Pengenalan Sejarah Bendera Malaysia- Jalur Gemilang
INSTITUT PENDIDIKAN GURUKAMPUS SULTAN ABDUL HALIM08000 SUNGAI
PETANI, KEDAH.
TUGASAN KUMPULANNAMA PELAJARNO. KAD PENGENALANKUMPULAN/UNIT
1. LIM SHI ENN
931202-08-6056P6A
2. CHONG YEE LING
930311-12-5312P6B
3. SHIRLEY VOO PIT FUN
930909-12-5122P6B
4. FAREHAH BT BAKRY
920129-09-5090P6E
5. TAN WEI HUI
930826-07-5676P6E
KOD DAN NAMA KURSUS : SJH3163E MALAYSIA NEGARA KITATAJUK
TUGASAN: SIMBOL-SIMBOL NEGARA JALUR GEMILANGNAMA PENSYARAH : ENCIK
BASKARAN A/L SUBRAMANIAMTARIKH HANTAR : 15 OGOS 2015
ISI KANDUNGANBILPERKARAMUKA SURAT
1Pengenalan ( Sejarah Bendera Malaysia )
2Maksud Rekabentuk Bendera Malaysia
3Cara dapat Nama Jalur Gemilang
4Maksud Nama Jalur Gemilang
5Ukuran Bendera
6Asal-usul Jalur Gemilang
7Cadangan Nama-nama Bendera
8Perisytiharan Nama Jalur Gemilang
9Lirik Lagu
10Tafsiran Jalur Dan Warna Pada Jalur Gemilang
11Kepentingan Jalur Gemilang Cara-cara menghormati Jalur
Gemilang Panduan mengibarkan Jalur Gemilang Susunan Keutamaan
Bendera
12Aktiviti-aktiviti Kempen Mengibar Jalur Gemilang Sambutan Hari
Kemerdekaan ke 57
PENGHARGAAN
Pertama sekali, kami ingin melahirkan syukur kepada Tuhan di
atas segala petunjuk dalam malaksanakan Kerja Kursus Malaysia
Negara Kita (SJH3163E). Kami sangat bersyukur kerana berjaya
menyiapkan tugasan kumpulan ini pada masa yang ditetapkan.
Selain itu, kami ingin mengambil kesempatan ini untuk
mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Baskaran A/L
Subramaniam selaku pensyarah mata pelajaran Malaysia Negara Kita
(SJH3163E) dan pembimbing kerja kursus ini yang telah memberi
bimbingan dan tunjuk ajar semasa proses penghasilan kerja kursus
ini. Beliau telah memberikan taklimat kepada kita sebelum memulakan
tugasan ini. Di samping itu , beliau sanggup meluangkan masa untuk
berbincang dengan saya tentang soalan kerja kursus walaupun beliau
agak sibuk dengan hal-hal pengajaran pelajar-pelajar lain.
Pada masa yang sama , kami juga ingin mengucapkan terima kasih
dengan ahli kumpulan yang sudi luangkan masa untuk berbincang dan
bekerjasama antara satu dengan lain. Perbincangan dengan
rakan-rakan telah memudahkan kami menghasilkan satu folio bagi
tajuk Jalur Gemilang.
Sekali lagi kami mengucapkan terima kasih kepada semua pihak
yang telah memberi bantuan kepada saya untuk menyiapkan tugasan
ini.
Pengenalan Sejarah Bendera Malaysia- Jalur Gemilang
Sejarah Bendera Malaysia bermula apabila Majlis Raja-Raja
Persekutuan Tanah Melayu menubuhkan satu Jawatankuasa pada tahun
1949 untuk menimbang serta membuat perakuan berkenaan dengan
Bendera Persekutuan Tanah Melayu.
Satu pertandingan merekaciptabendera Persekutuan Tanah
Melayutelah diadakan oleh Majlis Perundangan Persekutuan dalam
tahun 1949. 373 orang telah mengambil bahagian di dalam
pertandingan ini dan tiga rekabentuk bendera telah dipilih ke
peringkat akhir: Reka bentuk pertama ialah lambang keris bersilang
di tengah-tengah dengan dikelilingi oleh 11 bintang pecah lima.
Reka bentuk kedua hampir serupa dengan rekabentuk pertama kecuali
11 bintang pecah lima itu disusun dalam dua bulatan mengelilingi
Keris Bersilang tersebut. Reka bentuk ketiga ialah 11 jalur
biru-putih dengan Bulan Bintang berwarna kuning di bahagian tepi
kiri.
Sebelum memilih reka bentuk bendera yang menjadi juara, Majlis
Perundangan Persekutuan telah menjemput orang ramai untuk memberi
pendapat masing-masing tentang reka bentuk yang disukai oleh
mereka. Pendapat umum ini telah disiarkan oleh The Malay Mail.
Pada 28 November 1949, keputusan telah dibuat berdasarkan suara
majoriti orang ramai yang memilih reka bentuk ketiga yang dicipta
oleh seorang Arkitek Kerajaan di Johor iaitu Encik Mohamad bin
Hamzah.
Pada 22 dan 23 Februari 1950, Mesyuarat Majlis Raja-Raja telah
bersetuju dengan Reka bentuk bendera tersebut dengan beberapa
pindaan.
Pada 19 April 1950 Majlis Perundangan Persekutuan telah
meluluskan usul yang dibentangkan oleh Pemangku Ketua Setiausaha
Negara seperti berikut:
"That in the opinion of this Council, the Flag of the Federation
of Malaya should be as follows:-
Eleven horizontal stripes alternately red and white in colour,
the uppermost stripe being red, having a blue quarter with a
cresent and eleven-pointed star in yellow superimposed, the
standard size of the flag to be six feet by three feet."Rekabentuk
tersebut diubah dengan menukar warna putih pada bulan dan bintang
kepada warna kuning untuk melambangkan warna diraja bagi raja-raja
Melayu dan juga menambah bucu bintang kepada 11 untuk mengambil
kira jumlah negeri yang ada dalam Persekutuan Tanah Melayu.
Reka bentuk bendera tersebut telah mendapat kelulusan King
George VI pada 19 Mei 1950.
Pertama kaliBendera Persekutuan Tanah Melayudikibarkan ialah
dalam majlis menaikkan bendera tersebut yang dianjurkan oleh
Pesuruhjaya Tinggi British pada 26 Mei 1950 di perkarangan Istana
Sultan Selangor dengan dihadiri oleh DYMM Raja-Raja Melayu dan
Pegawai-Pegawai King George VI.
Percantuman Sabah, Sarawak dan Singapura dengan Persekutuan
Tanah Melayu telah melahirkan sebuah negara baru iaitu Malaysia.
Dengan percantuman itu, bendera Persekutuan Tanah Melayu telah
diubahsuai untuk mengambil kira penambahan negeri-negeri
tersebut.
Duli-Duli yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu dan Tuan-Tuan Yang
Terutama Gabenor-Gabenor dalam satu Persidangan Majlis Raja-Raja
menjelang pembentukan Malaysia telah memperkenankan iaitu reka
bentuk Bendera Malaysia hendaklah mengikut reka bentuk Bendera
Persekutuan Tanah Melayu dengan pengubahsuaian pada bilangan
jalur-jalur dan bintang pecah 14 bagi menunjukkan 14 buah negeri
baru bagi Persekutuan Malaysia.Walaupun Singapura berpisah daripada
Malaysia pada 9 Ogos 1965, namun jalur-jalur dan bintang pecah 14
terus dikekalkan hingga sekarang. Kini jalur-jalur dan bintang
berpenjuru 14 melambangkan keanggotaan yang sama dalam Persekutuan
13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan (terdiri daripada 3 Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.)
Keratan Akhbar Berita Minggu 24 Ogos 2008.
Surat Hamzah ketika menghantar rekaan bendera Malaysia. Maksud
Rekabentuk Bendera Malaysia-Jalur GemilangBendera Malaysia dikenali
sebagai Jalur Gemilang, mengandungi 14 jalur merah dan putih
(melintang) yang sama lebar bermula dengan jalur merah di sebelah
atas dan berakhir dengan jalur putih di sebelah bawah, tanda
keanggotaan yang sama dalam persekutuan 13 buah negeri dan 1
kerajaan persekutuan - Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri
Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Sabah, Sarawak,
Selangor dan Terengganu dan Kerajaan Persekutuan.
Bahagian yang berwarna biru tua di atas sebelah kiri membawa ke
bawah hingga atas jalur merah yang kelima itu maknanya perpaduan
rakyat Malaysia. Bahagian biru tua itu mengandungi anak bulan tanda
agama Islam- agama rasmi bagi Persekutuan Malaysia seperti
tertakluk di bawah Perlembagaan Negara Malaysia.
Bintang pecah 14 itu tanda perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan
Persekutuan. Warna kuning pada anak bulan dan bintang itu ialah
warna Diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja.
Bagaimana Bendera Malaysia Mendapat Nama Jalur GemilangPada
malam 31 Ogos 1997 sempena Hari Kemerdekaan negara yang ke-40,
Perdana Menteri, Tun Mahathir bin Mohamad telah mengisytiharkan
nama bendera Malaysia sebagai Jalur Gemilang di Dataran Merdeka,
Kuala Lumpur.Sebelum itu, pada tahun 1995, Datuk Hashim Mat Dris
mencadangkan bendera Malaysia diberikan nama rasmi seperti bendera
kebangsaan Indonesia digelar Sang Saka Merah Putih, United Kingdom
Union Jack, Amerika Syarikat Star Spangled Banner dan bendera
Perancis digelar Tricolor.Beliau memberi cadangan bendera Malaysia
dinamakan sebagai "Si Tuah". Sempena nama Hang Tuah, pahlawan
Melayu yang berani, gagah perkasa dan setia kepada raja. Cadangan
beliau itu kemudiannya telah diusulkan kepada Perdana Menteri
ketika itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad.Pada 11 Julai 1995 Tun Dr.
Mahathir telah bersetuju supaya diadakan satu peraduan bagi memilih
nama yang sesuai untuk bendera Malaysia. Oleh itu, satu
Jawatankuasa Induk Peraduan Mencipta Nama Bendera Malaysia
ditubuhkan. Jawatankuasa tersebut dipengerusikan oleh Ketua
Setiausaha Negara, Tan Sri Ahmad Sarji Abdul Hamid dan dianggotai
oleh wakil daripada beberapa kementerian dan agensi yang
berkenaan.Dalam mesyuarat pada 1 April 1996, jawatankuasa induk
peraduan mencipta nama bendera Malaysia telah bersetuju bahawa
pemilihan cadangan nama bendera Malaysia tidak perlu dibuat melalui
peraduan tetapi memadai dipilih daripada senarai nama yang
dikemukakan oleh ahli-ahli jawatankuasa yang terdiri daripada
wakil-wakil kementerian dan agensi yang berkaitan. Tun Dr. Mahathir
Mohamad bersetuju dengan cadangan tersebut. Nama Jawatankuasa itu
kemudiannya ditukar menjadi Jawatankuasa Induk Menamakan Bendera
Malaysia.Jawatankuasa itu telah menimbang 75 cadangan nama berserta
huraiannya. Setelah penelitian dibuat, tiga cadangan nama dipilih
iaitu Setia Perkasa, Seri Setia Perkasa dan Seri Setia Negara.
Cadangan nama-nama tersebut dipilih kerana ia didapati sesuai
sebagai lambang sejarah dan perjuangan negara serta mampu memupuk
semangat jitu di kalangan rakyat untuk terus maju membina sebuah
negara yang aman makmur.Pada 11 September 1996, usul dikemukakan
kepada Jemaah Menteri mengenai tiga nama cadangan yang dipilih.
Namun, kesemua nama-nama tersebut gagal memikat hati ahli-ahli
mesyuarat Kabinet yang berpandangan bahawa ia tidak benar-benar
melambangkan sifat dan semangat yang diwakili oleh bendera Malaysia
itu sendiri.Jemaah Menteri kemudiannya meminta supaya
cadangan-cadangan baru dikemukakan. Berikutan keputusan itu,
Jawatankuasa Induk Menamakan Bendera Malaysia bersidang semula
untuk mencari cadangan nama-nama baru untuk bendera Malaysia.Dalam
mesyuarat pada 2 Jun 1997 yang dipengerusikan oleh Tan Sri Abdul
Halim Ali, Ketua Setiausaha Negara pada waktu itu sebanyak 28
cadangan nama dipertimbangkan. Setelah membuat penelitian,
mesyuarat bersetuju memilih tiga nama mengikut keutamaan seperti
berikut: Jalur Gemilang, Jalur Nusa Gemilang dan Jalur Sinar
Gemilang.Apabila ketiga-tiga cadangan nama tersebut dibentangkan
pada 9 Julai 1997, Jemaah Menteri telah bersetuju supaya bendera
Malaysia diberi nama Jalur Gemilang.Nama Jalur Gemilang diilhamkan
oleh Tuan Haji Md. Rebuan @Md. Redzuan Bin Tumin Pegawai Dari
Jabatan Muzium Antikuiti.
Maksud Nama Jalur GemilangJALUR - menggambarkan Bendera Malaysia
yang mempunyai 14 jalur merah dan putih. Oleh itu, lambang jalur
pada Bendera Malaysia menggambarkan satu haluan yang lurus, hala
tuju yang sama dan arah yang sama yang dianuti oleh rakyat negara
ini dari Perlis hingga ke Sabah dalam menuju kegemilangan bangsa
dan negara.GEMILANG - bermaksud bercahaya, terang dan cemerlang.
Oleh yang demikian Bendera Malaysia Jalur Gemilang memberi
pengertian bahawa jalur atau bendera itu melambangkan kecemerlangan
negara Malaysia dan rakyat Malaysia dalam mengharungi apa bidang
kehidupan sekali pun sama ada di dalam atau di luar negara.
Kesungguhan, kegigihan dan kesanggupan rakyat untuk menaikkan imej
negara, sesungguhnya sentiasa mendapat petunjuk dan pedoman yang
terang lagi jelas.
Ukuran Bendera
Asal-usul Jalur GemilangJalur Gemilang adalah nama rasmi yang
diberikan kepada bendera Malaysia idea untuk memberikan nama
tersebut diusulkan oleh Dato' Hashim bin Mat Idris memandangkan
bendera Malaysia pada waktu itu masih belum mempunyai nama.Cadangan
tersebut telah dikemukakan kepada Perdana Menteri, Mahathir Mohamad
dan pada 11 Julai 1995, beliau telah bersetuju supaya diadakan satu
peraduan bagi mencari nama sesuai untuk Bendera Malaysia.
Penyertaan kali ini dihadkan kepada pihak-pihak tertentu
sahaja.Ekoran dari itu, satu mesyuarat untuk menubuhkan
Jawatankuasa Induk telah diadakan pada 24 Ogos 1995 dengan
dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Kabinet) Jabatan
Perdana Menteri. Dalam mesyuaratnya pada 1 April 1996, jawatankuasa
telah memutuskan bahawa pemilihan nama tidak perlu dipertandingkan
sebaliknya dipilih dari senarai nama-nama yang dikemukakan oleh
Ahli-ahli Jawatankuasa.Cadangan nama bendera yang dikemukakan perlu
mengambilkira kriteria yang ditetapkan iaitu nama bendera hendaklah
dalam Bahasa Melayu, bersifat emotif, iaitu yang boleh menggerakkan
semangat dan kesetiaan kepada bangsa dan negara, serta prosa-prosa
yang menarik dari zaman lampau yang melambangkan keperwiraan,
kesetiaan dan lain-lain.Pada 1 Julai 1996, Urusetia telah
mengemukakan sebanyak 75 cadangan nama serta ulasan-ulasan dengan
mengenai nama-nama bendera yang dicadangkan oleh Ahli-ahli
Jawatankuasa untuk pemilihan.Dari jumlah tersebut, tiga nama telah
disenaraipendekkan -Setia Perkasa -Seri Setia Perkasa-Seri Setia
Negara
Cadangan Nama-nama BenderaWalaubagaimanapun, Jemaah Menteri
dalam mesyuarat pada 11 September 1996 telah menolak ketiga-tiga
nama tersebut kerana nama-nama terbabit tidak mempunyai kaitan atau
huraian perihal bendera itu sendiri dan bersetuju agar cadangan
nama baru dikemukakan.Susulan dari itu, pihak Urusetia telah
menerima sebanyak 28 cadangan nama baru daripada Ahli Jawatankuasa
untuk dipertimbangkan. Antara nama-nama yang dicadangkan: 1. Rukun
2. Malaysia Raya 3. Jalur Citra Nusa, 4. Jalur Padu Nusa, 5. Jogan
Nasional, 6. Jalur Sateria Negara, 7. Jalur Nusa Gemilang 8. Jalur
Sinar Gemilang 9. N.U.S.A, 10. Sang Perkasa Wangsa 11. Mega Sakti
12. Jalur Gemilang 13. Saga Merah14. Wirawan Jaya
Perisytiharan Nama Jalur Gemilang Dalam mesyuaratnya yang
dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara pada 2 Jun 1997, Ahli
Jawatankuasa telah memilih tiga nama mengikut keutamaan iaitu Jalur
Gemilang, Jalur Nusa Gemilang dan Jalur Sinar Gemilang untuk
dikemukakan kepada Jemaah Menteri.Jemaah Menteri akhirnya telah
memutuskan untuk memilih Jalur Gemilang sebagai nama baru bagi
Bendera Malaysia. Nama Jalur Gemilang telah dicadangkan oleh Encik
Redzuan Tumin, Pegawai daripada Jabatan Muzium Negara dan
Antikuiti.Perisytiharan nama Jalur Gemilang pada Bendera Malaysia
telah diadakan pada 30 Ogos 1997, jam 11.58 malam oleh Perdana
Menteri, Y.A.B Dato'Seri Dr Mahathir Mohamad di Dataran Merdeka,
Kuala Lumpur.
Lirik LaguJalur Gemilang
Merahmu bara semangat wajaPutihmu bersih budi pekertiKuning
berdaulat payung negaraBiru perpaduan kami semua
Puncak dunia telah kau tawanLautan luas telah kau redahMembawa
semangat jiwa merdekaSemarak jaya kami warganya
Empat belas melintang jalurnyaSemua negeri dalam MalaysiaSatu
suara satu semangatItu sumpah warga berdaulat
Jalur gemilang... di bawah naunganmuJalur gemilang... kami semua
bersatuPerpaduan ketaatanAmalan murni rakyat MalaysiaJalur
gemilang... megah kami terasaJalur gemilang... kibarkanlah
wawasanMerah putih biru kuningJalur semangat kami semua
BerkibarlahBerkibarlahBerkibarlah
Jalur gemilang
Tafsiran Jalur Dan Warna Pada Jalur Gemilang
Gemilang bermaksud bercahaya, terang benderang dan cemerlang.
Oleh itu JalurGemilang melambangkan kecemerlangan negara dan rakyat
Malaysia dalam mengharungi suasana kehidupan dengan penuh gigih,
taat dan bersatu padu bagi menjaga nama dan menaikkan imej
negara.
Lambang Jalur pada bendera : menggambarkan satu laluan yang
lurus, hala tuju yang sama dan arah yang sama yang dianuti oleh
rakyat negara ini. Terdapat 14 jalur merah dan putih melintang yang
sama lebar bermula dengan jalur merah di sebelah atas dan berakhir
dengan jalur putih di sebelah bawah. Jalur-jalur ini menandakan
keanggotaan 13 buah negeri dan sebuah Wilayah Persekutuan iaitu
Kedah, Pahang, Kelantan, Johor, Perak, Perlis, Selangor, Negeri
Sembilan, Terengganu, Sarawak, Pulau Pinang, Sabah, Melaka dan
Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya). Gabungan
tiga warna utama iaitu merah, putih dan biru melambangkan setia
kawan Persekutuan Tanah Melayu dan United Kingdom dan penyatuan
Tanah Melayu dengan Negara-negara Komanwel. Warna kuning yang
digunakan pada bulan dan bintang adalah warna Diraja yang
melambangkan Raja-Raja Melayu. Bintang pecah 14 menandakan
perpaduan tiga belas buah negeri dan sebuah kerajaan Persekutuan di
Malaysia. Bulan sabit melambangkan agama rasmi Negara, iaitu agama
Islam. Warna Merah pada jalur : melambangkan kesanggupan,
keberanian, kegagahan dan kegigihan rakyat menghadapi segala
cabaran. Warna Putih : melambangkan keluhuran dan keikhlasan, suci
murni. Warna Biru : melambangkan perpaduan hidup yang rukun dan
damai. Warna Kuning : melambangkan kesetiaan rakyat kepada Raja dan
Negara.
Kepentingan Bendera Bendera merupakan lambang kepimpinan, simbol
penghormatan, martabat dan kedaulatan bagi sesebuah negara. Setiap
negara mempunyai bendera yang tersendiri untuk mewujudkan perasaan
bangga terhadap tanah air. Bendera ditakrifkan sebagai sebidang
kain yang diperagakan bagi menunjukkan tanda dan lambang kewujudan
yang juga dikenali sebagai panji dan obor. Bendera dalam budaya
Melayu biasanya dikaitkan dengan kedudukan golongan Diraja yang
memerintah. Antara kepentingan bendera adalah:1. menimbulkan rasa
bangga terhadap negara 1. sebagai tanda ketaatan kepada raja dan
negara 1. sebagai simbol perpaduan 1. sebagai simbol kedaulatan 1.
tanda adanya majlis dan adat istiadat rasmi 1. membangkitkan
semangat perjuangan1. menunjukkan kesetiaan 1. membangkitkan
semangat perjuangan1. menunjukkan kesanggupan untuk berkorban
10.menunjukkan kecintaan terhadap tanah air 11.supaya rakyat
sentiasa bersemangat dan bersatu padu12.sanggup mempertahankan
kedaulatan negara 13.menjadi lambang kemegahan rakyat
Kepentingan Jalur Gemilang 1. Sebagai bendera kebangsaan yang
membezakan Malaysia daripada negara lain.2. Berfungsi untuk
membangkitkan semangat perjuangan.3. Bendera kebangsaan menimbulkan
rasa bangga terhadap negara kita.4. Jalur Gemilang sentiasa
dikibarkan dalam majlis dan adat istiadat rasmi, misalnya, pada
Hari Kebangsaan dan Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Yang
di-Pertuan Agong, bendera Malaysia dikibarkan di semua bangunan
kerajaan dan juga premis persendirian sebagai tanda ketaatan kita
kepada raja dan negara.5. Kita berasa menjadi lebih patrotik
apabila Jalur Gemilang dikibarkan.6. Kita lebih bersemangat apabila
setiap rakyat Malaysia menjadikan bendera kebangsaan sebagai simbol
perpaduan, kebanggaan dan kedaulatan.Sebagai wargenegara Malaysia
yang baik, kita bertanggungjawabmenghargai, menghormati, memuliakan
dan memahami maksud yang dilambangkan oleh bendera kebangsaan
kita.
Cara-cara Menghormati Jalur Gemilang1. Jangan letak bendera di
atas tanah.2. Jangan biarkan bendera meleret ke tanah ketika
menurunkannya.3. Jika hendak mengibarkan bendera separuh tiang,
naikkan dahulu sepenuh tiang, kemudian barulah turunkannya
semula.4. Jangan guna bendera sebagai alas meja atau penutup
sesuatu benda kecuali sebagai tanda penghormatan. Contohnya, untuk
menutup keranda.5. Tali bendera hendaklah sentiasa diperiksa dan
pastikan teguh serta tidak mudah putus.6. Tidak boleh mengelap
tangan dengan bendera apabila tangan kotor.7. Menggantungkan
bendera di rumah-rumah dan kedai-kedai pada hari kebangsaan.8.
Jangan bercakap-cakap dengan kawan semasa bendara dinaikkan dan
lagu negaraku dinyanyikan.9. Melambai-lambaikan bendera apabila
pertandingan badminton kebangsaan diadakan. 10. Melipatkan bendera
dengan cara yang baik dan betul selepas menggunakannya.11.
Menampalkan bendera di papan kenyataan dan sudut-sudut bacaan
semasa bulan kebangsaan.12. Memakai pakaian yang dibuat daripada
kain Jalur Gemilang juga merupakan satu cara untuk menghormati
bendera kita.
Gambar Cara Memberi Hormat Kepada Bendera
Syarat/Panduan Mengibarkan Jalur GemilangSetiap rakyat Malaysia
berhak untuk mengibarkan Jalur Gemilang dengan syarat bendera itu
dikibarkan mengikut arahan / panduan yang ditetapkan.Antara perkara
yang perlu diambil perhatian ialah mengenai tempat, masa,
kedudukan, saiz dan susunan.Etika dan tatacara memelihara bendera
negara juga harus diambil perhatian. Antaranya ialah cara mengibar,
melipat, menyimpan dan memusnahkan bendera.
Syarat/Aspek Lain Yang Diberi Perhatian Perkara lain yang perlu
diambil perhatian adalah seperti berikut:1. Bendera yang koyak,
lusuh dan berubah warna dianggap sebagai bendera yang uzur. Bendera
yang uzur tidak boleh dikibarkan kerana perbuatan itu menunjukkan
rasa tidak hormat kepada bendera. 1. Bendera yang uzur harus
dimusnahkan dengan cara paling sopan iaitu dengan membakarnya di
tempat yang tertutup.1. Tidak boleh membakar bendera sebagai tanda
protes kepada sesebuah negara.1. Kedudukan Jalur Gemilang setaraf
dengan Perlembagaan. Justeru, perbuatan membakar bendera bukan saja
diibaratkan membakar hangus negara tetapi memijak lumat martabat
dan maruah negara.
Susunan Keutamaan BenderaSusunan keutamaan Bendera Malaysia dan
negeri-negeri ditentukan mengikut susunan keutamaan DYMM Raja-Raja
Melayu dan TYT Yang Di-Pertuan Negeri seperti yang termaktub dalam
Perkara 70, Perlembagaan Persekutuan. Sehubungan itu, susunan
keutamaan bendera yang digunapakai bagi tahun 2014 adalah seperti
berikut:-
1. Malaysia2. Kedah3. Pahang4. Terengganu5. Perlis6. Selangor7.
Negeri Sembilan8. Johor9. Kelantan10. Perak11. Pulau Pinang12.
Melaka13. Sabah14. Sarawak15. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur16.
Wilayah Persekutuan Labuan17. Wilayah Persekutuan Putrajaya
Aktiviti- aktiviti Kempen Mengibar Jalur Gemilang
Kempen Kibar Jalur Gemilang dan Aktiviti Semperna Sambutan Hari
Kemerdekaan Ke-55 Tahun 2012 di SJK (C) Chee Mong, Paka,
Terengganu
Sambutan Hari Kemerdekaan ke-57