JAMBATAN PERTAMA PULAU PINANG
JAMBATAN PERTAMA
PULAU PINANG
Jambatan Pulau Pinang mempunyai panjang kira-kira 13.5 kilometer di mana 8.4 kilometer
daripadanya merentasi laut. Jambatan ini juga menghubungkan Pulau Pinang di Lebuhraya
Jelutong, Bayan Lepas dengan tanah besar semenanjung di Seberang Perai. Kerja-kerja
pembinaan bermula pada tahun 1982 dan siap dibina pada tahun 1985 dan memakan belanja
sebanyak RM 850 juta.
Jambatan ini merupakan
kebanggaan kepada
negara kerana ia diakui
sebagai pencapaian
kejuruteraan yang
cemerlang di dunia. Ini
adalah kerana struktur
tengahnya merupakan
antara jambatan kabel-
penahan (cable-stayed
bridge) yang terawal di
dunia.
Spesifikasi Jambatan
Panjang keseluruhan: 13.5 km (8.4 batu)
Panjang melintasi air: 8.4 km (5.2 batu)
Laluan Pulau Pinang: 1.5 km (1.0 batu)
Laluan Seberang Prai: 3.6 km (2.2 batu)
Laluan: 6 Laluan
Tinggi menara dari aras air: 101.5 Meter
Tinggi jambatan dari aras air: 33 Meter
Gantungan utama: 225 Meter
Gantungan hujung: 107.5 Meter
Gantungan lain: 40 Meter
Had laju: 80 km/j
Perdana Menteri, Ketua Menteri Pulau Pinang dan
Menteri Kerja Raya bersama pasangan masing-
masing sewaktu perasmian
Tun Mahathir menyeberangi Jambatan Pulau
Pinang dengan kereta Proton Saga merah pada
majlis perasmiannya 3 Ogos 1985
Kerja-kerja pembinaan jambatan Pulau Pinang
mengambil masa empat tahun Hanya sekali dalam sejarah, majlis makan malam
diadakan di atas Jambatan Pulau Pinang
JAMBATAN
SULTAN ABDUL HALIM MU’ADZAM SHAH
Jambatan Kedua Pulau Pinang ialah sebuah jambatan baru yang telah
siap pembinaan. Ianya telah dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri pada
1 Mac 2014 dan dinamakan sebagai Jambatan Sultan Abdul Halim
Mu’adzam Shah. Jambatan ini menghubungkan Batu Kawan di Seberang
Perai dan Batu Maung di Pulau Pinang. Jambatan ini mempunyai empat
lorong dengan dua lorong motosikal dibina di atas jambatan ini.
Tembakan Bunga Api Di lepaskan Ketika YAB Perdana Menteri
Selesai Melancarkan Gimik Perasmian YAB Perdana Menteri Ketika Majlis Perasmian Jambatan
Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah
YAB Perdana Menteri Membuat Tinjauan Diatas Jambatan
Sultan Abdul Halim Mua’dzam Shah Antara Tetamu Kehormat Yang Turut Hadir Pada Majlis
Perasmian Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah
Panjang jambatan ini ialah 24 km (15 batu) dimana 17 km (10 batu) akan merentasi Selat Selatan yang
menghubungkan Pulau dan Seberang Perai, 1.5 km (1 batu) akan berada di kawasan Batu Maung,
sementara 6 km (3 batu) akan berada di kawasan Batu Kawan. Enam persimpangan lebuh raya akan
dibina dalam projek ini. Jambatan ini menelan kos RM 3 bilion dan bakal menjadi jambatan yang
terpanjang di Malaysia dan Asia Tenggara
Lawatan Kerja YB Menteri Kerja Raya
Ke Jambatan Ke 2 Pulau Pinang Pada 12 Disember 2013 Lawatan Kerja YAB Perdana Menteri
Ke Jambatan Ke 2 Pulau Pinang Pada 1 Mei 2013
Lawatan Kerja Ketua Pengarah ICU JPM
Ke Jambatan Ke 2 Pulau Pinang Pada 14 April 2013 Menara Tengah Jambatan Ke 2 Pulau Pinang
Dalam Proses Pembinaan