JAWATANKUASA INDUK KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG ZON SUNGAI SIPUT KALI KE – 48 / 2017 Penaung : Ketua Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Kangsar. Pengerusi : Tn Hj Mutai B. Mat Norddin (Guru Besar SK.Sg Siput U) Timbalan Pengerusi : En.Sauki B. Mamat (PK.Kokurikulum) En.Mohd Rafidi B. Mt Romli (PK.HEM) Setiausaha : En. Omar Lutfi B. Zainal Abidin Pen. Setiausaha : Pn. Nurina Bt. Md Yaakub Bendahari : Pn.Noor Syakimah Bt. Shuib Pengerusi Teknik : En.Othman B. Ahmad Rashdi Pen.P.Teknik : En. Mohd Hamdan B. Ramli AJK : En. Mohd Asri B. Hassan En. Khairil Izuan B. Ibrahim Pn. Saziatol Aziah Bt. Kassim Pn. Nur Ilyani Bt. Abu Ahmad
16
Embed
JAWATANKUASA INDUK KEJOHANAN BALAPAN DAN …jpnperak.moe.gov.my/ppdkualakangsar/v2/attachments/article/2362... · Kejohanan Olahraga MSSPk Daerah Kuala Kangsar Kali Ke-48 / 2017 ...
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
JAWATANKUASA INDUK KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG
ZON SUNGAI SIPUT KALI KE – 48 / 2017
Penaung : Ketua Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Kangsar.
Pengerusi : Tn Hj Mutai B. Mat Norddin
(Guru Besar SK.Sg Siput U)
Timbalan Pengerusi : En.Sauki B. Mamat (PK.Kokurikulum)
En.Mohd Rafidi B. Mt Romli (PK.HEM)
Setiausaha : En. Omar Lutfi B. Zainal Abidin
Pen. Setiausaha : Pn. Nurina Bt. Md Yaakub
Bendahari : Pn.Noor Syakimah Bt. Shuib
Pengerusi Teknik : En.Othman B. Ahmad Rashdi
Pen.P.Teknik : En. Mohd Hamdan B. Ramli
AJK : En. Mohd Asri B. Hassan
En. Khairil Izuan B. Ibrahim
Pn. Saziatol Aziah Bt. Kassim
Pn. Nur Ilyani Bt. Abu Ahmad
PERATURAN PERTANDINGAN
KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG MSSD DAERAH KUALA KANGSAR KALI KE- 48 / 2017 PERINGKAT ZON SUNGAI SIPUT
1. Nama Kejohanan:
Kejohanan ini dinamakan Kejohanan Balapan dan Padang MSSPk Daerah Kuala Kangsar Peringkat Zon Sungai Siput.
2. Tarikh:
21 FEB 2017 (Selasa) Sesi Petang : 2.30 petang (80M Lompat Pagar)
22 FEB 2017 (Rabu) Sesi Pagi : 8.00 pagi
Sesi Petang : 2.00 petang
3. Tempat:
Padang Sekolah Kebangsaan Sungai Siput (U), 31100 Sungai Siput (U).
4. Undang-Undang Pertandingan:
Kejohanan ini dijalankan mengikut peraturan yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Teknik MSS Perak, Peraturan-Peraturan Am MSS Perak dan MSSM serta undang-undang KOM / IAAF.
5. Jenis Pertandingan:
5.1 Pertandingan individu.
5.2 Acara-acara yang dipertandingkan adalah seperti berikut:
ACARA-ACARA SERTA UKURAN DAN TIMBANGAN ALAT-ALAT PERTANDINGAN DAERAH
ACARA LELAKI PEREMPUAN
L 12 L 11 P 12 P 11
100 M X X X X
200 M X X X X
80m Lompat Pagar X
0.762 m
X
0.762 m
X
0.762 m
X
0.762 m
Lompat Tinggi X X X X
Lompat Jauh X X X X
Lontar Peluru X
2.72 kg
X
2.72 kg
X
2.72kg
X
2.72 kg
Acara Bil. Pagar
Garisan Permulaan ke pagar pertama
Pagar ke pagar Pagar akhir ke
garisan penamat
80m 8 12.00m 8.00m 10.00m
6. Pendaftaran Peserta/Kemasukan:
6.1 Pendaftaran peserta hendaklah dibuat sebelum atau pada 14 Feb 2017
melalui Borang Penyertaan yang disediakan oleh Jawatankuasa Pengelola.
Butir-butir mengenai seseorang peserta hendaklah diisikan dengan penuh
dan disahkan oleh Guru Besar.
6.2 Selepas tarikh ini, sebarang pembetulan / pindaan tidak akan dilayan. Hanya
penarikan diri dibenarkan.
6.3 Borang Penyertaan yang dilengkapkan hendaklah dikemukakan kepada:
Pengerusi Pertandingan,
Kejohanan Olahraga MSSPk Daerah Kuala Kangsar Kali Ke-48 / 2017
6.4 *Pendaftaran lewat daripada tarikh di atas tidak akan diterima.
6.5 Bilangan maksimum penyertaan seseorang peserta adalah seperti berikut:
Kumpulan Umur Individu
12 tahun dan ke bawah 2 acara
11 tahun dan ke bawah 2 acara
6.6 Pembahagian kelas:
Kelas 4 – 12 tahun ke bawah pada 1.1.2017
Kelas 5 - 11 tahun ke bawah pada 1.1.2017
6.7 Had umur peserta (mengikut Per.4 Peraturan-peraturan Am MSSM)
6.7.1 Kiraan umur adalah pada 1 hb. Januari tahun pertandingan.
6.7.2 Seseorang peserta dibenarkan menyertai pertandingan dalam satu
kumpulan umur sahaja .
6.8 Bilangan peserta yang boleh didaftarkan:-
Acara Bilangan Maksimum Kelas
Semua Acara
2 orang 4
2 orang 5
6.9 Sila gunakan borang-borang berikut:
6.8.1 Biru untuk lelaki dan perempuan kelas 4.
6.8.2 Merah untuk lelaki dan perempuan kelas 5.
7. Yuran Penyertaan
Setiap pasukan dikenakan yuran penyertaan seperti berikut:
7.1 Setiap pasukan sekolah dikenakan yuran penyertaan sebanyak RM 125.00
7.2 Bayaran boleh dibuat secara tunai sebelum atau pada 14 Feb 2017.
d/a Guru Besar
SK Sungai Siput (U)
31100 Sg. Siput (U),
Perak.
8. Melaporkan Diri:
8.1 Semua peserta hendaklah melaporkan diri kepada Penyelia Peserta sekurang-
kurangnya 20 minit sebelum acara berkenaan dijalankan.
8.2 Peserta yang sudah melaporkan diri hendaklah berada di tempat yang
dikhaskan oleh Penyelia Peserta dan akan dibawa masuk ke tempat
pertandingan oleh pembantu penyelia peserta.
8.3 Peserta-peserta hendaklah berpakaian lengkap dengan nombor masing-
masing disematkan dengan pin pada keempat-empat sudut kain nombor
yang dipakaikan di bahagian dada dan belakang [kecuali bagi acara lompat
tinggi ( dibenarkan dengan satu nombor di dada atau di belakang)].
9. Pembatalan Penyertaan
Semua pembatalan penyertaan (scratchings) dalam sesuatu acara hendaklah dibuat
semasa mesyuarat pengurus atau oleh pengurus pasukan masing-masing kepada
Ketua Penyelia Peserta sekurang-kurangnya satu (1) jam sebelum acara berkenaan
dijadualkan bermula.
10. Gantian Dan Penarikan Diri:
10.1 Gantian kepada peserta yang telah pun disahkan bertanding tidak akan
dibenarkan bagi acara perseorangan selepas pendaftaran dibuat.
10.2 Peserta yang menarik diri dari sesuatu acara yang didaftarkan setelah
melayakkan diri ke peringkat seterusnya kecuali atas alasan yang munasabah, dilarang seterusnya dari mengambil bahagian dalam kejohanan ini. Semua kemenangan yang terdahulu akan dikekalkan.
10.3 Tidak ada gantian bagi peserta-peserta yang telah menarik diri.
11. Sistem Pertandingan:
11.1 Pertandingan bagi acara balapan 100m hingga 200m akan dijalankan di
peringkat saringan,separuh akhir, dan akhir.
11.2 Penentuan peserta-peserta ke peringkat separuh akhir dan akhir adalah
seperti berikut:-
5 saringan dan ke atas
- 3 peserta (pertama, kedua dan ketiga) dari setiap saringan dan sejumlah peserta (mengikut baki kekosongan lorong) yang mencatatkan masa terbaik dari kesemua saringan layak ke peringkat separuh akhir.
4 separuh akhir
- 1 peserta (pertama) dari setiap S/Akhir dan 4 lagi peserta yang mencatatkan masa terbaik dari keempat-empat S/Akhir layak ke peringkat akhir.
3 separuh akhir
- 2 peserta (pertama dan kedua) dari setiap separuh akhir dan dua lagi peserta yang mencatatkan masa terbaik dari ketiga-tiga separuh akhir layak ke peringkat akhir.
2 separuh akhir
- 3 peserta (pertama, kedua dan ketiga) dari setiap separuh akhir dan dua lagi peserta yang mencatatkan masa terbaik dari kedua-dua separuh akhir layak ke peringkat akhir.
11.3 Pertandingan acara-acara Lompat Tinggi dimulakan pada ketinggian minimum seperti berikut:-
Kelas Perempuan Lelaki
4 1.05 meter 1.10 meter
5 1.00 meter 1.05 meter
12. Gelanggang dan Alatan:
12.1 Seperti undang-undang MSSM / KOM
12.2 Spesifikasi peralatan yang digunakan adalah seperti tersebut dalam
peraturan 5.
12.3 Blok Permulaan:
Penggunaan dimestikan untuk semua kelas dalam acara-acara jarak 100m hingga 400m, semua acara lari berpagar dan, 4 x 100m, 4 x 200m dan 4 x 400m
13. Hadiah dan Penentuan Peserta Terbaik:
13.1 Semua acara disediakan hadiah – Pertama, Kedua dan Ketiga
13.2 Hadiah Peserta Terbaik akan diberi kepada Peserta Terbaik Lelaki B12 / B11 dan Perempuan B12 / B11 berdasarkan pencapaian mencatat rekod baru MSS Asean, MSSM, MSS Perak atau MSSD Kuala Kangsar dan sebagainya (mana yang lebih baik pencapaiannya).
13.3 Sekiranya tiada rekod diatasi/dicatat, jumlah pingat emas dalam acara individu akan diambil kira.
13.4 Sekiranya pungutan emas masih sama, pungutan perak atau gangsa dalam acara individu akan diambil kira.
13.5 Sekiranya kedudukan masih sama juga, maka keputusan akan dibuat berdasarkan jadual Mengira Mata IAAF bagi pencapaian terbaik acara tertentu setiap peserta.
14. Johan Antara Pasukan:
14.1 Hadiah Johan, Naib Johan dan tempat Ketiga Antara Pasukan
hanyalah bagi kategori berikut:-
14.1.1 Antara pasukan sekolah .
14.2 Penentuan Johan Pasukan ialah pasukan yang memenangi pingat emas
terbanyak. Jika berlaku seri, kiraan pingat perak terbanyak akan diambil kira,
jika masih seri, kiraan pingat gangsa terbanyak akan diambil kira. Jika masih
seri juga, maka pasukan-pasukan yang seri akan diisytihar sebagai Johan
bersama dan seterusnya.
15. Pakaian:
15.1 Peserta-peserta hendaklah berpakaian yang sesuai dan kemas sewaktu
mengambil bahagian dan menerima hadiah.
15.2 Pakaian hendaklah tidak jarang walaupun basah dan tidak menjolok mata.
15.3 Peserta juga dikehendaki berpakaian kemas (track-bottom dan berkasut)
semasa menerima hadiah.
16. Nombor Peserta:
16.1 Semua peserta yang bertanding dimestikan menggunakan nombor peserta
yang telah ditetapkan oleh sekolah / zon.
16.2 Nombor-nombor peserta hendaklah disediakan oleh sekolah masing-masing seperti yang dinyatakan di para 16.5.
16.3 Nombor-nombor peserta hendaklah dicetakkan dengan jelas dan tidak luntur apabila basah.
16.4 Saiz nombor mestilah tidak kurang dari 12cm tinggi, 6cm lebar dan tebal tulisan 1.5cm.
16.5 Setiap sekolah yang menyertai kejohanan ini hendaklah menggunakan nombor-nombor berikut untuk peserta masing-masing. Jika nombor dan warna kain yang berbeza digunakan, seseorang peserta itu akan dibatalkan kemenangannya dalam acara di mana ia melakukan kesalahan.
17. Warna Kain dan Nombor:
Perkara berikut hendaklah dipatuhi. Kesilapan/ pertukaran warna kain bagi kelas
yang ditetapkan akan menyebabkan peserta dibatalkan.
17.1 Warna kain peserta bawah 11 (kuning) dan bawah 12 (putih)
18. Bantahan:
18.1 Wang cagaran bantahan ialah RM 200.00 tunai dan wang cagaran ini akan
hangus sekiranya bantahan tersebut gagal. (Rujuk Peraturan 146 - KOM).
18.2 Tempoh masa untuk membuat bantahan ialah 15 minit selepas sesuatu acara
diumumkan.
18.3 Bantahan hanya boleh dibuat oleh Pengurus Pasukan. Pengurus Pasukan
dinasihatkan berjumpa Refri terlebih dahulu mengenai perkara yangmenimbulkan keraguan. Jika keputusan Refri tidak memuaskan hati, maka bolehlah ia membuat bantahan.
19. Kawasan Pertandingan / Peserta
19.1 Hanya pegawai-pegawai kejohanan yang bertugas dan peserta-peserta yang
sedang bertanding sahaja boleh berada di tempat pertandingan. 19.2 Pegawai-pegawai pasukan tidak dibenarkan masuk ke dalam arena pertandingan
kecuali diminta berbuat demikian oleh Pengurus Kejohanan. 19.3 Peserta-peserta dikehendaki berbaris sewaktu masuk dan keluar dari arena
pertandingan.
20. Hak Jawatankuasa Pengelola
20.1 Setiap acara akan dijalankan mengikut masa dan tarikh yang telah ditetapkan, tetapi
Jawatankuasa Pengelola berhak meminda susunan acara jika difikirkan perlu. Jika
berlaku pindaan, pengumuman rasmi akan dibuat.
20.2 Jawatankuasa Pengelola berhak memutuskan sebarang perkara yang tidak tersedia
dalam peraturan-peraturan ini, Perintah Am MSSM/MSSPk atau undang-undang
KOM.
21. Hal-Hal Lain
21.1 Jawatankuasa Pengelola tidak boleh dipertanggungjawabkan atas kehilangan barang-
barang kepunyaan pegawai atau peserta di dalam atau berdekatan dengan tempat
pertandingan serta atas apa jua kecederaan atau kemalangan pada masa pertandingan
dijalankan, sungguhpun beberapa persediaan akan diadakan untuk mengelakkan
kejadian-kejadian seumpama di atas.
21.2 Selain daripada pegawai-pegawai bertugas, tidak sesiapa pun dibenarkan memberi
sebarang arahan mengenai pertandingan ini ataupun melibatkan diri dalam perjalanan
pertandingan.
Penyelaras Teknik & Pembangunan Sukan Olahraga Msspk Daerah Kuala Kangsar 2017