JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA PROSEDUR KERJA SENARAI SEMAK PEMBAYARAN TAJUK : TUNTUTAN BAYARAN PENCERAMAH RUJUKAN DOKUMEN : MUKASURAT : 1/9 KELUARAN : PINDAAN : TARIKH UBAHSUAI : B i l Perkara Maklumat Yang Perlu Disemak Rujukan 1. Tuntutan Bayaran Pencerama h Semua pegawai kerajaan (tetap/kontrak/ sementara/sambilan dan sangkut) yang memberikan syarahan/ceramah secara sambilan bagi sesuatu kursus atau majlis rasmi yang dianjurkan oleh Kementerian/Jabatan dalam atau luar waktu pejabat adalah layak di bayar saguhati. Takrifan Jawatan Tetap Seseorang yang dilantik secara tetap oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam atau pihak yang diwakilkan kuasa olehnya. Jawatan Kontrak Perlantikan seseorang calon atau pegawai untuk berkhidmat dengan agensi awam yang diuruskan mengikut peruntukan bagi tempoh tertentu berasaskan syarat perkhidmatan yang dipersetujui dalam perjanjian kontrak yang ditandatangani oleh calon. Jawatan Pekerja Khidmat Singkat Pekerja yang diambil berkhidmat mengikut syarat yang ditetapkan dalam Panduan kepada Pekeliling Perkhidmatan ini. Mereka bukan pegawai awam atau pegawai sedang berkhidmat bagi maksud Perintah- Perintah Am Bab A 1973. Pekeliling Perkhidmatan Bil 8 Tahun 2000 Pekeliling Perkhidmatan Bil.2 Tahun 2003 Pekeliling Perkhidmatan Bil.7 Tahun 1999
31
Embed
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA · Web viewSemak penyata tuntutan dengan surat jemputan ceramah atau surat panggilan samada pegawai ini sebagai penceramah atau urusetia, pegawai
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Semua pegawai kerajaan (tetap/kontrak/ sementara/sambilan dan sangkut) yang memberikan syarahan/ceramah secara sambilan bagi sesuatu kursus atau majlis rasmi yang dianjurkan oleh Kementerian/Jabatan dalam atau luar waktu pejabat adalah layak di bayar saguhati.
Takrifan
Jawatan Tetap
Seseorang yang dilantik secara tetap oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam atau pihak yang diwakilkan kuasa olehnya.
Jawatan Kontrak
Perlantikan seseorang calon atau pegawai untuk berkhidmat dengan agensi awam yang diuruskan mengikut peruntukan bagi tempoh tertentu berasaskan syarat perkhidmatan yang dipersetujui dalam perjanjian kontrak yang ditandatangani oleh calon.
Jawatan Pekerja Khidmat Singkat
Pekerja yang diambil berkhidmat mengikut syarat yang ditetapkan dalam Panduan kepada Pekeliling Perkhidmatan ini. Mereka bukan pegawai awam atau pegawai sedang berkhidmat bagi maksud Perintah-Perintah Am Bab A 1973.
Jawatan yang diwujudkan untuk menjalankan sesuatu fungsi bagi suatu tempoh tertentu di mana peruntukan emolumennya ditetapkan di bawah anggaran belanja mengurus dan tersenarai dalam senarai perjawatan
Jawatan Sangkut
Seseorang yang diambil berkhidmat oleh Ketua Jabatan yang dibayar elaun bulanan berdasarkan kepada gaji minimum kepada jawatan mereka disandarkan (sekiranya mempunyai kelayakan penuh) atau dikurang satu pergerakan dari gaji minimum (sekiranya tidak memiliki kelayakan penuh).
Tempoh perkhidmatan tidak boleh diambilkira untuk faedah persaraan jika pegawai dilantik tetap. Pengambilan dihadkan hanya bagi perkhidmatan dalam Kumpulan Pengurusan.
Gred Pegawai
Pegawai yang memilih tidak menerima Sistem Saraan Malaysia boleh terus mengemukakan tuntutan elaun, kemudahan dan bayaran dibawah pekeliling ini berdasarkan Gred/Kategori masing-masing dibawah Sistem Saraan Baru (SSB) /
Kumpulan gaji masing-masing dibawah Laporan Jawatankuasa Kabinet 1976 (JKK 1976) mengikut mana berkenaan.
1.0 Pastikan tuntutan bayaran penceramah dan dokumen sokongan berikut disertakan.
1.1 Borang tuntutan penceramah (Lampiran ‘B’ di WP 1.8)
1.2 Surat jemputan sebagai penceramah1.3 Salinan akaun bank1.4 Salinan slip gaji
Semak penyata tuntutan dengan surat jemputan ceramah atau surat panggilan samada pegawai ini sebagai penceramah atau urusetia, pegawai tidak layak menuntut bayaran penceramah jika beliau sebagai urusetia.
2.0 Semak bulan dan tahun kewangan bayaran. Jika ianya bukan pada tahun semasa pastikan Sijil AP58(a) disertakan dan memenuhi syarat berikut:
a) tuntutan hendaklah dibayar dalam tahun kewangan kelulusan AP58(a) diterima.
b) baki peruntukan dalam tahun kewangan perbelanjaan dan baki peruntukan semasa adalah mencukupi.
3.0 Sekiranya permohonan AP58(a) ditolak oleh Pejabat Perakaunan disebabkan alasan kelewatan pembayaran tidak memuaskan atau terdapat keraguan, permohonan hendaklah dikemukakan kepada Ketua Setiausaha Perbendaharaan melalui Kementerian untuk mendapatkan kelulusan khas.
4.1 Pegawai yang memberi syarahan/ceramah atau dilantik sebagai fasilitator hendaklah mendapat kelulusan Ketua Jabatannya.
4.2 Memberi syarahan/ceramah atau menjadi fasilitator bukan merupakan sebahagian daripada tugas rasmi pegawai.
4.3 Sekiranya pegawai berkenaan bukan dari unit/ seksyen/ cawangan/ bahagian yang menganjurkan program tersebut, beliau layak mendapat bayaran sebagai penceramah sambilan di bawah Pekeliling Perbendaharaan Bil. 2 Tahun 2005 tertakluk kepada syarat-syarat berikut:-
a) Pegawai bukan dari unit latihanb) Pegawai bukan urusetia program; danc) Memberi ceramah bukan sebahagian daripada
tugas hakiki pegawai
4.4 Pegawai dari unit/institut latihan pengajian, maktab /institut perguruan dan sekolah di mana tugas memberi syarahan/ceramah adalah sebahagian daripada tugas mereka, bayaran saguhati boleh dibayar sekiranya kursus/bengkel/majlis rasmi bukan dianjurkan dan bukan merupakan program jabatan /institusi /maktab /sekolah yang sama.
5.1 Semak jawatan yang disandang untuk menentukan samada tugas hakiki pegawai adalah memberi syarahan/ ceramah atau menjadi fasilitator.
5.2Sekiranya jawatan yang disandang adalah sama, maka pegawai adalah tidak layak menuntut apa- apa bayaran penceramah.
6.0 Kadar Bayaran PegawaiKadar Bayaran Saguhati Mengikut Kumpulan Perkhidmatan Bagi Pensyarah / Penceramah Sambilan dan Fasilitator Sambilan adalah seperti dijadual dibawah. Berikut adalah semakan yang perlu dilakukan bagi menentukan kadar bayaran yang sepatutnya kepada pegawai :
Sekiranya jumlah besar penceramah melebihi daripada setengah gaji pokok termasuk elaun memangku pegawai, maka pegawai hanya layak menuntut setengah daripada gaji bulanan pegawai.
Sekiranya pegawai menuntut elaun bayaran penceramah melebihi daripada kelayakan, maka pegawai tersebut hendaklah mengisi diruangan 2b di dalam borang permohonan penceramah (Jumlah lebihan tuntutan, Kementerian / Jabatan / Agensi, sertakan surat akuan daripada Kementerian/ Jabatan/ Agensi, Bil dan tarikh hendaklah diisi dengan lengkap)untuk memulangkan balik lebihan bayaran saguhati yang diterima.
6.4.3 Pastikan aturcara majlis untuk menentukan penceramah / pensyarah / fasilitator sambilan untuk mengetahui samada diberi cenderamata, maka pegawai tidak layak menuntut bayaran penceramah.
Pensyarah / penceramah / fasilitator tidak dibenarkan diberikan cenderamata untuk mengelakkan kekeliruan mengenai nilai/kadar cenderamata tersebut.
7.0 Kadar Bayaran Agensi Bukan Kerajaan
Bagi pembayaran penceramah daripada agensi bukan kerajaan, maka bayaran penceramah hendaklah diuruskan menggunakan Pesanan Kerajaan mengikut AP190(a) iaitu secara pembelian terus/ sebut harga/ tender mengikut nilai perolehan yang berkenaan.
Bagi pegawai yang telah bersara, pegawai bukan lagi merupakan kakitangan Kerajaan. Oleh itu, bayaran saguhati hendaklah mengikut kadar seperti di bawah:-
kadar bayaran kepada pensyarah/penceramah hendaklah berasaskan kelayakan akademik seperti berikut :
KADAR ASAS MENGIKUT KELAYAKAN AKADEMIK
Diploma/SijilSarjana Muda
Sarjana PHD
RM100 sejam
RM200 sejam
RM300 sejam
RM400 sejam
9.0 Kadar Bayaran Lain-Lain Penceramah
9.1 Penceramah Luar Negara Sekiranya memerlukan kepakaran pensyarah/
penceramah dari luar negara dan bayaran yang dikenakan melebihi syarat, kelulusan dari Perbendaharaan hendaklah dipohon.
9.2 Penceramah Khusus Bagi pensyarah / penceramah tertentu yang
mempunyai pengalaman atau kepakaran khusus sama ada dari dalam atau luar negara, bayaran elaun ex-gratia tambahan tidak melebihi 20% daripada kadar di atas boleh diluluskan oleh jawatankuasa/panel yang bertanggungjawab ke atas
9.3 Tuntutan kos imbuhan balik bagi bahan/peralatan serta tuntutan perjalanan, penginapan dan lain-lain hendaklah berpatutan dan dibayar mengikut kadar yang ditetapkan sekiranya perolehan tidak dibuat secara pakej.
9.4 Perolehan bagi kemudahan penginapan dan penyediaan makanan peserta kursus/latihan hendaklah dibuat mengikut kadar kelayakan yang berkuat kuasa.
10.0 Kod objek
Pastikan bayaran menggunakan kod objek lanjut 29107.
a) Jumlah besar tuntutan bulanan di para 1 di atas adalah selaras dengan kelayakan saya
seperti ditetapkan di perenggan 2. Pekeliling Perbendaharaan 2/2005
atau
b) Jumlah besar tuntutan bulanan di para 1 di atas adalah melebihi kelayakan saya seperti
ditetapkan di dalam Pekeliling Perbendaharaan 2/2005 dan saya telah memulangkan balik
lebihan bayaran saguhati yang diterima iaitu sebanyak RM…………… kepada
Kementerian/ Jabatan/ Agensi
……………………………………………………………… seperti surat akuan yang
disertakan daripada Kementerian/ Jabatan / Agensi ……………………….. Bil
…………………… bertarikh ……………………………..
C. PERAKUAN
Saya mengaku butir-butir yang dinyatakan di atas adalah benar.
……………………………… Tandatangan Pemohon
Tarikh :……………. Nama : ………………………………..
BAHAGIAN II
i. Ulasan Ketua Jabatan
Tarikh : ……………… ……………………………Tandatangan Ketua Jabatan
Nama : …………………………
Jawatan : …………………………
Cop Jab.: …………………………
ii. Pengesahan Ketua Jabatan
Disahkan bahawa pegawai ini adalah seorang pensyarah/ penceramah sambilangolongan pakar/ bukan golongan pakar *
Tarikh : ……………… ……………………………Tandatangan Ketua Jabatan
Nama : …………………………
Jawatan : …………………………
Cop Jab.: …………………………
* Potong yang mana tidak berkenaan.
BAHAGIAN III (Diisi oleh Kementerian/ Jabatan/ Agensi Penganjur)
Keputusan Permohonan
Diluluskan / Tidak Diluluskan *
Tarikh : ……………… ……………………………Tandatangan Ketua Jabatan
Nama : …………………………
Jawatan : …………………………
Cop Jab.: …………………………
* Potong yang mana tidak berkenaan.
Dokumen yang perlu disertakan :-
- Salinan buku bank/ penyata bank- Salinan penyata gaji (kakitangan kerajaan sahaja)- Salinan Sijil Tertinggi (SPM/DIPLOMA/IJAZAH/PHD) (kakitangan swasta)- Surat jemputan penceramah- Jadual atucara majlis
* Semua Dokumen Mestilah Diakuisah oleh ketua jabatan
Contoh Pengisian Borang Penceramah Beserta dengan Dokumen Sokongan:-