Kaitan undang-undang dan sukan dengan liabiliti perundangan dalam sukan Disediakan oleh: 1. Chiam Shiun Tian 2. Chong Gah Sin 3. Oh Ye San 4. Soon Shi Ching
Feb 17, 2016
Kaitan undang-undang dan sukan
dengan liabiliti perundangan
dalam sukanDisediakan oleh:
1. Chiam Shiun Tian2. Chong Gah Sin3. Oh Ye San4. Soon Shi Ching5. Teuh She Ling
KAITAN UNDANG-UNDANG
DAN SUKAN
Pengenalan
Undang-undang adalah sesuatu yang penting dalam sesuatu kejohanan. Undang-undang
berfungsi untuk mengawal dan berfungsi untuk menjadikan kejohanan atau pesta permainan
dikendalikan dengan adil dan tersusun.
2 JENIS undang-undang
1. Undang-undang permainanPiawai dan diguna pakai dalam setiap kejohanan naungan badan dan persatuan sukan antarabangsa.
2. Peraturan am kejohananDicipta oleh penganjur kejohanan bagi melicinkan lagi kejohan dari segi pentadbiran.
Penganjuran sesuatu kejohanan mempunyai set peraturan untuk menjadikan kejohanan lebih tersusun dari segi penganjuran.
Set peraturan ini akan menjadi rujukan utama sekiranya terdapat masalah dalam sesuatu kejohanan.
Undang-undang permain
an
Peraturan am
Mengawal perjalanan perlawanan atau
pertandingan, juga dijadikan panduan untuk keseluruhan
pengelolaan dan pertandingan sesuatu
kejohanan.
A. Undang-undang Permainan
Piawai atau standard yang diguna pakai dalam setiap
permainan yang dianjurkan oleh badan sukan yang
menganggotai badan induk persatuan sukan antarabangsa.
Contoh:
Federation International de Football (FIFA) telah
menetapkan undang-undang bola sepak. Oleh itu, Persatuan
Bola Sepak Malaysia (FAM) yang menganggotai FIFA kena
ikut peraturan FIFA.
Undang-undang
Permainan
Siapa yang bina?
Lembaga teknikal bagi
setiap persatuan-persatuan
sukan antarabangsa.
Faktor-faktor Pembentukan
- Keselamatan- Keadilan- Keseronokan- Etika pertandingan
Tujuan Undang-undang
Permainan
Memastikan pertandingan dijalankan mengikut standard yang
telah ditetapkan di mana-mana sahaja.
Menjadi bahan rujukan semua pihak sekiranya
berlaku masalah teknikal dalam sesuatu pertandingan.
Menjadikan rujukan utama kepada pegawai yang menguatkuasakan
undang-undang permainan.
Memastikan pertandingan dapat
dijalankan dengan lancar dan selamat serta
mencapai objektif.
Mengawal peraturan teknikal
pertandingan ketika permainan dijalankan.
Perkara yang biasa terdapat dalam undang-undang permainan
1. Cara menentukan gol atau mata
2. Ukuran padang atau gelanggang
3. Bola4. Alatan permainan5. Pengawai kejohanan6. Kesalahan-kesalahan
7. Jangka masa pertandingan
8. Permulaan9. Denda yang dikenakan10. Kawasan permainan11. Bilangan pemain12. Perkara-perkara lain
B. Peraturan AmUndang-undang yang dibina oleh pihak penganjur
bagi mengawal sistem pertandingan sesuatu
kejohanan.
Menekankan pengelolaan sesuatu kejohanan.
Sekiranya terdapat percanggahan antara peraturan am
dan undang-undang permainan tentang perkara
teknikal– undang-undang permainan diambil pakai.
Pengecualian boleh diterima sekiranya terdapat
perubahan dari segi jumlah pemain dan gantian atau
lain-lain perkara yang telah mendapat persetujuan
pengurus-pengurus sukan.
Bergantung kepada pihak penganjur dan tiada
pegawai tetap.
Ciri-ciri Peraturan Am
Berbeza mengikut tempat.Peraturan yang dirangka jelas dan tidak menguntungkan mana-mana pihak.Bertujuan untuk mengawal perjalanan kejohanan dari segi pentadbiran.Faktor persekitaran merupakan faktor utama dalam merangka peraturan am.
Tujuan Peraturan
Am
Panduan kepada semua yang terlibat mengenai perjalanan sesuatu kejohanan;
Membolehkan kejohanan diuruskan dengan licin dan lancar.
Rujukan utama sekiranya terdapat bantahan terhadap mana pihak tertentu dalam
mengendalikan kejohanan;
Sumber rujukan utama sekiranya timbul sesuatu masalah dalam mengendali sesuaatu kejohanan;
Perkara biasa yang terdapat dalamperaturan am
1. Nama2. Pengelolaan3. Jenis sukan4. Penyertaan5. Bilangan
pegawai/peserta6. Pendaftaran7. Kawalan perubatan8. Kawalan kewanitaan9. Peraturan teknik10. Jadual perlawanan
11. Penangguhan12. Perkara am13. Tambang14. Kewangan15. Hadiah-hadiah16. Disiplin17. Rayuan/ bantahan18. Juri rayuan tertinggi19. Pengurus pertandingan20. Ganti rugi21. kemudahan
Aspek Undang-undang permainan Peraturan am
Tujuan Mengawal perjalanan permainan
Mengawal perjalanan kejohanan
Kepiawaian peraturan
Merupakan peraturan yang standard dan digunakan pakai di mana-mana saja kejohanan anjuran badan gabungan
Beza antara satu kejohanan dengan satu kejohanan dipengaruhi oleh faktor sekitaran
Penggubal Persatuan sukan antarabangsa Jawatankuasa teknikal pengelola pertandingan
Agen penguat kuasa Pengadil atau referi Jawatankuasa teknikal
dan pengadil atau referi
Perbandingan antara Undang-undang Permainan dan Peraturan Am
Peraturan Am Pertandingan Majlis Sukan Sekolah Malaysia
Peraturan-peraturan
am pertanding
an
Undang-undang
Kelayakan
Had umur peserta
Pendaftaran
Pakaian
Bantahan
Lembaga tatatertib
Undang-undang• Peringkat umur 18 tahun ke bawah- undang-undang permainan antarabangsa (kecuali ada undang-undang khas yang menguasai pertandingan permainan MSSM).
• Peringkat umur 12 tahun ke bawah –undang-undang permainan yang diluluskan oleh jawatankuasa MSSM dan jawatankuasa teknik Permainan MSSM.
Kelayakan menyertai MSSM • Pelajar yang menghadiri kursus penuh di sekolah
rendah dan menengah yang berdaftar dan menjadi ahli majlis sukan sekolah-sekolah negeri.
• Pelajar yang menunggu keputusan peperiksaan SPM/ STPM dikecualikan.
• Mereka yang berdaftar dengan sekolah swasta layak, dengan syarat sekolah swasta berkenaan bergabung dengan Majlis Sukan Sekolah Negeri.
• Pelajar yang ditempatkan di sekolah sukan kementerian pendidikan Malaysia mewakili negeri asal tempat ia bersekolah di dalam MSSM.
- NegeriMajlis Sukan Sekolah Negeri layak mengambil bahagian. Setiap negeri hanyak berhak menghantar satu pasukan sahaja mengikut kumpulan umur dalam sesuatu pertandingan.
Had Umur Peserta
• 18 tahun dan ke bawah• 15 tahun dan ke bawah• 12 tahun dan ke bawah
- Kiraan umur adalah pada 1 jan tahun pertandingan. - Seseorang peserta dibenarkan menyertai
pertandingan dalam 1 kumpulan umur sahaja bagi satu jenis pertandingan.
4. Pendaftaran• Setiap MSS Negeri hanya dibenarkan
menghantar bilangan pegawai pasukan dan peserta seperti yang ditetapkan.
• Pasukan yang ada peserta perempuan mesti ditemani oleh seorang penolong pengurus atau jurulatih wanita.
• Pendaftaran pegawai dan peserta dalam borang pendaftaran yang tertentu hendaklah disampaikan kepada pihak jawatankuasa pengelola sekurang-kurangnya 10 hari sebelum tarikh pertandingan dimulakan. Sebarang pindaan dalam borang pendaftaran tersebut hendaklah ditandatangani oleh Yang di pertua/ setiausaha agung majlis sukan sekolah-sekolah negeri dengan cop rasmi.
5. Pakaian • Jika kedua-dua pasukan memakai baju yang
sama warnanya, pasukan yang lewat tercatat dalam jadual pertandingan hendaklah menukarkan warna bajunya.
• Bagi permainan yang telah ditetapkan warna khusus jersi MSS Negeri oleh jawatankuasa Teknik MSSM maka peraturan tersebut hendaklah dipatuhi.
6. Bantahan• Bantahan bertulis yang ditandatangani oleh seorang
pegawai pasukan berdaftar hendaklah diserahkan kepada setiausaha jawatankuasa pengelola pertandingan atau wakilnya dengan disertakan wang pertaruhan sebanyak RM200.00. Wang tersebut akan dikembalikan jika bantahan yang dibuat ditolak.
• Tempoh penyerahan bantahan rasmi tertakluk kepada peraturan dan undang-undang permainan/ sukan berkenaan.
7. Lembaga Tatatertib
• Lembaga ini terdiri daripada:Timbalan ketua pengarah jabatan sekolah/
wakilnya sebagai pengerusiPengerusi jawatankuasa teknik MSSM/ wakilnyaPengarah bahagian sekolah/ wakilnyaSetiausaha agung MSSM / wakilnyaPengerusi teknik permainan berkenaan
• Lembaga Tataterbit bertanggungjawab untuk membuat keputusan untuk mengenakan tindakan selanjutnya, jika perlu.
LIABILITI PERUNDANGAN DALAM
SUKAN
Apa itu liabiliti ?
• Sesuatu halangan atau meletakkan seseorang atau kumpulan dalam kerugian.
• Sesuatu yang memerlukan seseorang bertanggungjawab.
LIABILITI DALAM SUKAN
Penyalahgunaan dadah
Judi
Menerima rasuah
PENYALAHGUNAAN DADAH
• Dadah menguatkan prestasi atau dikenali dalam bahasa Inggeris Performance-Enhancing Drugs.
• Ia digunakan oleh atlet semata-mata untuk memberi kelebihan ketika bertanding dalam sesuatu acara sukan.
• Dadah-dadah ini memberi kesan pada tubuh badan dengan cara berbeza seperti dapat membesarkan otot-otot atau meningkatkan kapasiti aliran oksigen darah.
• Walau apa pun anggapan kelebihan mengambil dadah, penggunaan dadah terlarang dianggap tidak beretika dan berbahaya dari segi perubatan.
Jenis perjudian dalam sukan
Menentukan dan mengatur perlawanan.- sebelum pertandingan,keputusan pertandingan
telah ditentukan. - sogokan akan diberikan kepada atlet atau
pegawai perlawanan untuk mengatur keputusan pertandingan.Bertaruh keputusan pertandingan.
- peminat sukan akan bertaruh untuk sesuatu pertandingan .
Menerima Rasuah• Kewujudan kegiatan rasuah berpunca daripada beberapa
sebab seperti ketamakan, kelemahan pengurusan dalaman, penyalahgunaan kuasa dan kewujudan peluang.
• Pemain yang tamak dan kadang-kadang imbuhan pasukan yang tidak setimpal juga mendorong pemain-pemain menerima rasuah.
• Kelemahan pengurusan dalaman juga salah satu punca menularnya gejala rasuah, persatuan yang gagal menguruskan kebajikan pemainnya, di mana dibayar gaji yang tidak konsisten sehingga menyukarkan kehidupan mereka merupakan punca mereka sanggup menerima rasuah demi “survival” mereka.
KESAN
• Kesan daripada itu Malaysia telah kehilangan ramai pemain-pemain yang berbakat dan seterusnya menyebabkan pasukan Malaysia semakin merosot prestasi mereka di peringkat antarabangsa.
UNDANG- UNDANG TORT•Undang-undang yangg membolehkan tuntutan dibuat
ke atas kesalahan sivil.•Tuntuhan hanya boleh dibuat apabila sabit 3 prinsip
kecuaian:▫Pihak yang dituntut mempunyai tanggungjawab
keselamatan yang sepenuhnya terhadap pihak yang membuat tuntutan.
▫Kegagalan @ kemungkaran pihak yang dituntut dalam menjalankan tugas menjaga keselamatan dan menetapkan penjagaan keselamatan yang sempurna.
▫Kerosakan dan kerugian yang ditanggung oleh pihak yang menuntut adalah akibat kegagalan menjalankan tugas penjagaan keselamatan oleh pihak yang dituntut.
• Liabiliti dalam sukan juga melibatkan perundangan insurans.
• Dalam perundangan insurans, seseorang dianggap mempunyai hak perlindungan insurans apabila menyertai sesuatu skim insurans berdasarkan polisi tertentu.
• Sekiranya berlaku kemalangan/ kecederaan, pemegang polisi sesuatu insurans berhak untuk mendapat pampasan/ ganti rugi.
HAK PAMPASAN•Hak mendapat bayaran ganti rugi terhadap
kerugian yang ditanggung akibat kemalangan.
•Bayaran bertujuan untuk membiayai kos perubatan akibat kecederaan, ganti rugi terhadap hilang keupayaan atau ganti rugi terhadap kehilangan nyawa.
•Boleh dituntut oleh individu atau kumpulan dan ahli keluarga/ penama/ pewaris terdekat sekiranya mangsa meninggal dunia.
PUSAT MAKLUMAT & BANTUAN GUAMAN
• Biro Bantuan Guaman– Tidak mengenakan bayaran yang mahal.– Boleh memberi maklumat dan bantuan dari
segi perundangan kepada orang ramai yang kurang berkemampuan.
• Peguam persendirian yang bertauliah juga boleh mengendalikan sesuatu kes
KATEGORI TORT
• Dikatagorikan oleh dua faktor:-– Tahap kesengajaan yang mesti dikira dengan
melihat kelakuan pembuat kesalahan.– Kepentingan yang terganggu oleh perbuatan
tort.
Tort Yang Sengaja Dilakukan
• Tort sengaja adalah apa-apa perbuatan sengaja yang dikatakan boleh menyebabkan satu kecederaan yang berlaku kepada seseorang individu.
• Tort sengaja mempunyai beberapa subkatagori, termasuk tort mencederakan orang, tort milikan tanah, tort ekonomi dan tort menjaga air muka.
Tort Mencederakan Orang– Mencederakan atau menghalang sifat keseorangan si
pedakwa. Tort mencederakan orang termasuk serangan, pukulan penahanan salah dan pengenaan sengaja serta kesusahan emosional.
Tort Milikan Tanah- Tort milikan tanah merangkumi semua pencerobohan terhadap hak pendakwa keatas tanah milikannya. Yang paling kerap adalah pencerobohan tanah, pencerobohan keatas barangan dan konversi. Tort ekonomi- Tort ekonomi termasuk common law- penipuan dan gangguan bersifat tort dengan hubungan bisnes atau kontrak.
Tort Menjaga Air Muka– Adalah tort yang tidak menyebabkan apa- apa
implikasi ketara kepada seseorang atau tanahnya, akan tetapi kepada reputasinya.
– Tort ini merangkumi fitnah secara percakapan atau secara penulisan, penggelapan pengumuman, penzahiran.
– Adalah perlu difahami tort fitnah adalah terjemahan daripada istilah BI “Defamation”
Tort Kecuaian
• Tort yang paling meluas antara kesemua tort. • Adalah asas kepada kebanyakkan kes
kecedaraan peribadi.• Dalam semua situasi, ia mestilah adil dan
munasabah untuk memerintahkan defenden membayar pampasan kepada si pendakwa. Elemen- elemen ini sering dipermudahkan sebagai formula “standard penjagaan tugas, pelanggaran, penyebab dan ganti rugi.
Tort Gangguan
• Membolehkan seseorang pendakwa untuk menyaman atas kebanyakkan sebab gangguan ke atas haknya menggunakan tanah dengan suka sendirinya.
• Contoh: bunti bising daripada lapangan terbang biasanya dipampas oleh tuntutan gangguan.
Soalan
1. Senaraikan dua jenis undang- undang dalam sukan.
• undang-undang permainan• peraturan am kejohanan
2. Sila nyatakan 3 tujuan peraturan am dalam sukan.
i) Panduan kepada semua yang terlibat mengenai sesuatu kejohanan sukan
ii) Rujukan utama sekiranya timbul masalah dalam mengendalikan sesuatu kejohanan
iii) Rujukan utama sekiranya terdapat bantahan terhadap mana-mana pihak tertentu dalam mengendalikan kejohanan
iv) Membolehkan kejohanan diurus dengan licin dan lancar
3. Perkara biasa yang terdapat dalam undang-undang permainan adalah seperti yang berikut, kecuali:
I Alatan permainanII KewanganIII PendaftaranIV Ukuran padanga) I,IIb) II, IIIc) III,IVd) I,IV
3. Andaikan tarikh kelahiran anda ialah 31 Disember 2000, anda ingin menyertai MSSM pada tahun 2013, pada masa itu anda harus berdaftar di bawah golongan?
a) 9 tahun dan ke bawahb) 12 tahun dan ke bawahc) 15 tahun dan ke bawahd) 18 tahun dan ke bawah
Soalan: Sila nyata perbezaan antara Undang-undang Permainan dan Peraturan Am.
Aspek Undang-undang Permainan Peraturan Am
Tujuan Mengawal perjalanan permainan
Mengawal perjalanan kejohanan
Kepiawaian peraturanMerupakan peraturan yang standard dan digunakan di mana-mana sahaja kejohanan anjuran badan gabungan
Bera antara satu kejohanan dengan satu kejohanan dipengaruhi okeh faktor sekitaran.
Penggubal Persatuan sukan antarabangsa Jawatankuasa teknikal pengelola pertandingan
Agen penguatkuasa Pengadil atau referi Jawatankuasa teknik dan pengadil atau referi
5. Nyatakan beberapa jenis liabiliti dalam sukan.
• Perjudian• Menerima rasuah• Penyalahgunaan dadah
Sekian, terima kasih