BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Pada alaf baru ini, peranan sebagai pendidik semakin mencabar. Setiap pendidik perlu memahami, menghayati dan dapat melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan dengan sebaik mungkin. Pendidik merupakan tonggak di dalam merealisasikan perubahan dan kehendak negara iaitu membentuk sebuah negara yang masyarakatnya bermoral dan beretika , saintifik dan berteknologi tinggi (Wawasan 2020). Oleh itu, pendidik perlu peka dengan segala ilmu kependidikan dan bergerak seiring dengan perkembangan terkini. 1
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Pada alaf baru ini, peranan sebagai pendidik semakin mencabar. Setiap pendidik perlu
memahami, menghayati dan dapat melaksanakan tanggungjawab yang telah
diamanahkan dengan sebaik mungkin. Pendidik merupakan tonggak di dalam
merealisasikan perubahan dan kehendak negara iaitu membentuk sebuah negara yang
masyarakatnya bermoral dan beretika , saintifik dan berteknologi tinggi (Wawasan
2020). Oleh itu, pendidik perlu peka dengan segala ilmu kependidikan dan bergerak
seiring dengan perkembangan terkini.
Untuk merealisasikan hasrat ini, bidang pendidikanlah menjadi nadi utama dan
pendidik perlu memainkan peranan penting. Bagi melahirkan individu yang berfikiran
saintifik sejajar dengan objektif pendidikan sains di Malaysia maka pendidik seharusnya
mendidik pelajar untuk memperoleh ilmu sains dan kemahiran proses sains. Oleh itu,
1
menjadi tanggungjawab para pendidik perlu menyediakan pengalaman pembelajaran
yang dapat membantu pelajar memperolehi maklumat.
Pelajar yang belajar secara menghafal, mudah lupa akan pengetahuan yang
dipelajarinya. Dalam mengatasi masalah ini, pelajar perlu didedahkan kepada
pengalaman pembelajaran yang merangsang mereka berinteraksi dengan maklumat atau
ilmu pengatahuan secara bermakna. Maklumat itu akan menjadi lebih bermakna jika
mereka terpaksa memikirkan dan berusaha mencari maklumat itu berdasarkan daya
usaha mereka sendiri dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Antaranya guru boleh
menggunakan pendekatan pengajaran konstruktivisme.
Bertolak dari premis ini ,penyelidik memilih pendekatan pengajaran
konstruktivisme dalam meningkatkan kefahaman dan pencapaian pelajar Tingkatan 2
dalam mata pelajaran Sains bagi tajuk “Force”. Ini adalah kerana penyelidik merasakan
pendekatan secara konstruktivisme adalah lebih berkesan daripada kaedah tradisional.
Diharapkan dengan adanya tinjauan dan cadangan seperti yang dikemukakan di
dalam penulisan ini dapat memberi sedikit idea dan panduan kepada pihak-pihak yang
berkenaan terutama para pendidik untuk melaksanakan proses pengajaran dan
pembelajaran bagi mengoptimumkan kefahaman pelajar.
2
1.2 Latar Belakang Kajian
Mata pelajaran Sains merupakan satu mata pelajaran yang selalu dianggap sukar
oleh kebanyakan para pelajar. Bagi mereka, mempelajari dan memahami konsep-
konsep sains menjadi satu masalah besar. Kajian oleh Woonaugh (1994) misalnya
menyebut bahawa sikap seseorang terhadap sains dan teknologi ditentukan oleh
beberapa faktor terutamanya latar belakang keluarga, gender dan stail serta strategi
pengajaran dan pembelajaran.
Subahan (1996), berpendapat bahawa orientasi mengajar di sekolah lebih
menggalakkan pembelajaran fakta secara hafalan, latihan ke arah membentuk pelajar
berfikir secara saintifik dan divergen kurang menggalakkan. Pengajaran yang sesuai
dengan keperluan semasa juga tidak pernah diubah (Mohd. Majid Konting 1996)
walaupun Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) menekankan pentingnya kaedah
berpusatkan pelajar digunakan dalam pengajaran.
Pembelajaran sains sebenarnya dipengaruhi oleh banyak faktor, antaranya ialah
kurikulum yang mantap, kesediaan pelajar untuk belajar dan kesediaan guru untuk
membimbing pelajar. Kesediaan pelajar untuk belajar pula bergantung pada keupayaan
pelajar itu menyesuaikan konsep awal sains yang dimilikinya dengan konsep sains yang
diajar di sekolah serta dapat menggunakan teknik-teknik belajar yang sesuai bagi
memperolehi keputusan yang cemerlang.
3
Guru-guru pula perlu memahami tanggapan awal pelajar tentang sesuatu konsep
sains yang bakal diajar. Dengan kata lain, pengetahuan sedia ada pelajar perlu
diberikan pertimbangan yang sewajarnya oleh guru sebelum guru mula mengajar sesuatu
topik baru.
Pemilihan strategi pengajaran yang tepat amat membantu pelajar untuk
menguasai kemahiran-kemahiran yang diinginkan. Strategi pengajaran yang
dimaksudkan ialah strategi yang mengaplikasikan teori konstruktivisme yang diasaskan
oleh Piaget. Apa yang ingin dikaji di sini ialah tentang bagaimana guru boleh
menggunakan strategi pengajaran dan pembelajaran sains dengan pendekatan pengajaran
konstruktivisme di bilik darjah bagi meningkatkan penguasaan ilmu sains. Guru boleh
mengaitkan pengamalan sedia ada pelajar kerana topik ini telah dipelajari ketika di
Tahun 6 (peringkat Sekolah Rendah) lagi.
1.3 Penyataan Masalah
Penyelidik ingin mengkaji tentang keberkesanan penggunaan pendekatan pengajaran
konstruktivisme dalam meningkatkan pencapaian pelajar Tingkatan 2. Oleh yang
demikian, penilaian yang dijalankan oleh penyelidik ini perlu bagi mengetahui
keberkesanan pendekatan ini terhadap pelajar Tingkatan 2 di sekolah yang dipilih. Hasil
penilaian yang diperolehi akan membantu penyelidik menyemak keberkesanan
pendekatan pengajaran konstruktivisme yang dilaksanakan di dalam bilik darjah.
4
1.4 Kerangka Konsep
5
Bahan pengajaran
Masa dan peluang mencukupi
Guru sebagai motivator
Keberkesanan pendekatan pengajaran
konstruktivisme
Pengetahuan sedia ada pelajar
1.5 Tujuan Kajian
Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk menguji keberkesanan pendekatan pengajaran
konstruktivisme dalam peningkatan pencapaian sains di kalangan pelajar Tingkatan 2 di
Sekolah Menengah Kebangsaan Desa Tun Hussein Onn.
1.6 Objektif Kajian
Kajian ini dilakukan adalah bertujuan untuk :
(i) menentukan perbezaan min skor pencapaian ujian pra bagi pelajar
Tingkatan Dua di kalangan pelajar-pelajar dalam kumpulan rawatan dan
kumpulan kawalan.
(ii) menentukan perbezaan min skor pencapaian ujian pasca bagi pelajar
Tingkatan Dua di kalangan pelajar-pelajar dalam kumpulan rawatan dan
kumpulan kawalan.
6
1.7 Soalan Kajian
Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk menjawab beberapa persoalan berkaitan
pendekatan pengajaran konstruktivisme dalam meningkatkan pencapaian pelajar
Tingkatan 2 dalam mata pelajaran Sains. Di antara persoalan-persoalannya ialah :
1. Adakah wujud perbezaan min skor pencapaian ujian pra bagi pelajar
Tingkatan Dua di kalangan pelajar-pelajar dalam kumpulan rawatan dan
kumpulan kawalan.
1 Adakah wujud perbezaan min skor pencapaian ujian pasca bagi pelajar
Tingkatan Dua di kalangan pelajar-pelajar dalam kumpulan rawatan dan
kumpulan kawalan.
1.8 Hipotesis Kajian
1. Tiada wujud perbezaan min skor pencapaian ujian pra bagi mata
pelajaran Sains Tingkatan Dua iaitu di kalangan pelajar-pelajar dalam
kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan.
2. Tiada wujud perbezaan min skor pencapaian ujian pasca bagi mata
pelajaran Sains Tingkatan Dua di kalangan pelajar-pelajar dalam
kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan.
7
1.9 Kepentingan Kajian
Hasil daripada kajian ini, penyelidik akan dapat melihat sejauh mana keberkesanan
pendekatan pengajaran konstruktivisme berbanding kaedah tradisional. Penyelidik juga
ingin melihat guru mengaplikasikan pendekatan pengajaran konstruktivisme ini dalam
topik-topik lain yang difikirkan perlu.
Hasil dapatan dari penyelidikan ini diharap dapat membantu pihak-pihak tertentu
seperti:
i. Sumber maklumat kepada pihak sekolah
- Sebagai rujukan atau panduan kepada guru-guru dalam mempelbagaikan
strategi pengajaran dan pembelajaran. Hasil kajian ini boleh dijadikan
asas untuk merancang aktiviti bagi meningkatkan pencapaian mata
pelajaran Sains di Sekolah Menengah pada masa akan datang.
ii. Sumber rujukan Pejabat Pelajaran Daerah
- Ia adalah sebagai bahan rujukan bagi merancang kursus-kursus yang
sesuai yang boleh disediakan kepada guru-guru di bawah seliaannya.
8
iii. Sumber rujukan Jabatan Pelajaran Negeri
- Membantu Jabatan Pelajaran Negeri menyusun semula strategi serta
mengenalpasti program latihan atau kursus bagi memperbaiki dan
mempertingkatkan lagi mutu pengajaran sains
1.10 Batasan Kajian
Kajian ini terbatas kepada pelajar-pelajar Tingkatan 2 sahaja di Sekolah Menengah
Kebangsaan Desa Tun Hussein Onn. Topik yang dipilih dalam pendekatan pengajaran
konstruktivisme ialah “Force”. Oleh itu, generalisasi hanya boleh dibuat ke atas pelajar
Tingkatan 2 sahaja.
1.11 Definisi istilah
Pencapaian
Ia bermaksud skor atau gred yang diperolehi dalam peperiksaan yang dinilai
dengan gred AI, A2, C3, C4, C5, C6, P7, P8 dan F9. Pencapaian gred AI, A2
dianggap sangat baik, gred C3, C4 dianggap baik, C5, C6 adalah sederhana, P7,
P8 pula lemah dan F9 gagal.
9
Konstruktivisme
Ia adalah satu pendekatan pengajaran berdasarkan penyelidikan tentang
bagaimana manusia belajar. Kebanyakan penyelidikan berpendapat setiap
individu membina pengetahuan dan bukannya hanya menerima pengetahuan
daripada orang lain (Mcbrien & Brandt, 1997).
Pendekatan pengajaran
Mok Soon Seng (1992) mengatakan pendekatan ialah cara mendekati sesuatu
mata pelajaran. Iaitu cara bagaimana suatu mata pelajaran diajar berdasarkan
objektifnya. Jadi ia merupakan satu set teori yang sistematik. Ia merupakan
haluan atau aspek yang digunakan untuk mendekati atau memulakan proses
pengajaran sesuatu isi pelajaran, sesuatu mata pelajaran atau beberapa mata
pelajaran atau sesuatu kemahiran
10
BAB 2
TINJAUAN LITERATUR
2.1 Pengenalan
Subjek sains merupakan subjek yang mempunyai struktur. Ini bermaksud setiap subjek
sains sama ada fizik, kimia dan biologi kesemuanya mempunyai teori dan konsep utama
yang membentuk kerangka ilmu dalam setiap subjek itu dan kaedah bagaimana ilmu
dalam subjek tersebut dijanakan dan disahkan.
Dalam bab ini, penyelidik akan membincangkan teori pengajaran dan
pembelajaran konstruktivisme bagi subjek sains agar pengajaran dan pembelajaran sains
dapat dilakukan bersesuaian dengan sifat tabiinya.
11
2.2 Teori dan Konsep
2.2.1 Teori dan Konsep Konstruktivisme
Konstruktivisme adalah satu teori yang didasarkan kepada penyelidikan yang dijalankan
oleh Piaget. Teori ini berlainan daripada teori tradisional yang melihat ilmu wujud
secara sendiri atau tidak bergantung kepada individu, atau pandangan yang melihat
pemikiran sebagai tabula rasa. Selain daripada Piaget, barisan ahli psikologi yang
terdiri daripada Seymour Papert, Jerome Bruner, Lev Vygotsky dan John Dewey yang
juga mempunyai pemikiran yang boleh dikategorikan sebagai teori konstruktivisme
(2001)
Premis asas teori ini ialah kanak-kanak tidak hanya menyerap secara pasif
beberapa idea yang diperkatakan oleh pendidik mereka atau menghafalkannya sahaja
malah sebaliknya kanak-kanak ini mereka cipta idea mereka sendiri. Mereka menyerap
maklumat baru kepada pemikiran sedia ada mereka yang tidak rumit (mudah) dan
membuat pindaan ke atas pemikiran sedia ada itu berdasarkan maklumat baru yang
mereka perolehi. Melalui proses itu, pemikiran mereka menjadi bertambah kompleks
dan berkuasa, dan dengan sokongan yang sesuai kanak-kanak ini berupaya membentuk
pemikiran kritikal berhubung cara bagaimana mereka berfikir dan apa yang mereka
tentang dunia mereka.
12
Proses pindaan pemikiran sedia ada kanak-kanak berdasarkan maklumat baru
yang mereka terima menghasilkan pemahaman yang mendalam dan terperinci
berhubung dunia mereka. Teori ini menekankan kajian yang cermat ke atas proses-
proses dengan mana kanak-kanak mencipta dan mengembangkan idea mereka.
Implikasi teori ini kepada pendidikan ialah mereka cipta kurikulum yang sesuai dan
tidak melawan kefahaman dan perkembangan minda pelajar.
JADUAL 2.1 : Ciri-ciri pendekatan konstruktivisme
13
14
CIRI-CIRI KONSTRUKTIVISME
1. Menekankan pembelajaran dan bukannya pengajaran
2. Mengalakkan daya usaha dan autonomi pelajar.
3. Melihat pelajar sebagai makhluk yang bertujuan dan
berkeupayaan
4. Memikirkan pembelajaran sebagai satu proses menggalakkan
pelajar belajar dengan pertanyaan (pembelajaran secara inkuiri)
5. Mengakui pengalaman sebagai peranan kritikal dalam proses
pembelajaran.
6. Menyuburkan sifat semulajadi ingin tahu pelajar.
7. Mengambil kira model pemikiran pelajar
8. Menekankan pelaksanaan dan kefahaman ketika melakukan
penilaian pembelajaran
9. Mendasarkan dirinya kepada prinsip-prinsip teori kognitif.
10. Menggunakan secara leluasa istilah-istilah dalam teori kognitif
seperti meramalkan, mereka bentuk dan menganalisis.
11. Melibatkan pelajar denga situasi kehidupan yang sebenar.
12. Memberi pelajar peluang untuk membina ilmu dan kefahaman
yang baru daripada pengalaman yang asli (pengalaman yang
mereka terlibat di dalamnya)
Mengikut kefahaman konstruktivisme, ilmu pengetahuan sekolah tidak boleh
dipindahkan daripada guru kepada pelajar dalam bentuk yang serba sempurna. Pelajar
perlu membina sesuatu pengetahuan itu mengikut pengalaman masing-masing.
Pembelajaran adalah hasil daripada usaha pelajar itu sendiri dan guru tidak boleh belajar
untuk pelajar. Blok binaan asas bagi ilmu pengetahuan sekolah ialah satu skema iaitu
aktiviti mental yang digunakan oleh murid sebagai bahan mentah bagi proses renungan
dan pengabstrakan. Fikiran pelajar tidak akan menghadapi realiti yang wujud secara
terasing dalam persekitaran. Realiti yang diketahui pelajaran adalah realiti yang dia
bina sendiri. Pelajar sebenarnya telah mempunyai satu set idea dan pengalaman yang
membentuk struktur kognitif terhadap persekitaran mereka
2.2.2 Implikasi Teori Konstruktivisme kepada Proses Pembelajaran
Teori ini menekankan bahawa proses pembinaan ilmu atau kefahaman seharusnya
dilakukan oleh pelajar dan bukannya guru. Pelajar dapat memperoleh ilmu baru apabila
mereka berinteraksi dengan bahan pembelajaran dan dengan yang demikian memperoleh
kefahaman berhubung dengan bahan yang diinteraksikannya tadi. Pelajar dikatakan
membina kefahaman mereka dengan sendirinya selepas terlibat secara aktif dalam
proses pembelajaran.
15
Pembelajaran konstruktivisme didasarkan kepada penglibatan aktif pelajar dalam
proses penyelesaian masalah dan pemikiran kritis berhubung aktiviti pembelajaran yang
mereka dapati sebagai penting dan menarik. Para pelajar membina kefahaman mereka
sendiri berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada mereka, menggunakan
pengetahuan dan pengalaman ini dalam satu situasi baru dan menyepadukan ilmu yang
baru diperolehi dengan struktur kognitif sedia ada dalam pemikiran mereka.
Para ahli konstruktivis meyakini bahawa pembelajaran terhasil daripada
pembentukan mental. Pembelajaran dikatakan berlaku apabila pelajar dapat
menyepadukan ilmu atau maklumat yang baru diperolehi tadi dengan pengetahuan dan
pengalaman lampau yang mereka miliki.
Para ahli konstruktivis ini juga menyakini bahawa pembelajaran juga
dipengaruhi oleh konteks, kepercayaan dan sikap pelajar. Pelajar digalakkan untuk
mereka cipta penyelesaian kepada aktiviti pembelajaran yang mereka hadapi dan perlu
berani untuk membina dan menguji hipotesis. Pendekatan pembelajaran yang sebegini
bertujuan memberi mereka peluang untuk membina kefahaman atau ilmu berdasarkan
ilmu dan pengalaman lampau yang mereka miliki.
Untuk membantu pelajar membina konsep atau pengetahuan baru, guru harus
mengambil kira struktur kognitif yang sedia ada pada mereka. Apabila maklumat baru
telah disesuaikan dan diserap untuk dijadikan sebahagian daripada pegangan kuat
16
mereka, barulah kerangka baru tentang sesuatu bentuk ilmu pengetahuan dapat dibina.
Proses ini dinamakan konstruktivisme.
Beberapa ahli konstruktivisme yang terkemuka berpendapat bahawa
pembelajaran yang bermakna itu bermula dengan pengetahuan atau pengalaman sedia
ada murid.
Rutherford dan Ahlgren berpendapat bahawa pelajar mempunyai idea mereka
sendiri tentang hampir semua perkara, di mana ada yang betul dan ada yang salah. Jika
kefahaman dan miskonsepsi ini diabaikan atau tidak ditangani dengan baik, kefahaman
atau kepercayaan asal mereka itu akan tetap kekal walaupun dalam peperiksaan mereka
mungkin memberi jawapan seperti yang dikehendaki oleh guru.
John Dewey menguatkan lagi teori konstruktivisme ini dengan mengatakan
bahawa pendidik yang cekap harus melaksanakan pengajaran dan pembelajaran sebagai
proses menyusun atau membina pengalaman secara berterusan. Beliau juga
menekankan kepentingan penyertaan pelajar di dalam setiap aktiviti pengajaran dan
pembelajaran.
Dari persepektif epistemologi yang disarankan dalam konstruktivisme fungsi
guru akan berubah. Perubahan akan berlaku dalam teknik pengajaran dan pembelajaran,
penilaian, penyelidikan dan cara melaksanakan kurikulum. Sebagai contoh, perspektif
ini akan mengubah kaedah pengajaran dan pembelajaran yang menumpu kepada
kejayaan pelajar meniru dengan tepat apa saja yang disampaikan oleh guru kepada
kaedah pengajaran dan pembelajaran yang menumpu kepada kejayaan pelajar membina
17
skema pengkonsepan berdasarkan kepada pengalaman yang aktif. Ia juga akan
mengubah tumpuan penyelidikan daripada pembinaan model daripada kaca mata guru
kepada pembelajaran sesuatu konsep daripada kaca mata pelajar.
2.2.3 Implikasi Teori Konstruktivisme kepada Proses Pengajaran
Bruner (2001) menekankan bahawa pendidik harus berusaha dan menggalakkan pelajar
menemukan ilmu baru deangan sendirinya. Pendidik dan pelajar harus terlibat dalam
perbincangan secara aktif iaitu pembelajaran secara sokratik. Tugas pendidik adalah
untuk menterjemahkan maklumat atau bahan pengajaran kepada tahap yang sesuai
dengan kefahaman atau ilmu sedia ada dalam pemikiran pelajar. Kurikulum pula
haruslah diorganisasikan secara spiral agar pelajar dapat membina ilmu dan kefahaman
baru berdasarkan apa yang telah mereka ketahui.
Prinsip-prinsip pengajaran yang diusulkan oleh Bruner ialah:
i) Pengajaran haruslah berurusan dengan pengalaman dan konteks dengan
mana pelajar bersedia dan berupaya untuk belajar (kesediaan pelajar).
ii) Pengajaran mestilah distrukturkan agar ia mudah diikuti oleh pelajar
(pengorganisasian spiral).
iii) Pengajaran mestilah direka bentuk agar memudahkan pelajar berfikir
melebihi maklumat yang diberikan.
18
Prinsip-prinsip pengajaran itu digariskan sedemikian kerana beliau berpandangan
bahawa pembelajaran adalah satu proses aktif dengan mana pelajar membina idea atau
konsep baru berdasarkan ilmu semasa dan ilmu lampau mereka. Pelajar akan memilih
dan mengubah bentuk maklumat, membina hipotesis dan membuat keputusan
berdasarkan struktur kognitif yang mereka miliki.
Struktur kognitif ialah skema atau model pemikiran yang dimiliki pelajar.
Struktur kognitif ini dapat memberikan makna kepada maklumat baru yang diperolehi
pelajar dan mengorganisasikan maklumat tersebut dengan maklumat sedia ada dalam
diri pelajar dan dengan yang demikian membolehkan pelajar berfikir melebihi maklumat
yang diberikan.
2.2.4 Pendekatan Pengajaran Konstruktivisme
Konstruktivisme merupakan satu pendekatan yang didapati sesuai dipraktikkan dalam
pengajaran dan pembelajaran sains. Dalam pendekatan ini pelajar dianggap telah
mempunyai idea yang tersendiri tentang sesuatu konsep yang belum dipelajari.
Lakin dan Callaghan (2000) mengatakan bahawa intipati pendekatan pengajaran
secara konstruktivisme adalah memperuntukkan masa dan bantuan untuk pelajar
membina kefahaman bersandarkan ilmu dan pengalaman lampau mereka. Guru dengan
19
yang demikian, perlu mengambil langkah-langkah yang dapat membantu para pelajar
membina ilmu berdasarkan ilmu dan pengalaman lampau masing-masing. Lakin dan
Callaghan (2000) menggariskan langkah-langkah itu sebagai berikut:
a) Guru perlu menyediakan bahan pengajaran yang bermakna iaitu bahan
pengajaran yang mengandungi isi kandungan yang dapat dikaitkan
dengan ilmu dan pengalaman lampau pelajar. Untuk itu, guru mesti
merujuk kembali sukatan pelajaran yang pernah dilalui oleh pelajar
sebelum itu.
b) Guru mengenal pasti ilmu dan pengalaman sedia ada pelajar. Ini dapat
dilakukan dengan menyoal mereka. Jawapan yang diberikan akan
menunjukkan ilmu dan pengalaman sedia ada yang terkandung dalam
minda mereka.
c) Guru perlu memotivasikan pelajar untuk belajar. Oleh kerana pendekatan
ini menekankan agar ilmu dibina sendiri oleh pelajar berdasarkan
penglibatan aktif mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran,
mereka perlu dimotivasikan agar terlibat secara aktif dalam proses
pembelajaran. Jika tidak, mereka tidak dapat mengaitkan ilmu baru yang
perlu dipelajari dengan ilmu dan pengalaman lampau mereka. Menurut
pendekatan pengajaran konstruktivisme, guru merupakan fasilitator yang
hanya membantu proses pembelajaran dan bukannya bertindak
mencurahkan ilmu ke dalam kepala pelajar seperti yang biasa berlaku
dalam proses pengajaran yang berpusatkan guru.
20
d) Guru memberi masa dan peluang kepada pelajar untuk membentangkan
kefahaman mereka berhubung sesuatu tajuk yang diberikan. Pada
peringkat ini, guru berperanan menjelaskan perkara-perkara yang telah
dipelajari oleh pelajar. Menjadi kewajipan guru untuk memastikan tidak
terdapat salah tanggapan atau miskonsepsi berhubung tajuk yang baru
dipelajari itu.
21
Menyediakan bahan pengajaran yang bermakna
Mengenal pasti pengalaman sedia ada pelajar
Memotivasikan pelajar agar terlibat secara aktif dalam proses pengajaran & pembelajaran - guru
bertindak sebagai fasilitator
RAJAH 1: Langkah-langkah yang perlu diambil guru dalam
pendekatan pengajaran konstruktivisme
2.3 Kajian berkaitan Konstruktivisme
Untuk dua dekad yang lepas, minat pakar-pakar penyelidikan sains seluruh dunia
bertumpu kepada pembelajaran dan pemahaman murid terhadap konsep-konsep sains,
lantas menyebabkan ledakan dalam hasil kajian dalam bidang konstruktivisme – teori
tentang cara pelajar membina (construct) kefahaman konsep-konsep sains. Ia sebenarnya
bermula dengan kajian-kajian tentang kerangka alternatif yang terdapat dalam skema
minda pelajar tentang fenomena-fenomena sains sehari-harian.
22
Memberi masa dan peluang kepada pelajar untuk membentangkan kefahaman mereka.
Menjelaskan perkara yang dipelajari dan memastikan tidak terdapat miskonsepsi mereka
Menular bagaikan api, kajian-kajian tentang kerangka alternatif pelajar
seterusnya menarik minat pngkaji-pengkaji di Israel, Kanada, Amerika, Australia, New
Zealand, China and lain-lain tempat. Children’s Learning In Science Project (CLIS,
1987) di UK dan Learning In Science Project (LISP, 1993) di New Zealand merupakan
dua contoh yang menunjukkan minat mendalam terhadap kerangka alternatif pelajar dan
implikasi terhadap pengajaran dan pembelajaran sains. Banyak jurnal-jurnal telah
menerbitkan intipati kajian dalam bidang konstruktivisme; di antaranya adalah Driver &
Bell (1986) dan Scott, Dyson & Gater (1987).
Hasil kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa pendekatan pengajaran
konstruktivisme amat bertepatan dalam pengajaran sains kerana melaluinya pelajar
membina kefahaman yang lebih tinggi dalam mempelajari konsep-konsep sains. Mereka
telah menunjukkan sikap dan minat yang positif terhadap mata pelajaran sains
berbanding kaedah konvensional.
“They are constructing their own knowledge by testing idea and approaches
based on their prior knowledge and experience, applying these to a new situation
and integrating the new knowledge gained with pre-existing intellectual
constant”
(Briner, M., 1999)
23
Dalam era pendidikan global, matlamat Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
melalui Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006 – 2010, ingin melahirkan
insan yang cemerlang dan seimbang. Model pembelajaran pembelajaran
konstruktivisme ialah model pengajaran yang berpusatkan pelajar dan lebih menekankan
kepada pencapaian kognitif dan tingkah laku. Jelaslah model ini lebih menggalakkan
pelajar berfikir sendiri untuk mewujudkan pengetahuan baru hasil gabungan
pengetahuan sedia ada dengan maklumat baru yang diterima melalui proses pengajaran
dan pembelajaran yang terancang dan sistematik.
“Konstruktivisme adalah tidak lebih daripada satu komitmen terhadap
pandangan bahawa manusia membina pengetahuan sendiri. Ini bermakna
bahawa sesuatu pengetahuan yang dipunyai seseorang individu adalah hasil
daripada aktiviti yang dilakukan oleh individu tersebut, dan bukan sesuatu
maklumat atau pengajaran yang ditentukan secara pasif dari luar. Pengetahuan
tidak boleh dipindahkan daripada pemikiran seseoarang individu kepada
pemikiran individu yang lain. Sebaliknya, setiap insan membentuk pengetahuan
sendiri dengan menggunakan pengalaman secara terpilih”
(Nik Azis Nik Pa, 1999)
Mata pelajaran sains merupakan mata pelajaran yang menyeronokkan yang
banyak berkait dengan apa yang berlaku di sekeliling kita. Namun begitu, kebanyakan
para pelajar tidak berminat dengan sains. Ini dapat dilihat kepada kemasukan pelajar
sains yang rendah iaitu 34.3% berbanding dengan kemasukan pelajar sastera iaitu 65.7%
24
(Hani, 2001). Kajian juga menunjukkan bahawa pelajar yang tidak berminat dengan
sains merasakan bahawa sains merupakan mata pelajaran yang membebankan kerana
kebanyakan konsep sains adalah abstrak dan sukar untuk difahami (Subahan 1999).
Selain itu, kesukaran untuk mengaitkan teori yang dipelajari dengan kehidupan
sebenar juga mendorong para pelajar untuk merasakan mata pelajaran ini begitu
membosankan. Menurut Chiapetta, Koballa dan Collette (1998), berdasarkan pandangan
ahli psikologi dan teori pembelajaran, pelajar yang meminati sains adalah pelajar yang
menganggapkan mempelajari sains adalah satu proses pembelajaran yang bermakna
untuknya. Untuk pembelajaran bermakna berlaku, pelajar perlu diberi peluang untuk
membentuk pengetahuan oleh dirinya sendiri secara aktif dengan membandingkan
maklumat baru dengan pengetahuan sedia ada (Driver, Squires, Rushworth & Wood-
Robinson 1994).
Berdasarkan teori pembelajaran ini iaitu teori pembelajaran konstruktivisme,
pembelajaran adalah satu proses aktif di mana pelajar membina maksudnya sendiri
mengenai sesuatu subjek hasil daripada interaksi mereka dengan persekitaran.
Umumnya pengetahuan sedia ada pelajar mengenai sesuatu konsep sains adalah
bercanggah dengan idea saintifik, maka pelajar perlu dibimbing ke arah konsep yang
sebenar, berdasarkan bukti serta keyakinan yang dapat diterima oleh mereka dan
seterusnya mendorong mereka mengubah pemikiran awal (Jones, 1998).
25
Menurut Chiapetta et al. juga, untuk melaksanakan proses pembelajaran tersebut
guru perlu mahir membimbing dan melibatkan pelajar berfikir, menyoal, menerang dan
menguji idea. Maka, proses pengajaran dan pembelajaran berasaskan teori ini lazimnya
memakan masa yang lama kerana ia memerlukan individu itu sendiri mengubah
pemikirannya tanpa dipaksa.
2.4 Rumusan
Keberkesanan pembelajaran dalam bilik darjah banyak bergantung kepada amalan
pengajaran guru. Oleh itu, supaya pembelajaran berjaya dan mencapai objektifnya;
amalan pembelajaran guru-guru dalam bilik perlu berorientasikan kepada pembelajaran
melalui pengalaman sedia ada murid berasaskan kepada aktiviti yang menyeronokkan.
Kesimpulannya, konstruktivisme adalah satu teori mengenai pengetahuan yang
sangat berhubungkait dengan cara seseorang individu membina pengetahuan. Ahli-ahli
konstruktivisme menyatakan bahawa manusia membina sendiri pengetahuannya di
dalam skemata kognitif masing-masing. Dalam konteks pembelajaran, konstruktivisme
mengkaji bagaimana cara dan gaya murid-murid memperolehi ilmu pengetahuan. Hari
ini konstruktivisme adalah idea yang sangat bertenaga mengenai bagaimana murid-
murid belajar dan ianya mempunyai impak yang kuat ke atas pendidikan sains.
Konstruktivisme bukan sahaja mengkaji bagaimana murid membina ilmu pengetahuan
tetapi juga melibatkan cara perubahan konseptual berlaku dan dapat dilakukan dalam
pembelajaran.
26
Konstruktivisme juga adalah satu model pembelajaran yang berasaskan kepada
kepercayaan bahawa pemahaman pengetahuan tidak diperolehi secara siap-sedia (ready-
mate) tetapi ianya adalah hasil interaksi murid-murid dengan alam keliling. Tegasnya,
pengetahuan diperolehi dengan cara dibina oleh kombinasi yang dihasilkan oleh
persekitaran dan pelajar sendiri. Murid-murid membina pengetahuan mereka sendiri
dengan menyepadukan maklumat dan idea baru ke- dalam struktur pengetahuan yang
sudah sedia ada. Apabila berlaku pertentangan diantara idea lama dengan idea baru,
pelajar-pelajar akan membuat analisis mengenai idea baru mereka.
Dalam proses ini, kebanyakan idea lama mereka perlu ditukar atau distruktur
semula dengan idea baru. Jadi mengikut fahaman konstruktivisme, pembelajaran berlaku
apabila murid-murid membina kefahamannya sendiri dengan membuat perkaitan antara
idea baru dengan pengetahuan sedia ada. Oleh itu, pembelajaran konstruktivisme
memberi penekanan kepada pembelajaran yang bermakna, penyusunan kurikulum,
konsep asas, menggalakkan murid-murid membuat penyiasatan dan menilai unutk
memandu pembelajaran mereka
BAB 3
METODOLOGI PENYELIDIKAN
27
3.1 Pengenalan
Kajian ini bertujuan untuk melihat dan mengetahui sejauh mana pendekatan pengajaran
konstruktivism dapat meningkatkan tahap penguasaan pelajar dalam menjawab soalan
bagi pelajar tingkatan 2 di Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Hussein Onn. Di dalam
bab ini, penyelidik akan membincangkan kaedah-kaedah yang dilakukan bagi
mengumpulkan data-data dan menganalisanya.
3.2 Rekabentuk Kajian
Kajian ini akan dijalankan secara kuantitatif di mana penyelidik menggunakan reka
bentuk kuasi-eksperimen. Reka bentuk kuasi-eksperimen digunakan untuk
menggantikan reka bentuk eksperimen tulin apabila dalam proses pemilihan responden
kajian, pengagihan secara rawak tidak dapat dilakukan oleh penyelidik. (Chua, 2006).
Kajian ini biasanya digunakan oleh penyelidik bidang psikologi, sosiologi dan
pendidikan (Neuman, 2000).
Kajian ini melibatkan dua kumpulan pelajar, iaitu kumpulan eksperimen dan
kumpulan tradisional. Kumpulan eksperimen mempelajari topik “Force” di mana guru
menggunakan pendekatan pengajaran konstruktivisme manakala kumpulan tradisional
mempelajari topik yang sama melalui kaedah konvensional. Kedua-dua kumpulan
menduduki ujian pra sebelum kajian dan ujian pasca selepas kajian bagi memperoleh
skor pencapaian sains untuk dianalisis.
28
Rekabentuk kajian adalah diringkaskan seperti dalam rajah berikut:
RAJAH 2 : Rekabentuk ujian pra-pasca bagi kumpulan rawatan dan kumpulan
kawalan
3.3 Sampel Kajian
Kajian ini akan dijalankan di Sekolah Menengah Kebangsaan Desa Tun Hussein Onn.
Sampel kajian tidak dipilih secara rawak. Ia terdiri daripada 66 orang pelajar tingkatan 2
daripada dua buah kelas. Kelas yang terdiri daripada 33 orang pelajar diambil sebagai
kumpulan rawatan dan sebuah kelas lagi yang terdiri daripada 33 orang pelajar dijadikan
kumpulan kawalan. Kumpulan rawatan akan diajar oleh penyelidik menggunakan
29
Kumpulan Ujian Pra Rawatan Ujian Pasca
Eksperimen O1 Konstruktivisme O3
Tradisonal O2 O4
O1 & O2 = Ujian Pra
O3 & O4 = Ujian Pasca
pendekatan pengajaran konstruktivisme manakala kumpulan kawalan diajar oleh guru di
sekolah tersebut.
3.4 Instrumen Kajian
Dua instrumen digunakan dalam kajian ini, iaitu:
i) Ujian pra dan pasca
ii) Soal Selidik
3.4.1 Ujian Pra dan Pasca
Ujian pra adalah ujian yang diadakan untuk melihat sejauh mana pengetahuan yang ada
pada pelajar tentang apa yang hendak diajar. Perkara-perkara yang diuji di dalam ujian
pra dan pasca adalah sama. Dengan mengadakan ujian pra dan pasca, kita dapat melihat
perbandingan antara kelas kawalan dan kelas eksperimen.
3.4.2 Soal Selidik
Soalan soal selidik disediakan oleh pengkaji. Pelajar dikehendaki menjawab soalan soal
selidik tersebut selepas pembelajaran menggunakan kaedah konstruktivisme dijalankan.
Soalan-soalan yang dikemukakan adalah berkaitan dengan minat dan kelebihan-
kelebihan yang diperolehi oleh pelajar semasa menjalani pembelajaran secara
30
konstruktivisme ini. Soal selidik ini juga dapat melihat sejauh manakah kefahaman
pelajar tentang pembelajaran secara konstruktivisme.
Soal selidik ini mengandungi 10 item yang menumpukan kepada minat dan
persepsi pelajar selepas mengikuti pembelajaran secara konstruktivisme ini. Setiap item
diikuti dengan lima pilihan skala Likert yang berbeza daripada 1 (sangat tidak
Berikut merupakan turutan yang dilaksanakan oleh penyelidik untuk mendapat
maklumat dan data-data kajian:
a) Memohon kelulusan dari Bahagian Perancangan dan Penyelidikan
Pendidikan (BPPDP 1) dan surat kebenaran untuk menjalankan kajian di
sekolah.
b) Mengisi borang e-form di dalam lms untuk Kajian Berasaskan Sekolah
( Bahagian 1 ) HBEF 4106 bagi memaklumkan pihak Open Universiti
tajuk kajian yang hendak dibuat oleh penyelidik.
31
c) Memohon kebenaran dari Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan.
d) Memohon kebenaran daripada pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan
Desa Tun Hussein Onn sebelum menjalankan kajian yang sebenar.
e) Menjalankan kajian sebenar dengan melaksanakan pendekatan
pengajaran konstruktivism dalam pengajaran guru yang dilakukan oleh
penyelidik sendiri dalam mata pelajaran sains dalam tajuk Force bagi
pelajar tingkatan 2 pada bahagian 2 Kajian Berasaskan Sekolah HBEF
4106
3.5.2 Langkah-langkah Pemungutan Data
a) Guru memberi ujian pra kepada kedua-dua kumpulan.
b) Pengajaran secara formal dijalankan oleh guru, iaitu kumpulan rawatan
mempelajari tajuk Force menggunakan pendekatan pengajaran
konstruktivisme dan kumpulan kawalan mempelajari tajuk tersebut secara
konvensional di dalam bilik darjah mengikut jadual yang telah ditetapkan
oleh pihak pentadbiran sekolah.
c) Selepas pengajaran secara formal selesai, guru memberikan ujian pasca
pula, iaitu soalan ujian yang sama dengan ujian pra.
32
d) Borang soal selidik diedarkan kepada bebarapa orang pelajar yang dipilih
secara rawak dari kumpulan rawatan setelah selesai sesi pengajaran dan
pembelajaran untuk mengetahui keberkesanan pendekatan pengajaran
konstruktivisme dari sudut pandangan pelajar.
3.6 Analisis Data
Instrumen kajian ini menggunakan ujian pra, ujian pasca dan boran soal selidik
pelajar. Statistical Packages For The Sosial Scienc (SPSS) Version 15 telah
digunakan dalam menganalisis data kajian ini. Statistik inference digunakan untuk
manganalisis data bagi menguji hipotesis kajian. Ujian-t digunakan untuk
mengkaji perbezaan antara ujian pra dan pasca. Manakala jawapan soal selidik
dikumpulkan secara peratusan
BAB 4
33
DAPATAN KAJIAN
4.1 Pengenalan
Bab ini akan membincangkan tentang analisis data secara keseluruhan dan menjawab
hipotesis-hipotesis yang dikemukakan. Di samping itu, analisis ini juga dapat melihat
persepsi para pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan kaedah
konstruktivisme selepas ia diaplikasikan terhadap mereka.
4.2 Latar Belakang Subjek
Responden yang mengikuti kelas pembelajaran konstruktivisme (eksperimen) ini terdiri
daripada 33 orang pelajar iaitu 16 orang pelajar perempuan dan 17 orang pelajar lelaki.
Bagi kelas pembelajaran tradisional (kawalan) pula terdiri daripada 19 orang pelajar
perempuan dan 14 orang pelajar lelaki. Jadual 4.1 menunjukkan keputusan pencapaian
PKSR 2 respoden pada tahun 2008 bagi mata pelajaran Sains.
JADUAL 4.1: Peratusan gred bagi keputusan PKSR 2 responden 2007
34
Gred Kelas konstruktivisme Kelas Tradisional
Sains Sains
A 7 (21.21%) 8 (24.24%)
B 16 (48.48%) 17 (51.52%)
C 10 (30.31%) 8 (24.24%)
Bilangan responden yang mendapat gred A dalam mata pelajaran Sains yang
berada dalam kelas konstruktivisme mencatat sebanyak 21.21% berbanding 24.24% bagi
responden dalam kelas tradisional. Bagi gred B pula, 48.48% adalah daripada kelas
konstruktivisme manakala bagi kelas tradisional pula mencatatkan 51.52%. Bagi
peratusan C pula, kelas konstruktivisme memperoleh 30.31% berbanding 24.24% kelas
trasisional.
4.3 ANALISIS DATA
Dalam kajian ini, ujian t digunakan untuk melihat sama ada terdapat perbezaan bagi
kaedah pendekatan konstruktivisme dan kaedah tradisional. Ujian t merupakan ujian
statistik inferensi yang digunakan untuk membandingkan dua atau lebih daripada
kumpulan data selang atau nisbah (Chua Yan Piaw, 2006). Markah penuh adalah 20
iaitu terdiri daripada 20 soalan objektif. Markah diberikan berdasarkan peratusan yang
diperolehi responden. Hipotesis nul dalam kajian ini adalah seperti berikut:
4.3.1 Perbezaan Ujian Pra antara kumpulan rawatan (konstruktivisme) dengan
kumpulan kawalan (tradisional)
35
HO1 : Tiada wujud perbezaan min skor pencapaian ujian pra bagi Tajuk
“Force” Sains Tingkatan Dua di kalangan pelajar-pelajar dalam
kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan.
JADUAL 4.2 : Ujian-t bagi melihat perbandingan keputusan keseluruhan ujian pra kelas
rawatan (konstruktivisme) dan kelas kawalan (tradisional).
Markah ujian N Min Sisihan piawai df t Sig
Konstruktivisme 33 23.6364 8.95062 64 0.682 0.498
Tradisional 33 22.1212 9.10274
Berdasarkan jadual 4.2, didapati nilai –t bagi perbandingan skor keseluruhan
ujian pra antara kelas rawatan (konstruktivisme) dan kelas kawalan (tradisional) ialah
t = 0.682 dan tahap signifikan p = 0.498 . Tahap signifikan ini adalah p > 0.05. Oleh
itu hipotesis nul HO1 diterima. Jadi, tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara
markah keseluruhan ujian pra bagi kedua-dua kelas tersebut. Ini bermaksud, percapaian
awal para pelajar dalam ujian pra adalah sama antara kelas rawatan dan kelas kawalan.
4.3.2 Perbezaan Ujian Pasca antara kumpulan rawatan (konstruktivisme) dengan
kumpulan kawalan (tradisional)
HO2 : Tiada wujud perbezaan min skor pencapaian ujian pasca untuk
Tajuk “Force” Sains Tingkatan Dua di kalangan pelajar-pelajar
dalam kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan.
36
JADUAL 4.3 : Ujian-t bagi melihat perbandingan keputusan keseluruhan ujian pasca kelas
rawatan (konstruktivisme) dan kelas kawalan (tradisional).
Markah ujian N Min Sisihan piawai df t Sig
Konstruktivisme 33 75.1515 9.31102 64 3.643 0.001
Tradisional 33 65.9091 11.21206
Berdasarkan jadual 4.2, didapati nilai –t bagi perbandingan skor keseluruhan
ujian pasca antara kelas rawatan (konstruktivisme) dan kelas kawalan (tradisional) ialah
t = 3.643 dan tahap signifikan p = 0.001. Tahap signifikan ini adalah p < 0.05. Oleh
itu, hipotesis nul HO2 ditolak. Jadi, terdapat perbezaan yang signifikan antara markah
keseluruhan ujian pasca bagi kedua-dua kelas tersebut. Ini bermaksud, percapaian
pelajar bagi kelas rawatan (konstruktivisme) adalah lebih baik berbanding palajar dari
kelas kawalan (tradisional).
4.3.3 Persepsi Pelajar Terhadap Pengajaran Dan Pembelajaran Sains
Menggunakan Pendekatan Konstruktivisme.
Kajian ini turut menggunakan Soal Selidik. 33 orang pelajar dari kelas konstruktivisme
telah dipilih untuk menjawab Soal Selidik ini di mana ia mengandungi 10 item bagi
mengetahui persepsi pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran Sains menggunakan
37
pendekatan konstruktivisme. Untuk menganalisis soal selidik ini, respon 1 (sangat tidak
bersetuju dengan penyataan) digabungkan dengan respon 2 (tidak bersetuju dengan
penyataan). Manakala respon 4 (bersetuju dengan penyataan) digabungkan dengan
respon 5 (sangat bersetuju dengan penyataan). Jadual 4.3 menunjukkan respon yang
diperolehi.
JADUAL 4.3 : Persepsi pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran sains
selepas pengajaran dan pembelajaran secara pendekatan
konstruktivisme dilaksanakan.
Bil Soalan
Peratus
1 & 2Kurang
setuju4 & 5
1 Saya suka belajar sains menggunakan
pendekatan konstruktivisme.
0 0 33 (100 %)
38
2 Ketika proses pengajaran dan
pembelajaran sains, bahan pengajaran
yang disediakan perlu mencukupi agar
dapat membantu proses pembeajaran.
0 0 33 (100 %)
3 Pendekatan pembelajaran
konstruktivisme boleh membantu saya
dalam memahami konsep sains.
0 3 (9.09%) 30 (90.91%)
4 Pengetahuan terdahulu/sedia ada amat
penting ketika mempelajari topik baru.
0 2 (6.06%) 31 (93.94%)
5 Sains menjadi lebih difahami sekiranya
guru memberikan contoh-contoh yang
ada kaitan dengan kehidupan harian.
0 0 33 (100 %)
6 Pembelajaran secara konstruktivisme
dapat meningkatkan lagi kemahiran
proses sains dan kemahiran manipulatif
0 5
(15.15%)
28 (84.85%)
7 Saya mudah bosan sekiranya hanya guru
yang menyampaikan maklumat
manakala pelajar sebagai pendengar
0 3 (9.09%) 30 (90.91%)
8 Saya akan lebih memahami konsep dan
prinsip sains sekiranya saya terlibat
secara langsung sewaktu pengajaran dan
0 0 33 (100 %)
39
pembelajaran sains berlangsung.
9 Saya lebih suka sekiranya guru memberi
penerangan dengan jelas sebelum
memulakan tugasan.
0 0 33 (100 %)
10 Minat saya terhadap sains akan lebih
bertambah sekiranya pendekatan
pengajaran konstruktivisme selalu
digunakan oleh guru.
0 0 33 (100 %)
Hasil daripada Soal selidik yang telah dijalankan, 100% responden suka akan
pengajaran dan pembelajaran menggunakan pendekatan konstruktvisme dibantu dengan
bahan pengajaran yang mencukupi. Manakala 30 orang respoden (90.91%) bersetuju
bahawa pendekatan kontrutivisme membantu mereka dalam memahami konsep sains.
Hanya 3 (9.09%) orang responden sahaja yan tidak bersetuju dengan penyataan
tersebut .
Pengetahuan sedia ada pelajar perlu diambil kira oleh guru dalam memulakan
proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam pendekatan pengajaran konstruktivisme,
pengetahuan sedia ada pelajar merupakan salah satu ciri penting yang perlu
dititikberatkan. Dalam soal selidik ini, 31 (93.94%) orang responden bersetuju bahawa
pengetahuan terdahulu/sedia ada amat penting ketika mempelajari topik baru manakala
2 (6.06%) tidak bersetuju. Selain itu, fakta sains akan menjadi lebih mudah difahami
jika guru dapat memberikan contoh-contoh yang dekat dengan pelajarnya. Dalam kajian
40
ini, semua responden (100%) bersetuju dengan penyataan bahawa sains menjadi lebih
difahami sekiranya guru memberikan contoh-contoh yang ada kaitan dengan kehidupan
harian.
Pendekatan pengajaran konstruktivisme menjadikan proses pengajaran dan
pembelajaran lebih berpusatkab pelajar. Seramai 28 (84.85%) orang responden
bersetuju bahawa pembelajaran secara konstruktivisme dapat meningkatkan lagi
kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif. Manakala 5 (15.15%) orang
responden tidak bersetuju dengan penyataan ini. Pembelajaran yang lebih berpusatkan
guru menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalankan dengan hambar.
Dalam kes ini, 30 (90.91%) orang responden bersetuju dengan penyataan bahawa
mereka mudah bosan sekiranya hanya guru yang menyampaikan maklumat manakala
pelajar sebagai pendengar. Hanya 3 (9.09%) orang responden sahaja yang tidak
bersetuju.
Dalam pendekatan pengajaran konstruktivisme, guru adalah berperanan sebagai
motivator. Guru perlu menerangkan dengan jelas setiap tugasan yang diberikan kepada
pelajar. Di samping itu, guru perlu memastikan penglibatan setiap pelajar adalah secara
aktif. Jika mereka memahami setiap kehendak tugasan, maka minat mereka terhadap
sains secara tidak langsung akan bertambah. Dalam soal selidik yang telah dijalankan
ini, 100% pelajar bersetuju dengan penyataan bahawa mereka lebih suka sekiranya guru
memberi penerangan dengan jelas sebelum memulakan tugasan. “Saya akan lebih
41
memahami konsep dan prinsip sains sekiranya saya terlibat secara langsung sewaktu
pengajaran dan pembelajaran sains berlangsung” merupakan salah satu penyataan yang
disokong 100% oleh 33 orang responden. Begitu juga dengan penyataan bahawa minat
saya terhadap sains akan lebih bertambah sekiranya pendekatan pengajaran
konstruktivisme selalu digunakan oleh guru.
BAB 5
PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN
5.1 Pengenalan
42
Dalam bab ini, perbincangan dibuat atas dapatan kajian, kesimpulan dapatan kajian,
implikasi kajian, cadangan kajian lanjutan serta rumusan. Bahagian ringkasan kajian
menjelaskan secara ringkas tujuan kajian, kaedah yang digunakan , alat kajian , sampel
kajian serta kaedah analisis data yang digunakan. Perbincangan dapatan kajian pula
mendedahkan semua dapatan kajian yang diperoleh berdasarkan persoalan kajian serta
beberapa dapatan kajian yang dilakukan sebelum ini sama ada menyokong atau pun
sebaliknya. Selain itu, kesimpulan yang diperoleh daripada dapatan kajian yang
dilaksanakan secara ringkas dan jelas dibincangkan dalam bab ini.
Bagi implikasi kajian pula, pengkaji menyatakan dapatan kajian yang bermakna
kepada pihak-pihak yang terlibat. Cadangan kajian lanjutan pula memberikan beberapa
saranan supaya kajian seterusnya dapat dijalankan dengan lebih sistematik berpandukan
kajian ini. Diharapkan kajian yang dijalankan menjadi lebih jitu serta dapat difahami
dengan lebih mendalam serta dapat memberikan panduan yang lebih jelas kepada semua
pihak.
5.2 Ringkasan Kajian
Kajian ini bertujuan untuk melihat keberkesanan pengajaran dan pembelajaran
konstruktivisme dalam meningkatkan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Sains.
Justeru, kajian ini akan melihat keberkesanan kaedah pendekatan konstruktivisme
berbanding kaedah tradisional dengan melihat pencapaian markah pelajar dalam ujian
pra-pasca. Ia dilakukan dengan dengan membandingkan keputusan pencapaian para
43
pelajar daripada kelas rawatan dan kelas kawalan sebelum dan selepas pengajaran dan
pembelajaran menggunakan keadah konstruktivisme diaplikasikan di dalam kelas.
Seterusnya kajian ini juga bertujuan untuk melihat sejauh manakah pembelajaran secara
konstruktivisme dapat meningkatkan minat para pelajar terhadap mata pelajaran Sains.
Kajian ini berbentuk eksperimental dengan menggunakan ujian pra dan pasca. Ia
bertujuan untuk melihat keberkesanan kaedah konstruktivisme dalam pengajaran dan
pembelajaran sains serta dapat meningkatkan minat pelajar terhadap mata pelajatan
tersebut. Dua buah kelas dari sebuah sekolah masing-masing dipilih sebagai kumpulan
rawatan dan kumpulan kawalan. Sampel kajian dipilih dari sebuah sekolah menengah di
Kuala Lumpur. Responden adalah terdiri daripada para pelajar Tingkatan 2 iaitu
seramai 66 orang. Kelas-kelas yang dipilih terdiri daripada pelajar yang mempunyai
latar belakang pencapaian akademik yang lebih kurang sama.
Instrumen yang digunakan dalam kuasi eksperimen yang dijalankan ini terdiri
daripada dua jenis, iaitu ujian pra-pasca serta soal selidik. Ujian pra diberikan kepada
pelajar sebelum rawatan dijalankan dan ujian pasca diberikan selepas kaedah
konstruktivisme diaplikasikan semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Soal selidik
pula diberikan selepas tempoh rawatan tamat. Ia adalah sebagai menyokong dapatan
serta sebagai maklumbalas tentang kaedah konstruktivisme yang dijalankan.
Bagi menganalisis data kajian ini, Statistical Packages For The Sosial Scienc
(SPSS) Version 15 telah digunakan. Statistik inferensi digunakan untuk menganalisi
data bagi menguji hipotesis kajian. Ujian-t digunakan untuk menguji perbezaan antara
ujian pra dan pasca bagi kumpulan rawatan dan kawalan. Manakala jawapan-jawapan
44
soal selidik dikumpulkan secara peratusan mengikut perkara-perkara yang
dikategorikan.
5.3 Perbincangan Dapatan Kajian
Terdapat beberapa persoalan yang telah diketengahkan dalam kajian ini iaitu:
5.3.1 Adakah wujud perbezaan min skor pencapaian ujian pra bagi pelajar tingkatan
dua iaitu di kalangan pelajar dalam kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan.
5.3.2 Adakah wujud perbezaan min skor pencapaian ujian pasca bagi pelajar tingkatan
dua iaitu di kalangan pelajar dalam kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan.
5.4 Implikasi Kajian
Setelah menjalankan kajian yang terperinci terhadap keberkesanan pendekatan
pengajaran konstruktivisme di kalangan pelajar sekolah menengah, nyata sekali
pendekatan ini berupaya meningkatkan tahap pencapaian pelajar dalam mata pelajaran
sains. Di samping itu minat pelajar terhadap mata pelajaran ini turut meningkat.
Penyataan ini adalah berdasarkan hasil kajian di mana 100% responden bersetuju
bahawa pendekatan pengajaran konstruktivisme dapat meningkatkan minat mereka
dalam mata pelajaran sains.
45
Menyedari hakikat ini, maka guru perlu mengambil kira kecenderungan
pemilihan cara belajar pelajar dalam suatu sesi pengajaran dan pembelajaran. Di dalam
melaksanakan pengajaran menggunakan pendekatan konstruktivisme ini, aktiviti
pembelajaran yang dialami oleh pelajar hendaklah satu aktiviti pembelajaran yang
menggalakkan pelajar mencari makna kepada apa yang mereka pelajari. Untuk mencari
makna tersebut, pelajar perlulah memahami sesuatu konsep secara keseluruhan mahupun
secara bahagian-bahagian kecil. Ini adalah kerana otak kita berfikir secara dua hala
serentak, iaitu secara keseluruhan dan secara bahagian kecil. Selari dengan keinginan
kita untuk melihat pelajar kita menggunakan fikiran mereka untuk menjanakan sesuatu
makna, maka wajarlah bagi seorang guru untuk memberi tumpuan kepada proses
pemahaman yang dialami oleh pelajar. Guru perlu mengetahui bagaimana pelajar
mereka berfikir. Guru perlu mengambil tahu mengapa pelajar mereka membuat sesuatu
anggapan. Guru perlu menyelami segala apa yang berlaku di dalam diri pelajar untuk
mengetahui sejauh mana pelajar itu telah mengalami pembelajaran. Ini akan menjadikan
pengajaran guru tersebut menjadi satu pengajaran yang berpandukan maklum balas yang
diperolehi daripada pelajarnya.
Di dalam usaha untuk menggalakkan pelajar menggunakan pemikiran aras
tinggi, pelajar perlu dilibatkan dengan aktiviti-aktiviti yang mendorong mereka untuk
membuat analisa, menginterpretasi, dan membuat ramalan. Selain daripada itu juga,
guru perlu menggunakan soalan-soalan yang mencapah (open-ended) di mana satu
persoalan akan membawa kepada persoalan yang lain. Soalan sebegini akan
memangkinkan proses pelajar berfikir mencari makna sesuatu ungkapan. Untuk itu,
seharusnya pelajar digalakkan untuk belajar melalui perbincangan kumpulan kerana
46
dengan latar belakang pelajar yang berlainan dan kecenderungan pelajar yang pelbagai,
sudah tentu ianya akan memberi lebih perencah kepada seseorang individu.
Implikasi pendekatan konstruktivisme ini terhadap kareer keguruan boleh dilihat
dengan jelas melalui peranan baru yang disandang oleh guru sains dalam mengharungi
arus peredaran zaman. Oleh kerana unsur yang paling penting dalam pendekatan ini
adalah pelajar diberi peluang untuk membina makna dengan sendiri, maka peranan guru
adalah untuk mencapai perkara tersebut sebagai matlamat akhir pengajaran mereka
terhadap sesuatu topik. Di antara peranan guru tersebut adalah menyediakan situasi
yang menggalakkan aktiviti sains. Situasi di sini termasuklah dengan penggunaan
bahan-bahan pengajaran yang konkrit dan juga separa konkrit. Tidak dinafikan bahan-
bahan abstrak juga akan digunakan apabila pelajar sudah mempunyai tanggapan mental
yang kukuh berkenaan sesuatu konsep. Untuk melakukan ini, guru hendaklah
menggunakan pengetahuan sedia ada pelajar sebagai satu langkah awal untuk
menyediakan mentaliti pelajar bahawa apa yang mereka pelajari adalah berguna dan
saling berkait di antara satu sama lain. Di samping itu juga, guru perlu menyediakan
pelbagai wacana untuk mewakilkan sesuatu konsep.
Di samping itu, guru perlu melihat prilaku pelajar sebagai satu hasil pemikiran.
Walaupun pelajar telah membina satu konsep yang goyah, namun ianya menunjukkan
hasil pemikiran mereka. Ianya merupakan pemahaman pelajar pada masa tersebut.
Justeru itu, guru perlulah memberi peluang kepada pelajar untuk memperbaiki makna
yang telah mereka capai dengan soalan-soalan yang mencapah, atau dengan
menyediakan bahan-bahan konkrit yang lebih berguna dan bermakna dalam
47
menyampaikan sesuatu konsep. Guru perlu memberi peluang sepenuhnya untuk pelajar
ini berbincang. Guru perlu sedar bahawa pembelajaran yang berkesan berlaku semasa
berlakunya konflik, kekeliruan, kekaguman dan semasa interaksi. Pengajaran yang
mengambil masa yang panjang juga akan memberi lebih peluang kepada pelajar untuk
menghasilkan suatu pembelajaran yang berguna dan berkesan. Terdapat beberapa
strategi dan teknik yang sesuai yang boleh digunakan seiringan dengan pendekatan
konstruktivisme ini. Di antaranya adalah pembelajaran koperatif, penyelesaian masalah,
penyiasatan, pembelajaran interaktif, penerokaan dan pembelajaran berdasarkan
masalah.
Kesimpulannya pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan
konstruktivisme akan memberi peluang kepada guru untuk memilih kaedah pengajaran
dan pembelajaran yang sesuai dan murid dapat menentukan sendiri masa yang
diperlukan untuk memperolehi sesuatu konsep atau pengetahuan. Di samping itu, guru
dapat membuat penilaian kendiri dan menilai kefahamannya tentang sesuatu bidang
pengetahuan dapat ditingkatkan lagi. Selain itu, beban guru sebagi pengajar akan
berkurangan di mana guru lebih bertindak sebagai pemudahcara atau fasilitator.
Memandangkan pendekatan pengajaran konstruktivisme ini selari dengan konsep
KBSM dan sekolah bestari, maka pihak Kementerian Pelajaran Malaysia perlu
mewujudkan satu garis panduan atau manual pelaksanaan sama ada dalam bentuk modul
atau kursus jangka pendek kepada guru-guru mata pelajaran Sains dalam menjalankan
usaha untuk memperkenalkan dan melaksanakan pendekatan konstruktivisme sebagai
lagkah untuk meningkatkan prestasi pelajar dalam menguasai mata pelajaran Sains ini.
48
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan
Terdapat beberapa aspek yang dicadangkan dalam meneruskan kajian ini ke peringkat
yang seterusnya. Antaranya ialah:
5.5.1 Kajian ini merupakan kajian kecil dan terbatas iaitu melibatkan sebuah sekolah
sahaja di mana hanya 33 orang pelajar yang dijadikan subjek eksperimen. Oleh itu, bagi
kajian seterusnya dicadangkan supaya lebih banyak sekolah dan sampel barkaitan
dilibatkan.
5.5.2 Mendiagnosis masalah-masalah yang dihadapai oleh sesetengah pelajar ketika
pendekatan konstruktivisme ini dilaksanakan di dalam kelas.
5.6 Rumusan
Berdasarkan hasil kajian ini, maka terbuktilah bahawa pendekatan pengajaran
konstruktivisme dapat meningkatkan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Sains. Di
samping itu, minat pelajar terhadap mata pelajaran ini turut bertambah.
Walaubagaimanapun, keberkesanan pendekatan pengajaran konstruktivisme ini
bergantung kepada perancangan, persiapan dan komitmen semua pihak yang terlibat.
Apa yang diharapkan, pelajar dapat menguasai topik yang dipelajari dengan sebaik
mungkin. Di samping itu, pendekatan ini lebih berpusatkan pelajar dimana guru
berperanan sebagai fasilitator dan motivator. Secara tidak langsung juga, ia dapat
49
menerapkan nilai-nilai murni serta meningkatkan tahap keyakinan diri yang ada pada
pelajar.
RUJUKAN
Amir Awang. (1985). Teori-teori pembelajaran. Petaling Jaya, Fajar Bakti.
Anthony.L, Kenneth.T (1997), Constructivisme as a Referent for Science Teaching, 3601, Lyon St, San Francisco, CA
Chua Yan Piaw (2006). Kaedah dan statistik penyelidikan. Buku 1. Malaysia. Mc Graw Hill Education
Driver, R. and Bell, B. (1986). Students’ thinking and the learning of science: a constructivist view. School Science Review. March 1986: 443-56
Elizabeth Murphy, Summer, 1997. Characteristics of Constructivist Learning & Teaching. Atas talian: carbon.ucdenver.edu/~mryder/itc_data/constructivism.html
Modul Perancangan Kurikulum Pendidikan Sains.(2006).Open University Malaysia. Kuala Lumpur.
Mohamad Najib Abdul Ghafar (1999) Penyelidikan Pendidikan Skudai Johor :UTM.
Ng Kim Choy. Prinsip-Prinsip Kontruktisme. Atas talian : Http://maktab.virtualave. net/prinsip_kon.htm
Ng Kim Choy. Teori Konstruktisme. Atas talian: Http://members.nbci.com/XMCM/ mpsandakan/ jip/
Poh Swee Hiang.(1997). Pedagogi Sains 1 Strategi Pengajaran Pembelajaran Sains. Kumpulan Budiman Sdn Bhd. Kuala Lumpur
R Needham, P Hill – 1987 . Teaching Strategies for Developing Understanding in Science. Atas talian: myais.fsktm.um.edu.my
Scott, P., Dyson, T., & Gater, S. (1987). A constructivist view of teaching and learning in science. Centre for Studies in Science and Mathematics Education, Leeds University: UK.
Shaharddin Hashim,Rohizani Yaakub & Mohd Zoir Ahmad. 2007. Pedagogi : Strategi Dan Teknik Mengajar Dengan Berkesan. Kuala Lumpur. PTS Professional.
Southwest Education Development Laboratory. Building an Understanding of Constructivisme. Atas talian : www.sedl.org/scimath/compass/v01n03/ understand. html
Wan Mohd. Rani Abdullah (1998). Laporan Kajian: Keperluan Guru-guru Sekolah Rakan Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik. SEAMEO RECSAM Pulau Pinang.