7/27/2019 Jambatan Pulau Pinang http://slidepdf.com/reader/full/jambatan-pulau-pinang 1/12 Jambatan Pulau Pinang merupakan jambatan yang terpanjang di Malaysia dan keempat terpanjang di Asia Tenggara. Jambatan mempunyai panjang kira-kira 13.5 kilometer di mana 8.4 kilometer daripadanya merentasi laut. Jambatan ini menghubungkan Pulau Pinang di Lebuhraya Jelutong, Bayan Lepas dengan tanah besar semenanjung di Seberang Perai. Kerja pembinaan bermula pada tahun 1982 dan siap dibina pada tahun 1985, hanya 3 tahun sahaja dan memakan belanja sebanyak RM 850 juta. Jambatan ini membawa kebanggaan kepada negara. Ia diakui sebagai pencapaian kejuruteraan yang cemerlang di dunia. Ini adalah kerana struktur tengahnya merupakan antara jambatan kabel-penahan (cable-stayed bridge) yang terawal di dunia. Isi kandungan [sorokkan] 1 Spesifikasi jambatan [1] 2 Galeri 3 Lihat juga 4 Rujukan 5 Pautan luar [sunting]Spesifikasi jambatan [1] Panjang keseluruhan: 13.5 km (8.4 batu) Panjang melintasi air: 8.4 km (5.2 batu) Laluan Pulau Pinang: 1.5 km (1.0 batu) Laluan Seberang Prai: 3.6 km (2.2 batu) Laluan: 6 Laluan Tinggi menara dari aras air: 101.5 Meter Tinggi jambatan dari aras air: 33 Meter Gantungan utama: 225 Meter Gantungan hujung: 107.5 Meter Gantungan lain: 40 Meter Had laju: 80 km/j
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Terdapat beberapa jenis rekabentuk tradisional dan campuran yang boleh dilihat diseluruh Malaysia.
Secara amnya, rekabentuk ini diklasifikasikan mengikut rekabentuk bumbung iaitu; Bumbung
Panjang, Bumbung Lima, Bumbung Limas dan Bumbung Perak. Rekabentuk ini boleh dilihat
disegenap pelusuk tanahair. Untuk orang kebanyakan, rekabentuk Bumbung Panjang adalah yang
paling popular oleh kerana keringkasan rekabentuknya dan penjimatan kos serta masa pembinaan
Hari Raya Aidilfitri (Bahasa Arab: ; 'Ayd al-Fiṭr; "perayaan fitrah") disambut pada
1 Syawal tahun Hijrah. Perayaan tersebut juga dikenali sebagai Hari Raya Puasa, Hari Raya Fitrah,
dan Hari Lebaran. Hari Raya Aidilfitri merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di
seluruh dunia tidak kira bangsa sama ada Melayu,India-Muslim dan lain-lain bangsa di seluruh dunia
yang beragama Islam bagi menandakan berakhirnya bulan Ramadhan yang mana umat Islam telah
menjalani ibadat puasa dengan tekun. Ia merupakan antara dua perayaan terbesar bagi umat Islam,
selain Hari Raya Korban.
Hari Raya Puasa bermula melalui dua cara; iaitu melalui rukyah (melihat anak bulan) ataupun secarahisab(kiraan). Sekiranya melalui rukyah, apabila anak bulan kelihatan, ini menandakan bermulanya
bulan Syawal, iaitu bulan ke-10 dalam Takwim Hijrah Islam. Di Malaysia, anak bulan akan
diperhatikan oleh pegawai bertugas pada sebelah petang hingga waktu maghrib di beberapa tempat
strategik.
Perayaan Hari Raya Puasa merupakan berakhirnya tempoh untuk membayar zakat fitrah
iaitu zakat yang dikenakan kepada mereka yang masih hidup sehingga masa itu. Zakat fitrah tidak
perlu dibayar bagi mereka yang telah meninggal dunia. Kebiasaannya orang Islam juga akan mula
membayar zakat fitrah semenjak bulan puasa bermula dan zakat fitrah ini akan berhenti dikutip
apabila solat sunat Aidilfitri dimulakan. Oleh itu, pada kebiasaannya solat sunat Aidilfitri dilewatkan
sedikit berbanding solat sunat Aidiladha. Hikmahnya dilewatkan sedikit solat sunat Aidilfitri adalahbagi memberi peluang kepada mereka yang belum membayar zakat untuk menunaikan kewajipan
mereka dan disunatkan makan dahulu sebelum pergi ke masjid. Berlainan pula, solat sunat Aidiladha
digalakkan diawalkan waktunya bagi memberi lebih banyak masa untuk penyembelihan korban. [1]
Apabila tarikh Hari Raya telah ditentukan, umat Islam akan bertakbir dan bertahmid sambil memuji
kebesaran Allah. Tempoh ber takbir bagi Hari Raya Aidilfitri adalah antara terbenamnya matahari(hari
terakhir bulan Ramadan) sehingga solat sunat Hari Raya Aidilfitri bermula pada pagi 1 Syawal tahun
Hijrah. Hari raya disambut pada pagi hingga malam.
Simbol terkenal bagi perayaan Hari Raya di Malaysia ialah ketupat. Ketupat adalah juadah istimewayang masih dihidangkan pada hari ini. Ketupat adalah nasi yang dikukus di dalam anyaman daun
kelapa atau daun palas dan selalunya dihidangkan bersama dengan rendang. Juadah-juadah yang
lain termasuklah lemang, lontong, dodol, dan kuih raya.
Namun begitu, simbol lain yang berteraskan Islam seperti kalimah Allah dan Nabi Muhammad,
bunga-bungaan, tumbuh-tumbuhan, geometri, dan lain-lain yang tiada unsur haram juga adalah
digalakkan untuk digunakan sebagai simbol perayaan Hari Raya Aidilfitri.
Hari Deepavali (Bahasa Hindi: िदपावली , Bahasa Tamil: தபவள) juga dikenali
sebagai Diwali dan Divali (Bahasa Hindi: ि ीवाली ) merupakan perayaan yang disambut oleh semua
penganut yang beragama Hindu di seluruh dunia dan merupakan hari cuti di Malaysia. Perkataan
Deepavali merupakan gabungan perkataan "Dipa" yang beerti cahaya dan perkataan "Gavali" yang
beerti barisan. Perayaan Deepavali ini disambut pada hari ke 14 bulan Aipasi dalam kalendar
Tamil (antara bulan Oktober dan November) Tamil Nadu dan Malaysia, [1]
dan juga dikenali sebagai
pesta cahaya.
Menurut lagenda, Raja Narakasura yang kejam dan selalu memeras rakyatnya, telah dikalahkan dan
dibunuh oleh Dewa Krishnan. Sebelum mati, Raja Narakasura meminta semua manusia agar mereka
merayai hari kemenangan itu sebagai peringatan kepada yang mereka yang baik tentang godaan
hantu dan syaitan, peringatan kepada mereka yang lupa agar berbuat baik dan menjauhi daripada
membuat kejahatan sesama manusia.
Pelita yang dipasang dalam barisan dapat dilihat dinyalakan di rumah penganut Hindu bagi
melambangkan kejayaan kebaikan mengatasi kejahatan yang dirayakan sebagai perayaan Deepavali