CARTA PERBELANJAAN SEBENAR (2015 – 2017) DAN PERUNTUKAN (2018 – 2019) BAGI MENGURUS DAN PEMBANGUNAN RM juta Tahun Mengurus Pembangunan JABATAN PERDANA MENTERI Maksud Bekalan/Pembangunan 6 Mengurus RM Pembangunan RM Jumlah RM Cara Langsung Pinjaman 3,693,538,800 3,696,461,400 0 7,390,000,200 VISI Menjadi penanda aras sistem penyampaian perkhidmatan sokongan dan tadbir urus terbaik sektor awam. MISI Memenuhi ekspektasi pelanggan melalui penyampaian perkhidmatan yang cekap, berkesan dan berkualiti. PELANGGAN (i) Mantan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong; (ii) Perdana Menteri; (iii) Timbalan Perdana Menteri; (iv) Mantan Perdana Menteri; (v) Menteri-menteri dan Timbalan-timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri; (vi) Kementerian dan Jabatan Persekutuan; (vii) Tetamu Luar Negara; dan (viii) Orang Awam. 5,842 5,937 4,945 4,217 3,693 10,238 11,793 11,009 3,321 3,696 0 2,000 4,000 6,000 8,000 10,000 12,000 14,000 2015 2016 2017 2018 2019 81
16
Embed
JABATAN PERDANA MENTERI - treasury.gov.my · Fungsi : Menentukan pengurusan sumber manusia, kewangan, pembangunan, ... melalui pelaburan dan usaha halal yang lain bagi faedah umat.
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Cara Langsung Pinjaman 3,693,538,800 3,696,461,400 0 7,390,000,200
VISI Menjadi penanda aras sistem penyampaian perkhidmatan sokongan dan tadbir urus terbaik sektor awam. MISI Memenuhi ekspektasi pelanggan melalui penyampaian perkhidmatan yang cekap, berkesan dan berkualiti. PELANGGAN
(i) Mantan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong;
(ii) Perdana Menteri; (iii) Timbalan Perdana Menteri; (iv) Mantan Perdana Menteri; (v) Menteri-menteri dan Timbalan-timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri; (vi) Kementerian dan Jabatan Persekutuan; (vii) Tetamu Luar Negara; dan (viii) Orang Awam.
5,842 5,9374,945
4,2173,693
10,238
11,79311,009
3,3213,696
0
2,000
4,000
6,000
8,000
10,000
12,000
14,000
2015 2016 2017 2018 2019
81
PRESTASI OUTCOME KEMENTERIAN
Outcome : Agensi berprestasi tinggi
Petunjuk Prestasi Utama 2017
(Sebenar)
2018
(Sasaran)
2019
(Sasaran)
Peratusan agensi yang mencapai 90% (on target) daripada jumlah outcome (%)
90.00 90.00 90.00
Indeks kepuasan pelanggan (%) 93.30 85.00 90.00
PROGRAM 1: PENGURUSAN AM
PRESTASI OUTCOME PROGRAM
Outcome : Penyampaian perkhidmatan yang efisien
Petunjuk Prestasi Utama 2017 (Sebenar)
2018 (Sasaran)
2019 (Sasaran)
Kedudukan dalam World Competitiveness Yearbook bagi faktor Government Efficiency
15 15 15
Kedudukan dalam E-Government Development Index (E-GDI) bagi sub komponen Online Service Index (OSI)
27 30 30
Aktiviti 1: Pentadbiran Am Jabatan Perdana Menteri
Fungsi : Menentukan pengurusan sumber manusia, kewangan, pembangunan, perakaunan dan khidmat pengurusan dilaksanakan mengikut dasar, perundangan/peraturan dan garis panduan semasa.
Aktiviti 2: Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Nasional (GIACC)
Fungsi : (a) Menasihati Kerajaan dalam aspek governans, integriti dan anti–rasuah; (b) merancang strategi dan pelan tindakan yang bersesuaian untuk dilaksanakan di peringkat nasional; (c) menyelaras pelaksanaan inisiatif governans, integriti dan anti-rasuah oleh agensi pelaksana; (d) memantau prestasi semasa inisiatif oleh agensi pelaksana; dan (e) menilai keberkesanan tindakan oleh agensi pelaksana.
Aktiviti 3: Bahagian Hal Ehwal Sabah dan Sarawak
Fungsi : (a) Memperkukuhkan pengurusan perhubungan Agensi Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak bagi meningkatkan penyampaian perkhidmatan Agensi Persekutuan; (b) membantu projek dilaksanakan dan diserahkan mengikut jadual; (c) membantu menyelaras pelan pembangunan tanah dan pemilikan tanah serta mengelakkan isu pencerobohan; (d) memastikan tahap keberkesanan pengurusan penyelenggaraan kuarters mencapai 80% setiap tahun; dan (e) memastikan bangunan gunasama Kerajaan Persekutuan selamat diduduki dan agensi-agensi yang menduduki telah mendapat pengiktirafan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) yang berorientasikan imej korporat.
82
Aktiviti 4: Bahagian Pengurusan Hartanah Fungsi: Menguruskan keperluan kuarters, ruang pejabat dan tempat istirahat supaya
kondusif dan selesa untuk anggota perkhidmatan awam serta menyelenggara, mengawal selia dan merancang hartanah milik Kerajaan Persekutuan dengan cekap dan berkesan.
Aktiviti 5 : Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa Fungsi : (a) Memastikan kelancaran penganjuran persidangan antarabangsa; dan (b)
memantapkan pengurusan penganugerahan Darjah Kebesaran Bintang dan Pingat Persekutuan (DKBPP) serta majlis rasmi Kerajaan dan lawatan pembesar-pembesar negara berlandaskan protokol.
Aktiviti 6: Kabinet, Perlembagaan dan Perhubungan Antara Kerajaan Fungsi: (a) Memberi perkhidmatan keurusetiaan yang cekap, berkualiti dan berkesan ke
atas Mesyuarat Jemaah Menteri, Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri dan mesyuarat-mesyuarat yang dipengerusikan oleh YBhg. Ketua Setiausaha Negara; (b) memberi perkhidmatan keurusetiaan yang cekap bagi jawatan-jawatan di bawah Perlembagaan Persekutuan dan akta-akta tertentu; (c) memastikan urusan dan hal ehwal persidangan Dewan Rakyat dan Dewan Negara bagi agensi-agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri berjalan dengan lancar; dan (d) memastikan maklumat terperingkat Kerajaan diuruskan dengan berhati-hati selaras dengan Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Arahan Keselamatan Kerajaan.
Aktiviti 7: Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia
(MAMPU) Fungsi: Meningkatkan kualiti perkhidmatan awam Malaysia supaya lebih cekap,
berkesan, responsif dan berintegriti. Aktiviti 8: Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) Fungsi: Membangun dan menjadikan Langkawi sebagai sebuah destinasi pelancongan
terkemuka di rantau ini dan meningkatkan taraf hidup penduduk tempatan khasnya kaum bumiputera.
83
PROGRAM 2: PENGURUSAN KESELAMATAN
PRESTASI OUTCOME PROGRAM
Outcome : Keselamatan negara terpelihara
Petunjuk Prestasi Utama 2017
(Sebenar)
2018
(Sasaran)
2019
(Sasaran)
Peratusan tahap keselamatan meningkat (%) 100.00 100.00 100.00
Aktiviti 1: Majlis Keselamatan Negara (MKN)
Fungsi : Menerajui penggubalan dan penyelarasan serta pelaksanaan yang berkaitan dengan dasar-dasar keselamatan negara secara komprehensif, bersepadu dan berkesan.
Aktiviti 2: Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan
Fungsi : (a) Menyedia dan mengeluarkan peraturan keselamatan perlindungan; (b) memberi khidmat nasihat keselamatan perlindungan dari aspek fizikal, dokumen, personel dan keselamatan persekitaran ICT; dan (c) menjadi urusetia kepada Jawatankuasa Keselamatan Jabatan-jabatan Kerajaan dan sasaran penting serta Pengerusi Tim Naziran Sasaran Penting.
Aktiviti 3: Penyelidikan
Fungsi: (a) Memelihara keselamatan dan kedaulatan negara daripada ancaman luar; (b) memartabatkan bangsa Melayu, Islam dan institusi raja; (c) melaksanakan arahan khas YAB Perdana Menteri; (d) menerajui perkhidmatan perisikan luar negara; dan (e) mengenal pasti dan bertindak ke atas ancaman dalam dan luar negara.
Aktiviti 4: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM)
Fungsi: Melaksanakan sebarang langkah dalam pengurusan bencana dan khidmat kemanusiaan serta tindakan yang perlu diambil bagi melindungi nyawa dan harta benda sama ada sebelum, semasa dan selepas sesuatu insiden, peperangan, ancaman keselamatan, kecemasan, bencana dan darurat termasuk melatih dan memastikan rakyat bersiap sedia dalam menghadapi situasi tersebut.
Aktiviti 5: Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA)
Fungsi: Meningkatkan tahap kemampuan jentera pengurusan bencana serta Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART).
84
PROGRAM 3: PENGURUSAN KEHAKIMAN DAN PERUNDANGAN
PRESTASI OUTCOME PROGRAM
Outcome : Penyampaian perkhidmatan kehakiman yang berkesan
Petunjuk Prestasi Utama 2017
(Sebenar)
2018
(Sasaran)
2019
(Sasaran)
Peratusan penyelesaian kes (%) 100.00 100.00 100.00 Aktiviti 1: Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) Fungsi: Memastikan perancangan dan pelaksanaan prasarana bagi menambah baik
sistem pentadbiran keadilan dan penyelarasan penggubalan dasar serta undang-undang secara cekap, teratur dan berkesan.
Aktiviti 2: Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Fungsi: Memastikan urusan kehakiman dan pentadbiran kehakiman dilaksanakan
dengan cekap, telus dan adil serta dihormati dan diyakini oleh semua pihak serta mengikut kuasa-kuasa yang diperuntukkan dalam undang-undang negara dan memelihara kebebasan kehakiman dalam mentafsir undang-undang yang diluluskan oleh Badan Perundangan.
Aktiviti 3: Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) Fungsi: (a) Menggubal dasar dan strategi untuk mempertingkatkan prestasi Mahkamah
Syariah negeri-negeri; (b) menyelesaikan kes-kes Mahkamah Rayuan Syariah dalam tempoh enam (6) bulan selepas didaftarkan di JKSM bagi negeri-negeri yang menggunakan perkhidmatan Hakim Rayuan JKSM; dan (c) menyelaras pemakaian Arahan Amalan kepada semua pegawai syariah di JKSM, negeri-negeri dan agensi-agensi lain yang berkaitan.
Aktiviti 4: Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan (MSWP) Fungsi: Melaksanakan sistem keadilan Islam yang adil dan cekap berlandaskan hukum
syarak dan undang-undang negara yang digubal. Aktiviti 5: Bahagian Perlindungan Fungsi: Menyediakan Program Perlindungan Saksi secara profesional, berintegriti dan
komited berdasarkan kepada undang-undang, masyarakat dan negara. Aktiviti 6: Lembaga Penasihat Fungsi: (a) Mempertimbangkan representasi Orang Tahanan yang ditahan di bawah
undang-undang pencegahan dan membuat syor kepada Yang di-Pertuan Agong dalam masa tiga (3) bulan dari tarikh penerimaan representasi Orang Tahanan atau dalam suatu tempoh lebih lama yang dibenarkan oleh Yang di-Pertuan
85
Agong; dan (b) mengkaji semula kes-kes Perintah Tahanan, Pelanjutan Perintah Tahanan, Penggantungan Perintah Tahanan, Penggantungan Pelanjutan Perintah Tahanan, Perintah Sekatan dan Pelanjutan Perintah Sekatan mengikut masa yang diperuntukkan oleh undang-undang yang berkaitan dan mengemukakan laporan bertulis mengenai pendapat Lembaga Penasihat kepada Menteri Dalam Negeri sama ada Perintah Tahanan atau Perintah Sekatan itu diteruskan atau dihentikan.
Aktiviti 7: Jabatan Pendakwaan Syariah Malaysia (JPSM)
Fungsi: Menjalankan prosiding pendakwaan ke atas pelaku-pelaku kesalahan kes jenayah syariah di Mahkamah Syariah di dalam Wilayah-wilayah Persekutuan berlandaskan peruntukan undang-undang syariah di bawah akta-akta yang diguna pakai di Wilayah-wilayah Persekutuan.
Aktiviti 8: Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan (ILKAP)
Fungsi: Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pegawai-pegawai perkhidmatan awam, badan berkanun dan pihak berkuasa tempatan yang terlibat dalam bidang kehakiman dan perundangan bagi mewujudkan perkhidmatan yang adil, cekap dan berkesan melalui latihan yang sistematik dan terancang.
Aktiviti 9: Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (SPK)
Fungsi: Melaksanakan fungsi pengurusan pemilihan bagi pelantikan dan pengukuhan profesionalisme hakim-hakim mahkamah atasan dengan cekap, berkesan dan teratur.
PROGRAM 4: KEMAJUAN ISLAM
PRESTASI OUTCOME PROGRAM
Outcome : Pemerkasaan pengurusan hal ehwal Islam yang berkesan
Petunjuk Prestasi Utama 2017
(Sebenar)
2018
(Sasaran)
2019
(Sasaran)
Peratusan Indeks Syariah Malaysia (%) 75.00 75.00 80.00
Aktiviti 1: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
Fungsi: (a) Memastikan ajaran Islam tersebar luas kepada seluruh masyarakat; (b) membentuk kepimpinan yang berwibawa dan melahirkan tenaga pengurusan yang terlatih, berketerampilan, berdedikasi dan berhikmah; dan (c) menghasilkan sistem pengurusan yang berteraskan nilai dan etika Islam.
86
Aktiviti 2: Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Fungsi: (a) Membentuk dan mewujudkan sebuah masyarakat Islam yang dinamis dan
progresif yang sentiasa mencari redha Allah; (b) memupuk keimanan dan mengukuhkan ukhuwah Islamiah di kalangan orang-orang Islam di Wilayah Persekutuan khasnya dan Malaysia amnya bagi mencapai perpaduan ummah; (c) memperbanyakkan usaha-usaha kebajikan dan mencegah kemungkaran dalam masyarakat Islam; dan (d) melaksanakan usaha-usaha menambah harta MAIWP melalui pelaburan dan usaha halal yang lain bagi faedah umat.
Aktiviti 3: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Fungsi: Menguruskan hal ehwal Islam di Wilayah Persekutuan dan mencegah jenayah
syariah di sekitar Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan). Aktiviti 4: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Fungsi: (a) Membantu dan menasihati Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan
Kerajaan Persekutuan berkaitan dengan hukum syarak; (b) mengkaji dan mengeluarkan fatwa terhadap isu yang memerlukan penjelasan hukum syarak; (c) mengeluarkan tauliah mengajar agama Islam di Wilayah Persekutuan; (d) memberi khidmat nasihat dan perkhidmatan dalam hal-hal berkaitan akidah, syariah dan akhlak; dan (e) menjalankan penyelidikan dalam pembangunan fatwa.
PROGRAM 5: KESEJAHTERAAN SOSIAL
PRESTASI OUTCOME PROGRAM
Outcome 1: Pemantauan dan pelaksanaan projek pembangunan masyarakat yang
berkesan
Petunjuk Prestasi Utama 2017
(Sebenar)
2018
(Sasaran)
2019
(Sasaran)
Peratusan pelaksanaan projek/program (%) 100.00 100.00 100.00 Outcome 2: Peningkatan keberkesanan program kemasyarakatan kesejahteraan sosial
yang berkesan
Petunjuk Prestasi Utama 2017
(Sebenar)
2018
(Sasaran)
2019
(Sasaran)
Indeks Perhubungan Masyarakat 1.47 1.45 1.45 Aktiviti 1: Unit Penyelarasan Pelaksanaan (UPP) Fungsi: Menjadi agensi pusat yang unggul dalam menyelaras dan memantau
pembangunan negara.
87
Aktiviti 2: Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (PERPADUAN)
Fungsi: Mengukuh, memelihara dan meningkatkan perpaduan nasional dan kesejahteraan sosial selaras dengan dasar Kerajaan berlandaskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara.
Aktiviti 3: Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA)
Fungsi: (a) Memberi khidmat sokongan dari aspek pentadbiran, perakaunan dan kewangan, pembangunan sumber manusia dan teknologi maklumat; (b) mengurus dan melaksanakan dengan cepat dan berkesan program dan projek bagi meningkatkan pendapatan dan kualiti hidup masyarakat Orang Asli di Semenanjung Malaysia supaya setanding dengan masyarakat umum dan lebih berdaya saing dalam arus perdana; (c) melaksanakan penyelidikan dan penyelarasan dasar bagi membantu program pembangunan masyarakat Orang Asli; (d) memberi bantuan pendidikan dan latihan kepada masyarakat Orang Asli supaya berilmu, berpengetahuan dan mempunyai kemahiran dalam pelbagai bidang yang bersesuaian agar dapat berdikari dan berdaya saing; dan (e) mengurus dan melaksanakan program bagi peningkatan pendapatan dan kualiti hidup masyarakat Orang Asli.
88
B/P.6
Kod Jenis Perbelanjaan Anggaran Anggaran(Objek Am) Tahun Tahun
2018 2019RM RM
10000 Emolumen 1,222,178,000 1,233,700,300
20000 Perkhidmatan dan Bekalan 1,490,271,500 1,262,707,100
30000 Aset 35,545,700 27,558,000
40000 Pemberian dan Kenaan Bayaran Tetap 1,467,201,600 1,167,686,600
50000 Perbelanjaan-perbelanjaan Lain 2,688,100 1,886,800
4,217,884,900 3,693,538,800
Kod Jenis Perbelanjaan Anggaran Anggaran(Objek Am) Tahun Tahun
2018 2019RM RM
20000 Perkhidmatan dan Bekalan 1,228,892,700 1,440,652,800
30000 Aset 1,966,253,100 2,139,108,600
40000 Pemberian dan Kenaan Bayaran Tetap 126,000,000 116,700,000
010100 Pentadbiran Am Jabatan Perdana Menteri ... ... 780,534,400 348,185,20010000 110,152,000 116,881,900 1,476 1,47620000 516,028,200 191,614,30030000 22,909,700 22,000,00040000 131,444,500 17,689,000
010200 Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah ... ... 33,709,300 32,287,200Nasional (GIACC) 10000 11,042,100 11,156,200 221 221
010300 Bahagian Hal Ehwal Sabah dan Sarawak ... ... 11,569,300 14,907,90010000 5,725,600 5,137,200 86 8620000 4,443,700 7,870,70030000 1,400,000 1,900,000