66 JANUARI 2012 santai acara teks : MAZLINA ABU BAKAR foto : AZUAN ZAHDI terima kasih : FIREFLY S empena dengan pembukaan semula laluan penerbangan ke Kuantan, Pahang, Firefly telah membawa rakan-rakan media melawat negeri Mat Kilau ini. Biarpun kami berlepas dari Terminal SkyPark Subang dalam hujan lebat, namun penerbangan yang mengambil masa 45 minit selamat tiba Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah disambut salam ceria mentari pagi. Destinasi pertama setiba di Kuantan, kami dibawa melawat Bukit Gambang Resort City. Ia adalah satu-satunya resort yang diintegrasikan dengan taman tema air terbesar di kawasan Pantai Timur. Dibina dikeliling hutan sekunder, Bukit Gambang Resort City menyediakan persekitaran menghijau yang tenteram dan mendamaikan. Bukit Gambang Water Park pula menyediakan pelbagai aktiviti rekreasi air yang menyeronokkan untuk kanak- kanak dan juga golongan dewasa seperti “Tree Top Hill”, “Coco Beach” dan “Penguin Island”. Selesai makan, perjalanan diteruskan ke kami Bandar Diraja Pekan. Rombongan singgah di Perkampungan Kebudayaan Pulau Keladi. Kampung Pulau Keladi adalah antara kampung tertua di daerah Pekan. Salah sebuah rumah di sini adalah milik Haji Daud Abdul Rahman yang kemudian diwarisi kepada Tun Hussein Mohd Taib yang merupakan Orang Kaya Indera Shah Bandar ke-9. Beliau adalah ayahanda kepada Tun Abdul Razak bin Hussein, Perdana Menteri Malaysia yang kedua. Rumah tersebut telah diambil alih oleh Muzium Negeri Pahang pada April 1986 dan dibina semula seperti seni bina asalnya dengan menggunakan kayu cengal. Perkampungan kebudayaan ini juga menempatkan Pusat Pengembangan Tenun Pahang yang telah dirasmikan oleh Sultan Haji Ahmad Shah, Sultan Pahang pada Mei 2009. Tenun sutera Pahang dipercayai dibawa masuk dari Tanah Bugis pada kurun ke 16, diperkenalkan oleh seorang bangsawan Bugis bernama Keraing Aji yang tinggal di Kampung Mengkasar. Rekaan asal tenunan sutera adalah berciri-ciri bentuk berkotak- kotak. Kini rekaan fabrik ini telah dipelbagaikan mengikut kesesuaian permintaan. Profil Kontributor DR. MAZLINA ABU BAKAR Latarbelakang pendidikan dalam bidang perubatan tidak menghalang beliau untuk aktif dalam bidang kewartawanan. Beliau mula mendekati bidang penyiaran setelah terpilih memasuki finalis Malaysian Top Host TV3 2004. Pernah mengendalikan rancangan Edisi Siasat di NTV7 dan Panorama di TV1. Kini aktif menghasilkan penerbitan penyiaran untuk media tempatan dan luar negara, disamping penulisan berunsurkan pelancongan. Jom Lawat Pahang Dengan Firefly