Top Banner
KERTAS PENERANGAN KOD NAMA DAN PROGRAM H-176-2 JURUTEKNIK AUTOMASI TAHAP 2 NO DAN TAJUK MODUL 07: JIGS AND FIXTURES MAINTANANCE NO DAN PERNYATAAN TUGASAN 04.01Carry Out Tools, Jigs and Fixtures Condition Check 04.02 Carry Out Calibration Of Tools, Jigs And Fixtures 04.03 Carry Out Tools And Jigs Maintenance Activities 04.04 Carry Out Tools And Fixtures Replacement OBJEKTIF PENCAPAIAN AKHIRAN Performance tolos,jigs and fixtures using manufacturer’s specification,jigs and fixture,operation manual,checklist , speacial tools,hand tools,report form, calibration procedures etc so that tools,jigs and fixtures identitified,calibrated and recorded in accordance with job specification requirment and standart operating procedure. INSTITUT EVERTRONICS (IE) PUSAT LATIHAN KEMAHIRAN EVERTRONICS ( L- 01501 )
51
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Page 1: Jigs and Fixture ( Peralatan Tangan )

KERTAS PENERANGAN

KOD NAMA DAN PROGRAM H-176-2 JURUTEKNIK AUTOMASI

TAHAP2

NO DAN TAJUK MODUL 07: JIGS AND FIXTURES MAINTANANCE

NO DAN PERNYATAAN TUGASAN

04.01Carry Out Tools, Jigs and Fixtures Condition Check

04.02 Carry Out Calibration Of Tools, Jigs And Fixtures

04.03 Carry Out Tools And Jigs Maintenance Activities

04.04 Carry Out Tools And Fixtures Replacement

OBJEKTIF PENCAPAIAN AKHIRAN

Performance tolos,jigs and fixtures using manufacturer’s specification,jigs and fixture,operation manual,checklist , speacial tools,hand tools,report form, calibration procedures etc so that tools,jigs and fixtures identitified,calibrated and recorded in accordance with job specification requirment and standart operating procedure.

NO KOD IE/11/IT0402/KP01 Muka :1 Drp :10

Tajuk :Jig And Fixtures

Tujuan : kertas penerangan ini menerangkan apakah yang dimaksudkan dengan jig and fixtures serta pengunaan alatan tangan.

INSTITUT EVERTRONICS (IE)PUSAT LATIHAN KEMAHIRAN EVERTRONICS ( L- 01501 )

Page 2: Jigs and Fixture ( Peralatan Tangan )

H-176-2/07 KERTAS PENERANGAN HELAIAN 2

Pengenalan

Pengunaan jigs and fixture adalah amat diperlukan dalam industri pengeluaran. Samada dalam system automasi ataupun mekanikal. Kertas penerangan ini akan menerangkan rekabentuk jigs and fixture, pengunaanya ,penempatannya serta perkara yang perlu ada pada jig and fixture.

Jig

Jig ditakrifkan sebagai satu alat untuk memegang benda kerja dan menentukan tempat benda kerja. Ia membantu alat pemotong yang berkaitan kepada benda kerja dan biasanya ia tidak dipasang pada mesin.

Fixture

Fixture adalah pemegang bendakerja dimana ia memegang dan menentukan kedudukan bendakerja tetapi ia tidak memandu ke tempat atau posisi alat pemotong.

Rekabentuk jig and fixture

Ada beberapa criteria yang perlu diberikan perhatian semasa merekabentuk jig and fixture antaranya ialah :

1. memastikan jig and fixture yang dbuat itu ringan, mudah dikendalikan dan tidak ada pepenjuru yang boleh mencederakan operator.

2. kedudukan ‘clamping device’ mestilah dapat menahan terhadap daya pemotongan semasa operasi mesin

Page 3: Jigs and Fixture ( Peralatan Tangan )

H-176-2/07 KERTAS PENERANGAN HELAIAN 3

`

Page 4: Jigs and Fixture ( Peralatan Tangan )

H-176-2/07 KERTAS PENERANGAN HELAIAN 4

Page 5: Jigs and Fixture ( Peralatan Tangan )

H-176-2/07 KERTAS PENERANGAN HELAIAN 5

Page 6: Jigs and Fixture ( Peralatan Tangan )

H-176-2/07 KERTAS PENERANGAN HELAIAN 6

Page 7: Jigs and Fixture ( Peralatan Tangan )

H-176-2/07 KERTAS PENERANGAN HELAIAN 7

Page 8: Jigs and Fixture ( Peralatan Tangan )

H-176-2/07 KERTAS PENERANGAN HELAIAN 8

Page 9: Jigs and Fixture ( Peralatan Tangan )

H-176-2/07 KERTAS PENERANGAN HELAIAN 9

Page 10: Jigs and Fixture ( Peralatan Tangan )

H-176-2/07 KERTAS PENERANGAN HELAIAN 10

Page 11: Jigs and Fixture ( Peralatan Tangan )

H-176-2/07 KERTAS PENERANGAN HELAIAN 11

Page 12: Jigs and Fixture ( Peralatan Tangan )

H-176-2/07 KERTAS PENERANGAN HELAIAN 12

Page 13: Jigs and Fixture ( Peralatan Tangan )

H-176-2/07 KERTAS PENERANGAN HELAIAN 13

Page 14: Jigs and Fixture ( Peralatan Tangan )

H-176-2/07 KERTAS PENERANGAN HELAIAN 14

Page 15: Jigs and Fixture ( Peralatan Tangan )

H-176-2/07 KERTAS PENERANGAN HELAIAN 15

Page 16: Jigs and Fixture ( Peralatan Tangan )

H-176-2/07 KERTAS PENERANGAN HELAIAN 16

Page 17: Jigs and Fixture ( Peralatan Tangan )

H-176-2/07 KERTAS PENERANGAN HELAIAN 17

Page 18: Jigs and Fixture ( Peralatan Tangan )

H-176-2/07 KERTAS PENERANGAN HELAIAN 18

Page 19: Jigs and Fixture ( Peralatan Tangan )

H-176-2/07 KERTAS PENERANGAN HELAIAN 19

Page 20: Jigs and Fixture ( Peralatan Tangan )

H-176-2/07 KERTAS PENERANGAN HELAIAN 20

Page 21: Jigs and Fixture ( Peralatan Tangan )

H-176-2/07 KERTAS PENERANGAN HELAIAN 21

Page 22: Jigs and Fixture ( Peralatan Tangan )

H-176-2/07 KERTAS PENERANGAN HELAIAN 22

Page 23: Jigs and Fixture ( Peralatan Tangan )

H-176-2/07 KERTAS PENERANGAN HELAIAN 23

Page 24: Jigs and Fixture ( Peralatan Tangan )

H-176-2/07 KERTAS PENERANGAN HELAIAN 24

Page 25: Jigs and Fixture ( Peralatan Tangan )

H-176-2/07 KERTAS PENERANGAN HELAIAN 25

Page 26: Jigs and Fixture ( Peralatan Tangan )

H-176-2/07 KERTAS PENERANGAN HELAIAN 26

Page 27: Jigs and Fixture ( Peralatan Tangan )

H-176-2/07 KERTAS PENERANGAN HELAIAN 27

Page 28: Jigs and Fixture ( Peralatan Tangan )

H-176-2/07 KERTAS PENERANGAN HELAIAN 28

Page 29: Jigs and Fixture ( Peralatan Tangan )

H-176-2/07 KERTAS PENERANGAN HELAIAN 29

Page 30: Jigs and Fixture ( Peralatan Tangan )

H-176-2/07 KERTAS PENERANGAN HELAIAN 30

Page 31: Jigs and Fixture ( Peralatan Tangan )

H-176-2/07 KERTAS PENERANGAN HELAIAN 31

Page 32: Jigs and Fixture ( Peralatan Tangan )

H-176-2/07 KERTAS PENERANGAN HELAIAN 32

Page 33: Jigs and Fixture ( Peralatan Tangan )

H-176-2/07 KERTAS PENERANGAN HELAIAN 33

ALAT MENGUKUR

TAJUK : ANGKUP VERNIER (VERNIER CALIPERS)

TUJUAN :

Ketepatan senggatan (graduasi) pembaris keluli boleh digunakan meyukat, mengukur pada ukuran + - 0.001 “ atau + - 0.02 mm tepat. Apabila dilengkapi dengan sekala vernier (Vernier scale) Penggunaan pembaris keluli atau pembaris lain.

PENERANGAN :

Angkup vernier adalah satu alat pengukur atau sukatan yang terpenting dan berguna bagi menyukat garispusat luar dan dalam pada setiap kerja atau benda kerja serta menyemak dalamnya satu satu lubang.Angkup vernier dalam/luar lihat rajah dibawah ini dilengkapi dengan garisan senggatan/graduasi ketepatan 0.02 mm atau 0.001 inci dengan pengertian pada sekala vernier (vernier scale) pada bendul kepingan vernier itu:-

a) Sekala utama inci (main scale inches)

b) Sekala utama (Main scale mm )

Dan dua bahgian terkecil iaitu ialah vernier inci dan vernier metrik (mm), sekala ini digunakan untuk mencari perbezaan ukuran diantara yang terdekat bagi mendapatkan tahap yang tepat.

ANGKUP VERNIER (VERNIER CALIPER)

Angkup Vernier merupakan alat pengukur jitu dan boleh mengukur dengan tepat sehingga kepada ukuran sama ada 0.05 mm atau 0.02 mm. Alat ini lazimnya digunakan didalam bengkel mesin.Angkup vernier mempunyai dua skala iaiut skala utama dan skala vernier.

Page 34: Jigs and Fixture ( Peralatan Tangan )

H-176-2/07 KERTAS PENERANGAN HELAIAN 34

BAHAGIAN-BAHAGIAN ANGKUP VERNIER.

BADAN.

Badannya berbentuk seperti sebilah pembaris keluli yang mempunyai sanggatan dalam unit metrik atau inci. Senggatan ini dinamakan skala utama. Panjang badan ini menetukan saiz angkup vernier.

PLAT VERNIER.

Plat vernier mempunyai skala vernier dan boleh digerak-gerakkan disepangjang badan.

RAHANG.

Rahang terdiri daripada rahang tetap dan rahang gelangsar. Rahang tetap merupakan sebahgian daripada badan yang bengkok, manakala rahang gelangsar merupakan sebahagian daripada plat vernier yang boleh bergerak bersama-samanya iaitu selari dengan rahang tetap. Permukaan diantara kedua-dua rahang ini merupakan muka ukuran bagi angkup Vernier. Apabila muka ukuran ini bersentuh, bacaannya ialah sifar dan angka sifar pada skala vernier sejajar dengan angka sifar pada skala tetap.

RUSUK

Rusuk berbentuk runcing. Ia terletak disebelah atas.Binaannya hampir sama dengan rahang tetapi iadigunakan untuk mengukur ukuran sebelah dalam.

SKRU PENGUNCI

Skru pengunci digunakan untuk mengunci palt vernier supaya kedudukan ukuran tidak berganjak semasa angkup Vernier dikeluarkan dari bendakerja. Ini dapat mengurangkan kesilapan semasa mengukur.

PENGANJAK HALUS

Page 35: Jigs and Fixture ( Peralatan Tangan )

H-176-2/07 KERTAS PENERANGAN HELAIAN 35

Ada juga angkup Vernier yang dilengkapkan dengan penganjak halus. Pengapit halus ini hendaklah diketatkan terlebih dahulu supaya nat penganjak halus boleh mengawal pelarasan plat vernier.

BILAH PENGUKUR DALAM

Ini merupakan satu bilah yang kecil, boleh digerakkan keluar atau masuk dalam lurah dibahagian belakang badan apabila rahang dibuka.

TAJUK: MIKROMETER LUAR (OUTSIDE MICROMETER)

TUJUAN:

Untuk mengambil ukuran yang terlalu kecil dengan jitu memerlukan alat yang khusus digunakan untuk tujuan tersebut. Salah satu alat yang dimaksudkan ialah mikrometer.

PENERANGAN:

Mikrometer merupakan alat pengukur jitu, lazimnya digunakan dalam bengkel mesin kerana ia dapat mengukur ukuran-ukuran yang paling kecil dengan tepat. Mikrometer boleh didapatai dalam unit metrik dan inci. Biasanya ukuran paling kecil yang boleh dibaca oleh mikrometger ialah 1/100 milimeter (0.01 mm). Terdapat juga mikro meter yang dilengkapi dengan skala vefrnier dan ia boleh memberikan bacaan yang lebih kecil iaitu 1/1000 milimeter (0.001 mm). Mikrometer inci pula boleh membaca sehingga 1/1000 inci (0.001 inci) dan 1/10 000 inci (0.0001 inci).

Page 36: Jigs and Fixture ( Peralatan Tangan )

H-176-2/07 KERTAS PENERANGAN HELAIAN 36

BAHAGIAN-BAHAGIAN MIKROMETER.

BINGKAI (FRAME)Bingkai berbentuk separuh bulatan, mempunyai spindal di bahagian hujung sebelah kanan dan andas disebelah kiri.

ANDAS (ANVIL)Andas dipasang tetap disebelah kiri bingkai. Bagi setengah-setengah andas, tip tungsten karbida dikimpal loyangkan pada bahagian mukanya supaya tidak cepat haus.

SPINDAL (SPINDLE)Dibahgian hujung sebelah kanan terdapat benang yang boleh berputar dengan bantuan nat yang dilekagtkan pada bidal. Apabila bidal diputar spindal akan bergerak maju dan mundur kepermukaan andas. Bahagian hujung sebelah kiri spindal juga dikimpal loyangkan dengan tip tungsten karbida. Kedua-dua permukaan andas dan spindal merupakan muka ukuran. Ia mestilah rata, bersudut tepat dengan garis pusat spindal dan swelari diantara satu dengan lain.

LARAS (BARREL)Pada bahgian laras terdapat senggatan-senggatan yang dibuat di sebelah menyebelah garisan selari, yang menjadi datum kepada mikrometer. Bahagian atas disenggaatkan kepada 25 bahgian yang sama, tiap-tiap senggatan bersamaan 1 mm. Biasanya dinomborkanb setiap lima senggatan. Di bahagian bawah pula, senggatan dibuat membahagia dua senggatan bahagian atas, ini bermakna tipa-tiap satu garisan bersamaan 0.5 mm.

BIDAL (THIMBLE)Muka lilitan bidal disenggatkan kepada 25 bahagian yang sama. Tiap-tiap satu bahagian bersamaan 0.01 mm.

PENGANJAK HALUS (RATCHET)Terletak dibahagian hujung bidal. Kegunaannya ialah untuk memastikan ketepatan ukuran yang dibuat kerana ia boleh menfgawal dan mengelakkan bidal diputar berlebihan. Untuk mendapatkan bacaan yang tepat, tekanan mengukur mestilah tekal dan berdasarkan rasa sentuhan.

Page 37: Jigs and Fixture ( Peralatan Tangan )

H-176-2/07 KERTAS PENERANGAN HELAIAN 37

PRINSIP MEMBACA MIKROMETER.

Mikrometer bekerja berasaskan pergerakan ulir skru. Perhatikan Rajah 10 yang menunjukkan keratan rentas satu mikrometer. Spindalnya mempunyai skru dengan pic ulir 0.5 milimeter yang dicanai dengan gtepatnya. Ia boleh berputar dengan bantuan nat yang dilekatkan pada bidal. Apabila bidal diputar, spindal akan bergerak maju atau mundur ke permukaan andas. Oleh sebab pic ulir mikrometer ialah 0.5 mm, maka tiap tiap satu putaran penuh bidal, spindal bergerak 0.5 mm. Laras mempunyai satu skala melintang dengan senggatan dibuat disebelah memyebelah garisan ini. Skala sebelah atas mempunyai 25 senggatan, tiap tiap satu senggatan bersamaan 1 mm. Senggatan disebelah bawah pula membahgai dua senggatan disebelah atas, ini bermakna tiap-tiap satu senggatan bersamaan 0.5 mm. Bidal pula disenggatkan kepada 50 bahagian yang sama. Oleh sebab tipa-tiap satu pusingan bidal pergerakan yang dibuat oleh spindal sejauh 0.5 mm, maka tiap-tiap satu senggatan bidal ialah 1/50 X 0.5 = 0.01 mm .

Permukaan andas dan spindal disebut muka ukuran kerana bendakerja diukur diantara dua permukaan ini. Untuk memulakan bacaan satu-satu ukuran, angka sifar pada bidal hendaklah sejajar dengan angka sifar pada laras.

1. Mikrometer 0 - 25 mm

Muka andas dan spindal tertutup rapat apabila angka sifar pada laras sejajar dengan angka sifar pada bidal dan bacaannya ialah 0 mm.

2. Mikrometer 25 - 50 mm

Walaupun angka sifar sejajar antara satu dengan lain tetapi jarak muka ukuran ialah 25 mm dan bacaan bermula daripada 25 mm.

3. Mikrometer 100 - 150 mm.

Bacaan untuk mikrometer ini bermula daripada 100 mm.

Page 38: Jigs and Fixture ( Peralatan Tangan )

H-176-2/07 KERTAS PENERANGAN HELAIAN 38

MEMBACA MIKROMETER METRIK.

1. Bacaan senggatan terakhir pada laras atas yang dilalui oleh bidal didharab dengan 1 mm.

2. Bacaan senggatan pada laras bawah yang terhampir dengan 1 mm didharabkan dengan 0.50 mm.

3. Bacaan senggatan pada bidal yang sejajar dengan garisan skala laras didarabkan dengan 0.01 mm.

4. Campurkan ketiga-tiga bacaan diatas. Jumlah nilai tersebut merupakan bacaan bagi mikrometer itu.

Bacan senggatan terakhir

Pada laras atas = 11 X 1 = 11.00 mm

Bacaan pada laras bawah yang

terhampir dengan 1 mm = 1 X 0.50 = 0.50 mm

Bacaan senggatan bidal yang sejajar dengan skala

melintang pada laras = 36 X 0.01 = 0.36 mm

-------------------

Jumlah: 11.86 mm

===========

Oleh itu, bacaan sebenar ialah 11.86 mm.

CONTOH:

Page 39: Jigs and Fixture ( Peralatan Tangan )

H-176-2/07 KERTAS PENERANGAN HELAIAN 39

Bacaan senggatan terakhir pada laras atas = 13 X 1 = 13.00 mm

Bacaan pada laras bawah yang terhampir dengan 1 mm = 1 X 0.5 = 0.50 mm

Bacaan senggatan bidal yang sejajar dengan skala

melintang pada laras = 25 X 0.01 = 0.25 mm

------------------

Jumlah : 13.75 mm

===========

Oleh itu, bacaan sebenar ialah 13.75 mm.

MEMBACA MIKROMETER VERNIER

Untuk membolehkan mikrometer dibaca sehingga 1/1000 mm atau 0.001 mm, iaitu bacaan terkecil, maka ia ditambah dengan skala vernier. Skala vernier terbahagi kepada 10 bahagian yang memenuhi skala bidal sebanyak 11 bahagian. Jadi, perbezaannya 1/10 daripada 1/100 = 1/10 X 1/100 = 1/1000 = 0.001 mm, ini menjadikan setiap senggatan vernier bersamaan dengan 0.001. Bagaimanapun, senggatan 1 mm dan 1/2 mm (0.5 mm) biasanya hanya dibuat pada laras bawah, untuk membolehkan skala vernier ditempatkan pada laras atas.

CONTOH:

Page 40: Jigs and Fixture ( Peralatan Tangan )

H-176-2/07 KERTAS PENERANGAN HELAIAN 40

Bacaan senggatan terakhir pada laras yang terhampir dengan 0.5 mm = 2.500 mm

Bacaan senggatan bidal yang sejajar dengan skala melintang pada laras = 0.360 mm

Bacaan pada skala vernier yang sejajar dengan skala bidal = 0.008 mm

----------------

Jumlah: 2.868 mm

=========

Oleh itu , bacaan sebenar ialah 2.868 mm.

Page 41: Jigs and Fixture ( Peralatan Tangan )

H-176-2/07 KERTAS PENERANGAN HELAIAN 41

MENGGUNAKAN MIKROMETER.

Kebolehan mendapatkan ukuran yang atepat bergantung pada kemahiran menggunakan alat ini. Kemahiran hanya boleh tercapai sekiranya kerap menggunakannya dan dapat mengawal tekanan mengukur dengan betul. Untuk mendapatkan tekanan mengukur yang betul elakkan memutar bidal berlebihan. Sebaliknya dapatkan rasa sentuhan yang betul.

MENGUKUR BENDA KERJA YANG DIPEGANG.

Mikrometer hendaklah dipegang pada tapak tangan dan diapit dengan jari kelingking atau jari manis (mengikut yang mana lebih selesa). Biarkan ibu jari telunjuk bebas memutarkan bidal untuk melaras spindal. Benda kerja hendaklah diletakkan di antara permukaan andas dengan spindal Rajah (a) dan (b). Putar bidal sehingga kedua-dua muka ukuran itu menyentuh benda kerja. Untuk merasa sentuhan, gerakkan spindal ke hadapan atau kebelakang perlahan-lahan.

MENGUKUR BENDA KERJA PADA MESIN.

Harus diingat bahawa untuk mengukur benda kerja pada mesin, mesin hendaklah diberhentikan terlebih dahulu. Pegang bingkai mikrometer dengan ibu jari dan jari telunjuk tangan kiri seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.2 dan tetapkan dengan jari hantu dan jari manis tangan kanan sambil ibu jari telunjuk memutar bidal.

Page 42: Jigs and Fixture ( Peralatan Tangan )

H-176-2/07 KERTAS PENERANGAN HELAIAN 42

Rajah 1.2 Mengukur benda kerja pada mesin pelarik.

MENGUKUR KETEPATAN MIKROMETER.

Mikrometer perlu diuji ketepatannya sebelum digunakan. Cara menguji mikrometer 0 - 25 mm ialah dengan merapatkan permukaan andas dengan spindal. Pastikan kedudukan angka sifar pada bidal sejajar atau sekenaan dengan garisan datum manakala angka sifar pada laras pula sejajar dengan tepi bibir bidal yang juga merupakan datum. (Lihat gambar foto berikut)

Page 43: Jigs and Fixture ( Peralatan Tangan )

H-176-2/07 KERTAS PENERANGAN HELAIAN 43

Bagi mikrometer yang lebih besar saiznya (lihat gambar foto dibawah), ketepatannya boleh diuji dengan menggunakan tolok bongkah. Caranya sama iaitu pastikan bahawa angka sifar pada laras dan bidal sejajar dengan datum apabila tolok bongkah penguji menyentuh kedua-dua muka ukurannya. Contohnya untuk menguji mikrometer 50 - 75 mm, gunakan tolok bongkah berukuran 50 mm tebal.

Kedua-dua gambar foto diatas menunjukkan angka sifar pada laras dan bidal dalam kedudukan tertutup. Ini bermakna bacaan mikrometer itu tepat. Tetapi sekiranya angka sifar ini tidak sejajar kedudukannya dengan datum. bermakna terdapat selisih dalam bacaan yang disebut sebagai ralat sifar. Ralat sifar ini sama ada positif atau negatif.

MENGESAN RALAT SIFAR.

Cara mengesan mikrometer yang mempunyai ralat sifar ialah dengan menguji ukuran tolok bongkah yang tertentu saiznya.

Contoh:

Ukur ketebalan tolok bongkah 10 mm dengan menggunakan mikrometer 0 - 25 mm seperti yang ditunjukkan dalam rajah yang berikut.

Bacaan yang ditunjukkan ialah 10.04 mm, iaitu 0.04 mm lebih besar daripada saiz yang sepatutnya. Ralat ini disebut ralat negatif, kerana ukuran sebenar terpaksa ditolak dengan selisih bacaan terlebih dahulu.

Jika mikrometer ini mencatatkan bacaan 19.26 mm, maka ukuran sebenar ialah 19.26 - 0.04 iaitu 19.22 mm.

Page 44: Jigs and Fixture ( Peralatan Tangan )

H-176-2/07 KERTAS PENERANGAN HELAIAN 44

CONTOH:

Ukur ketebalan tolok bongkah 10 mm dengan menggunakan mikrometer 0 - 25 mm seperti yang ditunjukkan dalam rajah yang berikut.

Bacaan yang ditunjukkan ialah 9.96 mm iaitu 0.04 mm lebih kecil daripada saiz yang sepatutnya. Ralat ini pula disebut ralat positif, kerana ukuran sebenar terpaksa dicampurkan dengan selisih bacaan terlebih dahulu.

Jika mikrometer ini mencatatkan bacaan 19.18 mm, maka ukuran sebenar ialah 19.18 mm + 0.04 mm iaitu 19.22 mm.

MELARAS RALAT SIFAR.

Ralat sifar ini menyulitkan kita untuk mengukur satu satu benda kerja. Ini menjadi bertambah rumit lagi jika kita terpaksa menentukan jumlah dan jenis ralat terlebih dahulu, kemudian mengira dengan mencampurkan atau menolak jumlah ralat kepada bacaan yang didapati. Keadaan ini boleh menimbulkan kekeliruan dan mengambil masa yang lama yuntuk mengukur. Ralat sifar mestilah diperbetulkan sebelum ia digunakan. Ralat sifar boleh dilaraskan dengan dua cara.

1. Melaras skru spindal yang longgar.

Tatacara.

Buka bidal hingga kepada had maksimum pada bahagian pangkal laras. Ketatkan nat pelaras dengan menggunakan sepana khas berbentuk C. Putar nat mengikut arah putaran jam sehingga skru mikrometer tidak lagi longgar.

2. Melaras angka sifar pada bidal dan laras supaya sejajar dengan datum.

Tatacara.

Tutup bidal sehingga andas dan spindal rapat kedudukannya. Gunakan sepana khas berbentuk C Putar laras sehingga angka sifar pada bidal dan laras sejajar dengan datum.

PUNCA-PUNCA RALAT SIFAR.

Antara punca-punca yang menyebabkan terjadinya ralat sifar ialah:-

1. Mikrometer tidak digunakan dengan cara yang betul.2. Mikrometeer tidak dijaga dan diselenggarakan dengan sempurna.

Page 45: Jigs and Fixture ( Peralatan Tangan )

H-176-2/07 KERTAS PENERANGAN HELAIAN 45

3. Permukaan (muka ukuran) andas dan spindal menjadi haus.PERKARA-PERKARA YANG HARUS DIPERHATIKAN APABILA MENGGUNA MIKROMETER.

1. Pastikan muka ukuran bersih iaitu bebas daripada kekotoran seperti habuk & minyak.

2. Perhatikan kedudukan sifar pada skala laras dan bidal supaya tidak terdapat sebarang ralat.

3. Gerakkan spindal perlahan-lahan apabila bersentuh dengan benda kerja.

4. Jangan putar bidal berlebihan supaya dapat memberi tekanan mengukur atau rasa sentuhan

yang betul.

MENJAGA MIKROMETER.

Oleh sebab mikrometer boleh mengukur yiang terlalu kecil dengan jitu, ia mestilah diberi penjagaan yang rapi serta diselenggarakan dan digunakan dengan cara yang betul. Berikut ialah beberapa perkara yang perlu diberi perhatian apabila menggunakan mikrometer.

1. Jangan sekali-kali menjatuhkan mikrometer.

2. Jangan mencampur adukkan mikrometer dengan alat-alat lain ketika menyimpan . Seelok -

eloknya gunakan bekas atau kotak penyimpan yang dibekalkan.

3. Jangan mengukur benda kerja yang sedang berputar.

4. Bersihkan mikrometer sebelum atau sesudah digunakan.