1 1.0 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Setiap kegiatan bahasa mempunyai objek dan kajian linguistik juga tidak terkecuali dalam hal ini. Linguistik selalu dikatakan sebagai ilmu yang mengkaji tentang bahasa atau ilmu yang menjadikan bahasa sebagai objek kajiannya. Seperti dikatakan Martinet (1987:19) linguistik telaah ilmiah mengenai bahasa manusia. Bahasa sebagai objek kajian linguistik boleh dibandingkan dengan peristiwa-peristiwa alam yang menjadi objek kajian ilmu fizik, atau berbagai ilmu perubatan dan kaedah rawatan yang menjadi objek kajian dalam ilmu perubatan kedoktoran. Meskipun dalam dunia keilmuan bukan hanya linguistik yang mengambil bahasa sebagai objek kajiannya, tetapi linguistik tetap merupakan ilmu yang memperlakukan bahasa sebagai bahasa, sedangkan ilmu lain tidak sedemikian. Ilmu-ilmu lain yang turut menggunakan bahasa sebagai objek ialah ilmu sastera, ilmu sosial, psikologi dan sebagainya. Namun, untuk membezakan bagaimana bahasa
36
Embed
Jawapan Tugasan Kump Bahasa Sebagai Objek Linguistik
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
1
1.0 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Setiap kegiatan bahasa mempunyai objek dan kajian linguistik juga tidak
terkecuali dalam hal ini. Linguistik selalu dikatakan sebagai ilmu yang mengkaji
tentang bahasa atau ilmu yang menjadikan bahasa sebagai objek kajiannya.
Seperti dikatakan Martinet (1987:19) linguistik telaah ilmiah mengenai bahasa
manusia.
Bahasa sebagai objek kajian linguistik boleh dibandingkan dengan
peristiwa-peristiwa alam yang menjadi objek kajian ilmu fizik, atau berbagai ilmu
perubatan dan kaedah rawatan yang menjadi objek kajian dalam ilmu perubatan
kedoktoran. Meskipun dalam dunia keilmuan bukan hanya linguistik yang
mengambil bahasa sebagai objek kajiannya, tetapi linguistik tetap merupakan
ilmu yang memperlakukan bahasa sebagai bahasa, sedangkan ilmu lain tidak
sedemikian.
Ilmu-ilmu lain yang turut menggunakan bahasa sebagai objek ialah ilmu
sastera, ilmu sosial, psikologi dan sebagainya. Namun, untuk membezakan
bagaimana bahasa tersebut dijadikan sebagai objek kajian, kita harus melihat
perbezaan pendekatan ilmu-ilmu tersebut terhadap bahasa. Misalnya, ilmu
sastera mendekati bahasa sebagai sebagai karya seni atau sebagai sesuatu
alat untuk mengungkapkan keindahan budaya. Manakala, ilmu sosial pula
menggunakan bahasa sebagai alat komunikasi dalam masyarakat. Dalam ilmu
linguistik pula, pelbagai aspek bahasa yang dilihat untuk kajian linguistic.
Antaranya adalah hakikat bahasa, faktor bahasa dan faktor luar bahasa,
klasifikasi bahasa serta bahasa tulis dan sistem aksara.
2
1.2 Objektif kajian
a) Mendalami pendekatan bahasa yang digunakan dalam kajian linguistik.
b) Mengetahui secara terperinci hakikat bahasa yang menjadi pendekatan
dalam mengkaji ilmu linguistik.
c) Mengenal pasti faktor luar bahasa yang menjadi objek dalam kajian
makro linguistik seperti masyarakat bahasa, variasi dan status social
bahasa, penggunaan bahasa, kontak bahasa serta bahasa dan budaya.
d) Mengenali pengklasifikasian bahasa dan sistem aksara.
1.3 Kaedah kajian
Dalam tugasan ini, kami telah menggunakan kaedah rujukan, iaitu
menggunakan rujukan buku-buku ilmiah yang dipinjam dari Perpustakaan
Tunku Bainun Universiti Pendidikan Sultan Idris. Kami telah merujuk
sepenuhnya sumber dari perpustakaan tersebut bagi mendapatkan maklumat
mengenai tajuk tugasan ini, iaitu Bahasa Sebagai Objek Linguistik. Antara buku-
buku yang menjadi rujukan ialah Linguistik Suatu Pengantar, Linguistik Umum,
Studi Linguistik Umum Dan Historis Bandingan serta Linguistik Am. Selain itu,
kami juga menggunakan buku rujukan utama kami dalam kursus Bahasa dan
LInguistik yang ditulis oleh Dr. Hji Zulkeflee Hj Yaacob sebagai rujukan. Kami
juga menyoal pensyarah Bahasa dan Linguistik, iaitu Dr. Hj Zulkeflee Hj Yaacob
untuk mengembangkan isi tentang tugasan ini.
1.4 Batasan kajian
Kajian ini memfokuskan mengenai bahasa sebagai objek linguistik yang
dibahagikan kepada beberapa subtajuk seperti hakikat bahasa, bahasa dan
faktor luar bahasa, klasifikasi bahasa serta bahasa tulis dan sistem aksara..
3
Antara hakikat bahasa yang dibincangkan dalam tugasan ini ialah bahasa
sebagai sistem, bahasa sebagai lambang, bahasa adalah bunyi, bahasa itu
bermakna, bahasa baersifat arbitrari, bahasa itu konvensional, bahasa itu
produktif, bahasa itu unik, bahasa itu universal, bahasa itu dinamik, bahasa itu
bervariasi dan bahasa itu manuasiawi. Manakala, bahasa dan faktor bahasa
pula merangkumi masyarakat bahasa, variasi dan status sosial bahasa,
penggunaan bahasa, kontak bahasa serta bahasa dan budaya. Klasifikasi
bahasa pula meliputi klasifikasi genetik, klasifikasi tipologi, klasifikasi areal dan
klasifikasi sosialinguistik. Bahasa tulisan pula merujuk kepada sistem aksara
seperti aksara piktograf, ideograf, silabik dan fonemis.
1.5 Definisi konsep
Bahasa digunakan untuk berkomunikasi, meluahkan perasaan,
menyampaikan ilmu, memberi arahan dan sebagainya. Menurut Kamus Dewan
Edisi Ketiga (1996:87),bahasa ialah lambang bunyi bahasa yang dipakai
sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia. Bahasa
mencerminkan pemikiran, sikap, kebudayaan dan peradaban masyarakat.
Perkataan linguistik berasal daripada perkataan Latin iaitu “lingua” yang
membawa maksud bahasa. Linguistik secara umumnya ialah ilmu bahasa.
Linguistik ialah suatu sains yang mengkaji tentang bahasa. Linguistik dikatakan
sainstifik kerana empirikal berdasarkan sesuatu yang dilihat,didengar dan
dirasa. Oleh hal yang demikian, linguistik boleh ditakrifkan sebagai kajian
tentang bahasa manusia.
4
2.0 PERBINCANGAN DAN HURAIAN
2.1 Pengertian bahasa
Secara umumnya, masyarakat berpendapat bahawa definisi bahasa
adalah sekadar alat komunikasi seharian. Memang tidak dapat dinafikan
bahawa sukar untuk mendefinisikan takrifan bahasa itu sendiri kerana setiap
orang cuba untuk membuahkan pendapat masing-masing tentang pengertian
bahasa. Bahasa digunakan untuk berkomunkasi, meluahkan perasaan,
menyampaikan ilmu, memberi arahan, menipu, mengugut dan sebagainya.
Bahasa juga dapat menzahirkan pemikiran, peradaban dan kebudayaan
sesebuah masyarakat yang diamalkan dari satu generasi ke satu generasi
yang lain. Setiap kegiatan yang bersifat ilmiah tentu mempunyai objek.
Linguistik turut mempunyai objek, iaitu mengambil bahasa sebagai objek
kajiannya.
2.2 Hakikat bahasa
Bahasa sebagai objek linguistik dapat kita dekati melalui hakikat dari
bahasa, iaitu bahasa sebagai sistem, bahasa sebagai lambang, bahasa adalah
bunyi, bahasa itu bermakna, bahasa itu arbitrari, bahasa itu konvensional,
bahasa itu produktif, bahasa itu unik, bahasa itu universal, bahasa itu dinamik,
bahasa itu bervariasi dan bahasa itu manuasiawi.
2.2.1 Bahasa sebagai sistem
Perkataan sistem sudah biasa digunakan dalam kehidupan seharian
dengan makna “cara” atau “aturan”. Kaitan bahasa sebagai sistem dalam hal
5
keilmuan bererti susunan teratur berpola yang membentuk sesuatu yang
bermakna dan berfungsi. Setiap bahasa di dalam dunia sama ada yang baru
atau yang lama, moden atau kuno, mempunyai aturan-aturan dan rumus-rumus
yang tertentu dan jelas. Contohnya, semua bahasa di dunia mempunyai
golongan kata seperti penggolonggan kata nama dan kata kerja dalam
pengajian bahasa Melayu di Malaysia, bidang sintaksis juga mempunyai sistem.
Analisis klausa berdasarkan fungsi unsur-unsurnya iaitu subjek dan predikat.
Misalnya, Ali menendang bola. Ali adalah subjek manakala menendang bola
adalah predikat kepada klausa tersebut. Tanpa unsur tersebut, klausa tersebut
tidak akan gramatis. Selain itu, kajian linguistik juga merangkumi fonologi dan
morfologi.
2.2.2 Bahasa sebagai lambang
Lambang juga dijadikan sebagai salah satu infrastruktur bahasa yang
dikenali sebagai bahasa lambang. Bahasa lambang telah digunakan sebelum
Masihi apabila terdapat banyak lambang-lambang dijumpai di dinding gua, di
permukaan batu dan di atas dedaun. Contoh bahasa sebagai simbol yang
paling mudah ialah dengan melihat warna bendera kita kerana setiap warna
melambangkan sesuatu. Misalnya, warna merah melambangkan keberanian,
warna putih melambangkan kesucian, warna biru melambangkan perpaduan
dan warna kuning melambangkan kedaulatan raja-raja. Simbol atau lambang
merupakan satu daripada tanda. Tanda yang lain ialah tanda, isyarat, gejala,
gerak isyarat, kod, indeks dan ikon. Tanda dapat mewakili idea, fikiran,
perasaan, benda dan tindakan secara langsung dan alamiah (misalnya
6
kemalangan jalan raya dan keadaan selepas hujan). Simbol menandai sesuatu
yang lain secara konvensional, tidak secara alamiah (misalnya warna logo
institusi dan warna bendera). Tanda tidak bersifat arbitari, sedangkan simbol
bersifat arbitrari. Simbol amat erat hubungannya dalam kegiatan manusia dan
ini mencerminkan bahasa kerana bahasa ialah simbol. Isyarat ialah tanda yang
disengajakan supaya penerima bertindak balas (misalnya isyarat dalam acara
sukan atau lalu lintas). Gerak isyarat ialah tanda yang dilakukan dengan
gerakan badan yang mungkin berupa tanda atau lambang (misalnya gerakan
manusia dan haiwan). Gejala ialah tanda yang tidak disengajakan, tanpa
maksud tertentu, tetapi bersifat alamiah untuk menunjukkan sesuatu akan
berlaku ( misalnya ramalan doktor terhadap pesakit). Ikon pula ialah tanda yang
mirip dengan sesuatu yang diwakilinya (misalnya gambar bangunan dan
patung). Indeks ialah tanda kewujudan sesuatu yang lain (seperti asap yang
menunjukkan wujudnya api dan tanda penunjuk arah). Kod ialah tanda
wujudnya sistem, sama ada berupa lambang, isyarat atau gerak isyarat yang
mewakili fikiran, perasaan, idea, benda dan tindakan (bahasa rahsia).
2.2.3 Bahasa adalah bunyi
Bunyi yang dikatakan dalam bahasa itu merujuk kepada bunyi yang
dihasilkan oleh alat ujaran manusia. Ini juga terbatas kepada alat ujaran
manusia seperti mulut manusia, kerongkong dan rongga hidung. Bunyi-bunyi
yang dikeluarkan alat ujaran manusia ini dinamakan simbol-simbol bahasa,
Namun tidak semua bunyi yang keluar daripada alat ujaran manusia dikira
sebagai bahasa contohnya batuk dan bersin. Kenyataan bahawa bahasa itu
7
ujaran, ini menyebabkan para linguistik menganalisis bunyi-bunyi yang
dihasilkan sehingga terbentuknya cabang linguistik seperti fonetik dan fonologi.
Ujaran lisan merupakan bahasa primer dan bahasa tulisan merupakan bahasa
sekunder. Maka bahasa tulisan boleh dikatakan merupakan rakaman daripada
bahasa lisan. Bahasa yang harus diucapkan dalam bahasa tulisan digantikan
dengan tulisan huruf dan tanda lain megikut sistem bahasa Melayu. Antara
tulisan yang mempengaruhi bahasa Melayu pada peringkat awal ialah huruf
Jawi dan huruf Latin.
2.2.4 Bahasa itu bermakna
Bahasa sebagai lambang atau simbol, tentulah ada yang
dilambangkannya. Suatu yang dilambangkan itu ialah pengertian, konsep, idea,
atau fikiran yang disampaikan dalam bentuk wujud bunyi. Oleh kerana lambang
itu merujuk kepada sesuatu konsep, idea atau fikiran, maka bahasa itu
mempunyai makna. Misalnya, lambang yang mewujudkan bunyi [unta], lambang
tersebut merujuk pada sejenis binatang berkaki empat, mempunyai leher yang
panjang dan belakangnya berbonggol. Contoh lain, lambang yang mewujudkan
bunyi [rumah], maka lambang itu merujuk kepada konsep bangunan tempat
tinggal manusia yang berdinding dan beratap. Kemudian, lambang bunyi unta
dan rumah itu dihubungkan dengan benda nyata yang wujud. Dalam bidang
semantik, terdapat teori yang mengatakan bahawa makna itu sama dengan
bendanya, tetapi ada juga yang mengatakan bahawa makna itu adalah
konsepnya sebab tidak semua lambang bahasa yang ada bunyi itu mempunyai
8
hubungan dengan benda-benda konkrit di alam nyata. Misalnya lambang-
lambang bunyi [unta] dan [rumah] merupakan benda-benda konkrit di alam
nyata, tetapi semua lambang bunyi seperti [agama] dan [adil] tidak mempunyai
benda konkrit di alam nyata. Lebih jelas lagi, bahasa itu tidak mempunyai
rujukan di alam nyata. Lambang bunyi bahasa yang bermakna itu merupakan
satuan bahasa bentuk wujud morfem, kata, frasa,klausa, ayat dan wacana.
Morfem ialah makna leksikal, frasa, klausa dan ayat ialah makna gramatikal,
manakala wacana pula makna pragmatik atau makna konteks. Bentuk bunyi
yang tidak bermakna dalam bahasa apa pun, tidak boleh dianggap sebagai
bahasa kerana fungsi bahasa menyampaikan maklumat, konsep, idea atau
pemikiran.
2.2.5 Bahasa itu arbitrari
Bahasa itu dikatakan arbitrari kerana hubungan yang tidak tetap antara
makna bahasa dan ungkapan bahasa. Kita tidak boleh menghasilkan bunyi-
bunyi dan simbol-simbol bahasa dengan sesuka hati tanpa mempunyai
perkaitan khusus dengan makna yang dirujuk. Malahan, Misalnya, kita tidak
dapat menghuraikan mengapa cecair yang terbentuk daripada dua bahagian,
iaitu hidrogen dan oksigen dinamakan air, bukannya iar atau ria. Kita juga tidak
dapat menjelaskan mengapa dalam bahasa Melayu disebut bunga, bahasa
Jawa kembang, bahasa Inggeris flower dan bahasa Jepun hana. Hal iini
demikian kerana kearbitrarian lambang bunyi (penanda) dan konsep yang
dikandungnya (petanda). Penanda tidak memberi petunjuk terhadap konsep
yang diwakilinya. Jika ada hubungan wajib antara penanda dengan petanda,
9
tentulah tidak wujud jamak bahasa. Jika ada perbezaan pun tidaklah terlalu
banyak. Berlawanan dengan sifat ini ialah bunyi-bunyi ikonik yang mempunyai
hubungan secara langsung dengan benda yang diirujuk. Dalam beberapa
bahasa di dunia ini, terdapt bunyi-bunyi imitiatif seperti membebek yang merujuk
kepada kambing, mengiau untuk kucing dalam bahasa Melayu. Bunyi-bunyi
imitatif ini dinamakan onomatopia. Namun bunyi-bunyi ini masih terdapat sifat
kearbitariannya kerana terdapat perbezaan cara membunyikannya dalam
beberapa bahasa misalnya bunyi anjing. Salakan anjing dalam bahasa Inggeris
ialah wow-wow, bahasa Melayu woo-woo, bahasa Perancis gnaf-gnaf dan
bahasa Jepun wan-wan. Semua bunyi itu dianggap tepat dan betul kerana
bahasa itu arbitrari.
2.2.6 Bahasa itu konvensional
Sifat ini sebenarnya adalah lanjutan daripada sifat kearbitrarian yang
ada pada bahasa. Penggunaan lambang untuk sesuatu konsep tertentu bersifat
konvensional. Ahli masyarakat mematuhi persetujuan bahawa lambang tertentu
mewakili konsep tertentu. Jika persetujuan itu diubah, komunikasi akan
terganggu. Terdapat tiga keadaan konvensi yang berkaitan dengan makna
konvensional iaitu polisem, sinonim dan akronim. Polisem ialah satu lambang
dapat melambangkan lebih daripada satu konsep. Contohnya perkataan kepala
boleh bermaksud anggota badan manusia, ketua dan kepala lutut. Sinonim pula
ialah satu konsep yang boleh dilambangkan oleh lebih daripada satu lambang.
Misalnya perkataan mati mendokong makna perkataan meninggal dunia, korban
dan mampus. Akronim pula satu lambang untuk satu konsep. Contoh istilah
10
baru dalam bentuk akronim ialah gasar dan pulihara. Sifat bahasa yang
mempunyai makna ini membolehkan para ahli linguistik mengkaji bidang-bidang
seperti semantik, leksikografi, falsafah bahasa, penterjemahan dan sebagainya.
2.2.7 Bahasa bersifat unik
Sesuatu bahasa itu dikatakan unik kerana bahasa mempunyai ciri
khusus yang spesifik yang tiada pada bahasa lain. Ciri khusus ini berkaitan
dengan sistem bunyi, pembentukan kata, pembentukan ayat atau sistem yang
lain. Antara ciri keunikan bahasa Melayu ialah tekanan kata tidak bersifat
morfemis tetapi bersifat sintaksis. Ini bermakna jika kita memberi penekanan
pada kata dalam sesuatu ayat, makina kata itu tidak akan berubah tetapi
maksud keseluruhan ayat berubah. Contohnya, pada ayat berikut, dia menjolok
buah. Jika penekanan kata pada dia, maka makna ayat itu adalah orang itu
yang melakukan tindakan itu bukan orang lain. Kalau penekanan kata diberikan
kepada kata kerja menjolok, maka makna ayat itu bermaksud tindakan yang
dilakukan oleh dia ialah menjolok dan bukan tindakan lain misalnya memetik.
Manakala jika tekanan pada kata buah, maka makna ayat adalah buah yang
dipetik oleh dia.
2..2.8 Bahasa bersifat universal
Bahasa itu bersifat universal kerana setiap bahasa yang ada di dunia ini
mempunyai ciri-ciri yang sama. Ciri-ciri yang universal ini bersifat umum dan
dapat dikaitkan dengan ciri atau sifat bahasa lain. Antara ciri umum bahasa
yang bersifat ujaran ialah kewujudan bunyi vokal dan konsonan walaupun
11
jumlahnya berbeza. Misalnya, bahasa Melayu mempunyai 6 vokal dan 22
konsonan, bahasa Arab mempunyai 3 vokal pendek, 3 vokal panjang dan 28
konsonan serta bahasa Inggeris yang mempunyai 16 vokal (termasuk diftong)
dan 24 konsonan. Setiap bahasa juga mempunyai satuan yang bermakna
seperti kata, frasa, klausa, ayat dan wacana, namun cara pembentukannya
mungkin tidak sama. Kalau pembentukan itu bersifat khas dan dimiliki oleh
sebuah bahasa, maka itu merupakan keunikan bahasa tersebut.
2.2.9 Bahasa bersifat dinamik
Dinamik bahasa merujuk kepada sifat bahasa yang berubah-rubah, hal
ini demikian kerana bahasa mempunyai kaitan dengan manusia. Kegiatan
manusia yang sering berkembang akan menyebabkan berlakunya
perkembangan dan perubahan dalam sesuatu bahasa sama ada dari segi
fonologi, leksikal, morfologi, sintaksis atau semantik. Dari segi fonologi
misalnya, perkataan keparat dan naskah dalam bahasa Melayu dikatakan
berasal daripada perkataan kafarat dan nuskhatun dalam bahasa Arab. Tetapi
oleh sebab perubahan itu telah lama berlaku, maka ramai masyarakat yang
tidak menyedarinya. Perubahan budaya dan ilmu akan menyebabkan banyak
konsep baru telah terhasil dalam sesuatu bahasa sama ada melalui proses
peminjaman, penterjemahan, penciptaan dan sebagainya. Hal ini tidak berlaku
dalam komunikasi binatang yang bersifat statik. Misalnya anjing yang suka
menyalak ketika bergaduh telah berlaku sejak dahulu lagi.
2.2.10 Bahasa itu bervariasi
12
Setiap masyarakat bahasa pasti mempunyai variasi atau ragam bahasa
dalam pertuturan. Variasi bahasa boleh berlaku secara idiolek, dialek kawasan
dan dialek sosial. Idiolek adalah variasi bahasa yang bersifat perseorangan
kerana setiap masyarakat mempunyai bahasa masing-masing. Dialek pula
merujuk kepada kelainan bahasa dalam masyarakat yang berbeza dari segi
sebutan, kosa kata dan tatabahasa. Dialek boleh dibahagikan kepada dialek
kawasan dan dialek sosial. Dialek kawasan adalah variasi bahasa yang
digunakan oleh masyarakat dalam sesuatu kawasan. Dialek sosial pula merujuk
kepada bahasa yang digunakan oleh sekelompok mesyarakat berdasarkan
status sosial
2.2.11 Bahasa itu produktif
Walaupun unsur bahasa itu terbatas, tetapi unsur yang terbatas itu dapat
membentuk unsur yang tidak terbatas jumlahnya, sesuai dengan sistem bahasa
itu. Keproduktifan bahasa terbatas pada tingkat parole dan langue. Tingkat
parole bermaksud ketidaklaziman bentuk yang dihasilkan dan tingkat parole
bermaksud keterbatasan akibat kaedah atau sistem bahasa. Keproduktifan
pembentukan kata dengan imbuhan tertentu bergantung juga pada ciri inheren
bentuk dasarnya. Misalnya terdapat bentuk membukit, menaik dan meninggi,
tetapi tidak terdapat dalam bentuk dibukit, dinaik dan ditinggi.
2.2.12 Bahasa itu manusiawi
Bahasa itu dikatakan bersifat manuasiawi kerana bahasa merupakan
alat komunikasi manusia. Jika ditelitikan semula tentang ciri-ciri bahasa
13
sebelum ini, bahasa itu sistem bunyi yang dihasilkan oleh alat ucapan manusia,
bersifat arbitrer, bermakna dan produktif, maka binatang boleh dikatakan tidak
ada bahasa. Hal ini demikian kerana bahasa binatang dikatakan tetap dan
bahasa binatang tidak dapat berkembang. Oleh hal yang sedemikian, bahasa
itu disifatkan sebagai manusiawi kerana bahasa itu milik manusia. Alat
komunikasi binatang pula terbatas untuk memenuhi keperluan hidup dengan
menghasilkan bunyi-bunyi khas.
2.3 Bahasa dan Faktor Luar Bahasa
Objek kajian linguistik mikro adalah struktur intern bahasa atau sosok
bahasa itu sendiri sedangkan objek kajian linguistik makro adalah bahasa dalam
hubungannya dengan faktor-faktor di luar bahasa. Objek kajian linguistik makro
sangat luas dan beragam. Masalah yang erat kaitannya dengan kegiatan sosial
di dalam masyarakat, lebih jelasnya hubungan bahasa dengan masyarakat.
2.3.1 Masyarakat Bahasa
Masyarakat bahasa adalah sekelompok orang yang merasakan mereka
sebangsa, seketurunan, sewilayah tempat tinggal atau mempunyai kepentingan
sosial yang sama. Selain itu, bahasa masyarakat juga merujuk kepada
sekelompok orang yang merasakan mereka menggunakan bahasa yang sama.
Misalnya, secara linguistik bahasa Melayu dan bahasa Indonesia adalah
bahasa yang sama kerana kedua-dua bahasa tersebut berasal daripada
rumpun bahasa yang sama, iaitu rumpun bahasa Melayu. Kedua-dua
14
masyarakat juga dapat memahami antara satu sama lain jika berbicara kerana
terdapat persamaan dalam bahasa masing-masing.
2.3.2 Variasi dan Status Sosial Bahasa
Variasi bahasa merujuk kepada kepelbagaian bahasa yang disebabkan
oleh kepelbagaian masyarakat yang mempunyai latar belakang yang berbeza
seperti latar belakang umur, jantina, pendidikan atupun kerjaya. Berdasarkan
penutur, variasi bahasa boleh dibezakan dengan dialek kawasan, dialek sosial
dan idiolek. Terdapat dua jenis perbezaan bahasa dalam variasi bahasa
berdasarkan status pemakaiannya, iaitu variasi bahasa tinggi (T) dan variasi
bahasa rendah (R). Variasi bahasa tinggi (T) digunakan dalam urusan rasmi
seperti dalam urusan pentadbiran dan bahasa pengantar dalam pendidikan.
Manakala variasi bahasa rendah (R) pula digunakan dalam situasi tidak formal
seperti perbualan seharian, komunikasi dengan ahli keluarga dan sebagainya.
2.3.3 Penggunaan bahasa
Hymes (1974) seorang pakar sosiolinguistik mengatakan bahawa suatu
komunikasi dengan menggunakan bahasa harus memperhatikan lapan unsur
yang diakronimkan menjadi SPEAKING. (1) setting and scene: unsur yang
berkenaan dengan tempat dan waktu terjadinya percakapan, (2) paticipants:
orang-orang yang terlibat dalam percakapan, (3) ends: maksud dan hasil
percakapan, (4) acts sequences : hal yang merujuk pada bentuk dan isi
percakapan , (5) key : menunjuk pada cara atau semangat dalam
melaksanakan percakapan, (6) instrumentalities : menunjuk pada jalur