ISU GEJALA SAMSENG DI SEKOLAH SEMAKIN LELUASA SEHINGGA
MEMBIMBANGKAN BANYAK PIHAK. PADA PENDAPAT ANDA, APAKAH PUNCA
BERLAKUNYA GEJALA SAMSENG INI?Sedasarwarsa ini, isu gejala samseng
di sekolah sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia di
segenap empat penjuru dunia. Berdasarkan rekod Polis Diraja
Malaysia, peratus gejala samseng meningkat secara drastik dari
semasa ke semasa sekali gus menyebabkan imej negara tercalar di
persada dunia. Rekod polis telah menunjukkan ramai dalam kalangan
pelajar yang cerdik pandai telah menjadi bagai pelanduk di cerang
rimba akibat gejala buli yang semakin ganas. Dalam hal ini,apakah
punca gejala samseng yang menjadi duri dalam daging institusi
pendidikan di negara ini?
Punca perdana yang mendorong aktiviti gejala samseng ini adalah
ramai dalam kalangan pelajar kurang mendapat kasih sayang dan
perhatian daripada ibu bapa. Hal ini demikian kerana dengan
kurangnya kasih sayang daripada ibu bapa, seseorang itu akan
menjadi lebih liar dan sukar dikawal oleh penjaganya. Kebiasaannya,
pelajar samseng akan mempunyai sikap hedonisme dan bertindak
mengikut nafsu. Lantaran itu, apabila nafsu mereka tidak dipenuhi,
mereka akan melepaskan geram tersebut kepada seseorang. Hal ini
jelas membuktikan bahawa mereka jarang menggunakan akal fikiran
mereka yang waras dalam membuat sesuatu keputusan dan pertimbangan,
persis kata orang tua-tua, akal itu menteri yang menasihati, hati
itu ialah raja yang menentukan, nafsu ialah rasuah yang akan
menggulingkan menteri dan raja itu. Gejala samseng ini berlaku
apabila pelajar yang lemah dan muda daripada mereka menjadi sasaran
utama bagi samseng yang ingin memuaskan nafsunya. Sebagai contoh,
pembuli tingkatan empat yang tidak dapat merokok untuk seharian
suntuk akan melepaskan perasaan yang terpendam terhadap mangsa yang
berada di tingkatan dua iaitu pelajar yang lebih muda daripadanya.
Jika ibu bapa memberi perhatian dan kasih sayang yang secukupnya
terhadap anak mereka, maka gejala buli ini akan berkurangan dan
mungkin akan menemui titik noktahnya. Jelaslah bahawa, isu gejala
samseng di dada akhbar dapat dikurangkan apabila ibu bapa memberi
perhatian dan kasih sayang yang secukupnya kepada anak-anak
mereka.
Dalam pada itu, pelajar kurang mendapat didikan agama dan moral
secukupnya merupakan pencetus gejala samseng di sekolah. Dalam
Al-Quran telah dijelaskan bahawa Islam merupakan agama yang syumul
justeru Islam menyeru umat mansia melakukan kebaikan dan melarang
umat manusia melakukan kejahatan. Bertitik tolak daripada kenyataan
tersebut, pelajar yang kurang didikan agama dan moral sudah pasti
tidak tahu membezakan antara buruk dan baik. Selain itu,mereka juga
tidak mempunyai misi hidup seperti kapal yang berlayar tanpa
haluan. Sehubungan dengan itu, mereka sering melakukan sesuatu
perkara tanpa memikirkan impaknya pada kemudian hari. Tambahan
pula,umur mereka yang setahun jagung itu menyebabkan mereka tidak
pernah terlintas yang masa depan mereka semakin kabur apabila
mereka menjadi seorang samseng. Tamsilnya, seorang pelajar yang
bergelar samseng di sekolah mungkin tidak dapat melanjutkan
pelajaran mereka ke menara gading sebaliknya menghabiskan hidup
dengan aktiviti yang tidak berfaedah. Seandainya pelajar mendapat
didikan ilmu agama dan moral yang mustaid, sudah pasti gejala
samseng dapat dikekang dengan mudah. Tegasnya, pelajar yang kurang
didikan agama dan moral mudah terdorong menjadi seorang samseng
yang seterusnya menjadi barah kepada masyarakat.
Selain itu, pengaruh rakan sebaya juga merupakan salah satu
faktor gejala samseng leluasa dalam kalangan pelajar di sekolah.
Hal ini terjadi demikian kerana rakan sebaya akan mempengaruhi
pertumbuhan sosial seseorang pelajar. Secara psikologi, gerak gerik
dan perlakuan pelajar yang negatif lebih kuat pengaruhnya ke atas
pelajar yang berkawan dan rapat dengannya. Pelajar yang menyimpang
tingkah lakunya akan mencuba untuk mempengaruhi kawan-kawannya yang
untuk menyertai tindakannya yang negatif itu. Di sebuah sekolah,
pelajar bebas bergaul antara satu sama lain tanpa memikirkan
bangsa,latar belakang dan kaum yang berbeza-beza yang dihimpunkan
di dalam satu institusi pendidikan yang sama. Oleh itu, pelajar
yang menjadi samseng itu dianggap sebagai nila setitik yang
merosakkan susu sebelanga. Sebagai contoh, pelajar yang menjadi
samseng akan menyebabkan prestasi sekolah itu menurun dan pada masa
yang sama menjejaskan nama baik sekolah itu kesuluruhannya.
Sekiranya pelajar menjauhi gejala samseng ,prestasi sesebuah
sekolah akan terpelihara. Sudah terang lagi bersuluh, gejala
samseng di sekolah dapat diatasi jika seseorang pelajar itu memilih
rakan sebaya yang cenderung ke arah kelakuan positif .
Di samping itu,media massa merupakan penyumbang utama kepada
gejala samseng dalam kalangan belia di bangku
sekolah.Program-program televisyen khasnya, lebih mementingkan
hiburan daripada menyebarkan maklumat yang bermanfaat.
Tayangan-tayangan filem Barat dan Hindustan contohnya, telah
menolak unsur-unsur ketimuran yang sebati dalam jiwa remaja
terutama pelajar sekolah. Adegan-adegan lucah telah menjadi halwa
mata yang menjadi keutamaan bagi mereka. Jadi, apabila filem
tersebut dipertontonkan, sudah tentu golongan remaja amnya, akan
meniru gaya dan aksi artis pujaan mereka. Natijahnya wujudlah
budaya punk, bertindik di telinga kiri bagi lelaki, seks bebas, dan
lebih dahsyat lagi gejala samseng yang semakin leluasa. Secara
tidak langsung, aktiviti ini mencetus kemelut jati diri bagi remaja
yang sedang mencari identiti diri seterusnya terlibat dalam gejala
hedonisme ini.Seandainya, media massa menapis kandungan filem
tersebut,kemungkinan peratus pelajar yang terjerumus dalam gejala
samseng dapat dikurangkan.Pendek kata, media massa juga merupakan
faktor utama gejala samseng semakin leluasa di sekolah.
Jika ditinjau dari aspek pendidikan pula, terdapat banyak ruang
kosong yang harus dipenuhi bagi mengatasi gejala samseng di
sekolah. Hal ini dikatakan demikian kerana sistem pendidikan di
Malaysia lebih banyak menekankan kecemerlangan akademik berbanding
sahsiah.Pelajar sering di ajar cara untuk menjawab soalan bagi
menghadapi peperiksaan berbanding cara untuk menjadi insan yang
bersahsiah demi menjalani kehidupan yang sebenar. Sebagaimana yang
kita sedia maklum, Kementerian Pendidikan Malaysia sering menguji
pelajar dari aspek pendidikan seperti Ujian Penilaian Sekolah
Rendah(UPSR),Penilaian Menengah Rendah(PMR) dan Sijil Pelajaran
Malaysia(SPM) berbanding sahsiah yang hanya diajar melalui subjek
Sivik dan Kewarganegaraan.Berdasarkan sejarah,tamadun yang berjaya
ialah masyarakat yang mempunyai adab dan sahsiah yang tinggi .Jika
kerajaan memberikan penekanan sedikit terhadap pendidikan sahsiah
pelajar, maka sudah pasti gejala samseng di sekolah akan
berkurangan.Sesungguhnya, kerajaan harus menggubal satu sistem
pendidikan negara yang lebih mementingkan sahsiah bagi mengatasi
gejala samseng di sekolah.
Tuntasnya, isu gejala samseng di sekolah tidak seharusnya
dibiarkan terus merebak. Semua pihak seharusnya bersinergi
mengatasi gejala samseng ini yang sudah pastinya banyak memberi
onar kepada banyak pihak. Ibu bapa memainkan peranan peri vital
kerana mereka merupakan ihsan yang paling rapat dengan para remaja.
Aforisme pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara menunjukkan
betapa pentingnya remaja kepada negara. Oleh sebab itu, generasi
sekarang yang sudah tersasar dari landasan yang benar perlu ditarik
balik untuk kembali ke pangkal jalan agar negara kita mampu
melahirkan generasi minda kelas pertama yang bukan sahaja cemerlang
dalam bidang akademik malahan juga cemerlang dalam bidang
akademik.
ISL: Isu Vandalisme Dalam Kalangan Remaja
Isu vandalisme juga merupakan salah satu isu gejala sosial yang
sering dilakukan oleh para remaja yang tidak mempunyai sifat
kesantunan. Mereka ini bersikap mementingkan diri sendiri sahaja
kerana mereka merosakkan kemudahan awam tanpa memikirkan akibatnya
terhadap orang awam. Mereka ini juga tidak menyayangi dan
menghargai harta benda awam. Memandangkan gejala sosial ini semakin
berleluasa di negara kita, kita haruslah berusaha membendung
masalah ini. Dalam hal ini, kita perlulah mengkaji apakah yang
menyebabkan remaja melakukan perbuatan yang tidak kesantunan ini
serta cara untuk mengatasinya.Mengapa berlakunya vandalisme??Motif
utama berlakunya gejala ini adalah disebabkan emosi. Vandalisme
biasanya dianggap sebagai satu cara untuk melepaskan rasa geram,
ataupun satu cara untuk menghilangkan kebosanan semata-mata.
Walaupun motif mereka dianggap ringan, tetapi masyarakat awam
terpaksa menanggung kerugian yang besar untuk memenuhi nafsu mereka
yang hina ini.
Faktor-faktor berlakunya vandalismeAntara faktor-faktor yang
menyebabkan berlakunya gejala vandalisme ini adalah disebabkan oleh
beberapa faktor antaranya ialah:-
i) Pengaruh Rakan SebayaPengaruh rakan sebaya boleh menyebabkan
berlakunya vandalisme. Golongan remaja biasanya lebih mudah terikut
dan senang terpengaruh dengan rakan mereka. Rakan sebaya merupakan
individu yang paling rapat selepas ibu bapa. Pengaruh rakan sebaya
akan mencorakkan sikap, nilai dan tingkah laku remaja, lebih-lebih
lagi remaja yang tercicir dan menghadapi masalah keluarga.
ii) Ibu Bapa dan KeluargaIbu bapa merupakan pendorong kepada
sifat vandalisme di kalangan remaja. Mengapa? Sebagai contoh,
ketika bersiar-siar atau berjalan bersama keluarga, didapati, ada
sesetengah ibu bapa membuang sampah atau sisa makanan dimerata-rata
di depan anak-anak mereka, maka berkemungkinan besar anak mereka
juga akan berkelakuan seperti itu. Selain itu, sesetengah remaja
yang terjebak dalam gejala vandalisme ini berasal daripada keluarga
yang bermasalah atau keluarga yang mengamalkan budaya hidup
negatif. Menurut kajian yang dijalankan, vandalisme dendam
dilakukan oleh remaja yang inginkan kebebasan dan berlatar
belakangkan keluarga yang bermasalah. Selain itu, kurangnya kawalan
dan bimbingan yang sempurna daripada ibu bapa juga antara faktor
utama mendorong remaja terjebak di dalam gejala negatif ini.
iii) Pengaruh Media MassaMedia massa mempunyai pengaruh yang
sangat kuat dan akan meninggalkan kesan yang sangat kuat dewasa
ini. Paparan adegan-adegan negatif dari filem-filem atau rancangan
dari barat yang mempunyai unsur-unsur perlakuan ke arah vandalisme
boleh mempengaruhi remaja melakukan vandalisme. Golongan remaja
lazimnya mudah untuk meniru dan mengikut apa yang dilihat di
sekeliling termasuklah media massa, apatah lagi tanpa bimbingan dan
tunjuk ajar yang sewajarnya.
iv) Sikap tidak peduli, Individualistik dan Materialistik
MasyarakatRemaja merupakan produk sistem sesebuah masyarakat. Sikap
sesetengah masyarakat kini yang hanya mementingkan soal kebendaan
dan tidak mengambil berat terhadap isu-isu sosial sememangnya
merumitkan masalah yang sedia ada. Menurut kajian, masalah
vandalisme banyak berlaku di bandar-bandar. Golongan remaja amat
gemar menconteng dan merosakkan harta benda awam yang ada. Mereka
bukannya tidak terpelajar tetapi generasi yang dilahirkan di bandar
agak sukar untuk dikawal. Di kawasan bandar, sesetengah penduduknya
tidak mengambil berat terhadap apa yang berlaku di sekeliling
mereka. Oleh itu, golongan remaja merasakan diri mereka bebas untuk
melakukan gejala negatif ini tanpa menghiraukan rasa tanggungjawab
terhadap harta benda awam.
Jenis-jenis vandalismePelbagai jenis vandalisme yang dapat kita
lihat saban hari di negara ini. Jenis vandalisme yang paling umum
adalah menukar tulisan yang sedia ada dengan perkataan lain yang
boleh mengubah maksud asal perkataan tersebut dan boleh menimbulkan
kekeliruan kepada masyarakat. Hal ini makin berleluasa di
sana-sini. Kita dapat melihat papan tanda dilebuh raya misalnya
selalu menjadi mangsa kerana tulisan asal telah ditukar atau
dipadam sesuka hati oleh mereka yang tidak mempuyai akal yang waras
ini.
Bagi yang gemar mengumpul barangan plastik, aluminium, besi
keluli dan tembaga pula mereka mampu manghasilkan pendapatan yang
sangat lumayan. Ada diantara mereka sanggup melakukan jenayah ini
semata-mata untuk memenuhi dan mancapai cita-cita dengan
menambahkan lagi koleksi yang sedia ada. Mereka tidar sedar bahawa
kelakuan mereka ini merupakan satu kesalahan dan tergolong dalam
kegiatan vandalisme. Sebagai contoh, kejadian mencuri klip besi
bagi mengikat landasan kereta api di sepanjang laluan Keretapi
Tanah Melayu dari utara hingga selatan. Hal ini amat merunsingkan
pengguna perkhidmatan ini kerana sejak dahulu lagi mereka telah
memanfaatkan kereta api sebagai salah satu pengankutan awam yang
selamat.
Selain itu, bagi industri barang lusuh dan kitar semula pula,
semenjak ia berkembang pesat, secara tidak langsung dapat
memberikan pulangan yang lumayan kepada pengumpul barang-barang
dengan harga pasaran bagi besi dan keluli yang semakin tinggi, ia
kini sudah mencapai tahap membahayakan keselamatan awam kerana
setiap kali terjumpa sahaja logam sama ada yang terbiar atau tidak,
nescaya akan ada orang yang berminat dan sanggup mendapatkannya
dengan cara yang tidak halal.
Begitu juga dengan apa yang berlaku kepada projek pengindahan
persekitaran yang menggunakan arca-arca keluli, lampu-lampu jalan
berkerawang, penutup longkang, papan tanda dan pelbagai lagi yang
diilhamkan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) di negara ini bakal
menguntungkan pengumpul barangan dalam industri ini selagi lesen
terus dikeluarkan dan tidak dipantau dengan rapi oleh pihak
berkuasa.
Hukuman kepada pesalah vandalisme!!Kepada mereka yang terlibat
dengan gejala vandalism ini, hukuman yang lebih berat perlu
dikenakan sebagai satu cara pencegahan yang paling baik. Pelbagai
hukuman yang boleh dikenakan kepada mereka yang melakukan
vandalisme ini. Ada cadangan daripada pihak masyarakat mencadangkan
dimana mereka mahu supaya para pesalah didenda dengan melakukan
kerja-kerja pembersihan di kawasan-kawasan awam seperti
membersihkan tandas dan sebagainya. Denda ini adalah sebagai
pengajaran kepada individu lain agar menjauhkan diri daripada
perbuatan vandalisme. Mereka juga perlu dikenakan tindakan mengikut
peruntukan undang-undang yang sedia ada setimpal dengan apa yang
mereka lakukan.
Hukuman yang setimpal dengan perbuatan itu juga perlu
diambilkira kerana kebanyakan perkataan yang digunakan mempunyai
unsur lucah dan memalukan kaum wanita. Setiap kali terbaca
perkataan lucah di dinding jambatan, bangunan dan tempat awam hati
seorang wanita akan merasa kecewa dengan sikap segelintir mereka
yang tidak matang ini. Mereka sanggup mengeluarkan perkataan
sebegitu tanpa rasa segan silu. Perkara ini amat memalukan dan
terfikir mengapa perkara seperti ini harus berlaku? Dan apa
sebenarnya yang telah berlaku kepada mereka? Hal ini dapat
menimbulkan perasaan bimbang dan takut kepada masyarakat sekeliling
kerana takut ia akan menular kepada kanak-kanak dewasa ini.
Selain itu, kita juga boleh mengambil contoh dari negara
Singapura yang menjatuhkan hukuman berat kepada pesalah vandalisme.
Justeru itu, langkah bersama yang boleh diambil adalah mengadakan
program tindakan bersama seperti menganjurkan pameran yang
melibatkan agensi seperti Polis Diraja Malaysia, Jabatan Kebajikan
Masyarakat dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Langkah-langkah mengatasi vandalismei) Peranan Ibu Bapa dan
KeluargaIbu bapa perlu memainkan peranan dengan memberi tunjuk ajar
kepada golongan remaja tentang kepentingan menjaga harta benda
awam. Ibu bapa seharusnya menerangkan kepada anak-anak tentang
pentingnya menganggap harta benda orang lain sama seperti harta
sendiri. Secara tidak langsung, sekiranya anak sudah diingatkan
dengan perkara ini maka sudah tentu masalah vandalisme tidak
seteruk hari ini. Ibu bapa perlu mengasihi dan mendampingi
anak-anak mereka supaya tidak berlaku kebosanan dan kekosongan di
hati remaja. Kesedaran juga perlu diterapkan untuk membentuk jiwa
remaja yang sihat dan fikiran yang matang sebelum melangkah ke alam
dewasa.
ii) Penguatkuasaan Undang-undangPenguatkuasaan dan pelaksanaan
undang-undang perlu dijalankan oleh pihak yang berkenaan. Di bawah
Akta Kerajaan Tempatan 9 Undang-Undang Kecil Vandalisme 1991),
sesiapa yang didapati merosakkan harta benda awam boleh didenda
yang membabitkan RM 2,000 atau penjara tidak melebihi setahun jika
sabit kesalahan. Pelaksanaan undang-undang baru menetapkan
pesalah-pesalah vandalism perlu menjalankan kerja-kerja khidmat
masyarakat dan mereka juga akan menggunakan pakaian seragam pesalah
vandalisme. (kerja ini dilakukan di tempat awam seperti pusat
membeli-belah). Tindakan tegas perlu dikenakan kepada pesalah
vandalisme agar menjadi tauladan kepada rakan-rakan atau individu
lain.
iii) Peranan Media MassaSelain berfungsi sebagai media hiburan
dan sumber maklumat terkini, media massa juga seharusnya mempunyai
tanggungjawab sosial kepada masyarakat. Media massa perlu memainkan
peranan yang sangat penting dan mempunyai pengaruh yang kuat dari
segi menanam kesedaran untuk memperoleh kerjasama dan menyampaikan
maklumat mengenai vandalisme dalam apa jua bentuk rancangan yang
tersiar atau yang terdapat di dalam media massa. Media massa juga
berperanan membantu pihak kerajaan dengan mengadakan kempen agar
masyarakat faham dan menghayati mesej yang disampaikan dalam kempen
tersebut. Contoh kempen yang boleh dianjurkan seperti Cintailah
Harta Awam.
iv) Peranan Masyarakat dan Pihak SekolahSetiap anggota
masyarakat perlu bersikap prihatin dan memberi perhatian kepada
anak mereka agar tidak melakukan perbuatan yang salah ini dan
masyarakat perlu peka terhadap apa yang berlaku di sekeliling
mereka. Masyarakat perlu proaktif terhadap gejala vandalisme yang
berlaku di kawasan mereka. Selain itu anggota masyarakat boleh
memainkan peranan penting dengan memberikan kefahaman betapa
buruknya akhlak vandalisme. Pihak sekolah perlu memberi nasihat dan
bimbingan yang secukupnya kepada pelajar mengenai kepentingan harta
benda awam. Mereka perlu diterangkan dengan lebih mendalam tentang
tanggungjawab terhadap harta benda awam kerana sedikit sebanyak ia
akan memberi gambaran kepada mereka betapa pentingnya sikap dan
tanggungjawab terhadap harta benda awam.
KesimpulanGejala vandalisme yang berlaku ini berpunca daripada
kewujudan mereka yang suka melepak tanpa sebarang haluan sehingga
menjadikan kemudahan awam seperti pondok menunggu bas, papan tanda
dan telefon awam dijadikan sasaran. Perbuatan ini bukan sahaja
menyusahkan orang ramai tetapi secara tidak langsung menggambarkan
masyarakat yang tidak mempunyai kesedaran sivik.
Tidak semua vandalisme dilakukan dengan kasar. Sebaliknya tidak
semua perubahan besar dan kontroversial merupakan vandalisme. Hal
ini memerlukan ketelitian untuk menentukan apakah satu data atau
informasi baru itu benar atau ia merupakan vandalisme. Sehubungan
itu, orang ramai juga diharap dapat memberi kerjasama dengan
melaporkan kepada pihak yang bertanggungjawab mengenai sebarang
perbuatan vandalisme.
Walaupun perbuatan vandalisme tidak memudaratkan dan membawa
kerosakan yang kekal, perbuatan ini mencemarkan tempat tumpuan
orang ramai. Bagaimana kalau lakaran lucah dan perkataan yang
memberahikan dibaca oleh golongan muda? Ini sudah tentu akan
menimbulkan imaginasi dan khayalan seks yang boleh mendorong
seseorang melakukan perbuatan jenayah seperti mencabul kehormatan,
rogol dan melakukan hubungan seks bebas. Selain itu, perbelanjaan
yang tinggi diperlukan untuk membersihkan tempat atau kawasan yang
telah diconteng. Semua usaha pembersihan dan pemulihan ini
memerlukan tenaga yang banyak.
Perbuatan vandalisme tidak boleh dibiarkan begitu sahaja.
Sesetengah pihak tidak mempedulikan perbuatan ini kerana
menganggapnya sebagai fenomena sementara yang akan terhenti dengan
sendiri. Sejauh manakah kebenaran ini? Vandalisme dilakukan secara
berterusan daripada satu generasi kepada generasi lain. Jika
perbuatan ini didiamkan begitu sahaja, sudah tentu kita
menggalakkan lagi perbuatan vandalisme ini.
Walaupun selama ini perbuatan vandalisme tidak dianggap sebagai
jenayah dan tiada peruntukan undang-undang untuk mendenda atau
menangkap para pelakunya, remaja yang didapati melakukan vandalisme
seharusnya dikenakan hukuman kompaun. Kompaun ini dapat memberi
pengajaran kepada mereka yang ingin melakukan vandalisme,
setidak-tidaknya mereka akan berfikir dahulu sebelum berbuat
demikian.
Di ibu negara, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sentiasa berusaha
sedaya upaya untuk meningkatkan kesedaran rakyat tentang pentingnya
sikap memelihara harta benda awam ini dengan membentuk Jawatankuasa
Antivandalisme yang turut dianggotai oleh jabatan lain dan agensi
kerajaan. Apabila menyedari hakikat bahawa pelajar merupakan aset
penting dan generasi wawasan yang akan menerajui negara pada masa
hadapan, maka Jawatankuasa Antivandalisme ini telah melibatkan
sekolah dan para remaja untuk turut sama menjayakan kempen ini.
Jabatan Pendidikan sendiri telah menganjurkan satu kempen yang
diberi tajuk Harta Benda Awam Milikku-Milikmu. Pertandingan seperti
ini amat penting dan perlu dilakukan untuk menanamkan sifat lebih
bertanggungjawab dan secara tidak langsung dapat menyemaikan
perasaan sayang dan cinta terhadap harta benda awam.
Selain itu, masyarakat juga memainkan peranan yang penting
dengan memberi kefahaman betapa buruknya akhlak mereka yang
melakukan vandalisme. Contohnya, ibu bapa sebagai orang yang
terdekat dengan remaja sepatutnya mendidik anak-anak mereka dengan
contoh tauladan yang baik serta mengasihi dan meluangkan masa
bersama anak-anak agar tidak menimbulkan fenomena kebosanan dan
kekosongan di hati mereka. Pihak sekolah pula boleh menerapkan
kesedaran untuk membentuk remaja yang berjiwa sihat dan berfikiran
matang sebelum melangkah ke alam dewasa kelak.
PUNCA-PUNCA BERLAKU GEJALA SOSIAL DI KALANGAN REMAJA
Faktor diri remaja sendiri merupakan sebab berlakunya gejala
sosial. Kebanyakan remajayangterlibat dalam gejala sosial tidak
mempunyai didikan agama dan moral yang mendalam.Mereka tidak takut
pada dosa dan pembalasan Tuhan di atas perbuatan mereka. Remaja
terbabitjuga biasanya tidak sembahyang dan mengingkari perintah
agama yang lain. Mereka berpendapatbahawa, kehidupan masa remaja
perlu diisi dengan hiburan dan keseronokan semata-mata.
Sikap ibu bapa juga boleh menyebabkan remaja terjerumus dengan
gejala sosial. Terdapatibu bapa yang tidak mengambil berat tentang
kebajikan dan kasih sayang terhadap anak-anak.Sesungguhnya,
anak-anak amat memerlukan kasih sayang daripada ibu bapa. Ibu
bapabegitu sibuk dengan kerjayabagi menambahkan pendapatansehingga
anak-anakterabaidan tidak mendapat kasihsayang yangsecukupnya.
Sikap ibu bapa ini menyebabkan anak-anak tidakmendapat perhatian
yangsewajarnyalalu mereka melakukan perkara-perkara negatifuntuk
mehilangkan kebosanan dantidak kurang juga ada yang melakukannya
semata-mata untuk mendapat perhatian daripada ibu bapa mereka.
Pengaruh rakan sebaya juga boleh mendorong remaja terlibat dalam
gejala sosial. Disebabkanfaktorpergolakan keluarga di rumah, remaja
cenderung untuk berjumpa rakan sebaya bagi mencariketenangan dan
kegembiraan. Sebahagian daripada rakan sebaya ini pula adalah
mereka yangmempunyai perangai negatif. Oleh itu, remajabegitu mudah
terikut-ikut dengansikap rakan sebayamereka. Apabila bersama rakan
sebaya, remaja cenderung untuk melepak di pusat membeli-belahdan
mendapatkan hiburan di pusat-pusathiburan.
Sikap masyarakat yang tidak mengambil berat tentang permasalahan
remaja juga menjadifaktor penyebab.Masyarakat hari ini cenderung
untuk bersikap individualistik dan tidak mahu'menjaga tepi kain
orang'. Bagi pendapat sesetengah masyarakat pula pihak yang perlu
mengatasimasalah remaja ialah pihak kerajaan sahaja.Oleh itu, tidak
hairanlah jika ada remaja yang menagihdadah berdekatan dengan
tempat tinggal mereka tetapi langsung tidak dipedulikan oleh
masyarakatkerana mereka berpendapat bahawa, pihak kerajaan sahaja
yang perlu menanganinya. Sikap masyarakat yang tidak ingin
mengambil tahu tentang hal orang lain pasti akan menggalakkan lagi
gejala sosial di kalangan remaja.
Pengaruh media massa terhadap para remaja sememangnya tidak
dapat disangkal lagi. Remajacenderung untuk melakukan perkara yang
pernah didengar atau dilihat di media massa kerana remajamempunyai
naluri ingin mencuba. Sebenarnya sikap ingin mencuba ini adalah
sikap yang baik tetapibukan semua perkara boleh dicuba
sewenang-wenangnya.
Punca - Punca Gejala SosialBanyak yang boleh nak diperkatakan
tentang gejala sosial antaranya ialah:-
Media Massa
Pengaruh modenisasi dan globalisasi in lebih terasa dan ketara
dengan bantuan berbagai alat media-massa yang serba canggih. Media
massa merupakan sumber maklumat yang cukup berkesan dalam
penyebaran berbagai informasi. Melalui teknologi yang semakin
canggih ini, golongan belia mudah terdedah kepada banyak maklumat,
namun tidak semua maklumat- maklumat itu sesuai untuk kesemua
peringkat umur.Ini menjadi masalah kerana lazimnya golongan belia
mudah meniru dan mengikut hal yang dilihat di sekeliling mereka.
Paparan adegan-adegan negatif dari filem barat menimbulkan perasaan
ingin tahu dan ingin cuba sendiri mengikut apa yang ditonton.
Internet
Teknologi Informasi dan Komunikasi (ICT) juga turut menyumbang
kepada pemaparan gejala-gejala negatif selain peranannya yang
begitu penting bagi kemajuan sesebuah bangsa dan negara. Melalui
internet umpamanya, masyarakat yang berfikiran kurang sihat dengan
mudahnya boleh akses kepada maklumat-maklumat yang boleh menjurus
ke arah pemikiran negatif.
Institusi Kekeluargaan Yang Goyah
Institusi kekeluargaan yang bermasalah juga boleh menimbulkan
gejala sosial. Ibu bapa seharusnya menerap dan mendidik anak-anak
mereka dari kecil. Sekiranya, ibu bapa bersikap sambil lewa
terhadap pendidi kan agama anak-anak mereka, ini akan menjadi satu
faktor punca gejala sosial.Dan lagi, dengan bertambahnya komitmen
ibu bapa terhadap kerjaya mereka, masa diluangkan untuk keluarga
itu terhad. Ini akan membuat anak - anak kurang mendapat kasih
sayang dan tidak mustahil mereka akan mencari alternatif lain untuk
mengisi kegersangan kasih sayang. Selain daripada itu, rumahtangga
yang bermasalah juga, seperti perceraian dan pergaduhan turut
mempengaruhi remaja untuk terlibat dalam aktiviti-aktiviti yang
tidak sihat.
Cara Berpakaian
Jika kita perhatikan pakaian sesetengah golongan muda di masa
ini cukup memalukan.Cara berpakaian mereka bertentangan dengan cara
pakaian budaya melayu sekali gus bertentangan dengan cara pemakaian
yang digariskan Islam, agama rasmi negara kita. Mereka begitu
ghairah untuk mengikut budaya asing yang dianggap moden dan maju.
Mereka takut dan terlalu ego untuk dikatakan ketinggalan zaman,
kuno, dan berfikiran sempit.Sayangnya, tidak semua dapat menerima
pendapat bahawa mereka ada memainkan peranan dalam melonjaknya
jumlah kes rogol dan seks bebas. Walaupun Brunei Darussalam sebuah
negara MIB, kita tidak dilarang berfesyen, akan tetapi berpadalah
dengan aturan dan garis panduan syarak dan budaya yang telah
ditetapkan.
Dunia Cinta Remaja
Di zaman moden ini, pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan
yang bukan mahram telah dilihat sebagai satu kemajuan dalam
pembentukan masyarakat yang lebih maju tetapi bukan sebagai
pelanggaran perintah Allah SWT. Memang lumrah, perasaan ingin
berpasangan semakin memuncak ketika berada di alam remaja. Tetapi
sekiranya perasaan ini tidak dikawal, sudah tentu ini akan
menimbulkan gejala - gejala sosial seperti pergaulan bebas, anak
luar nikah, zina dan sebagainya. Bercinta tidak pernah dianggap
salah malahan orang yang tidak percaya akan cinta kepada insan lain
dan pencipta-Nya merupakan golongan manusia yang rugi. Islam
sendiri menggalakkan umatnya saling kenal mengenali antara satu
sama lain tanpa mengira jantina, bangsa dan agama. Mungkin ada cara
untuk menangani masalah percintaan. Remaja diingatkan supaya
berkawan atau bercinta dengan cara yang telah digariskan oleh Islam
yang diantaranya adalah mengelakkan pergaulan tanpa batas,
berdua-duaan di tempat sunyi dan sebagainya.
Terlalu Banyak Masa Lapang
Sekiranya masa lapang golongan belia terbatas,mereka akan rasa
kurang berminat pada kegiatan-kegiatan yang tidak berfaedah.
Pengisian masa lapang yang kurang terarah, akan mendesak remaja
untuk melakukan aktiviti yang tidak bermanfaat seperti perbuatan
negatif.
Pengaruh Rakan Sebaya
Pengaruh rakan sebaya adalah salah satu perkara yang menjadi
punca berlakunya gejala sosial. Perkara ini sering berlaku di
kalangan remaja-remaja sekarang yang hidup di dalam alam penuh
dengan kemajuan. Ini adalah kerana remaja pada masa sekarang lebih
mesra dengan rakan mereka kerana ibubapa sibuk dengan urusan kerja
dan lain-lain. Ada sesetengah remaja meluangkan masa hampir penuh
bersama rakan-rakannya. Di sebabkan itu, remaja sekarang lebih
mengenali rakan mereka berbanding dengan ibubapa sendiri dan lebih
mempercayai rakan mereka daripada keluarga atau ibubapa. Kejadia
seperti ini adalah amat bahaya dan boleh mengakibatkan remaja
tersebut terjerumus dalam gejala sosial yang tidak sihat.
Pengaruh Artis
konsert-konsert penyanyi dari negara Barat yang ditayangkan
turut membawa impak buruk. Penyanyi dari Barat, terionjak-ionjak
memakai jeans yang terkoyak sehingga menjadi kegilaan dan idola
remaja. Sekali gus, hal ini turut menjajah minda remaja kerana
mereka berfikir semua perkara yang baik datang dari Barat.
Amalan-amalan tidak sihat seperti minum arak dan menagih dadah
turut menjadi ikutan muda-mudi. Melalui majalah-majalah pula,
artis-artis tempatan yang kononnya menjadi contoh dan teladan
sebenarnya semakin membawa remaja ke arab kemaksiatan dan
keruntuhan moral. Kandungan majalah dan gambar-gambar yang
memaparkan unsur pendedahan aurat yang keterlaluan serta menjolok
mata semata-mata untuk mengaut keuntungan yang maksima menyebabkan
rosak minda para remaja.
Kesan-kesan Masalah Gejala Sosial Masalah gejala sosial di dalam
kalangan remaja pada hari ini akan memberikan kesan dan impak yang
begitu besar dalam diri individu, masyarakat dan Negara. Remaja
pada hari ini merupakan aset utama dan sangat penting dalam
pembangunan negara pada masa akan datang. Kesan jangka panjang dan
jangka pendek pasti akan berlaku seandainya remaja dan masyarakat
pada hari ini tidak tahu bagaimana untuk menanganani permasalahan
yang kian meruncing ini, ini menjadikan pembentukkan jati diri dan
kemuliaan akhlak rapuh dari mata masyarakat kita sendiri.Akhlak
merupakan peribadi dan cermin diri bagi seseorang individu.
Sekiranya seseorang individu itu mempunyai akhlak yang buruk, maka
peribadi seseorang individu itu juga akan menjadi buruk. Remaja
yang mempunyai akhlak yang buruk boleh memberi kesan kepada diri
sendiri, keluarga, masyarakat, dan negara.
Kesan Ke atas Individu Seseorang insan yang dilahirkan didunia
yang fana ini ibarat sesuci kain putih yang tiada kotoranya, ianya
terpulang pada seseorang individu itu bagaimana dia hendak
mencorakkan kehidupannya. Individu yang mencorakkan dirinya dengan
akhlak yang baik akan dipandang mulia dan tinggi, berbanding
individu yang mencorakkan dirinya dengan perkara-perkara negatif
akan dipandang serong dan dicemuh oleh masyarakat sekeliling. Bagi
seseorang yang bergelar muslim terutamanya remaja, akhlak yang baik
seharusnya dihiasi dengan perkara-perkara keimanan dan ketakwaan
kepada Allah. Sebaliknya, kebanyankkan remaja muslim pada hari ini
tidak mengikut ajaran islam yang sebenarnya, sebaliknya memalukan
agama, bangsa dan Negara. Tidak dapat dinafikan juga kesan gejala
sosial ini akan memberikan kesan yang mendalam pada diri seseorang
remaja itu.
Kesan Ke atas Keluarga Keluarga memainkan peranan yang sangat
penting kerana dari institusi kekeluargaanlah kebahagian dan
keharmonian sesuatu masyarakat itu terbentuk. Keruntuhan sesebuah
institusi kekeluargaan akan menyebabkan hilangnya kebahagian dan
keharmonian yang dialami sesuatu masyarakat. Akhlak seseorang
individu remaja yang baik dan mulia datangnya daripada sesebuah
institusi kekeluargaan yang harmoni dan bahagia. Oleh sebab itu,
keruntuhan akhlak dalam institusi kekeluargaan akan memberikan
kesan yang besar ke atas kebahagian dan keharmonian sesuatu
institusi kekeluargaan itu. Akibat daripada wujudnya ketidak
harmonian dalam kekeluargaan, sesebuah kekeluargaan pastinya akan
berlakunya penceraian. Ini akan menjadikan masa depan anak-anak
akan terbiar dan tidak terpelihara, seterusnya hilang tempat
bergantung dan bermanja. Kesannya berlakunya masalah-masalah sosial
yang lain seperti budaya lepak, ketagihan dadah, pelacuran,
perjudian, hubungan sesama jenis dan masalah-masalah yang lain.
Kesan Ke atas Masyarakat Jatuh bangunnya sesuatu negara, agama
dan bangsa pada masa kini ialah dengan melihat akhlak dan moral
sesuatu masyarakat. Tidak dinafikan akhlak remaja pada hari ini
sangat membimbangkan masyarakat. Sekiranya hal ini tidak dibendung
oleh pihakpihak yang tertentu, terutamanya oleh pihak kerajaan,
maka tidak hairanlah suatu hari nanti, akan datang masyarakat kita
akan hancur dan keruntuhan akhlak remajaremaja Melayu terutamanya
akan rosak dan binasa. Namun begitu terdapat kesan yang paling
ketara yang akan dilihat kiranya akhlak remaja pada hari ini tidak
dibendung dengan segera. Masyarakat di negara ini akan menjadi
porak-peranda, berpecah-belah dan tidak bersatu-padu. Akibatnya
perasaan buruk dan prasangka akan wujud dalam masyarakat. Sifat
saling curiga-mencurigai akan bertahta di hati masyarakat. Hal ini
menberi kesan apabila berlaku pergaduhan dalam masyarakat. Isu-isu
perkauman akan wujud seandainya pergaduhan ini melibatkan antara
dua kaum. Sekaligus kadar jenayah dalam kalangan masyarakat juga
akan meningkat yang mana hal ini disebabkan oleh kadar keruntuhan
akhlak di kalangan remaja semakin meningkat.
Kesan Ke atas Negara Implikasi utama terhadap negara jika gejala
sosial tidak ditengani segera akan menyebabkan negara akan
kehilangan pelapis generasi kepimpinan pada masa hadapan. Hal ini
akan menjadikan kerancakan pembangunan negara akan terbantut dan
keadaan sosioekonomi negara menjadi lembap kerana wujudnya gejala
sosial dan keruntuhan akhlak yang tinggi di kalangan masyarakat.
Perkara ini menjadikan kadar jenayah dalam negara juga akan
meningkat sejajar dengan peningkatan gejala sosial ia sekaligus
meningkatkan kos perbelajaan kerajaan untuk mengurangkan kadar
jenayah. Seterusnya anasir-anasir luar akan meresap masuk kedalam
negara sekiranya generasi muda pada hari ini tidak tahu menjaga
akhlak mereka. Dan, kesan paling utama ialah remaja pada hari ini
terutamanya akhlak remaja Islam hancur dan rosak, maka pandangan
bangsa lain terhadap agama yang kita anuti pada hari ini tentulah
serong dan buruk.
Jalan Penyelesaian Terhadap Gejala SosialGejala sosial yang
melibatkan golongan remaja bukan sahaja menimpa remaja kelas
bawahan, malahan membabitkan kelompok remaja kelas menengah dan
atasan. Pada umumnya, gejala ini timbul kerana golongan remaja
tidak mempunyai tempat mengadu dan tidak diurus dengan saksama lagi
bijaksana. PERANAN IBU BAPASesetengah ibu bapa harus mengakui
bahawa mereka tidak mempunyai kemahiran dalam mendidik anak-anak.
Kemahiran mengasuh meliputi kefahaman terhadap jiwa remaja,
menangani kesihatan mental dan emosi anak-anak muda serta
penguasaan terhadap perkembangan terkini. Mereka perlu dididik
bahawa jiwa remaja kini tidak sama dengan jiwa mereka sewaktu
remaja. Interaksi dengan anak-anak tidak lagi bersifat sehala.
Pandangan bahawa `ibu dan bapa kemudian anak-anak tidak lagi
terpakai. Sebaliknya ibu bapa perlu memahirkan diri menjadi `rakan
anak-anak. Kemahiran mendengar dan berbincang dengan anak-anak
perlu dipupuk. Konsep membuat keputusan untuk anak remaja juga
tidak lagi boleh diamalkan. Sebaliknya gaya berbincang nyata lebih
berkesan.Ibu bapa harus peka dan membantu remaja dalam memahami
perubahan fizikal dan seksual mereka. Mereka perlu dibantu apabila
terdapat ledakan kebolehan intelektual. Perubahan tersebut
mendorong remaja membebaskan diri daripada kongkongan ibu bapa dan
sebaliknya mereka mahu membina jati diri sendiri.Pendidikan
daripada alam kanak-kanak kepada remaja menjadikan emosi dan
psikologi mereka mulai bebas. Jika ibu bapa masih mengamalkan
konsep melindungi dan bukannya tempat meluahkan masalah, remaja
akan kelihatan bermusuh dengan ibu bapa kerana jiwa mereka tidak
difahami. Peristiwa yang menimpa remaja Sufiah Farouq (remaja
pintar di Oxford) merupakan suatu contoh bahawa remaja tidak boleh
dikongkong oleh ibu bapa.Institusi keluarga penting untuk membantu
mengelakkan para remaja dari terjebak dengangejala sosial. Paling
penting perlu dititik beratkan ialah tentang agama. Adanya asas
agama yang teguh, remaja tidak akan sewenang-wenangnya terjerumus
kepada perkara yang tidak baik. Dalam hal ini peranan ibu bapa
sangat penting, terutamanya sebagai model kepada anak-anak.
Kesibukan bukan alasan sebagai penghalang ibu bapa mengambil berat
hal anak-anak mereka. Paling penting ibu bapa tahu berperanan dan
mengamalkan masa yang berkualiti dengan anak-anak. Ibu bapa
seharusnya mempunyai masa untuk berkomunikasi dan mengambil tahu
perihal anak-anak mereka.Selain itu, ibu bapa yang memiliki anak
remaja hendaklah menjadi rakan kepada mereka. Dengan ini anak-anak
akan lebih mempercayai ibu bapa dan menjadikan mereka sebagai
rujukan jika berdepan dengan masalah. Apabila anak-anak bercerita
tentang masalah mereka, ibu bapa hendaklah memberikan tumpuan.
Jangan terus membuat spekulasi yang tidak baik ataupun terus
menghukum. Berikan masa untuk berbincang dan mencari jalan
penyelesaian terbaik.
Ibu bapa juga digalakkan merancang aktiviti bersama anak-anak
dan ahli-ahli keluarga.Contohnya, di bulan Ramadan ini,
seboleh-bolehnya semua ahli keluarga berkumpul untukberbuka puasa
ataupun bersama-sama ke surau atau masjid untuk menunaikan solat
sunatTarawih. Para ibubapa juga perlu sentiasa memantau keadaan
anak-anak, tidak boleh justtake for granted. Mereka tidak boleh
membiarkan anak-anak bersendirian menentukan jalan hidup mereka.
Anak-anak perlu dibimbing.Selain itu, ibu bapa perlu mengenali
rakan anakanak remaja mereka. Jika perlu, sesekali minta supaya
anak-anak membawa rakan-rakan mereka ke rumah supaya dapat
dipastikan dengan siapa anak kita berkawan. Ibu bapa harus sentiasa
berdoa agar anak-anak mereka terhindar dari perkara-perkara yang
tidak diingini. Mereka harus sedar bahawa doa ibubapa sangat
penting untuk kesejahteraan hidup anak-anak
PERANAN GURU DI SEKOLAH
Guru di sekolah pula bukanlah sekadar pembimbing akademik,
tetapi harus menjadi rakan kepada remaja. Guru yang diingati oleh
remaja ialah guru yang boleh dibawa berbincang dan sama-sama
menyelesaikan masalahnya. Guru yang hanya memerintah akan diingati
sebagai `pemerintah dan tidak didekati. Hasilnya, arahan akademik
bukan sahaja tidak dipatuhi, bahkan mewujudkan pemberontakan antara
pelajar dengan gurunya. Ini pula akan menyebabkan pelajar tidak
mempunyai minat terhadap proses pembelajaran.
PERANAN PIHAK BERKUASA
Pihak berkuasa pula tidak boleh mengharapkan remaja menjauhi
kehidupan bebas dan liar, tetapi pada masa yang sama turut
menyediakan ruang untuk perkara seperti minuman arak, seks bebas
dan penagihan pil ecstacy berlaku dengan mudah. Persekitaran tidak
sihat hares dibanteras, seiring dengan usaha pembentukan remaja itu
sendiri. Gejala remaja gemar menonton video lucah misalnya, tidak
boleh dituding semata-mata kepada ibu bapa dan guru. Dalam hal ini,
adakah ibu bapa dan guru hares disalahkan, sedangkan bahan untuk
tontotan lucah berlambak bebas di pasaran tanpa kawalan? PERANAN
MEDIA MASSA
Media pula mesti mengawal penyiaran secara eksklusif dan
besar-besaran tentang keruntuhan akhlak remaja tanpa membantu untuk
mengawalnya. Sebaliknya remaja yang berjaya mesti sering
ditonjolkan di media massa sebagai motivasi untuk diteladani.
Hal-hal mengenai kreativiti remaja mesti sering diperbanyak
berbanding liputan mengenai aksi dan perangai negatif
mereka.Sesungguhnya, pelbagai gejala negatif berleluasa di kalangan
remaja hari ini. Oleh itu, semua pihak perlu bekerjasama
membanteras fenomena ini agar tidak timbul masalah sosioekonomi
yang lebih serius. MENGGERAKKAN KOMUNITI/MASYARAKAT
Setiap usaha yang dilakukan dalam apa-apa permasalahan
masyarakat tidak akan berjaya jika masyarakat di tempat di mana
masalah itu berlaku tidak turut sama menggembleng tenaga. Untuk
menggerakkan masyarakat Melayu ataupun komuniti Islam, tempat yang
paling sesuai dalam mendapat komitmen mereka ialah di masjid-masjid
atau di surau-surau. Kerana di sinilah masyarakat berkumpul pada
setiap hari, setidak-tidak pada waktu malam sekiranya mereka sibuk
bekerja pada siang harinya. Apabila masjid-masjid dan surau-surau
mula membincangkan mengenai cara-cara untuk menangani penyakit
masyarakat ini, sudah pastilah Pelan Tindakan yang disusun oleh
kerajaan negeri melalui agensi-agensi kerajaan dan jabatan yang
berkaitan akan menjadi lebih mudah. Apa yang kita mahukan di sini
ialah masjid-masjid dan surau-surau menjadi perantara kepada mesej
yang hendak disampaikan oleh kerajaan negeri dalam mengubati
penyakit ini serta kaedah rawatan yang perlu diambil dan seterusnya
kaedah pencegahannya. Apabila mandat diberikan kepada pihak masjid
serta surau dan seterusnya komuniti setempat untuk melaksanakan
program ini, sudah pasti masyarakat akan memandang tinggi terhadap
institusi masjid serta surau, dan mereka akan melihat hubungan
jambatan antara komuniti setempat dengan kerajaan negeri.Pihak
jawatankuasa masjid dan surau hendaklah diberi kefahaman yang
sepenuhnya bahawa usaha ini bukannya untuk meraih keuntungan atau
sokongan mana-mana pihak, tetapi ianya adalah untuk manfaat
masyarakat keseluruhannya. Kaedah ini adalah seperti mana yang
ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w di mana masjid dijadikan tempat
untuk menyelesaikan segala permasalahan masyarakat, sumber rujukan,
pusat kaunseling dan seterusnya.
Malaysia sedang berhadapan dengan isu-isu sosial yang semakin
serius dan membimbangkan semua lapisan masyarakat. Kejadian salah
laku pelajar seperti bergaduh, menyerang, membunuh, membakar
sekolah kerap dipaparkan di dada-dada akhbar dan ditelevision.
Isu-isu sosial yang sebahagian daripadanya melibatkan golongan
Orang Kurang Upaya, wanita, remaja dan kanak-kanak yang tidak lari
dari terjerumus dalam kancah gejala sosial ini. Kehadiran gejala
sosial ini selari dengan perkembangan kemajuan negara dan memberi
implikasi besar kepada kesejahteraan hidup individu masyarakak dan
negara. Kesan langsung ke atas sosioekonomi masyarakat ialah
pengangguran, penghijrahan dan kemiskinan. Oleh kerana itu, Bajet
2009 yang diumumkan pada tahun lepas memperuntukkan perbelanjaan
yang lebih besar dalam perkhidmatan sosial ini. Laporan daripada
Jabatan Kebajikan Masyarakat pada tahun 2003 dan statistik daripada
Polis DiRaja Malaysia(PDRM) menunjukkan penglibatan dalam gejala
sosial bermula seawal umur 10 tahun. Mengikut perangkaan yang
dikeluarkan pada tahun 2005 oleh PDRM, sebanyak 76,403 kes jenayah
yang dilaporkan pada tahun tersebut di seluruh Malaysia iaitu
melibatkan jenayah berbentuk kekerasan dan jenayah harta benda.
Bagi melihat isu-isu sosial dengan lebih terperinci, blog ini akan
cuba mengupas permasalahan gejala sosial yang sedang berlaku dalam
masyarakat melalui pendedahan statistik, tinjauan lepas dan
pemerhatian.Dicatat olehKumpulan 3di10:39 PTGTiada ulasan:E-melkan
IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke FacebookKongsi ke
PinterestStatistik laporan gejala sosialSTATISTIK LUMBA HARAM BAGI
TAHUN 2001 - 2004Negeri Bilangan %Perlis 27 0.5Kedah 112 2.0Pulau
Pinang 431 8.0Perak 635 12.0Selangor 1,041 20.0Kuala Lumpur 255
5.0Negeri Sembilan 469 9.0Melaka 81 1.0Johor 925 17.0Pahang 477
8.9Kelantan 141 3.0Terengganu 201 4.0Sabah 240 4.5Sarawak 292
5.0Labuan 5 0.1Jumlah 5,332 100.0
Penyalahgunaan Dadah di MalaysiaEtnik Bilangan %Melayu 191,141
65.9Cina 53,210 18.4India 29,134 10.1Bumiputera Sabah & Sarawak
11,795 4.0Lain-lain 4,483 1.6Jumlah 289,763 100.0
Kes Pembuangan Bayi 2000-2006