Top Banner
ISU DAN CABARAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH DALAM KALANGAN GURU ¹Noorzeliana Binti Idris, ²Norazilawati Binti Abdullah, ³Saniah Binti sembak Universiti Pendidikan Sultan Idris ABSTRAK Sistem pendidikan negara kita yang berteraskan peperiksaan telah mendorong pelajar-pelajar belajar dan menghafal untuk lulus peperiksaan. Pengetahuan yang diterima dengan cara ini tidak akan kekal. Ini bermakna kejayaan dalam peperiksaan tidak memberi gambaran sebenar tentang kejayaan penguasaan sesuatu kurikulum. Maka Kementerian Pelajaran Malaysia melaksanakan Pentaksiran Berasakan Sekolah (PBS) sebagai sebahagian daripada Program Transformasi Pendidikan. PBS dirancang, ditadbir, di skor dan dilaporkan secara terancang mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia dan ia merupakan satu bentuk penilaian yang dilakukan oleh guru dan pihak sekolah. Namun sejak kebelakangan ini banyak keluhan dari guru-guru tentang PBS . Maka k ertas ini mengetengahkan isu dan cabaran permasalahan guru dalam pentaksiran semasa melaksanakan PBS. Kajian ini membincangkan isu- isu berkaitan ketidakyakinan dan ketidaksungguhan guru dalam menaksir, amalan birokrasi dalam pentaksiran, dan beberapa permasalahan guru sepanjang melaksanakan PBS. Kajian ini telah mengemukakan beberapa cadangan bagi penambahbaikan kualiti dalam pelaksanaan PBS. KATA KUNCI: Pentaksiran Berasaskan Sekolah, ketidaksungguhan, ketidakyakinan
20

ISU DAN CABARAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) DALAM KALANGAN GURU

Feb 24, 2023

Download

Documents

Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Page 1: ISU DAN CABARAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) DALAM KALANGAN GURU

ISU DAN CABARAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH DALAM KALANGAN GURU

¹Noorzeliana Binti Idris, ²Norazilawati Binti Abdullah, ³SaniahBinti sembak

Universiti Pendidikan Sultan Idris

ABSTRAK

Sistem pendidikan negara kita yang berteraskanpeperiksaan telah mendorong pelajar-pelajar belajar danmenghafal untuk lulus peperiksaan. Pengetahuan yangditerima dengan cara ini tidak akan kekal. Ini bermaknakejayaan dalam peperiksaan tidak memberi gambaran sebenartentang kejayaan penguasaan sesuatu kurikulum. MakaKementerian Pelajaran Malaysia melaksanakan PentaksiranBerasakan Sekolah (PBS) sebagai sebahagian daripadaProgram Transformasi Pendidikan. PBS dirancang, ditadbir,di skor dan dilaporkan secara terancang mengikut proseduryang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia dan iamerupakan satu bentuk penilaian yang dilakukan oleh gurudan pihak sekolah. Namun sejak kebelakangan ini banyakkeluhan dari guru-guru tentang PBS. Maka kertas inimengetengahkan isu dan cabaran permasalahan guru dalampentaksiran semasa melaksanakan PBS. Kajian inimembincangkan isu-isu berkaitan ketidakyakinan danketidaksungguhan guru dalam menaksir, amalan birokrasidalam pentaksiran, dan beberapa permasalahan gurusepanjang melaksanakan PBS. Kajian ini telah mengemukakanbeberapa cadangan bagi penambahbaikan kualiti dalampelaksanaan PBS.

KATA KUNCI: Pentaksiran Berasaskan Sekolah, ketidaksungguhan,ketidakyakinan

Page 2: ISU DAN CABARAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) DALAM KALANGAN GURU

PENGENALAN

PBS dilaksanakan oleh guru-guru mata pelajaran secara berterusansemasa proses pengajaran dan pembelajaran. Ia juga merupakanpenilaian holistik yang menilai aspek kognitif (intelek), afektif(emosi dan rohani) dan aspek-aspek psikomotor (fizikal) selarasdengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Kurikulum StandardSekolah Rendah (KSSR) atau Kurikulum Standard Sekolah Menengah(KSSM). Objektif utama pelaksanaan PBS adalah untuk:

i) mendapatkan gambaran keseluruhan potensi individuii) memantau pembangunan individu dan membantu untuk

meningkatkan potensi individuiii) membuat laporan yang bermakna kepada pembelajaran

individu (Lembaga Peperiksaan, 2012)

Komponen PBS terdiri daripada bidang akademik dan bukanakademik seperti Rajah 1. Bidang akademik terdiri daripadaPentaksiran Sekolah (PS) dan Pentaksiran Pusat (PP), manakalabidang bukan akademik terdiri daripada Pentaksiran Psiko metrik(PPsi) dan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum(PAJSK). Kedua-dua bidang ini memberi pengiktirafan dan autonomikepada guru untuk melaksanakan pentaksiran formatif dan sumatifyang berasaskan sekolah (Lembaga Peperiksaan Malaysia, 2012).

PBS

AKADEMIK

Pentaksiran Pusat (PP)

Pentaksiran Sekolah

(PS)

BUKAN AKADEMIK

Pentaksiran Aktiviti Jasmani,

Sukan dan Kokurikulum

(PAJSK)

Pentaksiran Psikometrik

(PPsi)

Page 3: ISU DAN CABARAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) DALAM KALANGAN GURU

Rajah 1 Komponen PBS

PENTAKSIRAN SEKOLAH

Pentaksiran sekolah (PS) merujuk pentaksiran yang dirancang,dibina, ditadbir, diperiksa, di rekod dan di lapor oleh gurusekolah yang berkenaan. Pentaksiran sekolah dilaksanakan secaraformatif dan sumatif bagi melihat perkembangan pembelajaran muridserta menambah baik pengajaran dan pembelajaran. Pentaksiranformatif dijalankan seiring dengan proses pengajaran danpembelajaran (PdP). Contoh instrumen yang boleh digunakan ialahlembaran kerja, pemerhatian, kuiz, senarai semak laporantugasan, tugasan rumah dan ujian. Manakala pentaksiran sumatifdijalankan pada akhir setiap unit pembelajaran, penggal, bulandan tahun. PS berfungsi sebagai pentaksiran untuk pembelajaran(assessment for learning) dan pentaksiran tentang pembelajaran(assessment of learning). PS berfungsi sebagai pentaksiran untukpembelajaran (assessment for learning) dan pentaksiran tentangpembelajaran (assessment of learning). PS mempunyai ciri-ciri berikut:

a. Holistik iaitu mampu memberikan maklumat keseluruhan tentangpengetahuan dan kemahiran yang dicapai oleh murid

b. Berterusan iaitu aktiviti pentaksiran berjalan seiring denganPdP

c. Fleksibel iaitu kaedah pentaksiran yang pelbagai mengikutkesesuaian dan kesediaan murid.

d. Merujuk standard prestasi yang dibina berdasarkan standardkurikulum.

(Lembaga Peperiksaan 2013)

Page 4: ISU DAN CABARAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) DALAM KALANGAN GURU

a. Standard prestasi

Standard prestasi merupakan satu pernyataan yang menerangkantentang tahap-tahap penguasaan seseorang murid dalam sesuatubidang atau mata pelajaran yang dipelajari. Dalam satu tempohpembelajaran, murid ditaksir berdasarkan penanda aras (benchmark)yang terdapat dalam standard prestasi. Guru menggunakan standardprestasi sebagai rujukan untuk menentukan aktiviti pentaksirandilaksanakan secara adil dan berfokus. Standard Prestasi jugamenjadi sumber rujukan oleh semua pihak yang terlibat dalampendidikan secara langsung dan tidak langsung seperti murid,guru, ibu bapa serta pihak yang berkepentingan untuk menunjukkandengan jelas matlamat yang ingin dicapai dalam sistem pendidikan.Selain itu, standard prestasi juga boleh dijadikan kayu ukuruntuk menentukan tahap dan standard pendidikan negara berbandingnegara lain. Jadual 1 menunjukkan pernyataan dalam StandardPrestasi dan tafsirannya. Dengan menggunakan Standard Prestasi:

a. Murid tahu dengan jelas apa yang perlu dikuasai ataudicapai, apa yang ditaksir dan kualiti yang diharapkan dalamsesuatu pentaksiran.

b. Guru tahu matlamat yang akan dicapai dalam pendidikan muriddi sekolah, apa yang ditaksir dan kualiti yang harus adapada setiap murid.

c. Ibu bapa tahu apa yang telah dikuasai atau dicapai olehanak-anak mereka selepas melalui proses pendidikan untuksatu tempoh tertentu.

d. Pihak yang berkepentingan tahu matlamat kurikulum dankualiti murid yang melalui sistem pendidikan negara.

Jadual 1 Standard Prestasi dan TafsirannyaPERNYATAAN TAFSIRANBAND Satu label yang digunakan untuk menunjukkan tanda

aras tertentu yang disusun secara hierarkidigunakan bagi tujuan pelaporan tahap penguasaan

Page 5: ISU DAN CABARAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) DALAM KALANGAN GURU

murid

STANDARD

Satu penyataan tentang suatu domain merujukkepada tanda aras tertentu dan bersifat generikbagi memberi gambaran secara holistik tentangtahap penguasaan murid.

PERNYATAANSTANDARD

Pernyataan Standard bagi sesuatu mata pelajarandiguna pakai sepanjang tempoh peringkatpembelajaran (Sekolah rendah : Tahun 1 hinggaTahun 6 dan Sekolah menengah rendah : Tingkatan 1hingga Tingkatan 3) dan digubal berdasarkanObjektif Mata Pelajaran berkenaan.

DESKRIPTOR

Deskriptor merujuk kepada perkara yang muridseharusnya tahu dan boleh buat berdasarkanstandard pembelajaran yang diterakan dalamStandard Kurikulum bagi mata pelajaran berkenaan.Deskriptor setiap pernyataan standard adalahberbeza bagi setiap tahun pembelajaran

EVIDENS(Murid)

Pernyataan yang menerangkan bagaimana muridmenunjukkan perkara yang diketahui dan dikuasaiberdasarkan sesuatu deskriptor.

EVIDENS(Bahan)

Bahan atau apa-apa bentuk bukti yang dapatditunjukkan oleh murid yang melaksanakan sesuatutugasan dalam bentuk produk atau proses. Evidenboleh dalam bentuk produk atau proses sepertigambar foto, grafik, artifak dan laporan

INSTRUMEN

Alat yang digunakan untuk mengujipenguasaan/pencapaian murid bagi sesuatu domain seperti Ujian bertulis, Ujianlisan, Demonstrasi, Ujian amali, Pemerhatian,Kajian Lapangan dan sebagainya

b. Dokumen Standard Prestasi

Dokumen Standard Prestasi dibangunkan oleh Lembaga Peperiksaan(LP). Dokumen yang dibangunkan ini mengandungi panduan untukmentafsir pencapaian murid mengikut tahap-tahap pencapaianseperti yang dihasratkan dalam Dokumen Standard Kurikulum.

Page 6: ISU DAN CABARAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) DALAM KALANGAN GURU

Dokumen Standard Kurikulum dibangunkan oleh Bahagian PembangunanKurikulum yang mengandungi perkara-perkara yang patut dipelajaridan perlu disampaikan dalam proses PdP. Jadual 2 menunjukkancontoh Dokumen Standard Prestasi yang mengandungi pernyataandeskriptor dan eviden bagi mata pelajaran Sains tingkatan Satu.

Jadual 2 Dokumen Standard Prestasi

BAND PERNYATAAN STANDARD DESKIPTOR EVIDENS

1Tahu

B1Mengetahui konsepdan prinsip asassains

B1D1Menyatakan kerjayadalam sains

B1D2Mengenal pasti selsebagai unit asaskehidupan

B1D3Menyatakan tentangbenda-benda disekeliling

B1D1E1Menyenaraikan kerjayadalam bidang sains

B1D2E1Menyatakan sel sebagaiunit asas kehidupan

B1D2E2Menyenaraikan pelbagaijenis sel manusia

B1D3E1Menyenaraikan benda-benda yang mempunyaiisim dan memenuhiruang.

AMALAN DALAM PENTAKSIRAN SEKOLAH

Guru merupakan pihak utama yang bertanggungjawab dalampentaksiran pengajaran dan pembelajaran pelajar, oleh itu kualitipentaksiran bilik darjah yang diamalkan oleh guru amat diberiperhatian. Tujuan utama pentaksiran dalam bilik darjah adalahuntuk mendapat maklumat tentang kemajuan dan pencapaian seseorangpelajar (McMillan, 2008). Pentaksiran dalam bilik darjahmerangkumi aktiviti-aktiviti seperti pembentukan ujian bertulisdan pentaksiran prestasi (performance assessment), penggredan,mentafsir skor peperiksaan, memberi maklum balas tentang hasilpentaksiran dan penggunaan hasil pentaksiran dalam membuat

Page 7: ISU DAN CABARAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) DALAM KALANGAN GURU

keputusan. Namun, guru seharusnya merancang sebelum pentaksirandilakukan supaya pentaksiran yang dilakukan lebih terancang dantelus. Guru memulakan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP)dengan melakukan perancangan berikut;

a. memilih tajuk dan merancang perkara yang akan diajar denganmemilih kandungan mata pelajaran yang terdapat dalam DokumenStandard Kurikulum (DSK).

b. tentukan kaedah pengajaran serta mengenal pasti kaedahpentaksiran seterusnya menyediakan bahan-bahan pengajaran

c. menyampaikan kandungan mata pelajaran kepada murid denganmenggunakan pelbagai strategi mengikut kreativiti guru

d. menaksir pemahaman murid tentang perkara yang diajar danmelaporkan tahap prestasi murid berdasarkan evidens yangdikemukakan oleh murid.

Guru melakukan pentaksiran dan sentiasa memastikan berlakupenjajaran strategi dan instrumen pentaksiran yang bersesuaiandengan perkara yang ditaksir. Pentaksiran boleh dilakukan secaratidak formal sebagai contoh menggunakan kaedah pemerhatian iaituguru menilai murid secara berterusan tentang apa yang merekatahu, faham dan boleh buat. Pelajar pula boleh memberikan evidenuntuk dinilai dalam bentuk proses, produk atau diri murid itu.Sekiranya pelajar telah mencapai standard yang ditetapkan, guruakan meneruskan PdP kandungan berikutnya dalam DSK. Sekiranyamurid tidak mencapai standard yang ditetapkan guru akan membuatsesi pemulihan untuk membimbing murid tersebut. Pemilihanstrategi pengajaran penting bagi membantu murid mendapatpengalaman pembelajaran yang sejajar dengan DSK. Rajah 2menunjukkan Carta alir penggunaan Standard Prestasi dalamPentaksiran Sekolah.

Guru pilih standard kurikulum yang akan diajar

MULA

Page 8: ISU DAN CABARAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) DALAM KALANGAN GURU

Guru pilih standard kurikulum yang akan diajarGuru rancang pengajaran, pembelajaran dan menyediakan kaedah pentaksiran

Pilih standard kurikulum yang baru dan laksanakan pengajaran, pembelajaran dan pentaksiran seterusnya

Belum mencapaitahap penguasaan

Telah mencapaiTahap penguasaan

Guru menilai prestasi murid, merekod dan melapor berdasarkan evidens

Guru melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dan pentaksiran

Pemulihan

MULA

Page 9: ISU DAN CABARAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) DALAM KALANGAN GURU

Rajah 2 Penggunaan Standard Prestasi dalam PentaksiranSekolah

PELAPORAN

Pelaporan ialah proses guru menentukan tahap penguasaan muriddalam mata pelajaran yang diajar berdasarkan deskriptor yangterdapat dalam DSP. Pelaporan boleh dilakukan secara formatif dansumatif.

a. Pelaporan Perkembangan Pembelajaran Murid melaporkanperkembangan murid dalam pembelajaran berdasarkanpentaksiran secara formatif (rujuk Rajah 4)

Rajah 3 Pelaporan Formatif

b. Pelaporan Pencapaian Murid melaporkan pencapaian murid dalampembelajaran berdasarkan pentaksiran secara sumatif (rujukRajah 4)

Page 10: ISU DAN CABARAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) DALAM KALANGAN GURU

Rajah 4 Pelaporan sumatif

ISU DAN CABARAN PBS DALAM KALANGAN GURU

Ketidakyakinan guru dalam pentaksiran

Walaupun guru-guru telah mengikuti kursus tetapi mereka tetapmerasa kurang yakin dalam menaksir murid. Kekuranganpengetahuan, kemahiran dan sumber material menambahkan lagiketidakyakinan mereka dalam pentaksiran. Hal ini pernahdiutarakan oleh Raden (2008) di mana guru mengimpikan latihanyang profesional dalam pentaksiran bagi mendapatkan pengetahuandan kemahiran pentaksiran agar mereka boleh melaksanakan PBSdengan jayanya. Guru-guru mahu dibekalkan dengan sumber materialseperti Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid (PPPM), ManualPentaksiran, contoh instrumen, contoh pemarkahan dan sebagainya.Latihan dan bengkel ini sangat penting untuk memberi kemahirandan keyakinan kepada guru untuk merangka bentuk dan pelaksanaan

Page 11: ISU DAN CABARAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) DALAM KALANGAN GURU

PBS. Sebahagian ibu bapa juga mempertikaikan cara setiap gurumata pelajaran membuat pentaksiran. Di sebabkan sikap campurtangan ibu bapa yang hanya menuding jari, menambahkan lagiketidakyakinan guru dalam membuat pentaksiran.

Kajian soal selidik LP yang dijalankan mengenai kesediaan gurumelaksanakan PBS secara dalam talian (online) pada September 2012mendapati guru kurang memahami mengenai cara melaksanakanpentaksiran seiring dengan proses pengajaran dan pembelajaran(pentaksiran formatif). Hal ini adalah kerana, kesukaran gurumembina instrumen pentaksiran yang pelbagai bentuk kerana masihterikat dengan fahaman dan kebiasaan menilai pencapaian muridmenggunakan ujian berbentuk kertas dan pensel.

Ketidaksungguhan guru dalam Pentaksiran

PBS berperanan menguji dan menilai prestasi murid dari semua segisecara keseluruhan. Pentaksiran merangkumi prestasi akademik,kokurikulum dan sahsiah sepanjang murid menjalani proses PdP.Guru yang bertanggungjawab dan berperanan menjalankan proses PBSini perlu mengikuti semua langkah dan prosedur pentaksiran.Namun begitu, ketidaksungguhan guru dalam menaksir akanmenjejaskan seluruh sistem pentaksiran. Kualiti pentaksiran bolehdipertikaikan oleh semua pihak jika guru mengambil sikap acuhtidak acuh semasa menaksir pelajar. Sekiranya perkara iniberlaku, di bimbangi berlaku ketidakadilan, ketelusan dankeseragaman dalam membuat pentaksiran terhadap murid, sedangkanamalan ini merupakan salah satu elemen yang penting dalammenentukan murid mendapat gred yang menepati apa yang diusahakandan diperoleh sepanjang PdP. Perkara ini berlaku kerana kurangpemantauan dari pihak atasan. Perkara ini telah dibincangkandalam kajian Tan Ai Mei (2010) di mana kurang pemantauan akanmenjadikan guru tidak bersungguh dan leka dalam melakukanpentaksiran. Oleh itu guru perlu dipantau dengan menggunakan satupiawai atau standard pentaksiran yang sah dan sesuai digunakanterhadap murid. Manakala kajian Chan (2009) mendapati 25% gurumengatakan tiada pemantauan dari pihak pentadbir dan tiada

Page 12: ISU DAN CABARAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) DALAM KALANGAN GURU

kerjasama dengan guru senior dan pihak pentadbir juga takhiraukan pelaksanaan PBS mereka hanya mahukan keputusan sahaja.Perkara ini berlaku juga disebabkan pemarkahan yang telahditetapkan oleh pihak sekolah menyebabkan guru menaksir sambillewa. Tidak bersungguh-sungguh kerana rasa tidak puas hatimenyebabkan pemarkahan tidak telus

Amalan Birokrasi Dalam Pentaksiran

Hasil temu bual Tan Ai Mei (2010) dalam kajian beliau dengan guruPBS, mengatakan bahawa guru diminta secara am memberi gred yangbaik kepada pelajar. Arahan ini secara tidak langsung mendorongpengurusan PBS ke arah sekadar mengisi keperluan markah, khasnyadalam memberi gred yang baik kepada pelajar. Perkara ini berlakudisebabkan pemantauan dari pihak atasan hanya untuk melihat‘hitam putih’. Penyataan ini turut disokong dalam kajian Tan AiMei yang mendapati bahawa pihak Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)mahupun Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) ada membuat pemantauantetapi hanya secara bertulis iaitu memeriksa laporan-laporan yangtelah pun difailkan. Menurut Tan lagi pemantauan secara amaliatau semasa proses pelaksanaan PBS kurang dilakukan di sekolah-sekolah. Pemantauan secara amali ini penting bagi melihat sendiripelaksanaan PBS oleh guru-guru dan mengkaji di mana cacatcelanya. Ini kerana jadual pemantauan telah pun disediakan diawal tahun lagi namun pelaksanaannya tidak mengikut seperti manayang dijadualkan. Menurut Tan lagi, pemantauan pelaksanaan PBSoleh pihak LP dan JPN yang sekadar berfokuskan kepada laporanpenulisan telah banyak mewujudkan isu mengenai akauntabilitipenilaian berkenaan. Antaranya meliputi isu perbuatan penipuantermasuk pembentukan sikap murid yang tidak serius terhadapprojek dan kerja lisan yang dijalankan. Ini berlaku keranapemantauan yang tidak dijalankan pada tahap amali, atau punpenekanan tidak diberi oleh pentaksir terhadap pemantauan padaperingkat proses.

Permasalahan Guru Sepanjang Melaksanakan PBS

Page 13: ISU DAN CABARAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) DALAM KALANGAN GURU

Sepanjang melaksanakan PBS banyak keluhan guru diluahkan melaluimedia cetak mahu pun media sosial. Pernyataan ini bertambah kuatapabila kajian secara ‘online’ yang dijalankan oleh KPM untukmelihat persetujuan guru dalam pelaksanaan PBS mendapati hampir75% guru setuju ia dihapuskan. Ini juga terbukti lagi apabilawujud laman di‘facebook’ yang ingin memansuhkan PBS. Ia disokongoleh lebih 70 ribu orang guru(https://www.facebook.com/KamiMahuSPPBSDimansuhkan). Tambahanpula pihak KPM telah memberhentikan pelaksanaannya buat seketikapada bulan Februari 2013 bagi mengkaji semula semua rungutan gurutentang pelaksanaan PBS yang dikatakan agak terburu-buru. Berikutadalah permasalahan yang dihadapi oleh guru sepanjangmelaksanakan PBS:

Bebanan guru yang bertambah

Baru-baru ini Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) membuatkan guruyang mengajar tingkatan tiga lebih terkesan dengan bebanan kerja.Ini adalah kerana mereka perlu mengajar, menaksir dan memberiskor kepada pelajar. Sebelum ini Penilaian Menengah Rendah (PMR)yang dijalankan guru hanya mengajar dan guru luar terlibat dalampenandaan kertas jawapan dan memberi markah kepada pelajar.Bebanan semakin bertambah apabila guru memegang jawatan-jawatanpenting di sekolah yang memaksa guru keluar sekolah untukberkursus atau terpaksa memberi tumpuan lebih untuk menjalankantugasan-tugasan penting. Secara tidak langsung, guru tertinggalbanyak masa untuk mengajar dan mentaksir pelajar. Acara atauaktiviti di sekolah juga sedikit sebanyak mengganggu sesi PdPguru dalam melaksanakan PBS.

CADANGAN PENGUKUHAN PELAKSANAAN PBS DALAM KALANGAN GURU

PERBANYAKAN LATIHAN DAN BENGKEL DALAM PENTAKSIRAN

Page 14: ISU DAN CABARAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) DALAM KALANGAN GURU

Ilmu pentaksiran sangat penting kepada seseorang guru bagimelaksanakan pentaksiran yang telus. Dengan ilmu ini pentaksiranguru akan mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi.Kajian Stiggins (2005) juga mendapati tidak ramai guru yangbetul‐betul bersedia dalam melakukan pentaksiran bilik darjahkerana mereka tidak berpeluang untuk mempelajari teknik‐teknikdan amalan pentaksiran yang betul. Selama ini wakil setiapsekolah akan dihantar untuk mendapatkan ilmu tersebut dan akanmenyampaikan semula kepada guru-guru sama ada secara formal atautidak formal. Kesannya, maklumat yang disampai mungkin bukansepenuhnya atau mungkin berlaku kesilapan penyampaian maklumat.Dengan dapatan kajian Tan (2010) yang mendapati guru kurang yakinmelaksanakan PBS disebabkan kurang pengetahuan dan kemahiran,maka pihak JPN harus turun ke sekolah-sekolah secara berperingkatuntuk memberi pendedahan yang secukupnya. Guru boleh bersoaljawab dan berkongsi masalah yang dihadapi serta mendapat maklumbalas serta-merta. Penyampaian ilmu ini mungkin boleh dibuat duakali setahun memandangkan masalah akan timbul setelah melaluiproses pelaksanaan. Maka proses pentaksiran akan berjalan denganlancar apabila semua permasalahan telah dapat diselesaikan,walaupun secara perlahan-lahan.

PEMANTAUAN YANG KONSISTEN DAN BERMATLAMAT

Pihak JPN/PPD mahu pun pentadbir sekolah seharusnya memantausemasa proses pentaksiran berlaku dan bukan memantau guru-gurudari segi lisan yang bertulis. Ini adalah kerana laporan bertulismungkin boleh direka dan bukan dalam keadaan sebenar. Makasebaiknya pemantauan perlu dilihat sendiri oleh pegawai yangbertanggungjawab sejauh mana pelaksanaannya. Ia juga bergunauntuk mengesan masalah yang dihadapi oleh guru semasa prosespentaksiran berlaku. Dengan itu penambahbaikan boleh segeradibuat bagi mengatasi segala permasalahan yang ditanggung olehguru. Kekerapan pemantauan juga boleh menjamin kualiti sesuatupentaksiran. Ini adalah kerana guru-guru perlu sentiasa bersediadengan proses sebelum, semasa dan selepas pentaksiran. Kajiansecara online yang dibuat oleh LP pada September 2012, mendapati90% guru tahun 1, 2 dan 3 serta 83% guru tingkatan 1, tidak jelas

Page 15: ISU DAN CABARAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) DALAM KALANGAN GURU

tentang konsep pentaksiran. Guru-guru ini menyatakan pentaksirandilakukan selepas pengajaran sedangkan pentaksiran bolehdilakukan semasa proses pengajaran dan pembelajaran (Stiggins2005). Maka dengan adanya pemantauan, masalah sebegini bolehdikesan dan tunjuk ajar boleh diberikan secara langsung.

KURANGKAN GANGGUAN DALAM PENTAKSIRAN

Program sekolah harus dikurangkan supaya tiada gangguan semasapentaksiran dijalankan. Pihak pentadbir perlu memberi kerjasamadengan tidak terlalu membebankan guru dengan tugasan yang bukanmelibatkan pengajaran dan pembelajaran. Ini adalah kerana guruperlu lebih masa untuk yang melibatkan aktiviti pentaksiran dimana guru perlu merancang dengan teliti dan menepati objektifpengajaran yang telah ditetapkan di awal pengajaran danpembelajaran. Program sekolah yang kerap diadakan di waktupersekolahan sedikit sebanyak mengganggu perancangan guru dalammelaksanakan pentaksiran. Kalau dilihat rasional kepada perlunyapelaksanaan PBS adalah (King & Brathwaite, 1991): i. ia menaksir sesuatu objektif yang tidak dapat ditaksirmelalui ujian bertulis biasa.ii. ia memberi peluang kepada pelajar untuk menunjukkankebolehan atau kemahiran yang

mereka kuasai.

Maka dengan ini perlunya guru dan pelajar beri penumpuan penuhkepada aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk memastikankualiti pentaksiran mencapai piawaian yang ditetapkan.

RUMUSAN

Guru yang melaksanakan PBS seharusnya diberi pengetahuan dalampentaksiran supaya keseragaman dan kejituan dalam memberi skor.Pihak sekolah perlu mengurangkan aktiviti-aktiviti yangmengganggu guru dalam PdP. Pihak atasan juga perlu memantau dansentiasa memberi penekanan dalam aktiviti pentaksiran. Pelajar

Page 16: ISU DAN CABARAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) DALAM KALANGAN GURU

dan ibu bapa perlu diberi pendedahan tentang kepentingan PBSsupaya memudahkan guru bekerjasama dengan mereka.

BIBLIOGRAFI

Page 17: ISU DAN CABARAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) DALAM KALANGAN GURU

Chan Yuen Fook 2003. Pendektan Penilaian:satu tinjauan dari aspekkesesuaiannya dalam penilaian program latihan. Jurnal Pengurusan danKepimpinan Pendidikan Institut Aminudin Baki 13(1): 65-81

Chan Yuen Fook, Gurnam kaur Sidhu, Md Rizal Bin Md Yunus 2009.School-based Assessment. Enhancing Knowledge and best Practices.University Publication Centre UTM Shah Alam.

J. Braithwaite, 1991 The Criminal Class and the Making and Breaking ofAustralia, Australian and New Zealand Journal of Criminology, 24, ,99-104.

Lembaga peperiksaan 2012 . http://www.moe.gov.my/lp

Lembaga Peperiksaan 2012. Panduan Pengurusan PentaksiranBerasaskan Sekolah

Lembaga Peperiksaan 2013. Buku Informasi PBS

Mc Millen, M.D., Robert L. L. dan Norman E.G. 2000. Measurement andassessment in teaching (Fifth Edition). Pearson International Edition,Upper Saddle River, New Jersey

Radin Mohd Shamsul Zahri 2008. Penilaian Program Pentaksiran Kerja KursusBerasaskan Sekolah. Teknologi Kejuteraan SPM. Tesis Sarjana. UKMBangi.

Stiggins, R.J. Schafer & Hills 2005. Assessment Literacy, Phi DelKappan (atas talian) assess. Htlm.at www.oise.on ca (20September 2008)

Tan Ai Mei 2010 Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) di Malaysia. KesediaanGuru, Isu dan Panduan Pelaksanaan. Gerak Budaya Enterprise, KualaLumpur. Tesis Doktor Falsafah. Universiti KebangsaanMalaysia, Bangi

Page 18: ISU DAN CABARAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) DALAM KALANGAN GURU

BIODATA DAN ALAMAT PENULIS

Noorzeliana IDRIS merupakan seorang pemegang biasiswa PhDKementerian Pendidikan Malaysia yang sedang mengikutiFalsafah Kedoktoran dalam bidang Penilaian Pendidikan diFakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia, UniversitiPendidikan Sultan Idris, Malaysia. Beliau merupakan guruMatematik yang berpengalaman selama 16 tahun di sekolahrendah dan menengah sebelum mengikuti PhD. Beliau jugamemiliki Sijil Perguruan Asas (Sains & Matematik) diMaktab Perguruan Perempuan Melayu Melaka, Ijazah SarjanaMuda Pendidikan Matematik di Universiti Pendidikan SultanIdris, dan Ijazah Sarjana Pendidikan Matematik diUniversiti Kebangsaan Malaysia.

Noorzeliana IDRIS Fakulti Pendidikan dan Pembangunan ManusiaUniversiti Pendidikan Sultan Idris Tanjung Malim, 35900 Perak Malaysia

E-mail : [email protected]

Page 19: ISU DAN CABARAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) DALAM KALANGAN GURU

Norazilawati ABDULLAH merupakan pensyarah kanan di FakultiPendidikan dan PembangunanManusia, Jabatan PengajianPendidikan Universiti Pendidikan Sultan Idris,Malaysia. Beliauadalah seorang guru sebelum berkhidmatsebagai pensyarah di Universiti PendidikanSultanIdris, Perak. Pendidikannya sebagai pelajarSarjanamuda Sains Dengan Pendidikan iaituPendidikan(Sains) adalah di Universiti KebangsaanMalaysia(2002), peringkat Sarjana- Pendidikan (Sains)Universiti Kebangsaan Malaysia(2005) dan DoktorFalsafah (Ph.D) -Pendidikan (Sains) UniversitiKebangsaan Malaysia(2010). Kajian-kajian beliau banyakdibentangkan di peringkat kebangsaan dan antarabangsasehingga mendapat beberapa anugerah antaranya TokohPerkhidmatan Cemerlang dan Pingat Perkhidmatan Am,KESATUAN WAWASAN NUSANTARA, 2013.

Norazilawati ABDULLAH Universiti Pendidikan Sultan Idris Fakulti Pendidikan dan Pembangunan ManusiaTanjung Malim 35900 Perak MALAYSIA E. Mail: [email protected]

Page 20: ISU DAN CABARAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) DALAM KALANGAN GURU

Saniah SEMBAK merupakan pelajar PhD secara sambilandan berkhidmat sebagai guru di sekolah menengah diMelaka. Beliau adalah pelajar di Fakulti Pendidikan danPembangunan Manusia, Universiti Pendidikan SultanIdris, Malaysia dalam bidang Pengajian Kurikulum.Beliau telah berkhidmat sebagai seorang guru selama 16tahun dan telah menamatkan Sarjana Muda Pendidikan Sains(Biologi) di Universiti Pendidikan Sultan Idris padatahun 2004 serta Sarjana Pendidikan Sains 2011di UniversitiKebangsaan Malaysia.

Saniah SEMBAK Universiti Pendidikan Sultan Idris Fakulti Pendidikan dan Pembangunan ManusiaTanjung Malim 35900 Perak MALAYSIA E. Mail: [email protected]