Telefon : 603-8886 1379 Faks : 603-8888 0489 Website : www.dmpm.nre.gov.my KENYATAAN MEDIA KES PENCEROBOHAN DI TAMAN LAUT NEGERI TERENGGANU 22 APRIL 2011 Kuala Terengganu – Jabatan Taman Laut Malaysia berjaya menahan sebuah bot tempatan yang digunakan oleh nelayan asing, menceroboh di Perairan Taman Laut Pulau Yu Kecil, Pulau Redang Kuala Terengganu pada 21 April 2011. Hasil rondaan Bot Peronda Laju (PTL8) Jabatan Taman Laut Malaysia berjaya menahan sebuah Vesel Rawai Upan Laut bernombor pendaftaran PAF 4592 (Zon C2) yang sedang memungut gamat di kedudukan Latitud: 05° 37. 610’ Utara dan Longitud: 103° 09. 547’ Timur iaitu pada jarak lebih kurang 0.27 batu nautika dari Pulau Yu Kecil, Pulau Redang Kuala Terengganu, Terengganu. Seramai 15 orang nelayan asing yang merupakan warganegara Vietnam telah ditahan melakukan kesalahan memungut gamat di bawah seksyen 43 (1)(b)AP 1985 dan seksyen 8 (b) AP iaitu melanggar syarat lesen. Beberapa barang yang ditahan termasuklah rawai ikan sebakul, gamat dalam anggaran 20 kilogram, Kompresor menyelam seunit, Hos menyelam, tong ais , GPS Furuno, GPS Hai Yang, kompas, Radio Set dan Echo Sounder. Kesemua 15 tahanan ditahan di Pusat Tahanan Imigresen Marang Terengganu manakala peralatan mereka disimpan di Pangkalan Pulau Kambing Jabatan Taman Laut Malaysia (Negeri Terengganu). Kawasan Taman Laut adalah zon larangan bagi sebarang aktiviti menangkap ikan menurut peruntukan di bawah Akta Perikanan 1985 (Pindaan 1994) yang menyatakan bahawa, ’’Mana-mana orang yang melakukan kesalahan menangkap ikan di kawasan larangan Taman Laut boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM20,000 atau 2 tahun penjara atau kedua-duanya sekali’’. Pengurusan Taman Laut termasuklah penguatkuasaan di 42 kawasan perairan Taman Laut. Pada tahun 2010, anggota penguatkuasaan JTLM telah membuat tangkapan sebanyak 47 kes yang melibatkan pelbagai kategori vesel dengan pelbagai kesalahan. Vesel yang menggunakan pukat tunda merupakan vesel yang mencatatkan kes tertinggi iaitu 65% keseluruhan kes tangkapan diikuti pukat hanyut 13 %, pukat jerut 11 % dan lain-lain 11%. Jumlah kompaun yang dikenakan ke atas keseluruhan kes tangkapan tersebut adalah sebanyak RM 111,800. Walaubagaimanapun kes tangkapan pada tahun 2010 ini menunjukkan penurunan sebanyak 25 kes berbanding tahun 2009 yang mana mencatatkan 72 kes. Hukuman yang lebih tegas seperti mendakwa kes di mahkamah, menaikkan kadar kompaun dan denda yang dikenakan ke atas kesalahan menceroboh dalam kawasan Taman Laut telah