KAJIAN LAPANGAN GEOGRAFI ALAM SEKITAR MANUSIA Tema 2 : Pembangunan Ekonomi dan Impak Alam Sekitar Kajian Mengenai Jenis Pembangunan Ekonomi dan “ Impak Alam Sekitar di Kawasan Sekitar Pusat Pemuliharaan Gajah & Institut Biodiversiti, Lanchang, Pahang. ” Kelas : 6 AA Kumpulan 1 Ahli-ahli: 1] HOR KAH LOON 2] ERNA SUZANA 3] NUR HAMIZAH 4] LEONG KAH WEI 5] KALPANA Ringkasan Eksekutif
17
Embed
Kajian Lapangan Geografi STPM KHS 2010 - Kumpulan 1
Tema 2 : Pembangunan Ekonomi dan Impak Alam Sekitar “ Kajian Mengenai Jenis Pembangunan Ekonomi dan Impak Alam Sekitar di Kawasan Sekitar Pusat Pemuliharaan Gajah & Institut Biodiversiti, Lanchang, Pahang. ” Kelas : 6 AA Kumpulan 1 Ahli-ahli: 1] HOR KAH LOON 2] ERNA SUZANA 3] NUR HAMIZAH 4] LEONG KAH WEI 5] KALPANA
Ringkasan Eksekutif Secara keseluruhan, kajian lapangan ini ialah mengenai pembangunan ekonomi dan impak alam sekitar terhadap kawasan
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
KAJIAN LAPANGANGEOGRAFI ALAM SEKITAR MANUSIA
Tema 2 : Pembangunan Ekonomi dan Impak Alam Sekitar
“ Kajian Mengenai Jenis Pembangunan Ekonomi dan Impak Alam Sekitar di Kawasan Sekitar Pusat Pemuliharaan Gajah & Institut
Biodiversiti, Lanchang, Pahang. ”
Kelas : 6 AA
Kumpulan 1
Ahli-ahli:
1] HOR KAH LOON2] ERNA SUZANA3] NUR HAMIZAH4] LEONG KAH WEI5] KALPANA
Ringkasan Eksekutif
Secara keseluruhan, kajian lapangan ini ialah mengenai pembangunan ekonomi dan impak
alam sekitar terhadap kawasan sekitar Pusat Pemuliharaan Gajah di Lanchang, Pahang. Kami
telah berpeluang melakukan aktiviti seperti menunggang gajah, memandikan gajah dan
memberi makan kepada gajah. Kesemua aktiviti ini telah membolehkan kami berinteraksi
dengan lebih dekat terhadap gajah-gajah yang terdapat di Pusat Pemuliharaan Gajah ini.
Berdasarkan kajian, kami mendapati penduduk setempat terdiri daripada dua komuniti orang
Asli yang tinggal di sekitar Rezab Hidupan Liar Krau iaitu: masyarakat Che Wong dan Jah
Hut. Masyarakat Che Wong menggunakan tumbuhan hutan sebagai ubatan. Masyarakat Jah
Hut pula ialah masyarakat yang terkenal dengan hasil kraftangan termasuk ukiran dan
anyaman, ada di antara mereka yang berkhidmat di bahagian pentadbiran di pejabat-pejabat
kerajaan atau sebagai buruh pembalakan. Ternyata pembangunan ekonomi seperti aktiviti
pelancongan telah mewujudkan banyak peluang pekerjaan kepada penduduk setempat yang
mahir dengan kwasan sekitar mereka. Secara tidak langsung, kami telah dapat mengenal pasti
jenis-jenis aktiviti pelancongan di Kuala Gandah seperti yang terdapat dalam objektif kajian
ini. Seterusnya, kami telah dapat melakukan kaedah temu bual terhadap seorang kakitangan
Institut Biodiversiti Lanchang, Pahang dan berkesempatan melawat laman sesawang beliau
untuk memenuhi kajian lapangan ini. Walau bagaimanapun, kami mendapati terdapat kesan
negatif akibat daripada aktiviti pelancongan terhadap alam sekitar fizikal setempat. Oleh itu,
kami berusaha mencari cadangan tentang langkah-langkah mencegah masalah yang terdapat
di kawasan kajian tersebut. Selain itu, kajian lapangan ini telah menanamkan semangat
cintakan alam sekitar terhadap pelajar-pelajar tingkatan 6 atas. Kami bukan sekadar
menjalakan kajian, malahan turut mempelajari tentang kepentingan kepelbagaian biologi di
bumi. Ringkasnya, setiap hidupan di muka bumi ini memainkan peranan dalam
menyeimbangkan kitaran semulajadi terhadap sistem hidrologi, ekologi, atmosfera dan
geomofologi. Konklusinya, kajian lapangan ini mengandungi butir-butir dapatan kajian
tentang sumbangan kegiatan ekonomi pelancongan seperti pengwujudan Taman Negara
Pahang, DEERLAND dan Pusat Pemuliharaan Gajah yang menarik kedatangan pelancong
asing ke kawasan sekitar kajian ini.
1.0 Pengenalan
Kajian lapangan atau kajian luar ini telah dijalankan pada 29 Mac 2010 bersamaan hari Isnin
di kawasan yang bersifat mikro, iaitu sekitar Institut Biodiversiti & Pusat
Pemuliharaan/Konservasi Gajah, Jabatan PERHILITAN, Kuala Gandah, 28500 Lanchang,
Pahang Darul Makmur, MALAYSIA. Pusat Pemuliharaan Gajah ini giat memberi kesedaran
kepada orang ramai tentang kepentingan memelihara dan memulihara alam sekitar. Para
pelawat digalakkan untuk menonton dokumentari tentang proses pemindahan semula gajah
liar yang dilakukan pada tahun 1996 dengan kerjasama krew ‘National Geographic’.
Seterusnya, program khas turut disediakan untuk rombongan sekolah. Kami telah dibahagikan
kepada beberapa kumpulan semasa menjalankan kajian ini. Selain itu, kami turut diberi
ceramah ringkas semasa di dalam ‘Bilik Kuliah Merak’ ketika lawatan di Institut Biodiversiti.
Sehubungan dengan itu kami telah mencatat pelbagai informasi berguna untuk direkodkan
bagi menyempurnakan kajian lapangan ini. Oleh itu, kami akan menghuraikan tentang kaedah
kajian, memperincikan lebih lanjut lagi tentang kawasan kajian, dan menyelaras dapatan
kajian ketika melakukan pelbagai aktiviti di kawasan kajian ini. Kajian lapangan ini
digunakan untuk mempersembahkan laporan agar kami terdedah dengan kajian empirikal di
lapangan yang melibatkan aspek-aspek seperti pemerhatian, pemerolehan data, pengujian
hipotesis tentang kesan aktiviti manusia, serta menganalisis. Kami telah memberi tumpuan
terhadap faktor yang menyumbang kepada kegiatan sosioekonomi penduduk setempat dan
mengenal pasti kesan aktiviti pelancongan terhadap alam sekitar fizikal di kawasan kajian.
Justeru itu, kajian ini amat berguna kerana dapat mengukuhkan kefahaman kami tentang teori
yang dipelajari dalam subjek geografi dan menyatukannya dengan realiti yang telah disatukan
dalam rangka kerja geografi yang menarik.
1
2.0 Objektif Kajian
Kajian ini bertujuan untuk:
1) Mengenal pasti jenis-jenis aktiviti pelancongan di Kuala Gandah.
2) Menilai sumbangan kegiatan ekonomi pelancongan terhadap sosioekonomi penduduk setempat.
3) Mengenal pasti kesan aktiviti pelancongan terhadap alam sekitar fizikal setempat.
4) Mencadangkan langkah-langkah mencegah masalah atau kesan kegiatan ekonomi pelancongan.
2
4.0 Kaedah Kajian
1) Pemerhatian dan pencerapan.
Pemerhatian dan pencerapan di kawasan lapangan dilakukan bagi mengenal pasti
jenis-jenis tanaman yang ditanam di sekitar dan jenis kegiatan sosioekonomi penduduk serta
kesannya terhadap alam sekitar fizikal dan alam sekitar manusia. Antara kesan yang telah
diperhatikan ialah perubahan landskap, pencemaran air dan perkembangan kegiatan
pelancongan di Kuala Gandah. Kami menggunakan kamera sebagai peralatan dalam kajian
untuk melakukan pemerhatian.
2) Temu bual.
Temu bual telah dijalankan terhadap seorang kakitangan Institut Biodiversiti Lancang,
Pahang iaitu Encik Mujahidin yang telah bermurah hati memberi kami maklumat tentang
kawasan kajian kami. Beliau turut memberikan laman sesawang beliau iaitu
http://pokding.blogspot.com/
3) Rujukan sumber sekunder.
Laman web rasmi Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman
Negara(PERHILITAN) http://www.wildlife.gov.my/ telah kami lawati bagi menambahkan
lagi pengetahuan kami tentang pentingnya memulihara biodiversiti negara. Selain itu kami
turut merujuk laman web berita seperti Berita Pahang dan BERNAMA.