-
ZULKAEDAH - ZULHIJJAH 1437H | OGOS - SEPTEMBER 2016 1
Tahun Ke-26 | ISSN 1311-6891 | ZULKAEDAH/ZULHIJJAH 1437H |
OGOS/SEPTEMBER 2016 | EDARAN PERCUMA | Bil 176
MS/4
Usaha Kerajaan Negeri Beri Peluang Pekerjaan
KERAJAAN NEGERI SARAN KIBAR JALUR GEMILANG
MENARIKDI DALAM
KOTA BHARU- Kerajaan negeri menyeru masyarakat supaya
mengibarkan bendera kebangsaan sepanjang bulan ini bagi menunjukkan
salah satu cara bersyukur menjadi rakyat yang merdeka.
bersambung di muka 5
Datin Bentara Setia Penerus Perjuangan TGNA
MS/7
-
ZULKAEDAH - ZULHIJJAH 1437H | OGOS - SEPTEMBER 2016 ZULKAEDAH -
ZULHIJJAH 1437H | OGOS - SEPTEMBER 20162 3Sidang Redaksi
PENAUNGYB DATO HJ MOHD NASSURUDDINB. HJ. DAUDPengerusi
Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan
Seranta
PENASIHATMD ASHARI MAMATPengarah Urusetia PeneranganKerajaan
Negeri Kelantan
PENYELARASABD. RAHIM MUHAMMADPengarah Penerbitan dan
Dokumentasi
SUSUN ATURAHMAD KARIEMULLAH SAIPUL BAHRIN
WARTAWANNIK AZMAN NIK [email protected]
CHE MAZIAH BINTI [email protected]
JURUFOTOMOHD ASRI HAMATABDUL AZIZ BIN
[email protected] KOMUNIKASI MENTERI BESAR (UKMB)
PEGAWAI PENYELIDIKNAZIRATUL AINI BT MOHD
[email protected]
PENGEDARUNIT EDARAN UPKN
PERCETAKANUNIPRESSLot 140, Jalan Pencawang TNB Lundang,Off Jln
Sultan Yahya Petra,15150 Kota Bharu, Kelantan.Tel: 09 743 4924Faks:
09 743 4925Email: [email protected]
ALAMAT SURAT MENYURATURUSETIA PENERANGAN KERAJAANNEGERI
KELANTANPejabat Setiausaha KerajaanTingkat Atas, Blok 7 Kompleks
Kota Darulnaim15503 Kota Bharu Bandar Raya Islam,Kelantan
DarulnaimTel 09-7483529(DL), 09-7481957 samb, 7810Faks:
09-7433529
KEBERKATAN | KEMAKMURAN | KEBAJIKAN
Merakyatkan Membangun Bersama Islam
Website: [email protected] (Berita
Adun)www.facebook.com/upknkelantan(sila email untuk sebarang
pertanyaan)
Pena Pengarah
Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, kenangilah nikmat
Allah yang telah dikurniakan-Nya kepada kamu ketika kaum musyrikin
yang memusuhi kamu menghulurkan tangan untuk menyerang kamu, lalu
Allah menahan tangan mereka daripada menyerang kamu. Oleh itu,
bertakwalah kamu kepada Allah; dan kepada Allah jualah orang-orang
yang beriman berserah diri. (Al-Maidah: 11)
1) Sejarah telah membuktikan kepada kita bahawa disaat perutusan
Nabi Muhammad S.A.W, umat manusia berada dalam kegelapan dan
kejahilan. Mereka menjadi hamba
kepada hawa nafsu dan sesat dalam mencari hala tuju
kehidupan.
2) Golongan yang kuat bermaharajalela merebut kuasa dan merampas
takhta. Golongan bijak pandai meracuni minda menyebarkan fahaman
khurafat. Golongan yang lemah terus dijajah sementara kezaliman
terus mencengkam masyarakat.
3) Rasulullah S.A.W. memainkan peranan memerdekakan masyarakat
Arab dan manusia umumnya daripada segala bentuk penjajahan. Hasil
usaha Baginda S.A.W. berjuang membebaskan tanah air daripada
penjajahan thaghut, maka Allah telah kurniakan dengan suatu
pembukaan dan kemenangan yang besar di Kota Mekah.
4) Sementara di zaman kepesatan teknologi maklumat pada hari
ini, penjajahan datang dalam pelbagai versi tidak sama seperti
dahulu, penjajah datang dengan kapal perang dan senjata. Sekarang
mereka menyelinap masuk menerusi senjata media baru. Arus
globalisasi dan dunia tanpa sempadan kini, adalah lebih mudah untuk
mereka yang tidak bertanggungjawab mempengaruhi dan mengawal kuasa
politik, ekonomi dan sistem sosial umat Islam.
5) Oleh kerana itu, umat Islam perlu kembali merujuk kepada
Al-Quran dan Al-Sunnah sebagai panduan hidup bermasyarakat dan
bernegara supaya zaman jahiliah dan kuasa penjajah tidak mudah
bertapak dalam dunia umat Islam.
6) Mengambil semangat Sambutan Hari Kebangsaan pada tahun ini,
marilah
kita jalinkan hubungan yang harmoni sesama kaum di negeri dan
negara kita dengan saling hormat-menghormati antara satu sama lain.
Walaupun pegangan agama dan adat resam yang berlainan, namun ia
tidak bererti kita menjadikan perbezaan tersebut sebagai asas
permusuhan sesama kaum.
7) Alhamdulillah, di Negeri Kelantan Darulnaim, semangat
toleransi dan bergandingan bahu antara kaum Cina, Siam, India dan
Melayu sentiasa dipupuk dalam semua agenda pembangunan masyarakat
dan negeri. Kita tidak mahu rakyat terjajah dengan sebab permusuhan
sesama sendiri akan tetapi kita berusaha mewujudkan sebuah
kemerdekaan yang hakiki demi mencapai negeri yang disifatkan Allah
sebagai;
Negeri Yang Sejahtera Dan Tuhan Yang Mengampuni
Masyarakatnya.
USTAZ DATO HAJI AHMAD BIN YAKOB Menteri Besar Kelantan26
Zulkaedah 1437/29 Ogos 2016
Firman Allah S.W.T
PERUTUSAN YAB MENTERI BESAR KELANTAN SEMPENA SAMBUTAN HARI
KEBANGSAAN 2016
.
Setiap kali bencana banjir melanda Negeri Tanah Serendah Sekebun
Bunga bumi Kelantan Serambi Mekah maka terpampanglah laporan di
muka depan akhbar dan media arus perdana sebagai tajuk utama berita
kegagalan pimpinan kerajaan negeri ini mentadbir.
Sebuah akhbar arus perdana pada hari negara menyambut Hari
Kemerdekaan ke- 59, Rabu 31 Ogos 2016 baru-baru ini di muka surat
12 dan 13 nya (bukan di muka depan, bukan juga menjadi tajuk utama)
terlapor bahawa Kota Raya Kuala Lumpur mengalami banjir kilat
sekali lagi dalam tempoh sebulan. Namun ini bukanlah merupakan
kegagalan pentadbiran sebuah kerajaan, tapi disebut sebagai sistem
perparitannya tidak diselanggara dengan baik, dipenuhi dengan
sampah sarap hingga mengganggu aliran air yang meyebabkan banjir
kilat di situ.
Ia disebabkan hujan lebat yang bermula dari jam 7.30 pagi yang
menyebabkan laluan di bandaraya itu dinaiki air setinggi 0.3m
hingga 0.6m. Puan Ketua Penerangan sebuah parti politik bagi salah
satu bahagian di Kuala Lumpur mengatakan Pihak Berkuasa Tempatan
perlu meningkatkan penguatkuasaan bagi memastikan banjir kilat di
kawasan terbabit diselesaikan.
Info banjir kilat mengikut Jabatan Meteorologi pula mengatakan
hujan lebat itu berpunca daripada fenomena cuaca yang dikenali
sebagai Garis Badai, iaitu sekumpulan barisan awan ribut petir yang
bergerak dari arah laut ke kawasan daratan. Katanya fenomena Garis
Badai ini berlaku sewaktu monsun Barat Daya yang sedang dialami
pada masa ini. Bagi menguatkan lagi alasan, kalau-kalau terberlaku
lagi banjir dalam tempuh bulan-bulan terdekat, Jabatan Meteorologi
membuat persediaan awal dengan mengatakan fenomena ini dijangka
berlarutan sehingga pertengahan September ini.
Banjir kilat ini berlaku akibat hujan lebat yang berlaku dalam
masa 2 jam. Akibatnya beberapa jalan di Bandaraya Kuala Lumpur
mengalami kesesakan teruk, dengan beratus-ratus kenderaan tidak
dapat bergerak disebabkan air melimpahi jalan.
Suasana yang sama telah dialami pada 22 Julai lalu, yang
mengakibatkan kesesakan sejauh beberapa kilometer di laluan yang
sama.
Keadaan ini bukan disebabkan oleh kegagalan para pentadbir atau
pimpinan politik atau sesiapa, tetapi disebabkan masalah perparitan
dan struktur jalan yang rendah, kerana hujan lebat selain dari
saliran perparitan yang sempit yang gagal menampung kapasiti air
yang banyak dan memburukkan keadaan. Ianya disebabkan sistem
saliran yang tidak efisien dipercayai menyebabkan punca air
tersekat hingga menyebabkan banjir berlaku di beberapa lokasi di
sana dan Pihak Berkuasa Tempatan perlu memastikan sisa binaan
daripada pemaju dan kontraktor diuruskan dengan baik sebagaimana
sepatutnya, bukan sebagaimana yang berlaku yang gagal mematuhi
syarat pembangunan
Siapa pun, bagi rakyat dan orang ramai yang membaca laporan
berita ini akan dengan mudah untuk tidak meletakkan kesalahan
kepada mana-mana pihak, organisasi atau individu tertentu, tetapi
ia adalah fenomena alam dan yang bersalah adalah sistem
infrastruktur yang tidak mampu menerima kedatangan air yang banyak
dalam tempoh masa yang singkat, Walaupun kejadian ini bukanlah
berlaku setiap puluhan tahun, malah hampir setiap kali hujan lebat
dan tidak di musim fenomena Garis Badai sebagaimana dilaporkan.
Bagaimanakah laporan akhbar arus perdana itu kiranya banjir
begitu berlaku di Negeri Kelantan berulang dalam masa sebulan
agaknya?. Dan tak berapa lama lagi lazimnya, di setiap penghujung
tahun, musim tengkujuh di daerah ini akan tiba lagi. Negeri-negeri
Pantai Timur, Kelantan khususnya akan sekali lagi menerima curahan
hujan yang berlebihan dari musim-musim biasa.
Tengoklah, kalau-kalau berlaku banjir, apakah ianya akibat
kitaran musim monsun, atau sekali lagi sebagaimana yang dilaporkan
sebelum ini. Yang pasti, setakat ini belum pernah terbaca laporan
yang megatakan antara penyebab banjir di Kelantan adalah kerana
fenomena Garis Badai......
Fenomena Garis Badai
RALATBaka Durian Kunyit sebagaimana di dalam Buletin keluaran
Bil.175 adalah
dari baka D197
-
ZULKAEDAH - ZULHIJJAH 1437H | OGOS - SEPTEMBER 2016 ZULKAEDAH -
ZULHIJJAH 1437H | OGOS - SEPTEMBER 20164 5
JELI : Usaha kerajaan negeri untuk memberi peluang pekerjaan
kepada penduduk kampung sekitar jajahan Jeli menjadi kenyataan
apabila Kilang Kelapa Sawit Tapis di Jerimbong Kuala Balah sudah
pun siap dibina. Kilang ini dibangunkan dengan kos
pembinaan bernilai RM44.66 juta di dalam kawasan seluas 54
hektar di Ladang Tapis Mukim Bunga Tanjong. Ianya dibina dengan
teknologi terkini yang dikenali dengan sistem Continuous
Sterilization dibina secara turnkey dengan pihak Modipalm
Engineering Sdn Bhd dan perunding oleh Allied Engineering Sdn
Bhd.
Perasmian kilang ini telah
disempurnakan oleh YAB Ustaz Dato Haji Ahmad Yakob, Menteri
Besar Kelantan. Kilang Sawit Tapis adalah sebuah projek terkini
kumpulan Perladangan PKINK Berhad (KPPB ) yang dimiliki oleh anak
syarikatnya iaitu Syarikat Ladang Sungai Terah Sdn Bhd.
Dengan adanya kilang ini, ia dapat memberi peluang pekerjaan
kepada penduduk setempat di mana seramai 43 orang pekerja dalam
pelbagai bidang telah pun diambil bertugas sehingga kini. Manakala
tambahan pekerja diperlukan dengan tambahan kapasiti secara
berperingkat dalam tempoh 2 tahun akan datang.
USAHA KERAJAAN NEGERI BERI PELUANG PEKERJAAN
Perasmian Kilang Sawit Tapis Pertama di Parlimen Jeli yang telah
disempurnakan oleh YAB Ustaz Dato Haji Ahmad Yakob, Menteri Besar
Kelantan.
Dengan adanya kilang ini, ia dapat memberi peluang pekerjaan
kepada penduduk setempat di mana seramai 43 orang pekerja dalam
pelbagai bidang telah pun diambil bertugas sehingga kini.
KOTA BHARU- Kerajaan negeri menyeru masyarakat supaya
mengibarkan bendera kebangsaan sepanjang bulan ini bagi menunjukkan
salah satu cara bersyukur menjadi rakyat yang merdeka.
Timbalan Menteri Besar Kelantan, Dato Haji Mohd Amar B. Haji Nik
Abdullah berkata, ia bukanlah satu perkara yang sukar untuk
dilakukan kerana ia tidak menuntut kepada pengorbanan
nyawa, wang ringgit dan masa. Saya yakin dengan adanya
sambutan kemerdekaan dan kempen kibar Jalur Gemilang kali ini
akan mencetuskan fenomena baru dalam menyemarakkan lagi semangat
perjuangan dan juga patriotisme yang tinggi di kalangan masyarakat
di negeri ini dan Malaysia secara amnya, katanya ketika berucap di
Majlis Kempen Kibar Jalur Gemilang.
Majlis tersebut dirasmikan oleh
YAB. Ustaz Dato Haji Ahmad B. Haji Yakob, Menteri Besar Kelantan
dan turut dihadiri oleh barisan Exco Kerajaan Negeri, Wakil-wakil
agensi dan jabatan-jabatan kerajaan.
Menurutnya lagi, perjuangan menyemai, memartabatkan dan
meningkatkan peri pengetahuan berkenaan dengan pentingnya semangat
patriotisme ini digambarkan melalui kasih sayang kepada bendera dan
ia perlu dipupuk sejak kecil lagi.
KERAJAAN NEGERI SARAN KIBAR JALUR GEMILANG
-
ZULKAEDAH - ZULHIJJAH 1437H | OGOS - SEPTEMBER 2016 ZULKAEDAH -
ZULHIJJAH 1437H | OGOS - SEPTEMBER 20166 7
PELAJAR KRABI DITAWAR BELAJAR DI KELANTAN
KOTA BHARU, Perasmian Sambutan Hari Sayyidatina Khadijah (HSK)
telah disempurnakan oleh YAB Ustaz Dato Menteri Besar Kelantan di
Dewan Bunga Emas, Hotel Perdana di sini. Dalam ucapan perasmian,
beliau menegaskan.
Secara khususnya, kita di Kelantan telah 26 tahun mentadbir
negeri ini dengan didikan dan dasar Membangun Bersama Islam. Saya
sekali lagi ingin tegaskan kepada kaum wanita sekalian agar
meneruskan tekad dan usaha di dalam mempertahankan Kepimpinan Ulama
di Negeri Kelantan, Negeri Serambi Mekah ini. Alhamdulillah,
tertegaknya
tiang seri Kerajaan Negeri yang diasaskan di atas dasar
Membangun Bersama Islam ini sebahagiannya disumbang oleh
pengundi-pengundi daripada kalangan wanita.
Persidangan Muslimah Kelantan Antarabangsa (MISK 2016) yang
julung kali diadakan turut berlangsung sempena Sambutan HSK
tersebut. Para pembentang dari luar negara turut di jemput bagi
menjayakan MISK 2016, antaranya Dr Houda Aouada, Wakil Muslimah
Kesatuan Ulama Sedunia, Qatar, Dr Rufaida Abdel Rahman Al-Habash,
Tokoh Muslimah Syiria dan beberapa yang lain.
Ucaptama dalam MISK 2016 bertajuk; Wanita Islam Kontemporari;
Cabaran Semasa Dan Amalan Terbaik telah disampaikan oleh Naib
Presiden Kesatuan Ulama Islam Sedunia, YB Dato Seri Tuan Guru Haji
Abdul Hadi Awang pada hari kedua Sambutan HSK.
Sempena Sambutan HSK tersebut, Kerajaan Negeri Kelantan telah
menganugerahkan Tokoh Siti Khadijah kepada Datin Bentara Setia
Hajah Tuan Sabariah Tuan Ishak. Manakala anugerah Tokoh Wanita
Kelantan Antarabangsa disandang oleh Prof. Emeritus Datuk Dr Nik
Safiah Karim.
KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan menawarkan tempat di sekolah
Yayasan Islam Kelantan (YIK) kepada pelajar muslim di Krabi tanpa
dikenakan yuran. YB. Dato Haji Mohd Amar Nik Abdullah, Timbalan
Menteri Besar Kelantan berkata, kerajaan negeri menawarkan kepada
mereka belajar di sekolah-sekolah agama di Kelantan. Katanya,
mereka dikecualikan bayaran yuran kecuali keperluan sara hidup
sepanjang belajar di sini.
Kita kemukakan tawaran itu ketika kunjungan hormat ke Majlis
Agama Islam Krabi dalam lawatan sambil belajar baru-baru ini,
katanya di sini. Jawatankuasa Hal Ehwal Tanah (JHET) Negeri
Kelantan baru-baru ini mengadakan seminar pengurusan tanah di
Krabi, Thailand di samping menganjurkan lawatan sambil belajar.
Pada lawatan tiga hari itu rombongan kerajaan Kelantan yang
diketuai Timbalan Menteri Besar turut mengunjungi Pejabat Gabenor
Krabi dan melawat pusat pemulihan dadah secara Islam. Krabi sebuah
wilayah terletak di pinggir pantai Laut Andaman, selatan Thailand.
Lebih 50 peratus daripada 400,000 penduduknya beragama Islam.
Di Krabi juga ada Jawatankuasa Islam Krabi. Di Thailand
terdapat
sembilan jawatankuasa atau Majlis Agama Islam. Mohd Amar
berkata, kerajaan Kelantan menawarkan tempat di sekolah menengah
agama YIK sebelum dilanjutkan ke pusat pengajian lebih tinggi.
Kita juga mengundang Majlis Agama Islam Krabi melawat Kelantan
bagi merapatkan lagi hubungan sedia terjalin, ujarnya. Pada
kunjungan itu juga rombongan kerajaan Kelantan melawat pusat
pemulihan dadah secara Islam di sebuah pulau di Krabi yang
mempunyai seramai 1,300 pelatih.
Mereka tawarkan kaedah itu untuk digunakan di Kelantan. Kita
boleh perkasakan lagi Baitul Taubah di Pasir Puteh, katanya.
Ditanya lawatan itu dengan kapasiti 130 peserta boleh
membebankan kewangan kerajaan, kata Mohd
Amar, lawatan sambil belajar dan seminar itu hanya membabitkan
kos kira-kira RM60,000.
Katanya, kos tersebut hampir serupa dengan apa yang dibelanja
ketika seminar dan lawatan sambil belajar diadakan di Pulau Pinang
dan Selangor sebelum ini. Menurutnya perancangan membuat lawatan
dan seminar di Krabi dipersetujui ketika seminar diadakan di Pulau
Pinang.
Kita rancang buat lawatan ke Krabi pada 2014. Bagaimanapun pada
akhir 2014 berlaku banjir besar. Jadi kita tumpu menyelesaikan
masalah banjir terlebih dahulu.
Lagi pun JHET ada bajet khusus bagi tujuan itu bagi mencari
pengalaman baru di negeri-negeri lain, ujarnya
DATIN BENTARA SETIA PENERUS PERJUANGAN ARWAH TGNA
-
ZULKAEDAH - ZULHIJJAH 1437H | OGOS - SEPTEMBER 2016 ZULKAEDAH -
ZULHIJJAH 1437H | OGOS - SEPTEMBER 20168 9
KOTA BHARU Mewujudkan persefahaman dan kesepakatan strategik
yang boleh dimanfaatkan oleh kedua-dua sektor iaitu sektor kerajaan
dan sektor swasta merupakan matlamat penting kerajaan.
Demikian menurut Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato Haji
Adnan Hussin sewaktu berucap mewakili Dato Setiausaha Kerajaan
Negeri pada Majlis Perasmian Penutup Dialog Sektor Perhutanan
Bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sebuah
hotel terkemuka dekat sini baru lalu.
Katanya, komitmen yang tinggi semua pihak dalam usaha untuk
memberikan kesedaran kepada semua peringkat mengenai kepentingan
pencegahan rasuah yang secara tidak langsung dapat mengurangkan
ketirisan dan meningkatkan hasil melalui majlis seumpama ini telah
pun beberapa kali diadakan di peringkat jabatan kerajaan.
Majlis dialog yang bertemakan Cegah Rasuah Dan Ketirisan :
Tingkat Hasil itu membabitkan pegawai-pegawai SPRM dan
pegawai-pegawai serta kakitangan Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan
diadakan bersama dengan pengusaha-pengusaha perkayuan Negeri
Kelantan.
Pada tahun 2016 ini bajet Negeri Kelantan telah mensasarkan
anggaran hasil sebanyak RM593.8 juta yang mana 53 peratus
daripadanya adalah datangnya daripada hasil hutan dan hasil tanah.
Manakala selebihnya pula adalah daripada hasil perlombongan, hasil
air, pelaburan, rumah awam kos rendah dan terimaan daripada agensi
kerajaan serta terimaan-terimaan lain.
Walau bagaimanapun alangkah malangnya sekiranya kita tidak dapat
mengutip hasil sebagaimana yang kita harapkan disebabkan oleh
berlakunya ketirisan, katanya.
Tambahnya, betapa pentingnya
menjaga ketirisan hasil daripada berlaku, kerana ini sahajalah
satu-satunya punca-punca utama yang kita ada yang dapat kita
gunakan untuk pembangunan Negeri Kelantan dan pentadbiran
kerajaan.
Oleh itu saya menyerulah kepada semua pengusaha-pengusaha
perkayuan agar dapat memberikan komitmen dan kerja sama yang
sepenuhnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia serta
agensi-agensi dan jabatan-jabatan di bawah kerajaan Negeri Kelantan
supaya ketirisan yang tidak kita ingin ini dapat kita kurangkan
atau sebaik-baiknya kita jadikan ianya sebagai ketirisan sifar.
Program yang kita adakan pada hari ini adalah merupakan satu
platform yang terbaik untuk kita rapatkan lagi hubungan baik di
antara pegawai-pegawai kerajaan Negeri Kelantan dengan pihak
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia serta pengusaha perkayuan.
Pada saya melalui hubungan rapat ini kita dapat memupuk kesedaran
untuk mencegah rasuah dan melaporkan rasuah sebagaimana yang
dikehendaki di bawah seksyen 25 akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia 2009, katanya.
Katanya lagi, jika kita tidak membiasakan diri dengan pejabat
SPRM atau pegawai-pegawai SPRM, hubungan itu menjadi jauh dan
semangat untuk melaporkan apa-apa kejadian rasuah itu
lama-kelamaan akan menjadi pudar. Secara tidak langsung sokongan
kita terhadap usaha untuk menjauhi perbuatan rasuah akan tinggal di
atas kertas sahaja.
Dari segi istilah orang kebanyakan perbuatan rasuah itu adalah
merupakan perbuatan dua hala. Ada pemberi dan ada penerima.
Sekiranya kita dapati adanya perbuatan itu, maka saya amat menyeru
supaya peserta-peserta yang ada di hadapan kita ini supaya jangan
ragu-ragu untuk melaporkan kepada barisan pegawai SPRM dan
perhutanan yang ada bersama-sama kita pada hari ini.
Dengan berlangsung majlis dialog di antara Pengarah Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia dan Pengarah Perhutanan Negeri Kelantan,
saya percaya ketiga-tiga pihak iaitu SPRM, pejabat perhutanan dan
peserta-peserta telah mendapat manfaat yang baik dari dialog ini.
Saya sukacita menyeru agar masing-masing hendaklah sentiasa
meningkatkan inisiatif dan usaha-usaha dalam membendung kejadian
rasuah ini daripada berlaku, katanya.
Turut serta dalam majlis tersebut ialah Pengarah Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia Negeri Kelantan, Dato Moh Samsudin Yusof
dan Pengarah Perhutanan Negeri Kelantan, Haji Zahari Ibrahim.
Majlis Perasmian Penutup Dialog Sektor Perhutanan Bersama
SPRM
KOTA BHARU - Expo Tani Negeri Kelantan 2016 telah diadakan di
Padang Hoki, Kompleks Padang Perdana 3 hingga 7 Ogos yang lalu.
Majlis telah dirasmikan oleh YAB Ustaz Dato Hj. Ahmad Yakob,
Menteri Besar Kelantan dan ucapan penutup oleh YB Dato Hj. Che
Abdullah Mat Nawi Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas
Tani, Bioteknologi dan Teknologi Hijau Negeri Kelantan.
Antara pimpinan yang hadir pada majlis penutup adalah YBhg.
Datin Hjh. Siti Zabedah Abdul Hamid isteri Menteri Besar Kelantan,
YM Dato Dr Tg. Mohamed Faziharudean Tg. Fiessal (Tengku Kaya
Perkasa), Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan)
merangkap Pengarah Unit Pembangunan Ekonomi Negeri (UPEN), YB Hj.
Ab Azizz Kadir, YB Dato Hj. Hassan Mahmood, YB Ust Abd. Rahman
Yunus, wakil daripada Jabatan Pertanian, FAMA, MARDI, Jabatan
Perhutanan, pelbagai agensi kerajaan negeri dan persekutuan serta
NGO-NGO.
Turut hadir juga adalah pempamer dari UPEN Pulau Pinang beserta
8
pengusaha dari negeri tersebut dan tetamu istimewa dari
Thailand, General Krisda Punyavuttipong, Senior Member of The
Economic Working Group, National Council For Peace and Order
Central Government of Thailand dan Mr. Kongkaphan Siriwan, Chairman
of Pooton Agriculture Industrial Co. Ltd.
Majlis yang disasarkan kepada para petani, penternak dan nelayan
tersebut dimulakan dengan persembahan Kebudayaan daripada Jabatan
Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Negeri Kelantan dan diakhiri
dengan penyampaian hadiah bagi kesemua johan Pertandingan
Buah-buahan serta pertandingan bola sepak. Antara kategori
buah-buahan yang dipertandingkan adalah nenas, kelapa, tembikai,
ubi kayu, jagung, halia, buah salak, rambutan dan pelbagai
lagi.
Dalam ucapan penutup pada 7 Ogos yang lalu, YB Dato Che Abdullah
berkata melalui expo ini, kerajaan negeri ingin membantu pengusaha
dalam bidang pertanian memperluaskan pasaran, rangkaian kerjasama
dan menggembeleng idea bagi menghasilkan produk
yang berkualiti dan mempunyai nilai komersial yang tinggi.
Expo kali ini telah berjaya mempamerkan kejayaan para petani,
penternak dan nelayan melalui pertandingan yang diadakan dimana
kita dapat lihat sendiri mutu pengeluaran yang baik. Bahkan, tetamu
yg kita jemput khas dari negara India telah melihat produk kita dan
memperkatakan bahawa produk dengan pakaging yang ada hari ini
sepatutnya dapat dipasarkan keseluruh Malaysia bahkan keluar
negara.
Sementara itu Pengarah UPEN berkata 25% atau 350,000 hektar
tanah telah dibangunkan dengan sektor pertanian. Penglibatan
peserta Expo kali ini juga telah meningkat 50% berbanding 2014.
Kita harapkan expo ini menjadi hub perkongsian ilmu bagi golongan
petani, penternak dan nelayan, ujar beliau.
Acara cabutan bertuah telah berjaya memeriahkan majlis. Sehingga
jam 5 petang, masih ramai tidak berganjak dan mengharapkan tuah
bagi membawa pulang hadiah kambing tajaan agensi-agensi yang
terlibat.
EXPO TANI 2016- PERTANIAN MASA DEPAN KITA
-
ZULKAEDAH - ZULHIJJAH 1437H | OGOS - SEPTEMBER 2016 ZULKAEDAH -
ZULHIJJAH 1437H | OGOS - SEPTEMBER 201610 11
KOTA BHARU Majlis Istiadat Konvokesyen Kolej Islam Antarabangsa
Sultan Ismail Petra (KIAS) Kali Ke-18 telah disempurnakan oleh YAB
Ustaz Dato Menteri Besar Kelantan bertempat di Dewan Besar Balai
Islam, Lundang pagi tadi. Dalam ucapan perasmian tersebut, beliau
berkata:
KIAS kini yang telah mempunyai 13 program Diploma, 2 program
Peringkat Sarjana Muda dengan KUIN Kedah, 1 program diperingkat
Sijil dan setelah mendapat kelulusan MQA, KIAS akan memulakan 2
program baru iaitu Diploma Takaful dan Diploma Pengurusan Halal.
Ini adalah suatu pencapaian yang sangat membanggakan. Disamping
kerjasama Akademik dengan IPT dalam dan luar negara yang sentiasa
dipertingkatkan bagi memberi lebih banyak peluang kepada lepasan
KIAS menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.
Seramai 260 orang graduan pelbagai bidang telah diraikan sempena
Istiadat Konvokesyen tersebut. Turut berucap di majlis penuh
gemilang tersebut, Profesor Dr Abdul Aziz Mohd Zin, Ketua Eksekutif
KIAS dan YB Dato Hj Mohd Amar Nik Abdullah, Timbalan Menteri Besar
Kelantan merangkap Pengerusi Lembaga Pengarah KIAS Darulnaim Sdn
Bhd.
KOTA BHARU- Satu majlis menandatangani Memorandum Persefahaman
(MOU) antara Kelantan Gold Trade Sdn Bhd (KGT) dan Persatuan
Kemahiran Wanita Kelantan (PKWK) telah diadakan bertempat di
Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu. Majlis tersebut
telah disaksikan oleh YB Dato Haji Abdul Fattah B. Haji Mahmood
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan Belia dan
Sukan. Turut hadir sama YB. Hajjah Mumtaz Bt. Mat Nawi, Pengerusi
Jawatankuasa Pembangunan, Wanita, Keluarga dan Kebajikan.
Beliau juga sempat beramah mesra dengan wakil daripada Palestin
yang secara kebetulan berangkat pulang ke negara mereka yang di
bawah khas oleh Cakna Palestin.
KOTA KINABALU- Tiada perbezaan yang wujud antara era kepimpinan
Almarhum Dato Bentara Setia Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan
Menteri Besar Kelantan YAB Ustaz Dato Haji Ahmad B. Haji Yakob.
Bahkan memiliki keistimewaan dan kehebatan masing-masing dalam
pentadbiran negeri.
Berucap di majlis Aidilfitri bersama anak perantauan di Sabah,
YB. Dr Haji Ramli B. Mamat, Pengerusi Jawatankuasa Kesejahteraan
Rakyat, Kesihatan, Alam Sekitar dan NGO Negeri Kelantan berkata,
YAB Ustaz Dato Haji Ahmad B. Haji Yakob banyak membantu Tok Guru
dalam pentadbiran sewaktu menjawat jawatan Timbalan Menteri
Besar.
Menurutnya, Tok Guru tidak dinafikan akan kehebatan ilmu dan
kealimannya dengan pelbagai perubahan yang diasaskan oleh bekas
Menteri Besar itu, sewaktu mentadbir Negeri Kelantan. Manakala
Menteri Besar Kelantan YAB Ustaz Dato Haji Ahmad B. Haji Yakob
menguasai ilmu pengurusan.
Sebelumnya, YB. Dr Haji Ramli
B. Mamat, hadir bersama YB Ustaz Ahmad Fathan Mahmod, ADUN
Chempaka dan En. Abdul Shakur Sharrire, Pengurus Besar Kifaalah
Sdn. Brhd. Rombongan tersebut dalam misi bertemu rakyat Kelantan di
Sabah melibatkan daerah Kota Kinabalu, Sandakan dan Tawau.
Taklimat Skim Kifaalah dan Koperasi Rakyat Kelantan Berhad
disampaikan oleh Abdul Shakur.
Tok Guru memperkenalkan dasar Membangun Bersama Islam dan ia
disambung oleh Ustaz Dato Ahmad Yakob dengan meletak sasaran ia
membudayakan kalangan masyarakat melalui gagasan Merakyatkan
Membangun Bersama Islam.
Adalah kurang wajar membandingkan keduanya kerana keduanya
mempunyai karekter berbeza dan kelebihan masing-masing, tegas
beliau lagi.
Program ini adalah kerjasama dengan Persatuan Anak-anak Di
Perantauan (PERAKAN) cawangan Sabah yang dipengerusikan oleh Ustaz
Mohd Ariff Yusoff.
TOK GURU DAN DATO AHMAD, ANUGERAH BUAT KELANTAN
KGT & PKWK Bersetuju Menandatangani Persefahaman MOU
260 PELAJAR KIAS TERIMA DIPLOMA
-
ZULKAEDAH - ZULHIJJAH 1437H | OGOS - SEPTEMBER 2016 ZULKAEDAH -
ZULHIJJAH 1437H | OGOS - SEPTEMBER 201612 13Lensa Lensa
YB Dato Hj Che Abdullah Mat Nawi Pengerusi Pertanian,Industri
Asas Tani,Bioteknologi dan Teknologi Hijau Negeri Kelantan
melakukan lawatan kerja di Kandang Penternakan Lembu milik Mohd
Asri di Perupok,Bachok. Beliau juga turut ditemuramah oleh Stesyen
BERNAMA berkaitan potensi dan peningkatan penternakan lembu di
Negeri Kelantan terutama lembu yang lebih dikenali dengan panggilan
Lembu Sado oleh para penternak lembu di Negeri Kelantan ketika
ini.
YB Dato Hj Che Abdullah Mat Nawi Pengerusi Jawatankuasa
Pertanian,Industri Asas Tani,Bioteknologi dan Teknologi Hijau
Negeri Kelantan menerima kunjungan hormat delegasi Pertanian
Selangor yang diketuai oleh YB Hj.Zaidy Abdul Talib,Pengerusi Tetap
Jawatankuasa Infrastruktur & Kemudahan Awam, Pemodenan
Pertanian dan Industri Asas Tani Kerajaan Negeri Selangor di
Kompleks Kota Darulnaim.
YB Dato Haji Mohd Nassuruddin Hj Daud, Anggota Exco kerajaan
negeri Kelantan mewakili kerajaan negeri di Majlis Ulangtahun
Kemerdekaan Republik Indonesia ke-71 oleh Pemerintah Kepulauan
Mentawai, wilayah Sumatera Barat, Republik Indonesia. Di majlis
meraikan tetamu kemudian YB Dato diberikan kesempatan untuk
menyampaikan ucapan yang dihadiri oleh pemerintah dan pembesar
kepulauan tersebut.
YB Mejar (B) Dato Haji Md Anizam Bin Ab Rahman, Pengerusi
Jawatankuasa Kebudayaan, Pelancongan dan Warisan Negeri Kelantan
meraikan delegasi pelancongan daripada Negeri Sabah yang diketuai
oleh YB Datuk Kamarlin Bin Haji Ombi, Pembantu Menteri Pelancongan,
Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah. Sebanyak 35 agensi pelancongan
daripada Sabah telah mengambil bahagian di dalam program Travel
Mart yang diadakan selama 3 hari di Negeri Kelantan. Pelbagai
program dan aktiviti dijalankan bagi menggalakkan pembinaan
jaringan pelancongan diantara Kelantan dan Sabah.
YB Mejar (B) Dato Haji Md Anizam Ab Rahman, Ahli Majlis
Mesyuarat Kerajaan Kelantan yang juga Penyelaras DUN Salor
menziarahi dan menyampaikan sumbangan Tabung Serambi Mekah kepada 4
buah rumah yang mengalami kebakaran. Antara mangsa yang terlibat
ialah Khalid Bin Abdul Rahman, Emmysuzuanty Binti Yusof, Khadijah
Omar dan Ashari Abdullah.
EXCO DR RAMLI
YB Dato Hj Abdullah B. Yakob mewakili YAB Ustaz Dato Menteri
Besar Kelantan menyampaikan sumbangan cek kepada wakil pihak
pengurusan pembangunan Pondok Gua Setir Pasir Dusun. Pondok ini
dijangka akan menjadi pusat pengajian islam tradisional yang sulung
di jajahan Jeli bagi memenuhi tuntutan rakyat setempat yang
dahagakan ilmu agama.
Yb. Dr. Ramli bin Mamat, Pengerusi Jawatankuasa Kesejahteraan
Rakyat, Kesihatan, Alam, Sekitar dan NGO mengangkat placard Sokong
RUU Akta 355 bersama1064 orang peserta Himpunan Kenegeraan YIK 2016
selepas menyampaikan ucapan perasmian.
Sambutan Hari Anak Muda Kelate 2016 dimeriahkan lagi dengan
kehadiran YAB Ustaz Dato Menteri Besar Kelantan ke Majlis Perasmian
petang tadi. Sambutan dipenuhi dengan pelbagai aktiviti yang
menghimpunkan anak muda daripada pelbagai peringkat dan latar
belakang. Majlis perasmian penutup diakhiri dengan bacaan ikrar
anak muda dalam mempertahankan Kelantan yang diketuai oleh Pengarah
U-Bes, Ustaz Ahmad Fadhli Shaari.
YAB Ustaz. Dato Menteri Besar Kelantan berserta YAB Perdana
Menteri Malaysia dan Timbalan Perdana Menteri menyaksikan Majlis
Menandatangani Perjanjian-Perjanjian Penstrukturan Semula Industri
Perkhidmatan Bekalan Air Negeri Kelantan. Penstrukturan ini telah
dilaksanakan di tujuh buah negeri sebelum ini iaitu Negeri
Sembilan, Melaka, Johor, Perlis, Perak, Pulau Pinang dan
Selangor
YAB Ustaz Dato Menteri Besar Kelantan ketika menghadiri Solat
Ghaib keatas jenazah Almarhum Tuan Guru Dato Dr Haron Din di Masjid
Sultan Salahuddin Abd Aziz Shah, Shah Alam pagi tadi. Hadir bersama
YB DS Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang, YB Dato Mohd Amar Nik
Abdullah, Tan Sri Muhyiddin Yasin, kepimpinan PAS Pusat, kepimpinan
PAS Selangor dan beberapa yang lain. Solat Ghaib tadi telah
diimamkanoleh cucu Allahyarham, Hakim Hamdi
-
ZULKAEDAH - ZULHIJJAH 1437H | OGOS - SEPTEMBER 2016 ZULKAEDAH -
ZULHIJJAH 1437H | OGOS - SEPTEMBER 201614 15
PASIR MAS Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan
(MAIK) mahu golongan asnaf yang menerima bantuan zakat, menjaga
hubungan dengan ALLAH SWT.
Yang Berhormat, Dr Nik Azlan Abd Hadi berkata, langkah itu bagi
memastikan mereka sentiasa diberikan rahmat dan perlindungan
daripada sebarang musibah.
Saya lihat perkara ini perlu diberikan keutamaan. Bila kita jaga
hubungan dengan ALLAH, nescaya ALLAH akan jaga dan lindungi kita
semua. Sebab itulah, Islam selalu menggalakkan kita berdoa supaya
dijauhkan daripada kekufuran, kefakiran dan azab kubur sebagai
amalan harian, katanya.
Beliau berkata demikian selepas meluangkan masa melawat Zabedah
Hashim, 54, yang koma hampir setahun di Kampung Pengkalan Batu,
semalam.
Dalam lawatan itu, MAIK turut menyampaikan sumbangan bagi
meringankan beban keluarga Zabedah.Lawatan itu dibuat susulan
laporan
Sinar Harian mengenai seorang anak yang sanggup mengorbankan
masa depan dengan tidak hadir ke sekolah semata-mata mahu menjaga
ibunya yang koma.
Mohammad Idham Mohd Noor, 17, memaklumkan, dia terpaksa berbuat
demikian kerana memikirkan nasib ibu dan masa depan adik berusia 12
tahun yang juga masih bersekolah.
Menurutnya, dia hanya bersekolah
selama tiga hari dalam seminggu apabila bapa saudaranya, Amran
Hashim, 51, tidak keluar bekerja.
Dalam perkembangan lain, Nik Azlan berkata, pihaknya setakat ini
menerima sumbangan zakat berjumlah RM104 juta.
Katanya, daripada jumlah itu, sebanyak RM100 juta diagihkan
kepada golongan asnaf bagi membantu meringankan beban mereka.
Jaga hubungan dengan ALLAHLensa
YB Hjh. Mumtaz binti Md. Nawi, menziarahi Arwah Che Omar bin
Muhammad, Bekas YB Tanah Merah meninggal
dunia
YAB Ustaz Dato Menteri Besar Kelantan hadir merasmikan Bangunan
Baru Pondok Al-Madrasah Ad-Diniah Al-Yusufiah Gelang Mas. Pembinaan
bangunan tersebut dibina semula ekoran kebakaran rumah pondok yang
lama. Bangunan tersebut telah dibina hasil daripada sumbangan
Kerajaan Negeri, BBC Kelantan serta sumbangan orang ramai. Turut
Hadir YB Dato Hj Hanifa Ahmad, Exco Kerajaan Negeri, YB Adun
Tendong, YB Ahli-Ahli BBC dan pemimpin setempat.
Lensa
Munajat Perdana Rakyat Kelantan Menyokong Pindaan Akta 355 di
Dataran Stadium bermula solat maghrib berjemaah. Kuliah maghrib
disampaikan oleh Alfadhil Datuk Dr Nik Zawawi Salleh, SU Majlis
Syura Ulama dan solat hajat setelah solat Isya diimami oleh
Alfadhil Tuan Guru Hj Nik Razi Nik Mat. Semoga Allah memberkati
usaha ke arah pindaan Akta 355 pada Oktober nanti.
Yb. Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman, Adun Mengkebang,
menyampaikan sijil dan plate penghargaan kepada tokoh bina ummah
dun mengkebang
-
ZULKAEDAH - ZULHIJJAH 1437H | OGOS - SEPTEMBER 2016 ZULKAEDAH -
ZULHIJJAH 1437H | OGOS - SEPTEMBER 201616 17
Rombakan Kabinet Jokowi Singkir Lima MenteriOleh : Azhar Che
Lah
SESUDAH hampir separuh penggal pentadbirannya, Presiden Republik
Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) mengumumkan rombakan kabinet dalam
usaha menangani jurang pendapatan Indonesia dan meletak negara itu
pada kedudukan mencapai pertumbuhan ekonomi kukuh.
Antara perubahan utama ialah pelantikan Dr Sri Mulyani
Indrawati, sebelumnya merupakan pengarah urusan di Bank Dunia,
sebagai Menteri Kewangan.
Untuk memimpin pelan induknya menjadikan Indonesia sebuah kuasa
maritim, Jokowi memindahkan orang kuat politiknya, Luhut
Pandjaitan, daripada Kementerian Penyelaras bagi Ehwal Politik,
Undang-undang dan Keselamatan untuk menggantikan Rizal Ramli
sebagai Menteri Penyelaras bagi Ehwal Maritim.
Luhut akan digantikan oleh mantan jeneral Wiranto, yang
bertanding bagi jawatan presiden pada 2014.
Presiden Jokowi memberitahu media semasa mengumumkan rombakan
kabinet kedua dalam tempoh dua tahun itu bahawa Indonesia perlu
terus menangani kemiskinan dan ketidaksamaan ekonomi.
Dalam tempoh dua tahun lalu, kita menghadapi pelbagai cabaran
tidak mudah, katanya.Kita mesti meningkatkan usaha menangani
masalah ini (kemiskinan), kita mesti mempercepat pertumbuhan
ekonomi dalam menghadapi kelemahan global dan pada masa yang sama,
daya saing global. Kita mesti mewujudkan lebih banyak pekerjaan,
untuk mencipta kemakmuran,
Sebelum membahas keempat poin tersebut, harus disedari atsmosfer
politik yang ada pada Jokowi saat ini. Ia sejatinya seorang lone
ranger. Dia bukan anggota parti politik dengan darah politik.
Kerananya, meski di awal masa pemerintahannya sempat diragukan
dalam perjalanan waktu, Jokowi mampu menjaga jarak untuk tidak
bertindak sebagai petugas parti secara total.
Dalam reshuffle kali ini, Jokowi tidak menyentuh menteri-menteri
yang berasal dari PDI-Perjuangan, parti politik yang menyokongnya
sebagai presiden dalam Pilpres 2014.
Posisi lone ranger itu yang membuka peluang masuknya parti
politik lain merapat ke dirinya. Ini ditandai dengan bergabungnya
sejumlah perwakilan parti politik baru dalam kabinet Jokowi yang
baru, sebagai ganti haluan yang mereka canangkan. Komposisi kabinet
baru seperti ijab qabul masuknya Golkar dan PAN ke dalam blok
pendokong Jokowi.
Dari sisi Golkar, tunai sudah teori bahawa Golkar tak punya
tradisi dan tak bertindak sebagai oposisi. Ini kerja yang terbilang
ajaib. Hanya diperlukan waktu dua bulan untuk mengubah pandangan
Golkar secara 180 darjah. Padahal sebelumnya, sejak kekalahan KMP
(Kerjasama Merah Putih) pada Pilpres 2014 lalu, Golkar selama dua
tahun bersikukuh untuk bertindak sebagai pembangkang.
Untuk kerja ini, beruntung Jokowi memiliki seorang Luhut
Pandjaitan, mantan Wakil Ketua Dewan Pertimbangan Golkar (sebelum
memutuskan mundur untuk menyokong Jokowi) ini dinilai banyak
Terdapat sembilan muka baru dalam barisan kabinet itu, termasuk
Dr Sri Mulyani, yang pernah berkhidmat sebagai menteri kewangan
dari 2005 hingga 2010 semasa Presiden Dr Susilo Bambang
Yudhoyono.
Beliau mengambil alih daripada Susilo yang akan mengetuai Badan
Perancangan Pembangunan Nasional.
Muka baru lain yang mengetuai kementerian utama ialah Dr
Archandra Tahar (Menteri Tenaga), Budi Karya Sumadi (Menteri
Pengangkutan), Muhadjir Effendy (Menteri Pelajaran). Dr
Enggartiasto Lukita (Menteri Perdagangan) dan Airlangga Hartarto
(Menteri Pertanian dan Industri).
Ramai pemerhati terkejut, Luhut dipindahkan daripada Kementerian
Penyelaras Ehwal Politik, Undang-Undang dan Keselamatan, walaupun
beberapa penganalisis percaya ia sebahagian daripada strategi
Jokowi untuk menggerakkan pelan induk maritim beliau.
Mengapa Jokowi harus melakukan bongkar pasang kabinet? Pasti
akan banyak jawapan dan spekulasi untuk pertanyaan tersebut. Tapi
jika harus bermain dalam ruang spekulasi, memang ada beberapa hal
yang secara logik menuntut Jokowi untuk segera melakukan reshuffle,
iaitu:
1. Mengakomodasi perubahan peta politik.
2. Membersihkan menteri kontra produktif.
3. Memperkuat soliditi kabinet.4. Meningkatkan kerja pos
kementerian kunci.
pihak punya andil atas terpilihnya Setya Novanto (Setnov) dalam
Munaslub Golkar lalu.
Penting bagi Golkar untuk merapat kepada Jokowi, demikian juga
sebaliknya. PDI-Perjuangan yang mestinya menjadi parti politik yang
memiliki hak preferen gagal memanfaatkan keuntungan yang
dimilikinya, kerana bersikap keras kepala dengan terus berlagak
mencuba mengendalikan pemerintahan.
Peserta aliansi baru yang diketengahkan adalah Parti Amanat
Nasional (PAN). Pemimpinnya, Asman Abnur mengisi pos yang
ditinggalkan Menteri Pendayagunaan Aparatur Negara-Reformasi
Birokrasi (PAN-RB) sebelumnya dari Hanura, Yuddy Chrisnandi. Asman
adalah seorang pengusaha daerah yang lantas berkecimpung dalam
arena politik. Ia pernah menjadi Ketua Komisi IX yang membidangi
persoalan BUMN.
Sri Mulyani adalah magnet dalam reshuffle kali ini. Mahfum
diketahui, kedudukan kewangan pemerintah kurang stabil. Postur APBN
yang agresif memerlukan pendanaan yang kuat. Padahal yang sudah
berjalan, pencapaian pajak jauh dari target, dan program tax
amnesty yang baru saja dilancarkan, memerlukan pengawalan yang
ketat dan profesional.
Rombakan kabinet pada hakikatnya dilakukan untuk membuat kabinet
itu lebih solid, lebih efektif, dan lebih gesit bekerja. Hakikat
itulah yang menjadi semangat dalam perombakan jilid II Kabinet
Kerja oleh Presiden Jokowi.
Perombakan kabinet merupakan hal biasa dalam bertata negara.
Perombakan kabinet merupakan hal yang lumrah, bahkan sebuah
kemestian ketika diperlukan.
Sebanyak 13 posisi menteri dan setingkat menteri diganti atau
ditukar posisi, serta 9 nama baru masuk jajaran
kabinet. Presiden sudah pasti punya alasan sangat kuat untuk
kembali menggunakan hak prerogatif dalam mengangkat dan
memberhentikan menteri-menterinya. Seperti halnya perombakan jilid
I pada Ogos tahun lalu, reshuffle jilid II dilakukan sebagai
jawapan atas tentangan yang pernah dinamika dan selalu berubah.
Jokowi tentu tidak sesuka hati mengganti atau menukar posisi
para pembantunya. Sebagai komandan, ia ingin pasukannya lebih
mantap dan lebih cepat dalam bekerja. Ia tak ingin lagi kabinetnya
berkutat dalam kegaduhan dan disibukkan perseteruan internal.
Meski sudah pernah dirombak, kabinet kerja belum sepenuhnya
padu. Di antara menteri masih ada yang saling berseberangan, saling
menyalahkan, bahkan saling serang.
Meski survey terbaru menunjukkan bahawa tingkat kepuasan awam
terhadap pemerintahan Jokowi-JK kian mantap, masih banyak hal yang
masih merisaukan rakyat. Berkait pemenuhan keperluan asas,
pemerataan kesejahteraan, penyerapan tenaga kerja, dan penindakan
terhadap isu rasuah masih jauh dari memuaskan.
Kabinet hanya bisa efektif menuntaskan persoalan-persoalan
tersebut jika mereka solid. Amat tidak mungkin kabinet bisa
maksimal memutar roda pembangunan jika mereka berpecah belah.
Rakyat berharap perombakan jilid II betul-betul membangun soliditi
sehingga kerja kabinet lebih efektif, lebih cepat, dan lebih
optimal.
Merupakan hal yang wajar apabila perombakan kabinet disambut pro
dan kontra. Tentu saja ada yang mempersoalkan, kenapa si A diganti
padahal kerjanya bagus, sementara si B, si C, atau si D tak
tersentuh memandangkan kerja mereka tak terjejas. Namun, akan lebih
bijak
jika kita memberikan kesempatan kepada para menteri terpilih
untuk membuktikan bahawa mereka memang layak dipilih presiden.
Keraguan awam semestinya menjadi penyemangat bagi
menteri-menteri baru dengan kapasiti dan kapabiliti belum teruji
untuk tunjuk kemampuan. Muka-muka lama yang mendapat sorotan,
tetapi tetap dipertahankan pun sudah seharusnya melipatgandakan
kerja.
Kita yakin pilihan presiden akan membuat kerja pemerintah
semakin baik. Fakta bahawa perombakan kabinet jilid II disambut
positif oleh umum membuktikan bahawa langkah presiden berada di
landasan yang benar. Itulah modal berharga yang harus terus dipupuk
dan dipelihara agar reshuffle kali ini tak sia-sia.
Meski perombakan kabinet
merupakan hal yang wajar, tak elok pula bila para menteri
terlalu kerap berganti. Reshuffle kali ini harus membuahkan kabinet
yang benar-benar mantap dan andal sehingga tak ada lagi reshuffle
jilid III, IV, dan seterusnya. Apa lagi masa kepemimpinan Jokowi-JK
tinggal tiga tahun, sementara masih banyak tantangan terutama di
bidang ekonomi yang menghadang.
Presiden Jokowi meminta para menterinya harus solid. Tak ada
lagi yang saling menyalahkan. Semua kementerian dan lembaga harus
satu garis lurus dengan visi misi saat ini, kata Jokowi saat
membuka persidangan kabinet di Pejabat Presiden.
Jika persidangan kabinet sudah mengambil keputusan, selanjutnya,
semuanya harus satu suara dan memberikan sokongan penuh. Tak ada
lagi yang jalan sendiri, apalagi kalau sudah keluar pejabat
Presiden misalnya. Semua harus satu, tegas Jokowi.
-
ZULKAEDAH - ZULHIJJAH 1437H | OGOS - SEPTEMBER 2016 ZULKAEDAH -
ZULHIJJAH 1437H | OGOS - SEPTEMBER 201618 19
KUALA KRAI - Pembinaan Tugu Peringatan Banjir Kuala Krai
bertujuan bagi memperingati bencana banjir yang berlaku pada
Disember 2014. Ia meninggalkan kesan mendalam kepada mangsa serta
memusnahkan harta benda sebahagian besar penduduk.
YAB. Ustaz Dato Haji Ahmad B. Haji Yakob Menteri Besar Kelantan
berkata, pembinaan tugu ini juga sebagai penghargaan kepada semua
pihak yang telah bekerjasama membantu mangsa banjir dari daerah
ini.
Pembinaan tugu ini bukan sahaja
sebagai tanda peringatan terhadap banjir besar melanda daerah
ini, tetapi bakal menjadi satu lagi produk pelancongan ke Kuala
Krai, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Tugu Peringatan
Banjir Kuala Krai.
Sebelum itu, beliau hadir merasmikan Tugu Peringatan Banjir
Kuala Krai di Tapak Monumen Banjir berhadapan Stesen Caltex
Guchil.
Tambahnya lagi, Tugu Peringatan ini akan menjadi mercu tanda
baru bagi bandar Kuala Krai dan dianggap sebagai salah satu produk
pelancongan yang
boleh menarik pelancong tempatan dan luar negara. Juga sebagai
suatu simbol penghargaan kepada usaha-usaha yang tidak mengenal
lelah, jasa, bakti dan pengorbanan semua pihak yang terlibat dalam
membantu mangsa banjir.
Inisiatif pembinaan tugu tersebut telah diusahakan oleh pihak
Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM), Pertubuhan Juruukur
Diraja Malaysia (RISM), Majlis Daerah Kuala Krai dan juga Persatuan
Juruukur Tanah Bertauliah (PEJUTA).
PRODUK PELANCONGAN BARU DI KUALA KRAI
pencapaiannya dalam memenangi Sony National Award-World
Photography Organization (WPO) 2015 sekaligus telah mengharumkan
nama Negeri Kelantan ke peringkat global.
Dalam majlis yang sama, YAB Ustaz Dato Haji Ahmad Bin Yakob
turut menyampaikan sumbangan Kerajaan Negeri Kelantan kepada
Saudara Ruzely Abdullah di atas
KEBUDAYAAN HARUMKAN NAMA KELANTAN KE PERINGKAT GLOBALKOTA BHARU
: YAB Ustaz Dato Haji Ahmad Bin Yakob, Menteri Besar Kelantan hadir
dan merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Majlis Kebudayaan Negeri
Kelantan kali ke-24 bertempat di Gelanggang Seni, Kota Bharu.
Turut bersama, YB Mejar (B) Dato Haji Md Anizam Bin Ab Rahman,
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan yang juga Presiden Majlis Kebudayaan
Negeri Kelantan, Ahli Jawatankuasa, perwakilan dan pemerhati
daripada seluruh ahli gabungan di bawah MKN.
Majlis Kebudayaan Negeri Kelantan setakat ini mempunyai 16 ahli
gabungan dan akan terus dipe rkasakan dari semasa ke semasa serta
akan sentiasa mendokong hasrat Kerajaan Kelantan bagi Merakyatkan
Membangun Bersama Islam.
-
ZULKAEDAH - ZULHIJJAH 1437H | OGOS - SEPTEMBER 2016 ZULKAEDAH -
ZULHIJJAH 1437H | OGOS - SEPTEMBER 201620 21
.
. ( , , ) . & .
. .
, , .
.
DR.J.P. .
.
-
ZULKAEDAH - ZULHIJJAH 1437H | OGOS - SEPTEMBER 2016 ZULKAEDAH -
ZULHIJJAH 1437H | OGOS - SEPTEMBER 201622 23
355
355 355 355
60 80
-
ZULKAEDAH - ZULHIJJAH 1437H | OGOS - SEPTEMBER 201624
Tahun Ke-26 | ISSN 1311-6891 | REJAB - SYAABAN 1437H | APRIL -
MEI 2016 | EDARAN PERCUMA | Bil 174
KOTA BHARU- Semua lantikan politik dan penghulu masyarakat bukan
Islam akan meletak jawatan serta-merta, sekiranya Pindaan Akta 355
menyentuh masyarakat bukan Islam di Negeri ini.
Masyarakat bukan Islam di Negeri ini dinasihatkan tidak
terpengaruh dengan dakwaan tidak berasas pemimpin Barisan Nasional
(BN) terhadap pindaan Akta 355.
Cadangan pindaan yang terkandung dalam draf (RUU) Rang
Undang-undang 355, ianya hanya sekadar untuk mengubah serta
menaiktaraf hukuman yang dikenakan oleh Mahkamah Syariah. Ini
bermakna bidang kuasa Mahkamah Syariah masih kekal seperti sedia
ada iaitu sekadar kesalahan-kesalahan yang berkaitan dengan
kekeluargaan Islam dan rukun agama sahaja.
Sebelum itu, seramai 32 orang masyarakat bukan Islam hadir
terdiri daripada lantikan politik,
penghulu dan juga Ahli Majlis untuk mengadakan sidang media bagi
menjelaskan mengenai kekeliruan pindaan Akta 355.
Pegawai Penerangan Zon Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Encik
Lim Guan Seng berkata pindaan itu hanya bertujuan untuk
memperkasakan Mahkamah Syariah di Kelantan.
Katanya pindaan yang dibawa anggota parlimen Marang, Datuk Seri
Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang di parlimen sebelum ini tiada kaitan
dengan masyarakat bukan Islam.
Pindaan yang hendak dibuat hanya bagi meningkatkan taraf
Mahkamah Syariah dan ia tiada kaitan langsung dengan masyarakat
bukan Islam katanya.
Kerajaan negeri sudah menjelaskan berkali-kali isu terbabit
namun keadaan menjadi keliru kerana pemimpin MCA, MIC dan Gerakan
pula cuba
mengeruhkan keadaan, katanya di sini.Pada 19 Mac tahun lepas
persidangan
Dewan Undangan Negeri Kelantan melulus pindaan Rang
Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah II.
Beberapa pindaan dibuat iaitu hanya terpakai kepada orang Islam
mukallaf sahaja berbanding sebelum ini yang memberi pilihan kepada
orang bukan Islam untuk memilih pemakaian undang-undang itu.
Berikutan itu PAS membawa rang undang-undang persendirian Akta
355 ke parlimen bagi membolehkan pindaan dibuat untuk memperluaskan
bidang kuasa Mahkamah Syariah.
Pada sidang media tersebut, beliau turut menyuarakan hasrat
masyarakat bukan Islam menyeru pimpinan kerajaan negeri untuk
menjelaskan berkaitan isu-isu yang dimainkan oleh MCA, MIC dan
Gerakan.
Non Muslim Menyokong Penuh PINDAAN AKTA 355
Tahun Ke-26 | ISSN 1311-6891 | ZULKAEDAH/ZULHIJJAH 1437H |
OGOS/SEPTEMBER 2016 | EDARAN PERCUMA | Bil 176