-
MALAYSIA dar; seg; SEJARAH
KA WALAN KESIHATAN AWAM DI BANDAR KUALA LUMPUR, 1890-1914
AHMAD KAMAL ARIFFIN MOHO. Rus'
Sempadan ban dar Kuala Lumpur telah diwartakan pada tahun 1890
dengan keluasan ketika itu adalah 9 batu persegi.' Sehingga tahun
1914, sempadan ini telah diperluaskan kepada 17 batu persegi. Dalam
tempoh terse but, penduduk bandar Kuala Lumpur yang menjangkau
lebih 50,000 orang, sememangnya terpaksa menghadapi pelbagai
cabaran maut kerana begitu terdedah dengan beberapa jenis penyakit
yang sangat sukar untuk dikawal kerana beberapa faktor semasa.
Walau bagaimanapun, penulisan ini bukannya bertujuan untuk
melihat aspek kesihatan awam sebagai satu sistem tetapi penekanan
akan diberikan hanya kepada beberapa jenis penyakit berjangkit
tertentu yang dipercayai memberi kesan besar terhadap kesejahteraan
kepada penduduk bandar Kuala Lumpur. Keduanya, sudut pandangan yang
menjadi pendekatan dalam penulisan ini adalah untuk melihat
bagaimana Sanitary Board Kuala Lumpur (SBKL) menangani masalah
penularan penyakit berjangkit. Ini disebabkan SBKL merupakan an
tara institusi terpenting yang dipertanggungjawabkan oleh kerajaan
negeri bagi memikul peranan tersebut.
SBKL merupakan satu bentuk kerajaan tempatan yang terawal di
Malaysia. la ditubuhkan pada tahun 1890 dan diberi tanggungjawab
untuk menyelenggarakan hal-hal penjagaan ban dar seperti
kebersihan, jangkitan
• Pcnulis adalah pcnsyarah di labatan Scjarah. Univcrsiti
Malaya. Selangor Government Gazelle, 1890. Vol. I, him. 227.
Istilah bandar Kuala Lumpur digunakan bagi mcngeiakkan kekeliruan
yang Illungkin timbul untuk kawasan yangdirujuk sebagai daerah
Kuala Lumpur. Kcluasan dacrah Kuala Lumpur pad a kClika itu adalah
seluas 380 halu persegi. Scmpadan ini ditctapkan pada tahun 1883
oleh Frank Swcttcnham semasa beliau mcnjadi Residen British di
Sclangor.
94
-
KAWALAN KESIHATAN AWAM DI BANDAR KUALA LUMPUR. 1890-1914
Itflyakit, pelesenan perniagaan dan kenderaan awam,
penyelenggaraan lampu-Wnpujalan dan bekalan air, kawalselia
bangunan dan kawalan bekalan makanan l!ll1g dijual di pasar-pasar.2
Ahli-ahli lembaga terdiri dari keanggotaan rasmi ~ tidak rasm
i.)
Walaupun institusi SBKL berkait rapat dengan soal kesihatan
awam, namun MI~n tugas pencegahan penyakit berjangkit kedudukannya
masih samar-samar. Dalam Regulation vii, 1890, penglibatan SBKL
dalam kerja-kerja pencegahan ~nyakit berjangkit ini hanya
terkandung dalam satu ceraian pendek iaitu ceraian 55. Ceraian ini
menjelaskan tanggungjawab SBKL sekadar mengenakan denda ~gi sesiapa
yang didapati membiarkan kediaman atau kenderaannya yang telah
rlijangkiti p-enyakit berjangkit menjangkiti orang lain. Dalam
Warta Kerajaan Selangor 1891 , hubungan Pegawai Kesihatan dalam
kerja tugas ini adalah ~bagai pemberitahu kepadaSBKL tentang
kewujudan penyakit berjangkit sarna ada di sekitar atau di dalam
kawasan SBKL.
Pada tahun 1893, Regulation iii (A Regulation to Make Provision
of Ilrevention the Introduction and the Spread of Infections and
Contagious Diseases) menetapkan bahawa Pegawai Kesihatan adalah
penama yang bertanggungjawab dalam kerja tugas pencegahan penyakit
berjangkit. Peruntukan ini membawa makna penting kerana Pegawai
Kesihatan bagi Kuala
Lumpur adalah Reisdency Surgeon sendiri dan beliau merupakan
Pegawai Kesihatan bagi SBKL. Pada kedudukan inilah timbul
kekeliruan tentang tugas manakah yang sepatutnya dijalankan oleh
SBKL dan Jabatan Perubatan.
Pada dasarnya, secara tersendiri garis pemisah kedudukan
tersebut boleh .ujud kerana SBKL hanya terbabit dalam pencegahan
penyakit berjangkit sekiranya penyakit tersebut berpunca daripada
keadaan yang melibatkan tugas-rugas SBKL. Umpamanya, dalam hal
penyakit taun, SBKL berkuasa untuk mengarahkan sesuatu perigi
ditutup dari kegunaan orang ramai jika perigi lersebut disahkan
mengandungi kuman taun kerana perigi-perigi terletak di
2 Ibid .. secara rasmL SBKL ditubuhkan pada 30 Mei 1890. SBKL
mendapat mandatnya daTi Regulation vii 1890. yang membcri kuasa
kcpadanya untuk memastikan kesemua peraturan dalam undang-undang
kecil SBKL dipatuhi oleh penduduk-penduduk di ban dar Kuala
Lumpur.
3 Keanggotaan rasmi terdiri daripada pegawai-pegawai kerajaan
seperti Setiausaha Kerajaan Nl!geri (Pengerusi SBKL). Pengawal
Kesihatan. Jurutera Negeri. Penguasa Polis, Pegawai Daerah dan
Pengawai Perlindungan Orang-orang Cina. Keanggotaan tidak rasmi
kebia.
-
MALAYSIA dar; seg; S£JARAH
bawah kawalan SBKL. Bagi penyakit eaear, SBKL hanya terlibat pad
a peringkat mengenakan
denda bagi sesiapa yang mengenepikan arahan Pegawai Kesihatan
untuk mengadakan rawatan disinfekten (pembasmian kuman) ke atas
tempat kediaman dan kenderaan mereka kerana kedua-duanya di bawah
kawalan SBKL. Kerjasama daripada Raja Bot, Kapitan Yap Kwan Seng
dan Thamboosamy Pillai untuk memujuk orang ramai bagi menerima
rawatan tanam eaear bukannya arahan dari SBKL walaupun mereka ini
adalah ahli-ahli SBKL. Walau bagaimanapun. khidmat mereka
diperlukan kerana mereka merupakan ketua· ketua komuniti di Kuala
Lumpur pad a ketika itu.'
Kuala Lumpur pada 10 tahun pertama penubuhan SBKL tidak
mempunyai satu perancangan yang teratur ten tang peneegahan pen yak
it berjangkit. Walallpun pada tahun 1897, Dr. Travers telah
menegaskan seeara bersungguh-sungguh kepada SBKL dan kerajaan
negeri tentang kepentingan mengadakan satu perangkaan yang
komprehensif ll1engenai daftar kematian tetapi ia hanya dill1ulakan
pad a tahun 1901. ' Perangkaan ini sell1emangnya sangat penting
kerana ia dapat digunakan sebagai petunjuk tentang keadaan penyakit
bagi menggerakkan pihak pentadbiran untuk ll1eraneangkan
langkah-Iangkah pencegahan.
Pad a tahun-tahun 1890-an apabi la berlakunya sesuatu wabak
penyakit berjangkit seperti eaear atau taun, salah seorang daripada
penghuni rumah tempat kejadian wajib segera melaporkannya di balai
polis yang berhampiran. Kemudian, pegawai polis yang bertugas akan
membuat laporan rasmi kepada pegawai kesihatan dan beliau harus ke
tempat kejadian dengan segera. Sekiranya pegawai kesihatan atau
wakilnya berpendapat bahawa penyakit tersebut akan mell1bahayakan
orang ramai, beliall akan mendapat perintah mahkall1ah untuk
membawa pesakit ini ke hospital kerajaan.
Dalam kes orang-orang Melayu (natives), jika disahkan oleh
pegawai kesihatan bahawa rawatan boleh dilakukan di dalam rumah
sendiri, penghulu atau pegawai yang bertanggungjawab bagi mukim ini
akan memastikan tiada sesiapapun tanpa kebenaran bertulis daripada
pegawai perubatan, keluar atau masuk ke tempat kejadian. Apabila
kejadiannya menjadi agak serius, penghulu akan diarahkan mell1asang
pagar di sekeliling tempat kejadian dalam batasan
4 Kuala Lumpur - W{) Years. diterbitkan oleh The Kuala Lumpur
Municipal Council. 1959, him. 54.
5 SBKL Health Report. March 1897.
96
-
KAWALAN KESIHATAN AWAM 01 BANOAR KUALA LUMPUR, 1890- 1914
iO kaki keliling dan tempat tersebut akan diletakkan di bawah
jagaan polis. Penghulu juga akan memastikan bekalan makanan dan air
yang mencukupi dmekalkan ke tempat kejadian, Bekalan ini boleh
diperolehi daripada sumbangan jiran-jiran yang berdekatan atau
daripada penghulu sendiri tetapi kosnya akan ditanggung oleh
pesakit. Bagi mereka yang tidak berkemampuan, kos bekalan akan
ditanggung oleh pihak kerajaan, Bekalan-bekalan terse but akan
dikumpulkan padajarak 100 kaki dari tern pat kejadian yang
kemudiannya akan dibawa masuk oleh pegawai-pegawai polis di bawah
arahan pegawai kesihatan,'
Penyakit Hawar (Bubonic Plague)
Berdasarkan laporan yang diterima daripada Dr. J,A, Lawson
mengenai penyakit hawar (bubonic plague)' di bandar Hong Kong,
Travers telah rnengeluarkan satu cadangan peringatan kepada pihak
SBKL tentang kemungkinan kejadian yang sarna akan berlaku di Kuala
Lumpur rnemandangkan kepesatan pembangunan di bandar Kuala Lumpur
didapati tidak Icrurus dengan baik,' Kawasan yang dijangka
mengalami risiko yang tinggi adalah sekitar Ampang Street dan High
Street, juga di sekitar antara High Street dan Klyne Street.
Sehingga tahun 1912, kawasan-kawasan terse but masih dikhuatiri
menjadi ,asaran penyakit hawar berdasarkan bilangan tikus yang
ditangkap dalam lempoh tiga bu Ian pertama tahun 1912, Kawasan
terse but yang majoriti penduduknya terdiri daripada orang-orang
Cina bukan setakat mengalami kepadatan penduduk tertinggi malah
susunan rumah-rumahnya tidak teratur. Kawasan belakang rumah
didapati sangat kotor lebih-Iebih lagi dalam keadaan ketiadaan
lorong-Iorong belakang, Kedudukan rumah-rumah adalah sangat rapat
vang memudahkan lagi jangkitan wabak penyakit. ' (Lihat Jadual
I),
Pad a tahun 1901, jangkaan tadi telah menjadi kenyataan apabila
tikus-I ~US yang ditangkap didapati membawa kuman hawar. 'o Dengan
kebenaran
6 Regulation iii 1893. lihat ceraian 7. 8 dan II. 7 Sejenis
penyakit yang merebak dengan mudah: hawar; penyakit yang dibawa
oleh tikus dan
tanda-tandanya adalah seperti kesejukan. demam dan
bengkak-bcngkak di bawah ketiak dan celah kangkang.
8 SBKL Health Report, March 1897, 9 SSF234 1/97. Sural dari
Venning kepada Setiausaha Kerajaan, bertarikh 30 April 1897. 10 SSF
1831 /0 I. Asks for a grant ora sum for the erection of certain
number of small temporary
houses for plaque purposes.
97
-
MALA YSIA dar! seg! SEJARAH
JADUAL I
JUMLAH TIKUS YANG DIT ANGKAP: JANUARI HINGGA MAC 1912
Bilangan Tikus
303 230 147 87 73 72 39 25 23 17 15 9
8 7 7 6
3 2
Nama Tempat
Petaling Street Ampang Street High Street Rodger Street Su ltan
Street Java Street Batu Road Cross Street Gombak Lane Kampung
Attap
Medan Pasar Lama Klyne Street Tempat simpanan lembu Sanitary
Board Malay Street Pudoh Road Pudoh Street Tempat pembakaran sampah
Hotel Empire Malacca Street Church Street Pengkalan
Sumber: SSF 1876/12, Supplementary vote for $500.
98
-
KA WALAN KESIHATAN AWAM DI BANDAR KUALA LUMPUR. 1890-1914
Residen, peruntukan telah diluluskan bagi pembayaran setiap ekor
tikus yang berjaya ditangkap dan dibawa ke pejabat SBKL. Nilai
sebanyak 4 sen dibayar bagi seekor-ekor tikus dan pada tahun 1902
sebagai contoh, sebanyak 23,174 ekor tikus telah dibawa ke pejabat
SBKL. Kemudian, tikus-tikus ini akan dibawa ke destructor (sejenis
mesin pembakar sampah) untuk dimusnahkan.
Walaupun cara ini agak melucukan kerana setiap hari pejabat SBKL
akan dipenuhi dengan penangkap-penangkap tikus, namun kaedah
tersebut terpaksa dilaksanakan kerana adalah mustahil untuk
memasang perangkap tikus di seluruh bandar Kuala Lumpur. Oleh
kerana keadaan itu mencemarkan suasana
pejabat SBKL, maka pada tahun 1903 arahan telah dikeluarkan di
mana hanya ekor tikus sahaja yang perlu dibawa ke pejabat SBKL dan
bukan tikusnya. Di pejabat SBKL, setelah diteliti, ekor-ekor tikus
itu akan dipotong-potong untuk mengelakkan penipuan berlaku dan
kemudiannya akan dihantar ke destructor untuk dimusnahkan.
Pada bulan Ogos 190 I, semasa pen yak it wabak hawardijangka
bertambah serius, harga bayaran seekor tikus telah dinaikkan kepada
12 sen." Menjelang tahun 1904, timbul satu masalah besar apabila
terdapat tanda-tanda untuk menjadikan tangkapan tikus sebagai satu
jenis perniagaan. Keghairahan kegiatan ini sangat jelas kerana
dalam tempoh lima bulan sahaja jumlah tangkapan telah meningkat
kepada 30,262 ekor. 12 Oleh kerana peruntukan kewangan tidak
mencukupi, banyaran seekor tikus telah diturunkan kepada dua sen
seekor. Pada bulan Mei 1904, Presiden SBKL terpaksa menggantung
upah tangkapan tikus kerana Residen tidak meluluskan peruntukan
yang dipohon." Ahli-ahli Lembaga dan Pegawai Kesihatan sendiri
tidak membantah kerana penggantungan tersebut dapat menghalang
kegiatan menternak tikus. Lagipun mulai pertengahan tahun 1904,
kejadian penyakit hawar telah berkurangan. (Lihat ladual 2).
Dasar upah tangkapan tikus masih diteruskan dari semasa ke
semasa dengan syarat peruntukan diluluskan oleh Residen. Namun
begitu, upah sentiasa turun baik bergantung kepada keadaan . Pad a
keadaan biasa, upahnya adalah dua sen atau tiga sen seekor tetapi
pad a November 1911, apabila keadaan menjadi semakin serius, upah
dinaikkan kepada lima sen. Pada masa yang sam a, SBKL menyedari
bahawa dasar seperti ini perlu ada alternatif yang lebih
II SBKL Millll,es. 15 August 1901. 12 SBKL Amwell Report, 1904 .
13 SBKL Millll,e .,. 14 April 1904 dan 5 May 1904.
99
-
MALAYSIA dar; seg; SEJARAH
JADUAL2
JUMLAHTANGKAPANTIKUSDIKUALALUMPUR
Tahun Jumlah Tikus Jumlah Dibelanjakan
1902 23, 174 (4 sen) $ 926.96
1903 34,673 (4 sen) $1 ,386.92
1904 30,629 (2 sen) $ 612.58
1907 10,432 (2 sen) $ 208.64 1908 5,285 (2 sen) $ 105.68
1911 8,289 (3 sen) $ 248.64
Sumber: SBKL Annual Report, 1902-1911
berkesan. Ini kerana dengan memberi upah ia bukan mengurangkan
bilangan tikus
tetapi akan menambahkan bilangannya. Penangkap-penangkap tikus
bukan setakat menternak tikus tetapi banyak tikus yang ditangkap
dibawa dari luar Kuala Lumpur. Pada tahun 1912, cara membayar upah
dimansuhkan dan pada tahun terse but, pasukan penangkap tikus yang
dibayar gaji dibentuk.
Menjelang tahun 1913, Pegawai Kesihatan telah mengisytiharkan
bahawa bandar Kuala Lumpur be bas dari wabak hawar, 67 ekor tikus
telah ditangkap dari serata daerah untuk dianalisa di IMR
(Institute of Medical Research) dan didapati tidak ada jangkitan
kuman hawar. Kerajaan negeri turut bertanggungjawab memainkan
peranan pelengkap. Semua pintu masuk ke Kuala Lumpur diarahkan
diberi pengawasan yang rapi . Kapal-kapal yang berlabuh di
pelabuhan Kelang dimestikan memasang perangkap pelindung pada
kabel-kabel pengikat supaya tikus-tikus yang mungkin membawa
penyakit hawar tidak dapat mendara!. Arahan juga dikeluarkan kepada
Federated Malay State Railway supaya meletakkan racun-racun tikus
di gerabak-gerabak simpanan barang.
Phthisis (Batuk Kering)
Batuk kering (T.B.) adalah sejenis penyakit berjangkit mula
memuncak di Kuala Lumpur menjelang tahun 1904. Penyakit ini
berpunca dari sejenis
100
-
KAWALAN KESIIfATAN AWAM DI BANDAR KUALA LUMPUR, 1890-1914
~kteria (Tuberculosis Bacillus) yang menyerang manusia melalui
saluran ~mafasan dan pemakanan. 14 Pada tahun 1908 misalnya,
Pegawai Kesihatan Kuala Lumpur telah menggesa SBKL dan kerajaan
negeri supaya mengambil bngkah berjaga-jaga bagi mengadakan
pengawasan yang lebih rapi ke atas ~nyembelihan ternakan di
rumah-rumah penyembelihan. Ini disebabkan oleh 'poran yang diterima
dari Ipoh dan Taiping yang menyatakan bahawa terdapat IOmpok-tompok
tuberculosis pada daging ternakan,"
Bovine Bacillus (sejenis bakteria tuberculosis) menjangkiti
manusia melalui minuman susu lembu yang tercemur. Ini bennakna
sebelum tahun 1907, penduduk Kuala Lumpur mungkin terdedah kepada
jangkitan ini memandangkan contoh-contoh susu lembu hanya mula
dihantar ke IMR untuk pemeriksaan pada tahun 1907,
Jangkitan melalui saluran pernafasan dirumuskan sebagai
carajangkitan ,rama dalam kes batuk kering. Di Eropah Barat dan di
Amerika Utara, 90% daripada kes-kes batuk kering dijangkiti melalui
saluran pernafasan." Kuman-luman tuberculosis akan dibentuk keluar
ke udara oleh pembawa-pembawa
luman terse but. Titisan air liur boleh mengandungi sehingga
40,000 kuman luberculosis yang menjangkiti manusia melalui saluran
hidung atau mulut.
Risiko jangkitan ini adalah tinggi di dalam masyarakat yang
mempunyai lab iat yang suka meludah dan batuk secara tidak sopan.
Dr. Travers melahirkan lebimbangannya mengenai tabiat orang-orang
Cina yang suka meludah di pusat-pusat !umpuan orang ramai seperti
di panggung-panggung pementasan dan ~gadi rumah-rumahjudi. 17
Keadaan menjadi lebih rum it kerana lantai di pusat-
pusat terse but terdiri daripada lantai-Iantai tanah dan ini
tidak memungkinkan unruk basuhan yang berkesan. Lantai-Iantai tanah
inijuga menyebabkan keadaan berdebu dan kuman-kuman tuberculosis
mudah melekat pada debu-debu dan habuk.
Cadangan Travers supaya semua pusat tumpuan orang ramai
dimestikan berlantaikan simen menghadapi banyak kerenah.
Pusat-pusat tumpuan orang ramai yang dimaksudkan oleh Travers
adalah panggung-panggung pementasan, kedai-kedai candu dan
rumah-rumah judi. Bagi BSKL. cadangan itu memang
14 B.R. Clarke, "Tuberculosis As A Global Problem", The Theory
and Practise 0/ Public Healrh .... , him. 207-217.
IS SSF 1848/08. Public slaughter houses in Kuala Lumpur. 16 BK
Clarke. "Tuberculosis As A Global Problem .... ... him. 207. 17 SSF
4981 /04. Sanitary Building Amendment of By-laws.
101
-
MALAYSIA dari segi S£JARAH
munasabah dan masalah ini tidak timbul dalam kes panggung
pementasan dan kedai-kedai candu disebabkan lesen-Iesen untuk
kedua-dua tempat di bawah kelolaan SBKL. Untuk mengenakan peraturan
membuat lantai simen adalah mudah kerana SBKL cuma perlu meletakkan
syarat tersebut sebelum permohonan lesen diluluskan.
Dalam kes rumah-rumah judi, SBKL tidak boleh berbuat demikian
kerana tawaran pajakan ditentukan oleh Residen sendiri. Terdapat
sembi Ian buah rumah judi yang dikenalpasti mempunyai lantai tanah
- No. 82, 84, 87, 88,90 yang terletak di High Street dan No. 13,
15, I dan 19 yang terletak di Klnye Street." Lantai di rumah-rumah
tersebut dikatakan tidak rata (uneven) dan ini menyulitkan
kerja-kerja pembersihan. Rumah-rumah ini juga dilaporkan dikunjungi
oleh ber~tus-ratus penjudi Cina setiap hari yang mempunyai tabial
meludah sesuka hati.
Cadangan telah dibawa ke meja Residen Jeneral supaya pindaan
dibuat kepada undang-undang SBKL untuk membolehkan SBKL mempunyai
kuatkuasa ke atas rumah-rumah judi. Residen berpendapat bahawa
pindaan ini adalah perlu kerana walaupun Undang-undang Kecil SBKL
1902, cera ian 183 memberi kuasa kepada SBKL untuk mengambil
tindakan bagi rumah-rumah yang didapati kotor tetapi tidak cukup
kukuh untuk membolehkan SBKL mengeluarkan perintah mewajibkan
rumah-rumah ini mempunyai lantai simen. Desakan ini adalah
berikutan dari penolakan kes Mr. Nicholas bertemu SBKL oleh
Mahkamah.
Dalam mesyuarat Lembaga bertarikh 21 Januari 1904 dalam resolusi
nombor 12, Lembaga telah mengeluarkan perintah kepada Mr. Nicholas,
pengurus sebuah estet di bawah Undang-undang Kecil 183 Enakmen No.
17, 1902 bagi melantaikan rumah-rumahjudi di estetnya dengan lantai
simen. Pada 9 Februari, Mr. Nicholas telah menafikan arahan itu dan
pada I Mac 1904kes ini dibawa ke mahkamah. Mahkamah membuat
keputusan bahawa perintah SBKL itu adalah ultra-vires." Residen
Jeneral sendiri berpendapat bahawa pindaan itu tidak perlu kerana
pindaan kepada undang-undang bukanlah sesuatu perkara yang mudah:
Apa yang perlu dilakukan oleh Residen adalah dengan cara mengenakan
syarat kepada perjanjian pajakan seperti mana yang dilakukan oleh
SBKL ke atas pemegang-pemegang lesen panggung pementasan dan
kedai-kedai candu.
18 SSF 4981/04. Surat pcmangku Residen Selangor kepada Residen
Jenera!. bertarikh I September 1904.
J 9 Ibid.
102
-
KAWALAN KESIHATAN AWAM DI BANDAR KUALA LUMPUR. 1890-1914
Oleh kerana keadaan di rumah-rumahjudi ini memerlukan tindakan
segera, Venning (Setiausaha NNMB) mencadangkan supaya rumah-rumah
ini buat sementara waktu disemburkan dengan cecair tahi lembu;
iaitu satu sistem yang biasa digunakan di India dan Sri Lanka dan
didapati berkesan kerana apabila cecair itu kering ia menghasi Ikan
keadaan yang sweet and wholesome. 20 Namun begitu, cadangan
tersebut tidak dapat diterima oleh Residen dan sekali lagi mendesak
Residen Jeneral menimbangkan pindaan kepada undang-undang SBKL. Isu
ini berhenti di situ tanpa sebarang penyelesaian walaupun setahun
selepas itu Pengerusi SBKL telah menimbulkan isu yang sarna tetapi
masih tidak menerima sebarangjawapan dari pihak Residen
Jenera!.
Kesesakan penduduk di Kuala Lumpur dipercayai merupakan salah
satu punca utama kematian akibat batuk kering" Sejak tahun 1897,
masalah ini menjadi isu yang kritikal bagi SBKL. Pada waktu itu,
masalah utama SBKL adalah masalah kekurangan kakitangan untuk
menjalankan pemeriksaan pada waktu malam walaupun SBKL mengakui
bahawa dalam soallebihan penghuni bagi sesebuah kediaman tidak
dapat dikesan pada waktu siangnya kerana mereka yang terlibat hanya
pulang ke rumah pada waktu malam .
Bagi Residen, kesalahan ini dibebankan ke atas SBKL kerana
masalah lebihan penghuni adalah di bawah kawalan SBKL. SBKL yang
diberi tanggungjawab tersebut perlu membuat cadangan kepada
kerajaan j ika terdapat sebarallg kekurangan." Sebaliknya, SBKL
mengambil dasar bersimpati kerana SBKL berpendapat "overcrowding
ini Kuala Lumpur cannot properly be remedied by turning people from
one house to overcrowd another"."
SBKL mengambil pendirian tersebut kerana mereka yang terbabit di
dalam masalah ini terdiri daripada golongan miskin seperti
pekerja-pekerja buruh dan penarik-penarik beca. Pada tahun 1904,
dianggarkan seramai 2,000 penarik beca tinggal di rumah-rumah kedai
dalam keadaan sesak dan kotor.24 Malah pada tahun 1907, Pegawai
Kesihatan melaporkan bahawa secara nisbah kasar terdapat 2,791 buah
rumah yang didiami di Kuala Lumpur, dan ini membawa kepada
kepadatan purata untuk sebuah rumah adalah 414.3 orang."
20 SSF 4981/04. Surat daripada Setiausaha FMS kepada Residen
Selangor. bertarikh 9 September 1904.
21 SSt' Health Officer's Report. May 1904. 22 SSt' 3774/04,
Surat Setiausaha Kerajaan kepada Prosiden SBKL. bcrtarikh 5 lulai
1904. 23 Ibid .. Surat Presiden SBKL kepada Setiausaha Kerajaan.
bertarikh 27 lulai 1904. 24 SBKL Miml/es. 2 March 1905. 25 SBKL
Health Report. 1907.
103
-
MALA l'SIA dari segi SEJA RA H
Akibat desakan dari SBKL. pad a Mei 1905. sebuah Jawatankuasa
Kesesakan Penduduk (Overcrowding Committee) dibentuk. Bagi SBKL,
teguran keras Pemangku Residen ("they have no right to omit to
exercise their powers and administer the law because the Government
does not adopt their recommendation ... the Acting Resident regrets
to see that you do not appear to have realised your duties in this
respect")" tidak dapat diterima oleh SBKL. Oleh itu, jawatankuasa
ini adalah perlu kerana SBKL berpendapat bahawa pendekatan
tahun-tahun I 890-an tidak lagi praktikal. Pada masa yang sarna,
hasil telitian dan cadangan jawatankuasa ini menunjukkan kepada
Residen bahawa perhatian yang diberikan dalam tugas ini sememangnya
serius.
Jawatankuasa Kesesakan Penduduk ini, menyedari kepesatan bandar
Kuala Lumpur harus dilencongkan ke satu arah yang lebih strategik.
Sebab itulah sebuah pasar baru dibina di Batu 2 'I. Batu Road
kerana selain dapat memberikan perkhidmatan kepada penduduk, ia
akan menggalakkan pertumbuhan petempatan di sebelah arah tersebut.
Selain daripada itu, tanah-tanah yang tidak berhakmilik atau
dikhaskan untuk tujuan tertentu dicadangkan supayadilelong dengan
syarat.
Sebagai contoh, tanah-tanah kosong di bahagian selatan stesen
keretapi dan di bahagian utara sehingga ke Campbell Road (Jalan
Dang Wangi) dan juga sepanjang tebing timur Sungai Kelang sejauh
sempadan bandar, dilelong kepada orang ramai dengan syarat dalam
tempoh dua tahun pemilik-pemiliknya mesti membina bangunan-bangunan
di kawasan tersebut." Satu masalah besar yang mengakibatkan
kesesakan ini adalah kerana pada ketika itu bandar Kuala Lumpur
masih tidak mempunyai kediaman pinggir ban dar. Ini adalah kerana
sistem komunikasi ketika itu masih belum cukup maju untuk
mengizinkan keadaan terse but berlaku.
Masalah pokok yang perlu diatasi oleh Jawatankuasa Kesesakan
Penduduk ini ialah cara menambahkan bilangan rumah kediaman untuk
golongan miskin. Kekurangan rumah untuk golongan ini menyebabkan
mereka terpaksa berkongsi bilik dan lebih-Iebih lagi mereka tidak
mampu menyewa sebuah bilik secara bersendirian. Kalau pada zaman
Yap Ah Loy harga sewa sebuah rumah kedai cuma $5 tetapi pada
penghujung tahun-tahun I 890-an harga sewa sebuah bilik adalah
antara $3-$5 dan mulai tahun 1905 ke atas, harga sewa telah
meningkat an tara $5-$8 sebi I ik.
26 SSF3774/04. Sural Seliausaha Keraiaan kepada Presiden SBKL.
bertarikh 5 Ju1ai 1904. 27 SBKL Minutes. 22 June 1904.
104
-
KAWALAN KESIHATAN AWAM DI BANDAR KUALA LUMPUR. 1890·1914
Salah salu resolusi yang banyak menerima reaksi daripada
pemilik-pemilik tanah di Kuala Lumpur adalah cadangan SBKL untuk
mengenakan cukai nilaian tanah ke alas lanah-Ianah kosong pada
kadar yang sarna dengan lanah-Ianah berbangunan." Cukai lersebul
bertujuan menggalakkan pemilik lanah-tanah kosong ini membina rumah
kerana dengan cara demikian akan menyebabkan pemiliknya mengalami
kerugian disebabkan tanah yang tidak produktiftetapi harus dibayar
cukai penilaian. Tauke Chin Choon dan Tauke San Ah Weng yang
menjadi wakil tauke-tauke Cina di Kuala Lumpur menentang cadangan
tersebut dengan mengemukakan salu usul pindaan bahawa oleh kerana
tanah-!anah ini lidak berbangunan maka kadar cukainya mestilah
separuh daripada cukai lanah yang berbangunan. Perbahasan lersebut
diselesaikan dengan undi majoriti 6:4 menyokong cadangan asal."
Cukai penilaian ke atas tanah·tanah kosong dikuatkuasa pada
tahun 1907 dengan kadar 5% daripada nilai lahunan (annual value).
lawatankuasa juga turut mencadangkan skim pinjaman kadar faedah
rendah kepada sesiapa yang ingin membina rumah-rumah untuk kediaman
golongan miskin dengan kadar sewa yang telap. Pada April 1905,
Pengerusi memberitahu mesyuarat Lembaga bahawa semua cadangan yang
dikemukakan oleh lawatankuasa Kesesakan Penduduk diterima oleh
kerajaan kecuali cadangan mengenai pinjaman
perumahan. Menjelang tahun 1912, keadaan masih lidak ban yak
berubah danjumlah
penyakil T.B. letap linggi. Ramai daripada golongan kelas
bawahan yang lidak lagi mampu menyewa bilik-bilik di bandar mulai
beralih ke rumah-rumah alap (selinggan) di sekitar bandar. Isu
pinjaman peru mahan bagi kediaman golongan bawahan sekali lagi
dikemukakan oleh Douglas, Pengerusi SBKL. Kali ini, Douglas sendiri
cuba memujuk pihak swasla unluk membina rumah-rumah lersebut.
M.N.P.R.M. Palaniapa Chetty yang mempunyai 61 101 tanah di Estet
Evelyn dijangka akan memulakan projek lersebut jika kerajaan
sanggup memberikan pinjaman dengan kadar faedah yang rendah.
SBKL mengemukakan tawaran bahawa kerajaan akan memberikan
pinjaman sebanyak $1,000 bagi setiap rumah dengan kadar faedah 6%
dan pinjaman tersebut boleh dibayar secara beransur-ansur. Dua tern
pal lagi yang menjadi sasaran SBKL adalah lanah seluas 22101 yang
lerletak di persimpangan
28 SBKL Minules. 2 March 1905. 29 Ibid.
105
-
MALA YSIA dari segi S£JARAH
Batu Road dan Campbell Road kepunyaan Estet Ah Kwi dan
1810tyangterletak di Scot Road.JO Untuk itu, SBKL memerlukan
peruntukan sebanyak $100,000 untuk memulakan projek skim pinjaman
ini. Dengan skim ini diharapkan sebanyak 100 buah rumah kediaman
dapat dibina dan ini akan menurunkan harga sewa bilik pada paras
harga lama. Skim tersebut telah berjaya dilaksanakan di bandar Ipoh
dan laporan yang diterima menunjukkan bahawa harga sewa telah
menurun sebanyak 20%.
Pada dasarnya, kerajaan telah bersetuju dengan skim pinjaman
perumahan ini . Namun begitu, penglibatan pihak swasta didapati
tidak menggalakkan. Sehingga tahun 1913, SBKL telah menerima tiga
permohonan pinjaman perumahan. Dua daripadanya adalah permohonan
untuk membina rumah-rumah banglo yang diketepikan kerana dasar SBKL
dalam skim ini adalah peru mahan untuk golongan bawahan. Cuma
terdapat satu permohonan sahaja bagi membina enam buah rumah kedai.
Pada tahun yang sama, SBKL seakan telah berputus asa dengan
kenyataan yang dibuat oleh pengerusinya apabila pihak swasta tidak
lagi berminat untuk membina perumahan bagi golongan bawahan dengan
harga sewa yang tetap. Untuk itu, SBKL berpendapat tidak ada
pilihan lain melainkan kerajaan sendiri yang harus memulakan projek
tersebut."
Dalam keadaan tertentu, penglibatan faktor sosial dalam masalah
penyakit batuk kering turut memberi kemungkinan tentang mengapa
kadarnya tinggi di Kuala Lumpur. Terdapat kajian yang menunjukkan
bahawa pada petempatan yang penduduk lelakinya lebih ramai daripada
perempuan, kadar kecenderungan penyakit batuk kering adalah tinggi
n Pada tahun 190 I, bagi daerah Kuala Lumpur sahaja (380 batu
persegi luas), terdapat seramai 63,835 penduduk lelaki dan 13,399
penduduk perempuan.
Seramai 32,381 daripada 77,234 penduduk ini tinggal di bandar
Kuala Lumpur. Para doktor juga berpendapat dalam keadaan hadirnya
penyakit-penyakit tertentu seperti malaria, ulcer, schizophrenia,
dan pada masyarakat yang gemar minum minuman keras, dikatakan
darjah untuk mendapatkan batuk kering adalah tinggi kerana
penyakit-penyakit ini merendahkan daya tahan
)0 Ibid 31 55F 203/ 12 , Loans for building houses. 32 Di Eropah
dan Amcrika Utara kadar kCllliltian hagi pcrcmpllan adalah Icbih
rcndah daripada
kadar kcmatian Iclaki dalam kcs hatuk kcring di kawasan handar.
Di Utara Ireland misalnya, (1926-1962) kadar kcmatian T.B. tdah
mcnurun daTi 1.4 daTi 1.000 kcpada 0.1 daTi 1,000 bagi JeJaki dan
1.53 kcpada 0.4 hagi pcrcmpuan . Sila rujuk B.R. Clarke.
"Tuberculosis as a global problem ... : ', him. 209.
106
-
KAWALAN KESIHATAN AWAM DI BANDAR KUALA LUMPUR. 1890-19/4
JADUAL3
PERANGKAAN PHTHISIS DI KUALA LUMPUR
Phthisis Kadar Peratusan Jumlab Kematian Tabun (orang) Kematian
Akibat Penyakit
1903 264 17.67 1,494 1904 271 1l.71 2,314 1905 235 14.10 1,667
1906 245 11.52 2,127 1907 381 12.40 3,072 1908 344 9.02 3,812 1909
341 12.04 2,832 1910 456 16.54 2,757 1911 307 8.19 3,750 1912 321
9.44 3,400 1913 219 6.84 3,200 1914 137 6.96 1,969
Sumber: SBKL Annual Report. 1903-1914. SBKL Health Report.
1903-1914.
~seorangJ·\ Di Kuala Lumpur, sehingga tahun 1913 kejadian
penyakit malaria masih menjadi tanda tanya kepada cara yang terbaik
untuk mengatasinya.
Malaria
Walaupun langkah memerangi malaria mendapat perhatian serius
mulai tahun 1907, ini tidak bermakna bahawa penyakit ini amat asing
kepada pentadbir-pentadbir di Kuala Lumpur. Umpamanya, sebelum
tahun 1907, kawasan tebing sungai yang bersempadan dengan paya
telah dikenalpasti sebagai kawasan malariaH Statistik menunjukkan
bahawa pada suku akhirtahun
----~ .. -~--II Ibid .. him. 208. 34 Khoo Kay Kim. "Kuala
Lumpur: The Formative Year". (tidak diterbitkan), Perpustakaan
Peringatan Kuala Lumpur. him. 54.
107
-
MALAYSIA dar; seg; S£JARAH
1906, bagi kawasan pusat bandar sahaja (kawasan dua batu persegi
sekitar pertemuan Sungai Gombak - Kelang) sebanyak 66 kes berjaya
dikesan dari kawasan malaria tersebut dan cuma tiga kes sahaja
dilaporkan bagi kawasan kediaman orang-orang Eropah yang terletak
di tebing barat Sungai Kelang. Malah ujian darah untuk mengesan
paras it malaria bagi pesakit yang disyaki mengidap malaria telah
dijalankan di Hospital Besar Kuala Lumpur sejak tahun 1903
lagi.
Sebelum tahun 1900, malaria tidak dianggap sebagai sejenis
penyakit berjangkit. Ini jelas dalam Regulation iii , 1893, malaria
tidak disebut secara spesifik sebagai sejenis penyakit berjangkit."
Namun begitu, apabiJa punca malaria sebenar telah diketahui umum di
kalangan para pegawai perubatan dengan hasil penemuan Ronald Ross
ke atas nyamuk Anopheles sebagai pembawa paras it malaria pada
tahun 1897. langkah yang lebih prihatin telab diambil.
Mula-mulanya. setiap hospital diwajibkan mempunyai sekurang.
kurangnya sebuah wad kalis nyamuk. Tingkapnya akan dipasang jaring
dan setiap pesakit dimestikan menggunakan kelambu. Orang ramai
dinasihatkan tidurdi dalam kelambu dan tingkap-tingkap rumahjuga
dipasangjaring. Ubat-
ubat kuininjuga diedarkan kepada orang ramai. Oi Kuala Lumpur.
kaedah perparitan Watson mula diperkenalkan setelab
laporan mengejut diterima oleh kerajaan pada penghujung tahun
1907 apabiJa hampir setiap rumah di Bukit Persekutuan dan sekitar
Carcosa mempunyai kes malaria." Pada September 1907. sebuah
jawatankuasa khas telah dibentukoleh Residen untuk menyiasat
kawasan-kawasan yang disyaki mempunyai jentik· jentik malaria;
membuat cadangan-cadangan tentang cara mengatasinya dan juga
merangka anggaran perbelanjaan bagi setiap cadangan yang
dikemukakan. Ahli-ahlinya terdiri daripada E.S. Hose (Pengerusi
SBKL). Dr. Wellington (Pegawai Kesihatan), Dr. Fletcher (Pegawai
Perubatan) dan J.E. Jackson (Jurutera Eksekutif Kuala Lumpur).
Jawatankuasa ini memulakan tugas mengesan tempat-tempat pembiakan
nyamuk pada hari Khamis. 3 Oktober 1907, jam 3.30 petang bermula
dari kediaman Dr. Fletcher. Jawatankuasa ini juga turut dibantu
oleh Dr. C.H. Pratt, seorang antomologis yang berkhidmat di
(MR.
35 Malcolm Watson. The Prevention of Malaria in the Federated
Malay Slates, London, John Murray. 1921. him. 9-10.
36 SSF, 505107. Report on the prevalence of malaria amongst
European quarters in Kuala Lumpur. juga lihat IMR, Report on the
present Anopheles in certain swamps etc .. in Kuala Lumpur.
108
-
KAWALAN KESIHATAN AWAM DI BANDAR KUA LA LUMPUR, 1890-1914
Pembabitan SBKL dalam tugas memerangi malaria adalah sangat
minimum. Seperti mana yang berlaku sejak tahun 1904, tugas membina
sistem sal iran di kawasan SBKL adalah di bawah tanggungjawab
Jurutera Eksekutif. Sebab itulah semua tugas membuat parit bagi
tindakan anti-malaria dijalankan oleh Jurutera Eksekutif. Namun
begitu pada realitinya, tugas membuat parit anti-malaria di Kuala
Lumpur dijalankan oleh dua kumpulan petugas, Satunya di bawah
Jurutera Negeri bagi kawasan tanah hakmilik negeri dan satu lagi di
bawah arahan Jurutera Persekutuan bagi tanah-tanah kerajaan pusat.
Oleh kerana tidak ada keselarasan dalam pelaksanaan tugas-tugas
anti-malaria ini, sistem tersebut gagal memperlihatkan hasil yang
positif dan kadar malaria tetap tinggi.
Pesuru1ljaya Tinggi (John Anderson) juga turut terbabit dalam
masalah ini. Anggaran perbelanjaan yang dicadangkan
olehjawatankuasa khas malaria tidak diluluskan dengan sepenuhnya.
Daripada sejumlah $27,558 yang dicadangkan hanya $1 0,320
diluluskan oleh Anderson dengan alasan walaupun banyak hutan
diteroka di Singapura tetapi tidak ada sebarang tanda-tanda nyamuk
Anopheles," Pada tahap ini, masalah asas yang gagal difahami oleh
mereka yang terlibat adalahjenis nyamuk yang terdapat di Kelang
denganjenis nyamuk yang menyerang kawasan kediaman Eropah di Kuala
Lumpur,
Di Kelang, Anopheles Ambrosus adalah spesis yang membiak di
dalam takungan air di hutan dan di kawasan tanah pamah. Manakala di
Kuala Lumpur, nyamuknya adalah dari jenis Anopheles Mucalatus,
spesis yang membiak di dalam air yang terdedah di kawasan yang
berbukit. Oleh sebab itu, kaedah perparitan Watson amat berkesan di
Kelang kerana ia akan dedahkan Amborsus dan akan memusnahkan tempat
pembiakannya dengan aliran menerusi parit-parit. Sebaliknya, kaedah
perparitan Watson menyediakan tempat yang paling baik untuk
pembiakan Mucalatus kerana nyamuk ini hidup di dalam air mengalir
yang terdapat.
Untuk itu, C.H. Pratt berpendapat bahawa penerokaan hutan bagi
kawasan tebing barat Sungai Kelang adalah berbahaya tanpa sistem
perparitan yang betui. Kesilapan di sini,parit-parit yang dibina di
Kuala Lumpur adalah seperti yang terdapat di Kelang -dan ini sudah
tentu tidak memberi kesan kepada Mucalatus. Tambahan pula,
peruntukan yang diluluskan tidak mencukupi menyebabkan kerja-kerja
terbengkalai malah keadaan itu menghasilkan lebih banyak tempat
pembiakan nyamuk Mucalatus,
37 Malcolm Watson. The Prevention of Malaria .. .. , him.
30.
109
-
MALAYSIA dari segi SEJARAH
Pada tahun 1909, Watson dan Wellington telah mengesahkan
penemuan Pratt-Fletcher. Mereka mencadangkan sistem perparitan
sub-soil. Melalui sistem ini, parit-parit yang dibuat tidak
didedahkan tetapi harus sarna ada dibuat aliran bawah tanah,
diletakkan konkrit di atasnya ataupun alirannya mestilah melalui
bahagian bawah semak-samun ataupun pokok-pokok yang rendang.
Cadangan mereka ini tidak diterima oleh kebanyakan pakar kesihatan.
Namun begitu, Jurutera Negeri menerima cadangan Wellington dan
kerja-kerja perparitansub· soil telah diuji di Bukit Petaling
tetapi Jurutera Persekutuan masih dengan eara yang lama.
Pada tahun 1911, apabila Dr. C.L. Sam sen menggantikan Dr.
McDowell selaku Principal Medical Officer, Lembaga Penasihat
Malaria (Malaria Advisory Board) telah dibentuk. Lembaga ini
ditugaskan untuk mengumpulkan data-data mengenai malaria serta
menyelaraskan kerja-kerja anti-malaria bagi seluruh NNMB.
Pertentangan antara Jurutera Negeri dan Jurutera Persekutuan
mengenai program anti-malaria di Kuala Lumpur, kini diatasi melalui
satu arahan.
Lembaga Penasihat Malaria ini terdiri daripada E.L. Brockman
(Ketua Setiausaha NNMB) selaku Pengerusi , Dr. C.L. Samsen, Dr.
Malcolm Watson, Dr. Stanton, dua orang ahli tidak rasmi dan seorang
Jurutera. Menjelang tahun 1913, sepanjang 10,824 kaki rangkaian
perparitan sub-soil I telah dibina di Kuala Lumpur. Jika kejayaan
Lembaga ini dilihatdari segi bilangan kes bagi kawasan kediaman
Eropah ia boleh dianggap sebagai satu kejayaan kerana pada tahun
1913, kawasan kediaman Eropah di tebing barat Sungai Kelang
diisytiharkan bebas dari malaria. Namun begitu, ini tidak bermakna
bahawa bandar Kuala Lumpur arnnya turut bebas dari ancaman
malaria.
SBKL boleh dikatakan agak terpencil dalam soal kerja-kerja
anti·malaria di dalam kawasannya sendiri, lebih-Iebih lagi setelah
pembentukan Lembaga Penasihat Malaria pada tahun 1911 . Sebelum
itu, SBKL masih mempunyai hak membuat cadangan atau memohon
peruntukan bagi kerja-kerja perparitan anti· malaria di dalam
kawasannya sendiri" Selepas pembentukan Lembaga tersebut, semua
anggaran perbelanjaan dan permohonan peruntukan kerja-kerja anti·
malaria dibuat melalui Lembaga ini. Oi samping itu, terdapat
sekumpulan petugas yang digelar Mosquito Brigade. Mereka ini
diletakkan secara terns di bawah kawalan Pegawai Kesihatan dan
tidak terbabit dengan sebarang arahan SBKL.
38 SSF. 1665107. A special vote of $200 in connection with the
report on malaria. Juga Iihat SBKL Minutes. 19 July 1910.
110
-
KAWALAN KESIHATAN AWAM DI BANDAR KUALA LUMPUR, /890-/9/4
Tugas brigade ini adalah untuk membersihkan parit-parit
anti-malaria sella membuat pemeriksaan di sekitar bandar bagi
mengesan tempat-tempat pembiakan nyamuk, Oleh itu, pindaan
undang-undang SBKL 1911 yang memberi kuasa kepada SBKL untuk
menyelaras kerja-kerja anti-malaria di dalam kawasannya tidak
membawa apa-apa makna." Hanya tugas mengedar ubat kuinin kepada
orang ramai masih di tangan SBKL sedangkan kerja-kerja lain sarna
ada dijalankan oleh Lembaga Penasihat Malaria, Jabatan Kerjaraya,
ataupun oleh Jabatan Kesihatan Negeri.
Pada tahun 1912, SBKL membuat bantahan keras terhadap
kedudukannya dalam soal kerja-kerja anti-malaria ini. SBKL membuat
kenyataan bahawa kerajaan telah menafikan SBKL sama sekali dalam
soal ini sedangkan dari segi undang-undang secara sah sudah
ditentukan bahawa SBKL sebagai badan yang bertanggungjawab ke atas
kesihatan awam bagi penduduk di dalam kawasannya.40 Berikutan dari
ini, SBKL melahirkan rasa tidak puas hati terhadap kerja-kerja yang
dijalankan oleh Lembaga Penasihat Malaria.
Bagi SBKL, kuasa yang sepatutnya ada pada Lembaga ini adalah
sekadar penasihat sahaja tetapi yang jelas ialah Lembaga tersebut
telah melebihi had sehingga melampaui tugas-tugas eksekutif.41 SBKL
seterusnya menuduh bahawa tumpuan kerja-kerja anti-malaria tidak
diarahkan ke kawasan majoriti penduduk tetapi keutamaan diberikan
kepada kawasan kediaman pegawai-pegawai kerajaan sedangkan kadar
kematian adalah lebih tinggi bagi kawasan tebing timur Sungai
Kelang."
SBKL mengemukakan bukti bahawa kawasan-kawasan seperti
kawasan-kawasan yang berhampiran Empangan Pudu, kawasan paya dekat
Pudu dan juga kawasan paya berdekatan dengan Jalan Yap Kwang Seng
patut diberikan keutamaan atau sekurang-kurangnya mendapat
perhatian yang sama seperti kawasan kediaman pegawai-pegawai
kerajaan. Bantahan dari SBKL ini telah mendatangkan kesan yang
mengejut dari Residen sendiri. Berdasarkan undang-undang kuarantin
dan pencegahan penyakit yang terbaru, kuasa dan peranan SBKL dalam
soal ini diketepikan sam a sekali. Sebaliknya, kuasa sepenuhnya
diserahkan kepada Pegawai Kesihatan dan Pegawai Perubatan
Negeri."
19 SSF 399711 0, Draft 58 by-taws dealing with breedings. 40
SBKL Minutes. 23 March 1912. 41 SSF 1676/12. Recent meeting
regarding anti-malarial works. 42 Ibid. 4J SBKLAnnua[ Report.
1913.
III
-
MALAYSIA dari segi SEJARA H
JADUAL4
PERANGKAAN KEMATIAN DlSEBABKAN MALARIA Dl KUALA LUMPUR
Malaria Kadar Peratus Jumlah Kematian Tahun (orang) Kematian (%)
Akibat Penyakit
1903 373 24.97 1,494
1904 390 16.85 2,314
1905 354 21.24 1,667
1906 245 11 .52 2,127
1907 381 12.40 3,072
1908 344 9.02 3,812
1909 341 12.04 2,832
1910 456 16.52 2,757
1911 465 12.40 3,750
1912 266 7.82 3,400
1913 314 9.81 3,200
1914 361 18.33 1,969
Somber: SBKL Annual Report, 1903-1914. SBKL Health Report,
1903-1914.
11 2
-
KAWALAN KESIHATAN AWAM DI BANDAR KUALA LUMPUR, /890-/9/4
JADUAL5
KERJA-KERJAPERPARITAN ANTI-MALARIA DI KUALA LUMPUR 1913
Jenis Kerja
Kerja-kerja anti-malaria Parit subsoil Parit masonry Saluran dan
parit tanah
Peoimbusan kolam di kald buldt Residency Hill
Pari! masonry
Peoimbusan Paya Pari! masonry
Membuat saliran pada gaung Pari! sub-soil Parit masonry
Membuat saliran pada alur Pari! sub-soil Pari! masonry
Peoyelenggaraan (maintenance) kerja-kerja anti-malaria
Pari! sub-soil
Jarak dalam kald
10,824 ) 1,272 )
25,288 )
1,594
908
2,030 ) 124 )
4,015 ) 796 )
9,658
Sumber: SSF, 265/14 Anti-malarial work done in Selangor.
113
Jumlah kos
18,598.61
1,254.98
5,746.04
1,042.30
1,399.92
9,346.23
-
MALAYSIA dari segi SEJARAH
Rumusan
lelas pada kita menjelang penghujung abad ke-19 dan pada
pennulaan dekad terawal abad ke-20, para pentadbir bandar Kuala
Lumpur khususnya SBKL sedang menghadapi masalah pengawalan (problem
oJconlrolling) yang serius. Cara lebih tepat, punca masalah ini
dapat dilihat dari dua pendekatan iaitu secara sedar dan di luar
kesedaran para pentadbirnya. Berdasarkan pendekatan yang pertama
didapati punca permasalahan pengawalan adalah disebabkan
kepincangan dalam pentadbiran seperti kekurangan kakitangan,
konflik berkenaan siapa yang berkuasa dan pergeseran di antara
beberapa personaliti penting. Kesannya didapati tindakan-tindakan
yang diambil tidak tepatdan sering kelewatan. Dalam pendekatan yang
kedua iaitu di luarkesedaran para pentadbirnya, didapati punca
permasalahan kawalan sememangnya tidak dapat dielakkan kerana
perkembangan peningkatan penduduk secara drastik, kejahilan
mengenai penyakit-penyakit Tropika dan keadaan teknologi yang masih
di tahap rendah, merupakan aspek-aspek yang tidak mungkin dapat
dibendung atau dipermajukan dengan semahunya.
Kesimpulan
Sebagai rumusan, seperkara yang harus menjadi ingatan di sini
adalah harga bagi sebuah pembangunan itu, kadangkala sememangnya
tidak ternilai oleh wang ringgit kerana ia membabitkan beribu nyawa
yang terkorban dalam kehidupan kepadatan penduduk yang tinggi,jenis
penyakit yang masih belum terjawab oleh penemuan sains serta .litar
belakang budaya masyarakat, merupakan faktor-faktor yang sentiasa
mencabar pentadbiran SBKL. Faktor yang paling membimbangkan adalah
apabila pihak yang terlibat dalam pentadbiran cuba mengambil
kesempatan bagi kepentingan golongan tertentu. Umpamanya dalam kes
malaria di mana kerja-kerja "Ops-Tiruk" didapati diutamakan kawasan
kediaman orang-orang Eropah sahaja. Dengan kata lain, asas bagi
pembangunan sesebuah bandartergantung kepada kecekapan institusi
yang dipertanggungjawabkan ke atas penjagaan kawalan kesihatan awam
kerana ia merupakan pra-syarat sebelum sesuatu sistem dalam
masyarakat mampu berkembang.
114