User
Bilangan Jurnal
: 1
Minggu Praktikum
: PertamaTarikh Peristiwa / Kejadian : 1 FEBRUARI 2015 4
FEBRUARI 2015Tajuk Jurnal
: Minggu Pertama Di SK Rantau Panjang
Pada minggu pertama saya dan rakan saya Abdul Wafi b Abdullah,
telah diperkenalkan dengan semua guru yang terlibat dalam
pentadbiran Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang, Kedah Darul Aman.
Bermula dengan sesi lapor diri bersama Guru Besar, En Salim b
Salleh dan Guru Penolong Kanan 1, Puan Rukinah bt Omar. Walaupun
terdapat beberapa masalah rasa kekok kami pada pertemuan ini, kami
dilayan dengan baik oleh beliau berdua. Kami kemudian telah ke
tapak perhimpunan sebelum berjumpa sekali lagi dengan Guru Besar
dan Guru Penolong Kanan 1 secara formal di dalam biliknya.
Pada keesokan harinya, kami berjumpa dengan Guru Pembimbing,
Ustaz Mohd Iswandy b Abd Wahab untuk berbincang dan melaporkan diri
akan kedatangan kami di sana untuk menjalani Praktikum Fasa 3.
Dalam pada masa yang sama, kami telah diberi jadual kelas ganti
oleh Guru Penolong Kanan 1 sekolah ini yang agak mesra dan kami
berasa selesa untuk berurusan dengan beliau. Antara perkongsian
yang dapat semasa perjumpaan dengan mereka adalah penyertaan aktif
dalam semua aktiviti sekolah adalah suatu keperluan dalam menjadi
guru yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Manakala pada esok
hari, kami telah bercuti sempena hari Thaipusam dan masa yang ada
digunakan untuk melengkapkan bahagian-bahagian portfolio
praktikum.Selain itu, kami turut berjumpa dengan guru-guru khas
bagi menimba pengalaman mereka. Antara guru yang kami berjumpa
ialah Ustazah Siti Khalijah bt Mohd Shokri, iaitu membincangkan
mengenai perjalanan kelas dan pengajaran yang berlaku di sekolah
ini. Kami juga bertemu dengan guru pembimbing kami sepanjang berada
di sekolah tersebut. Oleh kerana mempunyai kefahaman yang jitu,
kami telah dapat bekerjasama dengan baik hingga akhir minggu ini.
Beliau merupakan Guru Pendidikan Islam yang mempunyai banyak
pengalaman dalam bidang ini. Mereka merupakan tulang belakang
sekolah dalam bidang masing-masing. Antara maklumat yang diperoleh
semasa perjumpaan dengan mereka ialah jangan menolak terus kerja
yang diberi, fikir dengan rasional apa yang ditugaskan kepada
kita.
Pada awal minggu kami meminta agar tidak masuk ke kelas untuk
mengajar walaupun jadual telah diterima. Namun kami telah diberi
peluang untuk melihat pengajaran guru pembimbing bagi menyediakan
kami dalam mengajar kelas-kelas di sekolah tersebut. Pada akhir
minggu pertama, kami telah masuk ke beberapa kelas untuk memantau
dan melihat cara bagaimanakah guru asal mengajar kelas tersebut.
Pada sesi ini, saya medapati kaedah dan pendekatan yang digunakan
mereka sangat mudah dan berkesan. Saya berazam untuk mencontohi
pengajaran mereka dan menjadikan pengajaran dan pembelajaran adalah
berkesan kepada murid khususnya. Saya berharap saya dapat menjadi
guru dan contoh teladan yang baik kepada semua warga Sekolah
Kebangsaan Rantau Panjang ini terutama yang kelas yang saya
mengajar.Disemak oleh Guru Pembimbing
Tandatangan :
Nama :
Tarikh :Disemak oleh Pensyarah Penyelia
Tandatangan :
Nama :
Tarikh :
Bilangan Jurnal
: 2
Minggu Praktikum
: Kedua
Tarikh Peristiwa / Kejadian : 08 FEBRUARI 2015 12 FEBRUARI
2015Tajuk Jurnal
: Masalah Pengurusan Masa
MASALAH
Saya mendapati bahawa saya telah dapat menyesuaikan diri dengan
jadual persendirian peribadi iaitu pengajaran yang diterima pada
hari pertama minggu ini. Saya dapat membuat perancangan pengajaran
dan pembelajaran hasil perbincangan dan analisis pembelajaran lepas
dengan baik. Saya juga telah mampu untuk mengingati setiap kelas.
Dengan ini, saya tidak perlu lagi gopoh-gapah dan kelam-kabut
kerana sudah mengetahui lokasi bagi kelas-kelas yang berada di
bawah tanggungjawab pengajaran saya.
Ini merupakan praktikum fasa 3 bagi saya. Masalah yang timbul
adalah saya masih tidak mampu untuk mengikut masa yang telah
dirancang dalam rancangan pengajaran harian (RPH) dan menyebabkan
saya tidak dapat menghabiskan pengajaran pada hari tersebut.
Keadaan ini secara tidak langsung membuatkan ada aktiviti yang
tergendala. Pengubahsuaian secara spontan terus terjadi semasa
mengajar.
ANALISIS
Keadaan ini berlaku lantaran saya mengambil terlalu lama masa
untuk satu langkah pengajaran iaitu memberikan penerangan pada set
induksi. Hal ini berlaku disebabkan saya khuatir murid-murid tidak
memahami perkaitan set induksi dengan topik yang akan diajar pada
hari tersebut dan ia menjadikan saya terlalu leka hingga
mengabaikan masa dalam perancangan yang dibuat. Hal ini juga
terjadi semasa penerangan guru pada langkah 1. Saya seringkali
menggunakan strategi berpusatkan guru pada langkah penerangan
kerana walaupun kelas tersebut merupakan kelas pertama, namun masih
terdapat murid-murid yang tidak faham dengan topik yang saya ajar.
Saya merasakan penerangan yang telitit perlu dijalankan bagi
mencapai objektif pada hari tersebut.
Selain itu, masalah masa juga terjadi akibat daripada kawalan
kelas yang masih longgar. Saya sering kali terganggu dalam
aktiviti-aktiviti akibat tumpuan murid yang kerap membuat bising
dan tidak fokus. Saya percaya bahawa masalah ini terjadi disebabkan
kurangnya pengalaman saya dalam pengurusan masa mengajar.
Akibatnya, ada aktiviti yang dirancang tidak dapat dilaksanakan
dengan jayanya akibat kekangan masa dan ini menyebabkan kegagalan
untuk mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran terutamanya
objektif terakhir. Ini menyebabkan perancangan terpaksa
ditangguh.
CADANGAN / IDEA MENGATASI MASALAH
1.Pemakaian jam tangan
Saya akan pastikan sentiasa memakai jam tangan setiap kali ke
sekolah dan memasuki kelas untuk dijadikan rujukan masa. Ia juga
mudah dibawa ke mana-mana. Saya tidak mahu bergantung dengan jam
telefon bimbit kerana kemungkinan akan tertinggal di dalam beg.
2.Penyediaan kad atau kertas masa
Saya akan menulis masa sebenar bagi setiap aktiviti yang perlu
dijalankan pada kad atau kertas masa agar tidak mencampuradukkan
perancangan masa yang telah dibuat. Sebagai contoh, sekiranya kelas
yang dijalankan selama satu jam iaitu daripada jam 8.45 pagi 9. 45
pagi, turutan masa pada kad atau lembaran kerja adalah seperti
berikut :
i.8.45 pagi set induksi
ii.8.50 pagi langkah 1
iii.9.05 pagi langkah 2
iv.9.25 pagi langkah 3
v.9.40 pagi penutup
3.Bimbingan guru dan pensyarah pembimbing
Saya akan sentiasa mendapatkan bimbingan dan nasihat daripada
guru dan pensyarah pembimbing dari masa ke masa kerana mereka lebih
berpengalaman dan pakar dalam hal ini. Di samping itu, perbincangan
yang kerap turut akan dijalankan bersama rakan-rakan bagi
mendapatkan pandangan dan berkongsi-kongsi pendapat tentang
penyelesaian isu sebegini.
4.Pembacaan bahan-bahan ilmiah
Saya perlulah menyedari bahawa untuk membudayakan ilmu, guru
perlu banyak meluangkan masa dengan lebih banyak membaca
terutamanya mengenai aspek-aspek perguruan seperti pengurusan masa.
Ini adalah penting agar dapat membantu guru menguruskan masa dengan
baik.TEMPOH MASAPenyelesaian kepada masalah ini haruslah ditangani
secepat mungkin. Pengurusan masa yang baik amatlah perlu dalam
memastikan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran. Sekiranya
perkara begini masih berterusan, sudah pasti objektif yang telah
dirancang tidak dapat dicapai.
TINDAKAN SUSULANMerujuk kepada cadangan yang telah dibuat, saya
akan sentiasa memastikan bahawa saya bersedia dengan sebarang
keadaan yang berlaku. Saya akan memastikan pemakaian jam tangan
disertai dengan kad atau kertas masa dipandang serius agar
pelajaran pada hari-hari berkenaan dapat dikawal dengan
baik.Disemak oleh Guru Pembimbing
Tandatangan :
Nama :
Tarikh :Disemak oleh Pensyarah Penyelia
Tandatangan :
Nama :
Tarikh :
Bilangan Jurnal
: 3
Minggu Praktikum
: KetigaTarikh Peristiwa / Kejadian : 15 FEBRUARI 2015 19
FEBRUARI 2015Tajuk Jurnal
: Masalah PdP (Kerja Kumpulan)MASALAH / PERISTIWA
Pada minggu ini saya telah menghadapi sedikit masalah dalam
kawalan kelas yang melibatkan kerja berkumpulan dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran PdP saya. Saya telah mengajar dalam
kelas 4 Cemerlang semasa waktu pembelajaran Pendidikan
Islam.ANALISIS Saya mendapati masalah ini timbul apabila dalam
melaksanakan aktiviti berkumpulan dalam kalangan pelajar lemah.
Mereka lebih menjurus kepada melakukan perbuatan lain seperti
bersembang dan bergaduh sesama ahli kumpulan mereka. Hal ini
demikian kerana mereka tidak suka dengan ahli dalam kumpulan
tersebut. Semasa pembahagian kumpulan juga, mereka bergerak secara
tidak teratur dan lebih menjurus untuk bermain-main sehingga
meyebabkan kelas tidak terkawal dan bising. Perkara sedemikan
menyebabkan masa yang lama diambil untuk pembahagian kumpulan
sehingga menyebabkan kesuntukan masa.
CADANGAN TINDAKAN SUSULAN a. Saya perlu bijak dalam
mengenalpasti kemampuan murid dan membahagikan kumpulan dengan
betul agar mempunyai keseimbangan antara murid pandai dan murid
sederhana dalam satu kumpulan.
b. Saya perlu lebih tegas dalam memberi arahan untuk aktiviti
berkumpulan.
c. Menegur pelajar yang sering membuat bising dalam aktiviti
berkumpulan.
d. Menegur murid yang tidak memberi kerjasama sepenuhnya dalam
aktiviti berkumpulan.
TEMPOH MASA DAN KEBERKESANAN TINDAKAN SUSULAN
Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam masa yang sesegera
mungkin. Saya perlu memastikan bahawa bilangan murid dalam satu
kumpulan adalah lebih kecil dan bijak membahagikan murid dalam satu
kumpulan yang mempunyai pelbagai tahap daripada pandai, sederhana
sehinggalah yang lemah agar berlaku keseimbangan dalam kerja
berkumpulan. Hal ini dilihat merupakan cara yang paling berkesan
untuk memastikan kerjasama antara ahli kumpulan dan penglibatan
aktif murid dalam aktiviti berkumpulan.Disemak oleh Guru
Pembimbing
Tandatangan :
Nama :
Tarikh :Disemak oleh Pensyarah Penyelia
Tandatangan :
Nama :
Tarikh :
Bilangan Jurnal
: 4
Minggu Praktikum
: KeempatTarikh Peristiwa / Kejadian : 22 FEBRUARI 2015 27
FEBRUARI 2015Tajuk Jurnal
: Masalah PdP Kerja KumpulanMASALAH / PERISTIWA
Pada hari Isnin, 25 Februari 2015 saya telah dipantau semasa
mengajar kelas Pendidikan Islam oleh Ustaz Iswandy, guru
pembimbing. Kelas yang diajar ialah Tahun 4 Cemerlang. Saya telah
menjalankan aktiviti kumpulan sebelum memberi murid latihan
pengukuhan. Walau bagaimanapun, kelas berada dalam keadaan yang
tidak terkawal. Murid-murid sangat bising sehinggakan mengganggu
proses PdP. Namun saya sempat untuk menghabiskan setiap langkah
dalam pengajaran saya
ANALISIS
Masalah yang dihadapi ini, adalah disebabkan saya tidak peka
terhadap pengalaman mereka menjalankan PdP di dalam bilik-bilik
khas. Mereka terlampau seronok sehingga menjadikan kelasa tidak
terkawal dan mengganggu proses PdP. Walaubagaimanapun penyertaan
mereka dalam aktiviti kumplan adalah di tahap yang baik setelah
dimarah dan diberi galakkan. Namun kelas menjadi tidak terkawal
sekali lagi selepas mereka sudah siap melakukan tugasan kumpulan.
Dalam pada itu, kesan lain ialah murid-murid tidak betul-betul
bersedia dengan jawapan yang dibincangkan di dalam kumpulan. Hal
ini sedikit sebanyak menyebabkan murid-murid yang sama yang akan
dapat menjawab soalan.CADANGAN TINDAKAN SUSULAN a. Saya patut lebih
mengenal pasti daripada awal lagi tahap dan kesesuaian murid dalam
menjalani aktiviti yang diberikan.b. Bagi memastikan bahawa
aktiviti perbincangan secara berkumpulan berjalan dengan baik, saya
perlu lebih tegas dalam memastikan semua murid bersama-sama
menyelesaikan soalan yang diberikan dan banyakkan bertanya kepada
beberapa murid lain selain daripada mereka yang membentangkan
jawapan agar mereka lebih peka dengan apa yang telah mereka
pelajari.c. Saya akan mendapatkan bimbingan dan nasihat daripada
guru dan pensyarah pembimbing di samping berbincang dengan
rakan-rakan guru pelatih.TEMPOH MASA DAN KEBERKESANAN TINDAKAN
SUSULAN
Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh seminggu.
Walaupun dilihat masalah dalam memberi latihan ini agak kurang
berlaku, namun bagi saya yang menghadapinya, merasakan ia amat
penting bagi saya mengenal pasti sebanyak banyak latihan yang perlu
diberikan bersesuaian dengan keadaan atau aktiviti yang
dilaksanakan. Saya berharap agar, saya dapat mengatasinya dengan
sebaik mungkin.
Disemak oleh Guru Pembimbing
Tandatangan :
Nama :
Tarikh :Disemak oleh Pensyarah Penyelia
Tandatangan :
Nama :
Tarikh :
Bilangan Jurnal
: 5
Minggu Praktikum
: KelimaTarikh Peristiwa / Kejadian : 01 MAC 2015 05 MAC
2015Tajuk Jurnal
: Kawalan KelasMASALAH
Masalah yang sering dihadapi semasa dipantau oleh pensyarah
pembimbing iaitu kawalan kelas. Kelas yang terlibat ialah kelas 5
Gemilang. Dalam kelas ini, terdapat beberapa orang murid yang
sangat aktif dan sering mengganggu murid apabila mereka sudah siap
kerja yang diberi. Murid-murid lain turut terganggu dengan mereka
sehingga menyebabkan kelas sangat bising dan berada di luar
kawalan.ANALISIS
Permasalahan ini berlaku sejurus selepas murid-murid telah siap
membuat latihan yang diberi. Murid-murid ini akan berkeliaran dalam
kelas sambil mengganggu rakan-rakan mereka yang masih lagi membuat
kerja yang diberi. Mereke tidak mempunyai rasa untuk membantu
sebaliknya terus mengeruhkan keadaan kelas.
Sekiranya guru tidak memberi perhatian yang serius terhadap
masalah ini, kawalan kelas adalah terganggu dan keberkesanan proses
PdP akan terganggu. Hal ini amat serius dan tindakan perlu diambil
segera. Banyak guru-guru yang memberi cadangan dengan mengalihkan
pelajar tersebut kepada guru pemulihan semasa pensyarah datang
memantau. Saya kurang setuju dengan cadangan tersebut kerana
perkembangan murid-murid tersebut tidak sama dengan rakan-rakan
sekelas yang lain. Saya turut mengharapkan kawalan kelas saya pada
masa akan datang.
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Pada pendapat saya, persediaan saya untuk mengajar perlu lebih
ditekankan. Saya harus bersedia dengan latihan tambahan kepada
mereka yang sudah siap dengan latihan yang diberi dengan harapan
agar mereka tidak mengganggu rakan-rakan lain yang sedang
menyiapkan latihan yang diberikan. Oleh itu, kelas akan terkawal
dengan terkawalnya kumpulan-kumpulan ini.TEMPOH MASA DAN
KEBERKESANAN TINDAKAN SUSULAN
Tempoh praktikum di sekolah ini tinggal 7 minggu lagi. Oleh itu,
saya amat mengharapkan agar dapat memperbaiki kawalan kelas saya.
Selain dapat mengajar mereka kemahiran-kemahiran berbahasa yang
terlibat. Segala apa sahaja yang dirancangkan diharapkan berjaya
serta dapat menjadikan murid lebih terkawal khususnya semasa
aktiviti pengajaran dan pembelajaran.Disemak oleh Guru
Pembimbing
Tandatangan :
Nama :
Tarikh :Disemak oleh Pensyarah Penyelia
Tandatangan :
Nama :
Tarikh :
Bilangan Jurnal
: 6
Minggu Praktikum
: Keenam
Tarikh Peristiwa / Kejadian : 08 MAC 2015 12 MAC 2015Tajuk
Jurnal
: Pengurusan MasaMASALAH
Aktiviti di sekolah pada bulan ini sangat padat sehingga
menyebabkan saya kurang cakna dengan pengurusan masa saya sendiri.
Namun, saya telah menyebabkan beberapa kerja hakiki saya tidak
dilaksanakan. Laporan-laporan berkaitan dengan praktikum tidak
dilaksanakan mengikut jadual.
Saya amat kesal dengan masalah ini. Beberapa perkara telah
menjadi bertangguh. Jadi kerja-kerja ini dapat dibereskan pada
waktu cuti hujung minggu tersebut.ANALISIS
Dalam permasalahan ini, saya merasakan bahawa saya masih belum
matang dalam menguruskan masa sendiri. Beberapa perkara yang
sepatutnya diambil berat dan diberi kepentingan diabaikan.
Perkara-perkara dalaman yang tidak sepatutnya diberi perhatian
perlu dielakkan kerana boleh membebankan diri sendiri dan
seterusnya menyebabkan perjalanan praktikum ini tergendala.
Pada peringkat ini, saya mendapati terdapat beberapa orang guru
yang kadangkala suka memberi tugas kepada guru pelatih di atas
alasan sebagai projek praktikum kami. Pada pandangan saya, projek
untuk guru praktikum boleh dilakukan tetapi perlu ada hadnya. Bukan
semua aktiviti di sekolah perlu diuruskan oleh guru pelatih.
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Dalam masalah ini saya mendapati bahawa terdapat budaya daripada
pihak sekolah untuk memberikan tugas kepada guru-guru praktikum.
Ini bukan satu budaya yang baik kerana guru praktikum mempunyai
banyak tugas yang perlu diselesaikan dengan pihak IPG. Mungkin
beberapa aktiviti boleh di uruskan oleh guru pelatih tetapi
bukanlah semua aktiviti diletakkan kepada guru praktikum.
Sebagai guru praktikum, saya perlu memilih kerja-kerja yang
diberikan oleh guru-guru di sekolah ini. Saya agak berat mulut
untuk mengatakan tidak apabila diberikan kerja. Sikap seperti ini
yang menjadikan saya sering menjadi mangsa untuk diberikan
kerja.
TEMPOH MASA PENAMBAHBAIKAN
Tempoh praktikum masih lagi berbaki selama 6 minggu lagi. Saya
mengetahui bahawa untuk mendapatkan sesuatu kemahiran perlu usaha
dan banyak bertanyakan pengalaman daripada guru-guru senior. Namun
dalam masa yang masih berbaki ini, saya mengharapkan saya dapat
kemahiran yang dimaksudkan ini.Disemak oleh Guru Pembimbing
Tandatangan :
Nama :
Tarikh :Disemak oleh Pensyarah Penyelia
Tandatangan :
Nama :
Tarikh :
Bilangan Jurnal
: 7
Minggu Praktikum
: KetujuhTarikh Peristiwa / Kejadian : 22 MAC 2015 26 MAC
2015Tajuk Jurnal
: Peranan Lain dan Projek di Sekolah
MASALAH
Saya merasakan praktikum pada kali ini merupakan praktikum yang
paling sibuk antara fasa-fasa lain. Pada kali ini saya dapat
merasakan keakraban kami sebagai guru pelatih dengan guru-guru di
sekolah. Namun terdapat beberapa perkara yang perlu diambil
perhatian sebagai panduan untuk kami sebagai guru pelatih semasa
dalam praktikum ini.
Antara perkara yang perlu dititikberatkan ialah masalah dalaman
sekolah. Saya berpendapat setiap sekolah mempunyai masalah
tersendiri dan jika di cangkul sedikit demi sedikit akan diketahui
juga. Pada pendapat saya masalah-masalah dalaman perlu dielakkan
dan hubungan dengan semua pihak dalam sekolah perlu dijaga bukan
memilih mana-mana pihak di sekolah.
Selain itu, antara perkara yang penting yang ingin dibincangkan
ialah peranan lain serta projek di sekolah. Sebagai guru pelatih,
kami semestinya akan dihujani dengan beberapa peranan untuk
membantu pihak sekolah.
ANALISIS
Antara yang menjadi masalah untuk kami sebagai guru pelatih
ialah menolak kerja daripada pentadbir dan guru-guru sekolah ini.
Pada masa yang sama kami sangat sibuk dengan urusan kami sebagai
guru pelatih. Kadang kala kami turut diberi tugas ad-hoc bagi
membantu urusan para pentadbir. Dalam perkara ini, saya mengakui
adalah salah kami untuk tidak menolak. Apa yang merisaukan kami
ialah kami ingin menjaga hubungan baik dengan pihak sekolah
disamping kerja kami sebagai guru pelaih tidak terabai.
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Antara langkah yang boleh diambil ialah belajar untuk menolak
kerja secara berhemah. Perhubungan dengan guru perlu dijaga. namun,
tanggungjawab sebagai guru pelatih perlu diberi keutamaan dalam
tempoh praktikum. Selain itu, kami turut boleh merujuk kepada guru
pembimbing kami kerana mereka merupakan penghubung kami dengan
guru-guru lain. Khidmat nasihat daripada mereka dapat memberi suatu
gambaran terhadap keputusan yang akan dibuat.
TEMPOH MASA DAN KEBERKESANAN TINDAKAN SUSULAN
Disemak oleh Guru Pembimbing
Tandatangan :
Nama :
Tarikh :Disemak oleh Pensyarah Penyelia
Tandatangan :
Nama :
Tarikh :
Masih lagi berbaki 3 minggu lagi untuk berpraktikum. Dalam
tempoh ini, kami akan cuba untuk menyelesaikan masalah ini. Kami
turut berharap agar mendapat kerjasama dariapada semua pihak bagi
membantu kami untuk belajar menjadi pengajar pada masa akan
datang.Bilangan Jurnal
: 8
Minggu Praktikum
: KelapanTarikh Peristiwa / Kejadian : 29 MAC 2015 02 APRIL
2015Tajuk Jurnal
: Kebersihan Itu Separuh Daripada ImanMASALAH
Sepanjang minggu ini saya berdepan dengan pelbagai gelagat
murid-murid yang agak merisaukan. Antara masalah yang paling ketara
adalah berkaitan dengan hal kebersihan diri, merangkumi kebersihan
pakaian, dan diri sendiri. Kebanyakan murid memandang enteng akan
hal ini. Mereka tidak begitu mengambil berat tentang isu penjagaan
diri. Ada di antara murid yang memakai pakaian sekolah yang tidak
berbasuh selama 5 hari (Ahad hingga Khamis) dan tidak menyerika
pakaian dan lain-lain.
Pada pandangan saya, ini tidak sepatutnya berlaku kepada seorang
murid sekolah. Mereka sewajarnya berpakaian kemas dan bersih.
Namun, ia amat mendukacitakan apabila ada di kalangan mereka yang
mempunyai masalah bau badan yang agak kuat sehingga boleh
menyesakkan nafas orang di sekelilingnya. Masalah kebersihan ini
bukan sekadar berlaku kepada murid Tahap 1, malahan ianya berlaku
kepada murid di Tahap 2. Lebih menyedihkan apabila murid Tahun 6
yang sepatutnya menjadi contoh kepada mrid-murid lain juga
berkeadaan yang sama.
Sebagai seorang guru, saya menyifatkan keadaan ini dalam fasa
membimbangkan dan perlu diatasi segera. Murid-murid sepatutnya
berada dalam keadaan bersih dan selesa. Setelah itu, baru mereka
boleh belajar dalam keadaan tenang dan bersemangat. Bau yang tidak
menyenangkan akan mengganggu guru-guru dan rakan-rakan lain. Oleh
yang demikian, masalah ini mesti diambil tindakan dan perlu
diselesaikan secepat mungkin.ANALISIS MASALAH
Kebersihan diri adalah antara elemen terpenting yang perlu
dititikberatkan oleh setiap individu khususnya murid-murid sekolah.
Lagipun, di sinilah mereka sepatutnya menjadikan ia suatu tabiat
untuk berpakaian bersih dan kemas. Sekiranya murid-murid bersikap
tidak endah dengan hal ini, mereka sememangnya boleh dianggap
melanggar peraturan sekolah kerana setiap sekolah meletakkan syarat
agar murid berpakaian kemas ketika ke sekolah. Ini membuktikan
bahawa kebersihan sangat penting bagi murid-murid.
Sementara itu, seperti yang kita semua sedia maklum, agama Islam
juga menitikberatkan soal kebersihan. Justeru, Islam meletakkan
kebersihan sebagai sebahagian daripada Iman. Kita juga sedar bahawa
kebersihan dapat menghindarkan diri dari terkena jangkitan
penyakit. Maka, berdasarkan analisa dan pendapat ini, adalah
menjadi tanggungjawab kita bersama untuk terus menjaga kebersihan
terutamanya kebersihan diri sendiri. Setelah itu, barulah kita
dapat menjaga kebersihan persekitaran.
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Usaha membendung masalah ini (tidak menjaga kebersihan diri)
patut dipertanggungjawabkan kepada semua individu. Guru-guru perlu
memberi nasihat dan bimbingan kepada murid-murid tentang
kepentingan menjaga kebersihan diri. Guru-guru boleh menganjurkan
kempen-kempen seperti Personaliti Indah, Diri Bersih dan Sihat dan
lain-lain. Melalui kempen seperti ini, murid-murid secara tidak
langsung akan menyedari kesilapan mereka dan akan mula berfikir
untuk melakukan perubahan demi menjaga kesihatan mereka.
Untuk menyuntik kesedaran murid-murid tentang peri pentingnya
kebersihan, guru bimbingan boleh mengadakan bimbingan kelas
terutamanya yang dikenalpasti mempunyai masalah kebersihan yang
serius. Melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang
bermodulkan aspek/ tajuk kebersihan, murid-murid akan memahami
kepentingan menjaga kebersihan diri dan pengaruh kebersihan
tersebut kepada diri sendiri , juga persepsi masyarakat terhadap
mereka.
Walaubagaimanapun, ibubapa di rumah adalah antara individu yang
paling bertanggungjawab untuk menyedarkan anak-anak tentang hal ini
kerana mereka individu pertama yang berinteraksi secara terus
dengan anak-anak. Kesedaran ini sepatutnya bermula dari rumah.
Ibubapa perlu memantau dan memberi perhatian kepada anak-anak
mereka dari segi amalan kebersihan. Walau bagaimanapun, murid-murid
yang dewasa juga sewajarnya boleh berfikir secara rasional dan
bertindak untuk kebaikan mereka.
TEMPOH MASA DAN KEBERKESANAN TINDAKAN SUSULAN
Tempoh yang diambil adalah boleh dianggarkan selama 12 hari.
Keberadaan saya di sini juga tinggal lagi sebulan, diharapkan mampu
membawa kebaikan kepada murid-murid. Murid-murid harus diberi
nasihat yang berterusan. Guru-guru bertanggungjawab untuk
memastikan masalah ini tidak berterusan. Kempen-kempen mesti
dilakukan secara berterusan (seminggu sekali-diselitkan ketika
perhimpunan pagi sekolah). Guru disiplin harus memantau keadaan ini
dari semasa ke semasa. Kebersihan diri adalah elemen penting yang
perlu diterapkan dalam diri setiap murid. Keadaan bersih akan
membantu mereka meningkatkan potensi diri dan sememangnya
mempengaruhi keselesaan mereka ketika belajar. Selain itu,
kebersihan diri juga mempamerkan personaliti murid-murid, juga
mencerminkan keperibadian guru-guru dan sekolah. Semuanya akan
saling mempengaruhi antara satu sama lain.Disemak oleh Guru
Pembimbing
Tandatangan :
Nama :
Tarikh :Disemak oleh Pensyarah Penyelia
Tandatangan :
Nama :
Tarikh :
Bilangan Jurnal
: 9
Minggu Praktikum
: KesembilanTarikh Peristiwa / Kejadian : 05 APRIL 2015 09 APRIL
2015Tajuk Jurnal
: Hubungan Dengan Guru-guru di SekolahMASALAH
Saya mendapati sejak akhir-akhir ini saya agak memilih untuk
rapat dengan warga Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang. Antara sebab
pemilihan ini adalah kerana sikap guru itu sendiri iaitu suka
memberi kerja kepada guru praktikum. Namun saya berasa amat rugi
kerana terdapat beberapa perkara yang tidak saya perolehi dengan
mengelak untuk beramah mesra dengan mereka. Perkara ini amat
merugikan saya. Kadangkala, saya amat sensitif apabila guru
tersebut berkata sesuatu. Perkara ini amat merunsingkan saya
sehinggakan ada pada suatu ketika saya tidak berfikir apa yang
hendak saya perkatakan.
ANALISIS
Sikap ini merupakan sikap yang perlu dibuang kerana amatlah
membawa keburukan dan tiada langsung kebaikan yang diperoleh
daripada sikap ini. Perlu diberi peringatan bahawa setiap perkara
perlu dipandang pada bahagian yang positif supaya tidaklah terlalu
ekstrem dalam membuat sesuatu keputusan. Setiap orang mempunyai
kemahiran masing-masing. Mungkin daripada pengalaman seperti dengan
orang ini lain daripada orang lain. Oleh sebab itu, tiada sebab
untuk kita tidak bergaul dengan rakan-rakan sekerja.
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Saya perlu lebih memotivasikan diri untuk mencapai tahap seperti
guru-guru lain yang dapat mengaal perasaan mereka apabila
bersama-sama dengan rakan sekerja. Walaupun terdapat beberapa
perkara yang tidak puas hati dengan seseorang itu, tidak semestinya
kita tidak menggauli mereka.
Selain itu, saya turut mendapati bahawa sikap saya yang terlalu
ekstrem ini perlu ditenangkan bagi membolehkan hubungan dengan
guru-guru di sekolah ini dapat dijaga. Perkara-perkara yang remeh
tidak sepatutnya dibesar-besarkan kerana tiada faedah jika diambil
berat.
TEMPOH MASA PENAMBAHBAIKAN
Dalam masa tiga minggu ini, saya berharap agar saya dapat
menimba ilmu daripada pelbagai pihak di sekolah ini. Pada saya
persekitaran kerja di sekolah ini amat baik dan saya perlu lebih
berhati-hati dan berusaha untuk mendapatkan ilmu daripada warga
sekolah ini.Disemak oleh Guru Pembimbing
Tandatangan :
Nama :
Tarikh :Disemak oleh Pensyarah Penyelia
Tandatangan :
Nama :
Tarikh :
Bilangan Jurnal
: Ke - 7
Minggu Praktikum
: Ketujuh
Tarikh Peristiwa / Kejadian : 9-13 Mac 2014
Tajuk Jurnal
: bulan anti-dadahMASALAH
Pelancaran untuk sambutan tahunan ini berlaku dengan kurang
meriah. Tambahan pula dengan hebahan yang kurang efisyen Hal ini
menjadikan murid kurang peka dan penyertaan daripada murid adalah
kurang memberansangkan. Terdapat juga murid yang berulang-ulang
kalli bertanya kepada saya berkaitan dengan sambutan bulan anti
dadah ini. Lebih menyedihkan kebanyakan guru turut mengalami
masalah yang sama iaitu tidak termaklum dengan sambutan peringkat
sekolah ini.
ANALISIS
Dalam masalah ini dapat saya rumuskan bahawa terdapat 2 pihak
yang bermasalah iaitu jawatankuasa pengelola sambutan dan guru-guru
sendiri. Pihak jawatankuasa tidak menjalankan proses hebahan yang
efisyen sehinggakan guru-guru tidak cakna dengan sambutan yang
dilaksanakan oleh pihak sekolah. Seharusnya seluruh warga sekolah
perlu mengetahui tentang aktiviti yang akan dijalankan. Perlu
ditekankan bahawa yang akan membantu jawatankuasa ialah guru-guru
yang mengajar kelas-kelas yang berkaitan.
Seterusnya, pihak kedua yang bermasalah dalam kes ini ialah
guru-guru sekolah itu sendiri. Guru tidak ambil peduli tentang
aktiviti-aktiviti yang berlangsung di dalam sekolah. Tiada
kejelekitan antara guru mengakibatkan keberkesanan sesuatu program
dijalankan.
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Sesuatu program yang dijalankan di sekolah seharusnya mempunyai
kerjasama antara kedua-dua pihak iaitu jawatankuasa program dan
guru-guru. Sekiranya kejekitan dapat diwujudkan, keberkesanan
sesuatu program dapat ditingkatkan. Selain itu, kerjasama ini dapat
meningkatkan kelancaran dan penyertaan pelajar dalam sesuatu
aktiviti dalam program yang dijalankan. Seterusnya dapat membina
kemesraan antara staf akademik dan sokongan dalam menjalankan
kerja-kerja di sekolah.Bilangan Jurnal
: Ke - 8
Minggu Praktikum
: Kelapan
Tarikh Peristiwa / Kejadian : 16-20 Mac 2014
Tajuk Jurnal
: Pengurusan Masa
Disemak oleh Guru Pembimbing
Tandatangan :
Nama :
Tarikh :Disemak oleh Pensyarah Penyelia
Tandatangan :
Nama :
Tarikh :
Bilangan Jurnal
: Ke - 9
Minggu Praktikum
: Kesembilan
Tarikh Peristiwa / Kejadian : 30 Mac - 3 April 2014
Tajuk Jurnal
: Hubungan Dengan Guru-guru di Sekolah.
Disemak oleh Guru Pembimbing
Tandatangan :
Nama :
Tarikh :Disemak oleh Pensyarah Penyelia
Tandatangan :
Nama :
Tarikh :
Bilangan Jurnal
: Ke - 10
Minggu Praktikum
: Kesepuluh
Tarikh Peristiwa / Kejadian : 6-10 April 2014
Tajuk Jurnal
: Perkhemahan TKRS
ISU
Pada minggu ini, saya ditugaskan untuk membantu guru pembimbing
TKRS bagi menguruskan dan menjalankan aktiviti di dalam perkhemahan
Menjejaki Perak Man. Semasa sesi KELEBIHAN
KEKURANGAN
PERISTIWA MENARIK