JAHITAN ASAS DAN SULAMAN Jahitan Sementara Jahitan sementara terdiri daripada jenis-jenis jelujur. Ia akan ditanggalkan apabila mata jahitan kekal dijahit. Benang yang digunakan adalah lembut, halus dan mudah putus. Pilih benang yang berwarna muda kerana ia senang kelihatan dan tidak meninggalkan kesan diatas kain selepas dibuka. Jahitan sementara biasanya dijahit dengan menggunakan satu lembar benang kecuali jelujur tanda. Jahitan boleh dikerjakan pada sebelah luar atau sebelah dalam kain dari kanan ke kiri. Jarum yang biasa digunakan adalah jenis yang tajam atau antara yang halus. Kegunaan jelujur
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
JAHITAN ASAS DAN SULAMAN
Jahitan Sementara
Jahitan sementara terdiri daripada jenis-jenis jelujur. Ia akan
ditanggalkan apabila mata jahitan kekal dijahit.
Benang yang digunakan adalah lembut, halus dan mudah putus.
Pilih benang yang berwarna muda kerana ia senang kelihatan dan
tidak meninggalkan kesan diatas kain selepas dibuka.
Jahitan sementara biasanya dijahit dengan menggunakan satu
lembar benang kecuali jelujur tanda.
Jahitan boleh dikerjakan pada sebelah luar atau sebelah dalam kain
dari kanan ke kiri.
Jarum yang biasa digunakan adalah jenis yang tajam atau antara
yang halus.
Kegunaan jelujur
Untuk memindahkan garisan-garisan
pada pola kain
Misalnya jelujur tanda
Untuk menandakan kedudukan dan
garisan-garisan pola
Jelujur tak sama
Jelujur panjang pendek
Untuk menetapkan kedudukan kelepet,
kelim, kocek buat sementara
Jelujur tak sama
jelujur panjang pendek jelujur
kasar
Untuk menetapkan dua atau lebih
lapisan kain sebelun di mesin
Jelujur tegak
Jelujur serong
a) Jelujur kasar / sama
Ciri:
Mata jelujur sama panjang di sebelah luar dan sebelah dalam (1.25 cm)
Mudah ditanggalkan
Kegunaan:
Menanda garisan pola dipakaian seperti tempat letak kocek, tempat lipatan,
menetap pelapik.
Guna benang yang berlainan warna supaya senang dibuka setelah dimesin.
Langkah-langkah menjahit:
Mulakan jahitan dengan jahitan kia dari kanan ke kiri
Jahit dengan kasar dan sama jarak
Jahit hingga habis dan matikan jahitan dengan jahitan kia
b) Jelujur halus
Ciri:
Mata jahitan yang sama panjang iaitu 3mm-5mm
Lebih kukuh daripada jelujur kasar
Kegunaan:
Melekat lapisan fabrik sementara
Menanda garisan tengah badan hadapan dan belakang, kedudukan lubang
butang, mengedutkan fabrik, mensekatakan kepala lengan, mengemas tepi
fabrik yang melengkung dan sebagai hiasan
Langkah-langkah menjahit:
Mulakan jahitan dengan jahitan kia dari kanan ke kiri
Jahit dengan kasar dan sama jarak lebih kurang 3 mm
Jahit hingga habis dan matikan jahitan dengan jahitan kia
c) Jelujur panjang dan pendek
Ciri:
Mata jahitan yang panjang 1.25cm; pendek 0.5 cm.
Jarak antara panjang dan pendek ialah 0.5 cm
Lebih kukuh dan susah ditanggalkan
Kegunaan:
Menanda garis tengah hadapan dan belakang
Menanda kedudukan sesuatu bahagian pakaian
Lebih sesuai untuk fabrik yang tebal, lembut dan licin (mudah tergelincir)
Langkah-langkah menjahit:
Mulakan jahitan dengan jahitan kia dari kanan ke kiri
Jahit dengan kasar dalam ukuran 1.25 cm dan halus jarak lebih kurang 0.5 cm
mm
Jahit hingga habis dan matikan jahitan dengan jahitan kia
d) Jelujur tegak dan serong
Ciri:
Menyerong di SL dan tegak di SD
Teguh dan susah ditanggalkan
Kegunaan:
Untuk menetapkan kedudukan beberapa lapisan fabrik supaya menjadi betul-
betul rata ( lisu, kolar, lapik dalam, ikatan pinggang dan manset)
Fabrik yang dijahit tidak perlu diangkat semasa menjahit
e) Jelujur tanda
Ciri-Ciri:
Dijahit dengan dua lembar benang di atas garisan pemadan lurus.
Lebih bersih tetapi mengambil masa untuk menjahit dan menanggalkan benang.
Kegunaan:
Untuk memindahkan tanda-tanda, cabang-cabang atau garisan pola dari kertas
pada fabrik.
Garisan pola pada bahagian pakaian yang berlapis dua atau lebih ditanda
dengan cepat.
Jahitan Kekal
Jelujur Penyambung
Jahitan penyambung adalah kekal dan mesti dijahit dengan kukuh. Kegunaannya
adalah untuk menyambung dua atau lebih kepingan kain.
Benang yang digunakan mesti padan dengan kain yang dijahit dan warnanya. Jenis-
jenis jahitan penyambung ialah jahitan mesin, jelujur halus, jahit kia dan jahit lilit ubi.
a) Jelujur Halus
Ciri-Ciri:
Mata jahitan yang sama panjang iaitu 3mm-5mm
Lebih kukuh daripada jelujur kasar
Kegunaan:
Mengantikan jahit mesin
Sebagai hiasan
b) Jahitan Kia (back sticth)
Ciri-Ciri:
Sebelah luar jahitan seperti jahitan mesin sebelah dalam seperti jahitan
batang.
Boleh menggantikan jahitan mesin.
Kegunaan:
Memulakan dan mengakhiri jahitan tangan tetap.
Untuk melekatkan dua atau lebih lapisan fabrik dgn tetap & kukuh.
Langkah-langkah menjahit:
Jahit dari kanan ke kiri. Cucuk jarum sekali lagi pada A ( titik permulaan)
dan keluar jarum pada B selepas jarak 2 mm
Cucuk jarum sekali lagi pada A dan keluar jarum pada B
Cucuk jarum sekali lagi pada A dan keluarkan jarum pada C kira-kira 4
mm dari B.
Jahit hingga habis dan matikan jahitan dengan jahitan kia bertindih dua
kali
c) Jahitan Lilit Ubi ( (Whip Stitches)
Mengelakkan tepi dari berbulu.
Untuk menyambung dua keping fabrik atau lebih.
Contoh: tampal cantum @ renda-renda.
Untuk mengemas tepi-tepi kocek tampal, kelim belah kangkung, kelim-
kelim pinggang dan lengan.
Langkah-langkah menjahit:
Mulakan jahitan dengan jahitan kia dari kiri ke kanan
Cucuk jarum dari sebelah dalam kain ke sebelah luar kain dan tarik jarum
ke arah penjahit
Jahit hingga habis
Matikan jahitan dengan jahitan kia
Jahitan Pengemas
Jahitan pengemas adalah jahitan yang kekal. Ia digunakan untuk mengekalkan kelepet,
lipatan atau mengemaskan tepi kain.
a) Jahitan Sembat (Hemming)
Ciri-ciri:
Kecil, halus, rapat, sekata dan kukuh
Kegunaan:
Untuk mengekalkan kelepet pakaian atau atikel.
Untuk menetapkan lipatan tepi tampal, pita dan lipatan kelim papan
tangan.
Untuk menetapkan pelapik di kolar,belah
Untuk mengemaskan kun, tepi ikatan pinggang, lapik [ada lolar dan belah
pakaian.
Boleh dilihat di sebelah luar fabrik.
Langkah-langkah menjahit:
Mulakan jahitan dengan jahitan kia dari kanan ke kiri
Cucuk jarum pada sebelah bawah lipatan dan keluarkan jarum di atas
lipatan pada kecondongan 25- 30 darjah.
Jahit sehingga habis. Matikan jahitan dengan jahitan kia.
b) Jahitan sembat susup (Slip hemming)
Ciri-Ciri:
Dikenali sebagai sembat
sembunyi.
Jahitannya hampir tidak kelihatan di SL
Kemas, halus, sekata, berbentuk V.
Digunakan pada lipatan-lipatan lengan baju, kelepet skrit dan blaus,
lubang lengan dan leher.
Langkah-langkah menjahit:
Mulakan jahitan dengan jahitan kia dari kanan ke kiri
Jahit sembat dua kali
Selit jarum melalui lipatan sejauh 3 mm dan keluarkan jarum untuk
sembat dua kali lagi
Jahit sehingga habis
Matikan jahitan dengan jahitan kia.
c) Jahitan Insang Pari (Blanket Stitches)
Kukuh dan boleh dilihat pada kedua-dua belah fabrik.
Mengemas tepi fabrik terutama fabrik tebal seperti flannel.
Mengelakkan tepi kain dari berbulu.
Sebagai jahitan hiasan.
Langkah-langkah menjahit:
Mulakan jahitan dari kiri ke kanan dengan jahitan kia.
Cucuk jarum menegak dan halakan jarum ke bawah
Pastikan benang berada di belakang jarum menghala ke luar
Jahit sehingga selesai. Matikan jahitan dengan jahitan kia.
d) Jahitan Lubang Butang (Button Hole Stitches)
Hampir serupa dengan insang pari.
Lebih kukuh dan lebih kemas.
Lebih rapat dan sesuai untuk menjahit lubang butang, cangkuk dan
butang katup.
Sebagai jahitan sulaman
Langkah-langkah menjahit:
Mulakan jahitan dengan jahitan kia dari kiri ke kanan
Cucuk sebahagian jarum secara menegak dari arah dalam fabrik ke arah
luar fabrik.
Tarik benang (2 lembar) dan susup di bawah jarum seperti bentuk ‘s’.
Tarik jarum ke atas
Ulangi langkah di atas sehingga siap
Matikan jahitan lubang butang dengan jahitan kia
e) Jahitan Silang Pangkah (Herringbone Stitches)
Mata jahitan ini kukuh.
Dijahit dari kiri ke kanan.
Sebagai hiasan.
Langkah-langkah menjahit:
Kelepetkan kain yang hendak dijahit sama seperti menjahit sembat
Mulakan menjahit dengan jahitan kia dari kiri ke kanan.
Cucuk jarum dari A ke B dengan jarak 1 mm.
Kemudian cucuk jarum ke dalam lipatan C dan keluarkan pada bahagian
D dengan jarak 1 mm.
Pastikan jarum tidak menembusi bahagian belakang lipatan.
Ulang jahitan sehingga siap. Matikan jahitan dengan jahitan kia.
Tanggalkan jahitan jelujur kasar
Jahitan Hiasan
Juga dikenali sebagai jahitan sulaman.
Digunakan terutamanya untuk jahitan biasa ataupun untuk menghias pakaian,
barang-barang peribadi dan alat kelengkapan rumahtangga.
Beberapa jenis jahitan sulaman boleh digunakan bersama-sama untuk memberi
rupa dan kesan kepada motif.
Saiz jahitan boleh diubahsuai mengikut motif yang dijahit.
Pada asasnya semua jenis jahitan boleh dijadikan hiasan jika ianya dapat
dihasilkan dan digabungkan dengan jahitan-jahitan lain agar lebih menarik.
Jelujur Halus
Jelujur Berlilit
Jahitan Kia
Jelujur Halus Jelujur Berlilit Kia Jahitan Batang
Jahitan Rantai Bunga Padi Jahitan Sulam Jahitan Lurus