PengenalanKomunikasi bertulis merupakan satu kegiatan bagi
merakamkan idea dan pendapat dalam bentuk lambing-lambang tulisan
untuk dibaca atau digunakan pada masa akan datang. Komunikasi ini
dapat dilaksanakan secara spontan atau dibuat dalam bentuk yang
terancang. Selain itu, berbanding dengan komunikasi lisan yang
lain, komunikasi bertulis ini melibatkan pelbagai faktor seperti
isi yang hendak dibicarakan, pemilihan kata yang sesuai, laras
bahasa, gaya dan bentuk penyampaian, format serta pengolahan yang
menarik.Teks pengucapan awam iaitu teks ucapan merupakan salah satu
daripada bahasa dalam komunikasi bertulis. Ucapan ialah salah satu
bentuk komunikasi sehala, iaitu hadirin hanya mendengar perkara
yang disampaikan oleh orang yang berucap. Kebiasaannya, ucapan
boleh didapati dalam majlis-majlis perasmian, perhimpunan,
perkahwinan, perpisahan, keraian, ulang tahun dan banyak lagi. Oleh
itu, kandungan ucapan ini berbeza-beza mengikut jenis sesuatu
majlis yang diadakan itu. Sebagai contoh, kandungan ucapan dalam
majlis perhimpunan tentulah berbeza dengan kandungan ucapan dalam
majlis perkahwinan.Begitu juga dengan para hadirin yang hadir yang
mungkin berbeza dari segi latar belakang, umur, status sosial, dan
sebagainya lagi. Misalnya, hadirin yang hadir dalam majlis
perhimpunan mingguan sekolah biasanya terdiri daripada para guru
dan pelajar-pelajar yang hanya terdapat di sesebuah sekolah itu
sahaja. Sebaliknya, para hadirin yang hadir dalam majlis
perkahwinan pula tentunya terdiri daripada keluarga kedua-dua belah
pihak, rakan-rakan, penduduk setempat serta ahli-ahli
kenamaan.Sesuatu ucapan itu menggambarkan seseorang yang berucap
berdasarkan tema dan agenda sesuatu majlis yang disertai. Ucapan
merupakan pelahiran idea-idea secara lisan di hadapan hadirin malah
ucapan juga memerlukan kemahiran dalam aspek-aspek pertuturan dan
ekspresi yang berkesan. Bukan itu sahaja, individu yang
menyampaikan ucapan juga mestilah dapat menguasai perhatian hadirin
supaya mereka dapat memberikan perhatian sepenuhnya terhadap
perkara-perkara yang disampaikan.
Definisi pengucapan awam
Ciri-ciri pengucapan awam
Pengucap yang mempunyai maklumat dan ingin dikongsi dengan
pendengar. Maklumat bertujuan untuk : Memaklumkan Mempengaruhi
Memberi inspirasi Menghibur Mengajar/memberi ilmu pengetahuan
Perkara yang perlu dilakukan oleh speaker sebelum memberi
pengucapan awam : Perancangan Penyelidikan Persediaan Latihan yang
sewajarnya
Mesej Maklumat yang hendak disampaikan kepada audien. Tajuk
sesuai dengan kandungan mesej. Mesej mempunyai kepentingan yang
jelas dengan audien. Memilih perkataan dan ayat yang mempunyai
makna yang jelas. Bahasa yang digunakan difahami oleh audien. Mesej
disampaikan dengan menggunakan gaya persembahan yang sesuai.
Pendengar Orang yang mendengar pengucapan awam. Orang yang mana
akan mendengar meseg yang disampaikan oleh speaker. Individu aneh
yang mempunyai peribadi dan ego berbeza. Speaker harus dapat
mempengaruhi audien supaya berpihak kepadanya. Speaker harus
menghormati audien.
Pengucap Menganalisa audien Bilangan audien Lingkungan umur
Jantina Bangsa Latarbelakang sosial dan budaya Taraf pendidikan
Kerjaya Minat Tahap pengetahuan Pengharapan Speaker hendaklah: Peka
terhadap maklum balas. Pinta maklum balas. Bertindak dengan maklum
balas. Ulang penerangan bagi mendapatkan maklum balas.
Saluran Elemen untuk memnyampaikan pengucapan awam. Terdiri
daripada : Keterampilan diri / pakaian Nada suara Mimik muka
Pandangan mata Pergerakan badan Pergerakan tangan
Maklum balas Proses speaker menerima maklumat berkenaan
bagaimana mesej disampaikannya diterima oleh audien dan speaker
akan bertindak balas terhadap maklumat berkenaan. Sebaik-baiknya
tindakan susulan diambil setelah menerima maklumbalas audien.
Gangguan Halangan yang timbul daripada pengucapan awam. Dapat
mengurangkan keberkesanan penyampaian mesej, penerimaan mesej dan
objektif pengucapan awam.
Dua gangguan Dalaman Dalam diri speaker Samada fizikal,
psikologi atau fisiologi Tidak berminat Tidak bersedia Kurang mahir
dalam bidang / tajuk Kurang sihat
Luaran Persepsi audien berbeza Pemahaman berbeza Prasangka
kepada speaker Bising Fizikal/psikologi audien Audien tidak
memberikan tumpuan dan perhatian
Situasi Keadaan fizikal lokasi / tempat / bilik pengucapan awam.
Keadaan lokasi harus diketahui terlebih dahulu bagi menyesuaikan
keadaan. Sekiranya lokasi jauh, datang awal ke tempat pengucapan
awam.
Perkara yang perlu diketahui : Keluasan bilik Kemudahan alat
Suhu bilik Sistem pengudaraan Lampu dan cahaya Kedudukan speaker
semasa persembahan Susunan tempat duduk audien
Strategi penyampaian awam secara umum
Jenis-jenis pengucapan awam
Format pidato
Format pidato
Ceramah Format ceramah Syarahan
Format syarahan
Taklimat
Ucapan
Format ucapan
Ciri-ciri ucapan
Bahasa yang mudah difahami
Ucapan mestilah menggunakan bahasa yang mudah untuk difahami
yakmi bahasa yang tidak berbunga-bunga dan tidak mengandungi makna-
makna tersirat serta istilah-istilah khusus.
Isi yang bermakna
Isi dalam sesuatu ucapan perlu sesuai dengan tajuk ucapan dan
disesuaikan juga dengan tahap keupayaan dan penerimaan
pendengar.
Struktur ucapan
Sesuatu ucapan yang baik mestilah didahului disampaikan dengan
mengikut susunan tertentu dalam ucapan.
Suara yang jelas
Ucapan mestilah disampaikan dengan suara yang jelas, dan terang
supaya mudah didengar oleh pihak penonton atau pendengar.Suara
perlu ditinggikan pada tempat-tempat yang sesuai.
Memperlihatkan keyakinan dan kesungguhan pengucapan. Cara
persembahan
Cara persembahan
Ucapan harus dimulakan dengan penuh keyakinan diri. Seseorang
itu perlu yakin terhadap pengetahuan yang sedia ada.
Cara persembahan
Gaya dan pergerakan termasuk pergerakan, tangan, kepala, mimik
muka, senyuman, mata sertabadan perlu sesuai.
Contoh pangilan mengikut protokol
Tuan Yang TerutamaDigunakan untuk jawatan Datuk, Tuan, Yang
dipertua Negeri dan Pesuruhjaya Tinggi.
Yang Amat BerhormatDigunakan untuk jawatan Perdana Menteri,
Timbalan Perdana Menteri, Ketua Menteri dan Menteri Besar.
Yang berhormat (YB)Digunakan untuk jawatan Yang Dipertua Dewan
Negara, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Yang Dupertua Dewan Negeri dan
sebagainya.
Yang Berbahagia (Y.Bhg.)Digunakan untuk jawatan Y.Bhg. Tan Sri
Datuk Prof. Dr. Haji (nama), Y.Bhg. Tan Sri Raja (nama) dan
sebagainya.
Yang Teramat Mulia (YTM)Digunakan untuk jawatan YTM Tengku
(nama)
Yang Amat ArifDigunakan untuk jawatan Tuan Hakim Negara.
Yang Berusaha/Yang berbahagia/Yang muliaDigunakan untuk jawatan
Pengerusi Majlis, Ketua jabatan, dan Ketua Bahagian.
Yang MuliaDigunakan untuk jawatan Tengku Raja, Tunku,Engku,
Ungku, dan Datu.
Yang Amat Berbahagia
Digunakan untukjawatan Tun dan Toh Puan.
Jenis-jenis ucapan
Teks ucapan berdasarkan tema Guru Pemacu Transformasi Negara
Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum Warahmatullahi
Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia; Yang Amat
berhormat Dato Sri Haji Hamdan Pallao , Ketua Menteri Sarawak; Yang
berhormat Datuk Dr. Taufik Amin, Timbalan Menteri Pelajaran
Malaysia; Yang Berbahagia Datuk Dr Linton Jubin thien , Ketua
Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia; Yang berbahagia Datuk
Ellif Mofilin, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia; Timbalan-Timbalan
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia; Pengarah Jabatan Pelajaran
Sarawak, Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian Pelajaran Malaysia;
Pengarah-Pengarah Pelajaran Negeri; Dif-dif jemputan , Tuan-tuan
Puan-puan dan para guru yang saya hormati sekalian.
Alhamdullillah, bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T kerana
dengan izin dan limpah kurnia-Nya, kita dapat berhimpun pada hari
ini untuk menyambut Hari Guru sebagai tanda pengiktirafan kita yang
tidak terhingga terhadap jasa dan sumbangan para guru
sekalian.Selaku Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran,
saya ingin mengambil kesempatan pada hari yang amat bermakna ini
untuk mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru, sama ada
yang masih berkhidmat atau pun yang telah bersara. Saya bagi pihak
kerajaan ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih dan
penghargaan di atas segala pengorbanan dan sumbangan besar
guru-guru dalam meneruskan perjuangan mendidik anak bangsa dan
memajukan negara kita.Guru Pemacu Transformasi Negara.Pemilihan
tema Hari Guru tahun ini iaitu Guru Penjana Transformasi Pendidikan
Negara pada hemat saya adalah amat bertepatan dengan peranan guru
sebagai penggerak utama proses transformasi pendidikan, yang
menjadi penentu kepada kejayaan transformasi negara kita. Sentuhan
keramat guru telah melahirkan ramai cendakiawan, golongan
profesional, usahawan, peniaga dan seluruh warga pekerja yang telah
memberi sumbangan besar kepada pembangunan dan kemajuan negara kita
selama ini.Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan
tahniah kepada guru-guru yang telah bertungkus lumus untuk
menjayakan pelbagai inisiatif di bawah empat sub-NKRA pendidikan.
Alhamdulillah, segala perit jerih guru-guru sekalian telah
membuahkan hasil apabila Kementerian Pelajaran mendapat markah
tertinggi dalam pencapaian KPI bagi tahun 2012. Saya mengucapkan
berbanyak terima kasih kepada guru-guru dan semua pegawai
Kementerian yang telah membantu saya menerajui Kementerian
Pelajaran dengan baik sehingga kita berjaya mencapai kejayaan yang
cemerlang ini. Untuk itu, saya ucapkan syabas dan tahniah kepada
guru-guru sekalian! Kejayaan yang amat bermakna ini adalah milik
anda semua!. Walaupun telah banyak pencapaian yang dihasilkan dalam
bidang pendidikan, masih banyak lagi yang perlu dilakukan oleh kita
semua untuk memastikan supaya proses pemantapan kualiti pendidikan
negara dapat berlaku secara berterusan. Atas kesedaran inilah, saya
selaku Menteri Pelajaran telah menggagaskan beberapa dasar penting
untuk dilaksanakan di setiap peringkat persekolahan.Pertama,
menyedari betapa mustahaknya anak-anak kita mempunyai tahap
kesihatan dan kecergasan yang tinggi untuk membolehkan mereka
menjadi manusia yang cerdas, maka saya telah memperkenalkan Dasar
1Murid 1Sukan. Dasar ini memberi peluang kepada setiap murid untuk
melibatkan diri dalam acara sukan yang digemari dengan tujuan untuk
meningkatkan tahap kecergasan dan kecerdasan mereka.. Kedua, saya
juga telah memperkenalkan dasar Memartabat Bahasa Malaysia dan
Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI). Kita sedar bahawa penguasaan
bahasa Melayu adalah amat penting untuk memastikan setiap murid
dapat menguasai ilmu yang diajar dalam bahasa Melayu, iaitu bahasa
Kebangsaan negara kita dan bahasa pengantar di sekolah. Usaha
memartabatkan bahasa Melayu perlu dimulakan di sekolah lagi supaya
anak-anak kita mempunyai rasa hormat yang tinggi kepada bahasa
Kebangsaan yang merupakan bahasa ilmu dan bahasa perpaduan di
negara kita.
Kesemua dasar dan program yang saya sebutkan ini memerlukan
sokongan padu para guru. Tanpa sokongan guru-guru sekalian, agak
sukar untuk kita mencapai segala cita-cita murni yang dihasratkan
melalui pelaksanaan dasar-dasar ini. Dasar akan tinggal dasar,
perancangan akan tinggal perancangan. Untuk itu, saya berharap agar
guru-guru sekalian dapat berada dalam satu saf bersama-sama saya
dan seluruh kepimpinan Kementerian Pelajaran dalam melaksanakan
setiap dasar ini dan seterusnya menjayakan agenda transformasi
pendidikan demi masa depan negara kita.Saya selaku Timbalan Perdana
Menteri dan Menteri Pelajaran mengucapkan setinggi-tinggi terima
kasih dan penghargaan yang tidak terhingga kepada YAB Perdana
Menteri yang telah memberikan tumpuan istimewa kepada profesyen
keguruan dengan mengumumkan hadiah Hari Guru paling bermakna buat
guru-guru di seluruh negara pada hari ini. Saya tahu YAB Perdana
Menteri sentiasa mendengar keluhan guru-guru yang terpaksa
mengambil masa terlalu lama untuk menikmati peluang kenaikan ke
gred yang lebih tinggi.Selain itu, dalam usaha kita untuk
menjayakan agenda pendidikan negara, peranan ibubapa tidak kurang
pentingnya. Malah, ibubapa adalah insan yang paling penting dalam
menentukan kecemerlangan pendidikan anak-anak. Justeru, saya juga
ingin mengajak ibubapa supaya menjadikan sekolah sebagai milik
masyarakat. Ibubapa boleh memberikan sumbangan secara langsung
kepada sekolah melalui pelbagai kegiatan sukarela yang dapat
membantu melonjakkan prestasi sekolah. Dalam hubungan ini,
Persatuan Ibubapa dan Guru boleh memainkan peranan yang proaktif
dalam menggalakkan ibubapa untuk menyumbang secara langsung kepada
pembangunan sekolah, yang pastinya akan membantu anak-anak untuk
meningkatkan pencapaian dalam pendidikanSaya yakin dengan adanya
guru-guru yang berdedikasi, kepimpinan kesatuan guru yang proaktif
dan ibubapa yang prihatin, InsyaAllah, kita akan dapat menjayakan
proses transformasi pendidikan di negara kita dengan cemerlang.
Atas segalanya, guru-guru merupakan pemimpin dan penjana utama
transformasi negara. Dengan keringat gurulah kita melahirkan insan
yang mulia; dengan kudrat gurulah kita membina masa depan yang
sejahtera.Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas
dan tahniah kepada guru-guru yang telah terpilih sebagai tokoh guru
sempena sambutan Hari Guru pada tahun ini. Kepada semua guru,
sekali lagi saya mengucapkan Selamat Hari Guru. Semoga para guru
sekalian akan terus diberi kekuatan oleh Allah s.w.t. untuk terus
menabur jasa kepada nusa dan bangsa.
Selamat Hari Guru. Terima Kasih Cikgu.
Wabillahi al-taufik wa al-hidayah wassalamualaikum
warahmatullahi wabarakatuh.
Borang Kolaborasi
Refleksi
Bibliografi
Jadual Perlaksanaan Tugas
Lampiran
Hasil Tugasan
Soalan Tugasan
Profil Pelajar
Isi Kandungan
Jadual Perlaksanaan tugasBILPERKARATARIKH
01 Mendengar taklimat mengenai soalan tugasan15.08.2012
02 Mencari dan mengumpul maklumat tentang pengucapan
awam16.08.2012
03 Mula membuat tugasan tentang ciri-ciri dan strategi
pengucapan awam dan persembahan grafik20.08.2012
04 Membuat teks ucapan untuk dipersembahkan27.08.2012
05 Membuat semakan akhir hasil tugasan31.08.2012
06 Menghantar tugasan kepada pensyarah pembimbing04.09.2012
Bibliografi
1. Siti Hajar HJ. Abdul Aziz, 1999, Aktiviti Lisan, Kuala
Lumpur, Utusan Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.2. Jeniri Amir, 2007,
Teknik Menulis Ucapan, Kuala Lumpur, Utusan PTS Professional
Publishing Sdn.Bhd.3. Mohd. Sidin Ahmad Ishak, 1999, Ketrampilan
Menulis, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.4. Siti Hajar Abdul
Aziz, Bahasa Melayu 1 Edisi Kedua Siri Pendidikan Guru, Kuala
Lumpur, Oxford Fajar Sdn.Bhd.
Internet
1.
http://addin-mariberbahasa.blogspot.com/2007/06/kesantunan-berbahasa.html2.
http://www.smkbj.edu.my/main/download/tips%20motivasi/KEMAHIRAN%20BERUCAP.ppt3.
http://imann9969.blogspot.com/2011/10/isi-kandungan-pengucapan-awam.html
. Refleksi
Saya berasa amat bersyukur kerana telah berjaya melaksanakan
tugasan yang telah diberikan oleh pensyarah pembimbing iaitu Puan
Hjh Rokaiyah Haji Jayah yang telah banyak membantu dan memberi
tunjuk ajar kepada saya dan rakan-rakan yang lain. Saya juga ingin
mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan sekumpulan saya kerana
telah banyak berkolaborasi untuk menjayakan tugasan ini. Sepanjang
proses untuk menyempurnakan tugasan ini ternyata amat banyak
memberikan cabaran dan dugaan serta pengalaman baru kepada diri
saya. Dalam proses menyiapkan tugasan ini, terlau banyak pengajaran
yang dapat diambil untuk dijadikan pedoman dalam mengharungi hidup
sebagai tenaga pengajar tidak lama lagi, di samping menjadikan saya
lebih matang daripada segi pemikiran bahasa ibunda ini Daripada
pengalaman kendiri saya dalam melaksanakan tugasan ini. Banyak
kesukaran dan kekuatan daripadanya telah saya perolehi. Antara
kesukaran yang terpaksa saya hadapi dalam menyiapkan tugasan kali
ini ialah kesukaran saya untuk mencari maklumat-maklumat tambahan
yang berkaitan dengan tajuk tugasan saya pada kali ini. Berkaitan
dengan pencarian maklumat menggunakan buku-buku ilmiah, saya sukar
untuk mendapatkan buku-buku tersebut di perpustakaan. Bagi
mengatasi masalah ini, saya telah mengambil keputusan untuk mencari
bahan bacaan dengan meminjam daripada rakan yang lain.
Alhamdulillah, segala hasil usaha yang saya lakukan akhirnya
membuahkan hasil. Saya berjaya mencari banyak sumber rujukan yang
saya perlukan bagi menghasilkan suatu kerja yang berkualiti dan
menepati kehendak pensyarah. Seterusnya, masalah ini juga merupakan
masalah yang besar juga bagi saya dalam proses menyiapkan tugasan
ini. Masalah yang dimaksudkan adalah masalah rangkaian internet di
Institut Pendidikan Kampus Kota Samarahan ini. Saya sering kali
berhadapan dengan masalah rangkaian internet di IPGKTAR ini sering
terputus talian dan penggunaanya tidak begitu meluas kerana telah
disekat oleh pihak-pihak yang berkenaan. Hal ini sedikit sebanyak
membantutkan proses pencaran maklumat saya berasaskan sumber
internet. Namun, saya tidak berputus asa, saya telah mengambil
keputusan untuk mencari maklumat berdasarkan internet, saya juga
telah meminjam Broadband dengan rakan saya bagi mencari maklumat di
sana, alhamdullah, sekali lagi usaha yang saya lakukan membuahkan
hasil. Setelah mengetahui kekuatan yang saya perolehi dari aspek
kendiri, kini saya akan menjelaskan tentang kekuatan yang saya
perolehi dari aspek ilmiahnya pula. Dari aspek ilmiah, kekuatan
saya perolehi ialah saya dapat pelbagai ilmu berkaitan dengan
pengucapan awam. Sebagai contoh, saya telah mengetahui beberapa
kaedah atau cara untuk berucap dengan betul selain daripada
mengetahui format-format penulisan teks dan sebagainya. Tambahan
pula, pensyarah pembimbing telah memberi kesempatan untuk membuat
pengucapan awam di dalam kelas bagi menyediakan diri untuk
pengucapan awam yang seterusnya. Seterusnya, kekuatan dari aspek
ilmiah yang saya perolehi berdasarkan tugasan kali ini ialah saya
berasa begitu yakin untuk menghasilkan suatu penulisan dan
memberikan pengucapan awam pada khalayak ramai. Hal ini kerana,
dengan adanya ilmu yang mendalam berkaitan dengan cara penghasilan
teks pengucapan awam yang baik dan latihan yang bersungguh-sungguh,
saya begitu yakin dapat menghasilkan suatu penulisan yang bermutu
dan penulisan yang penuh dengan ilmu berkaitan dengan penulisan ini
dan dapat memberikan pengucapan dengan yakin. Kesimpulannya, Saya
berharap agar pengalaman, pengetahuan dan pengajaran melalui
tugasan ini dapat menjadi satu impak yang besar kepada diri saya
mahupun dimasa hadapan. Saya berharap ia memenuhi kriteria
tugas-tugas dan soalan yang telah ditetapkan oleh pensyarah
pembimbing. Saya juga ingin mengambil kesempatan sekali lagi kepada
yang bertungkus lumus dalam menyiapkan tugasan ini dan juga
berharap tugasan ini akan menjadi bahan bacaan dan bahan rujukan
kepada guru pelatih yamg akan datang. Terima kasih.
Borang kolaborasi
TARIKH
PERKARANAMATANDATANGAN
09.08.2012Mendengar taklimat daripada penyarah pembimbing
mengenai tugasan.
Pn.Hjh Rokaiyah
16.08.2012Membuat perbincangan tentang kehendak tugasan dan mula
mencari maklumat.
Hazairi Herman
Jumardi Muhlis
20.08.2012Perbincangan tentang pengucapan awam yang akan
dilaksanakan di bilik kuliahNur Syakilla
Hamdan Pallao
Jumardi Muhlis
31.08.2012Membuat semakan hasl tugasan bersama rakan
Jumardi Muhlis
Hazairi Herman
04,09.2012Menghantar tugasanPn.Hjh Rokaiyah
Nama :Jumardi Bin Muhlis
No. IC :930423-12-5851
Bangsa :Bugis
Agama :Islam
Tarikh lahir :23 April 1993
Sekolah terdahulu :Sekolah Menengah Kebangsaan Balung Tawau
Hobi :Sukan dan berkhemah
Alamat :Taman Sri Balung Peti Surat 696 91008 Tawau Sabah
Nombor telefon :0138738515
Isi kandungan1Profil pelajar
2Isi kandungan
3Soalan tugasan
4Jadual perlaksanaan tugas
5Borang kolaborasi
6Hasil tugasan
7Refleksi
8Bibliografi
9
Lampiran