Kepada : Seperti di Senarai Edaran YBhg. Tan Sri/Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan, PROGRAM PENGHARGAAN PELAKSANAAN INISIATIF KEJIRANAN HIJAU 2015 Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia akan menganjurkan sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia 2015 pada bulan November 2015. Sempena sambutan tersebut, Jabatan bermula pada tahun 2011 telah memberi penghargaan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) yang melaksanakan amalan terbaik inisiatif pembangunan kejiranan hijau iaitu penyediaan laluan basikal, laluan pejalan kaki, pembangunan kebun kejiranan, sistem pengumpulan dan penggunaan semula air hujan dan program pengkomposan sisa. 3. Sehubungan itu, penyertaan program penghargaan bagi tahun 2015 kini dibuka kepada semua PBT di Malaysia. PBT boleh menghantar penyertaan bagi semua kategori inisiatif atau memilih mana-mana kategori inisiatif yang bersesuaian. Bersama-sama ini disertakan Pengesahan Penyertaan (Lampiran 1) berserta Maklumat Program & Borang Penyertaan (Lampiran 2). Pengesahan Penyertaan hendaklah dikembalikan kepada urus setia sebelum atau pada 1 Mei 2015 manakala tarikh tutup penyertaan adalah sebelum atau pada 27 Jun 2015. 4. Lampiran-lampiran tersebut juga boleh dimuat turun dari laman www.townplan.gov.my. Sebarang pertanyaan bolehlah berhubung dengan En. Farid bin Ibrahim di talian 03-20816126 atau Pn. Nadzirah binti Tajul Molok di talian 03-20816118. Penyertaan PBT amatlah dialu-alukan dan kerjasama YBhg. Tan Sri/Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan dalam perkara ini amat dihargai. Sekian, terima kasih. **BERKHIDMAT UNTUK NEGARA** “1MALAYSIA : RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN” Saya yang menurut perintah, (HJ. ZAINUDDIN BIN AHAMAD) Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) b.p. Ketua Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia s.k. i. Ketua Pengarah JPBDSM ii. Pengarah Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan Ruj. Kami : JPBD(IP) 185/430/057 Jld. 13 ( 46 ) Tarikh : 20 April 2015 1 Rejab1436H JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA SEMENANJUNG MALAYSIA FEDERAL DEPARTMENT OF TOWN AND COUNTRY PLANNING Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Ministry or Urban Wellbeing, Housing dan Local Government Jalan Cenderasari 50646 KUALA LUMPUR MALAYSIA Tel: 603-2265 0600 Faks (Fax) : 603-2265 0601 Laman Web (Web): www. townplan.gov.my
13
Embed
JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA … Page/Surat_Borang dan... · kebun kejiranan, sistem pengumpulan dan penggunaan semula air hujan dan program pengkomposan sisa. 3. Sehubungan
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Kepada : Seperti di Senarai Edaran YBhg. Tan Sri/Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan,
PROGRAM PENGHARGAAN PELAKSANAAN INISIATIF KEJIRANAN HIJAU 2015 Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia akan menganjurkan sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia 2015 pada bulan November 2015. Sempena sambutan tersebut, Jabatan bermula pada tahun 2011 telah memberi penghargaan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) yang melaksanakan amalan terbaik inisiatif pembangunan kejiranan hijau iaitu penyediaan laluan basikal, laluan pejalan kaki, pembangunan kebun kejiranan, sistem pengumpulan dan penggunaan semula air hujan dan program pengkomposan sisa. 3. Sehubungan itu, penyertaan program penghargaan bagi tahun 2015 kini dibuka kepada semua PBT di Malaysia. PBT boleh menghantar penyertaan bagi semua kategori inisiatif atau memilih mana-mana kategori inisiatif yang bersesuaian. Bersama-sama ini disertakan Pengesahan Penyertaan (Lampiran 1) berserta Maklumat Program & Borang Penyertaan (Lampiran 2). Pengesahan Penyertaan hendaklah dikembalikan kepada urus setia sebelum atau pada 1 Mei 2015 manakala tarikh tutup penyertaan adalah sebelum atau pada 27 Jun 2015. 4. Lampiran-lampiran tersebut juga boleh dimuat turun dari laman www.townplan.gov.my. Sebarang pertanyaan bolehlah berhubung dengan En. Farid bin Ibrahim di talian 03-20816126 atau Pn. Nadzirah binti Tajul Molok di talian 03-20816118. Penyertaan PBT amatlah dialu-alukan dan kerjasama YBhg. Tan Sri/Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan dalam perkara ini amat dihargai. Sekian, terima kasih. **BERKHIDMAT UNTUK NEGARA** “1MALAYSIA : RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN” Saya yang menurut perintah, (HJ. ZAINUDDIN BIN AHAMAD) Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) b.p. Ketua Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia s.k. i. Ketua Pengarah JPBDSM ii. Pengarah Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan
Ruj. Kami : JPBD(IP) 185/430/057 Jld. 13 ( 46 )
Tarikh : 20 April 2015 1 Rejab1436H
JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESASEMENANJUNG MALAYSIA FEDERAL DEPARTMENT OF TOWN AND COUNTRY PLANNING Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Ministry or Urban Wellbeing, Housing dan Local Government Jalan Cenderasari 50646 KUALA LUMPUR MALAYSIA
Pengarah, Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia, Unit No. 50-13-1, Tingkat 13, Wisma UOA Damansara 1, Jalan Dungun, Damansara Heights, 50490 KUALA LUMPUR. No. Tel : 03-20816151/134/118 No. Faks : 03-20941170
PER: PENGESAHAN PENYERTAAN PROGRAM PENGHARGAAN PELAKSANAAN INISIATIF PEMBANGUNAN KEJIRANAN HIJAU SEMPENA SAMBUTAN HARI PERANCANGAN BANDAR SEDUNIA (HPBS) 2015
Merujuk surat rujukan tuan JPBD(IP) 185/430/057 Jld.13 ( ) bertarikh April 2015 mengenai perkara di atas, adalah dimaklumkan bahawa:
......................................................................................... (Nama Pihak Berkuasa Tempatan)
akan *menyertai/tidak menyertai program penghargaan pelaksanaan inisiatif pembangunan kejiranan hijau sempena sambutan HPBS pada tahun 2015 bagi kategori (sila tandakan √ di ruangan berikut): Inisiatif penyediaan laluan basikal Inisiatif SPAH Inisiatif penyediaan laluan pejalan kaki Inisiatif program pengkomposan
sisa Inisiatif pembangunan kebun kejiranan *Sila potong mana yang tidak berkenaan. Sekian, .............................................. (Tandatangan) Nama Pegawai : _________________________________________ Jawatan & Gred : _________________________________________ Jabatan/Bahagian : ___________________________________________
Sila kembalikan Pengesahan Penyertaan ini melalui faks 03-2094 1170 atau pos kepada urus setia di alamat yang tertera di atas selewat-lewatnya pada 1 Mei 2015 (Jumaat). Untuk perhatian:
1. Cik Puteri Zanzarina binti Abdul Latiff No. Tel. : 03-2081 6151
atau 2. Pn. Noridah binti Mohamed Noor No. Tel. : 03-2081 6134
Cop Rasmi
PENGESAHAN PENYERTAAN
LAMPIRAN 2
1. TUJUAN PROGRAM PENGHARGAAN Memberikan penghargaan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) sebagai
acknowledgement ke atas usaha-usaha PBT dalam melaksanakan inisiatif pembangunan kejiranan hijau. PBT yang terbaik dalam melaksanakan setiap kategori inisiatif akan dipilih sebagai penerima tempat pertama, kedua dan ketiga. Penghargaan ini diberikan sempena sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia (HPBS) 2015 yang akan disambut pada bulan November 2015.
2. KATEGORI PENGHARGAAN Terdapat lima (5) kategori penghargaan pelaksanaan inisiatif kejiranan hijau iaitu:
i. penyediaan laluan basikal ii. penyediaan laluan pejalan kaki; iii. kebun kejiranan; iv. sistem pengumpulan dan penggunaan semula air hujan; dan v. pengkomposan sisa.
3. PERKARA YANG DINILAI Satu format telah disediakan oleh urus setia seperti di dalam Borang Penyertaan yang
mengandungi beberapa kriteria penilaian. Maklumat/data yang berkenaan perlu diisi mengikut kriteria penilaian yang dinyatakan.
4. SISTEM PEMARKAHAN Sistem pemarkahan akan ditentukan oleh urus setia yang mana PBT yang memperoleh
tiga markah tertinggi dalam sesuatu kategori akan dianggap layak untuk menerima penghargaan bagi kategori berkenaan.
5. DOKUMEN SOKONGAN Maklumat/data yang dinyatakan di dalam Borang Penyertaan perlu disokong oleh
dokumen sokongan seperti dalam bentuk teks penerangan, gambar, peta atau pelan.
6. KAEDAH PEMILIHAN Pemilihan PBT yang layak menerima penghargaan ditentukan melalui dua peringkat
jawatankuasa. Peringkat pertama ialah Jawatankuasa Teknikal Program Penghargaan Pelaksanaan Inisiatif Pembangunan Kejiranan Hijau (Pengerusi: Ketua Pengarah JPBDSM) dan peringkat kedua ialah Jawatankuasa Pemilihan Penghargaan Pelaksanaan Inisiatif Pembangunan Kejiranan Hijau (Pengerusi: Ketua Setiausaha KPKT).
MAKLUMAT PROGRAM PENGHARGAAN PELAKSANAAN INISIATIF PEMBANGUNAN KEJIRANAN HIJAU TAHUN 2015
7. PENENTUAN PENERIMA PENGHARGAAN TEMPAT PERTAMA PBT yang menerima penghargaan tempat pertama bagi mana-mana kategori inisiatif
pembangunan kejiranan hijau pada tahun 2014 layak untuk menyertai program penghargaan pada tahun ini bagi semua kategori inisiatif. Walau bagaimanapun, sekiranya PBT tersebut terpilih sebagai penerima tempat pertama bagi inisiatif yang sama pada tahun ini, maka PBT tersebut tidak akan diberikan hadiah tetapi akan diumumkan sebagai defending champion semasa sambutan HPBS. PBT yang seterusnya layak akan dipilih untuk diberikan penghargaan sebagai pengiktirafan kepada new comer.
8. TARIKH AKHIR PENYERAHAN BORANG PENYERTAAN Tarikh akhir penyerahan Borang Penyertaan adalah pada 26 Jun 2015 (Jumaat).
Penyertaan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dinilai bagi tujuan pemilihan. Bagi tujuan rekod, Pengesahan Penyertaan (Lampiran I) hendaklah terlebih dahulu dikemukakan kepada urus setia selewat-lewatnya pada 1 Mei 2015 (Jumaat).
9. BORANG PENYERTAAN Borang penyertaan boleh dimuat turun daripada laman web www.townplan.gov.my
10. PENGHANTARAN BORANG PENYERTAAN Borang yang telah lengkap diisi perlu dikemukakan kepada: Pengarah,
Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia, Unit No. 50-13-1, Tingkat 13, Wisma UOA Damansara 1, Jalan Dungun, Damansara Heights, 50490 KUALA LUMPUR. (U/P: Unit Alam Sekitar dan Pengurusan Risiko) No. Faks: 03-2094 1170
11. PERTANYAAN Sebarang pertanyaan bolehlah berhubung dengan:
i. Nama : En. Farid bin Ibrahim Tel. : 03-2081 6126 E-mel : [email protected]
ii. Nama : En. Abdullah bin Abdul Rahman Tel : 03-2081 6127 E-mel : [email protected]
iii. Nama : Pn. Nadzirah binti Tajul Molok Tel : 03-2081 6118 E-mel : [email protected]
Nama Pihak Berkuasa Tempatan:
......................................................................................... Nama Datuk Bandar/Mayor/Presiden/Yang Dipertua:
INISIATIF PENYEDIAAN LALUAN BASIKAL DI KAWASAN PBT
Kriteria Penilaian Data PBT
1. Jarak laluan basikal:
i. Laluan khas untuk basikal ....................... meter
ii. Laluan berkongsi (shared) dengan pejalan kaki dengan kelebaran >2.44m ....................... meter
2. Elemen reka bentuk sejagat dan bandar selamat yang terdapat di laluan khas basikal:
i. Bilangan lampu di laluan basikal / 100 meter laluan basikal Bil: .......................
ii. Bilangan signage laluan basikal / 100 meter laluan basikal Bil: .......................
iii. Penyediaan lampu isyarat lintasan penunggang basikal Ada/Tiada
3. Bilangan tempat kemudahan letak basikal Bil: .......................
4. Bilangan bay tempat letak basikal Bil: .......................
5. Bilangan program/ kempen untuk menggalakkan penggunaan basikal dari Jun 2014 hingga Jun 2015
Bil program/ kempen: .......................
Nota: Contoh foto kriteria dilampirkan bersama Borang Penyertaan
BORANG PENYERTAAN PROGRAM PENGHARGAAN PELAKSANAAN INISIATIF PEMBANGUNAN KEJIRANAN HIJAU TAHUN 2015
INISIATIF PENYEDIAAN LALUAN PEJALAN KAKI DI KAWASAN PUSAT BANDAR DAN KAWASAN PERNIAGAAN
Kriteria Penilaian Data PBT
1. Jarak laluan pejalan kaki:
i. Mempunyai landskap dengan pokok-pokok teduhan ....................... meter
ii. Mempunyai struktur berbumbung ....................... meter
iii. Tanpa teduhan (tanpa pokok dan tidak berbumbung)
....................... meter
2. Jarak laluan pejalan kaki yang mempunyai kelebaran:
....................... meter
i. Kurang 0.9 meter (3 kaki) ....................... meter
ii. 0.9 meter (3 kaki) hingga 1.5 meter (5 kaki) ....................... meter
iii. Lebih 1.5 meter (5 kaki) ....................... meter
3. Elemen reka bentuk sejagat dan bandar selamat yang terdapat di laluan pejalan kaki:
i. Bilangan lampu di laluan pejalan kaki / 100 meter laluan pejalan kaki Bil: .......................
ii. Bilangan papan tanda laluan pejalan kaki / 100 meter laluan pejalan kaki Bil: .......................
iii. Bilangan tempat duduk / 100 meter laluan pejalan kaki Bil: .......................
iv. Bilangan tong sampah / 100 meter laluan pejalan kaki Bil: .......................
v. Bilangan lampu isyarat lintasan pejalan kaki Bil: .......................
vi. Bilangan cermin keselamatan pejalan kaki Bil: .......................
vii. Bilangan dropped kerb / persimpangan Bil: .......................
viii. Bilangan zebra crossing Bil: .......................
ix. Jarak guiding blocks / tactile blocks (dalam meter) ....................... meter
Nota: Contoh foto kriteria dilampirkan bersama Borang Penyertaan
INISIATIF PEMBANGUNAN KEBUN KEJIRANAN
Kriteria Penilaian Data PBT
1. Bilangan tapak kebun kejiranan dalam kawasan PBT Bil tapak : .......................
2. Jumlah keluasan kebun kejiranan dalam kawasan PBT (dalam ekar)
Jumlah keluasan : ....................... ekar
3. Pemberian penghargaan oleh PBT kepada pelaksana pembangunan kebun kejiranan dari Jun 2014 hingga Jun 2015
Ada / Tiada
4. Bilangan program/ kempen/ dialog/ mesyuarat/ bengkel untuk menggalakkan pembangunan kebun kejiranan dari Jun 2014 hingga Jun 2015
Bil. kempen/dialog/
mesyuarat/bengkel: .......................
Nota: Contoh foto kriteria dilampirkan bersama Borang Penyertaan
INISIATIF PROGRAM PENGKOMPOSAN SISA
Kriteria Penilaian Data PBT
1. Bilangan pusat pengkomposan sisa yang dibangunkan dan diuruskan oleh PBT Bil. pusat: .......................
2. Jumlah hasil kompos yang dijana oleh pusat pengkomposan sisa yang diuruskan oleh PBT dari Jun 2014 hingga Jun 2015
Berat: ....................... tan
3. Bilangan tapak pengkomposan sisa yang diuruskan oleh pihak swasta, persatuan penduduk, sekolah dan lain-lain
Bil. tapak: .......................
4. Bilangan program/ kempen/ dialog/ mesyuarat/ bengkel untuk menggalakkan pengkomposan sisa yang dijalankan dari Jun 2014 hingga Jun 2015
Bil. program: .......................
Nota: Contoh foto kriteria dilampirkan bersama Borang Penyertaan
INISIATIF SISTEM PENGUMPULAN DAN PENGGUNAAN SEMULA AIR HUJAN (SPAH)
Kriteria Penilaian Data PBT
1. i. Mengenakan syarat pemasangan SPAH dalam kelulusan pelan bangunan.
[Untuk PBT yang berada di dalam negeri yang belum mewartakan Undang-undang Kecil Bangunan Seragam (UKBS) 1984 (Pindaan 2011)]
Ada/Tiada
ii. Mengenakan syarat pemasangan SPAH dalam kelulusan pelan bangunan melebihi keperluan UKBS 1984.
[Untuk PBT yang berada di dalam negeri yang telah mewartakan Undang-undang Kecil Bangunan Seragam (UKBS) 1984 (Pindaan 2011)]
Ada/Tiada
2. Bilangan bangunan yang menggunakan SPAH (selain daripada keperluan UKBS 1984 [Pindaan 2011])
Bil. bangunan : .......................
3. Bilangan kolam tadahan yang digunakan untuk bekalan air bagi tujuan menyiram pokok/landskap dan kegunaan lain yang sesuai
Bil. kolam : .......................
4. Bilangan program/ hebahan/ kempen kesedaran mengenai SPAH yang dijalankan oleh PBT dari Jun 2014 hingga Jun 2015
Bil. program : .......................
Nota: Contoh foto kriteria dilampirkan bersama Borang Penyertaan Pegawai PBT yang boleh dihubungi sekiranya maklumat lanjut diperlukan oleh urus setia: Nama Pegawai : .................................................................................................
Jawatan Pegawai : .................................................................................................