1.0 PengenalanKajian ini membincangkan aspek kajian teks sastera
klasik melayu iaitu Hikayat Raja Pasai. Teks ini dikatakan sebuah
kitab sastera sejarah Melayu yang tertua yang pernah dihasilkan di
alam Melayu sebelum munculnya Sejarah Melayu. Tidak keterlaluan
jika dikatakan bahawa hikayat inilah yang pertama menghasilkan gaya
sastera Melayu yang tersendiri, kemudiannya diikuti pula oleh karya
sastera yang lain. Justeru, Hikayat Raja Pasai, sememangnya
mendapat tempat tersendiri di kalangan para pengkaji sastera yang
mengundang untuk mengkajinya. Di antara sarjana Barat yang pernah
memilih teks ini sebagai bahan kajian mereka ialah R. Roolvink,
R.O. Winstedt, H. Hill, dan A.Teuw. Namun kebanyakan perbincangan
sarjana ini hanya tertumpu kepada aspek persejarahan dan
perbandingan teks.
Dalam kajian mereka, yang menarik perhatian ialah soal-soal
persamaan dan perbezaan antara Sejarah Melayu dengan Hikayat Raja
Pasai dari sudut isi kandungannya.Perbincangan beliau, membawa
kepada kesimpulannya bahawa teks ini lebih baik dianggap sebagai
hikayat yang bersifat romantis. Memang tidak dinafikan bahawa ada
persamaan antara Hikayat Raja Pasai dengan Sejarah Melayu di mana
cerita raja-raja Pasai yang terdapat dalam teks ini sama seperti
teks Sejarah Melayu. Cerita-cerita ini mengandungi tiga persoalan
iaitu asal usul, jurai geneologi raja Pasai dan sejarah pembukaan
negeri, kedatangan Islam dan peristiwa yang berlaku semasa dalam
pemerintahan kesultanan Pasai. Oleh itu, terbitnya buku ini,
perbincangan dalam bab pertama adalah mengenai sejarah perkembangan
tradisi lisan dan tulisan dalam kesusasteraan Melayu.Kesimpulannya,
kajian sesuatu teks klasik dapat mendekatkan kita dengan
karya-karya zaman dahulu. Mungkin pada masa kini bukan ramai
masyarakat yang cakna mengenai karya klasik. Sebagai guru, kita
harus memartabatkan karya-karya melayu tanah air dan memperkenalkan
karya tersebut kepada generasi muda pada masa hadapan.2.0 Kajian
Teks Hikayat Raja-Raja Pasai(Rujuk Lampiran)2.1Kajian Mengenai
Strategi Pemerengganan
Pemerengganan karangan mungkin kelihatan sebagai suatu perkara
yang mudah tetapi perkara ini tidak harus dipandang ringan. Semua
orang tahu bahawa pendahuluan, setiap isi dan penutup harus
ditempatkan di perenggan-perenggan yang berbeza. Walau bagaimanapun
pemerengganan karangan meliputi kemahiran yang lebih daripada itu.
Pelajar harus bijak dalam menyusun isi-isi mengikut urutan
kepentingan dan logiknya. Pemerengganan isi harus bergerak daripada
yang paling penting kepada yang kurang penting. Pemerengganan
menjadi lebih kompleks dalam karangan-karangan tertentu. Sebagai
contoh sebuah surat kiriman mempunyai perenggan pembuka surat,
pengenalan, jambatan, pendahuluan, isi-isi, penutup isi dan penutup
surat. Kekompleksan yang sama juga dapat diperhatikan dalam
karangan ulasan dan rencana. Para pelajar perlu memahami peranan
dan kandungan yang perlu dimuatkan di dalam setiap perenggan
tersebut.
Kesimpulannya bolehlah dikatakan bahawa penulisan karangan
merupakan satu tugasan yang memerlukan pelbagai kemahiran. Pendek
kata tidak ada satu kemahiran atau aspek khusus yang boleh menjamin
kecemerlangan sesebuah karangan. Sebaliknya kecemerlangan karangan
bergantung kepada perancangan yang teliti serta pengabungjalinan
pelbagai kebolehan dankemahiran.Analisi kajian strategi
pemerengganan Hikayat Raja Pasai dibuat melalui tiga perenggan
utama iaitu perenggan pengenalan, pengembang dan penutup.
Ketiga-tiga perenggan ini amat penting bagi memastikan cerita yang
akan disampaikan dapat difahami oleh pembaca dengan baik. Tambahan
lagi, cerita hikayat merupakan sebuah kisah zaman dahulu yang
mungkin membosankan pembaca tetapi sekiranya isi yang ingin
disampaikan dapat disusun dengan baik tidak mustahil cerita ini
mampu menarik ramai pembaca untuk membacanya.Perenggan
Pengenalan
Perenggan pengenalan mempunyai fungsi tarikan yang penting
kerana ia akan menentukan sama ada pembaca berminat untuk
meneruskan pembacaan atau tidak. Selain itu perenggan pengenalan
mesti menggambarkan tajuk karangan dan pernyataan penulis tentang
tujuan penulisannya. Pengenalan yang menarik akan mengundang minat
pembaca untuk menelaah karangan sehingga tamat. Isi perenggan
pemulaan bertujuan mengutarakan aspek pokok perbincangan dan
memberi latar belakang penting tentang tajuk yang ditulis. Manakala
pengenalan yang lemah dan membosankan akan memudarkan minat pembaca
dan sekali gus menunjukkan kegagalan seseorang pengarang. Perenggan
pengenalan dapat dibina melalui teknik-teknik berikut, iaitu:
i. Kutipan, peribahasa, anekdot
ii. Pendapat atau pernyataan seseorang tokoh
iii. Menyatakan maksud dan tujuan penulisan
iv. Mengemukakan pertanyaan
v. Catatan pengalaman peribadiContoh Perenggan Pengenalan
Berdasarkan Hikayat Raja Pasai
Teknik yang telah digunakan dalam perenggan di atas ialah teknik
kutipan iaitu dapatan yang telah dikumpul oleh penulis mengenai
cerita hikayat tersebut. Ia dapat dilihat melalui ayat, Hikayat
Raja Pasai bermula dengan kisah dua orang raja yang bersaudara,
iaitu Raja Ahmad dan Raja Muhammad. Di sini kita dapat lihat bahawa
penulis ingin memulakan cerita dengan memberitahu pembaca mengenai
siapakah hikayat yang sedang mereka baca ini ditujukan.
Selain itu, penulis juga telah memperkenalkan negeri yang
raja-raja tersebut baru buka dan menemui bayi. Mereka telah
mengambil bayi tersebut untuk dijadikan anak angkat mereka.
Contohnya, Pada awalnya, mereka ingin membuka negeri di
Samarlangga. Ketika menebas hutan untuk membuka negeri, Raja
Muhammad telah menemui seorang kanak-kanak perempuan dari sebuah
pokok buluh. Lalu dia mengambil kanak-kanak itu, dan menjadikannya
sebagai anaknya sendiri. Kanak-kanak itu dinamakan Puteri Betung.
Raja Ahmad pula mendapat seorang anak lelaki yang dijaga oleh
seekor gajah. Anak lelaki itu dinamakan Merah Gajah. Melalui
penerangan ini saya dapati penulis telah meringkaskan
keseluruhannya cerita mengenai kewujudan anak-anak mereka
sehinggalah dengan memperkenalkan watak lain pula iaitu Merah Silau
dan Merah Hasum.
Dengan wujudnya, watak tersebut pembaca akan tertanya-tanya
siapakah mereka dan apakah kaitannya dengan Hikayat Raja Pasai.
Oleh itu, pembaca haruslah meneruskan pembacaannya dengan helaian
berikutnya untuk mengetahui cerita selanjutnya. Dengan ini, saya
dapati penulis telah berjaya menarik minat pembaca untuk mengetaui
apa yang akan berlaku seterusnya.
Rumusannya, perenggan pengenalan amat penting bagi memastikan
tujuan utama hikayat ini ditulis supaya pembaca akan lebih
tertanya-tanya dan ingin mengetahui isi seterusnya. Selalunya,
perenggan ini tidaklah terlalu panjang dan terlalu pendek kerana
jika terlalu pendek isi yang ingin disampaikan tidak disampaikn
sepenuhnya. Pembaca selalunya akan menilai sebuah cerita melalui
pengenalannya. Jika pengenalan sudah hambar sudah pasti pembaca
tidak berminat untuk meneruskan pembacaan.Perenggan Pengembang/
Badan Karangan Perenggan pengembang bertujuan menjelaskan pokok
perbincangan yang sebelumnya telah dinyatakan dalam perenggan
permulaan. Perenggan pengembang berfungsi sebagai:
i. mengemukakan inti persoalan
ii. memberi ilustrasi dan contoh
iii. menjelaskan hal yang akan dibicarakan pada perenggan
berikutnya
iv. meringkas atau mengejapkan isi perenggan sebelumnya
v. mempersiapkan dasar atau landasan bagi kesimpulan
Sehubungan peranan tersebut, perenggan pengembang yang bermutu
harus mengandungi ciri-ciri berikut, iaitu:
i. Ayat topik yang berkait langsung dengan pernyataan tesis
(ayat tesis).
ii. Mengandungi bukti yang sahih seperti fakta, contoh,
deskripsi fizikal dan pengalaman sendiri.
iii. Menggandingkan maklumat lama dan maklumat baharu.
iv. Mengandungi ayat penyangga yang memberi penerangan dan
gambaran tentang ayat topik dalam sesebuah perenggan.
v. Mengandungi kesinambungan idea antara perenggan dengan
perenggan dan ayat dengan ayat.
Perengan pengembangan amat penting dalam sesebuah hikayat dan
cerita kerana melalui perenggan ini banyak maklumat penting yang
ingin disampaikan kepada pembaca dapat diberitahu. Sebagaimana
dalam Hikayat Raja Pasai di mana penulis ingin memberitahu mengenai
kezaliman seorang raja yang sanggup membunuh keluarga sendiri untuk
membalas dendam dan kepentingan peribadi. Hal ini dapat dilihat
dalam petikan di bawah.
Perenggan di atas, jelas sekali kezaliman yang dilakukan oleh
Merah Gajah yang sanggup melakukan apa sahaja termasuk membunuh
isterinya bagi mendapatkan uban emas. Dalam perenggan tersebut juga
penulis telah meringkaskan cerita dengan memberitahu bahawa Raja
Muhammad juga telah membunuh Merah Raja kerana terlalu marah
mengenai kematian anaknya. Setelah kejadian itu, Raja Ahmad pula
melancarkan perang terhadap Raja Muhammad sehingga menyebabkan
kedua-dua raja tersebut menemu ajal. Dalam satu perenggan sahaja
pembaca telah mengetahui sebab kematian meraka semua. Di sebabkan
dendam dan ketamakan harta, seorang raja sanggup membunuh ahli
keluarga sendiri.
Teknik Menulis Perenggan Terdapat pelbagai teknik menulis
perenggan bergantung kepada jenis dan motif karangan. Perhatikan
teknik-teknik perenggan berikut yang telah diaplikasikan ketika
penulis menulis Hikayat Raja Pasai tersebut.Teknik Kontras Masa
Teknik kontras masa digunakan bertujuan untuk menceritakan
mengenai pemerintahan siapakah apa masa tersebut. Setiap
pemerintahan telah diambil alih oleh keturunan raja tersebut pada
masa-masa tertentu sehinggalah berlakunya zaman kejatuhan Pasai.
Contoh ayat , Pemerintah negeri Pasai diakhiri oleh Sultan Ahmad
Perumudal Perumal kerana berlakunya zaman kejatuhan Pasai.Teknik
Urutan Ruang
Ciri- ciri yang menunjukkan teknik ruang digunakan ialah negeri
Samudera, negeri Barus, Lamuri dan Perlak. Di sini dapat kita
huraikan bahawa rombongan mencari negeri Samudera yang telah
diwasiatkan oleh Nabi Muhammad S.A.W. telah terlajak ke negeri
Barus, Lamuri dan Perlak sebelum menjumpai negeri
Samudera.Kepelbagaian Teknik Dalam Perenggan Kita telah belajar
bahawa terdapat pelbagai teknik yang boleh diaplikasi dalam
sesebuah perenggan. Tambahan lagi. dalam sebuah perenggan terdapat
pelbagai teknik yang boleh digandingkan untuk menghasilkan sebuah
perenggan yang bermutu. Pengarang yang mahir tidak bergantung
kepada satu teknik sahaja, tetapi akan mencantumkan pelbagai teknik
untuk memberi kesan kepada pembaca. Oleh sebab itu, apabila kita
membincangkan strategi pemerengganan, kita mestilah melihat dalam
konteks yang luas, misalnya:
Seperti dinyatakan terdahulu bahawa teknik yang digunakan dalam
perenggan di atas adalah jenis uratan waktu, tetapi kita juga boleh
menyatakan bahawa terdapat satu lagi teknik yang digunakan oleh
pengarang, iaitu teknik urutan ruang. Antara ciri teknik ini ialah
Samudera, Menggiri, Mekah, Madinah dan Hijaz. Jelas bahawa semua
lokasi-lokasi ini merupakan ruang dalam skala besar, iaitu sebuah
negeri (Madinah, Samudera, Mengiri), negara (Mekah), dan wilayah
(Hijaz). Kesimpulannya, sesebuah perenggan boleh mengandungi lebih
daripada satu teknik. Kebijaksanaan menggandingkan pelbagai teknik
dalam satu perenggan memerlukan latihan, kemahiran dan pembacaan
yang meluas tentang selok belok penulisan.
Perenggan Penutup Perenggan penutup berbeza dengan perenggan
lain kerana fungsinya menyimpulkan buah fikiran dalam satu atau dua
perenggan sahaja. Selain itu perenggan penutup merupakan kesimpulan
bagi seluruh isi karangan. Perenggan ini juga merupakan pernyataan
kembali maksud penulis dengan tujuan mengejapkan kefahaman pembaca.
Begitupun, sebagai perenggan terakhir, seharusnya struktur
perenggan penutup mematuhi ciri-ciri berikut:
i. Mestilah berkait langsung dengan pernyataan tesis.
ii. Pernyataannya dapat mencerminkan keseluruhan isi utama.
iii. Mengandungi kesimpulan daripada suatu penyelesaian, ramalan
dan cadangan (jika berkaitan).
iv. Memberi nilai judgement oleh penulis agar pembaca merasa
puas hati terhadap hujah-hujah pengarang.
Contoh perenggan penutup berdasarkan cerita Hikayat Raja Pasai
:
Perenggan penutup yang dibuat oleh penulis dalam hikayat ini
sangat ringkas dan hanya menggunakan satu ayat sahaja untuk
mengambarkan keseluruhannya cerita yang berlaku dalam hikayat ini.
Walau bagaimanapun, pernyataan tersebut talah mampu mencerminkan
keseluruhan isi utama iaitu mengenai raja yang zalim telah
menyebabkan runtunya sesebuah negara yang ditadbir.
Berdasarkan penutup yang dibuat, tidak dinyatakan cadangan dan
jalan penyelesaian yang boleh dikongsi bersama pembaca mengenai
perangai raja yang zalim tersebut. Pengajaran dan nilai berdasarkan
hikayat tersebut juga boleh diserap bagi memastikan pembaca
mengetahui apa yang boleh dipelajari oleh mereka secara tersirap
dan tersurat apabila membaca Hikayat Raja Pasai ini.
Secara ringkas, Hikayat Raja Pasai ini dapatlah dibahagikan
kepada tiga bahagian yang umum, iaitu mengenai asal usul pembukaan
negeri-negeri Pasai dan Samudera, pengislaman Merah Silau dan
kejatuhan kerajaan Pasai ke Majapahit; seperti yang tercatat dalam
sejarah iaitu pada tahun 1350.2.2Kajian Mengenai Gaya Bahasa
Gaya BahasaDefinisi Gaya Dan Bahasa
Sebelum dihurai dengan lebih lanjut tentang gaya bahasa dalam
karya-karya (sama ada karya berbentuk puisi ataupun prosa),
terlebih dahulu hendaklah dilihat apakah definisi atau yang
dimaksudkan dengan gaya dan bahasa itu.
Definisi gaya
Yang dimaksudkan dengan gaya dalam bidang penghasilan karya
bertulis ialah: corak, bentuk, rupa, atau pengetahuan tentang
penggunaan kata-kata dan penyusunan ayat. Gaya juga bermaksud: satu
cara menulis atau bercakap.
Definisi bahasa
Sebagaimana definisi tentang gaya, definisi mengenai bahasa juga
agak banyak. Walaubagaimanapun, kesemua definisi itu tidak
terhindar dari konsep sebagai alat perhubungan dan yang terbina
dari kalimat-kalimat. Di antara definisi yang boleh dianggap
terkenal ialah definisi yang diutarakan oleh pengkaji dan pakar
beahasa bernama Bloch & Trager. Mereka berpendapat bahawa:
bahasa ialah salah satu sistem lambang-lambang pertuturan yang
arbiterari yang digunakan oleh anggota masyarakat untuk
berhubung.
Berhubung dengan definisi gaya bahasa dalm karya penulisan juga
terdapat berbagai-bagai. Mislanya, mengikut pendita Zaaba, beliau
mengatakan, gaya bahasa ialah rupa susuk bahasa yang dipakai
apabila bercakap atau mengarang. Gaya bahasa juga dikatakan sebagai
kekuatan perbandingan yang dipakai dalam karangan. Bahasa yang
dipakai itu ialah untuk menimbulkan daya (iaitu kata-kata biasa,
sindiran dan perbandingan) yang mana ianya terhasil dari peribadi
seseorang pengarang. Dengan itu, dapatlah disimpulkan bahawa gaya
bahasa merupakan satu corak, bentuk kata-kata dan penyusunan
kalimat yang digunakan sewaktu berhubung di antara satu sama lain
secara lisan mahupun tulisan.
Cara Penggunaan Gaya Bahasa
Setiap pengarang akan cuba sedaya upaya mencari satu gaya bahasa
yang terbaik sebagai satu cara menarik minat pembaca di samping
menghasilkan satu karya yang benar-benar bermutu. Sebab itu, bila
kita membaca apa-apa sahaja bentuk tulisan (sama ada bentuk puisi
atau prosa), kita akan tersua dengan berbagai gaya bahasa yang
menarik. Dan, kemahiran menggunakan gaya bahasa ini merupakan
sesuatu kekuatan berkarya bagi seorang pengarang. Sekiranya,
pengarang tidak pandai atau tidak memasukkan gaya bahasa tertentu,
nyata sekali karyanya tawar dan hambar, laksana gulai tidak
bergaram. Gaya bahasa bolehlah diibaratkan sebagai perencah,
pelazat rasa atau berbagai ramuan untuk menyedapkan makanan. Gaya
bahasa merangkumi perkataan, ikatan ayat, jalan bahasa corak
susunan ataupun betuk pembahasaanya. Dalam Bahasa Malaysia,
terdapat dua jenis penggunaan gaya bahasa iaitu, gaya cakap mulut
dan gaya cakap surat. Kedua-dua jenis gaya bahasa ini boleh jadi
terbina dari gaya bahasa Melayu betul dan gaya bukan Melayu
betul.
Penggunaan peribahasa, bidalan, perumpamaan, pepatah, simpulan
bahasa, bahasa kiasan, petikan hadis nabi dan ayat suci al-quran,
madah pujanggan, seloka, jenis-jenis bentuk puisi dan seumpamanya,
boleh juga dianggap sebagai salah satu gaya bahasa. Jika seseorang
berkata, tulisan dia macam cakar ayam, ini bermakna tulisan yang
ditulis tidak cantik, kucar-kacir dan tidak boleh dibaca. Ini
merupakan satu gaya bahasa yang menggunakan simpulan bahasa cakar
ayam. Begitu juga dengan kata-kata orang rumah (suami atau isteri),
dan sebagainya
Jenis Jenis Gaya Bahasa
Jenis Gaya BahasaHuraiannya
(a) Diksi Bermaksud pemilihan dan penyusunan kata-kata oleh
pengarang daiam karyanya
Harus memperlihatkan kesesuaian kata yang dipilih dengan tema
dan persoalan, latar, watak, dan mesej
(b) Ayat Merujuk kepada cara pengarang membina dan menyusun ayat
daiam karyanya, misalnya ayat pendek dan ayat panjang
(c) Personifikasi Dikenal juga sebagai perorangan atau
penginsanan
Membawa maksud tindakan pengarang memberikan sifat manusia, sama
ada dari segi perasaan, perwatakan, atau tindak-tanduk kepada
benda-benda mati, binatang, idea, atau hal-hal yang abstrak.
Contohnya: ...matahari pagi bangkit daripada selimut gunung,
benaknya mendandan sejuta persoalan
(d) Simile Merupakan perbandingan yang menggunakan kata konkrit
(boleh dihitung) dengan kata abstrak (tidak boleh dihitung)
Contohnya: perahu duka, ladang kesabaran
(e) Metafora Merupakan perbandingan secara terus atau langsung
tanpa menggunakan kata-kata seperti, bak, umpama, ibarat, dan
sebagainya
Contohnya: samudera hampa, lautan fikiran
(f) Hiperbola Merupakan sejenis bahasa kiasan untuk menyatakan
sesuatu secara berlebih-lebihan daripada maksud yang sebenarnya
Contohnya: serihu lautan sanggup diharungi
(g) Sinkope Bermaksud penyingkatan perkataan
Contohnya: "Apa dah jadi ni?"
(h) Rima Bermaksud bunyi akhir suku kata pada tempat yang
bersetentang antara dua baris atau lebih daripada dua baris daiam
puisi
Terdiri daripada rima awal, rima dalam, dan rima akhir
(i) Asonansi Merupakan pengulangan bunyi vokal yang sama dalam
baris-baris sajak
Contohnya: pengulangan vokal u dalam baris Kerana aku penyair
kupenuhi hidupku
(j) Aliterasi Bermaksud pengulangan bunyi konsonan yang sama
dalam baris sajak
Contohnya: pengulangan konsonan m dalam baris Memacu menghimpun
kekuatan
(k) Pengulangan Berlaku pada kata, ungkapan, baris, atau rangkap
yang diulang dalam sajak
anafora - pengulangan kata pada awal baris secara berurutan.
Contohnya: Tambah mengimbau sorotan kitab MUHAMMAD ! Tambah
mengimbau sorotan kitab ESA ! epifora - pengulangan kata pada akhir
baris. Contohnya: ...di pundakku ...had sepiku
repitisi - pengulangan kata dalam baris yang sama. Contohnya,
orang berbunga dia berbunga
(l) Perlambangan merupakan kata-kata yang digunakan untuk
menerangkan sesuatu benda, keadaan, atau peristiwa yang membawa
maksud yang lain atau maknanya lebih mendalam
contohnya: senja melambangkan usia tua, pagi melambangkan usia
muda
Analisis Gaya Bahasa Yang Digunakan Dalam Hikayat Raja
PasaiSimileMerupakan perbandingan yang menggunakan kata konkrit
(boleh dihitung) dengan kata abstrak (tidak boleh dihitung). Gaya
bahasa ini juga menggunakan kata seperti bagai, umpama, seperti,
sebagai dan sebagai bagi tujuan membandingkan atau menyamakan
sesuatu benda. Antara contoh gaya bahasa simile yang terdapat dalam
Hikayat Raja Pasai ialah :
1. Lalu dia mengambil kanak-kanak itu, dan menjadikannya sebagai
anaknya sendiri.2. Lalu, baginda menamakan negeri itu sebagai
Samudera, sempena semut besar yang ditemuinya.3. Sebaik sahaja
beliau mendapat tahu ada kapal hendak berlabuh di negerinya bagi
memenuhi permintaan Sharif Mekah, baginda terus turun takhta lalu
menabalkan seorang anaknya sebagai Raja Meringi yang baru.Dalam
ayat 1, 2 dan 3 gaya bahasa yang digunakan ialah gaya bahasa simile
iaitu perkataan sebagai. Gaya bahasa ini digunakan untuk
menerangkan maksud sesuatu ayat. Contoh ayat 1 ialah 1.Lalu dia
mengambil kanak-kanak itu, dan menjadikannya sebagai anaknya
sendiri. Memberi maksud bahawa anak itu telah dijadikan anaknya
sendiri walaupun beliau tidak tahu siapakah ibu dan bapa sebenar
anak tersebut.
Begitu juga dengan penggunaan kata sebagai dalam ayat 2 dan 3
iaitu untuk memberitahu atau menyamakan dan membandingkan sesuatu
contoh menamakan negeri itu sebagai Samudera. menabalkan seorang
anaknya sebagai Raja Meringi yang baru.
Hiperbola / Bahasa melampau-lampau / Bahasa besar
Perkataan ini juga berasal dari perkataan Latin ballein (yang
bermaksud melemparkan), iaitu satu gaya bahasa yang cuba
menunjukkan atau membesar-besarkan ataupun melebih-lebihkan sesuatu
perkara atau benda. Contohnya penggunaan hiperbola dalam hikayat
yang dikaji ialah :
1. Lalu Merah Silau melihat di sana terdapat seekor semut yang
sangat besar, sebesar seekor kucing.Di dalam ayat di atas hiperbola
yang digunakan dalam hikayat tersebut ialah sebesar seekor kucing.
Ia digunakan bagi menggambarkan seekor semut yang besar yang
dilihat sebagai seekor kucing. Jika dilihat secara logik tiada
semut yang sebesar seekor kucing. Oleh sebab itu, pelambangan semut
sama besar dengan seekor kucing merupakan hiperbola iaitu sesuatu
yang mustahil berlaku.
Pengulangan
Gaya bahasa pengulangan ialah gaya bahasa yang mengulang-ulang
sesuatu perkataan berulang kali dalam satu ayat. Dalam hikayat
tersebut saya dapati terdapat unsur pengulangan perkataan contohnya
:
1. Pada suatu hari, Merah Gajah melihat sehelai rambut Puteri
Betung yang berwarna emas2. Dia meminta untuk mencabut rambut itu
dari Puteri Betung tetapi Puteri Betung tidak mengizinkannya.3.
Namun demikian, Merah Gajah tetap mencabut rambut itu ketika Puteri
Betung sedang tidur.Berdasarkan ketiga-tiga ayat di atas, unsur
pengulangan yang digunakan berulang kali ialah kata Merah Gajah dan
Puteri Betung. Perkataan Merah Gajah diulang sebanyak dua kali
manakala perkataan Puteri Betung diulang sebanyak tiga kali dalam
ayat yang berturutan. Pengulangan ini berlaku kerana dalam ayat
yang seterusnya penulis masih lagi menggunakan nama yang sama
sebagai subjek utama dalam ayat.Sinkope
Sinkope merupakan gaya bahasa yang menyingkatkan sesuatu
perkataan menjadi lebih pendek tetapi makna perkataan tersebut
masih lagi boleh difahami. Contoh sinkope yang digunakan dalam
hikayat dikaji ialah :
1. Rombongan itu pun belayar mencari negeri Samudera.Singkatan
perkataan pun merupakan perkataan yang dipendekkan penggunaannya
menjadi yang pendek. Ia disingkatkan daripada kata sudah pun kata
sudah telah digugurkan.Pertentangan
Gaya bahasa ini merupakan perbanding dua benda yang berbeza
dalam satu ayat. Ia menunjukkan perbandingan yang dibuat
berdasarkan dua perkara yang berlaku. Contoh penggunaan gaya bahasa
pertentangan dalam petikan tersebut ialah :
1. Malikul Mahmud memerintah Samudera manakala Malikul Mansur
memerintah negeri Pasai.Berdasarkan ayat di atas perkataan manakala
digunakan untuk memberi makna pertentangan dengan perkara pertama
iaitu Malikul Mahmud memerintah Samudera dan Malikul Mansur
memerintah negeri Pasai. Hal ini menunjukkan perbandingan antara
dua negeri yang berbeza yang diperintah oleh dua orang
raja.Penggunaan Bahasa Asing Dalam Petikan Melayu
Dalam Bahasa Melayu (seperti juga dalam bahasa-bahasa lain)
banyak sekali perkataan asing yang telah terpinjam atau termasuk
sehati menjadi sebahagian daripada perkataan Melayu jati.
Perkataan-perkataan demikian hampir kesemuanya telah diubahkan
bunyinya yang sebanar mengikut tabii lidah Melayu. Kerap kali
berlaku juga maknanya juga telah berubah atau bertambah daripada
makna dalam bahasa asal. Kebanyakan perkataan pinjaman ini terasa
seolah-olah sebagai bahasa Melayu sendiri kerana kerap sangat kita
menggunakanya dalam percakapan dan penulisan kita sehari-harian.
Hal ini berlaku disebabkan oleh eratnya hubungan bangsa Melayu
dengan bangsa-bangsa lain sejak zaman awal lagi. Ianya akan ketara
sebagai bahasa cedukan bila orang mengetahui bahasa asalnya.
Misalnya dalam Hikayat Raja Pasai terdapat beberapa contoh bahasa
asing yang digunakan :Bahasa Arab
1. Rasulullah juga berwasiat supaya rombongan yang bakal pergi
ke sana singgah terlebih dahulu di negeri Mengiri untuk mengambil
seorang fakir untuk dibawa ke Samudera.
2. Seorang ulamak yang bernama Sheikh Ismail dijadikan mualim
atau nakhoda kapal bagi menjayakan wasiat Rasulullah
itu.Kesimpulan
Secara keseluruhannya, analisis teks karya klasik Melayu
merupakan sebuah kajian mengenai karya-karya agung zaman dahulu
kala. Dengan adanya tugasan ini, saya akui banyak belajar mengenai
karya klasik. Hal ini demikian kerana bukan ramai yang berminat
untuk membuat kajian mengenai karya klasik seperti karya Hikayat
Raja Pasai, Hikayat Hang Tuah, Hikayat Merong Mahawangsa dan
lain-lain karya klasik lagi. Dalam kajian analisis ini antara aspek
yang telah saya pilih untuk dianalisis dalam petikan Hikayat Raja
Pasai ialah dari aspek strategi pemerengganan dan aspek gaya
bahasa.
Dari aspek strategi pemerengganan, saya perlu mengkaji
struktur-struktur perengganan yang telah digunakan dalam karya
tersebut. Di samping itu, saya juga melihat dari segi kesesuaian
perenggan yang digunakan. Terdapat tiga perenggan utama iaitu
perenggan pengenalan, perenggan perkembangan dan perenggan penutup.
Kesemua perenggan ini haruslah ada dalam setiap cerita hikayat
Melayu Klasik. Manakala dari aspek gaya bahasa pula, saya telah
memilih beberapa gaya bahasa yang digunakan dalam petikan tersebut
seperti simile, hiperbola, pengulangan, sinkope dan sebagainya.
Rumusanya, segala jenis kajian yang dibuat adalah berdasarkan aspek
soalan yang dikehendaki oleh pensyarah subjek ini.
BibliografiAsmah Hj.Omar. (1993). Susur galur bahasa Melayu.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan PustakaAli Ahmad. (1962). Hikayat
Raja-raja Pasai. Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala
Lumpur.
Ismail Hussein. (1966). Sejarah pertumbuhan bahasa kebangsaan
kita. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan PustakaJones .R. (1987). Hikayat Raja
Pasai. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti.Kamus Dewan. (1986).
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Kamal Ariffin. (1984).
Sejarah Sastera Melayu Klasik dan Moden. Kuala Lumpur: Supreme
Marketing.
Khalid Hussin. (1966). Hikayat Raja-raja Pasai (ringkasan
cerita). Dewan Bahasa
dan Pustaka Kuala Lumpur.
Nik Safiah Karim, Faris M Onn, Hashim Hj. Musa, Abdul Hamid
Mahmood. (2006). Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Raminah Hj Sabran. (1984). Kajian bahasa untuk pelatih maktab
perguruan. Petaling Jaya Selangor : Fajar Bakti.
W.G Shellabear.(1981). Sejarah Melayu. Petaling Jaya Selangor :
Fajar Bakti. Lampiran
TEKS SULALATUS SALATIN(Ringkasan Hikayat Raja Pasai)
Hikayat Raja Pasai bermula dengan kisah dua orang raja yang
bersaudara, iaitu Raja Ahmad dan Raja Muhammad. Pada awalnya,
mereka ingin membuka negeri di Samarlangga. Ketika menebas hutan
untuk membuka negeri, Raja Muhammad telah menemui seorang
kanak-kanak perempuan dari sebuah pokok buluh. Lalu dia mengambil
kanak-kanak itu, dan menjadikannya sebagai anaknya sendiri.
Kanak-kanak itu dinamakan Puteri Betung. Raja Ahmad pula mendapat
seorang anak lelaki yang dijaga oleh seekor gajah. Anak lelaki itu
dinamakan Merah Gajah. Setelah dewasa, Puteri Betung dan Merah
Gajah dinikahkan. Mereka mendapat dua orang anak lelaki yang diberi
nama Merah Silau dan Merah Hasum.
Pada suatu hari, Merah Gajah melihat sehelai rambut Puteri
Betung yang berwarna emas. Dia meminta untuk mencabut rambut itu
dari Puteri Betung tetapi Puteri Betung tidak mengizinkannya. Namun
demikian, Merah Gajah tetap mencabut rambut itu ketika Puteri
Betung sedang tidur. Akibat daripada perbuatan itu, keluarlah darah
putih dari kepala Puteri Betung kemudian beliau meninggal dunia.
Apabila diketahui oleh Raja Muhammad, baginda sangat marah lalu
membunuh Merah Gajah. Apabila Raja Ahmad mengetahui bahawa anaknya
dibunuh, baginda terus melancarkan perang terhadap Raja Muhammad.
Akhirnya, kedua-dua raja tersebut menemui ajal dalam peperangan
tersebut.
Setelah perang selesai, Merah Silau dan Merah Hasum bersepakat
untuk meninggalkan negeri Samarlangga dan berniat untuk membuka
negeri lain. Merah Silu membuka negeri Samudera. Setelah
diislamkan, Merah Silau menukar namanya menjadi Malikul Saleh.
Baginda kemudiannya mengahwini puteri Sultan Perlak, iaitu Puteri
Ganggang. Daripada perkahwinan itu, lahir seorang anak lelaki yang
diberi nama Malikul Tahir. Tampuk pemerintahan diambil alih pula
oleh Malikul Tahil. Setelah baginda mangkat, kedua putera Malikul
Tahir iaitu Malikul Mahmud dan Malikul Mansur yang mengambil alih
tugas bapanya. Malikul Mahmud memerintah Samudera manakala Malikul
Mansur memerintah negeri Pasai. Setelah Malikul Mahmud mangkat,
takhta kerajaan jatuh ke tangan puteranya, Sultan Ahmad Perumudal
Perumal. Pemerintah negeri Pasai diakhiri oleh Sultan Ahmad
Perumudal Perumal kerana berlakunya zaman kejatuhan Pasai.
Pada suatu hari, Merah Silau pergi berburu dengan membawa
anjingnya, Si Pasai. Apabila baginda melepaskan Si Pasai, anjing
itu terus menyalak di atas sebuah bukit yang tinggi. Lalu Merah
Silau melihat di sana terdapat seekor semut yang sangat besar,
sebesar seekor kucing. Kemudian, Merah Silau menangkap semut
tersebut lalu dimakannya. Merah Silau kemudiannya menyuruh para
pengikutnya menebas hutan untuk menjadikan kawasan itu sebuah
negeri. Setelah siap, Merah Silau tinggal di kawasan itu dengan
membuat istana miliknya bersama-sama dengan segala hulu balang dan
rakyat jelata. Lalu, baginda menamakan negeri itu sebagai Samudera,
sempena semut besar yang ditemuinya.
Nama negeri Pasai pula diambil daripada nama anjing Sultan
Malikul Saleh. Pada suatu hari, Sultan Malikul Saleh pergi berburu
dengan para pengikutnya di tepi laut. Turut bersama baginda ialah
anjang peliharannya, Si Pasai. Setelah tiba di tepi laut, Si Pasai
dilepaskan lalu masuk ke dalam hutan. Kemudian, Si Pasai bertemu
dengan seekor pelanduk yang sedang duduk berehat di atas suatu
kawasan tanah tinggi. Si Pasai kemudiannya menyalak kepada pelanduk
tersebut dan ingin menangkapnya. Sesuatu yang ganjil telah berlaku
apabila pelanduk itu membalas salakan Si Pasai. Apabila Si Pasai
mendengar salakan pelanduk tadi, ia pun kembali ke belakang iaitu
di tempat asalnya. Setelah Sultan Malikul Saleh melihat kejadian
yang berlaku itu, baginda pun cuba untuk menangkap pelanduk itu
tadi. Namun, pelanduk itu dapat melarikan diri dari ditangkap oleh
Sultan Malikul Saleh. Baginda kemudiannya menanyakan kepada semua
hulu baling sama ada pernah melihat seekor pelanduk yang gagah
sekali. Setelah itu, terlintas di fikiran Sultan Malikul Saleh
untuk membuka negeri baru khas untuk anakandanya, Sultan Malikul
Tahir. Setelah kembali ke negeri Samudera, baginda memerintahkan
agar kawasan tersebut dibersihkan, lalu baginda mendirikan sebuah
istana di kawasan itu. Tidak berapa lama kemudian, maka selesailah
semua pembinaan di kawasan tanah tinggi tersebut kemudian anjing
baginda, Si Pasai pun mati. Baginda kemudian memerintahkan agar Si
Pasai ditanam di negeri yang baru dibuka itu. Sempena kematian Si
Pasai, maka Sultan Malikul Saleh menamakan negeri baru itu sebagai
negeri Pasai.
Nabi Muhammad S.A.W pernah berpesan kepada seorang sahabat
bahawa suatu hari nanti akan muncul negeri di bawah angin yang
bernama Samudera. Apabila berlakunya hal ini, maka hendaklah
dihantar orang untuk mengislamkan orang-orang di negeri ini kerana
di sinilah akan melahirkan ramai wali-wali Allah. Rasulullah juga
berwasiat supaya rombongan yang bakal pergi ke sana singgah
terlebih dahulu di negeri Mengiri untuk mengambil seorang fakir
untuk dibawa ke Samudera. Wasiat tersebut kemudiannya sampai kepada
Sharif Mekah iaitu Raja yang memerintah Mekah dan sekitarnya,
Madinah dan wilayah Hijaz. Seorang ulamak yang bernama Sheikh
Ismail dijadikan mualim atau nakhoda kapal bagi menjayakan wasiat
Rasulullah itu. Beliau dan orang-orangnya pun kemudiannya berlayar
ke negeri Mengiri seperti yang diwasiatkan oleh Nabi Muhammad,
iaitu sebuah negeri yang terletak di benua Hindi.
Negeri Meringi ini diperintah oleh seorang raja yang bernama
Raja Muhammad. Menurut cerita, Raja Muhammad adalah daripada
keturunan sahabat baginda S.A.W iaitu Saidina Abu Bakar. Sebaik
sahaja beliau mendapat tahu ada kapal hendak berlabuh di negerinya
bagi memenuhi permintaan Sharif Mekah, baginda terus turun takhta
lalu menabalkan seorang anaknya sebagai Raja Meringi yang baru.
Selain itu, baginda juga melucutkan pakaian bangsawan yang ada di
tubuhnya lalu menukar kepada pakaian orang fakir. Raja Muhammad
yang telah menjadi fakir ini membawa pula seorang anaknya yang muda
untuk meninggalkan istana dan bersama-sama menjadi fakir. Mereka
pergi berjumpa Sheikh Ismail lalu meminta supaya dibawa belayar ke
Samudera untuk bersama-sama menunaikan wasiat Nabi S.A.W.
Rombongan itu pun belayar mencari negeri Samudera. Tetapi,mereka
tidak pasti kedudukan negeri tersebut sehinggalah mereka tersasar
ke negeri Barus, Lamuri dan Perlak. Walau bagaimanapun, rombongan
ini turut singgah di negeri-negeri untuk mengislamkan raja dan
penduduknya tetapi apabila disuruh membaca al-Quran yang dibawa
dari Mekah, tidak ada seorang pun yang pandai membacanya.
Pada suatu malam, Merah Silau sedang tidur. Dalam tidur baginda
bermimpi melihat seorang tua berjubah datang dan memegang dagunya.
Kemudian, orang itu menutup mata baginda dengan tangannya. Orang
dalam mimpi tersebut menyuruh Merah Silau mengucap dua kalimah
syahadah. Merah Silau bertanya kepada lelaki tersebut cara untuk
mengucap, lalu lelaki itu menyuruh Merah Silau membuka mulutnya
lantas meludah ke dalam mulutnya. Orang itu kemudiannya
mengisytiharkan bahawa Merah Silau sebagai raja, dan nama barunya
ialah Sultan Malikul Saleh. Orang itu juga berpesan kepada Merah
Silau agar hanya memakan makanan yang halal dan menjauhi makanan
yang haram, iaitu memakan binatang yang disembelih sahaja. Selain
itu, orang tua itu juga memberitahu Merah Silau bahawa baginda
sekarang berada dalam syariat agama Isam, iaitu agama Allah. Orang
tua itu juga sempat mengingatkan Merah Silau bahawa dalam masa
empat hari sahaja lagi akan sampai sebuah kapal dari Mekah, dan
Merah Silau hendaklah mengikut apa sahaja yang dibawa oleh
rombongan tersebut tanpa banyak bantahan. Merah Silau kemudian
dapat tahu bahawa orang lelaki itu ialah Nabi Muhammad S.A.W.
setelah terjaga, Merah Silau merasakan bahawa dirinya sudah
dikhatankan. Kesan itu boleh dilihat nyata pada tubuhnya. Baginda
juga sentiasa mengucapkan dua kalimah syahadah tanpa henti.
Kemudian, baginda membaca al-Quran tiga puluh juzuk dengan lancar
sehingga tamat. Semua menteri dan hulu balang merasa hairan
mendengar perkataan demi perkataan yang disebut oleh raja mereka,
kerana sebelum ini mereka tidak pernah mendengarnya.
Tidak lama kemudian, rombongan Sheikh Ismail sampai ke Teluk
Terli lalu berlabuh di situ. Fakir Muhammad terjumpa dengan seorang
lelaki yang sedang menjala ikan lalu bertanya nama negeri tersebut
dan nama ketuanya. Lelaki itu menjawab bahawa negeri itu ialah
Samudera dan rajanya ialah Merah Silau atau nama islamnya, Malikul
Saleh.
Pada keesokan harinya, Syeikh Ismail pun turun ke darat lalu
pergi menemui Sultan Malikul Saleh. Syeikh Ismail meminta Sultan
Malikul Saleh mengucap dua kalimah syahadah. Lalu mengucaplah
Sultan Malikul Saleh tanpa sebarang kesalahan. Pada keesokan
harinya pula, Syeikh Ismail bersama fakir Muhammad datang kembali
menemui Sultan Malikul Saleh dengan membawa al-Quran tiga puluh
juzuk. Sultan Malikul Saleh membaca al-Quran itu dengan betul tanpa
perlu diajar. Syeikh Ismail dan fakir Muhammad akhirnya bersyukur
kerana telah menemui orang yang diwasiatkan oleh Nabi Muhammad
S.A.W.
Syeikh Ismail kemudiannya meminta Sultan Malikul Saleh untuk
menghimpunkan segala hulubalang dan seluruh rakyat yang terdiri
daripada semua peringkat umur dan jantina. Setelah dihimpunkan,
mereka diajar mengucap dua kalimah syahadah oleh Syeikh Ismail.
Mereka mengucapkannya dengan penuh keyakinan dan keikhlasan. Oleh
sebab itu, negeri Samudera disebut juga sebagai Negeri Darulsalam.
Hal ini kerana, setelah memeluk Islam, negeri itu berada dalam
keadaan yang aman dan sejahtera.
Setelah Sultan Malikul Mahmud mangkat, takhta kerajaan jatuh ke
tangan puteranya, Sultan Ahmad Perumudal Perumal. Sultan Ahmad
dirajakan oleh Sultan Malikul Saleh itu sendiri di Pasai. Sultan
Ahmad ini ialah seorang pemerintah yang zalim. Dia sanggup membunuh
anaknya sendiri. Kezalimannya juga diketahui oleh kerajaan
Majapahit.
Sultan Ahmad Perumudal Perumal ini sangat menyukai perempuan dan
akan mengahwini mana-mana sahaja perempuan yang baginda inginkan.
Oleh sebab itu, baginda mempunyai anak seramai 30 orang. Lima orang
anaknya ialah seibu dan sebapa, iaitu Tun Beraim Bapa, Tun Abdul
Jalil, Tun Abul Fadil, Tun Medam Peria dan Tun Takiah Dara. Anaknya
Tun Beraim Bapa itu merupakan seorang pahlawan yang sangat kuat dan
tidak ada bandingnya pada zaman tersebut. Manakala, Tun Abdul Jalil
merupakan seorang lelaki yang sangat kacak rupa parasnya. Tun Abul
Fadil pula seorang anak yang kuat agama dan bijaksana dalam soal
keagamaan. Dua orang anak perempuannya Tun Medam Peria dan Tun
Takiah Dara sangat cantik dan tidak ada tandingannya pada zaman
itu.
Kezaliman Sultan Ahmad dapat dilihat apabila baginda berahikan
kedua-dua anak kandungnya sendiri dan memberitahu para pembesarnya
bahawa dia ingin mengahwini dua puteri kandungnya tersebut. Setelah
Tun Beraim Bapa mendengar berita tersebut, segera baginda melarikan
kedua-dua adiknya ke Tukas. Apabila Sultan Ahmad mengetahui akan
hal tersebut, baginda sangat marah. Sultan Ahmad bertambah marah
apabila mengetahui puteranya bergurau senda dengan seorang dayang
yang cantik bernama Fatimah Lampau. Oleh sebab itu, baginda
kemudiannya merancang untuk membunuh anaknya Tun Beraim Bapa.
Pelbagai cara yang dibuatnya untuk membunuh Tun Beraim Bapa, namun
semuanya gagal kerana keperkasaan Tun Beraim Bapa.
Raja Ahmad kemudiannya menghantarkan makanan beracun kepada Tun
Beraim Bapa. Tun Beraim bapa memberikan makanan tersebut kepada
anjing lalu anjing itu pun mati. Baginda memberikan pula kepada
ayam, ayam tersebut juga mati. Oleh sebab Tun Beraim Bapa tidak
mahu menderhaka, maka dia juga turut memakan makanan itu. Lalu
gatal-gatal seluruh tubuhnya. Adik-adik perempuannya juga meninggal
dunia kerana memakan makanan itu. Akhirnya, Tun Beraim Bapa mati
dan dikuburkan di Bukit Fudul Allah.
Kezaliman Sultan Ahmad Perumudal Perumal tidak berhenti setakat
itu sahaja. Baginda kemudiannya membunuh puteranya Tun Abdul Jalil.
Baginda membunuh anak-anaknya hanya kerana puteri Majapahit jatuh
cinta dengan anaknya. Puteri itu bernama Tuan Puteri Gemerencang.
Puteri Gemerencang jatuh hati setelah melihat gambar Tun Abdul
Jalil yang sangat kacak. Oleh sebab itu, Tuan Puteri Gemerencang
pun pergi belayar ke negeri Pasai. Apabila Sultan Ahmad mengetahui
Tuan Puteri Gemercangan ingin datang ke Pasai kerana mahu berkahwin
dengan Tun Abdul Jalil, maka Sultan Ahmad sangat cemburu lalu
membunuh puteranya itu. Apabila Tuan Puteri Gemercangan mendengar
berita kematian Tun Abdul Jalil, dia pun berdoa agar dimatikan oleh
Allah. Lalu, kapalnya tenggelam dalam laut Jambu Air, tempat mayat
Tun Abdul Jalil dibuang. Angkatan yang membawa Tuan Puteri
Gemercangan pulang kembali ke benua Jawa. Apabila mendengar berita
kematian Tuan Puteri Gemercangan, Sultan Ahmad berasa sangat
menyesal.
Setelah angkatan yang membawa Tuan Puteri Gemercangan sampai ke
benua Jawa, mereka memberitahu akan hal yang berlaku. Oleh sebab
itu, maka Sang Nata sebagai raja Majapahit mengambil keputusan
untuk menyerang Pasai. Oleh sebab panglima perang Pasai yang
handal, iaitu Tun Beraim Bapa sudah tiada, maka Pasai pun kalah.
Akhirnya, Sultan Ahmad melarikan diri ke Menduga dengan penuh
sesalan. Akhirnya, negeri Pasai berjaya ditawan oleh Majapahit.
Melalui peristiwa-peristiwa di atas, jelas menunjukkan bahawa
kezaliman seseorang raja boleh menyebabkan runtuhnya sesebuah
negara.
Hikayat Raja Pasai bermula dengan kisah dua orang raja yang
bersaudara, iaitu Raja Ahmad dan Raja Muhammad. Pada awalnya,
mereka ingin membuka negeri di Samarlangga. Ketika menebas hutan
untuk membuka negeri, Raja Muhammad telah menemui seorang
kanak-kanak perempuan dari sebuah pokok buluh. Lalu dia mengambil
kanak-kanak itu, dan menjadikannya sebagai anaknya sendiri.
Kanak-kanak itu dinamakan Puteri Betung. Raja Ahmad pula mendapat
seorang anak lelaki yang dijaga oleh seekor gajah. Anak lelaki itu
dinamakan Merah Gajah. Setelah dewasa, Puteri Betung dan Merah
Gajah dinikahkan. Mereka mendapat dua orang anak lelaki yang diberi
nama Merah Silau dan Merah Hasum.
Pada suatu hari, Merah Gajah melihat sehelai rambut Puteri
Betung yang berwarna emas. Dia meminta untuk mencabut rambut itu
dari Puteri Betung tetapi Puteri Betung tidak mengizinkannya. Namun
demikian, Merah Gajah tetap mencabut rambut itu ketika Puteri
Betung sedang tidur. Akibat daripada perbuatan itu, keluarlah darah
putih dari kepala Puteri Betung kemudian beliau meninggal dunia.
Apabila diketahui oleh Raja Muhammad, baginda sangat marah lalu
membunuh Merah Gajah. Apabila Raja Ahmad mengetahui bahawa anaknya
dibunuh, baginda terus melancarkan perang terhadap Raja Muhammad.
Akhirnya, kedua-dua raja tersebut menemui ajal dalam peperangan
tersebut.
Setelah perang selesai, Merah Silau dan Merah Hasum bersepakat
untuk meninggalkan negeri Samarlangga dan berniat untuk membuka
negeri lain. Merah Silu membuka negeri Samudera. Setelah
diislamkan, Merah Silau menukar namanya menjadi Malikul Saleh.
Baginda kemudiannya mengahwini puteri Sultan Perlak, iaitu Puteri
Ganggang. Daripada perkahwinan itu, lahir seorang anak lelaki yang
diberi nama Malikul Tahir. Tampuk pemerintahan diambil alih pula
oleh Malikul Tahil. Setelah baginda mangkat, kedua putera Malikul
Tahir iaitu Malikul Mahmud dan Malikul Mansur yang mengambil alih
tugas bapanya. Malikul Mahmud memerintah Samudera manakala Malikul
Mansur memerintah negeri Pasai. Setelah Malikul Mahmud mangkat,
takhta kerajaan jatuh ke tangan puteranya, Sultan Ahmad Perumudal
Perumal. Pemerintah negeri Pasai diakhiri oleh Sultan Ahmad
Perumudal Perumal kerana berlakunya zaman kejatuhan Pasai.
Rombongan itu pun belayar mencari negeri Samudera. Tetapi,mereka
tidak pasti kedudukan negeri tersebut sehinggalah mereka tersasar
ke negeri Barus, Lamuri dan Perlak. Walau bagaimanapun, rombongan
ini turut singgah di negeri-negeri untuk mengislamkan raja dan
penduduknya tetapi apabila disuruh membaca al-Quran yang dibawa
dari Mekah, tidak ada seorang pun yang pandai membacanya.
Nabi Muhammad S.A.W pernah berpesan kepada seorang sahabat
bahawa suatu hari nanti akan muncul negeri di bawah angin yang
bernama Samudera. Apabila berlakunya hal ini, maka hendaklah
dihantar orang untuk mengislamkan orang-orang di negeri ini kerana
di sinilah akan melahirkan ramai wali-wali Allah. Rasulullah juga
berwasiat supaya rombongan yang bakal pergi ke sana singgah
terlebih dahulu di negeri Mengiri untuk mengambil seorang fakir
untuk dibawa ke Samudera. Wasiat tersebut kemudiannya sampai kepada
Sharif Mekah iaitu Raja yang memerintah Mekah dan sekitarnya,
Madinah dan wilayah Hijaz. Seorang ulamak yang bernama Sheikh
Ismail dijadikan mualim atau nakhoda kapal bagi menjayakan wasiat
Rasulullah itu. Beliau dan orang-orangnya pun kemudiannya berlayar
ke negeri Mengiri seperti yang diwasiatkan oleh Nabi Muhammad,
iaitu sebuah negeri yang terletak di benua Hindi.
Melalui peristiwa-peristiwa di atas, jelas menunjukkan bahawa
kezaliman seseorang raja boleh menyebabkan runtuhnya sesebuah
negara.