1. JENTOLAK (BULLDOZER)
PENERANGANJentolak merupakan jentera yang paling lasak digunakan
untuk meolak dan meratakan tanah permukaan. Jentera ini mempunyai
kuasa kuda yang tinggi, bertayar getah atau beroda. Di sebelah
hadapan dilengkapkan dengan peparang berhidraulik untuk kerja
menolak, menorah, memotong dan meratakan tanah. Terdapat jenis
peparang seperti peparang lurus, peparang S dan peparang U
KEGUNAANJentolak ini boleh digunakan untuk membersihkan tanah,
menumbangkan pokok dan menghapuskan halangan, mengikis tanah atas,
memotong dan menorah sisi bukit untuk menubuhkan laluan baru.
GAMBAR
2. JENGKAUT (EXCAVATOR)PENERANGANJengkaut didapati dalam
pelbagai jenis yang popular seperti jenis jengkaut bajak belakang
(back hoe), jengkaut seret (dragline) dan jengkaut serbaguna. Back
hoe diperlengkapkan dengan timba bergigi berukuran 0.13m3 hingga
1.6m3 benjoran hidraulik sesuai digunakan di ruang yang sempit,
tanah lembut dan mendaki bukit. Jengkaut beroda rantai perlu
diangkut dengan trailer semasa dipindahkan dari satu tapak ke tapak
binaan yang lain. Jengkaut serbaguna beroda getah lebih kecil
daripada jengkaut bajak belakang dan sangat popular untuk
kerja-kerja binaan yang kecil dan sederhana.
KEGUNAANJentera jenis ini digunakan untuk kerja menggali lubang,
longkang dan peparit
GAMBAR
3. KREN BERGERAKKEGUNAANKren jenis ini beroda tayar digunakan di
tapak binaan yang sederhana, senang dipindahkan dari satu tempat ke
satu tempat yang lain melalui jalanraya biasa. Struktur kerangka
tiang yang dinamakan jib dipasangkan di atas sebuah mesin yang
berputar. Kerangka jib yang tinggi menguasai kawasan yang luas
tetapi memerlukan kedudukan yang rata dan stabil. Kren benjolan
teleskopik dikendalikan secara system hidraulik yang boleh
dipanjangkan atau dipendekkan dan amat berkesan digunakan untuk
mengangkat dan menempatkan konkrit.
KREN BERGERAK ( JENIS KERANGKA JIP)
KREN BERGERAK (JENIS JORAN TELESKOPIK)
4. KREN STATIK
PENERANGANKren jenis ini dipasang secara tetap di tapak bina dan
hanya dibuka selepas selesai kerja pembinaan. Ianya sesuai untuk
kawasan yang besar dan bertingkat terutamanya pembinaan pasang siap
dan kerangka keluli besi. Kren ini terdiri dari jenis derik, menara
dan kren panjat.
GAMBAR DAN PENERANGAN Kren Derik
Berupaya berputar dengan jejari mengangkat bebanan seberat 2
tan, kerangka tiang 6m dan jib deriknya sepanjang 40m.
GAMBAR DAN PENERANGAN Kren Menara Dan Panjat
Terdiri daripada kerangka joran untuk mengangkat beban dan
diseimbangkan dengan memanjangkan kerangka jib pengimbang dan boleh
berpusing bebas sehingga 3600. Kren menara didirikan bebas daripada
struktur bangunan dan boleh ditambat kepada bangunan sebagai
penyokong.
GAMBAR
DAN PENERANGAN Kren Panjat
Didirikan melalui ruang khas di dalam bangunan yang sedang
dibina dan boleh ditinggikan mengikut kesesuaian tingkat bangunan
dengan menggunakan sistem jek hidraulik. Bebanan maksima yang boleh
diangkat oleh kren panjat di antara 4 12 tan dengan ukuran jejari
18 21m.
5. LIF PENGANGKATKEGUNAANLif pengangkat merupakan jentera yang
berfungsi untuk mengangkat pekerja dan bahan binaan dari bawah ke
atas bangunan dalam pembinaan. Penggunaan lif pengangkat dapat
menjimatkan waktu berbanding jika menggunakan titian tangga.
Pengangkat peranca adalah jenis yg mudah digunakan dengan sistem
kabel yang dikendalikan oleh motor diesel. Dibina atau dipasang
pada tapak yang stabil dan digerakkan oleh system kabel yang
dikawal. Lif pekerja hendaklah di gerakkan oleh motor elektrik
dengan tiang layarnya diikat kepada bangunan. Bahan binaan tidak
boleh digunakan untuk mengangkat pekerja dan sebaliknya.
GAMBAR PENGANGKAT BAHAN LIF PENGANGKAT PERANCA
JENTERA PENGANGKUT1. LORI DAN TRAKPENERANGANMerupakan jentera
pengangkut yang paling banyak digunakan dalam industri binaan
dengan keupayaan muatan yang berbeza
KEGUNAANuntuk mengangkut bahan binaan seperti simen, bata, pasir
dan lain-lain kerja yang dikendalikan.
GAMBAR
2. PEMBUANG (DUMPER TIPPER)PENERANGANJentera pengangkut dan
pembuang dengan keupayaan mengikut ukuran timba (bucket), dikuasai
oleh enjin diesel dan bergerak dalam berbagai keadaan tanah serta
memerlukan seorang pemandu.
GAMBAR
JENTERA PEMBANCUH KONKRIT
Penggunaan konkrit bancuh siap menunjukkan perkembangan dalam
teknologi binaan yang sangat digalakkan. Kelebihan menggunakan
konkrit bancuh siap boleh dipandang dari segi ekonomi serta kawalan
mutu konkrit yang dikehendaki. Konkrit bancuh siap memerlukan
bancuhan secara mekanikal di mana kuantiti yang dibancuh adalah
besar dan kualiti antara bancuhan tidak berbeza.
1. TRAK PENGGAUL KONKRITPENERANGANMerupakan jentera yang direka
khas dilengkapi dengan dram penggaul yang berputar satu atau dua
pusingan setiap minit untuk mengelakkan konkrit daripada mengeras
dalam perjalanan ke tapak binaan. Sebelum mengeluarkan konkrit,
dram penggaul dikehendaki berpusing lebih cepat dari 10 15 pusingan
seminit dan konkrit dituang melalui pengelunsur yang disediakan.
Dengan muatan dram antara 4minit. Selepas konkrit dikeluarkan
industry binaanan 4 6m3. Masa tuangan ialah 30 dram penggaul
dibersihkan dengan air.
GAMBAR
.
2. PAM KONKRIT BERGERAKPENERANGANTerdiri daripada pam yang
terletak di atas trak beroda tayar. Hos yang digunakan boleh
meluntur dengan diameter 100mm dan dipasang pada joran teleskopik,
dikendalikan secara hidraulik dan boleh bergerak dalam pelbagai
kedudukan. Pengendalian jentera ini memerlukan pekerja yang mahir,
berkeupayaan menuangkan sehinggga 100m konkrit dalam masa satu jam.
Disamping itu, ia boleh mengawal berlakunya pemisahan konkrit serta
memerlukan pekerja minima.
GAMBAR