17 Kajian Geografi Tempatan Ch’ng Yi Cong Penghargaan Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu saya dalam pengumpulan maklumat hingga terhasilnya dapatan kajian ini. Ucapan terima kasih ditunjukkan khususnya kepada ibu bapa saya yang teleh memberi dorongan dan sokongan moral sepanjang kajian dijalankan. Setinggi-tinggi penghargaan kepada guru Geografi saya, Puan Tay Lee Eng, yang telah member panduan nasihat serta bimbingan sepanjang masa kajian dijalankan. Selain itu, saya juga mengucapkan terima kasih kepada responden-responden yang sudi member maklumat. Akhir sekali, saya ucapkan terima kasih kepada rakan- rakan saya yang teleh memberi kerjasama sepenuhnya semasa kajian dijalankan. Tingkatan 2
21
Embed
Kajian Geografi Tempatan (Jenis-jenis sistem pengangkutan jalan raya ke sekolah saya)
Jenis-jenis sistem pengangkutan jalan raya ke sekolah saya (SMJK Heng Ee) Note: Some of the add-on is not supported by the reader. So that it look uglier than my original copy
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
17
Kajian Geografi Tempatan Ch’ng Yi Cong
Penghargaan
Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah
membantu saya dalam pengumpulan maklumat hingga terhasilnya dapatan kajian ini.
Ucapan terima kasih ditunjukkan khususnya kepada ibu bapa saya yang teleh memberi
dorongan dan sokongan moral sepanjang kajian dijalankan.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada guru Geografi saya, Puan Tay Lee Eng, yang telah
member panduan nasihat serta bimbingan sepanjang masa kajian dijalankan.
Selain itu, saya juga mengucapkan terima kasih kepada responden-responden yang
sudi member maklumat.
Akhir sekali, saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan saya yang teleh memberi
kerjasama sepenuhnya semasa kajian dijalankan.
Tingkatan 2
17
Kajian Geografi Tempatan Ch’ng Yi Cong
Pendahuluan
Saya dan rakan-rakan sekelas telah menjalankan kajian Geografi tempatan yang
bertajuk sistem pengangkutan di kawasan sekitar iaitu kawasan Jelutong (dari SMK Convent
Greenland ke Jalan Perak). Kajian ini dijalankan secara individual.
Kawasan Jelutong (dari SMK Convent Greenland ke Jalan Perak) telah dipilih sebagai
kawasan kajian saya kerana sekolah telah terletak di kawasan ini. Ini memudahkan saya
untuk mengumpul maklumat untuk kajian saya. Selain itu, saya juga memahami kawasan
kajian saya.
Tempoh masa untuk saya menghabiskan kajian ini ialah dari 1 Julai 2009 hingga 30
September 2009.
Tingkatan 2
17
Kajian Geografi Tempatan Ch’ng Yi Cong
Objektif Kajian
Dalam kajian ini, ada beberapa objektif perlu dicapai. Objektif-objektif kajian terdiri
daripada:
-Mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi sistem pengangkutan jalan raya.
-Mencadangkan langkah-langkah penyelesaian
-Mengetahui jenis-jenis sistem pengangkutan jalan raya
-Mengaji kesan-kesan perkembangan sistem pengangkutan jalan raya terhadap
alam sekitar
Tingkatan 2
17
Kajian Geografi Tempatan Ch’ng Yi Cong
Kawasan Kajian
Kawasan kajian yang dipilih oleh saya ialah kawasan Jelutong (dari SMK Convent
Greenland ke Jalan Perak) yang terletak di sekitar sekolah saya. Kawasan ini juga berada di
sekitar SMJK Heng Ee.
Bentuk muka bumi di kawasan tersebut ialah kawasan daratan. Oleh itu, kawasan ini
menjadi tumpuan petempatan penduduk.
Selain itu, jenis pengangkutan yang memudahkan tahap ketersampaian di kawasan
ini termasuklah pengangkutan jalan raya.
Untuk menjaga kebajikan penduduk di sini, kemudahan awan seperti sekolah, klinik,
kedai dan sebagainya telah dibina. Sungai Pinang merupakan sungai yamg mengairi kawasan
kajian ini. Terdapat beberapa kilang perusahaan di Jalan Hamilton.
Tingkatan 2
17
Kajian Geografi Tempatan Ch’ng Yi Cong
PETA
Tingkatan 2
17
Kajian Geografi Tempatan Ch’ng Yi Cong
PETA
Tingkatan 2
17
Kajian Geografi Tempatan Ch’ng Yi Cong
PETA
Tingkatan 2
17
Kajian Geografi Tempatan Ch’ng Yi Cong
Kaedah Kajian
Semasa menjalankan kajian ini, saya telah menggunakan beberapa kaedah, iaitu
pemerhatian, temu bual, dan rujukan.
Saya menjalankan pemerhatian untuk mendapatkan maklumat tentang jenis-jenis
pengangkutan jalan raya di kawasan ini. Saya mendapat tahu tentang keadaan lalu lintas di
kawasan ini. Selain itu, saya juga mengetahui jenis dan jumlah kenderaan di kawasan ini
pada masa yang tertentu.
Saya juga menemu bual dengan beberapa orang penduduk di kawasan kajian untuk
mendapatkan maklumat yang dikehandaki seperti masalah sistem pengangkutan jalan raya,
langkah-langkah untuk mengatasi dan sebagainya.
Saya juga pergi ke perpustakaan untuk mencari rujukan tentang kawasan kajian saya
supaya saya lebih mengetahui tentang kawasan kajian saya.
Tingkatan 2
17
Kajian Geografi Tempatan Ch’ng Yi Cong
Dapatan Kajian
Tingkatan 2
17
Kajian Geografi Tempatan Ch’ng Yi Cong
Jenis-jenis sistem pengangkutan jalan raya
Selepas membuat perhatian di kawasan kajian, saya mendapati kebanyakan kawasan
dalam Jelutong (dari SMK Convent Greenland ke Jalan Perak) terdiri daripada bentuk muka
bumi yang baik. Oleh itu, jalan raya telah memainkan peranan yang penting dalam sistem
pengangkutan di kawasan Jelutong (dari SMK Convent Greenland ke Jalan Perak).
Terdapat pelbagai jenis pengangkutan jalan raya, seperti kereta, motosikal, basikal
dan lain-lain.
Jalan raya di kawasan Jelutong (dari SMK Convent Greenland ke Jalan Perak)
digunakan untuk menghubungkan Jelutong (dari SMK Convent Greenland ke Jalan Perak)
dengan Bandar-bandar lain di Pulau Pinang. Misalnya Jalan Masjid Negeri yang
menghubungkan Bandar Georgetown dengan Bandar yang terletak di utara Pulau Pinang.
Jalan raya utama di kawasan Jelutong (dari SMK Convent Greenland ke Jalan Perak) ialah
Jalan Hamilton, Jalan Free School dan Jalan Air Itam.
Tingkatan 2
17
Kajian Geografi Tempatan Ch’ng Yi Cong
PETA
.
Tingkatan 2
17
Kajian Geografi Tempatan Ch’ng Yi Cong
Faktor-faktor yang mempengaruhi sistem pengangkutan
Faktor-faktor yang mempengaruhi sistem pengangkutan jalan raya di kawasan
Jelutong (dari SMK Convent Greenland ke Jalan Perak) ialah kegiatan ekonomi, bentuk muka
bumi dan kemajuan teknologi.
Kegiatan ekonomi merupakan salah satu factor yang mempengaruhi sistem
pengangkutan. Kawasan Jelutong (dari SMK Convent Greenland ke Jalan Perak) merupakan
sebuah kawasan yang pesat dan maju dalam bidang ekonomi. Perkembangan ekonomi di
kawasan ini telah menyebabkan pembangunan taman perumahan, kemudahan awam,
institusi pendidikan tinggi, kompleks komersial dan sebagainya.
Kemudahan awam yang terdapat di kawasan ini ialah sekolah, klink, kedai dan lain-
lain. Selain itu, taman perumahan yang terdapat di sini adalah Taman Free School , Taman
Desa dan lain-lain lain lagi.
Faktor kedua ialah bentuk muka bumi. Bentuk muka bumi di kawasan Jelutong (dari
SMK Convent Greenland ke Jalan Perak) adalah tanah pamah yang luas dan rata. Oleh itu,
sistem pengangkutan jalan raya sesuai dibina di kawasan rata ini berbanding dengan
kawasan berbukit. Kos pembinaan jalan raya rendah. Selain itu, Kawasan Jelutong (dari SMK
Convent Greenland ke Jalan Perak) merupakan kawasan yang kecil dan jalan raya paling
sesuai untuk penduduk kerana menjimat masa dan kos.
Faktor yang ketiga ialah kemauan teknologi. Kemajuan teknologi membolehkan
pembinaan jalan raya di sekitar kawasan ini. Sistem pengangkutan yang baik telah
meningkatkan taraf hidup penduduk dan mengelakkan dalam bidang ekonomi.
Tingkatan 2
17
Kajian Geografi Tempatan Ch’ng Yi Cong
Kesan-kesan perkembangan sistem pengangkutan terhadap alam
sekitar di kawasan kajian
Sistem pengangkutan jalan raya telah mendatangkan kemudahan kepada penduduk
di kawasan Jelutong (dari SMK Convent Greenland ke Jalan Perak). Namun begitu, sistem
pengangkutan telah membawa kesan positif dan kedan negatif terhadap alam sekitar.
Kesan positif yang dibawa ialah menwujudkan landskap yang menarik. Sistem
pengangkutan yang dibina secara terancang. Selain itu, sekitar kawasan ini terdapat
pelbagai jenis perumahan seperti rumah teres, banglo, pangsa dan kondominium.
Kesan negatif yang dibawa ialah kesesakan lalu lintas. Ini kerana jalan raya yang
disediakan sudah tidak mencukupi menampung bilangan kenderaan yang semakin banyak.
Pencemaran udara berlaku kerana asap yang dikeluarkan oleh kenderaan. Ini
menyebabkan kualiti udara semakin rendah. Udara yang tercemar mengandungi kandungan
yang boleh menyebabkan hujan asid.
Selain itu, debu dalam asap menjadi punca kejadian jerebu. Jerebu boleh mengacam
kesihatan manusia. Pencemaran udara
Pencemaran bunyi juga merupakan satu kesan negatif. Punca utama ialah
kenderaan. Ini telah mengganggu kehidupan penduduk di kawasan ini.
Perkembangan sistem pengangkutan juga memusnahkan fizikal. Contohnya,
pembinaan rumah menyebabkan penenbangan hutan. Aktiviti ini menyebabkan berlakunya
kepupusan flora dan fauna. Dengan ini, alam sekitar telah dirosakkan.
Tingkatan 2
17
Kajian Geografi Tempatan Ch’ng Yi Cong
Langkah-langkah Penyelesaian
Pelbagai langkah harus diambil untuk menyelesai masalah-masalah yang dihadapi
ialah kempen kongsi kenderaan. Kempen ini mengelakkan penduduk berkongsi kenderaan
semasa pergi bekerja. Ini dapat mengelakkan kesesakan lalu lintas, menjimat masa dan
mengurangkan kos pengangkutan.
Tentang masalah Pencemaran udara kerajaan boleh memperkenalkan komuter, LRT
atau Monorel. Kenderaan ini tidak mengeluarkan bunyi yang bising atau asap bertoksik.
Selain itu, penggunaan “Catalytic Converter” dalam ekzos kereta boleh banyak
mengurangkan karbon monoksida yang boleh menyebabkan Pencemaran udara yang serius.
Penduduk harus lebih prihatin dan bertanggungjawab terhadap alam sekitar.
Tingkatan 2
17
Kajian Geografi Tempatan Ch’ng Yi Cong
Jadual
Saya telah mengumpul data mengenai jenis dan jumlah kenderaan yang melalui
Jalan Hamilton. Saya juga memerhati jenis-jenis kenderaan yang lalu pada waktu sibuk
(7.00am-7.30am) dan waktu lengang (10.00am-10.30am). Data-data ini telah dicatat
kumudian direkodkan. Maklumat ini direkodkan dalam bentuk jadual. Saya telah