Jabatan Kerajaan Tempatan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan No. 51, Persiaran Perdana, Persint 4, 62100, Putrajaya Tel: 03-8891 5000 Faks: 03-8891 3090 Pelan Transformasi Pihak Berkuasa Tempatan ini telah dibangunkan secara menyeluruh dengan mengambilkira keperluan perkhidmatan dan kehendak rakyat. Kerajaan komited dalam menjayakan pelan ini untuk kesejahteraan hidup masyarakat di kawasan perbandaran PBT. Semua pihak yang terlibat perlu berganding bahu bekerja bersama- sama bagi menjayakan program yang telah dirancang dan merealisasikan aspirasi menjadikan PBT sebagai kerajaan di hati rakyat. Teras 1: Pembangunan Modal Insan Teras 2: Kecekapan Perkhidmatan Teras 3: Pengukuhan Kewangan Teras 4: Kesejahteraan Rakyat Teras 5: Penglibatan Rakyat Teras 6: Komunikasi Berkesan Wawasan 2020 Visi KPKT Visi JKT Mewujudkan Persekitaran Hidup yang Berkualiti dan Mampan Selaras dengan Wawasan 2020 Ke Arah Menjadikan Pihak Berkuasa Tempatan Organisasi Bertaraf Dunia Dalam Penyampaian Perkhidmatan Perbandaran “Setiap penjawat awam adalah agen transformasi paling hadapan dalam perantaraan di antara rakyat dan kerajaan. Perkhidmatan Awam yang bertunjangkan dan berpaksikan rakyat diikat hubungan dengan tersemainya kebolehpercayaan dalam memberikan khidmat paling murni tanpa mengira tempat, masa dan rupa.” YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia “Pelan Transformasi Pihak Berkuasa Tempatan ini adalah satu gerak kerja strategik yang dibangunkan untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan PBT dalam semua aspek dan mewujudkan suasana persekitaran hidup yang lebih kondusif, lestari dan memberikan kesejahteraan kepada rakyat setempat.” YB Datuk Abdul Rahman bin Dahlan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan KPKT PTPBT pamphlet 15cm x 23cm FA_Layout 1 29/02/2016 10:38 AM Page 1
2
Embed
Jabatan Kerajaan Tempatan Kementerian Kesejahteraan Bandar ...jkt.kpkt.gov.my/jkt/resources/PDF/Pusat Sumber/pelan transformasi... · Teras keenam ialah Komunikasi Berkesan ... media
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Jabatan Kerajaan TempatanKementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Pelan Transformasi Pihak Berkuasa Tempatan ini telahdibangunkan secara menyeluruh dengan mengambilkirakeperluan perkhidmatan dan kehendak rakyat. Kerajaankomited dalam menjayakan pelan ini untuk kesejahteraanhidup masyarakat di kawasan perbandaran PBT. Semuapihak yang terlibat perlu berganding bahu bekerja bersama-sama bagi menjayakan program yang telah dirancang danmerealisasikan aspirasi menjadikan PBT sebagai kerajaandi hati rakyat.
Teras 1:
Pembangunan
Modal Insan
Teras 2:
Kecekapan
Perkhidmatan
Teras 3:
Pengukuhan
Kewangan
Teras 4:
Kesejahteraan
Rakyat
Teras 5:
Penglibatan
Rakyat
Teras 6:
Komunikasi
Berkesan
Wawasan2020
VisiKPKT
VisiJKT
Mewujudkan Persekitaran Hidup
yang Berkualiti dan Mampan
Selaras dengan Wawasan 2020
Ke Arah Menjadikan Pihak Berkuasa
Tempatan Organisasi Bertaraf Dunia
Dalam Penyampaian Perkhidmatan
Perbandaran
“Setiap penjawat awam adalah agen transformasi paling hadapandalam perantaraan di antararakyat dan kerajaan.Perkhidmatan Awam yangbertunjangkan dan berpaksikanrakyat diikat hubungan dengantersemainya kebolehpercayaandalam memberikan khidmat paling murni tanpa mengiratempat, masa dan rupa.”
YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul RazakPerdana Menteri Malaysia
“Pelan Transformasi PihakBerkuasa Tempatan ini adalahsatu gerak kerja strategik yangdibangunkan untuk meningkatkankualiti perkhidmatan PBT dalamsemua aspek dan mewujudkansuasana persekitaran hidup yanglebih kondusif, lestari danmemberikan kesejahteraankepada rakyat setempat.”
YB Datuk Abdul Rahman bin DahlanMenteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan
KPKT PTPBT pamphlet 15cm x 23cm FA_Layout 1 29/02/2016 10:38 AM Page 1
Teras 1PembangunanModal Insan
Pembangunan Modal Insan dibangunkan sebagai teras pertama menyasarkankepada perancangan, pembangunan danpengurusan sumber manusia yang optimumkepada semua lapisan warga kerja PBT.Kepimpinan PBT digilap supaya bersikapberani, bijaksana dan berkesan dalammembawa perubahan baharu melaluipelaksanaan dasar dan pentadbiran
di kawasannya. Manakala Ahli-ahli Majlisdiperkasakan dengan meningkatkanperanan bersama warga kerja PBT yangbermotivasi dengan sistem kemajuankerjaya yang lebih menarik. Masyarakatsetempat turut dilibatkan denganpelaksanaan program kemasyarakatan danmenyediakan mereka sebagai masyarakatberperadaban.
Teras 2Kecekapan Perkhidmatan
Kecekapan Perkhidmatan dirangka sebagaiteras kedua yang memfokuskan kepadapeningkatan penyampaian kualitiperkhidmatan, pemerkasaan budaya tadbir urus kerja, peningkatan imej
korporat, pengurusan aduan yang lebihprofesional dan menerajui kepimpinanbandar dengan pengukuhan sinergi agensi-agensi di bandar diberi perhatiansewajarnya.
Teras 3PengukuhanKewangan
Teras ketiga Pengukuhan Kewangan merupakan aspek penting yangdititikberatkan dalam pembangunan pelanini. Pendekatan dalam teras ini dibahagikankepada tiga peringkat iaitu menggunakansepenuhnya peluang dan ruang untukmengutip punca-punca hasil sedia ada,menambahbaik pengurusan kewangan
sedia ada supaya lebih cekap, berkesandan berintegriti serta meneroka mekanismebaharu untuk menjana sumber kewangan.Kekukuhan kewangan membolehkan PBTmerancang pembangunan danmenyediakan perkhidmatan terbaik sertamengurangkan kebergantungan kepadaKerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.
Teras 4KesejahteraanRakyat
Teras keempat ialah Kesejahteraan Rakyatdibangunkan untuk mensejahterakan rakyatPBT bekerja ke arah meningkatkan mutu alam sekitar dengan matlamat untukmewujudkan persekitaran yang selamat dansejahtera kepada rakyat di kawasanmereka.
Kerjasama pelbagai lapisan rakyat mengikutkelompok segmen dalam masyarakatberupaya menggembeling semangatkesukarelawan dan kebertanggungjawabandalam kalangan semua pihak terlibattermasuk juga dalam pemeliharaan danpemuliharaan budaya dan warisan.
Teras 5Penglibatan Rakyat
Teras kelima ialah Penglibatan Rakyat di mana tumpuan diberikan sepenuhnyaoleh PBT kepada rakyat untuk menyediakanperkhidmatan yang menggembirakanmereka, meningkatkan hubungan dengan
bertemu dan beramah mesra, mendengarsuara mereka serta mengiktiraf perananyang dimainkan oleh rakyat setempatdengan memberikan pengiktirafan atassumbangan untuk kebaikan bersama.
Teras 6Komunikasi Berkesan
Teras keenam ialah Komunikasi Berkesandimana teras ini memperkemaskanmekanisme komunikasi dalaman wargakerja PBT dengan penggunaan aplikasiterkini yang mudah, cepat, interaktif dantepat kepada sasaran penerima supayakeberkesanan komunikasi dalaman sertaluaran ditingkatkan.
Selain itu, PBT akan berkolaborasi denganmedia luar untuk mewujudkan pelan mediaagar penyampaian maklumat lebih jelas,strategik dan memenuhi keperluan mediadan rakyat. Pada masa yang sama,keakraban PBT bersama rakyat melaluimedium interaksi yang lebih rapat akandiwujudkan.
1. Kepimpinan yang Membawa
Perubahan
2. Memperkasakan Peranan
Ahli Majlis
3. Memperkasakan Sumber
Manusia
4. Pembangunan Masyarakat
Berperadaban
1.1 Menyediakan strategi pemilihan yang berteraskan kepimpinan berani,
bijaksana dan berkesan (K3B)
1.2 Menggiatkan kepimpinan PBT berurus terus dengan agensi pelaksana
lain
1.3 Memperkasakan sistem pembangunan kerjaya bagi PBT
2.1 Memantapkan peranan Ahli Majlis
3.1 Menambah baik Pelan Strategik Sumber Manusia
3.2 Mempertingkatkan cara dan sistem bekerja
3.3 Memperkasa Bahagian / Unit Kerajaan Tempatan Negeri
3.4 Mengembangkan I-KPKT ke peringkat Wilayah
3.5 Memastikan 1% bajet emolumen untuk kursus kakitangan dipatuhi
3.6 Memantapkan nilai-nilai murni dan integriti perkhidmatan PBT
4.1 Memperkasakan perkongsian strategik untuk pembangunan masyarakat
4.2 Mewujudkan masyarakat yang kreatif, inovatif membudayakan ilmu serta
mengamalkan nilai-nilai murni
4.3 Mempertingkatkan aktiviti bersama antara PBT dan masyarakat
4.4 Mewujudkan semangat kekitaan dan kebanggaan terhadap bandar
STRATEGI TINDAKAN
STRATEGI DAN TINDAKAN
1. Memperkasakan Imej
Korporat
2. Meningkatkan Mutu
Penyampaian Perkhidmatan
3. Memperkasakan Pengurusan
Aduan
4. Memperkasakan Budaya
dan Tadbir Urus Kerja
5. Menerajui Kepimpinan
Bandar
1.1 Memantap dan meningkatkan imej korporat PBT
1.2 Menjenamakan PBT sebagai organisasi yang dekat di hati rakyat
1.3 Melaksanakan penilaian terhadap tahap kepuasan pelanggan
2.1 Menghasilkan inovasi dalam meningkatkan mutu penyampaian
perkhidmatan
2.2 Menyediakan sistem pengukuran, pemantauan dan penilaian prestasi