JENIS-JENIS JAHITAN ASASBil.Nama JahitanCara Dan Kegunaannya
1.Jahitan JelujurHalus Membaiki kelepet merentas Boleh
menggantikan mata jahitan mesin Menjadi perhiasan pada artikel
2.Jahitan Kia Memulakan dan mematikan jahitan tangan Melekatkan
dua atau lebih lapisan fabrik Menjahit kelim yang merentas Boleh
menggantikan jahitan mesin
3.Jahitan Sembat Menentapkan dan mengemaskan kelepet Mata
Jahitan ini boleh dilihat sebelah luar fabrik
4.Jahitan Lilit Kemas Mengemaskan guntingan tepi fabrik
Mencantumkan dua kepingan fabrik Menjahit butang katup, cangkuk dan
palang
5.Jahitan Lubang Butang Jahitannya kukuh dan kemas Menjahit
lubang butang, butang katup,cangkuk dan palang
6.Jahitan Silang Pangkah Menjahit kelepet, lapik, mengemaskan
pita zip dan sebagai jahitan hiasan
7.Jahitan Insang Pari Mengemaskan tepi fabrik dan sebagai
jahitan perhiasan untuk menjadi motif
8.Jahitan Sembat Susup Menjahit dan mengemaskan kelepet
1. Jahitan KiaJahitan kia digunakan untuk menjahit klim
meretas.Jahitan ini juga digunakan untuk memulakan dan mematikan
jahitan tangan.Jahitan ini kukuh, rapat, dan kelihatan seperti
jahitan mesin.Jahitan ini boleh digunakan sebagai pengganti jahitan
mesin.Berikut adalah langkah jahitan kia:
Mulakan jahitan dari kiri ke kanan.Cucuk jarum pada A dan
keluarkanjarum pada B dengan jarak1mm hingga 2 mm.
Cucuk jarum sekali lagi pada A dan keluarkan pada B.
Cucuk jarum semula pada A dan keluarkan pada C dengan jarak4
mmdari A.
Jahit sehingga siap.Matikan jahitan dengan jahitan kia sebanyak
dua kali.
2. Jelujur HalusJahitan jelujur halus digunakan untuk membaiki
kelepet merentas.Jahitan ini boleh menggantikan jahitan
mesen.Berikut adalah langkah jahitan jelujur halus:
Mulakan jahitan dengan jahitan kia dari kanan ke kiri.Jahit
dengan halus dan sama jarak lebih kurang 3 mm hingga 5 mm seperti
dalam rajah.
Jahit sehingga siap.Matikan jahitan dengan jahitan kia.
3. Jahitan SembatJahitan sembat biasanya digunakan untuk
menetapkan kelepet.Jahitan ini halus, rapat dan kukuh serta boleh
dilihat dari sebelah luar pakaian.Jahitan sembat juga biasanya
digunakan untuk mengemaskan dan menjahit kelepet baju
kurung.Berikut adalah langkah jahitan sembat:
Mulakan jahitan dengan jahitan kia dari kanan ke kiri.Cucuk
jarum pada A, keluarkan jarum pada B dengan mencondongkan jarum
lebih kurang 30.
Jahit sehingga siap.Matikan jahitan dengan jahitan kia.
4. Jahitan Lilit KemasDigunakan untuk mengemaskan tepi
fabrik.Jahitan ini juga digunakan untuk menjahit butang katub,
cangkuk dan palang.Berikut adalah langkah jahitan lilit kemas:
Mulakan jahitan dengan jahitan kia dari kiri ke kanan.Cucuk
jarum dari sebelah dalam fabrik ke sebela luar fabrik dan tarik
jarum ke arah penjahit.Jahit sehingga siap matikan dengan jahitan
kia.
5. Jahitan Lubang ButangJahitan lubang butang digunakan untuk
menjahit lubang butang, butang katub, cangkuk dan palang.Berikut
adalah langkah jahitan lubang butang:
Mulakan jahitan dengan jahitan kia dari kiri ke kanan.Cucuk
jarum menegak dari sebelah dalam fabrik ke sebelah luar
fabrik.Tarik benang dan susup di bawah jarum.Jahit sehingga
siap.Matikan jahitan dengan jahitan kia.
6. Jahitan Silang PangkahJahitan ini digunakan untuk menjahit
kelepet, lapik, pita zip serta digunakan sebagai jahitan
salaman.Berikut adalah langkah jahitan silang pangkah:
Jahit dari kiri ke kanan.Mulakan dengan jahitan kia.Masukkan
jarum pada A dan keluarkan pada B dengan jarak 1 mm.
Masukkan jarum kedalam lipatan pada C dan keluarkan pada D
dengan jarak 1mm.Matikan dengan jahitan kia.
7. Jahitan Insang PariJahitan ini digunakan untik mengemis tepi
fabrik dan sebagai jahitan perhiasan untuk menjahit motif.Berikut
adalah langkah jahitan insang pari:
Jahit dari kiri ke kanan.Mulakan dengan beberapa jelujur halus
menegak pada A.Cucuk jarum menegak pada B dan halakan jarum ke arah
penjahit.Letak beneng di bawah hujung jarum dan tarik benang
menghala ke arah penjahit.
Matikan jahitan dengan beberapa jelujur halus menegak di sebelah
kanan mata jahitan insang pari yang akhir.
Jenis-jenis jahitanSyukran Jazilan kepada semua yang masih setia
mengikuti Jahit : Menjahit. Pada entri kali ini, mari kita
mengenali beberapa jenis jahitan yang boleh kita gunakan untuk
menjahit fabrik. Ada berapa jenis jahitan kesemuanya? Ada perbezaan
ke antara jahitan-jahitan tersebut? Jahitan mana yang paling kukuh?
Layan~ (^_^)Jahitan pada asasnya boleh dibahagikan kepada
kumpulan-kumpulan berikut:1. Jahitan Sementara:Jelujur sama
panjang, jelujur panjang pendek, jelujur tegak, jelujur jahitan
tanda.
2. Jahitan Penyambung:Jelujur halus, jahit kia, jahit lilit ubi,
dan jahit mesin.
3. Jahitan Pengemas:Sembat, sembat susup, lilit kemas, insang
pari, jahit lubang butang, silang pangkah.
4. Jahitan Sulaman:Jahit rantai, jahit batang, jahit kuku
kambing, simpul perancis, jahit padu, insang pari dan silang
pangkah.
1. Jahitan Sementara
Jahitan sementara terdiri daripada jenis-jenis jelujur.Ia akan
ditanggalkan apabila mata jahitan kekal dijahit.Benang yang
digunakan adalah lembut, halus dan mudah putus.Pilih benang yang
berwarna muda kerana ia senang kelihatan dan tidak meninggalkan
kesan diatas kain selepas dibuka.Jahitan sementara biasanya dijahit
dengan menggunakan satu lembar benang kecuali jelujur tanda.Jahitan
boleh dikerjakan pada sebelah luar atau sebelah dalam kain dari
kanan ke kiri.Jarum yang biasa digunakan adalah jenis yang tajam
atau antara yang halus.
2. Jahitan Penyambung
Jahitan penyambung adalah kekal dan mesti dijahit dengan kukuh.
Kegunaannya adalah untuk menyambung dua atau lebih kepingan
kain.Benang yang digunakan mesti padan dengan kain yang dijahit dan
warnanya. Jenis-jenis jahitan penyambung ialah jahitan mesin,
jelujur halus, jahit kia dan jahit lilit ubi.
3. Jahitan Pengemas
Jahitan pengemas adalah jahitan yang kekal. Ia digunakan untuk
mengekalkan kelepet, lipatan atau mengemaskan tepi kain.
4. Jahitan SulamanDigunakan terutamanya untuk jahitan biasa
ataupun untuk menghias pakaian, barang-barang peribadi dan alat
kelengkapan rumahtangga. Beberapa jenis jahitan sulaman boleh
digunakan bersama-sama untuk memberi rupa dan kesan kepada motif.
Saiz jahitan boleh diubahsuai mengikut motif yang dijahit. Pada
asasnya semua jenis jahitan boleh dijadikan hiasan jika ianya dapat
dihasilkan dan digabungkan dengan jahitan-jahitan lain agar lebih
menarik. Antara contoh jahitan sulaman adalah seperti berikut:
Jelujur Halus
Jahitan Batang
Bulu Ayam
Bunga Padi
Jelujur Berlilit
Jahitan Lurus
Jel Panjang Pendek
Jahitan Kia
Jahitan Rantai
Suji Bilang
Silang Pangkah
Jahitan Sulam