0 | P a n d u a n P - April 1 9 Jabatan Kerja Raya Malaysia Garis Panduan Permohonan Pensijilan Arkitek Senibina Lestari
0 | P a n d u a n P - April 1 9
Jabatan Kerja Raya Malaysia
Garis Panduan Permohonan Pensijilan Arkitek
Senibina Lestari
GARIS PANDUAN PERMOHONAN PENSIJILAN ARKITEK SENIBINA LESTARI
1 | P a n d u a n P - April 1 9
Isi Kandungan
1.0 Pengenalan .......................................................................................................................................... 2
2.0 Objektif .................................................................................................................................................. 2
3.0 Tahap Pensijilan ................................................................................................................................ 2
4.0 Skop Pengetahuan dan Pengalaman .......................................................................................... 2
5.0 Syarat-syarat Permohonan ........................................................................................................... 3
5.1 Syarat Permohonan Tahap 2 .................................................................................................... 3
5.2 Syarat Permohonan Tahap 3 .................................................................................................... 3
5.3 Syarat Permohonan Tahap 4 .................................................................................................... 4
6.0 Penilaian dan Pemarkahan ........................................................................................................... 5
6.1 Kaedah .............................................................................................................................................. 5
6.2 Pemarkahan .................................................................................................................................... 5
7.0 Kursus.................................................................................................................................................... 5
8.0 Cara Memohon ................................................................................................................................... 6
LAMPIRAN 1 Senarai Kursus ............................................................................................................. 8
LAMPIRAN 2 Senarai Semak Permohonan ................................................................................... 9
LAMPIRAN 3 Kamus Panduan Pengisian Borang ..................................................................... 16
GARIS PANDUAN PERMOHONAN PENSIJILAN ARKITEK SENIBINA LESTARI
2 | P a n d u a n P - April 1 9
1.0 Pengenalan
Program Pensijilan Arkitek ini adalah program di mana pegawai diberi
pengiktirafan melalui pengalaman dan kemahiran tertentu yang ditunjukkan atau
dilaksanakan serta telah menepati piawaian yang ditetapkan. Pengujudan program ini
adalah untuk melengkapi usaha jabatan untuk menjadikan Jabatan Kerja Raya (JKR)
sebagai Pusat Kecemerlangan dan rujukan di peringkat negara atau antarabangsa.
Arkitek yang mendapat pensijilan di dalam bidang Senibina Lestari adalah mereka yang
mempunyai asas latihan dan pengalaman bagi menjadikan mereka kompeten,
berkemahiran tinggi dan berkualiti yang merangkumi pelaksanaan pembangunan lestari,
penyelesaian isu pembangunan lestari dan pemahaman polisi dan praktis pembangunan
lestari.
2.0 Objektif
Program pensijilan ini mempunyai beberapa objektif iaitu:
i. Meningkatkan kompetensi dan kepakaran arkitek dalam bidang Senibina Lestari
serta memastikan setiap pegawai mencapai tahap kompetensi yang telah
ditetapkan.
ii. Mengiktiraf pengalaman dan pengetahuan dalam bidang pembangunan lestari.
iii. Melahirkan pakar dan penasihat dalam bidang lestari untuk disiplin arkitek secara
berperingkat dan sistematik.
iv. Memperluaskan peluang pembangunan kerjaya disamping memberi keyakinan
diri dan kepuasan kepada individu.
3.0 Tahap Pensijilan
Berdasarkan model kompetensi JKR yang boleh didapati daripada Dokumen
Pengurusan Competency Model & Dictionary Jabatan Kerja Raya Malaysia (versi yang
terkini), tahap-tahap pensijilan telah dikenalpasti mengikut kompetensi yang telah
ditetapkan. Pengkelasan kompetensi adalah terdiri daripada tiga tahap pengkelasan iaitu
Tahap 2 (Basic), Tahap 3 (Competent) serta Tahap 4 (Proficient). Sijil-sijil pengiktirafan
adalah seperti berikut:
a. Kompetensi Senibina Lestari Tahap 2- Basic (Sijil SL2)
b. Kompetensi Senibina Lestari Tahap 3- Competent (Sijil SL3)
c. Kompetensi Senibina Lestari Tahap 4- Proficient (Sijil SL4)
4.0 Skop Pengetahuan dan Pengalaman
Calon-calon yang memohon pensijilan adalah dijangka mempunyai ilmu
pengetahuan dan pengalaman yang bersesuaian bagi memohon tahap pensijilan
mengikut kompetensi yang layak. Skop pengetahuan dan pengalaman yang diperlukan
untuk kelayakan mendapat pensijilan ialah:
GARIS PANDUAN PERMOHONAN PENSIJILAN ARKITEK SENIBINA LESTARI
3 | P a n d u a n P - April 1 9
i. Berupaya mengaplikasikan ilmu pengetahuan yang diperolehi semasa menghadiri
kursus-kursus berkaitan pembangunan lestari.
ii. Memahami dengan terperinci p o l i s i , dasar dan perundangan berkaitan
pembangunan lestari.
iii. Memahami isu dan teknologi terkini berkaitan pembangunan lestari. iv. Mampu menyampaikan ilmu yang diperoleh melalui kaedah mengajar dan
penulisan kertas kerja/jurnal/penyelidikan dsb.
v. Berupaya menyusun strategi pelaksanaan projek hijau berdasarkan
penganalisian data melalui kajian ( contoh data: Return of Investment (ROI), Life
Cycle Costing (LCC), Life Cycle Analysis (LCA) atau sebarang aplikasi yang
berkaitan).
5.0 Syarat-syarat Permohonan
Calon-calon yang berminat boleh memohon mana-mana tahap pensijilan yang
telah dinyatakan dengan memenuhi semua syarat-syarat yang telah ditetapkan mengikut
kompetensi yang dipohon.
5.1 Syarat Permohonan Tahap 2
Bagi permohonan tahap ini, calon-calon mesti memenuhi kriteria seperti berikut:
i. Memegang jawatan sebagai Arkitek J41≤ atau Penolong Pegawai Senibina JA29.
ii. Mempunyai 3 (tiga) tahun pengalaman kerja bagi Arkitek J41≤. Manakala 6
(enam) tahun pengalaman kerja bagi Penolong Pegawai Senibina JA29.
iii. Mempunyai 2 (dua) tahun pengalaman dalam bidang berkaitan pembangunan
lestari bagi Arkitek J41≤. Manakala 4 (empat) tahun pengalaman bagi Penolong
Pegawai Senibina JA29.
iv. Mengemukakan Pengalaman Kerja (CV).
v. Hadir dengan jayanya 2 kursus utama dan 2 kursus elektif Tahap 2 (Rujuk LAMPIRAN 1). Ijazah Sarjana (Master) dan Ph.D dalam bidang kepakaran berkaitan pembangunan lestari diiktiraf setara dengan Pensijilan Tahap 2. Dengan ini pegawai yang mempunyai Ijazah Sarjana (Master) dan Ph.D bidang kepakaran Kejuruteraan Jalan boleh memohon untuk dipertimbangkan bagi mendapatkan Pensijilan Tahap 2.
vi. Telah lulus ujian bertulis.
5.2 Syarat Permohonan Tahap 3
Bagi permohonan tahap ini, calon-calon mesti memenuhi kriteria seperti berikut:
i. Memegang jawatan minimum Arkitek J41.
ii. Telah mendapat Pensijilan Tahap 2 (dokumen pembuktian diperlukan).
iii. Mempunyai pengalaman kerja sekurang-kurangnya lima (5) tahun
GARIS PANDUAN PERMOHONAN PENSIJILAN ARKITEK SENIBINA LESTARI
4 | P a n d u a n P - April 1 9
iv. Mempunyai pengalaman dalam bidang pembangunan lestari sekurang-
kurangnya tiga (3) tahun.
v. Mengemukakan Pengalaman Kerja (CV).
vi. Hadir dengan jayanya kursus Tahap 3 (rujuk LAMPIRAN 1)
vii. Terlibat melaksanakan sekurang-kurangnya satu (1) projek penyediaan,
penyemakan dan pengesahan Laporan Simulasi Bangunan bagi memenuhi
sebahagian kriteria penarafan hijau.
viii. Telah melaksanakan sekurang-kurangnya satu (1) projek penarafan hijau.
ix. Telah lulus temuduga.
5.3 Syarat Permohonan Tahap 4
Bagi permohonan tahap ini, calon-calon mesti memenuhi kriteria seperti berikut:
i. Memegang jawatan minimum Arkitek J44.
ii. Telah mendapat Pensijilan Tahap 3.
iii. Mempunyai pengalaman kerja sekurang-kurangnya sepuluh (10) tahun.
iv. Mempunyai pengalaman di dalam bidang pembangunan lestari melebihi lima (5)
tahun.
v. Hadir dengan jayanya kursus Tahap 4 (rujuk LAMPIRAN 1)
vi. Terlibat dalam melaksanakan tiga (3) projek antaranya:
a) menjadi penverifikasi penarafan bagi sebarang Sistem Penarafan Hijau
(pH JKR/ MyCREST/GreenRE/GBI dll.)
ATAU
b) menyertai Pasukan Audit Tenaga (PAT) dan menghasilkan laporan audit
tenaga.
vii. Menyumbang kepakaran sebagai tenaga pengajar serta terlibat dalam
penyediaan modul latihan di dalam bidang berkaitan pembangunan lestari.
viii. Menyertai sekurang-kurangnya satu (1) jawatankuasa berkaitan pembangunan
lestari.
ix. Menyumbang kepakaran dengan memberikan khidmat nasihat teknikal berkaitan
bidang pembangunan lestari samada di dalam atau di luar jabatan.
x. Terlibat dalam penyediaan garis panduan, dokumen rujukan, kertas kerja
jabatan dan jawatankuasa berkaitan pembangunan lestari.
xi. Telah lulus temuduga.
GARIS PANDUAN PERMOHONAN PENSIJILAN ARKITEK SENIBINA LESTARI
5 | P a n d u a n P - April 1 9
6.0 Penilaian dan Pemarkahan
6.1 Kaedah
Kaedah Penilaian adalah terbahagi kepada samada ujian bertulis/temuduga, proses pengalaman kerja dan juga sikap calon tersebut. Penilaian ini akan dikendalikan oleh pihak Urusetia Program Pensijilan Senibina Lestari. Semua dokumen / laporan perlu disahkan oleh Ketua Jabatan atau Pengarah Cawangan. Panel penilai bagi pensijilan adalah terdiri dari pegawai-pegawai kanan JKR yang dilantik dan dipersetujui oleh pihak Pengurusan JKR.
6.2 Pemarkahan
Pemarkahan penilaian adalah seperti berikut:
Kriteria
Markah
Tahap 2 Basic
Tahap 3 Competent
Tahap 4 Proficient
Ujian Bertulis 20% - -
Penilaian Pengalaman Kerja 70% 70% 70%
Temuduga - 20% 20%
Sikap 10% 10% 10%
Jumlah keseluruhan 100 100 100
Calon-calon perlu mendapatkan markah keseluruhan sekurang-kurangnya 70%
markah untuk lulus di dalam sesi penilaian ini.
7.0 Kursus
Bagi memastikan bahawa calon-calon telah dilatih secara terancang dan sistematik, maka mereka perlu menyertai kursus teknikal yang dikategorikan sebagai wajib bersesuaian dengan tahap pensijilan yang dipohon. Kursus-kursus bagi tajuk yang hampir sama dan dikendalikan oleh pihak luar atau swasta, boleh dipertimbangkan dan bergantung kepada kurikulum kursus berkaitan. Kursus-kursus berkaitan yang pernah dihadiri 3 tahun terdahulu dari tarikh iklan pensijilan boleh diambil kira dalam permohonan. Kursus-kursus wajib adalah seperti berikut: Bagi memastikan bahawa calon-calon telah dilatih secara terancang dan sistematik, maka mereka dikehendaki menyertai kursus-kursus teknikal yang ditetapkan dan bersesuaian dengan pengkelasan sijil yang dipohon. Kursus-kursus yang dimaksudkan adalah kursus kejuruteraan jalan merangkumi mana-mana modul kursus yang dinyatakan di LAMPIRAN 1.
GARIS PANDUAN PERMOHONAN PENSIJILAN ARKITEK SENIBINA LESTARI
6 | P a n d u a n P - April 1 9
8.0 Cara Memohon
Permohonan yang telah lengkap dan disahkan oleh Ketua Jabatan hendaklah
dihantar kepada Urusetia Program Pensijilan di alamat seperti berikut .
Urusetia Program Pensijilan JKR Malaysia Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan & Teknologi JKR CREaTE, Jalan Kemus, Simpang Ampat 78000 Alor Gajah, Melaka No Tel: 05 5512298/2433/2282 Emel : [email protected]
GARIS PANDUAN PERMOHONAN PENSIJILAN ARKITEK SENIBINA LESTARI
7 | P a n d u a n P - April 1 9
LAMPIRAN
GARIS PANDUAN PERMOHONAN PENSIJILAN ARKITEK SENIBINA LESTARI
8 | P a n d u a n P - April 1 9
LAMPIRAN 1 Senarai Kursus
Tahap 2 Tahap 3 Tahap 4 (Utama 01) Kursus Kecekapan Tenaga (Sistem Pasif) –2 1/2 Hari (Utama 02) Kursus Senibina Lestari (Sustainable Architecture) 2 1/2 Hari (Elektif 01) Kursus Kualiti Persekitaran Dalaman (IEQ) -1 hari (Elektif 02) Kursus Sistem Penuaian Air Hujan (SPAH) & Kecekapan Air-1 hari (Elektif 03) Kursus Sistem Pengurusan Alam Sekitar (SPAS)-1 hari (Elektif 04) Kursus Green Product Scoring System (GPSS)- 1 hari
Kursus Simulasi Tenaga Bangunan (Ecotect/ IES/ Green Building Studio atau perisian setara) –bilangan hari mengikut program pihak penganjur Kursus Pensijilan sebarang Sistem Penarafan Hijau (Contoh Sistem Penarafan Hijau: pH JKR/ MyCREST/ GreenRE/ GBI dll.) - bilangan hari mengikut program pihak penganjur
Kursus Qualified Professional MyCREST
Kursus Qualified Assessor
atau,
Kursus Energy Manager atau,
Kursus GBI Fasilitator atau,
Kursus Certified IEQ Assessor atau,
Kursus Environmental Quality Assessor
Kursus Pensijilan berkaitan Return of Investment (ROI)/ Life Cycle Costing (LCC) / Life Cycle Analysis (LCA) atau sebarang aplikasi yang berkaitan
7 hari Ikut penganjur Ikut penganjur
GARIS PANDUAN PERMOHONAN PENSIJILAN ARKITEK SENIBINA LESTARI
9 | P a n d u a n P - April 1 9
LAMPIRAN 2 Senarai Semak Permohonan
Berikut adalah dokumen-dokumen yang perlu dihantar kepada urusetia mengikut
tahap pensijilan yang dipohon:
Bil. Dokumen yang diperlukan Tahap Pensijilan
2 3 4
1. Borang Permohonan • • •
2. Salinan Sijil Kursus Teknikal (yang disahkan) • • •
3. Pengalaman Kerja /Curicullum Vitae (CV) • • •
4. Pengalaman Kerja Dalam Bidang Berkaitan Pembangunan Lestari
• • •
5. Bukti Melaksanakan Projek (rujuk kriteria yang berkenaan) • •
6. Bukti Telah Lulus Temuduga • •
7. Surat Lantikan Sebagai Tenaga Pengajar •
8. Salinan Kertas Kerja atau Sijil Pembentangan •
9. Bukti Penerbitan Dokumen Rujukan/ Lantikan Jawatankuasa Teknikal Berkaitan Bidang
•
10. Bukti Khidmat Nasihat Rundingan Teknikal •
GARIS PANDUAN PERMOHONAN PENSIJILAN ARKITEK SENIBINA LESTARI
10 | P a n d u a n P - April 1 9
JABATAN KERJA RAYA MALAYSIA PROGRAM PENSIJILAN ARKITEK
BORANG PERMOHONAN
(Gambar saiz pasport)
BAHAGIAN I: BUTIRAN PEMOHON
Nama
No. Kad Pengenalan
Alamat tempat bertugas
No. Telefon pejabat
No. Fax
No. Telefon bimbit
Alamat emel
Jawatan dan Gred
Kelayakan Akademik Tertinggi
Kelayakan Profesional
Pendaftaran badan profesional
Tarikh lantikan pertama
Tempoh perkhidmatan tetap di JKR
Kategori pensijilan yang dipohon (sila tandakan √ )
Kompetensi Tahap 2 Tahap 3 Tahap 4
GARIS PANDUAN PERMOHONAN PENSIJILAN ARKITEK SENIBINA LESTARI
11 | P a n d u a n P - April 1 9
BAHAGIAN II: PENGALAMAN KERJA (Dari mula bertugas sehingga kini) Tahun
berkhidmat Tempat bertugas Peranan dan tanggungjawab
GARIS PANDUAN PERMOHONAN PENSIJILAN ARKITEK SENIBINA LESTARI
12 | P a n d u a n P - April 1 9
BAHAGIAN III: PENGALAMAN KERJA DALAM BIDANG BERKAITAN PEMBANGUNAN LESTARI
Tahun berkhidmat
Tempat bertugas Peranan dan tanggungjawab
GARIS PANDUAN PERMOHONAN PENSIJILAN ARKITEK SENIBINA LESTARI
13 | P a n d u a n P - April 1 9
BAHAGIAN IV: KEHADIRAN KURSUS Tarikh Tempat Kursus yang dihadiri (sila sertakan
sijil berkaitan)
BAHAGIAN V: PEMBENTANGAN KERTAS KERJA (Dari peringkat cawangan, jabatan, dalam dan luar negara)
Tarikh Nama seminar dan Tempat
Tajuk kertas kerja (sila sertakan salinan kertas kerja anda)
GARIS PANDUAN PERMOHONAN PENSIJILAN ARKITEK SENIBINA LESTARI
14 | P a n d u a n P - April 1 9
BAHAGIAN VI: KHIDMAT PERUNDINGAN (Keahlian jawatankuasa atau memberikan input teknikal berkaitan bidang kepakaran samaada secara lisan,
bertulis atau elektronik yang direkodkan secara sistematik) Tarikh Bidang yang
dirujuk Khidmat nasihat teknikal yang
diberikan
BAHAGIAN VII: SUMBANGAN TENAGA PENGAJAR (pernah mengajar kursus di peringkat cawangan, jabatan, dalam atau luar negara)
Tarikh Nama kursus dan tempat
Subjek yang diajar
GARIS PANDUAN PERMOHONAN PENSIJILAN ARKITEK SENIBINA LESTARI
15 | P a n d u a n P - April 1 9
BAHAGIAN VIII: PERAKUAN PEMOHON Saya mengaku bahawa semua maklumat yang diberi dalam borang permohonan ini serta dokumen sokongan adalah benar dan saya telah menepati semua syarat kelayakan yang ditetapkan bagi pensijilan yang dimohon. Tarikh
Tandatangan pemohon
BAHAGIAN IX: PERAKUAN KETUA JABATAN Saya menyokong / tidak menyokong permohonan pegawai ini Tarikh
Tandatangan Ketua Jabatan
Cop rasmi Jabatan
BAHAGIAN X: UNTUK KEGUNAAN URUSETIA Permohonan diterima Pegawai penyelaras (pegawai yang memproses
permohonan): Tandatangan: Tarikh:
Permohonan ditolak
Sebab-sebab penolakan:
Dokumen tidak lengkap
Lewat diterima
Maklumat tidak tepat
Tiada sokongan ketua jabatan
Lain-lain: Nyatakan....................
GARIS PANDUAN PERMOHONAN PENSIJILAN ARKITEK SENIBINA LESTARI
16 | P a n d u a n P - April 1 9
LAMPIRAN 3 Kamus Panduan Pengisian Borang
a. Pengalaman Kerja di dalam borang permohonan
Bahagian ini mengkehendaki pemohon untuk mengisi pengalaman kerja secara
ringkas sahaja mengenai peranan dan tanggungjawab sekiranya pengalaman
tersebut tidak berkaitan dengan bidang kompetensi yang dipohon. Tidak perlu
masukkan senarai semua projek yang dibuat, kecuali projek-projek yang
berkaitan yang menunjukkan peranan dan tanggungjawab pemohon di dalam
bidang kompetensi yang dipohon seperti yang ditetapkan di dalam syarat
permohonan. Salah satu contoh syarat permohonan ; Terlibat dalam rekabentuk
minimum 5 cadangan projek fasiliti kesihatan (minimum 3 klinik kesihatan atau
5 ‘any clinical departments in the hospital’).
b. Kertas Kerja
Hanya kertas kerja penyelidikan atau projek sahaja yang diterima. Pembentangan
hasil bengkel, kursus atau mesyuarat adalah bukan kertas kerja. Kertas kerja
perlulah melalui sekurang-kurangnya peringkat peer review dan dimasukkan ke
dalam mana-mana jurnal atau prosiding atau kertas kerja yang dibentangkan di
dalam mana-mana seminar/ persidangan di peringkat jabatan.
c. Penilaian Pengalaman Kerja
Borang bertindak sebagai buku laporan terperinci mengenai peranan dan
tanggungjawab pemohon dalam bidang berkaitan yang dipohon. Pemohon perlu
menyatakan dengan terperinci skop pengalaman dan pengetahuan di dalam
perlaksanaan projek terhadap setiap satu perkara yang dikehendaki di dalam
borang tersebut bagi memudahkan penilaian dibuat.
d. Ketua Jabatan
Keutamaan untuk membuat perakuan untuk menyokong permohonan pegawai
ialah Ketua di bahagian tempat bertugas yang bertanggungjawab untuk menyelia
peranan dan tanggungjawab pemohon.
e. Urusetia
Bahagian yang akan menerima dan memproses permohonan daripada pegawai
seperti alamat yang tertera di dalam modul pensijilan.
f. Pegawai penyelaras
Pegawai dari bahagian urusetia yang bertanggungjawab untuk memproses
kelayakan setiap permohonan daripada pegawai.