Bahagian ALatar Belakang Kanak-kanak
a) Nama : Mohd Danial Haikal Bin Zulkifli.b) Umur : 6 tahun,
10-4-2007c) Nama Bapa : Zulkifli Bin Manan.d) Pekerjaan Bapa :
Penoreh getahe) Kelulusan Akademik Bapa : Sijil Pelajaran Malaysia
(SPM)f) Nama Ibu : Norini binti Onan.g) Pekerjaan : Penoreh Getahh)
Kelulusan Akademik Bapa : Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)i) Bilangan
Adik-beradik : Anak Tunggal.j) Alamat Rumah : No. 70, Kampung Baru
Batu 28, Lenga, 84040, Muar, Johor Darul Takzim.k) Nama Tadika :
Tadika Kemas Kg Baru Batu 28.
l) Lokasi
Bahagian BPengenalan Bacaan Awal Kanak-kanak / BahasaPemerolehan
bahasa menurut Mangantar Simanjuntak (1989) (dalam Abdul Rasid Bin
Jamian 2002), bahasa sebagai satu sistem biologi yang wujud pada
sistem kognitif manusia dan pemerolehan bahasa ialah proses-proses
yang berlaku di dalam otak seseorang kanak-kanak sewaktu memperoleh
bahasa ibundanya. Pemerolehan bahasa pertama ini terjadi apabila
kanak-kanak yang belum pernah belajar bahasa apa pun mulai belajar
bahasa untuk pertama kali. Proses-proses yang berlaku sewaktu
kanak-kanak sedang memperoleh bahasa ibundanya terdiri daripada dua
jenis, yang pertama ialah perlakuan (performance) yang terdiri
daripada proses-proses pemahaman dan proses-proses pemerhatian dan
yang kedua ialah kecekapan (competence). Tay Meng Huat (2006) dalam
kajiannya mengatakan pemerolehan bahasa merupakan satu proses
perkembangan bahasa manusia. Kebiasaanya pemerolehan bahasa pertama
dikaitkan dengan perkembangan bahasa kanak-kanak manakala
pemerolehan bahasa kedua bertumpu kepada perkembangan bahasa orang
dewasa (Language Acquisition: On-line). Perkembangan bahasa
kanak-kanak pula bermaksud pemerolehan bahasa ibunda kanak-kanak
berkenaan. Namun terdapat juga pandangan lain yang mengatakan
bahawa terdapat dua proses yang terlibat dalam pemerolehan bahasa
dalam kalangan kanak-kanak iaitu pemerolehan bahasa dan
pembelajaran bahasa. Dua faktor utama yang sering dikaitkan dengan
pemerolehan bahasa ialah faktor nurture dan faktor nature. Namun
para pengkaji bahasa dan linguistik tidak menolak kepentingan
tentang pengaruh faktor-faktor seperti biologi dan persekitaran.
Kajian-kajian telah dijalankan untuk melihat sama ada manusia
memang sudah dilengkapi dengan alat biologi untuk kebolehan
berbahasa seperti yang didakwa oleh ahli linguistik NoamChomsky dan
Lenneberg ataupun kebolehan berbahasa ialah hasil daripada
kebolehan kognisi umum dan interaksi manusia dengan
persekitarannya.Mengikut Piaget (dalam Tay Meng Huat 2006), semua
kanak-kanak sejak lahir telah dilengkapi dengan alat nurani yang
berbentuk mekanikal umum untuk semua kebolehan manusia termasuklah
kebolehan berbahasa. Alat mekanisme kognitif yang bersifat umum
inilah digunakan untuk menguasai segala-galanya termasuklah bahasa.
Bagi Chomsky dan Miller pula, alat yang khusus ini dikenali sebagai
Language Acquisition Device(LAD) yang fungsinya sama seperti yang
pernah dikemukakan oleh Lenneberg yang dikenali sebagai Innate
Prospensity for Language. LAD dikatakan telah dimiliki oleh setiap
anak secara semula jadi dan dengan alat nurani ini akan membolehkan
kanak-kanak mampu memperoleh bahasa ibundanya dengan mudah dan
cepat. Menurut Atan Long (1978), (dalam Abdul Rasid Bin Jamian,
2002) kanak-kanak yang mempelajari bahasa pertama akan mengalami
dua peringkat penguasaan bahasa. Bahasa pertama adalah pada masa
kecil . Pada peringkat ini pertuturan kanak-kanak merupakan
kegunaan yang dihalakan kepada diri sendiri dan bukannya untuk
berhubung dengan masyarakat. Keadaan ini berterusan sehingga
kanak-kanak itu berumur 4 tahun. Dan bahasa pertama yang dipelajari
setelah peningkatan usia akan dipraktikkan di sekolah. Ini
membolehkan kanak-kanak bertutur dengan ahli masyarakat dan juga
ibu bapa dengan cara yang lebih baik dan berkesan.Juriah Long
(1993),(dalam Abdul Rasid Bin Jamain, 2002) pula mengatakan bahawa
keupayaan berbahasa merupakan salah satu aspek yang amat penting
dalam perkembangan kanak-kanak. Melalui pertuturan, kanak-kanak
boleh meluahkan perasaan dan pendapat mereka kepada orang lain
tanpa batasan. Proses pendidikan secara tidak formal ini lebih
berkesan terutamanya kepada kanak-kanak di peringkat prasekolah.
Walaupun sebahagian besar masa digunakan untuk bermain namun
pemilihan permainan mampu mendorong mereka untuk berinteraksi,
berfikir, merangsang naluri ingin tahu, memupuk daya kreativiti,
dan berdisiplin.Bagi Mangantar Simanjuntak (1982) (dalam Tay Meng
Huat 2006) pula, pemerolehan bahasa bermaksud penguasaan bahasa
oleh seseorang secara tidak langsung dan dikatakan aktif berlaku
dalam kalangan kanak-kanak dalam lingkungan umur 2-6 tahun. Hal ini
tidak bermakna orang dewasa tidak memperoleh bahasa tetapi kadarnya
tidak sehebat kanak-kanak. Pemerolehan bahasa dikaitkan dengan
penguasaan sesuatu bahasa tanpa disedari atau dipelajari secara
langsung iaitu tanpa melalui pendidikan secara formal untuk
mempelajarinya, sebaliknya memperolehnya dari bahasa yang
dituturkan oleh ahli masyarakat di sekitarnya.
Bahagian CKajianPengkaji telah membuat satu kajian terhadap
kanak-kanak yang bernama Mohd Danial Haikal Bin Zulkifli. Objektif
kajian ini adalah untuk mengenalpasti tahap bacaan dan kaedah
bacaan yang telah dipelajari oleh kanak-kanak tersebut. Pada
peringkat awal bacaan kanak-kanak, terdapat beberapa jenis kaedah
membaca yang boleh digunakan oleh guru untuk mengajar murid-murid.
Kaedah merupakan prosedur yang menyeluruh sesuatu aktiviti
pengajaran dan pembelajaran bahasa. Antara kaedah yang sering
digunakan oleh para guru ialah kaedah abjad, kaedah fonetik, kaedah
pandang sebut dan kaedah cerakinan atau suku kata. Kaedah yang
telah digunakan oleh penulis adalah abjad, pandang dan sebut (look
and say) dan nyanyian. Pengkaji telah medapati kanak-kanak tersebut
telah diajar membaca oleh gurunya menggunakan kaedah abjad. Kaedah
abjad ini merupakan kaedah klasik atau kaedah lama yang telah
digunakan oleh ramai guru dari dahulu sehingga kini. Kaedah ini
juga merupakan peringkat permulaan sebelum membaca. Pada permulaan
kaedah abjad, guru akan mengenalkan huruf vocal iaitu (a, e, i, o,
u,) dan konsonan (b, c, d, f, g, h, I, j, k, l, m, n, p, q, r, s,
t, v, w, x, y, z,) terlebih dahulu. Kemudian, barulah guru akan
memperkenalkan kesemua 26 huruf dan murid diajar nama huruf secara
teratur dalam abjad a hingga z. Di dalam rancangan pembelajaran
harian(RPH), huruf dimulakan dengan huruf a hinngga huruf z.
Kemudian latihan menulis dengan pengecaman abjad dilaksanakan dan
murid perlu menghafal setiap huruf. Setelah murid boleh menghafal
nama abjad, bunyi-bunyi huruf akan diajar kepada murid. Murid
diajar dengan huruf kecil dahulu dan diikuti dengan huruf besar,
contohnya a dan A. kemudian latihan menulis huruf kecil dan huruf
besar serta latihan memadankan huruf kecil dengan huruf besar
dipraktikkan. Setelah murid menguasai bunyi huruf dan hubungan
antara huruf dan perkataan, murid diajar membentuk dan membaca suku
kata contohnya (ba be bi bo bu hingga za ze zi zo zu) adalah
pengabungan bunyi vocal dan konsonan. Setelah itu guru akan
meneruskan dengan aktiviti mengeja suku kata dalam perkataan. Guru
akan mengaitkan gambar dengan sesuatu huruf. Sebagai contoh, a
untuk api, b untuk bola dan sebagainya.Selain itu, pengkaji juga
menggunakan kaedah pandang dan sebut (look and say) menggunakan kad
imbasan atau flash card, yang mana murid perlu membunyikan suku
kata berdasarkan gambar atau membunyikan ayat berdasarkan gambar.
Kaedah ini bartujuan supaya murid dapat membiasakan diri mengecam
perkataan tanpa perlu mengeja dan ia dapat memendekkan masa murid
untuk mengeja.
Bahagian DMasalah KajianDanial telah bersekolah di Sekolah
Tadika Kemas dan dia telah mengenal huruf serta sudah boleh membaca
suku kata. Tetapi Danial tidak dapat membezakan huruf b dan d
kerana huruf-huruf ini lebiih kurang sama. Ketika pengkaji meminta
Danial mengeja perkataan dagu, tetapi Danial mengeja dan
menyebutnya sebagai bagu. Di sini jelaslah bahawa Danial tidak
bapat membezakan huruf d dan b setelah beberapa kali
dibetulkan.Danial boleh membaca dan mengeja ayat berdasarkan suku
kata kv+kv dengan lancar seperti buku, bola dan sebagainya tetapi
bacaan abjad suku kata kv+kkv seperti bunga, singa dan sebagainya,
masih belum lancar. Pada pendapat pengkaji, mungkin Danial belum
belajar mengenai konsonan ng dan guru di sekolah belum mengajar
sampai peringkat itu. Ketika itu Danial seperti susah untuk mengeja
dan menyebut suku kata yang mempunyai konsonan ng seperti bunga,
singa dan sebagainya. Pengkaji juga mendapati Danial tidak tahu
menggunakan kaedah fonik kerana gurunya tidak mengajar kaedah
tersebut di sekolah, sebaliknya iaitu kaedah abjad. Ini menyebabkan
agak susah untuk Danial membunyikan huruf mengikut kaedah fonik
apabila diminta oleh pengkaji.Pada pendapat pengkaji, ibu bapa
Danial kurang mangikuti perkembangan anak mereka. Mereka seperti
bergantung sepenuhnya kepada pihak sekolah untuk memberi pendidikan
kepada anak mereka. Pada pemerhatian pengkaji, ibu dan bapa Danial
kurang memberi penekanan tentang pendidikan anak mereka dari segi
penyediaan bahan bacaan atau buku latihan tambahan dirumah. Apabila
pengkaji minta supaya Danial untuk mengeluarkan bahan bacaan
seperti buku mewarna, buku mengira ataupun buku cerita untuk
kanak-kanak, dia hanya mengeluarkan satu saja buku. Dan Danial
memberitahu pengkaji, bahawa dia hanya mempunyai satu buku saja
yang ada padanya di rumah.
Bahagian E Dapatan KajianHasil daripada kajian ini, pengkaji
mendapati bahawa Danial sudah mengenal 26 huruf kerana apabila
diminta supaya menyanyikan lagu ABC hingga Z, Danial dapat
nyanyikan dengan yakin dan lancar. Ini kerana Danial telah mula
bersekolah sejak berumur empat tahun. Danial juga tahu membezakan
huruf besar serta huruf kecil. Contohnya, apabila pengkaji meminta
Danial menunjukkan huruf m besar, dia dapat lakukan dengan baik.
Selain itu, Danial juga sudah mengenal huruf vokal iaitu a,e,i,o,u
dan konsonan kerana apabila pengkaji bertanya tentang huruf vokal,
Danial dapat menyebutnya dengan penuh semangat. Apabila Danial
diminta untuk menunjukkan mana huruf vokal dan huruf konsonan,
Danial dapat menunjukkan huruf yang betul. Danial juga boleh
mengeja dan mambaca suku kata kv+kv dengan lancar. Apabila diminta
membaca suku kata, Danial dapat mengeja suku kata kv+kv satu
persatu dengan lancar. Pada keseluruhan kajian Danial tiada masalah
mengeja dan membaca suku kata. Tetapi untuk suku kata yang
mempunyai konsonan ng, Danial seperti susah untuk mengeja kerana
tidak tahu bagaimana untuk menyebut suku kata ini.Ketika kajian
dijalankan Danial memberi kerjasama yang baik walaupun ketika itu
Danial kurang sihat kerana batuk. Danial adalah seorang kanak-kanak
yang aktif, petah berkata-kata dan cepat belajar sesuatu yang baru.
Danial sangat suka apabila ada orang dating ke rumah nya kerana
Danial hanya tinggal dengan ibu, ayah dan neneknya sahaja. Ini
menyebabkan dia selalu berasa bosan karena tiada teman untuk
bermain. Sebagai tambahan,Danial juga hafal beberapa doa antaranya
doa makan dan maknanya.
Bahagian FKesimpulanKesimpulannya, pada pendapat pengkaji Danial
adalah seorang kanak-kanak yang pintar jika diberi perhatian dan
didikan yang sewajarnya. Danial tidak mempunyai masalah untuk
mengenal huruf, dia boleh mengeja, membaca dan menulis dengan baik
kerana Danial seorang murid yang cepat tangkap apabila dia belajar
tentang sesuatu yang baru. Kajian ini menujukkan bahawa Danial
perlu diberi pendedahan kepada lebih banyak bahan bacaan untuk
meningkatkan kemahiran membacanya. Jika dilihat, dari kajian
mengeja suku kata Danial masih lagi belum mencapai tahap penguasaan
ejaan yang tinggi seperti kvkvkkv dan kvkkv kerana Danial tidak
tahu menyebut suku kata tersebut.Selain itu,pengkaji mencadangkan
supaya ibu dan bapa Danial memainkan peranan untuk memantau Danial
dari segi bacaan dengan meluangkan masa bersama-sama. Ibu dan bapa
Danial boleh membacakan buku cerita kepada Danial untuk meluangkan
masa bersama sambil itu Danial boleh meningkatkan tahap penguasaan
bacaannya.
RujukanMangantar, Simanjuntak. (1982). Pemerolehan Bahasa
Melayu: Bahagian Fonologi. JurnalDewan Bahasa. Ogos/September.
615-625.Tay Meng Guat.(2007).Pemerolehan Bahasa Kanak-Kanak.Satu
Analisis Sintaksis. Jabatan Pengajian Melayu.IPGM Kampus Batu
Lintang. Vua Yaletchumy A/p Subramaniam. ( 2000). Pemerolehan
Bahasa Di Kalangan KanakKanak Melayu.Universtiti Putra
Malaysia.
10