1 BAB 10 Halaman 227 ISU PERTINDIHAN SEMPADAN KONFLIK SEMPADAN BERTINDIH Permasalahan yang melibatkan pelbagai pihak atau negara perlu diselesaikan di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ). Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ- International Court of Justice) berada di Den Haag (The Hague). Oleh itu, apabila Malaysia berhadapan dengan masalah sempadan di Pulau Sipadan dan Ligitan dengan Indonesia dan Pulau Batu Putih dengan Singapura, isu tersebut dibawa ke ICJ. Tindakan ini dilakukan bagi memastikan kedaulatan negara dihormati. Malaysia bersedia menerima dan menghormati keputusan yang diberikan oleh ICJ. • Pulau Sipadan dan Ligitan terletak di Laut Sulawesi, namun berada di dalam lingkungan perairan Sabah dan menjadi milik Malaysia. • Walau bagaimanapun, masalah mula timbul pada tahun 1969. Indonesia melakukan bantahan apabila Malaysia memasukkan kawasan pelantar laut Pulau Sipadan dan Ligitan sebagai wilayah Malaysia. Protes Indonesia terhadap Malaysia semakin kuat menjelang tahun 1979. • Malaysia berjaya memasukkan Pulau Ligitan dan Sipadan sebagai wilayah Malaysia dalam peta baharu yang dikeluarkan Bagi menyelesaikan isu tersebut, beberapa perundingan antara Malaysia dengan Indonesia telah dilakukan, namun usaha ini gagal. Pada masa yang sama, Malaysia membangunkan kedua-dua buah pulau sebagai pusat pelancongan dan menarik perhatian Indonesia. Berikutan itu, satu Suruhanjaya Bersama Menteri (JWC) ditubuhkan, namun isu tersebut masih tidak selesai. Akhirnya, Malaysia dan Indonesia bersetuju untuk membawa kes perebutan Pulau Lingitan dan Sipadan ke ICJ.