1 BAB 4 JENTERA PEMBINAAN 4.1 Pengenalan Penggunaan jentera dan peralatan mekanikal dalam pembinaan adalah satu perkembangan dalam kemajuan teknologi binaan dewasa ini. Penggunaan ini boleh dibahagikan kepada peralatan berjentera dan peralatan tidak berjentera. Pembelian peralatan jentera memerlukan modal permulaan yang agak besar di samping perancangan penggunaan yang berkesan. Pelaburan tersebut sekiranya diperhitungkan dengan terperinci boleh menyumbang dalam mempercepatkan proses binaan dan menjimatkan masa serta mengurangkan kos buruh. Oleh sebab itu pembelian peralatan jentera adalah lebih berkesan sekiranya kerja binaan tersebut besar, banyak dan penggunaan jentera yang berterusan. Sekiranya pembelian peralatan jentera membebankan kedudukan kewangan pihak kontraktor, penyewaan atau pembelian peralatan terpakai boleh diusahakan melalui syarikat yang member sewa peralatan jentera binaan secara kontrak, penyewaan harian atau satu jangkamasa yang dipersetujui. Untuk merancang keberkesanan penggunaan jentera beberapa faktor hendaklah diambilkira seperti berikut:- Jenis Jentera Kerja dan Tapak Binaan Kos modal, jangka hayat dan keupayaan peralatan perlu dipertimbangkan dalam pemilihan peralatan jentera yang sesuai dengan keadaan tapak. Keadaan tapak yang sempit di dalam kawasan bandaraya yang sesak memungkinkan penggunaan konkrit siap bancuh dihantar ke tapak binaan dengan lori penggaul konkrit. Tapak yang berair dan berlumpur memerlukan jentera beroda rantai
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
1
BAB 4
JENTERA PEMBINAAN
4.1 Pengenalan
Penggunaan jentera dan peralatan mekanikal dalam pembinaan adalah satu
perkembangan dalam kemajuan teknologi binaan dewasa ini. Penggunaan ini boleh
dibahagikan kepada peralatan berjentera dan peralatan tidak berjentera.
Pembelian peralatan jentera memerlukan modal permulaan yang agak besar di
samping perancangan penggunaan yang berkesan. Pelaburan tersebut sekiranya
diperhitungkan dengan terperinci boleh menyumbang dalam mempercepatkan proses
binaan dan menjimatkan masa serta mengurangkan kos buruh. Oleh sebab itu
pembelian peralatan jentera adalah lebih berkesan sekiranya kerja binaan tersebut
besar, banyak dan penggunaan jentera yang berterusan.
Sekiranya pembelian peralatan jentera membebankan kedudukan kewangan
pihak kontraktor, penyewaan atau pembelian peralatan terpakai boleh diusahakan
melalui syarikat yang member sewa peralatan jentera binaan secara kontrak,
penyewaan harian atau satu jangkamasa yang dipersetujui. Untuk merancang
keberkesanan penggunaan jentera beberapa faktor hendaklah diambilkira seperti
berikut:-
Jenis Jentera Kerja dan Tapak Binaan
Kos modal, jangka hayat dan keupayaan peralatan perlu dipertimbangkan
dalam pemilihan peralatan jentera yang sesuai dengan keadaan tapak. Keadaan
tapak yang sempit di dalam kawasan bandaraya yang sesak memungkinkan
penggunaan konkrit siap bancuh dihantar ke tapak binaan dengan lori penggaul
konkrit. Tapak yang berair dan berlumpur memerlukan jentera beroda rantai
2
daripada penggunaan jentera beroda tayar getah. Keadaan bangunan seperti
kedudukan dan saiz akan mempengaruhi pemilihan jenis kren untuk memunggah
dan menempatkan bahan – bahan binaan. Peralatan jentera juga perlu di
tempatkan pada kedudukan yang sesuai supaya tidak menghalang laluan kerja
dalam proses binaan.
Jenis Jentera Kerja dan Pengendalian Jentera
Pengetahuan mengenai kaedah operasi dan pengendalian peralatan
jentera juga menyumbang kepada keupayaan pengeluaran (output) yang optima
serta meningkatkan produktiviti hasil daripada gabungan pekerja dan peralatan
tersebut. Keseimbangan di antara bilangan pekerja dan kesesuaian peralatan
jentera perlu diperhatikan bagi menghasilkan mutu kerja yang baik.
Langkah – langkah keselamatan dan tatacara pemeriksaan kepada
semua peralatan jentera perlu dijalankan pada jangka masa yang ditetapkan
oleh pihak berkuasa seperti Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.
4.2 Kategori Jentera
Penggunaan jentera dalam pembinaan boleh diketegorikan kepada kaedah kerja
dan penggunaan jentera tersebut seperti penggalian, pengangkat, pengangkut dan
pembancuh.
4.2.1 Jentera Penggali (Excavator)
Jentera yang digunakan untuk kerja – kerja penggalian meliputi kerja
penolakan tanah (dozer) dan penggalian tanah dengan jengkaut (excavator):
Jentolak (Bulldozer)
Jentera jenis ini merupakan jentera paling lasak digunakan untuk menolak dan
meratakan tanah permukaan. Jentera ini mempunyai kuasa kuda yang tinggi,
bertayar getah atau beroda. Disebelah hadapan dilengkapkan dengan peparang
berhidraulik untuk kerja menolak, meno
Terdapat pelbagai jenis peparang seperti peparang lurus, peparang S dan
peparang U. Jentolak ini boleh digunakan untuk membersihkan tanah,
menumbangkan pokok dan menghapuskan halangan, mengikis tanah atas,
memotong dan menorah sisi bukit untuk menubuhkan laluan baru.
Rajah 4.1 : Jenis
Jengkaut (Excavator)
Jentera jenis ini digunakan untuk kerja menggali lubang, longkang dan peparit.
Jengkaut didapati dalam pelbagai jenis yang popular seperti jenis jengkaut bajak