KAEDAH BERFOKUS OLEH: PUAN NORHAYATI BINTI IDRIS JABATAN PENGAJIAN MELAYU
KAEDAH BERFOKUSOLEH:PUAN NORHAYATI BINTI IDRISJABATAN PENGAJIAN MELAYUIPG KAMPUS KENINGAU, SABAH
KAEDAH BERFOKUS
• Pendekatan struktural telah menjadi dasar pengenalan kepada pendekatan ini
• memberikan tumpuan terhadap satu struktur tertentu dalam karya serta satu lagi struktur sampingan dalam satu masa pengajaran
01/08/2012 2BMM3116: Genre Kesusasteraan Melayu dalam BM
Definisi
• Pengajaran berfokus ialah berfokus pada aspek isi di samping mengajar aspek bahasa iaitu bentuk dan unsur serta nilai kemanusiaan, kemasyarakatan dan kebudayaan terutama unsur-unsur pengajaran
• Ada dua tumpuan: fokus utama dan fokus sampingan• Cenderung membicarakan karya sastera secara
terperinci - kaedah ini memilih aspek atau unsur tertentu untuk dijadikan fokus pengajaran dan pembelajaran
01/08/2012 3BMM3116: Genre Kesusasteraan Melayu dalam BM
Ciri-ciri
i. Fokus pengajaran berdasarkan isi utama. Isi sampingan menjadi perkara kedua penting.
ii. Untuk menjamin keberkesanan kaedah ini, langkah-langkah penyampaian yang sistematik hendaklah dirancang oleh guru terlebih dahulu.
iii. Kaedah ini mengandungi satu fokus utama dan satu atau lebih fokus sampingan. Biasanya fokus utama itulah yang menjadi objektif khas (eksplisit) sesuatu pengajaran.
01/08/2012 4BMM3116: Genre Kesusasteraan Melayu dalam BM
Ciri-ciri
iv. Kaedah ini menggunakan perkara-perkara yang paling menonjol dalam sesebuah karya untuk dijadikan fokus utama.
v. Alat bantu mengajar seperti pita rakaman, gambar-gambar, carta, bahan-bahan bertulis adalah penting.
vi. Aktiviti-aktiviti yang melibatkan murid secara aktif perlu diberi keutamaan. Ini dapat dilaksanakan dengan baik melalui teknik perbengkelan.
01/08/2012 5BMM3116: Genre Kesusasteraan Melayu dalam BM
Ciri-ciri
vii. Guru dan murid perlu membaca terlebih dahulu karya kesusasteraan yang hendak disampaikan. Ini penting kerana mereka perlu mendapat kesan penghayatan secara keseluruhan.
viii. Soalan-soalan rangsangan perlu disediakan dan dirancang dengan baik untuk menarik minat pelajar.
01/08/2012 6BMM3116: Genre Kesusasteraan Melayu dalam BM
Kelebihan Kaedah Berfokus
• Menjimatkan masa guru dan murid kerana mereka tidak perlu membincangkan semua aspek dalam semua karya.
• Kaedah ini akan menjadi lebih berkesan sekiranya guru tidak membincangkan sesuatu aspek bagi sesebuah karya itu secara khusus dan semata – mata untuk memahami sesebuah karya.
01/08/2012 7BMM3116: Genre Kesusasteraan Melayu dalam BM
Penggunaan Kaedah Berfokus
• boleh digunakan oleh seseorang guru dalam menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah
• Contoh: memahami gaya bahasa sebuah sajak, aspek yang menjadi fokus ialah gaya bahasa
• Teknik PdP: Bincangkan gaya bahasa dan cara aplikasi
01/08/2012 8BMM3116: Genre Kesusasteraan Melayu dalam BM
Kesimpulan
• Sesuai digunakan oleh guru sekiranya seseorang guru itu ingin memfokuskan pengajaran mereka pada isi tertentu tanpa mengabaikan isi - isi yang lain.
• Menjimatkan masa guru dalam sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
01/08/2012 9BMM3116: Genre Kesusasteraan Melayu dalam BM
KAEDAH GLOBAL
• kaedah mudah seperti simulasi khasnya berdrama.
• mestilah bersesuaian dengan tahap keupayaan murid dan situasi murid kerana meliputi kepandaian dan kesesuaian tatacara kehidupan (permainan) kanak-kanak.
• kaedah ini dilakukan secara bebas.
01/08/2012 BMM3116: Genre Kesusasteraan Melayu dalam BM 10
Ciri-Ciri Global
Ada 3 bentuk aktiviti yang boleh dilakukan dengan menggunakan kaedah ini:i. aktiviti mimik dengan tidak mengggunakan
kata-kata dalam menyampaikan perasaanii. aktiviti spontan dengan apa yang ada dan
dengan suaraiii. aktiviti-aktiviti lain yang berbentuk lakonan
01/08/2012 BMM3116: Genre Kesusasteraan Melayu dalam BM 11
Pelaksanaan Kaedah Global
1. Murid membaca dan menghayati karya sastera yang diberikan oleh guru.
2. Guru meminta murid-murid mencari persoalan yang menarik dalam karya sastera.
3. Dalam suasana informal guru meminta murid-murid berlakon dan melakukan gaya aktiviti di atas untuk lakonkan watak.
01/08/2012 BMM3116: Genre Kesusasteraan Melayu dalam BM 12
Pelaksanaan Kaedah Global
4. Guru boleh mengadakan aktiviti seperti:-• lakonan berasaskan gambar• lakonan berasaskan skrip• lakonan guna topeng• lakonan guna cerita berlagu
01/08/2012 BMM3116: Genre Kesusasteraan Melayu dalam BM 13
Latihan
• Berdasarkan kedua-dua pendekatan yang dipelajari, sila rancang aktiviti pelaksanaan kaedah pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah untuk Tahap 1 dan Tahap 2
01/08/2012 BMM3116: Genre Kesusasteraan Melayu dalam BM 14
Tutorial
• Perbincangan dalam kumpulan untuk menghasilkan simulasi kaedah berfokus, kaedah global dan pendekatan citra yang sesuai untuk P&P
• Tunjukcara/simulasi dilaksanakan pada Khamis (2 Ogos 2012)
01/08/2012 BMM3116: Genre Kesusasteraan Melayu dalam BM 15