K P K B S K KESESUAIAN DASAR DAN UNDANG-UNDANG …angkasa.coop/bm/images/KertasKerjaKonvensyen/KERTAS-KERJA--5... · Jika dasar ini tiada kuatkuasa undang-undang, dasar ini tidak
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
AZNUL & COD V O C A T E S & S O L I C I T O R SAZNUL & COD V O C A T E S & S O L I C I T O R S
▪ Beliau merupakan seorang rakan kongsi di Tetuan Aznul & Co
(Peguambela dan Peguamcara, Mahkamah Tinggi, Malaya), suatu firma
guaman yang ditubuhnya 22 tahun lalu.
▪ Pernah menjadi Penolong Penggubal Undang-Undang Parlimen di
Jabatan Peguam Negara pada 1991-1994 dan terlibat dalam
penggubalan Akta Parlimen dan perundangan subsidiari serta
pindaannya termasuk pindaan Perlembagaan Persekutuan.
▪ Pengkhususan sekarang dalam undang undang komersial dan korporat,
pematuhan, undang-undang persaingan, data peribadi dan koperasi.
▪ Beliau aktif dalam tanggungjawab sosial korporat (CSR):
▪ Menjadi pensyarah sambilan di universiti tempatan
▪ Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) dan Timbalan Pengerusi
Persatuan Penduduk taman beliau.
BIO DATA PENCERAMAH
HJ AZNUL AFFENDI BIN HASAN BASRI M.A (Cambridge), Barrister-at-Law (Lincoln’s Inn), LondonAdvocate and Solicitor (High Court of Malaya)Partner, Messrs Aznul & Co (Advocates & Solicitors)
AZNUL & COD V O C A T E S & S O L I C I T O R SAZNUL & COD V O C A T E S & S O L I C I T O R S
▪ Keusahawanan atau kewirausahaan merujuk kepada kaedah merekabentuk, melancarkan serta mengendalikan suatu perniagaan yang bersaiz kecil. Perkara ini digambarkan sebagai "keupayaan dan kesanggupan membangun, mengatur dan mengurus suatu perusahaan niaga yang turut termasuk risiko yang ada demi mendapatkan keuntungan” (Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.)
▪ Histrich & Peter (1988)
▪ Keusahawanan adalah suatu proses dinamik untuk mencipta dimanamenanggung risiko besar didalam ‘equity’, masa dan komitmen kerjaya atau proses mencipta sesuatu yang baru dengan mengambil kira masa dan usaha dengan mengambil kira risiko kewangan, psikologi dan sosial serta menerima manfaat daripadanya.
▪ Kuratko dan Hodgetts (2004)
▪ Mendefinasikan keusahawanan sebagai suatu proses inovasi dan penciptaanmelalui empat dimensi iaitu individu, organisasi, alam sekitar (environment) dan proses, dengan kerjasama rangkaian di dalam kerajaan, pendidikan dan institusi (institution).
12 Januari 2019 4
AZNUL & COD V O C A T E S & S O L I C I T O R SAZNUL & COD V O C A T E S & S O L I C I T O R S
DASAR DAN UNDANG-UNDANG▪ Dasar dan undang-undang berhubungkait tetapi berbeza dari segi
konsep
▪ Dasar hanyalah hasrat atau kenyataan Kerajaan mengenai sesuatu perkara dan tidak boleh dikuatkuasakan melainkan dasar itu dijadikan undang-undang
▪ Contoh, dasar Kerajaan ialah untuk menjadikan masyarakat lebih sihat. Satu cara ialah dengan mengharamkan aktiviti merokok di kawasan awam.
▪ Jika dasar ini tiada kuatkuasa undang-undang, dasar ini tidak akan dapat dicapai kerana orang berani lagi merokok sebab tidak ada undang-undang yang menghalangnya.
▪ Dengan lain perkataan pelanggarannya tidak menyebabkan sabitan jenayah iaitu tiada criminal sanction – bukan suatu kesalahan jenayah
▪ Juga bila dasar diperundangkan, bukan hanya pihak sasaran perlu patuhi, agensi Kerajaan sendiri juga perlu mematuhinya
12 Januari 2019 8
AZNUL & COD V O C A T E S & S O L I C I T O R SAZNUL & COD V O C A T E S & S O L I C I T O R S
▪ Oleh itu dasar perlu diperundangkan supaya ianya efektifdan boleh dilaksanakan
▪ Dasar yang tidak diperundangkan hanya mempunyai status pentadbiran dan tidak boleh dikuatkuasakan
▪ Akan tetapi dasar kena jelas (clear) sebelum sesuatu undang-undang digubal dan diluluskan
▪ Perlu ada kesesuaian di antara dasar koperasi dan undang-undang koperasi supaya hasrat dalam dasar diterjemahkan dalam undang-undang dan dasar boleh dilaksanakan secara holistik
12 Januari 2019 12
AZNUL & COD V O C A T E S & S O L I C I T O R SAZNUL & COD V O C A T E S & S O L I C I T O R S
DASAR DAN UNDANG-UNDANG▪ Akan tetapi bukan semua dasar perlu diperundangkan
▪ Sebagai contoh, dasar supaya pelajar sekolah memakai kasuthitam adalah kerana “dapatan libat urus mendapati ramai ibubapa bersetuju dengan pemakaian kasut hitam”
▪ Dasar ini tidak diperundang sebagai contohnya dalam Akta Pendidikan 1996 dan pelanggaran bukan suatu kesalahanjenayah
▪ Dasar ini dilaksanakan secara pentadbiran melalui pekeliling ikhtisas/pentadbiran/peraturan sekolah dan kegagalanmematuhi hanya boleh menyebabkan tindakan disiplin oleh pihak sekolah.
▪ Oleh itu bukan semua dasar perlu diperundangkan
12 Januari 2019 13
AZNUL & COD V O C A T E S & S O L I C I T O R SAZNUL & COD V O C A T E S & S O L I C I T O R S
The Contribution of Cooperative Law to Economic Development inMalaysia olehNazura Abdul Manap & PardisMoslemzadehTehrani (Asian Social Science; Vol. 10, No. 15; 2014)
AZNUL & COD V O C A T E S & S O L I C I T O R SAZNUL & COD V O C A T E S & S O L I C I T O R S
Convergence of global and traditional managers’characteristics: a case of senior management ofcooperatives in Malaysia (Yusof Ismail* and SuhaimiMhd Sarif -J. International Business and Entrepreneurship Development, Vol. 5, No. 1, 2010
AZNUL & COD V O C A T E S & S O L I C I T O R SAZNUL & COD V O C A T E S & S O L I C I T O R S
KESAN AKTA KOPERASI 1993 [AKTA 502] KEPADA OPERASI KOPERASI
▪ Namun demikian kalau kita kaji balik peruntukan Akta Koperasi 1993 [Akta 502], terdapat banyak peruntukan dalamnya yang terlalu mengawalselia dan mengongkong perjalanan koperasi di Malaysia terutamanya dari SEGI OPERASINYA
▪ Dengan lain perkataan, isu micro managing OPERASI koperasi
▪ Contoh-
▪ Kelulusan Bertulis Terlebih Dahulu Suruhanjaya Mengenai Apa-Apa Nama Atau Logo Lain: seksyen 12
▪ Kuasa untuk mendapat maklumat lain yang dikehendaki oleh Suruhanjaya: seksyen 14:
▪ Kuasa SKM untuk menghendaki undang-undang kecil suatu koperasi untuk mengandungi peruntukan yang berhubungan dengan kerahsiaan atau pendedahan yang dibenarkan dan undang-undang kecil itu hendaklah, mengikat koperasi itu: seksyen 17:
▪ Kuasa SKM untuk memberi tempoh pelanjutan masa bagi pindaan undang-undang kecil: seksyen 17A
AZNUL & COD V O C A T E S & S O L I C I T O R SAZNUL & COD V O C A T E S & S O L I C I T O R S
KESAN AKTA KOPERASI 1993 [AKTA 502] KEPADA OPERASI KOPERASI
▪ Walau bagaimanapun, bukan semua fungsi dan kuasa SKM dalam Akta Koperasi 1993 [Akta 502] yang mengongkong atau membantutkan perjalanan operasi koperasi.
▪ Dalam hal ini, kita perlu memahami antara salah satu fungsi utama SKM ialah sebagai “pendaftar” yakni “mendaftar dan membatalkan pendaftaran koperasi”: lihat seksyen 23 Akta Suruhanjaya Koperasi Malaysia 2007 (“Akta 665”):
▪ Sebagai contohnya, kuasa dan fungsi SKM yang berikut adalah amat perlu bagi memastikan pengawalseliaan dan pendaftaran yang berkesan perjalanan operasi
▪ Kelulusan Bertulis Terlebih Dahulu Suruhanjaya Mengenai Apa-Apa Nama Atau Logo Lain: seksyen 12
▪ Ini adalah kerana koperasi tidak boleh menukar nama dan logo sesuka hati dan SKM perlu mengawal penukaran nama dan logo supaya orang ramai tidak terkeliru.
▪ Kuasa untuk mendapat maklumat lain yang dikehendaki oleh Suruhanjaya: seksyen 14:
▪ Ini adalah perlu kerana ia melibatkan kepentingan orang ramai dan amat perlu bagi SKM mempunyai kuasa untuk mendapat maklumat daripada koperasi supaya SKM dapat bertindak dengan cepat dan berkesan atas kuasa ini.
AZNUL & COD V O C A T E S & S O L I C I T O R SAZNUL & COD V O C A T E S & S O L I C I T O R S
KUASA SKM UNTUK MENERIMA NOTIS MESYUARAT AGUNG DAN HAK MENGHADIRI MESYUARAT AGUNG KOPERASI: SEKSYEN 41
Notis mesyuarat untuk Suruhanjaya
41. Tiap-tiap koperasi hendaklah memberi Suruhanjaya notis bertulis yang munasabah tentang segala mesyuarat agung yang dikehendaki diadakan oleh koperasi itu dan hendaklah memberikan Suruhanjaya maklumat yang berhubungan dengan tarikh, masa, tempat dan agenda mesyuarat itu; dan Suruhanjaya atau mana-mana orang yang diberi kuasa melalui perintah am atau khas secara bertulis oleh Suruhanjaya hendaklah mempunyai hak untuk menghadiri mana-mana mesyuarat sedemikian dan memberikan nasihat tentang apa-apa perkara yang sedangdibincangkan, tetapi Suruhanjaya atau orang yang diberi kuasa itu tidak berhak untuk mengundi dalam mesyuarat itu.
AZNUL & COD V O C A T E S & S O L I C I T O R SAZNUL & COD V O C A T E S & S O L I C I T O R S
KUASA SKM UNTUK MENERIMA NOTIS MESYUARAT AGUNG DAN HAK MENGHADIRI MESYUARAT AGUNG KOPERASI: SEKSYEN 41
▪ Kuasa SKM untuk menerima notis mesyuarat agung dan hak menghadirimesyuarat agung koperasi mungkin tidak lagi relevan sekarang.
▪ Ini adalah kerana wang dan modal adalah daripada anggota dan sumber lain dan SKM atau Kerajaan tidak mempunyai apa-apa kepentingan kewangan yang terus dalam koperasi.
▪ Berbanding dengan organisasi lain seperti contohnya
▪ Persatuan Nelayan (yang sebenarnya bukan suatu “persatuan” tetapi suatu “koperasi” atau dahulunya “syarikat kerjasama nelayan”), oleh kerana Persatuan Nelayan masih menerima bantuan seperti elaun sarahidup, subsidi diesel dsbnya maka keperluan untuk pengawalseliaan masih lagi relevan dan wajar: lihat sebagai contohnya peraturan 37 Peraturan-Peraturan Persatuan Nelayan 1972 [P.U(A) 164/72] di mana Pendaftar Persatuan Nelayan berhak menerima notis mesyuarat agungdan hak menghadiri mesyuarat agung Persatuan Nelayan
▪ Akta Syarikat 2016 [Akta 777]
▪ Oleh itu seksyen 41 perlu dikaji semula
AZNUL & COD V O C A T E S & S O L I C I T O R SAZNUL & COD V O C A T E S & S O L I C I T O R S
HALANGAN DALAM PELABURAN: SEKSYEN 54A AKTA KOPERASI 1993 [AKTA 502]
▪ Pelaburan dalam harta tak alih
▪ 54A(1) Melainkan jika diperuntukkan selainnya dalam peraturan-peraturan dan subseksyen (2), tiada koperasi boleh memperoleh, memegang atau melabur dalam apa-apa harta tak alih.
▪ Subseksyen (1) tidaklah terpakai bagi sesuatu koperasi jika –
▪ pemegangan suatu harta tak alih itu adalah bagi pelunasan suatu hutang seseorang anggota koperasi;
▪ perniagaannya melibatkan pemerolehan, pelaburan dalam atau penjualan harta tak alih;
▪ pemerolehan, pemegangan atau pelaburan suatu harta tak alih itu adalah perlu bagi maksud perjalanan perniagaannya; atau
▪ koperasi itu memberi kemudahan perumahan atau kemudahan lain untuk pekerjanya yang dinyatakan dalam skim perkhidmatan mereka.
▪ (3) Mana-mana koperasi atau pegawai koperasi yang tidak mematuhi subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan
▪ dalam hal suatu koperasi, didenda tidak melebihi satu juta ringgit; atau
▪ dalam hal seorang pegawai koperasi, didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.”
▪ Peruntukan ini boleh disifatkan micro managing
▪ Banding the undang-undang syarikat
AZNUL & COD V O C A T E S & S O L I C I T O R SAZNUL & COD V O C A T E S & S O L I C I T O R S
▪ DASAR DAN UNDANG-UNDANG KOPERASI PERLU JELAS DAN DIPERMUDAHCARAKAN (FACILITATE) SUPAYA HASRAT MEMPERKASAKAN SEMANGAT KEUSAHAWANAN DALAM KOPERASI DI MALAYSIA DAPAT DICAPAI
▪ Dasar Self Regulation (Pengawalselian Kendiri)
▪ Namun demikian dasar ini perlu diperundangkan seperti dalam Undang Undang Queensland supaya boleh dilaksanakan dengan berkesan
▪ ANGKASA sebagai badan apeks boleh dan telah memain peranan yang pentingdalam pembangunan koperasi khususnya menerap semangat keusahawanandalam operasi koperasi. Perlu diperundangkan peranan ANGKASA sebagai koperasi apeks
▪ Pemerkasaan Perundangan Koperasi
▪ Pemurnian perundangan kepada aktiviti koperasi masa kini yang lebih holistic
▪ Halatuju koperasi berlandaskan perundangan yang lebih mesra koperasi
▪ Diperundangkan Dasar Koperasi seperti Dasar Self Regulation dan peranan ANGKASA sebagai badan apeks
▪ Melestarikan perundangan koperasi sejajar dengan keperluan semasa koperasi
AZNUL & COD V O C A T E S & S O L I C I T O R SAZNUL & COD V O C A T E S & S O L I C I T O R S