2.0 SENARAI KANDUNGAN 3.0 Penghargaan 1 4.0 Pendahuluhan 3 5.0 Objektif Kajian 4 6.0 Kawasan Kajian 5 7.0 Kaedah Kajian 10 8.0 Dapatan Kajian 11 9.0 Rumusan 21 10.0 Lampiran 22 11.0 Rujukan 23
Jun 23, 2015
2.0 SENARAI KANDUNGAN
3.0 Penghargaan 1
4.0 Pendahuluhan 3
5.0 Objektif Kajian 4
6.0 Kawasan Kajian 5
7.0 Kaedah Kajian 10
8.0 Dapatan Kajian 11
9.0 Rumusan 21
10.0 Lampiran 22
11.0 Rujukan 23
3.0 PENGHARGAAN
Pertama sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pengetua
sekolah saya, Smk Aminuddin Baki, Kuala Lumpur, Pn Latifah bt Haji Mahfod yang telah
memberikan kebenaran untuk menjalankan kajian ini.
Seterusnya, setinggi tinggi penghargaan kepada guru Geografi saya iaitu Puan
Norhidayah Bt Mohd Daud kerana telah memberikan panduan, nasihat serta bimbingan
sepanjang masa kajian ini telah dijalankan.
Saya juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada ibu bapa saya
yang banyak memberi sokongan dan semangat yang kukuh kepada saya untuk
menyiapkan folio Geografi saya ini.
Kepada rakan-rakan saya, iaitu Ryhanna dan Sarah, saya ingin mengucapkan
terima kasih kerana mereka secara tidak langsung telah memberi sedikit sebanyak idea
bagi memperbaiki lagi mutu folio saya ini.
Tidak ketinggalan, saya mengucapkan penghargaan kepada 20 orang responden
kerana sudi meluangkan masa untuk memberikan maklumat yang penting untuk kajian
saya. Bersama-sama ini, saya sertakan serangkap pantun sebagai tanda ikhlas dari saya.
Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung daik bercabang tiga.
Hancur badan dikandung tanah,
Budi yang baik dikenang juga.
Sekian, terima kasih.
4.0 PENDAHULUAN
Nama saya Nurul Sakinah Bt Mohd Fauzi. Saya adalah pelajar Tingkatan 1 Budi di
SMK Aminuddin Baki, Kuala Lumpur. Sebagai memenuhi kehendak Sukatan Pelajaran
Geografi, saya dikehendaki menjalankan satu Kajian Geografi Tempatan. Saya telah
mengambil masa selama 2 bulan untuk menyiapkan kajian ini.
Saya telah memilih kajian yang bertajuk “Potensi dan halangan bentuk muka
bumi di Taman Bukit Utama, Bukit Antarabangsa, Ampang, Selangor”. Taman Bukit
Utama di Bukit Antarabangsa di Ampang telah saya pilih sebagai kawasan kajian kerana
saya telah tinggal selama 5 tahun di sini, maka terdapat ramai orang yang saya kenal
bagi memudahkan saya memperolehi beberapa maklumat penting dalam kajian ini di
samping kawasan ini mempunyai pelbagai potensi dan halangan.
Kajian ini merupakan suatu pengalaman yang menarik dan menyeronokkan bagi
saya terutama sekali semasa proses pengumpulan data serta maklumat untuk
menyiapkan dengan sempurna kajian ini.
5.0 OBJEKTIF KAJIAN
Mengenal pasti bentuk muka bumi di Taman Bukit Utama di Bukit Antarabangsa dan
ciri-cirinya.
Mengenal pasti potensi bentuk muka bumi di Taman Bukit Utama kepada kegiatan
manusia.
Mengenal pasti halangan bentuk muka bumi di Taman Bukit Utama kepada kegiatan
manusia.
Mengenal pasti kesan kegiatan manusia di Taman Bukit Utama terhadap alam
sekitar.
Mengenal pasti langkah mengurangkan kesan kegiatan manusia di Taman Bukit
Utama terhadap alam sekitar.
Menerapkan nilai-nilai murni seperti bersyukur dan berbangga terhadap Taman
Bukit Utama di kawasan Bukit Antarabangsa yang masih selamat dan harmoni
bersama berbilang kaum.
6.0 KAWASAN KAJIAN
Keseluruhan daerah Hulu Langat berkeluasan 82,620 hektar dan merangkumi
tujuh buah mukim iaitu Mukim Kajang, Mukim Hulu Langat, Mukim Ampang, Mukim
Cheras, Mukim Semenyih, Mukim Hulu Semenyih dan Mukim Beranang. Daerah Hulu
Langat merupakan daerah kelima terbesar di antara daerah-daerah lain di Negeri
Selangor dan terletak dalam Wilayah Lembah Klang. Ia bersempadanan dengan Kuala
Lumpur dan Daerah Gombak di sebelah Barat Laut, Daerah Petaling di sebelah Barat,
Pusat Pentadbiran Putrajaya dan Daerah Sepang di sebelah Barat Daya, Negeri Pahang
di sebelah Timur Laut dan Negeri Sembilan di sebelah Selatan dan Timur. Kawasan
kajian saya iaitu Taman Bukit Utama di Bukit Antarabangsa terletak di Mukim Ampang di
dalam daerah Hulu Langat. Kawasan ini terletak kira-kira 21 km dari pusat bandar
Damansara, Kuala Lumpur melalui Lebuhraya Bertingkat Ampang - Kuala Lumpur.
Sebelum dijadikan kawasan petempatan, kawasan Bukit Antarabangsa (Taman
Bukit Utama) merupakan suatu kawasan hutan belantara. Sampai sekarang juga,
sesetengah kawasan Bukit Antarabangsa masih diliputi hutan belantara. Taman Bukit
Utama mempunyai keluasan lebih kurang 1 000 000 meter persegi. Lokasi kawasan ini
adalah di timur laut Mukim Ampang. Taman Bukit Utama terletak berhampiran dengan
kawasan yang lain seperti Taman Bukit Jaya dan Taman Bukit Mewah.
Bilangan penduduk yang dianggarkan tinggal di kawasan ini adalah seramai 280
orang sahaja yang terdiri daripada pelbagai kaum tetapi majoritinya ialah masyarakat
Melayu, diikuti oleh masyarakat Cina dan masyarakat India. Kawasan ini mempunyai
bentuk muka bumi tanah tinggi namun begitu, kawasan ini juga sesuai untuk kawasan
petempatan.
6.1 PETA KAJIAN
PETA DAERAH HULU LANGAT IAITU DI MANA KAWASAN KAJIAN TERLETAK
Daerah Hulu Langat
Ampang
PETA BENTUK MUKA BUMI TAMAN BUKIT UTAMA, BUKIT ANTARABANGSA
Taman Bukit
PETA LAKAR KAWASAN KAJIAN IAITU TAMAN BUKIT UTAMA DI BUKIT ANTARABANGSA
7.0 KAEDAH KAJIAN
Saya telah menggunakan kaedah berikut untuk menjalankan kajian ini:
a) Pemerhatian
Saya telah memerhatikan jenis bentuk muka bumi di kawasan Taman Bukit Utama. Saya
mendapati, pada keseluruhannya permukaan bumi kawasan kajian saya adalah berbukit
bukau dan tidak rata.
b) Soal Selidik
Soal selidik digunakan untuk mengumpul maklumat yang tidak dapat dicari dari buku
atau internet. Saya telah meminta 20 orang responden iaitu penduduk di kawasan
kajian mengisi borang soal selidik yang mengandungi soalan-soalan berikut:
Apakah potensi bentuk muka bumi di kawasan ini?
Apakah halangan bentuk muka bumi yang dihadapi di kawasan ini?
Apakah kesan daripada kegiatan manusia terhadap alam sekitar di kawasan
ini?
c) Rujukan
Saya telah melakukan beberapa rujukan untuk menjalankan kajian ini. Saya telah
merujuk beberapa buah buku dan melawati laman sesawang untuk mendapatkan
maklumat untuk menyiapkan kajian ini.
8.0 DAPATAN KAJIAN
8.1 Bentuk muka bumi dan cirinya
Daripada pemerhatian saya, saya dapati bahawa sebahagian besar daripada
keadaan bentuk muka bumi di Taman Bukit Utama terdiri daripada tanah tinggi dan
berbukit-bukau yang membolehkan kegiatan pembalakan dijalankan. Selain itu,
kawasan ini juga sesuai untuk pembinaan perumahan dan kawasan yang sesuai untuk
menjalankan perniagaan. Jenis perumahan yang terdapat di Taman Bukit Utama ialah
rumah banglo, semi-d dan teres tiga tingkat. Terdapat sebuah kedai atau pasaraya iaitu
Pasaraya Giant berhampiran Taman Bukit Utama di Bukit Antarabangsa.
Namun begitu, Taman Bukit Utama juga menghadapi beberapa halangan bentuk
muka bumi. Antaranya ialah cerun di kawasan ini curam. Selain itu, kawasan ini juga
pernah mengalami tanah runtuh pada 6hb Disember 2008. Kawasan ini juga mudah
banjir kerana system peparitannya yang kecil.
Kesimpulannya, Taman Bukit Utama ini mempunyai banyak potensi dan
halangan. Walaupun begitu, penduduk di taman perumahan ini tetap bersyukur kerana
dapat tinggal dalam kawasan yang aman walaupun berbeza kaum dan bangsa.
8.2 POTENSI BENTUK MUKA BUMI KEPADA KEGIATAN MANUSIA
DAN PEMBANGUNAN KAWASAN KAJIAN
Setelah meneliti borang soal selidik daripada 20 orang responden, saya
mendapati bahawa Taman Bukit Utama di Bukit Antarabangsa mempunyai tiga potensi
bentuk muka bumi kepada kegiatan manusia dan pembangunan kawasan kajian.
Menurut 12 orang responden yang terdiri darpada 6 orang yang berbangsa Cina,
3 orang yang berbangsa Melayu dan 3 orang yang berbangsa India, kawasan Taman
Bukit Utama yang berbentuk muka bumi tanah tinggi ini sesuai untuk kegiatan
pembalakan. Sesetengah kawasan ini diliputi hutan belantara yang membolehkan
kawasan ini sesuai untuk menjalankan kegiatan pembalakan.
Selain itu, 6 orang responden yang terdiri daripada 4 orang responden yang
berbangsa Melayu, seorang responden yang berbangsa Cina, dan seorang responden
yang berbangsa India, kawasan ini berpotensi sebagai kawasan petempatan. Hal ini
demikian kerana kawasan Bukit Antarabangsa kebanyakannya meliputi kawasan
perumahan.
Akhir sekali, dua orang responden yang berbangsa Melayu berpendapat bahawa
kawasan ini sesuai sebagai kawasan perniagaan. Terdapat sebuah Pasaraya Giant di sini
dan tidak lama lagi, sederet rumah kedai akan dibina dikawasan ini yang menjadikan
kawasan ini sebagai kawasan yang berpotensi untuk menjalankan kegiatan perniagaan.
Sebagai konklusi, sebahagian besar penduduk Taman Bukit Utama di Bukit
Antarabangsa berpendapat bahawa kawasan ini sesuai untuk kegiatan pembalakan.
Namun demikian, ada juga yang berpendapat kawasan ini sesuai untuk menjalankan
kegiatan perniagaan dan menjadi kawasan petempatan. Penduduk di sini merasa
sungguh bertuah kerana mereka dapat hidup di Bumi Malaysia yang mempunyai
pelbagai potensi yang membolehkan mereka menjalankan pelbagai kegiatan yang sihat
seperti biasa.
8.2.1 BAHAN GRAFIK (JADUAL DAN CARTA PAI)
POTENSI BENTUK MUKA BUMI KEKERAPAN
Pembalakan
Perniagaan
Petempatan
Jumlah 20
Sumber: Responden- responden yang ditemu ramah.
JADUAL 1: JADUAL KEKERAPAN POTENSI BENTUK MUKA BUMI DI TAMAN BUKIT
UTAMA MENURUT 20 ORANG RESPONDEN
POTENSI BENTUK MUKA BUMI JUMLAH RESPONDEN
Pembalakan 12
Perniagaan 2
Petempatan 6
Jumlah 20
Sumber: Responden- responden yang ditemu ramah.
JADUAL 2: JADUAL YANG MENUNJUKKAN POTENSI DI TAMAN BUKIT UTAMA DI BUKIT
ANTARABANGSA MENURUT 20 ORANG RESPONDEN
8.3 HALANGAN BENTUK MUKA BUMI TERHADAP KEGIATAN
MANUSIA
Setelah meneliti borang soal selidik daripada 20 orang responden, saya
mendapati bahawa Taman Bukit Utama di Bukit Antarabangsa mempunyai tiga halangan
bentuk muka bumi kepada kegiatan manusia.
Menurut 10 orang responden yang terdiri darpada 5 orang yang berbangsa
Melayu, 4 orang yang berbangsa Cina dan seorang yang berbangsa India, kawasan
Taman Bukit Utama yang berbentuk muka bumi tanah tinggi ini mempunyai halangan
tanah runtuh. Pembinaan rumah di tanah tinggi bukan seratus peratus selamat kerana
pada waktu hujan, tanah runtuh mungkin akan berlaku. Pada 6 Disember 2006, tanah
runtuh pernah berlaku di sini lalu menyebabkan beberapa orang mati dan ada yang
cedera.
Selain itu, 8 orang responden yang terdiri daripada 4 orang responden yang
berbangsa Melayu, 2 orang responden yang berbangsa Cina, dan 2 orang responden
yang berbangsa India, kawasan ini mempunyai halangan cerun curam. Pembinaan
petempatan di kaki cerun bukit boleh membahayakan keselamatan. Hakisan tanah
boleh berlaku terutamanya ketika musim hujan.
Akhir sekali, seorang responden yang berbangsa Melayu dan seorang responden
yang berbangsa India berpendapat bahawa kawasan ini mudah banjir. Hal ini demikian
kerana sistem perparitannya yang kecil lalu mengakibatkan banjir dan menyusahkan
penduduk di sini.
Walaupun mempunyai beberapa halangan di Taman Bukit Utama ini, penduduk
di sini cuba mengatasi halangan-halangan ini bersama-sama agar dapat hidup dengan
lebih baik dan aman di Malaysia yang rakyatnya hidup berbilang kaum.
8.3.1 BAHAN GRAFIK (JADUAL DAN CARTA PAI)
HALANGAN BENTUK MUKA BUMI KEKERAPAN
Tanah Runtuh
Cerun Curam
Mudah Banjir
Jumlah 20
Sumber: Responden-responden yang ditemu ramah
JADUAL 3: JADUAL KEKERAPAN MENGENAI HALANGAN BENTUK MUKA BUMI DI
TAMAN BUKIT UTAMA DI BUKIT ANTARABANGSA MENURUT 20 ORANG RESPONDEN
HALANGAN BENTUK MUKA BUMI BILANGAN RESPONDEN
Tanah Runtuh 10
Cerun Curam 8
Mudah Banjir 2
Jumlah 20
Sumber: Responden-responden yang ditemu ramah
JADUAL 4: JADUAL MENGENAI HALANGAN BENTUK MUKA BUMI DI TAMAN BUKIT
UTAMA DI BUKIT ANTARABANGSA MENURUT 20 ORANG RESPONDEN
8.4 KESAN KEGIATAN MANUSIA TERHADAP ALAM SEKITAR
Kegiatan manusia boleh memberi kesan negatif kepada alam sekitar. Disebabkan
aktiviti pembalakan dijalankan, hakisan tanih telah berlaku. Jika kegiatan pembalakan
yang tidak terkawal berlaku berterusan, ia boleh menyebabkan hakisan tanih
bertambah. Aktiviti pembalakan juga menyebabkan kepupusan flora dan fauna.
Tumbuh-tumbuhan dan binatang-binatang ini akan kehilangan habitat mereka jika
pembalakan dan penebangan pokok dijalankan secara berleluasa. Kerana inilah, di
negara kita semakin banyak flora dan fauna akan pupus. Akhir sekali, pembinaan jalan
raya di kawasan tanah tinggi dan berhutan seperti di Taman Bukit Utama ini
menyebabkan berlakunya perubahan landskap. Untuk membina jalan raya, pokok-pokok
akan ditebang, tanah ditarah dan diratakan atau dibina terowong.Kegiatan sebegini
menggangu bentuk muka bumi di kawasan asalnya dan menjejaskan kestabilan alam
sekitar. Kita sepatutnya menjaga alam sekitar dengan baik supaya kita dapat
mengelakkan perkara-perkara negatif berlaku.
8.5 LANGKAH MENGURANGKAN KESAN KEGIATAN MANUSIA
TERHADAP ALAM SEKITAR
Untuk mengelakkan hakisan tanah daripada berlaku, kita perlulah mengambil
langkah melakukan penghutanan semula. Penghutanan semula ialah kegiatan menanam
semula hutan di kawasan hutan yang telah ditebang dengan spesies pokok yang terpilih.
Pokok yang ditanam semula biasanya terdiri daripada spesies yang sama dengan pokok
yang telah ditebang. Kita boleh mengelakkan kepupusan flora dan fauna dengan
mengekalkan habitat mereka atau menyediakan hutan simpan. Akhir sekali, kita boleh
melakukan peneresan cerun dan penanaman tutup bumi untuk memulihara perubahan
landskap. Peneresan cerun dan penanaman rumput di cerun bukit boleh mengatasi
masalah tanah runtuh. Kita mestilah prihatin terhadap alam sekitar dan mengambil
langkah yang betul untuk memelihara dan memulihara alam sekitar.
9.0 RUMUSAN
Sesungguhnya, kajian ini telah memberikan banyak kesan yang positif. Melalui
kajian ini, saya telah mengetahui dengan lebih mendalam tentang bentuk muka bumi di
kawasan kajian iaitu Taman Bukit Utama di Bukit Antarabangsa. Kajian ini juga memberi
saya maklumat tentang potensi bentuk muka bumi yang terdapat di kawasan Taman
Bukit Utama kepada kegiatan manusia. Selain daripada itu, saya dapat mengetahui
halangan bentuk muka bumi yang terdapat di kawasan Taman Bukit Utama di Bukit
Antarabngsa kepada kegiatan manusia . Akhir sekali, saya juga dapat mengenal pasti
kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar di kawasan Taman Bukit Utama di Bukit
Antarabangsa dan langkah-langkah mengurangkan kesan-kesan tersebut.
Hasil daripada kajian ini, menjadikan saya bangga kerana dibesarkan dan tinggal
di kawasan yang serba lengkap dan maju dengan kemudahan – kemudahan asas dan
infrastruktur yang lengkap. Kita sepatutnya bersyukur dan merasa bertuah kerana
mempunyai kegiatan ekonomi yang amat baik serta kemudahan yang sempurna serta
penduduk yang harmoni. Oleh yang demikian, kita seharusnya menghargai apa yang ada
dan menyayangi negara kita dengan sepenuh hati.
10.0 LAMPIRAN
Dengan ini, saya sertakan lima lampiran seperti berikut:
a) Surat pengenalan diri murid
b) Surat kebenaran membuat kajian
c) Surat maklumat kepada ibu/bapa/penjaga
d) Borang soal selidik
e) Gambar foto
GAMBAR FOTO
Taman Bukit Utama
Giant Bukit Antarabangsa
11.0 RUJUKAN
Buku teks Geografi Tingkatan 1 (KBSM) Arus Intelek Sdn Bhd (2006) Rape’ah Bt
Ahamed, Khalijah Bt Maimon, Aziah Bt Ismail dan Foo Ho Loke
Exploring Geografi Tingkatan 1 (KBSM) Oxford Fajar (2008) Mohd Ismail
http://degis.selangor.gov.my
www.streetdirectory.com
maps.google.com.my