Tugasan : 1) pembentangan17 Mac 20102) penulisan ilmiah
Tajuk :Isu dan permasaalahan dalam pengajaran dan pembelajaran
di peringkat prasekolah
Nama:Nur Hidayah binti Mohammed KamarNorain binti
ZainuddinRobaizura binti RamliNurul Fatiyah binti AliasNor Hayati
binti Omar
Fakulti : Seni dan Muzik
Jabatan:Pendidikan Teknikal dan Vokasional
Tempat: Universiti Pendidikan Sultan Idris
Semakan: Encik Kamarul Azman Bin Abd Salam
SHV 4193ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAKSOALAN :ISU-ISU
DAN PERMASALAHAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI PERINGKAT
PRASEKOLAHKUMPULAN 5KELAS : RABUMASA : 8 PM 11 PMDISEDIAKAN OLEH
:NUR HIDAYAH BT WAN MOHAMMED KAMARNORAIN BIN ZAINUDDINROBAIZURA BT
RAMLINURUL FATIYAH BT ALIASNOR HAYATI BT OMARPENDIDIKAN KEMAHIRAN
HIDUP (AT 31)SEMESTER 2 SESI 2010/2011KUMPULAN : ATARIKH HANTAR :
24/2/2010DISEDIAKAN UNTUK :EN. KAMARUL AZMAN B. SALAM1.0
PENGENALANPendidikan prasekolah pada tahun 1990-an tidak banyak
berbeza daripada pendidikan prasekolah pada tahun 60-an bahkan
selalu menarik perhatian para ibu bapa, masyarakat mahupun
pemerintah sebagai pengambil keputusan iaitu mereka menyedari
bahawa kualiti masa awal kanak-kanak termasuk prasekolah merupakan
cermin kualiti bangsa pada masa akan datang. Khususnya pada ibu
bapa yang semakin lama semakin menyedari betapa pentingnya hubungan
mereka dengan anak-anak dan terus mewarnai hubungan anak dalam
lingkungannya iaitu rakan sebaya, guru dan sebagainya.Minat
terhadap anak dapat dilihat dari situasi disekitar kehidupan kita.
Pelbagai majalah yang bertemakan pendidikan anak sudah banyak
diterbitkan di mana-mana sahaja. Majalah-majalah tersebut semuanya
berorientasikan pada pendidikan khususnya anak pada usia
awal.Ceramah-ceramah atau kursus bagaimana mendidik anak dengan
baik sering ditawarkan melalui media massa. Ibu bapa yang masih
muda memang telah memahami maksud stimulasi sejak usia awal
perkembangan. Mereka selalu inginkan yang terbaik untuk anak
mereka. Daripada pandangan pihak lain, perhatian masyarakat
terhadap anak di usia awal seringkali dikalahkan oleh peredaran
masa politik dan ekonomi. Untuk hal tersebut, para pendidik
dituntut belajar dengan lebih baik bagaimana cara untuk mendidik
dan mengasuh anak, dengan demikian para pendidik dapat meyakinkan
para ibu bapa, masyarakat dan orang disekeliling betapa pentingnya
perhatian anak pada awal usia kerana merekalah yang menentukan
kualiti bangsa pada masa yang akan datang.
1.1 DEFINISI ISUMerujuk kepada Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
edisi ketiga isu merupakan perkara pokok atau persoalan sesuatu
perkara.1.2 DEFINISI PERMASALAHANMerujuk kepada Kamus Dewan Bahasa
dan Pustaka edisi ketiga permasalahan merupakan sesuatu atau
segala-gala yang menjadi masalah.1.3 DEFINISI PENGAJARANMerujuk
kepada Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka edisi ketiga pengajaran
merupakan perihal mengajar, segala sesuatu yang berkaitan dengan
mengajar. Menurut Sarina Baharuddin (2009), pengajaran ialah
sesuatu tugasan dan aktiviti yang diusahakan bersama oleh guru dan
muridnya. Pengajaran ini adalah dirancangkan guru secara sistematik
dan teliti untuk melaksanakannya dengan kaedah dan teknik mengajar
yang sesuai, membimbing, menggalakkan dan memotivasikan murid
supaya mengambil inisiatif untuk belajar, demi memperolehi ilmu
pengetahuan dan menguasai kemahiran yang diperlukan.
Ciri-ciri pengajaran berlaku apabila adanya guru dan murid,
iaitu guru bertindak sebagai pengajar dan murid bertindak sebagai
pembelajar melibatkan proses interaksi dua hala antara guru dan
murid. Pengajaran hanya bermakna apabila ada pembelajaran yang
melibatkan instruksi diikuti dengan latihan, indoktrinasi dan
pelaziman. Pengajaran juga melibatkan proses pemikiran dan
penggunaan bahasa atau simbol kepada murid yang memudahkan proses
pengajaran sering dikaitkan dengan pengajaran bercirikan unsur
sains dan seni. Proses pengajaran guru ada kaitan dengan tugasan
dan pencapaian yang boleh dijalankan dengan aktiviti berpusatkan
guru, murid dan gabungan guru-murid serta berpusatkan sumber. Ia
meliputi rancangan mengajar (KOPI).1.4 DEFINISI PENDIDIKAN
PRASEKOLAHMenurut Kurikulum Prasekolah Kebangsaan (2003),
pendidikan pra-sekolah secara umumnya boleh didefinisikan sebagai
persediaan sebelum melangkah ke alam persekolahan di peringkat
sekolah rendah. Pendidikan prasekolah merupakan pengalaman awal
yang penting dalam dunia persekolahan kepada seseorang kanakkanak.
Pengalaman persekolahan dan pembelajaran yang berkesan, bermakna
dan menggembirakan dapat membekalkan mereka dengan kemahiran,
keyakinan diri dan sikap positif sebagai persediaan untuk memasuki
alam persekolahan formal dan pendidikan sepanjang hayat.
Pendidikan pra-sekolah adalah bertujuan menyediakan asas yang
kukuh kepada pelajar sebelum memasuki peringkat pendidikan formal.
Pendidikan prasekolah juga bertujuan menyuburkan potensi
kanak-kanak dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran
asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan untuk masuk ke
sekolah rendah. Kurikulum Kebangsaan Prasekolah akan membolehkan
kanak-kanak yang berumur 5 tahun ke atas memperoleh asas yang kukuh
dalam kemahiran berkomunikasi, sosial, dan kemahiran-kemahiran lain
sebagai persediaan ke sekolah rendah. Program ini juga merupakan
asas kepada pembangunan dan perkembangan domain kognitif, afektif
dan psikomotor selari dengan hasrat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.
Pendidikan prasekolah adalah tahun-tahun kritis dan asas kepada
peringkat pendidikan selanjutnya serta menentukan kejayaan hidup
seseorang individu. Kajian mengenai kesan prasekolah membuktikan
bahawa pendidikan prasekolah dapat meningkatkan perkembangan
kognitif, sosial dan personaliti kanak-kanak dan mempunyai dua
kesan positif, iaitu jangka panjang dan pendek. Kanak-kanak yang
menghadiri tadika mempunyai keyakinan lebih tinggi, mengalami
kurang kegagalan dan dapat menjawat jawatan lebih baik berbanding
dengan kanak-kanak yang tidak menghadiri tadika. Pelaburan dalam
pendidikan prasekolah adalah bersifat pencegahan dan dapat membantu
kanak-kanak berisiko, berkeperluan khas serta yang lemah dalam
pembelajaran.
3.0 KAJIAN-KAJIAN LEPAS BERKAITAN ISU-ISU YANG TIMBUL DALAM
PENDIDIKAN PRASEKOLAHPendidikan Prasekolah di Malaysia berkonsepkan
program pendidikan tidak formal yang menyediakan pengalaman
pembelajaran kepada kanak-kanak berusia empat hingga enam tahun
sebagai persediaan sebelum masuk ke Tahun Satu di sistem
persekolahan formal. Berikutan Akta Pendidikan 1996 , pendidikan
prasekolah telah diinstitusikan ke dalam Sistem Pendidikan
Kebangsaan dengan matlamat untuk menyuburkan potensi kanak-kanak
dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan
memupuk sikap positif sebagai persediaan untuk masuk ke sekolah
rendah. Peruntukan ini menunjukkan penumpuan Kementerian Pendidikan
Malaysia dalam mempertingkatkan kualiti pendidikan prasekolah. 162.
Selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan,
perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh, bersepadu dan seimbang
perlu diberi pertimbangan yang sewajarnya di dalam program
prasekolah kerana pengalaman prasekolah bakal mencorakkan
perkembangan kanak-kanak seterusnya.
Menurut kajian Grace (1992) dalam Surayah Zaidon (2003), dalam
pendidikan prasekolah, kaedah yang selalu digunakan untuk mentaksir
pelajar adalah dengan menggunakan portfolio iaitu rekod proses
pembelajaran yang dilalui oleh kanak-kanak. Proses pembelajaran
boleh direkod melalui portfolio kerana kandungan portfolio mampu
menunjukkan apa yang telah dipelajari bagaimana kanak-kanak
mempelajarinya dan bagaimana kanak-kanak berinteraksi dengan orang
lain dalam menyempurnakan tugasan mereka. Menurut Surayah Zaidon
(2003) lagi, portfolio Kanak-kanak Prasekolah merupakan satu
dokumentasi penting yang dapat menceritakan dan memerihalkan
perkembangan kanak-kanak sepanjang mengikuti program prasekolah.
Oleh sebab itu portfolio seharusnya digunakan sepenuhnya dalam
menilai perkembangan yang dialami oleh kanak-kanak. Namun, didapati
pelaksanaannya sekadar sebagai satu fail untuk mengumpul hasil
kerja kanak-kanak. Ini merupakan satu kerugian yang besar bukan
sahaja kepada kanak-kanak tetapi juga keseluruhan pelaksanaan
program prasekolah. Pelaksanaan portfolio yang bertepatan adalah
penting bagi menjamin perkembangan kanak-kanak dinilai dengan
berkesan dan dapat membantu perkembangan kanak-kanak
Manakala menurut kajian Seefeldt (1990), kanak-kanak mempunyai
repertoir tingkah laku yang terhad untuk ditafsir dan tidak dapat
menggunakan bahasa dengan tepat untuk menerangkan pengalaman yang
dialami. Kaedah lain seperti rujukan norma atau penggredan melalui
ujian bertulis tidak digunakan kerana tidak sesuai untuk pelajar
prasekolah yang tidak berupaya menggunakan bahasa yang tepat untuk
menerangkan pengalaman atau pembelajaran yang dialami dan repetior
tingkah laku mereka terhad. Seseorang guru prasekolah tidak wajar
memberikan soalan ujian berbentuk esei kepada pelajarnya kerana
pinilaian berbentuk esei tidak boleh membantu dalam merangsang idea
kana-kanak dan dikhuatiri akan memberi tekanan kepada mereka.
Perkara sebegini seharusnya dielakkan kerana ianya boleh
merencatkan proses perkembangan idea dan bahasa kanak-kanak.
Pendekatan seperti penggunaan portfolio lebih sesuai dan praktikal
untuk pelajar prasekolah.
Satu kajian oleh Nor Hashimah dan Khadijah (2000) menunjukkan
guru tidak mempunyai masa membuat penilaian formatif terhadap
pelajar ketika perlaksanaan Pendidikan Islam dan Moral di peringkat
prasekolah. Oleh kerana guru banyak memberi tumpuan pada persediaan
dan perlaksanaan aktiviti di dalam bilik darjah, pemerhatian,
senarai semak dan rekod individu jarang dilakukan. Hal ini kerana
para ibu bapa lebih menekankan pencapaian akademik dan kognitif
pelajar seperti asas perkiraan dan bahasa. Keadaan ini juga
menyebabkan aspek-aspek yang menunjukkan perkembangan kanak-kanak
seperti perkembangan sahsiah dan sikap pelajar tidak menyeluruh
perlaksanaannya dan hanya dibincangkan bersama ibu bapa yang
berminat terhadap perkembangan anak-anak mereka.
Bagi melaksanakan penilaian ini juga, para guru perlulah
mempunyai kemahiran yang cukup dan cekap dalam pemerhatian terhadap
pelajar. Menurut kajian Mohamad (1993) berjudul Tugas dan Masalah
Guru Dalam Mengendalikan Kurikulum Prasekolah yang dijalankan ke
atas 12 orang guru tadika dan 11 orang pembantu guru Tabika
Perpaduan mendapati aspek penilaian perkembangan kanak-kanak telah
diketahui namun guru menghadapi kesukaran mengendalikannya akibat
kurang kemahiran. Isu yang sama timbul dalam kajian Rohaty (1996b)
bertajuk Educational Assessment of Malaysian Preschoolers. Kajian
tersebut juga menunjukkan guru kurang berpengetahuan tentang
kepelbagaian jenis kaedah penilaian perkembangan kanak-kanak
walaupun aspek-aspek penilaian perkembangan kanak-kanak telah
diketahui namun perlaksanaan penilaian perkembangan tersebut sukar
dijalankan. Aspek-aspek seperti jasmani, emosi, rohani dan
intelektual (JERI) seharusnya dinilai menggunakan pendekatan
berbeza oleh guru mengikut kaedah yang dipelajari semasa dalam
pengajian mereka. Kesemua aspek tersebut memerlukan pemantauan
berterusan sepanjang sesi persekolahan.
Menurut kajian Rohaty (2003) dalam Surayah Zaidon pula
menunjukkan penilaian yang dijalankan cenderung kepada perkembangan
akademik dan kognitif iaitu lebih menumpu kepada pelaporan kemajuan
kanak-kanak kepada ibu bapa berbanding aspek lain yang juga penting
dan perlu dititik beratkan seperti jasmani dan rohani, sahsiah,
komunikasi dan sosial kanak-kanak. Pendekatan rujukan norma seperti
ujian untuk menentukan gred markah dan kedudukan dijalankan kepada
kanak-kanak. Perkara yang berlaku ini tidak sesuai untuk
kanak-kanak tersebut kerana perbuatan melabel menggunakan keputusan
penilaian tersebut pada peringkat prasekolah akan membebankan
kanak-kanak seterusnya akan mengganggu perkembangan emosi dan
tingkah laku mereka. Para guru dan ibu bapa juga akan mengalami
tekanan kerana harapan untuk memajukan kanak-kanak tersebut.
Kebanyakan ibu bapa lebih mengharapkan kepada pihak prasekolah
untuk memajukan anak-anak mereka dan meningkatkan prestasi
anak-anak dalam akademik dan kognitif. Oleh disebabkan hal ini,
para guru lebih mengutamakan penilaian kognitif pelajar walaupun
mempunyai kesedaran tentang kepentingan perkembangan pelajar dalam
aspek-aspek lain.
Menurut teori Ekologi Bronfenbrenner (1977), ahli keluarga
khususnya ibu bapa mempunyai peranan penting sebagai agen sosialis
dalam kehidupan kanak-kanak dan mempunyai pengaruh paling besar ke
atas semua aspek perkembangan kanak-kanak. Pengaruh baka dan
persekitaran memberikan kanak-kanak kadar dan tahap perkembangan
yang berbeza-beza. Interaksi pengaruh-pengaruh tersebut membantu
dalam menentukan pencapaian perkembangan ke satu tahap yang
maksimum. Oleh hal yang demikian, perkembangan kanak-kanak sama ada
dalam aspek kognitif, fizikal atau kerohanian perlu lebih
diterapkan dari kediaman kanak-kanak itu sendiri berbanding di
prasekolah.
3.0ISU DAN PERMASALAHAN YANG TERDAPAT KETIKA MENGAJAR DI
PERINGKAT PRASEKOLAH.3.1 Celik HurufTimbalan Ketua Pengarah
Pelajaran Malaysia (KPM), Datin Asariah binti Mior Shaharuddin
berkata, KPM menetapkan agar semua kanak-kanak normal yang
bersekolah boleh menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira
(3M) ketika melangkah ke tahun empat sekolah rendah sebelum
penghujung 2012. Beliau berkata demikian semasa merasmikan Seminar
Penyelidikan Pendidikan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM)
Zon Sabah di Kota Kinabalu pada awal Oktober 2009.Sukatan pelajaran
prasekolah, antara lain, bertujuan untuk mencelikhurufkan murid.
Ada guru Bahasa Melayu beranggapan bahawa semua murid yang diterima
masuk ke kelas tahun satu sudah celik huruf. Apabila anggapannya
itu meleset, mereka mengeluh. Mereka berasa berat untuk mengajarkan
a-b-c kepada beberapa orang murid yang tidak berpeluang mengikuti
kelas prasekolah.Ada juga murid yang sudah mengikuti prasekolah
tetapi masih belum celik huruf. Murid-murid ini menokok jumlah
murid yang perlu dicelikhurufkan oleh guru Bahasa Melayu tahun
satu.Dahulu, pada semester pertama, memang ada program khas. Mulai
tahun 2006 KPM memperkenalkan pula program Kelas Intervensi Awal
Membaca dan Menulis (KIA2M). Pelan Induk Pembangunan Pendidikan
(PIPP) 2006 2010 menyatakan, KIA2M bertujuan untuk memastikan
murid-murid tahun satu menguasai kemahiran 2M selepas enam bulan
belajar di sekolah. Tujuan ini tidak tercapai apabila pada akhir
Ogos 2006 hampir 100 ribu murid tahun satu belum celik huruf. Pada
akhir September 2009 pula sebanyak 85,000 murid tahun satu belum
menguasai 2M.Berdasarkan sasaran yang diuar-uarkan oleh Menteri
Pelajaran dan timbalannya dalam BHO, pada tahun hadapan dan tahun
2011 jumlah murid tahun satu yang belum celik huruf pada akhir
tahun dijangka masih dalam lingkungan 50,000 orang. Malah, apabila
kita mengambil kira jumlah kelahiran yang semakin meningkat, jumlah
ini tidak banyak berubah pada akhir tahun 2012. Jadi, penetapan
sasaran 85 hingga 87 peratus kanak-kanak berpeluang mengikuti
prasekolah pada tahun 2012 itu rendah.Penetapan sasaran yang rendah
ini pasti menghampakan pendukung PIPP yang ingin melihat
murid-murid tahun satu menguasai kemahiran 2M selepas enam bulan
belajar di sekolah. Kenyataan bahawa semua kanak-kanak normal yang
bersekolah boleh menguasai kemahiran 3M selepas melangkah ke tahun
empat pula bagaikan mengesahkan kehampaan pendukung PIPP.3.2
Kesukaran Menguasai Konsep NomborKonsep nombor merupakan salah satu
kemahiran yang perlu dikuasai oleh kanak-kanak prasekolah. Nombor
memainkan peranan yang penting dalam menguasai pembelajaran
Matematik prasekolah. Namun begitu, didapati segelintir guru tidak
memahami perkembangan kanak-kanak dan asas dalam perkembangan
Matematik dengan terus mengajar kanak-kanak simbol nombor 1, 2, 3
dan seterusnya tanpa mengaitkan nombor-nombor ini dengan objek di
sekeliling (Rohani et. Al, 2004). Ini menyebabkan kanak-kanak tidak
dapat mengaitkan nombor dengan keadaan sebenar.
3.3 Penggunaan Portfolio Bagi Penilaian
Kanak-KanakPrasekolah
Tempat penyimpanan hasil kerja adalah juga satu masalah
penggunaan portfolio. Terdapat berbagai bentuk portfolio yang boleh
diselenggara. Antaranya menggunakan kotak, fail, folder atau
disket. Cara menyimpan hasil kerja banyak bergantung kepada
pengalaman guru menyelenggara portfolio pada tahun-tahun
sebelumnya. Akibat ketidakcekapan guru mengumpul hasil kerja, sikap
guru yang tidak selektif, guru sering kali memasukkan kesemua hasil
kerja tanpa dianalisis. Ini menjadikan bahan yang dikumpul terlalu
banyak dan menjejaskan bentuk fizikal portfolio.
Kajian Umi Kalsom Takriff (2003) dalam Surayah Zaidon (2004),
berjudul Persepsi Guru Terhadap Pelaksaan Penilaian Di Prasekolah
JAWI mendapati guru melibatkan kanak-kanak semasa mengumpul hasil
kerja walaupun kesemua hasil kerja disimpan ke dalam portfolio
tanpa melalui proses pemilihan. Penyemakan pula adalah secara
langsung atau spontan di mana guru memberi komen secara lisan
tentang kesalahan hasil kerja terus kepada kanak-kanak. Kandungan
portfolio terutamanya hasil seni dipamerkan di kelas. Kajian
tersebut mendapati pengesanan perkembangan keseluruhan kanak-kanak
memerlukan pemerhatian ke atas aktiviti kanak-kanak dan interaksi
bersama kanak-kanak selain dari maklumat dari hasil kerja.
Hasil kerja yang dikumpul terbatas kepada yang berasaskan kertas
yang berbentuk lembaran kerja dan hasil tulisan yang merupakan
salinan atau adaptasi dari buku-buku rujukan di pasaran.
Pengumpulan kandungan portfolio tidak dijalankan mengikut prosedur
tertentu dengan penglibatan kanak-kanak yang terhad. Dari segi
tatacara menilai kandungan portfolio, kaedah semakan yang paling
menonjol adalah secara memberi ganjaran. Penyemakan yang dijalankan
adalah lebih berbentuk perbandingan di antara hasil kerja yang
terkini dengan yang terdahulu. Penganalisaan kandungan portfolio
adalah berdasarkan objektif pembelajaran dan tahap
perkembangan.
Menurut Surayah Zaidon (2004), penyemakan yang dijalankan adalah
lebih berbentuk perbandingan di antara hasil kerja yang terkini
dengan yang terdahulu. Penganalisaan kandungan portfolio adalah
berdasarkan objektif pembelajaran dan tahap perkembangan. Kajian
beliau telah mengenal pasti antara masalah yang dihadapai guru
dalam menggunakan portfolio secara berkesan adalah latihan yang
terbatas, bilangan kanak-kanak yang terlalu ramai, peruntukan masa
yang banyak diperlukan untuk menilai hasil kerja kanak-kanak dan
limitasi portfolio dalam menggambarkan perkembangan kanak-kanak
secara keseluruhan. Banyak kajian menunjukkan guru tadika mempunyai
pengetahuan yang terhad dalam aspek penilaian perkembangan
kanakkanak akibat pendekatan latihan pra perkhidmatan yang
berunsurkan teori dan mengetepikan ataupun memperlekehkan
pengaplikasian teori. Bakal guru perlu diberi pendedahan kepada
input yang dapat merealisasikan matlamat pelaksanaan penilaian.
Kanakkanak mempunyai repertoir tingkah laku yang terhad bagi
dinilai. Justeru, guru perlu didedahkan kepada pelbagai alat
pentaksiran pemerhatian daripada segi teori dan pratikal seperti
rekod anekdot,dapat menjamin bakal guru benar-benar faham bentuk
penilaian yang perlu dijalankan di peringkat prasekolah dan tidak
mengambil jalan mudah dengan menggunakan ujian-ujian yang hanya
menguji perkembangan kognitif kanakkanak.
3.4Kurang Pengetahuan Dalam Pengajaran Sains Awal
Perubahan kurikulum prasekolah yang sering berlaku di Malaysia
banyak menyusahkan proses pembelajaran dan pengajaran guru di
peringkat prasekolah. Kurikulum standard prasekolah kebangsaan amat
menekankan pengajaran sains awal kepada kanak-kanak prasekolah.
Perubahan ini menyebabkan guru-guru prasekolah kurang pengetahuan
dalam pengajaran sains awal. Hal tersebut juga memberi kesan
terhadap sikap dan keyakinan guru-guru prasekolah dalam pengajaran
sains awal.
Menurut kajian Zurida Ismail dan Hashimah Yunus (2004), dalam
mengkaji sikap dan pengetahuan dalam pengajaran sains awal di
peringkat sekolah, walaupun umumnya menunjukkkan respon positif
terhadap pengajaran sains awal tetapi masih terhadap guru sebanyak
(7.4%) yang menyatakan mereka merasakan pengajaran sains awal tidak
begitu menarik. Manakala hampir 40% pula berpendapat mereka
menghadapi kesukaran untuk memahami sains dan beranggapan
pengajaran sains awal mengambil masa yang panjang. Selain itu
terdapat juga guru yang belum mempunyai pengalaman dalam mengajar
mata pelajaran sains. Pengetahuan dan sikap yang positif penting
dalam pengajaran sains awal di prasekolah.
3.5Kesukaran Guru Dalam Menjalankan Aktiviti Kaedah Belajar
Melalui Bermain .
Pendidikan Prasekolah adalah pendidikan asas yang penting dan ia
telah mendapat perhatian di semua peringkat masyarakat kerana ia
merupakan pendidikan awal dalam perkembangan hidup seseorang
individu selain daripada pendidikan yang diterimanya di rumah. Di
Malaysia, program pendidikan prasekolah adalah satu program
pendidikan untuk golongan kanak-kanak berusia antara 4 hingga 6
tahun sebelum mereka memasuki pendidikan secara formal di Tahun
Satu sekolah rendah.
Belajar melalui bermain adalah satu teknik pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan kepada kanak-kanak. Melalui teknik ini
juga akan mendatangkan keseronokkan dan kepuasan kepada mereka
dalam sesuatu pengajaran yang hendak disampaikan. Dengan bermain
juga kanak-kanak akan dapat menguasai perkembangan dan kemahiran
fizikal dan penguasaan bahasa dari segi perbendaharaan dan
peraturan tatabahasa.
Main adalah sebagai penentu penting bagi perkembagan kekuatan
sahsiah, daya cipta, kestabilan emosi, perkembangan sosial dan
intelek di samping dapat memperkembangkan kekuatan fizikal,
koordinasi dan ketangkasan seseorang murid. Permainan juga dapat
memberi pengalaman tentang keadilan, peraturan-peraturan dan
kesamaan serta memperkuatkan kebolehan berfikir dalam pelbagai
cara. Di antara permainan lazim yang dimainkan dalam bilik darjah
teka-teki, teka silang kata, kad-kad nombor, kad-kad bergambar,
catur dan sebagainya.
Selain itu bermain adalah satu bentuk kesenian kanak-kanak. Ia
merupakan saluran untuk melahirkan perasaan dan punca untuk
mendapatkan kegembiraan dan keseronokan. Almy (1984, Fagen)
menyatakan kanak-kanak bermain dengan di arah oleh diri mereka
sendiri tanpa mengambil kira tujuan bermain. Semasa bermain,
mereka, bebas dari segala peraturan. Melalui permainan, kanak-kanak
mendapat tingkah laku yang baru. Kanak kanak melibatkan diri dalam
permainan secara aktif. Apa yang dikemukakan oleh Almy bersesuaian
dengan pandangan tokoh-tokoh lain dimana dalam membincangkan
ciri-ciri main mereka menyebut; Pertama, main adalah motivasi
dalaman. Lenyap dengan sendiri, berlaku hanya untuk kepuasan semasa
melakukannya. Kedua, ciri-ciri yang berkaitan dengan main mestilah
ada kebebasan memilih oleh peserta. Mengikut Vygotsky (1962) Main
membantu perkembangan bahasa dan pemikiran. Struktur otak akan
membentuk melalui penggunaan simbol dan alat, ia juga membantu
dalam pembentukan ini. Main juga memberi kebebasan kepada
kanak-kanak untuk meluahkan tekanan dalam menghadapi dunia sebenar.
Dalam cara ini kanak-kanak dapat mengawalsituasi dan
menyesuaikannya dalam dunia sebenar. Mereka dibenarkan untuk
memperolehi proses pemikiran yang tinggi melalui bermain. (Spodek
et al. 1987, p. 181). Jerome Singer (Spodek,1983) menganggap
imaginative play sebagai usaha kanakkanak menggunakan kebolehan
fizikal dan mental mereka dalam menyusun pengalaman. Beliau juga
berpendapat bahawa dalam permainan, kanak-kanak meneroka alam yang
boleh menjadikan mereka berkebolehan dalam menghadapi masalah
persekitaran dan boleh menjadikan mereka kreatif.
Namun begitu, masih terdapat isu iaitu guru sukar untuk
melaksanakan kaedah belajar melalui bermain kepada kanak kanak.
Strategi pengajaran dan pembelajaran masih bertumpu kepada aktiviti
menyebut, mengeja, membaca, menulis, melukis dan mewarna. Perbezaan
strategi pengajaran guru KEMAS, JAIM, PERPADUAN , KPM, DAN SWASTA
terdapat pada pendekatan yang digunakan dalam pengajaran, bentuk
rancangan pelajaran yang disediakan dan interaksi guru-murid dalam
pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Kebanyakan guru juga
tiada atau pun kurang kefahaman serta tidak memahami perkembangan
dan minat kanak-kanak disamping keperluan mereka.
Bersabit dengan tugas-tugas melaksanakan pengajaran melalui
aktiviti bermain, terdapat faktor - faktor masalah guru-guru dalam
menjalankan aktiviti belajar melalui bermain. Antara faktor faktor
tersebut adalah mereka kekurangan pengetahuan dan kemahiran untuk
menyampaikan aktiviti belajar melalui bermain. Menurut mereka lagi,
masalah ini berpunca daripada perkembangan yang pesat dalam
pendidikan prasekolah. Guru-guru yang ditemubual mengatakan mereka
berkeyakinan bahawa masalah yang dihadapi ini boleh diatasi jika
mereka diberi peluang mengadakan perbincangan pendidikan dengan
pakar-pakar, pentadbir dan penyelidik pendidikan prasekolah.
Menyentuh hal tersebut, kebanyakan guru-guru mengatakan terdapat
beberapa perkara penting berkaitan dengan masalah kekurangan
pengetahuan dan kemahiran iaitu seperti guru kurang faham dengan
pendekatan dan cara-cara penyampaian aktiviti, guru kurang yakin
dengan pengajaran yang ingin disampaikan, guru juga kurang memahami
psikologi kanak-kanak, guru kurang mahir membuat alat bantu
mengajar, guru kurang faham dengan kurikulum prasekolah kebangsaan,
dan guru mengalami kesukaran membuat pemerhatian dan penilaian ke
atas kanak-kanak.
Masalah yang paling ketara dalam melaksanakan aktiviti belajar
melalui bermain ialah bahan bantu mengajar. Bahan bantu mengajar
yang dibekalkan mestilah selari dan bersesuaian dengan permainan
dan konsep yang perlu melibatkan keenam-enam komponen iaitu
komponen Perkembangan Bahasa dan Komunikasi, Perkembangan Kognitif,
Perkembangan Fizikal, Perkembangan Kerohanian dan Moral,
Perkembangan Kreativiti dan Estetika dan Perkembangan Sosioemosi.
Boleh dikatakan guru-guru prasekolah memahami dan berpengalaman
dalam pengurusan dan pengendalian tadika, tetapi bahan bantu
mengajar tidak mencukupi. Mereka boleh menggunakan bahan terbuang
tetapi ia bergantung kepada kreativiti guru sendiri dalam mengolah
bahan tersebut. Bahan-bahan seperti kotak tisu, kotak mancis, cawan
plastik, botol plastik, tin susu, bekas telur, daun kering dan
lain-lain lagi boleh digunakan sebagi bahan bantu mengajar yang
menjadi pemangkin dalam kaedah belajar melalui bermain. Walau
bagaimanapun usaha ini menjadi sia-sia sahaja jika tiada strategi
yang tepat dan betul.
Kebanyakan guru juga masih kurang faham tentang Huraian
Kurikulum Prasekolah Kebangsaan 2003. Mereka menghadapi kesukaran
untuk menentukan kebolehan mental dan fizikal murid. Mereka juga
sukar menentukan apakah jenis aktiviti tahap pelajaran yang hendak
dijalankan supaya menjadi lebih berkesan. Turut dikenalpasti ialah
masalah yang berkaitan dengan penyediaan bahan pengajaran. Didapati
isi kandungan buku aktiviti oleh panel tadika masing-masing perlu
disesuaikan dengan Huraian Kurikulum Prasekolah Kebangsaan dengan
tahap umur dan pencapaian kanak-kanak. Ini pula menyebabkan
kesukaran guru mengenal pasti tahap-tahap pencapaian kanak-kanak
seperti menentukan hasil pembelajaran tersebut.
Masalah juga timbul untuk menyediakan peralatan dan keselesaan
kanak-kanak beraktiviti belajar melalui bermain. Masalah ini
berpunca daripada tempat belajar yang sering digunakan untuk majlis
dan upacara kemasyarakatan. Ini mengakibatkan keceriaan sekolah
tidak dapat dibentuk mengikut matlamat tadika yang sebenarnya.
Terdapat banyak kelas atau bangunan di mana kelas ini dijalankan
tidak begitu selesa dan kurang menggalakkan dari segi pembelajaran
kanak-kanak tabika. Contohnya, terdapat sebahagian tadika yang
begitu sempit, tandas yang tidak sesuai dan tiada pagar yang sesuai
untuk keselamatan kanak kanak.
Pada amnya mereka masih kekurangan kemahiran menyoal, mengarah,
menilai dan membuat dendaan. Ini penting kerana seseorang guru
prasekolah seharusnya mempunyai kemahiran mengendalikan kelas di
samping menjadi pembimbing, penasihat, pengajar, pentadbir dan
lain-lain lagi kepada kanak-kanak ini.
Mengenai proses penyampaian aktiviti, masalah yang ditimbulkan
berkisar kepada penggunaan bahan bantu mengajar. Penggunaan boneka,
model-model, doh serta bahan lakonan kurang dititik beratkan.
Perkara yang menjadi punca masalah adalah disebabkan kurang
kemahiran, kurang peruntukan membiayai pembuatan bahan dan
peralatan. Ini dikuatkan lagi dengan faktor sikap yang negatif di
sesetengah kalangan guru tersebut. Berkaitan dengan penilaian,
jelas terbukti bahawa kemahiran pengukuran dan penilaian di
kalangan guru-guru masih di tahap asas. Konsep penilaian yang
melibatkan pemerhatian, temuduga, ujian dan persepsi masih belum
difahami sepenuhnya oleh sesetengah guru-guru. Umumnya kemahiran
pengurusan mikro di kalangan guru-guru masih ditahap yang
minima.
4.0CARA-CARA MENGATASI4.4Isu Celik HurufBerdasarkan pendapat
Abdul Rahman Abdul Rashid (1995), bahawa penggunaan BBM yang sesuai
dan menarik dalam proses pengajaran asas bacaan dalam kelas adalah
penting kerana ia dapat mempertingkatkan kejayaan pembelajaran,
lebih-lebih lagi untuk pengajaran Bahasa Melayu.Selain itu,
aktiviti bermain yang diselitkan dalam pelaksanaan Rancangn
Pengajaran Harian (RPH), turut membantu meningkatkan kemahiran
membaca. Didapati bahawa apabila aktiviti bermain diselitkan,
pelajar akan menjadi lebih berminat mengikuti p&p berkaitan
kemahiran asas membaca. Aktiviti bermain ini mampu menambah minat
serta mendapati pengajaran guru amat menyeronokkan.Chua Tee Tee dan
Koh Boh Boon (1992) menyatakan bahawa, oleh kerana guru pemulihan
ditugaskan untuk membantu murid lambat dalam penguasaan 3M, maka
adalah lebih baik jika mereka didedahkan kepada konsep dan amalan
yang terbaru dalam pemulihan kesukaran asas membaca melalui
penggunaan teknologi pendidikan yang terkini bersesuaian dengan
tahap perkembangan murid prasekolah.
4.5Isu Kesukaran Menguasai Konsep NomborBagi mengatasi masalah
kesukaran menguasai konsep nombor bagi murid-murid prasekolah
adalah melalui pendekatan permainan dan melalui penggunaan
komputer. Main merupakan expresi kendiri yang kreatif dan
perkembangannya paling jelas pada peringkat kanak-kanak. Almy et.
al. (1984) menyatakan kanak-kanak bermain dengan diarah oleh diri
mereka sendiri tanpa mengambil kira tujuan bermain. Semasa bermain,
mereka bebas dari segala peraturan. Melalui permainan, kanak-kanak
mendapat tingkah laku yang baru. Jean Piaget (1952) menyatakan
bahawa aktiviti dan permainan yang menarik, mampu memberi pemahaman
Matematik yang lebih berkesan kepada kanak-kanak normal.
Penggunaan aktiviti permainan sebagai kaedah pengajaran dan
pembelajaran dalam dan luar bilik darjah adalah berlandaskan
prinsip bermain sambil belajar. Penyelesaian bagi beberapa masalah
dalam Matematik boleh ditunjukkan melalui aktiviti permainan dan
simulasi, khususnya masalah yang melibatkan aplikasi kehidupan
dalam seharian. Simulasi juga sering digunakan untuk menerangkan
jawapan atau penyelesaian dalam rekreasi Matematik. Flansburg
(1994) telah menyatakan bahawa pembelajaran Matematik bukanlah
dengan mengingat tetapi merupakan aktiviti yang kreatif seperti
melukis, menulis atau bermain bola keranjang. Definisi terbaik yang
pernah didengari oleh beliau ialah keratif adalah permainan.Aktivit
bermain membenarkan mereka memenuhi keperluan perasaan ingin tahu,
di samping meningkatkan pengetahuan, pengalaman dan kemahiran
mereka (Rohani, 2004). Menurut Vygotsky (1962), permainan pilihan
kanak-kanak sendiri disokong oleh seorang guru ataupun orang dewasa
melalui perbincangan dan sesi soal jawab menggalakkan pencapaian
kognitif yang lebih tinggi.Dalam mengendalikan aktiviti
pembelajaran kanak-kanak. Piaget mengesyorkan supaya kanak-kanak
diberi kebebasan memilih aktiviti permainan mereka sendiri.
Kanak-kanak biasanya akan menumpu kepada keperluan perkembangan
mereka, ketika memilih aktivit bermain. Hanya dengan cara demikian
kita dapat memastikan mereka memilih sesuatu aktiviti yang menarik
dan menggembirakan. Pada masa yang sama, mereka dapat memilih
sesuatu yang bukan menumpu kepada kemahiran atau pengetahuan yang
telah lama dikuasai dan tidak terlalu sukar atau jauh daripada
tahap perkembangan semasa.Dengan perkataan lain, kanak-kanak
dibenarkan memilih aktiviti permainannya sendiri dapat memilih
aktiviti yang tepat dengan keperluan perkembangannya. Aktiviti
bermain bersifat meransang perkembangan dan merupakan bahagian
utama (integral) dalam kurikulum perkembangan. Konsep bermain
sambil belajar dapat memenuhi keperluan dan perkembangan mental,
sosioemosi dan fizikal kanak-kanak.
4.6 Isu Penggunaan Portfolio Bagi Penilaian
Kanak-KanakPrasekolah
Penggunaan portfolio membawa kesan positif dalam kurikulum dan
pengajaran walaupun penggunaannya berhadapan dengan beberapa
masalah. Dalam penilaian berasaskan portfolio pelajar menunjukkan
apa yang mereka boleh buat dan pelajar dinilai berdasarkan apa yang
mereka sepadukan dalam membina portfolio dan bukan apa yang mereka
dapat ingat kembali. Hal yang demikian, disebabkan portfolio
sebagai alat penilaian adalah untuk mengumpul bukti tentang
bagaimana pelajar mengolah, memproses dan menyempurnakan tugasan
dalam sesuatu domain.
Kajian Surayah Zaidon (2004), telah mengenal pasti antara
masalah yang dihadapai guru dalam menggunakan portfolio secara
berkesan adalah latihan yang terbatas, bilangan kanak-kanak yang
terlalu ramai, peruntukan masa yang banyak diperlukan untuk menilai
hasil kerja kanak-kanak dan limitasi portfolio dalam menggambarkan
perkembangan kanak-kanak secara keseluruhan.
Portfolio berpotensi sebagai salah satu alat penilaian
alternatif dalam menilai perkembangan kanak-kanak masa kini. Namun,
permasalahan seperti yang dinyatakan perlu mendapat pertimbangan
sewajarnya agar pelaksanaannya memenuhi matlamat.
4.7Isu Kurang Pengetahuan Dalam Pengajaran Sains Awal
Guru prasekolah hendaklah mengetahui peranan mereka dalam
mempelbagaikan aktiviti yang boleh mendatangkan manfaat kepada
kanak-kanak prasekolah. Antara peranan guru prasekolah adalah
sebagai pendorong yang menggalakkan pembelajaran kanak-kanak. Hal
ini disebabkan kanak-kanak belajar melalui permainan atau aktiviti
yang tidak formal. Guru yang berpengetahuan akan berusaha untuk
menyediakan aktiviti pembelajaran yang mengembirakan dengan
melibatkan kanak-kanak secara aktif. Aktiviti yang dirancang
tersebut membolehkan kanak-kanak mencapai kejayaan di peringkat
kebolehan mereka.
Selain itu, guru prasekolah yang berpengetahuan dalam pengajaran
sains awal juga mempunyai pengaruh yang penting dalam kehidupan
kanak-kanak. Sikap dan sahsiah yang dimiliki oleh guru tersebut
akan menjadi contoh kepada kanak-kanak prasekolah. Secara tidak
langsung kanak-kanak akan memerhati dan seterusnya meniru kelakuan
guru tersebut. Oleh hal yang demikian, guru prasekolah hendaklah
menggunakan peluang dengan menunjukkan contoh serta teladan yang
baik dan menerapkan nilai-nilai yang positif kepada kanak-kanak
prasekolah. Bagi merangsang pemikiran sedemikian, guru-guru
perlulah merangka persekitaran pembelajaran dan memahami tahap
kebolehan kanak-kanak supaya ia bersesuaian dengan topik dan
aktiviti sains. Antaranya adalah pengajaran dan pembelajaran yang
melibatkan penggunaan alat bantu mengajar (ABM) yang berbantukan
komputer. Ia memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Ia berfungsi untuk menambahkan kelancaran perhubungan
antara guru dengan murid, murid dengan guru, dan murid dengan
murid.
Gaya dan kaedah pengajaran di dalam kelas amat penting dalam
memastikan perancangan program yang lebih berkesan untuk
perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh. Bagaimanapun apa jua
perancangan yang dibuat, aktiviti itu haruslah selaras dengan
falsafah, matlamat dan objektif pengalaman yang sesuai (Rohaty,
2003). Pelbagai gaya dan kaedah pengajaran dalam proses pengajaran
dan pembelajaran (P&P) sains awal di peringkat prasekolah yang
memerlukan guru berperanan dalam merangsang pemikiran aktif dan
kreatif kanak-kanak.
Menurut Kamarudin & Siti Hajar (2004), seseorang guru
seharusnya dapat menentukan jenis dan bentuk bahan atau media yang
akan digunakan. Ia juga harus menentukan bahan-bahan itu sesuai
dengan minat, pengetahuan dan keupayaan murid. Contoh bagi alat
bantu mengajar yang biasa digunakan ialah pengajaran dan
pembelajaran yang berbantukan komputer amat digalakkan pada
peringkat prasekolah. Hal ini bukan sahaja dapat meningkatkan
pengetahuan murid-murid dalam mengendalikan perisian komputer
malahan cara pengajaran ini boleh membuatkan murid-murid lebih
berminat untuk belajar serta menjadikan mereka lebih maju dalam
menerajui kecanggihan teknologi dari semasa ke semasa.
Oleh itu, penggunaan elemen-elemen mutimedia seperti teks,
grafik, audio, video dan animasi bagi tujuan proses pengajaran dan
pembelajaran adalah lebih efektif dan menarik perhatian pelajar.
Dengan animasi ataupun video, murid sekolah dapat mengenal dan
membuat perbezaan dalam mengklasifikasi jenis haiwan seperti haiwan
bersayap, berjalan, berkaki dua dan sebagainya. Sebagai contoh
burung dan ayam dapat dikelaskan dalam kategori haiwan bersayap
manakala lembu dan kambing adalah haiwan yang berkaki empat.
Tambahan pula, di persekitaran mereka terdapat pelbagai jenis
haiwan yang mereka biasa lihat dan secara tidak langsung akan
menambah pengetahuan sedia ada.
Selain itu juga, kaedah pengajaran yang paling berkesan bagi
pendidikan prasekolah adalah melalui teknik belajar dalam bermain.
Pendekatan belajar sambil bermain ini adalah satu pendekatan yang
terancang dan berstruktur bagi memberi peluang kepada murid untuk
belajar dalam suasana yang mengembirakan dan bermakna. Pendekatan
ini memberi penekanan kepada proses pengajaran dan pembelajaran
kerana bermain adalah fitrah semulajadi kanak-kanak. Melalui
bermain, mereka akan berasa gembira dan senang hati untuk membuat
penerokaan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
4.8Isu Kesukaran Guru Dalam Menjalankan Aktiviti Kaedah Belajar
Melalui Bermain.Guru memainkan peranan dalam mencetak atau
melahirkan individu yang baik, berguna dan bersepadu. Mereka
merupakan jambatan atau agen langsung yang mendidik kanak-kanak.
Oleh itu guru memerlukan latihan seperti kursus atau bengkel yang
sesuai dengan falsafah dan matlamat pendidikan prasekolah amnya.
Beberapa kursus dan bengkel dicadangkan untuk meningkatkan
pengetahuan dan kemahiran guru-guru. Latihan yang perlu ialah
mengenai pemahaman kurikulum, kaedah pengajaran dan pembelajaran,
pengurusan pengajaran mikro, psikologi perkembagan kanak - kanak,
pengukuran dan penilaian, pengurusan tingkah laku kanak-kanak dan
membina dan menggunakan bahan bantu mengajar. Selain itu guru-guru
tadika perlu mahir dalam pengajaran mikro termasuk menentu dan
memilih objektif, bahan-bahan pengajaran, kaedah mengajar,
ukuran-ukuran pencapaian dan penilaian, tindak balas kanak-kanak
dan kawalan bilik darjah.
Di samping itu mereka berperanan menerapkan nilai-nilai murni
dan bersepadu semasa di dalam bilik darjah. Di sini jelas
menunjukkan bahawa seseorang guru tadika perlu mempunyai persediaan
perasaan dan sikap yang positif. Ini penting bagi mempengaruhi
pembentukan dan pengembangan anak-anak muridnya. Tambahan pula
harapan ibu bapa dan masyarakat sekitar terhadap tadika begitu
tinggi bagi mendapatkan pendidikan yang sempurna. Guru Tadika juga
perlu memahami dengan secukupnya Falsafah Pendidikan Negara iaitu
hasrat yang dikandunginya dan matlamat yang ditujuinya. Kefahaman
perlu diiringi dengan kesedaran serta keinsafan, amalan dan
penghayatan. Mereka harus mendokong penuh paksi pendidikan iaitu
percaya dan patuh kepada Tuhan.
Guru Tadika perlu menampilkan diri sebagai keibubapaan
(parenting) kepada murid - muridnya. Mereka kaya dengan kasih
sayang, menjaga dan prihatin terhadap perkembangan kanak-kanak.
Justeru itu akan terbentuk hubungan harmonis yang dilimpahi dengan
ciri hormat, taat, kasih sayang dan keberkatan. Guru Tabika adalah
model yang hampir dengan anak didik. Guru menjadi suri teladan yang
baik kepada mereka. Ini dimanifestasikan pada budi bahasa,
penguasaan bahasa yang baku, kesempurnaan kerja, rupa diri,
kesesuaian pakaian, amanah, rajin dan cekap bekerja.
Guru Tabika juga perlu mempertingkatkan penguasaan dan menjiwai
Bahasa Malaysia sebagai bahasa ilmu. Guru-guru prasekolah hendaklah
merancangkan aktiviti supaya kanak-kanak dapat belajar dalam
suasana yang selesa, sihat dan gembira. Menerusi permainan,
kanak-kanak dapat menyiasat benda-benda, mencipta, meruntuh dan
membina. Selain itu, secara tidak langsung mereka mempelajari
berbagai-bagai kemahiran seperti kemahiran sosial, bahasa dan
berfikir disamping menggalakkan pertumbuhan rohani dan jasmani.
Guru perlu lebih aktif dan kreatif. Guru boleh menggunakan bahan
terbuang dalam membuat bahan bantu mengajar yang mudah didapati
dipersekitaran. Ianya menjimatkan kos dan kanak-kanak lebih biasa
dengan bahan tersebut. Selain itu, guru perlu membuat persediaan
awal dalam membuat perancangan aktiviti, supaya pemilihan bahan
bantu mengajar untuk sesuatu aktiviti dapat membantu kanak-kanak
untuk mencapai tahap perkembangan mereka. Mereka juga mesti
melibatkan diri bersama-sama dengan kanak-kanak. Aktiviti yang
dijalankan oleh kanak-kanak mestilah mendapat perhatian dari guru.
Ini bermaksud, guru bukan sahaja berfungsi sebagai pengarah tetapi
lebih kepada pembimbing. Mereka mesti ada bersama-sama kanak-kanak
dalam semua aktiviti yang dijalankan untuk memastikan kanak-kanak
membuat aktiviti belajar melalui bermain mencapai objektif yang
diharapkan.
Guru juga perlu menyertai kursus yang berkaitan dengan
pendidikan awal kanak-kanak. Bagi memastikan guru lebih memahami
konsep belajar melalui bermain , guru perlu didedahkan dengan
pelbagai kursus yang berkaitan dengan pendidikan awal kanak-kanak.
Konsep pendidikan secara tradisional dapat digantikan dengan konsep
belajar melalui bermain jika sekranya kaedah tersebut dapat memberi
kefahaman yang lebih jelas kepada guru.
5.0KESIMPULANMelalui kajian-kajian lepas yang telah dibuat,
terdapat beberapa isu dan permasalahan yang sering menyukarkan
pengajaran dan pembelajaran di peringkat prasekolah. Para guru dan
pihak pentadbiran seharusnya bekerjasama dalam mengawal dan
menyelesaikan segala masalah yang akan dan bakal dilalui apabila
berada ditahap pendidikan prasekolah.Sememangnya kita perlu
mengetahui keadaan kanak-kanak di peringkat prasekolah, bagaimana
tahap pemikiran dan tingkahlaku mereka supaya segala apa yang kita
lakukan akan meningkatkan lagi kepercayaan dan keyakinan mereka
dalam melakukan sesuatu perkara.Pihak kerajaan harus mewujudkan
lebih banyak sekolah-sekolah pendidikan yang berteraskan Kurikulum
Standard Prasekolah Kebangsaan bagi kanak-kanak prasekolah yang
bakal menerajui Negara kita suatu hari nanti.Akhir kata, kerjasama
semua pihak terutamanya pihak kerajaan harus diwujudkan dengan
pihak-pihak kementerian pendidikan supaya segala perancangan yang
akan dilakukan bagi kanak-kanak prasekolah akan lebih terjamin
keberkesanannya.
12