BAB II KAJIAN LITERATUR 2.1 Pengenalan Apabila turapan jalan menjangkaui hayat reka bentuknya, ia akan terdedah kepada pelbagai jenis kegagalan dan kerosakan akibat beban kumulatif lalu lintas dan pelbagai faktor alam sekitar. Namun begitu, jalan raya yang baru dibina dengan baik juga boleh menghadapi masalah yang disebabkan faktor-faktor seperti reka bentuk turapan dan bahan yang digunakan. Oleh itu, jalan raya hendaklah sentiasa dipantau dan diselenggara dari masa ke masa untuk menjamin keselesaan pemanduan dan keselamatan pengguna jalan raya. Teknik penyelenggaraan yang betul dan efektif harus dipraktikkan untuk mengekalkan ciri-ciri jalan raya yang lebih baik. Kajian literatur ini dijalankan untuk meningkatkan lagi pemahaman tentang kajian yang dijalankan dengan merujuk kepada pelbagai buku, jurnal dan lain-lain sumber bacaan yang boleh didapati dari perpustakaan, pusat sumber dan mendapatkan maklumat terkini mengenai kajian daripada internet.
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
BAB II
KAJIAN LITERATUR
2.1 Pengenalan
Apabila turapan jalan menjangkaui hayat reka bentuknya, ia akan terdedah
kepada pelbagai jenis kegagalan dan kerosakan akibat beban kumulatif lalu lintas dan
pelbagai faktor alam sekitar. Namun begitu, jalan raya yang baru dibina dengan baik
juga boleh menghadapi masalah yang disebabkan faktor-faktor seperti reka bentuk
turapan dan bahan yang digunakan.
Oleh itu, jalan raya hendaklah sentiasa dipantau dan diselenggara dari masa
ke masa untuk menjamin keselesaan pemanduan dan keselamatan pengguna jalan
raya. Teknik penyelenggaraan yang betul dan efektif harus dipraktikkan untuk
mengekalkan ciri-ciri jalan raya yang lebih baik.
Kajian literatur ini dijalankan untuk meningkatkan lagi pemahaman tentang
kajian yang dijalankan dengan merujuk kepada pelbagai buku, jurnal dan lain-lain
sumber bacaan yang boleh didapati dari perpustakaan, pusat sumber dan
mendapatkan maklumat terkini mengenai kajian daripada internet.
2.2 Kaedah Penyelenggaraan Jalan di Malaysia
Penyelenggaraan jalan dilakukan untuk memastikan keadaan jalan raya serta
elemen yang terdapat di sekitarannya sentiasa berada dalam keadaan asal seperti
mana ia dibina. Secara praktikal, penyelenggaraan adalah bertujuan untuk membaiki
keadaan dan operasi jalan raya tersebut supaya ia sentiasa selamat, selesa, dan lebih
ekonomi (Roziawati, 2001).
Terdapat banyak kaedah penyelenggaraan yang boleh dilakukan untuk
mengekalkan keadaan jalan yang baik. Namun, pemilihan teknik membaik pulih
yang paling sesuai bergantung kepada jenis kerosakan turapan. Kaedah pemulihan
boleh dikategorikan kepada tiga (JKR dan REAM, 1998):
i) Penstoran semula (Restoration);
ii) Penurapan semula (Resurfacing); dan
iii) Pembinaan semula (Reconstruction).
Penstoran semula ialah proses di mana permukaan jalan yang rosak akan
dikembalikan dalam bentuk asal dengan beberapa teknik yang sesuai seperti
tampalan dan penutupan retak. Penurapan semula pula melibatkan penghamparan
lapisan permukaan yang baru ke atas lapisan asal yang mengalami kegagalan fungsi
atau struktur. Jalan yang gagal disebabkan oleh tapak jalan atau subgred yang
mengalami keadaan plastik memerlukan pembinaan semula (Che Ros, 2001).
2.3 Penyelenggaraan Jalan Kampung di Johor Bahru
2.3.1 Definisi Jalan Kampung
Jalan kampung dapat didefinisikan sebagai rangkaian jalan yang meliputi
jalan-jalan berikut (Mohd Saiful Affendi, 2001):
i) Jalan-jalan yang menyambung sesebuah kampung kepada jalan luar
bandar dan jalan utama;
7
ii) Jalan-jalan yang menyambung sesebuah kampung ke sebuah kampung
yang lain; dan
iii) Jalan-jalan yang menjadi jalan rangkaian yang menyambung rumah-
rumah, dan pusat-pusat perkhidmatan dalam sesebuah kampung.
Rajah 2.1 menunjukkan struktur lapisan jalan kampung mengikut kaedah
konvensional yang terdiri daripada lapisan subgred, lapisan tapak jalan, dan lapisan
turapan. Reka bentuk jalan kampung bagi kaedah ini ditunjukkan dalam Lampiran
A (Mohd. Saiful Affendi, 2001).
Rajah 2.1: Struktur konvensional
2.3.2 Infra Desa (Johor)
Infra Desa (Johor) ialah sebuah agensi yang kini giat melaksanakan kerja-
kerja penyelenggaraan sepanjang 1763 km jalan-jalan kampung di seluruh pelusuk
negeri Johor. Dalam program ini, Infra Desa (Johor) telah melantik lebih kurang 200
kontraktor kecil untuk melaksanakan kerja-kerja menaik taraf dan menyelenggara
jalan-jalan tersebut agar lebih tersusun dan bersepadu.
Dari segi kewangan, Infra Desa (Johor) telah diperuntukkan sejumlah
belanjawan dari Kerajaan Pusat melalui Pejabat Pembangunan Negeri, dan program
perlaksanaan dianggarkan mengambil masa 20 tahun.
50 mm turapan
Tanah terpadat
150 mm batu pecah
8
2.4 Tampalan
Tampalan merupakan kaedah membaik pulih atau penstoran jalan yang paling
lazim dipraktikkan di Malaysia termasuk bagi jalan-jalan kampung. Tampalan ialah
kaedah di mana bahagian permukaan jalan yang rosak akan diganti dengan campuran
berbitumen yang sesuai dan dipadatkan seperti keadaan asal. Kaedah tampalan
digunakan untuk membaik pulih kegagalan seperti lelubang (pothole), retak
(cracking), pengikisan (raveling), kerja-kerja korekan utiliti, dan sebagainya
(Roberts et.al, 1994).
Terdapat dua jenis campuran tampalan yang digunakan di Malaysia iaitu
campuran panas (hot mix asphalt) dan campuran sejuk (cold mix asphalt).
Kebiasaannya campuran panas digunakan sebagai tampalan kekal manakala
campuran sejuk untuk tampalan sementara. Campuran panas boleh didapati dari
kuari-kuari yang menyediakan campuran panas bagi turapan jalan raya manakala
campuran sejuk boleh didapati dari firma-firma yang menghasilkannya.
Tampalan boleh dibahagikan kepada dua iaitu tampalan untuk sebahagian
kedalaman (partial depth patches) dan tampalan keseluruhan kedalaman (full depth
patches). Tampalan sebahagian kedalaman melibatkan pembuangan lapisan turapan
lama yang rosak dan diganti dengan turapan baru manakala tampalan keseluruhan
kedalaman adalah bagi kerosakan yang melibatkan lapisan bawah seperti sub tapak
jalan dan subgred. Oleh itu, lapisan jalan yang rosak akan dibuang hingga ke sub
tapak atau subgred dan kemudiannya diganti dengan lapisan struktur jalan yang baru
(Roziawati, 2001).
Tampalan sebahagian kedalaman biasanya sesuai untuk membaik pulih
kerosakan seperti retak gelinciran (slippage cracking), alunan (corrugation), dan
penyodokan (shoving). Tampalan keseluruhan kedalaman selalunya dipraktikkan
untuk membaik pulih lelubang (pothole), dan retak buaya (alligator cracking)
(Roberts et.al, 1994).
9
2.5 Perbezaan Campuran Panas dan Campuran Sejuk Bagi Tampalan
Di Malaysia, campuran panas digunakan secara lebih meluas berbanding
campuran sejuk untuk kerja-kerja tampalan jalan. Campuran panas terdiri daripada
bahan yang lazimnya digunakan untuk pembinaan jalan raya iaitu agregat dan
bitumen. Manakala bagi campuran sejuk pula, bitumen emulsi digunakan bagi
mengganti bitumen biasa. Terdapat banyak perbezaan antara campuran sejuk dan
campuran panas yang digunakan untuk menampal jalan.
Campuran panas boleh didapati di kuari-kuari berhampiran dan campuran ini
biasanya dihasilkan apabila diperlukan untuk tujuan tampalan. Campuran ini akan
dimuatkan dalam sebuah lori dan dibawa ke tapak dalam keadaan panas. Suhu
campuran pula hendaklah sentiasa dijaga supaya kerja tampalan dapat dilakukan
dengan sempurna. Campuran panas digunakan untuk kerja tampalan kekal dan ia
melibatkan pekerja yang agak ramai.
Berbeza daripada campuran panas, campuran sejuk biasanya digunakan untuk
kerja tampalan sementara atau kerja-kerja kecemasan dan kemudiannya akan
digantikan dengan campuran panas untuk tampalan kekal. Campuran sejuk
dikeluarkan oleh firma-firma yang menghasilkannya dan biasanya dijual di dalam
beg atau guni, dan dram. Campuran sejuk boleh disimpan sehingga ia diperlukan
untuk kerja-kerja tampalan. Biasanya, tempoh simpanan adalah antara 6-12 bulan
dan tidak boleh lagi digunakan selepas beberapa tempoh waktu. Selain daripada
harga yang lebih murah berbanding campuran panas, hanya dua atau tiga pekerja
yang diperlukan untuk menjalankan kerja-kerja penampalan.
2.6 Jenis-jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Boleh Di Baik Pulih dengan
Kaedah Tampalan
Terdapat pelbagai jenis kerosakan atau kegagalan permukaan jalan yang
memerlukan kerja-kerja penyelenggaraan. Berikut adalah antara kegagalan jalan
10
yang telah dikenal pasti dapat dibaik pulih dengan kaedah tampalan (Jabatan Kerja
Raya, 1997):
i) Lelubang (Pothole);
ii) Retak (Cracking);
iii) Pengikisan (Raveling);
iv) Lekukan (Depression); dan
v) Penyodokan (Shoving).
2.6.1 Lelubang
Lelubang ialah pembentukan lubang seperti mangkuk pada turapan jalan dan
berpunca daripada kehilangan lapisan haus dan pengikat. Lelubang terbentuk apabila
beban daripada lalu lintas memecahkan turapan dan membenarkan air memasuki
turapan dan seterusnya mempercepatkan proses penyepaian (Che Ros, 2001). Rajah
2.2 menunjukkan lelubang yang terbentuk pada permukaan jalan.
Rajah 2.2: Lelubang
2.6.2 Retak
Retak ialah rekahan yang berpunca daripada kegagalan patah pada
permukaan turapan dan boleh berlaku dalam pelbagai bentuk contohnya seperti
Rajah 2.3. Keretakan berlaku akibat faktor-faktor seperti tekanan daripada beban
gandar, perubahan suhu dalam lapisan-lapisan jalan, serta kandungan lembapan yang
11
berlebihan. Terdapat pelbagai jenis retak contohnya retak buaya (alligator