Top Banner
Pendahuluan Latar Belakang Taman Negara Taman Negara telah ditubuhkan pada tahun 1938/1939 dan dikenali sebagai King George V National Park. Selepas kemerdekaan, ia telah dinamakan semula sebagai Taman Negara. Dianggarkan berusia 130 juta tahun dengan keluasan 4,343 km persegi, Taman Negara merupakan Hutan Hujan Tropika yang tertua di dunia. Gunung tertinggi di Semenanjung Malaysia iaitu Gunung Tahan setinggi 2,187 meter terdapat di sini. Taman Negara merupakan satu cantuman tiga buah kawasan perlindungan iaitu Taman Negara Pahang, Taman Negara Kelantan dan Taman Negara Terengganu. Setiap Taman Negara mempunyai perundangannya sendiri tetapi serupa dari segi peruntukan perundangannya. Perundangan yang berkaitan dengan penubuhan Taman negara ini adalah Enakmen Taman Negara (Pahang) No. 2 Tahun 1939 untuk negeri Pahang, Enakmen Taman Negara (Kelantan) No. 14 Tahun 1938 untuk negeri Kelantan dan Enakmen Taman Negara (Terengganu) No. 6 Tahun 1939 untuk negeri Terengganu. Taman Negara Pahang Taman Negara Pahang meliputi kawasan seluas 2,477 km persegi iaitu kira-kira 57% dari keluasan keseluruhan Taman Negara. Sebahagian besar muka buminya merupakan kawasan berbukit bukau dengan kemuncaknya terdiri daripada Gunung Teku, Gunung Tangga 1
16

Jurnal Perjalan Dan Program Ke Taman Negara

Jul 30, 2015

Download

Documents

Zahrah Solehah
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Page 1: Jurnal Perjalan Dan Program Ke Taman Negara

Pendahuluan

Latar Belakang Taman Negara

Taman Negara telah ditubuhkan pada tahun 1938/1939 dan dikenali sebagai King George V

National Park. Selepas kemerdekaan, ia telah dinamakan semula sebagai Taman Negara.

Dianggarkan berusia 130 juta tahun dengan keluasan 4,343 km persegi, Taman Negara

merupakan Hutan Hujan Tropika yang tertua di dunia. Gunung tertinggi di Semenanjung

Malaysia iaitu Gunung Tahan setinggi 2,187 meter terdapat di sini. Taman Negara merupakan

satu cantuman tiga buah kawasan perlindungan iaitu Taman Negara Pahang, Taman Negara

Kelantan dan Taman Negara Terengganu. Setiap Taman Negara mempunyai perundangannya

sendiri tetapi serupa dari segi peruntukan perundangannya. Perundangan yang berkaitan dengan

penubuhan Taman negara ini adalah Enakmen Taman Negara (Pahang) No. 2 Tahun 1939 untuk

negeri Pahang, Enakmen Taman Negara (Kelantan) No. 14 Tahun 1938 untuk negeri Kelantan

dan Enakmen Taman Negara (Terengganu) No. 6 Tahun 1939 untuk negeri Terengganu.

Taman Negara Pahang

Taman Negara Pahang meliputi kawasan seluas 2,477 km persegi iaitu kira-kira 57% dari

keluasan keseluruhan Taman Negara. Sebahagian besar muka buminya merupakan kawasan

berbukit bukau dengan kemuncaknya terdiri daripada Gunung Teku, Gunung Tangga Dua Belas

dan Gunung Tahan. Sungai Tahan yang bermula dari Gunung Tahan merupakan sungai utama

yang membentuk sistem saliran di dalam Taman Negara Pahang.  Tumbuhan yang terdapat di

sini pula terdiri daripada tumbuh-tumbuhan dari jenis Hutan Dipterokarp dan Hutan Tanah

Tinggi (Montane forest). Taman Negara Pahang juga kaya dengan kepelbagaian faunanya yang

terdiri daripada kumpulan mamalia besar seperti Badak Sumatera dan Harimau, primat, burung,

reptilia, amfibia dan pelbagai spesies ikan dan serangga. Terdapat beberapa spesies hidupan liar

yang endemik di kawasan ini seperti Burung Kuang Cermin, Burung Kuang Gunung, Burung

Prinia Bukit (Prinia astrogularis) dan spesies labi-labi air tawar(fresh water turtle; Chitra

indica). Pusat pentadbirannya pula terletak di Kuala Tahan yang juga merupakan pintu masuk

utama ke Taman Negara Pahang. Pintu masuk melalui Sungai Relau, Merapoh pula merupakan

1

Page 2: Jurnal Perjalan Dan Program Ke Taman Negara

pintu masuk kedua ke Taman ini. Selain daripada itu beberapa pos kawalan juga telah

diwujudkan di kawasan-kawasan sempadan seperti Kuala Yu, Kuala Terenggan, Kuala Kenyam

dan beberapa kawasan lain untuk memelihara Taman Negara daripada di cerobohi. Taman ini

ditadbir oleh Penguasa Taman Negara selaku ketua pentadbir dan dibantu oleh Timbalan

Penguasa bagi membantu operasi di Kuala Tahan dan di Sungai Relau.

Pengalaman

12/11/2011 jam 7.15 pagi- 7.00 malam

12 November 2011 saya dan rakan rakan kursus alam sekitar dan kelestarian memulakan

perjalanan ke Taman Negara. Ini merupakan kali pertama saya ke Taman Negara. Pelbagai

perasaan menerjah fikiran. Gembira bercampur sedih juga kerana terpaksa meninggalkan

keluarga selama dua hari satu malam. Namun kerana perjuangan menuntut ilmu menuntut

pengorbanan, hati perlu terus cekal dan kental. Bulan November adalah bulan yang sibuk di

sekolah kerana merupakan bulan terakhir sesi persekolahan 2011. Dalam kesibukan itu, saya

menyediakan persiapan yang sederhana untuk ke Taman Negara. Objektif utama program ini

ialah mendekatkan pelajar-pelajara Sarjana dengan alam

sekitar. Ia juga untuk meningkatkan kesedaran

tentang pemeliharaan dan

pemuliharaan alam sekitar di

kalangan kami. Kami tiba di

Taman Negara hampir satu

petang. Saya berkongsi bilik

dengan adik-adik rakan sekursus yang

sangat baik hati iaitu Misnainy, Shairah

dan Syamilla. Chalet tempat kami

menginap ialah Agoh Chalet.

2

Page 3: Jurnal Perjalan Dan Program Ke Taman Negara

Pada jam 2.00 petang, kami mengikuti program “Rapid Shooting” n “Visit Orang Asli”. Kami

telah dipesan untuk membawa selipar dan diberitahu akan

basah semasa program Rapid Shooting. Pada mulanya saya

agak tertanya-tanya bagaimana agaknya program rapid

shooting ini, melihatkan pengunjung-pengunjung lain yang

basah kuyup saya menjadi berdebar-debar. Sepanjang perjalan

ke kampung orang asli, panorama sepanjang sungai sangat

menarik perhatian saya, sesekali aksi nakal pemandu bot

memercikkan air ke arah pengunjung-pengunjung

menggunakan dayung mereka memang membuatkan kami basah. Walaupun begitu ia agak

menyeronokkan kerana saya sendiri sudah lama tidak menikmati kesejukan dan kesegaran air

sungai. Maha suci Allah yang menjadikan alam ini sangat indah dan unik. Lebih kurang 15 minit

kami tiba di perkampungan orang asli. Kami dipandu oleh En Amiruddin, pemandu pelancong

yang ditugaskan untuk membantu kami sepanjang dua hari di Taman Negara ini.

Pemandangan bot-bot dari tepi sungai

3

Rapid shooting??

Page 4: Jurnal Perjalan Dan Program Ke Taman Negara

Perkampungan asli yang kami lawati ini bernama

Kampung Dedari. Menurut En Amiruddin terdapat

dua suku kaum asli di Taman Negara ini iaiti suku

kaum Batek Negrito dan suku kaum Semak Brit.

Suku kaum yang menetap di Kampung Dedari ini

ialah Suku Kaum Batek Negrito. Kaum ini hidup

secara nomad iaitu berpindah randah. Paling lam

sesuatu kaum ini menetap di sesuatu penempatan ialah enam bulan. Oleh kerana itu saya dapat

lihat binaan rumah-rumah di sini sangat ringkas, sekadar untuk berteduh daripada hujan dan

panas. Perkampungan ini agak kecil dan hanya didiami oleh lebih kurang sebelas buah keluarga.

Hasil utama makanan mereka didapati daripada hutan secara langsung sama ada dengan berburu

atau mengutip hasil-hasil hutan. Kebiasaannya mereka akan masuk kehutan secara berkumpulan

satu keluarga, suami akan berburu dan isteri dan anak-anak akan mencari tumbuhan-tumbuhan

hutan yang boleh dimakan. Antara budaya yang agak unik dalam masyarakat ini ialah adat

istiadat perkahwinan adat kematian. Mereka hanya dibenarkan berkahwin seorang isteri sahaja

dalam suatu majlis yang sangat unik. Apabila berlaku sesuatu kematian, jasad si mati akan

disemadikan didalam batang pokok gaharu. Pokok tersebut akan dikorek sehingga berupa perahu

yang boleh dimuatkan jasad si mati. Kemudian ia akan dinaikkan keatas pokok ketinggian lebih

kurang 15 meter

daripada tanah.

Unggun api akan

dihidupkan dibawah

pokok tersebut bagi

mengelakkan jasad

diganggu oleh

binatang buas.

Sewaktu kami tiba di

situ, satu demonstrasi

menyalakan api

mengguna kayu dan

4

Page 5: Jurnal Perjalan Dan Program Ke Taman Negara

rotan telah ditunjukkan pada kami. Api bagi suku kaum ini

amat penting. Sepanjang pemerhatian saya setiap rumah ini

menyalakan unggun api. Ini kerana unggun api dapat membantu

menghindarkan binatang buas dan serangga daripada mendekati

kediaman mereka selain api digunakan untuk memasak. Terselit rasa syukur dan menghargai

sumbangan sains dan teknologi di dalam hati saya. Pada masa kini, teknologi telah memudahkan

kita untuk menyalakan api. Namun pengalaman ini sangat berguna kepada saya kerana ia mudah

diaplikasikan menggunakan bahan semulajadi daripada hutan. Selain itu, saya juga melihat

bagaimana suku kaum ini menghasilkan sumpit. Kami juga dibenarkan merasai sendiri

pengalaman menyumpit. Terdapat satu kawasan khas yang disediakan sekiranya pengunjung

berminat untuk cuba menyumpit. Saya seronok melihat Dr Zanaton dan rakan-rakan bergelak

ketawa merasai pengalaman menyumpit. Setelah hampir satu jam di perkampungan tersebut

membuat pemerhatian dan beramah mesra dengan penduduk di kampong tersebut, kami

menyampaikan sumbangan yang telah kami kumpul kepada Tok Batin.

5

Dr Zanaton menyampaikan sumbangan pada Tok Batin.

Pengalaman menyumpit.

Page 6: Jurnal Perjalan Dan Program Ke Taman Negara

Setelah selesai melewat perkampungan orang asli. Kami

bergerak pulang ke tempat penginapan. Rupa-rupanya

pemandu pelancong membawa kami singgah di tepi sungai

dimana tempat pengunjung boleh bermandi manda. Di situ

juga terdapat seutas tali panjang dan tebal yang boleh digunakan

untuk bergayut ‘ala tarzan’ dan terjun ke dalam sungai. Agak lama juga kami berhenti di situ

menikmati kesegaran air sungai yang bebas dari pencemaran. Kami mandi manda sambil

bergurau senda di antara satu sama lain. Jauh daripada hiruk pikuk kota cukup menyamankan

saya. Rasa sangat selesa sambil menghirup udara segar di Taman Negara, Kuala Tahan Pahang

ini. Duduk sambil memerhati kehijauan hutan ini membuatkan saya lebih menghargai hutan

simpan. Langkah kerajaan mewartakan hutan simpan memang satu tindakan yang sangat penting

untuk kelestarian alam sekitar. Tanpanya pastilah hutan-hutan ini akan menjadi mangsa

kerakusan nafsu serakah manusia yang tamakkan harta membina pembangunan tidak terkawal

dengan menggondolkan hutan.

Hampir jam tujuh malam, kami bergerak pulang ke Agro Chalet untuk menikmati makan malam

dan sedia untuk aktiviti seterusnya jam lapan setengah malam nanti!

12 November 2011, 8.30 malam- 10.30 malam

Tayangan video Taman Negara dan Night Jungle Walk

Kami menikmati tayangan video berkenaan Taman Negara dan spesies-spesies haiwan dan

tumbuhan yang terdapat di hutan simpan tersebut. Selepas itu kami dibahagikan kepada dua

kumpulan. Kumpulan saya dipandu oleh En Sabri. Tidak banyak haiwan atau serangga yang

dapat kami lihat kerana faktor ramai pelawat pada malam tersebut dan suasana agak bising telah

menyebabkan haiwan tersebut menyembunyikan diri.

Antara serangga dan haiwan yang dapat kami lihat ialah:

6

Page 7: Jurnal Perjalan Dan Program Ke Taman Negara

13 November 2011

Hari berikutnya, pada pukul 7.00 pagi. Kami menikmati sarapan. Kemudian mengikuti senaman

ringkas bagi persediaan “Jungle Trekking” dan Titian Canopy . Sepanjang perjalanan kami

7

Ulat gonggokLabah-labah

Kala jengking Ular daun

Rusa – Kelihatan sayup-sayup dua ekor rusa yang sedang mencari makanan di padang ragut.

Page 8: Jurnal Perjalan Dan Program Ke Taman Negara

diperkenalkan lebih dua puluh spesies tumbuh-tumbuhan. Subhanallah… Sesungguhnya Allah

menjadikan sesuatu itu bermanfaat dan mempunyai peranan masing-masing. Beberapa spesies

tumbuhan yang dapat saya nukilkan adalah seperti berikut:

Pokok Liana

Liana bukan pokok tumpang atau parasit tetapi tumbuh dari tanah sebagai pokok renek. Ia membesar bersama-sama dengan pokok kayu dan akan menjalar dari pangkal pokok ke puncak bagi mendapatkan cahaya matahari. Dalam hubungan simbiosis ini, Liana akan memberi sokongan kepada batang-batang pokok kayu yang besar dan tinggi. Ia akan memegang dan mengukuhkan lagi cengkaman pokok besar dan tinggi ke tanah sekaligus membantu mengurangkan risiko tumbang ditiup angin kencang atau hujan lebat. Menurut jurupandu , En Sabri, pokok Liana di Taman Negara boleh mengeluarkan air sekiranya dicantas, terutama spesies Liana yang suka bersimbiosis dengan pokok mempelas.

Nama: Melastoma malabathricum L.Famili: Melastomataceae (Senduduk)Tumbuhan `rumpai' ini telah digunakan secara meluas dalam perubatan tradisional di dalam dan luar negara. Senduduk juga didapati berguna untuk merawat luka luaran dan dalaman. Digunakan secara popular oleh golongan wanita yang baru bersalin untuk mempercepatkan proses penyembuhan rahim. Selain merawat cirit birit, daun dan pucuk senduduk juga boleh digunakan untuk merawat penyakit leukorea (keputihan). Bagi merawat penyakit tersebut, anda boleh merebus segenggam daun senduduk dengan sedikit gula, halia dan bonglai.

Pokok bayas

Antara hasil hutan yang tinggi nilainya ialah pokok bayas atau nama saintifiknya Oncosperma horrida yang banyak ditemui di hutan Taman Negara, Kuala Tahan dan Hulu

8

Page 9: Jurnal Perjalan Dan Program Ke Taman Negara

Tembeling dekat sini. Masyarakat Melayu di pedalaman Hulu Tembeling memanfaatkan umbut pokok bayas untuk dicampurkan dalam masakan tradisional bagi menghasilkan rasa yang enak dan menyelerakan. Umbut (bahagian dalam batang atau mayang pokok bayas) merupakan sejenis bahan lembut dan sedap jika dimasak secara resipi kampung

Pokok rotanSifat umum rotan mempunyai batang berduri dan memanjat tetapi terdapat juga jenis yang tidak memanjat.Rotan memberi sumbangan ekonomi melalui pemprosesan perabot dan kraftangan. Antara perabot yang dihasilkan ialah kerusi, meja, katil, serta perkakas dapur . Rotan jenis belah biasanya digunakan untuk mengayam tikar ataupun lapik.

Pokok IpohRacun ipoh yang didapati secara menoreh kulit pokok ipoh (Antiaris toxicaria ) paling terkenal sebagai racun untuk menyumpit atau mengumpan haiwan buruan di kalangan Orang Asli.

Pokok Gaharukegunaaan gaharu banyak kepada upacara keagamaan Cina, Unanai, Ayurvedic dan upacara kaum di Tibet. Ia digunakan sebagai pengharum rumah di Timur Tengah manakala di Papua New Guinea menggunakannya

9

Page 10: Jurnal Perjalan Dan Program Ke Taman Negara

sebagai ubat-ubatan tradisional oleh masyarakatnya. Di masa sekarang ia turut digunakan sebagai bahan wangian dan kosmetik.

Pokok pasak bumi (tongkat ali). Khasiatnya ialah menghilangkan rasa letih setelah melakukan aktiviti lasak atau kerja berat.

serta melancarkan peredaran darah dalam badan

10

Pokok langsuyar Blue Peacock FernPokok Tapak Hantu

Page 11: Jurnal Perjalan Dan Program Ke Taman Negara

Canopy Walk

Upacara kemuncak di Taman Negara Pahang ialah kami berpeluang merentas hutan untuk

menuju ke Titian Kanopi. Di situ, kami meniti titian gantung yang menghubungkan pokok dan

11

Lantana Camara (pokok tahi ayam) Daun mempelas digunakan sebagai kertas pasir semulajadi untuk melicinkan permukaan sesuatu benda atau objek.

Pokok putat. Pucuknya boleh menjaga dan memulihara kulit, buahnya untuk menyembuhkan atau mengurangkan gatal-gatal manakala daunnya untuk mengubati cacar air dan kulit batangnya pula bagi mengurangkan komplikasi resdung.

Kayu merbau amat tahan lama serta tahan daripada serangan anai-anai dan oleh itu, amat dihargai sebagai bahan lantai dan kegunaan-kegunaan yang lain. Kayu merbau juga boleh digunakan untuk mengekstrak pencelup, dengan kulit dan daunnya juga dipergunakan sebagai ubat tradisional.

Pokok Tualang pula adalah sejenis pokok balak yang tertinggi yang banyak didapati di hutan di semenanjung Malaysia.Kualiti madu lebah di pokok tualang yang dihasilkan oleh lebah liar menghasilkan madu lebah yang terbaik di dunia dan diakui oleh para penyelidik.

Page 12: Jurnal Perjalan Dan Program Ke Taman Negara

mempunyai lebih 10 stesen perhentian dilalui setiap pelawat. Jarak satu hentian dengan yang lain

adalah 10 meter. Merentasi titian ini memang pengalaman menggerunkan, terutama bagi yang

gayat. Namun pemandangan cantik dari ketinggian ini tidak dapat disangkal kerana mereka yang

melalui titian boleh melihat sebahagian besar kawasan Taman Negara. Bagi menjamin

keselamatan pengunjung menurut pihak pengurusan, titian Kanopi menukar pokok supaya ia

tidak rosak dan tali tidak reput. pemeriksaan rapi dilakukan pegawai bertugas setiap hari.

Tambahan pula setiap stesen mempunyai pegawai yang menjaga dari jam 9 pagi hingga 3

petang. Tiada aktiviti petang kerana angin kencang mendatangkan risiko kepada pengunjung.

Penutup

Secara keseluruhannya, secara peribadi saya merasakan objektif program ini mencapai

objektifnya iaitu mendekatkan diri pelajar-pelajar dengan alam sekitar. Pengalaman ke Taman

Negara merupakan dalah satu pengalaman berharga yang tidak akan saya lupakan dalam hidup

saya. InsyaAllah jika berkesempatan pasti saya akan kembali ke taman negara menikmati

keindahan alam.

12