LALUAN DIPLOMA POLITEKNIK BERBANDINF PELAJAR LALUAN DIPLOMA IPT, MATRIKULASI/ASASI DAN STPM YANG MELANJUTKAN PENHAJIAN DIPERINGKAT SARJANA MUDA DI RANGKAIAN UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA (MTUN) BAGI FASA II PROF. MADYA DR. ISHAK BIN BABA NO. VOT : A023 UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA
31
Embed
KAJIAN MENGENAI TAHAP PENCAPAIAN PELAJAR LALUAN …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/5596/1/A023.pdfakademiknya. Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia mengambil
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
KAJIAN MENGENAI TAHAP PENCAPAIAN PELAJAR LALUAN
DIPLOMA POLITEKNIK BERBANDINF PELAJAR LALUAN
DIPLOMA IPT, MATRIKULASI/ASASI DAN STPM YANG
MELANJUTKAN PENHAJIAN DIPERINGKAT SARJANA MUDA
DI RANGKAIAN UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA (MTUN)
BAGI FASA II
PROF. MADYA DR. ISHAK BIN BABA
NO. VOT : A023
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA
ABSTRAK
Politeknik ditubuhkan sebagai sebuah institusi pengajian tinggi yang bertujuan untuk melahirkan juruteknik dan pekerja mahir peringkat pertengahan untuk keperluan industri negara. Pencapaian akademik pelajar lepasan Diploma Politeknik di IPT pula sering menjadi perbincangan dalam kalangan akademia berasaskan pencapaian akademiknya. Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia mengambil cabaran ini untuk mengenalpasti tahap pencapaian pelajar ini berbanding laluan lain iaitu Matrikulasi, STPM dan Diploma IPT. Ianya melibatkan empat buah universiti teknikal Malaysia atau lebih dikenali sebagai Rangkaian Universiti Teknikal Malaysia (MTUN) iaitu Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Universiti Malaysia Pahang (UMP) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP). Penelitian ini dirancang dengan menggunakan kajian yang diperincikan dengan mengambil sampel pelajar kemasukan 200712008 yang bergraduat pada tahun 201 1. Prestasi akademik mereka diambil kira melalui pencapaian mereka sewaktu di sekolah iaitu di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), prestasi akademik semasa di peringkat diploma di politeknik atau IPT, matrikulasi atau asasi ataupun STPM. Kajian juga mengukur prestasi akademik di peringkat Sarjana Muda dan semasa mereka bergraduat. Hasil kajian menunjukkan prestasi pelajar lepasan Diploma Politeknik kurang cemerlang di peringkat awal pengajian. Prestasi akademik mereka semasa bergraduat juga kurang berbanding dengan pelajar lepasan Diploma IPT dan STPM tetapi mempunyai corak yang hampir sama dengan lepasan Matrikulasi. Kajian mencadangkan agar Jabatan Pengajian Politeknik (JPP) mengkaji semula kurikulum yang digunakan agar dapat disesuaikan dengan kurikulum peringkat Ijazah terutamanya yang melibatkan elemen matematik dan kejuruteraan. Selain itu JPP boleh menilai semula kaedah pentaksiran yang dijalankan agar dapat menggambarkan pencapaian sebenar pelajar apabila berada di IPT. Ini disebabkan dasar penubuhan dan fungsi politeknik adalah berbeza dengan dasar penubuhan dan fungsi IPTA dan ini menyebabkan keluaran politeknik menghadapi laluan yang agak mencabar semasa mereka berada di IPT.
2.0 KAJIAN LITERATUR 3 2.1 Sistem Gred Penilaian 3 2.2 Pengaruh Pilihan Pelajar Terhadap Aliran Pendidikan Teknik dan 5
Vokasional (PTV) 2.3 Pengajian di Politeknik 5 2.4 Statistik Graduan Politeknik 7 2.5 Faktor Pencapaian Matapelajaran Matematik 9
3.0 METODOLOGI 3.1 Rekabentuk Kajian 3.2 Kerangka Operasi 3.3 Sampel Kajian
3.3.1 Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) 3.3.2 Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) 3.3.3 Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) 3.3.4 Universiti Malaysia Pahang (UMP)
3.4 Analisis Data
4.0 HASIL KAJIAN UTHM 4.1 Perbandingan Antara Lulusan Matrikulasi, STPM, Diploma IPT
Dan Diploma Politeknik Berdasarkan Keputusan SPM 4.1.1 Matematik Moden (MM) 4.1.2 Matematik Tambahan (MT) 4.1.3 Fizik 4.1.4 Bahasa Inggeris (BI)
4.2 Perbandingan Antara Lulusan Matrikulasi, STPM, Diploma IPT dan Diploma Politeknik Berdasarkan CPA Kemasukan
4.3 Perbandingan Antara Lulusan Matrikulasi, STPM, Diploma IPT dan Diploma Politeknik Berdasarkan Kursus Sarjana Muda 4.3.1 Matematik Kejuruteraan I (MK I) 4.3.2 Matematik Kejuruteraan I1 (MK 11) 4.3.3 Matematik Kejuruteraan I11 (MK 111) 4.3.4 Matematik Kejuruteraan IV (MK IV) 4.3.5 Bahasa Inggeris (BI)
4.4 Perbandingan Antara Lulusan Matrikulasi, STPM, Diploma IPT dan Diploma Politeknik Berdasarkan CPA Graduat
HASIL KAJIAN UTeM 5.1 Perbandingan Antara Lulusan Matrikulasi, STPM, Diploma IPT
dan Diploma Politeknik Berdasarkan Keputusan SPM 5.1.1 Matematik Moden (MM) 5.1.2 Matematik Tambahan (MT) 5.1.3 Fizik 5.1.4 Bahasa Inggeris (BI)
5.2 Perbandingan Antara Lulusan Matrikulasi, STPM, Diploma IPT dan Diploma Politeknik Berdasarkan CPA Kemasukan
5.3 Perbandingan Antara Lulusan Matrikulasi, STPM, Diploma IPT dan Diploma Politeknik Berdasarkan Kursus Sarjana Muda 5.3.1 Matematik Kejuruteraan (MK) 5.3.2 Persamaan Perbezaaan (PP) 5.3.3 Kaedah Berangka (KB) 5.3.4 Statistik 5.3.5 Kursus Bahasa Inggeris (BI)
5.4 Perbandingan Antara Lulusan Matrikulasi, STPM, Diploma IPT dan Diploma Politeknik Berdasarkan CPA Graduat
HASIL KAJIAN UniMAP 6.1 Perbandingan Antara Lulusan Matrikulasi, STPM, Diploma IPT
dan Diploma Politeknik Berdasarkan Keputusan SPM 6.1.1 Matematik Moden (MM) 6.1.2 Matematik Tambahan (MT) 6.1.3 Fizik 6.1.4 Bahasa Inggeris (BI)
6.2 Perbandingan Antara Lulusan Matrikulasi, STPM, Diploma IPT dan Diploma Politeknik Berdasarkan CPA Kemasukan
6.3 Perbandingan Antara Lulusan Matrikulasi, STPM, Diploma IPT dan Diploma Politeknik berdasarkan Kursus Sarjana Muda 6.3.1 Matematik Kejuruteraan I (MK I) 6.3.2 Matematik Kejuruteraan I1 (MK 11) 6.3.3 Matematik Kejuruteraan 111 (MK 111) 6.3.4 Matematik Perniagaan (MPE) 6.3.5 Statistik Perniagaan (SPE) 6.3.6 Bahasa Inggeris (BI)
6.4 Perbandingan Antara Lulusan Matrikulasi, STPM, Diploma IPT dan Diploma Politeknik Berdasarkan CPA Graduat
HASIL KAJIAN UMP 7.1 Perbandingan antara lulusan Matrikulasi, STPM, Diploma IPT
dan Diploma Politeknik Berdasarkan Keputusan SPM 7.1.1 Matematik Moden (MM) 7.1.2 Matematik Tambahan (MT) 7.1.3 Fizik 7.1.4 Bahasa Inggeris (BI)
7.2 Perbandingan Antara Lulusan Matrikulasi, STPM, Diploma IPT dan Diploma Politeknik Berdasarkan CPA Kemasukan
7.3 Perbandingan antara lulusan Matrikulasi, STPM, Diploma IPT dan Diploma Politeknik Berdasarkan Kursus Sarjana Muda 7.3.1 Persamaan Perbezaan 7.3.2 Statistik 7.3.3 Kaedah Berangka 7.2.4 Bahasa Inggeris
7.4 Perbandingan Antara Lulusan Matrikulasi, STPM, Diploma IPT dan Diploma Politeknik Berdasarkan CPA Graduat
KESIMF'ULAN 8.1 Keputusan SPM
8.1.1 Matematik Moden 8.1.2 Matematik Tambahan 8.1.3 Fizik 8.1.4 Bahasa Inggeris
8.2 Perbandingan Antara Lepasan Matrikulasi, STPM, Diploma IPT dan Diploma Politeknik Berdasarkan CPA Kemasukan
8.3 Perbandingan Antara Lepasan Matrikulasi, STPM, Diploma IPT dan Diploma Politeknik Berdasarkan CPA Bergraduan
8.4 Cadangan
RUJUKAN
Laporan ini melaporkan kajian berkenaan pencapaian pelajar lepasan Diploma
Politeknik berbanding pelajar lepasan Diploma Institusi Pengajian Tinggi (IPT),
MatrikulasiIAsasi dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang melanjutkan
pengajian di peringkat sarjana muda di Rangkaian Universiti Teknikal Malaysia
(MTUN), iaitu :
i. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
ii. Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)
iii. Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
iv. Universiti Malaysia Pahang (UMP)
1.1 Penyataan Masalah
Politeknik ditubuhkan sebagai sebuah institusi pengajian tinggi yang bertujuan untuk
melahirkan juruteknik dan pekerja mahir peringkat pertengahan untuk keperluan
industri dan perkilangan. Walaupun tujuan asalnya adalah untuk membekalkan
tenaga kerja separa mahir untuk industri, namun terdapat kira-kira 15% dari pelajar
lepasan politeknik melanjutkan pengajian ke universiti selepas tamat pengajian
samada di peringkat sijil ataupun diploma.
Walau bagaimanapun, terdapat persepsi yang mengatakan bahawa pelajar
lepasan Diploma Politeknik tercicir apabila berada di IPTA atau IPTS. Pencapaian
akademik mereka dikatakan tidak memberangsangkan berbanding pelajar lepasan
Matrikulasi, STPM dan Diploma IPT. Kajian ini akan melihat kebenaran persepsi ini
dan mencadangkan beberapa langkah yang mungkin dapat diambil bagi memperbaiki
masalah ini.
1.2 Objektif Kajian
Objektif penyelidikan ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti prestasi akademik
pelajar lepasan Diploma Politeknik berbanding pelajar dari lepasan Diploma IPT,
MatrikulasilAsasi dan STPM di peringkat berikut :
i. SPM iaitu bagi matapelajaran Matematik, Bahasa Inggeris dan Fizik,
ii. IPT iaitu bagi kursus-kursus berkaitan Matematik dan Bahasa Inggeris, dan
iii. Perbandingan Himpunan Purata Nilaian Mata (CPA) sebelum mengikuti
pengajian di IPT dan semasa bergraduan.
1.3 Skop Kajian
Kajian diperincikan dengan mengambil sampel pelajar tahun 200712008 yang
bergraduan pada tahun 201 1 di MTUN. Prestasi akademik mereka diambil kira
melalui pencapaian mereka sewaktu di sekolah iaitu di peringkat Sijil Pelajaran
Malaysia (SPM), prestasi akademik semasa di peringkat Diploma Politeknik atau
Diploma IPT, sijil MatrikulasiIAsasi ataupun Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia
(STPM). Kajian juga akan melihat prestasi akademik semasa pelajar mengikuti
program peringkat sarjana muda bagi kursus-kursus tertentu dan juga prestasi mereka
semasa mereka bergraduan.
2.1 Sistem Gred Penilaian
Bagi membuat perbandingan Himpunan Purata Nilaian Mata (CPA) yang diperolehi
oleh pelajar di peringkat pengajian Diploma, Matrikulasi, STPM, dan sarjana muda,
sistem penilaian di antara pelbagai peringkat pengajian berkenaan perlulah dijelaskan
terlebih dahulu. Jadua12.1 menunjukkan sistem gred pengajian di politeknik sebelum
dan selepas sesi Jun 2012 manakala Jadua12.2. menunjukkan sistem gred STPM dan
Jadua12.3 menunjukkan sistem gred Matrikulasi.
Jadua12.1 : Sistem gred pengajian di politeknik sebelurn dan selepas sesi Jun 2012
(Jabatan Pengajian Politeknik, 20 12)
Jadua12.2 : Sistem gred STPM (Majlis Peperiksaan Malaysia, 20 1 1)
Rajah 4.5 : Prestasi CPA Masuk Universiti bagi lepasan Matrikulasi, Diploma IPT
dan Diploma Politeknik
4.3 Perbandingan Antara Lepasan Matrikulasi, STPM, Diploma IPT dan
Diploma Politeknik Berdasarkan Kursus Sarjana Muda
Berikut merupakan kursus-kursus berkaitan Matematik dan Bahasa Inggeris yang
ditawarkan di fakulti kejuruteraan UTHM :
i. Matematik Kejuruteraan I
ii. Matematik Kejuruteraan I1
iii. Matematik Kejuruteraan I11
iv. Matematik Kejuruteraan IV
v. Bahasa Inggeris
4.3.1 Matematik Kejuruteraan I (MK I)
Memjuk pada Rajah 4.6, pencapaian pelajar lepasan Matrikulasi majoritinya (57.1%)
memperolehi gred C+. Manakala, pelajar lepasan STPM majoritinya (43.8%)
memperolehi gred A. Bagi lepasan Diploma IPT, pencapaian adalah hampir seragam
bagi setiap gred.
(a) PERATUS GRED MK I LEPASAN (b) PERATUS GRED MK I LEPASAN MATRlKULASl STPM
A A- B t B B- C+ C C- D+ D D- E A A- B+ B B- C+ C C- D+ D E Gred Pencapaian Pelajar Gred Pencapaian Pelajar
(c) PERATUS GRED MK I LEPASAN
70 -1 DIPLOMA IPT
Gred Pencapaian Pelajar
Rajah 4.6 : Prestasi Matematik Kejuruteraan I bagi lepasan (a) Matrikulasi, (b) STPM
dan (c) Diploma IPT
4.3.2 Matematik Kejuruteraan I1 (MK 11)
Merujuk pada Rajah 4.7, pencapaian pelajar lepasan Matrikulasi majoritinya (64.2%)
memperolehi gred C+. Manakala, pelajar lepasan STPM majoritinya (48.2%)
memperolehi gred A. Bagi lepasan Diploma IPT, pencapaian adalah hampir seragam
bagi -setiap gred. Pencapaian pelajar lepasan Diploma Politeknik cenderung ke arah
kanan dengan 22.3% mendapat gred E.
(a) PERATUS GRED M K II LULUSAN (b) PERATUS BRED M K II LULUSAN MATRIKULASI
I STPM
I
A A- B+ B B- C+ C C- D+ D E
Gred Pencapaian Pelajar
(c) PERATUS GRED M K II LULUSAN
A A- B+ B B- C+ C C- D+ D E
Gred Pencapaian Pelajar
(d) PERATUS GRED M K II LULUSAN
70 -. DIPLOMA IPT DIPLOMA POLlTEKNlK
A A- B+ B B- C+ C C- D+ D E
Gred Pencapaian Pelajar A A- B+ B B- C+ C C- D+ D E
Gred Pencapaian Pelajar
Rajah 4.7 : Prestasi Matematik Kejuruteraan I1 bagi lepasan (a) Matrikulasi,
(b) STPM, (c) Diploma IPT dan (d) Diploma Politeknik
Abd Hair Awang, Rahim Md. Sail, Khadijah Alari dan Ismi Arif Ismail (201 1). Image And Students' Loyalty Towards Technical And Vocational Education And Training. Journal of Technical Education and Training. Vo13 No. 1 June 201 1.
Ahmad S. (2001). Meeting The Global Challenges in Technical And Vocational Education: The Malaysian Experience, UNESCO TEVT, Asia Pacific Conference. 26-28 March, Adelaide, Australia.
Arninuddin Awang Kechik (201 1). Reforrnasi dalarn TVET: Perubahan Masa Hadapan. Journal of Edupress. 1 :336-341
Fen Wang, Zhenpai Chen dan Renbing Lin (2009). Teaching of Mathematical Techniques in Mass Higher Education. IEEE.
Fitt, A.B. (1956). An Experimental Study Of Children's Attitude To School In Auckland, New Zealand. British Journal Of Psychology. 26:25-30.
Jabatan Pengajian Politeknik (201 0). Laporan Eksekutif Kajian Pengesanan Graduan Politeknik 2009: Politeknik Pemangkin Model Baru Ekonomi. Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
Jabatan Pengajian Politeknik (201 1). Laporan Eksekutif Kajian Pengesanan Graduan Politeknik 20 10: Politeknik Mentransformasi Kehidupan. Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
Jabatan Pengajian Politeknik (2012). Pindaan pelaksanaan sistem gred b a h m politeknik KPT. Surat daripada Timbalan Ketua Pengarah (Akademik), Jabatan Pengajian Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia kepada Semua Pengarah Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, bertarikh 15 Mei 20 12.
Khairol Adha (2004). Kesesuaian Bidang dan Perkaitannya Dengan Pencapaian Akademik Pelajar.
Koh Lee Ling, Choy Seu Kam, Lai Kim Leong, Khaw Ah Hong & Seah Ai Kuan (2008). Kesan Pembelajaran Koperatif Terhadap Sikap dan Pencapaian Matematik Bagi Murid-Murid Sekolah Rendah di Sekitar Bandar Kuching. Jurnal Pendidikan IPBL. Jilid 8.
Kolej Matrikulasi Kedah (2012). Sistem Gred. http://www.kmk.matrik.edu.my/index.php/pentadbiran/ unit-peperiksadgred-png pada 17 Nov. 2012.
Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan (2012). Sistem Gred. -
http://www.kmns.matrik.edu.my/peperiksaan/ sistemqengredan.htm1 pada 17 Nov 2012.
Majlis Peperiksaan Malaysia (201 1). Peraturan dan skema peperiksaan. Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia 20 12.
Marhana Abdul Latif, Lenny Kolina Majalis, Mohd Syahizan Shahabumi, Jeffery Abat Maronat & Nur Yahzelina Hanafi (2010). Keberkesanan Program Klinik Matematik Melalui Sikap Pelajar dan Pencapaian Matematik. Jurnal Digus Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak.
Ming Chang Wu & Greenan, J. (2003). The Effects of A Generalizable Mathematics Skills Instructional Intervention On The Mathematics Achievement Of Learners In Secondary CTE Programs. Journal Of Industrial Teacher Education. 40(2).
Mohd Zahri Jaafar dan Mariati Masduki (20 10). Kemampuan Matematik dan Hubungannya Dengan Sikap. Jurnal Digus Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak. 86-92.
Mohd. Zainal Mat I1 (2004). Hubungan Di Antara Status Sosio Ekonomi (SSE) Keluarga Dengan Pencapaian Akademik: Satu Kajian Ke Atas Pelajar Aliran Teknikal di Sekolah Menengah Teknik Negeri Sembilan. Tesis Ijazah Sarjana. UTHM.
Norhamiza Mohd Noor (2005). Sumbangan Aspek Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek Serta Kaitannya Dengan Kecemerlangan Akademik di Kalangan Pelajar Kejuruteraan Sekolah Menengah Teknik.
Nurul Ain Hussain (2009). Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti akan dipisahkan - Khaled. The Star, Selasa, Oktober 6.
Philippou, G.N. (1998). The Structure of Students' Belief towards the Teaching of Mathematics: Proposing and Testing a Structural Model. Proceedings of the twenty- two International Conference for the Psychology of Mathematics Education.
Piirto, J. (1999). Talented Children and Adults; Their Development and Education. Ed. Ke-2. Ohio: Merrill Prentice Hall.