JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA (Accountant General's Department of Malaysia) BAHAGIAN PENGURUSAN WANG TAK DITUNTUT PEJABAT PENDAFTAR WANG TAK DITUNTUT TINGKAT 42, MENARA MAYBANK 100, JALAN TUN PERAK 50050 KUALA LUMPUR Telefon : 03-20568000 Faks : 03-20725707 (OPERAS!) 1 ANM 03-20267430 (PEMATUHAN) Web : http://www.anm.gov.my Ruj. Kami : BPAS/S(0)/S( ) Tarikh : /0 Mac 2016 Penolong Pendaftar Wang Tak Dituntut Negeri (SEPERTI SENARAI EDARAN) Tuan, PERUBAHAN FORMAT BON TANGGUNGRUGI (UMA-8 PINDAAN 1/2016) DAN FORMAT SURAT PENGESAHAN WANG TAK DITUNTUT (WTD) OLEH ENTITI Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara tersebut di atas. 2. Dimaklumkan bahawa, format Bon Tanggungrugi (UMA-8) serta format surat pengesahan WTD oleh entiti telah ditambahbaik bagi memantapkan proses bayaran balik WTD kepada empunya sebenar atau empunya yang sah disisi undang-undang. 3. Seperti yang tuan sedia maklum, penggunaan Bon Tanggungrugi (UMA-8) diperlukan dalam beberapa keadaan antaranya seperti permohonan tuntutan yang dibuat oleh waris ke atas WTD milik empunya asal yang telah meninggal dunia (bagi nilai WTD tidak melebihi RM2,000). Sehubungan dengan itu, format Bon Tanggungrugi (UMA-8 Pindaan 1/2016) memerlukan maklumat WTD (UMA-3) yang dituntut dinyatakan dengan lebih spesifik dan pemohon perlu membuat pengakuan mengenai tuntutan pemohonan ini dihadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Majistret atau Pesuruhjaya Sumpah. Bersama-sama ini disertakan lampiran Bon Tanggungrugi (UMA-8 Pindaan 1/2016) beserta contoh mengisi mengikut jenis tuntutan seperti berikut: I. Bon Tanggungrugi (UMA-8 Pindaan 1/2016) — Lampiran A II. Contoh mengisi bagi Entiti yang mendahulukan bayaran — Lampiran B III. Contoh mengisi bagi tuntutan draf bank — Lampiran C IV. Contoh mengisi bagi tuntutan oleh waris — Lampiran D 4. Manakala format baharu surat pengesahan WTD oleh entiti mengkehendaki entiti untuk memberikan pengesahan mengikut jenis WTD bagi membantu pegawai dalam mengenalpasti empunya yang Iayak ke atas WTD yang dituntut. Bersama-sama ini disertakan lampiran contoh format Surat Pengesahan WTD oleh entiti bagi jenis WTD seperti berikut: E—tce&nt Accounting 'Your Service
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA (Accountant General's Department of Malaysia) BAHAGIAN PENGURUSAN WANG TAK DITUNTUT PEJABAT PENDAFTAR WANG TAK DITUNTUT TINGKAT 42, MENARA MAYBANK 100, JALAN TUN PERAK 50050 KUALA LUMPUR
Telefon : 03-20568000 Faks : 03-20725707 (OPERAS!) 1 ANM
03-20267430 (PEMATUHAN) Web : http://www.anm.gov.my
Ruj. Kami : BPAS/S(0)/S( )
Tarikh : /0 Mac 2016
Penolong Pendaftar Wang Tak Dituntut Negeri (SEPERTI SENARAI EDARAN)
Tuan,
PERUBAHAN FORMAT BON TANGGUNGRUGI (UMA-8 PINDAAN 1/2016) DAN FORMAT SURAT PENGESAHAN WANG TAK DITUNTUT (WTD) OLEH ENTITI
Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara tersebut di atas.
2. Dimaklumkan bahawa, format Bon Tanggungrugi (UMA-8) serta format surat pengesahan WTD oleh entiti telah ditambahbaik bagi memantapkan proses bayaran balik WTD kepada empunya sebenar atau empunya yang sah disisi undang-undang.
3. Seperti yang tuan sedia maklum, penggunaan Bon Tanggungrugi (UMA-8) diperlukan dalam beberapa keadaan antaranya seperti permohonan tuntutan yang dibuat oleh waris ke atas WTD milik empunya asal yang telah meninggal dunia (bagi nilai WTD tidak melebihi RM2,000). Sehubungan dengan itu, format Bon Tanggungrugi (UMA-8 Pindaan 1/2016) memerlukan maklumat WTD (UMA-3) yang dituntut dinyatakan dengan lebih spesifik dan pemohon perlu membuat pengakuan mengenai tuntutan pemohonan ini dihadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Majistret atau Pesuruhjaya Sumpah. Bersama-sama ini disertakan lampiran Bon Tanggungrugi (UMA-8 Pindaan 1/2016) beserta contoh mengisi mengikut jenis tuntutan seperti berikut:
I. Bon Tanggungrugi (UMA-8 Pindaan 1/2016) — Lampiran A II. Contoh mengisi bagi Entiti yang mendahulukan bayaran — Lampiran B III. Contoh mengisi bagi tuntutan draf bank — Lampiran C IV. Contoh mengisi bagi tuntutan oleh waris — Lampiran D
4. Manakala format baharu surat pengesahan WTD oleh entiti mengkehendaki entiti untuk memberikan pengesahan mengikut jenis WTD bagi membantu pegawai dalam mengenalpasti empunya yang Iayak ke atas WTD yang dituntut. Bersama-sama ini disertakan lampiran contoh format Surat Pengesahan WTD oleh entiti bagi jenis WTD seperti berikut:
E—tce&nt Accounting 'Your Service
I. Surat Pengesahan bagi WTD jenis akaun simpanan, akaun semasa atau simpanan tetap — Lampiran E
II. Surat Pengesahan bagi WTD jenis banker's cheque, draf bank, foreign draft, demand draft atau cashier's order— Lampiran F
III. Surat Pengesahan bagi WTD jenis insurans, dividen, wang cagaran/deposit TNB/SYABAS/Telekom, gaji —Lampiran G
5. Untuk makiuman tuan, format baharu bagi Bon Tanggungrugi (UMA-8 Pindaan 1/2016) dan format surat pengesahan Wang Tak Dituntut (WTD) oleh entiti boleh dimuat turun di laman web www.anm.gov.my.
6. Kerjasama dan perhatian daripada pihak tuan berhubung perkara ini amatlah dihargai. Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, tuan boleh menghubungi pegawai berikut: