Solid Waste Solution Journal; Vol. 1 2015 KAJI SELIDIK PERSEPSI MASYARAKAT TERHADAP PENJAGAAN KEBERSIHAN DAN PERSEKITARAN DI MALAYSIA SURVEY ON THE PERCEPTION OF COMMUNITY ON THE CLEANLINESS AND ENVIRONMENT IN MALAYSIA Ishanuddin Bin Hussin 1 , Mohamad Fadzil Abd Rahim 1 , Santha Chenayah 2 & Hamimah Husna Binti Hashim 2 1 Bahagian Pendidikan Masyarakat Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2 Jabatan Ekonomi Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran, Universiti Malaya ABSTRAK Tujuan kertas ini adalah untuk mengukur tahap pengetahuan, kesedaran dan amalan masyarakat dalam isu-isu kebersihan, pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam bagi merangka, menambah baik dan memantapkan lagi pengisian program pendidikan transformasi minda masyarakat yang akan dijalankan kelak oleh Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp). Kajian ini dijalankan melalui kaedah soal selidik dan melibatkan jumlah responden seramai 5,460 orang responden. Hasil kajian mendapati bahawa masyarakat mempunyai tahap pengetahuan yang tinggi (iaitu sebanyak 86%) dalam isu-isu berkaitan dengan kebersihan persekitaran, tetapi tahap kesedaran dan amalan terhadap budaya kebersihan boleh dikategorikan pada tahap yang masih sederhana iaitu masing- masing adalah sebanyak 68.4% dan 71.6%. Kata Kunci: persepsi, pengurusan sisa pepejal, pembersihan awam, budaya kebersihan ABSTRACT The purpose of this paper is to assess the level of knowledge, awareness and practices of community on issues regarding to cleanliness, solid waste management and public cleansing in order to develop, improve and enhance the educational program that will be conducted by the Solid Waste and Public Cleansing Management Corporation (SWCorp). This study conducted through a questionnaire and involved a total of 5,460 respondents. The results of the survey show that the society has high level of knowledge in the related issues which is
20
Embed
KAJI SELIDIK PERSEPSI MASYARAKAT TERHADAP … SELIDIK PERSEPSI... · mendapati bahawa masih terdapat sebanyak 95 kawasan sampah longgok atau hotspot yang ... Kepentingan Kajian ...
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Solid Waste Solution Journal; Vol. 1 2015
KAJI SELIDIK PERSEPSI MASYARAKAT TERHADAP PENJAGAAN
KEBERSIHAN DAN PERSEKITARAN DI MALAYSIA
SURVEY ON THE PERCEPTION OF COMMUNITY ON THE CLEANLINESS AND
ENVIRONMENT IN MALAYSIA
Ishanuddin Bin Hussin1, Mohamad Fadzil Abd Rahim1,
Santha Chenayah2 & Hamimah Husna Binti Hashim2
1Bahagian Pendidikan Masyarakat
Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam
2Jabatan Ekonomi
Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran, Universiti Malaya
ABSTRAK
Tujuan kertas ini adalah untuk mengukur tahap pengetahuan, kesedaran dan amalan
masyarakat dalam isu-isu kebersihan, pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam bagi
merangka, menambah baik dan memantapkan lagi pengisian program pendidikan
transformasi minda masyarakat yang akan dijalankan kelak oleh Perbadanan Pengurusan Sisa
Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp). Kajian ini dijalankan melalui kaedah soal selidik
dan melibatkan jumlah responden seramai 5,460 orang responden. Hasil kajian mendapati
bahawa masyarakat mempunyai tahap pengetahuan yang tinggi (iaitu sebanyak 86%) dalam
isu-isu berkaitan dengan kebersihan persekitaran, tetapi tahap kesedaran dan amalan terhadap
budaya kebersihan boleh dikategorikan pada tahap yang masih sederhana iaitu masing-
masing adalah sebanyak 68.4% dan 71.6%.
Kata Kunci: persepsi, pengurusan sisa pepejal, pembersihan awam, budaya kebersihan
ABSTRACT
The purpose of this paper is to assess the level of knowledge, awareness and practices of
community on issues regarding to cleanliness, solid waste management and public cleansing
in order to develop, improve and enhance the educational program that will be conducted by
the Solid Waste and Public Cleansing Management Corporation (SWCorp). This study
conducted through a questionnaire and involved a total of 5,460 respondents. The results of
the survey show that the society has high level of knowledge in the related issues which is
Kaji Selidik Persepsi Masyarakat Terhadap Penjagaan
Kebersihan Dan Persekitaran Di Malaysia
about 86%, but the level of awareness and practices can be categorized still at a moderate
level which is 68.4% and 71.6% respectively.
Keywords: perception, solid waste management, public cleansing, cleanliness culture
PENGENALAN
Penjanaan sisa pepejal di Malaysia semakin meningkat daripada tahun ke tahun. Pada tahun
2013, secara puratanya setiap individu di Malaysia menghasilkan 1.17kg sampah dan
dianggarkan sebanyak 33,000 tan sisa pepejal dijanakan setiap hari (JPSPN, 2013). Pihak
kerajaan telah membelanjakan peruntukan melebihi RM 1 billion setahun bagi menguruskan
sisa pepejal berkenaan. Perkembangan pesat aktiviti perbandaran dan kepelbagaian gaya
hidup masyarakat Malaysia dilihat sebagai salah satu penyumbang kepada peningkatan
janaan sisa pepejal tersebut (Tachobanoglous et al., 1993).
Hasil tinjauan pada tahun 2011, Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan
Awam (SWCorp) telah mengenalpasti 241 lokasi sampah longgok di negeri-negeri yang
menerima pakai Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 iaitu Perlis,
Kedah, Kelantan, Terengganu, Pahang, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya,
Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. Justeru, SWCorp telah menjalankan usaha pemantauan
sampah longgok dan pelaksanaan kempen-kempen kesedaran. Disamping itu pelbagai usaha
penambahbaikan juga telah turut dilakukan bagi memastikan jumlah lokasi sampah longgok
tersebut dapat dikurangkan dan tidak berulang. Pada akhir Disember 2013, pemantauan
mendapati bahawa masih terdapat sebanyak 95 kawasan sampah longgok atau hotspot yang
masih aktif (SWCorp, 2014).
Hal ini dapat menggambarkan bahawa persepsi masyarakat masih rendah terhadap budaya
kebersihan dan budaya membuang sampah sembarangan masih menjadi amalan masyarakat
Malaysia. Memandangkan isu berkaitan kebersihan dan pengurusan sisa pepejal di Malaysia
semakin meningkat dan meruncing, maka terdapat keperluan untuk melahirkan masyarakat
yang lebih bertanggungjawab dan prihatin terhadap budaya kebersihan.
Ishanuddin Bin Hussin, et. al
Kajian Lepas
Pada tahun 2009, SWCorp telah menjalankan satu kajian kesedaran awam berkaitan kitar
semula di Semenanjung Malaysia. Hasil kajian menunjukkan 71.8% responden sahaja yang
memahami dan mampu mengenalpasti aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan 3R dan hanya
63.7% sahaja yang mengamalkan amalan 3R dalam kehidupan seharian mereka (SWCorp,
2009).
Kepentingan Kajian
Kajian ini adalah bertujuan untuk mengukur tahap pengetahuan, kesedaran dan amalan
masyarakat berkaitan isu-isu kebersihan, pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam dan
seterusnya mengenalpasti faktor-faktor demografi yang mempengaruhinya. Dapatan kajian
akan digunakan bagi merangka, menambahbaik dan memantapkan lagi pengisian program
pendidikan transformasi minda masyarakat yang akan dijalankan bukan sahaja oleh SWCorp
malah lain-lain agensi kerajaan mahupun badan bukan kerajaan (NGO) yang lain.
METODOLOGI KAJIAN
Skop dan Limitasi
Kajian dilihat ke atas sikap dan persepsi masyarakat terhadap penjagaan kesihatan
persekitaran, pengetahuan tentang sejauh mana pentingnya amalan penjagaan kebersihan dan
amalan dalam penjagaan kesihatan persekitaran.
Kajian hanya dijalankan di negeri-negeri seliaan SWCorp sahaja iaitu Negeri Perlis, Kedah,
Perak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Johor,
Pahang, Terengganu dan Kelantan.
Persampelan
Populasi kajian terdiri daripada individu atau masyarakat yang tinggal di negeri-negeri
seliaan SWCorp. Sebanyak 5,460 orang responden telah dipilih secara rawak yang meliputi
masyarakat di kawasan bandar dan luar bandar.
Pembentukan Soal Selidik
Kajian ini dilakukan dengan menggunakan data primer yang diperolehi dari sumber utama
(responden) daripada borang soal selidik yang diedarkan kepada kumpulan sasaran, focus
Kaji Selidik Persepsi Masyarakat Terhadap Penjagaan
Kebersihan Dan Persekitaran Di Malaysia
group dan temuramah menerusi kajian lapangan. Borang soal selidik ini mengandungi lima
bahagian seperti yang terdapat pada Jadual 1 (Jamilah, 2011).
Jadual 1: Bahagian dan Pembolehubah Instrumen Kajian
Bahagian Pembolehubah
A Maklumat responden
B Pandangan mengenai kebersihan persekitaran
C Pengetahuan tentang penjagaan kebersihan persekitaran
D Kesedaran masyarakat tentang penjagaan kebersihan
persekitaran
E Amalan dalam penjagaan kebersihan persekitaran
Penganalisisan Data
Maklumbalas yang diterima daripada responden melalui soal selidik dimasukkan ke dalam
perisian IBM SPSS Statistics 20 mengikut kod-kod angka yang telah ditetapkan. Ujian
statistik deskriptif yang terlibat ialah minimum, maksimum, min dan median bagi analisis
deskriptif demografi. Bagi mengenalpasti tahap pengetahuan, kesedaran dan amalan bagi
setiap item kajian, purata min skor digunakan.
Analisis ujian-t tidak bersandar, ujian ANOVA satu-hala dan ujian julat berganda Duncan
digunakan bagi mengenal pasti kesignifikanan perbezaan dalam tahap pengetahuan,
kesedaran dan amalan mengikut faktor demografi. Ujian julat berganda Duncan dipilih
berdasarkan pandangan Carmer dan Wanson (1973), bahawa dalam beberapa tatacara
perbandingan berganda, kaedah beza bererti terkecil merupakan satu ujian yang sangat
berkesan bagi mengesan beza sebenar dalam min (Hanunah, 2012).
HASIL DAPATAN
1. Analisa Demografi Responden
a) Taburan Responden Mengikut Jantina
Peratus responden mengikut jantina adalah seperti dalam Rajah 1. Didapati bahawa sebanyak
53.7% daripada jumlah responden adalah lelaki (2,972 orang) manakala 46.9% responden
adalah perempuan (2,486 orang). Dua orang responden tidak mendedahkan jantinanya.
Ishanuddin Bin Hussin, et. al
Rajah 1: Peratus Responden Mengikut Jantina
b) Taburan Responden Mengikut Tahap Pendidikan
Majoriti responden, iaitu sebanyak 58.3% responden memiliki pendidikan di peringkat
sekolah menengah (Rajah 2). Sebanyak 32.6% responden mempunyai pendidikan di
peringkat universiti sama ada dalam ijazah sarjana muda ataupun sarjana. Didapati hanya
5.6% responden memiliki pendidikan sekolah rendah sahaja dan sebanyak 3.3% responden
tidak mempunyai pendidikan secara formal. Enam orang responden tidak mendedahkan tahap
pendidikannya.
Rajah 2: Peratus Responden Mengikut Tahap Pendidikan
53.7%
46.3% Lelaki
Perempuan
5.6
58.3
32.6
3.3
0
10
20
30
40
50
60
70
Sekolah
Rendah
Sekolah
Menengah
Universiti Tidak
Bersekolah
Per
atus
Res
ponden
(%
)
Tahap Pendidikan
Kaji Selidik Persepsi Masyarakat Terhadap Penjagaan
Kebersihan Dan Persekitaran Di Malaysia
c) Taburan Responden Mengikut Jenis Pekerjaan
Rajah 3 menunjukkan peratus responden mengikut jenis pekerjaan mereka. Didapati bahawa
sebanyak 34.8% responden bekerja dalam sektor swasta. Sebanyak 22.4% responden
merupakan kakitangan awam. Ini diikuti dengan 20.3% responden yang bekerja sendiri, 9.9%
responden merupakan pelajar (pelajar sekolah dan pelajar di institusi pengajian tinggi) dan
7.9% responden merupakan suri rumah. Hanya 4.4% responden menyatakan bahawa mereka
tidak bekerja. Terdapat 13 orang responden tidak mendedahkan jenis pekerjaannya.
Rajah 3: Peratus Responden Mengikut Jenis Pekerjaan
d) Taburan Responden Mengikut Kawasan Kediaman
Sebanyak 69.3% responden adalah dari kawasan bandar manakala 30.7% responden adalah
terdiri daripada masyarakat luar bandar seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 4.
Rajah 4: Peratus Responden Mengikut Kawasan Kediaman
22.4
34.8
20.3
7.9 9.9
4.4
05
10152025303540
Per
atus
Res
ponden
(%
)
Jenis Pekerjaan
69.3%
30.7%
Bandar
Luar Bandar
Ishanuddin Bin Hussin, et. al
2. Analisa Pandangan Masyarakat Mengenai Kebersihan Persekitaran
Secara keseluruhannya responden menggambarkan kebersihan persekitaran di kawasan
kejiranan, bandar kediamaan dan Malaysia adalah pada tahap yang memuaskan dengan min
skor masing-masing adalah 3.87, 3.92 dan 3.85 rujuk Jadual 2 dan Jadual 3.
Jadual 2: Julat Skor dan Tahap Keselarian bagi Penentuan Tahap Kebersihan Persekitaran
JULAT MIN SKOR TAHAP KESELARIAN
5.00 Amat Bersih
≥ 4.00 Bersih
≥ 3.00 Memuaskan
≥ 2.00 Kurang Bersih
≥ 1.00 Kotor
Jadual 3: Tahap Pandangan Mengenai Kebersihan Persekitaran
KAWASAN MIN SKOR TAHAP KESELARIAN
Kawasan kejiranan 3.87 Memuaskan
Bandar 3.92 Memuaskan
Negara 3.85 Memuaskan
3. Analisa Pandangan Pengetahuan, Kesedaran dan Amalan Masyarakat Tentang
Penjagaan Kebersihan dan Persekitaran di Malaysia
a) Pengetahuan Tentang Penjagaan Kebersihan Persekitaran
Instrumen kajian ini merangkumi enam item soalan pengetahuan tentang kebersihan. Soalan-
soalan adalah berkaitan dengan pengetahuan masyarakat terhadap kesan penjagaan
kebersihan persekitaran kepada alam sekitar seperti kesan banjir kilat yang disebabkan oleh
pembuangan sampah ke dalam longkang atau saliran, penularan penyakit yang disebabkan
persekitaran yang kurang bersih dan kesan langsung pembuangan sampah secara
sembarangan. Dalam menentukan tahap pengetahuan masyarakat bagi setiap item soalan
tersebut, julat min skor diukur dan diselarikan dengan tahap keselarian seperti yang telah
ditetapkan dalam Jadual 4.
Jadual 4: Julat Skor dan Tahap Keselarian bagi Penentuan Tahap Pengetahuan Responden
Kaji Selidik Persepsi Masyarakat Terhadap Penjagaan
Kebersihan Dan Persekitaran Di Malaysia
JULAT MIN SKOR TAHAP KESELARIAN
3.68 – 5.00 Tinggi
2.34 – 3.67 Sederhana
1.00 – 2.33 Rendah
Jadual 5 menunjukkan tahap pengetahuan masyarakat tentang penjagaan kebersihan
persekitaran di Malaysia. Secara keseluruhanya tahap pengetahuan masyarakat tentang
penjagaan kebersihan persekitaran adalah 86.0% iaitu tinggi dengan min skor keseluruhan
4.30.
Sistem perparitan bandaran yang tersumbat dan rosak adalah penyumbang kepada berlakunya
banjir di beberapa negeri di negara ini. Kajian mendapati bahawa sebanyak 4,819 responden
(88.3%) bersetuju perbuatan membuang sampah ke dalam longkang boleh menyebabkan
banjir kilat dan hanya 143 orang responden (2.6%) yang menyatakan bahawa membuang
sampah ke dalam longkang tidak boleh menyebabkan banjir kilat.
Hasil kajian mendapati bahawa 90.0% masyarakat (4,910 responden) mengetahui bahawa
perbuatan membuang sampah sembarangan akan memberi kesan kepada alam sekitar dan
4,723 orang responden (86.6%) bersetuju bahawa masyarakat akan lebih menghormati
individu yang menjaga kebersihan persekitran. Kajian juga mendapati bahawa masih ramai
(4,953 orang responden atau 90.8%) yang bersetuju bahawa tanggungjawab menjaga
kebersihan merupakan tanggungjawab bersama.
Secara keseluruhanya, masyarakat mempunyai pengetahuan berkaitan dengan hubungkait
kebersihan persekitaran dengan penularan penyakit. Persekitaran yang kotor boleh menjadi
tempat pembiakan vektor pembawa penyakit seperti tikus dan nyamuk. Sebanyak 89.7%
responden atau 4,887 orang menyatakan bahawa kebersihan persekitaran mampu
mengelakkan penularan penyakit dan sebanyak 4,583 orang responden (84.1%) mengetahui
mengenai penyakit-penyakit yang boleh diakibatkan oleh persekitaran yang tidak bersih
seperti penyakit deman denggi, Leptospirosis (penyakit kencing tikus), keracunan makanan
dan sebagainya.
Ishanuddin Bin Hussin, et. al
Jadual 5: Tahap Pengetahuan Masyarakat Tentang Penjagaan Kebersihan Persekitaran
b) Kesedaran Tentang Penjagaan Kebersihan Persekitaran
Berdasarkan analisis kajian yang telah dijalankan (menggunakan lapan item bagi mengukur
tahap kesedaran masyarakat tentang penjagaan kebersihan persekitaran) menunjukkan tahap
kesedaran yang sederhana kerana min skor keseluruhan berada pada tahap 68.4% dengan min
sederhana iaitu 3.42 (rujuk Jadual 7). Julat dan tahap keselarian yang digunakan adalah
seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 6.
Jadual 6: Julat Skor dan Tahap Keselarian bagi Penentuan Tahap Kesedaran Responden
JULAT MIN SKOR TAHAP KESELARIAN
3.68 – 5.00 Tinggi
2.34 – 3.67 Sederhana
1.00 – 2.33 Rendah
Sebanyak 3,942 orang responden (72.3%) sedar bahawa tanggungjawab menjaga kebersihan
bukan hanya terletak kepada kerajaan semata-mata. Walaubagaimanapun, sebanyak 774
orang responden (14.2%) berpandangan bahawa menjaga kebersihan alam sekitar adalah
sesuatu yang menyusahkan. Sebanyak 4,544 orang responden (83.3%) sedar bahawa menjaga
kebersihan alam sekitar adalah sangat penting dan 82.4% daripada jumlah responden (4,497
orang) berasa marah dan benci apabila melihat orang lain membuang sampah merata-rata.
Kaji Selidik Persepsi Masyarakat Terhadap Penjagaan
Kebersihan Dan Persekitaran Di Malaysia
Hasil kajian mendapati, 82.8% responden (4,513 orang) percaya dan sedar bahawa mereka
mampu menyumbang kepada kebersihan alam sekitar yang lebih baik. Walau bagaimanapun,
hanya 3,461 orang responden (63.4%) yang sanggup untuk membayar lebih bagi membeli
produk-produk yang mesra alam dan hanya 3,413 orang responden (62.7%) yang sedar
kewujudan dan tahu mengenai produk-produk mesra alam.
Sebanyak 3,222 orang responden atau 59.2% responden sedar dan sayangkan alam sekitar
tetapi kekangan masa menjadi penghalang bagi mereka untuk mengamalkan aktiviti berkaitan
kebersihan seperti gotong-royong di kawasan kediaman, mengamalkan guna semula, kitar
semula dan pengkomposan. Hal ini menunjukkan gambaran awal bahawa kesedaran dan
amalan adalah dua perkara berbeza serta agak sukar untuk diamalkan seiringan. Jadual 7
menunjukkan taburan jumlah responden berdasarkan soalan yang terdapat dalam instrumen
kajian.
Jadual 7: Tahap Kesedaran Masyarakat Tentang Penjagaan Kebersihan Persekitaran
c) Amalan Penjagaan Kebersihan Persekitaran
Tahap amalan dalam penjagaan kebersihan persekitaran diukur dengan menggunakan enam