Kajian Kemahiran Literasi Maklumat di Kalangan Pengguna … · 2016. 3. 30. · Kajian Kemahiran Literasi Maklumat di Kalangan ... perpustakaan dengan ilmu literasi maklumat supaya
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Kajian Kemahiran Literasi Maklumat di Kalangan Pengguna Perpustakaan Negara Malaysia
Kajian menunjukkan bahawa 87.7% (118 responden) memilih Internet sebagai sumber rujukan
yang paling banyak digunakan dalam kajian mereka. Ini dikuti oleh buku sebanyak 67.4% (186
responden). Agak menyedihkan hanya 31.9% dan 15.9% responden memilih jurnal dan tesis
sebagai sumber maklumat mereka.
KESIMPULAN
Kajian ini bertujuan untuk melihat tahap literasi maklumat pengguna PNM dan untuk membantu
PNM membangunkan Program Literasi Maklumat dengan baik dan berkesan dalam menyokong
hasrat kerajaan untuk mempromosi pembelajaran sepanjang hayat iaitu salah satu elemen penting
didalam mewujudkan masyarakat bermaklumat.
Secara keseluruhannya di dapati bahawa pengguna PNM masih tidak mempunyai kemahiran
literasi maklumat yang baik terutama dari segi elemen asas pencarian maklumat, penilaian
maklumat dan kesedaran terhadap undang-undang dan etika penggunaan maklumat. Berikut
adalah keputusan berdasarkan tema.
Tema Keputusan Masalah Dikenalpasti
Pencarian · 39.9% memilih subjek untuk cari Kurang pengetahuan dalam controlled Maklumat maklumat mengenai Mahathir vocabulary di dalam Pangkalan Data
· 41.3% dan 43.8% pilih kat a kunci dan dan kesalahan dalan penggunaan subjek sebagai cara terbaik cari buku. Boolean AND
· 34% memilih dengan betul operator AND
Ciri-ciri dokumen · 43% dapat mengenalpasti petikan jurnal Tiada kebolehan untuk mentafsirkan jurnal ilmiah atau ciri-ciri sesuatu karya
Penilaian Maklumat · 33.3% memilih Kelayakan Pengarang Kurang pengetahuan di dalam menilai untuk menilai sumber maklumat. sumber maklumat
Sumber Maklumat · 31.9% dan 15.9% memilih jurnal dan Kurang pengetahuan dalam memilih tesis sebagai sumber maklumat utama sumber maklumat yang tepat , sahih
dan sah
Undang-undang · 26.1 % memilih jawapan yang betul Kurang pengetahuan dalam Akta Hak dan etika bahawa mereka perlu mendapatkan Cipta penggunaan kebenaran untuk meletakkan lagu tema maklumat Ombak Rindu dalam laman web mereka.
Berdasarkan kepada analisis dan terjemahan kajian, projek ini mencadangkan:
1. Mewujudkan Program Literasi Maklumat khusus untuk pengguna PNM. Program ini boleh
dilaksanakan pada hujung minggu. Modul program mesti lah menekankan as as pencarian
maklumat, penilaian maklumat dan undang-undang dan etika penggunaan maklumat.
2. Mewujudkan kursus literasi maklumat secara atas tal ian. Kajian mendapati bahawa
kebanyakkan pengguna PNM lebih gemar menggunakan teknologi maklumat untuk mencari
maklumat. PNM boleh menawarkan kursus literasi maklumat secara atas talian yang
menekankan kepada aspek asas pencarian maklumat seperti Boolean.
3. Pembangunan kemahiran literasi maklumat kepada kakitangan PNM. Ini adalah elemen yang
sangat penting untuk menghasilkan program literasi maklumat yang berkesan. Kakitangan
yang terlibat perlu memperbaiki kemahiran maklumat dan kemahiran mengajar.
4. Persepakatan pintar dengan organisasi/institusi kerajaan dan swasta. PNM harus sedar bahawa
program literasi maklumat seharusnya diajar kepada orang ramai yang memerlukannya.
PNM seharusnya mengadakan kerjasama dengan pelbagai institusi dimana mereka boleh
menghadiri program literasi maklumat di mana-mana sahaja seperti di pusat-pusat belia dan
sukan, rumah-rumah kebajikan, pusat-pusat serenti, dan pusat-pusat komunit i.
PENUTUP
Hasi l kajian menunjukkan bahawa Perpustakaan Negara Malaysia menghadapi cabaran yang
besar di dalam membangunkan kompetensi kemahiran maklumat di kalangan penggunanya.
PNM perlu bertindak dengan agresif di dalam menawarkan latihan kemah iran maklumat kepada
penggunanya. Kajian membuktikan bahawa pengguna-pengguna PNM tidak mempunyai tahap
kemahiran literasi maklumat yang baik. Oleh itu, PNM seharusnya bertindak lebih jauh dengan
bekerjasama dengan semua institusi lain untuk menyebarkan kemahiran literasi maklumat di
kalangan penduduk Malaysia.
BIBLIOGRAFI
American Library Association. (2008). Information literacy. Diakses pada 20 Mei 2012 dari: www.ala.org/ala/ acrl/acrlproftoo/s/informationliteracy.htm - 25k - 2007-07-05
Association of College and Research Library. (2000). Information literacy. Diakses pada 20 Mei 2012 dari: http://www. ala. org/ ala/ acrl/ acrlstandards/ standards. pdf
Bahagian Teknologi Pendidikan (2012). Pengurusan Sumber Pendidikan. Diakses pada 20 Mei 2012 dari: http://bibliografi.moe.edu.my/SumberPendidikan/index.php/faqs/213-literasi-maklumat.html
Behrens, Shirley. (1994). A conceptual analysis and historical overview of information literacy. College and Research Library. 55(4), 309-320
Chan, J. & Dudley, J.(2009). Information literacy and public libraries, inCite, 30(1/2), p.18
Che Norma Bahri (2004). Program literasi maklumat diperpustakaan akademik: Satu tinjauan kaedah
dan pencapaian (Information literacy programmes in academic libraries: a review of methods and achievements). Paper presented at Seminar Kebangsaan Perpustakaan Malaysia.
Goodman, J. (2009). Web 2.0 and public libraries: Essential innovation requires a national solution, Aplis, 22(3) ,1 04-105
Harding, J. (2008). Information literacy and the publ ic library: We've talked the talk, but are we walking the walk?, Australian Library Journal.
Harding, J. (2008). Information literacy and the public library. Aplis, 21(4),157-167.
Jingxia, Li (2002). The public library and citizens' information literacy education in China. A case study of
Wuhan area, China.IFLA Council and General Conference: Conference Programme and Proceedings , 18-24 August 2002. Glasgow, Scotland.
Jul ien, H., & Hoffman, C. (2008). Information literacy training in Canada's publ ic libraries. Library Quarterly, 78(1), 19-41.
King , Lizette. (2007). Information literacy of incoming undergraduate arts students at the Univeristy of the Western Cape: assessment of competencies and proficiencies. PhD Thesis, University of Western
Cape
Lai, Horng-Ji (2011). Information literacy training in public libraries: a case from Canada. Educational Technology and Society, 14(2), 81-88.
N.N. Edzan (2008). Information literacy development in Malaysia: a rev iew. Libri, 58, 265-280.
Pieper, L. (2010). Information literacy in public libraries.ALlA Access, 1-3 September 2010, Brisbane, Austral ia.
Pustaka Negeri Sarawak (2012). Program kemahiran literasi maklumat. Diakses pada 23 Mei 2012 dari:
Skov, A (2004), Information literacy and the role of public libraries, electronic version , Scandinavian Public Library Quarterly, 37(3), 4-7
Salma Chowdry (July/Disember 2011) "The Information Literacy Education Readiness of Central Publ ic Library (CPL) in Dhaka of Bangladesh. International Journal of Information Science and Management, 1 (2),22-44
Ward, D. (2006). Revisioning information literacy for lifelong meaning. Journal of Academic Librarianship, 32(4) , 396-402.
Webber, S. and Johnston, B. (2003) "Information literacy in the United Kingdom: a critical review. " In: Basi li, C. (Ed) Information Literacy in Europe. Rome: Italian National Research Council. 258-283.