-
xii
ISI KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
ISI KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI RAJAH xii
SENARAI SINGKATAN xiii
SENARAI LAMPIRAN xiv
BAB I PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 8
1.3 Pernyataan Masalah 12
-
xiii
1.4 Persoalan Kajian 13
1.5 Objektif Kajian 14
1.6 Kepentingan Kajian 15
1.7 Skop 16
1.8 Definisi Istilah 17
BAB II SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 19
2.2 Campuran Pemasaran 20
2.2.1 Aspek Produk 22
2.2.2 Aspek Harga 23
2.2.3 Aspek Lokasi 25
2.2.4 Aspek Promosi 26
2.3 Kajian Terdahulu 28
2.3.1 Kajian Dalam Negara 28
2.3.2 Kajian Luar Negara 31
BAB III METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 33
3.2 Rekabentuk Kajian 34
3.3 Prosedur Kajian 34
-
xiv
3.4 Persampelan 36
3.5 Instrumen Kajian 36
3.6 Kaedah Penganalisaan Data 37
3.7 Kebolehpercayaan Dan Kesahan Item 38
3.8 Batasan Kajian 39
BAB IV ANALISIS DATA
4.1 Pendahuluan 40
4.2 Analisis Bahagian A 41
4.2.1 Jantina 42
4.2.2 Bangsa 42
4.2.3 Umur 43
4.2.4 Jumlah Tempoh Yang Terlibat Dalam Perusahaan
Kraftangan Anyaman 44
4.2.5 Kawasan Perusahaan 44
4.2.6 Cara Pengendalian Perusahaan 45
4.2.7 Cara Penglibatan Dalam Perusahaan 46
4.2.8 Jenis-jenis Anyaman Yang Dijual 46
4.2.9 Taraf Pendidikan 47
4.2.10 Anggaran Pendapatan Sebulan 48
4.3 Analisis Bahagian B 48
4.3.1 Soalan Kajian 1 48
4.3.2 Soalan Kajian 2 51
4.3.3 Soalan Kajian 3 52
4.3.4 Soalan Kajian 4 53
4.4 Analisis Keseluruhan 55
-
xv
4.5 Analisis Cross Tabulation 57
BAB V RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 59
5.2 Rumusan Kajian 59
5.3 Perbincangan 63
5.4 Cadangan Daripada Pengkaji 67
5.4.1 Aspek Harga 69
5.4.2 Aspek Produk 70
5.4.3 Aspek Lokasi 72
5.4.4 Aspek Promosi 72
5.5 Cadangan Kepada Pengkaji Akan Datang (Kajian Lanjutan)
74
5.6 Penutup 75
BIBLIOGRAFI 77
LAMPIRAN A - L 85-103
-
xi
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK HALAMAN
3.1 Pecahan item-item 37
4.1 Jantina 42
4.2 Bangsa 42
4.3 Umur 43
4.4 Jumlah tempoh yang terlibat dalam perusahaan
kraftangan anyaman 44
4.5 Kawasan perusahaan 44
4.6 Cara pengendalian perusahaan 45
4.7 Cara penglibatan dalam perusahaan 46
4.8 Jenis-jenis anyaman yang dijual 46
4.9 Taraf pendidikan 47
4.10 Anggaran pendapatan sebulan 48
4.11 Item-item aspek produk 49
4.12 Item-item aspek harga 51
4.13 Item-item aspek lokasi 52
4.14 Item-item aspek promosi 54
4.15 Analisis Keseluruhan 55
4.16 Analisis Cross Tabulation 57
-
xii
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK HALAMAN
2.1 4P dalam Campuran Pemasaran 20
3.1 Prosedur Kajian 35
5.1 Usaha-usaha yang dilakukan oleh pengusaha
kraftangan anyaman berdasarkan Campuran
Pemasaran (4P) mengikut hasil kajian 63
5.2 Usaha-usaha yang disaran kepada pengusaha
kraftangan anyaman berdasarkan Campuran
Pemasaran (4P) 68
-
xiii
SENARAI SINGKATAN
4P - Campuran Pemasaran
PKKM - Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia
KPNLB - Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar
BIK - Bahagian Industri Kampung
KEMAS - Jabatan Kemajuan Masyarakat
MARA - Majlis Amanah Rakyat
SDSI - Satu Daerah Satu Industri
OVOP - Program One Village One Products
OTOP - One Tambon One Product
-
xiv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK HALAMAN
A Soalan Selidik 85
B Surat Pengesahan Soalan Selidik 89
C Surat Pengesahan Pelajar Fakulti Pendidikan 90
D Analisis Soalan Selidik Bahagian A 91
E Analisis Soalan Selidik Bahagian B 92
F Analisis Keseluruhan 93
G Analisis Cross Tabulation- Lelaki 94
H Analisis Cross Tabulation- Perempuan 96
I Peta Negeri Melaka 98
J Laman Web Kraftangan Malaysia Cawangan 99
Negeri Melaka
K Portal e-Niaga: Direktori Perniagaan Di Negeri 100
Melaka
L Laman Web Rasmi Negeri Melaka 102
-
1
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Kraftangan merupakan salah satu keluaran penting yang dihasilkan
oleh rakyat
Malaysia selain daripada ia dapat mencerminkan kemahiran yang
dimiliki oleh rakyat
dalam berbagai-bagai seni. Menurut Sulaiman Othman (1990),
kraftangan memaparkan
kekayaan kesenian bangsa. Bagi sesebuah negara seperti Malaysia
yang sedang pesat
membangun, industri kraftangan merupakan salah satu daripada
jalinan warna yang
menambahkan lagi kekayaan, kecantikan dan keindahan negara
Malaysia.
Sebenarnya aktiviti-aktiviti kraftangan hanya bermula untuk
tujuan mengisi masa
lapang. Tetapi, bagi mereka yang mempunyai masa lebih, aktiviti
ini boleh dijadikan
satu cara atau alternatif usaha untuk menambahkan sumber
pendapatan. Biasanya
kraftangan yang telah dihasilkan dengan menggunakan kemahiran
yang diwarisi turun
temurun. Bentuk dan barang kraftangan masih dikekalkan. Aktiviti
ini telah melangkah
maju mengubah corak ke arah menerokai pengeluaran secara
komersial.
-
2
Di Malaysia perusahaan kraftangan anyaman mempunyai potensi
untuk maju dan
bersaing di antarabangsa kerana Malaysia sendiri mempunyai
banyak sumber bahan
semula jadi yang tidak ternilai seperti rotan, mengkuang, buluh
dan bahan-bahan lain
yang menjadi input atau bekalan utama dalam indusri kraftangan
ini.
Menurut Jamalludin Sulaiman (1990), pada tahun 1982
Kementerian
Pembagunan Negara dan Luar Bandar (KPNLB) telah tubuhkan satu
bahagian khas iaitu
Bahagian Industri Kampung (BIK). Di antara matlamat BIK ialah
untuk
mempelbagaikan kegiatan ekonomi dan meningkatkan sumber
pendapatan serta taraf
hidup penduduk desa, sama ada yang terlibat secara langsung atau
tidak langsung dalam
industri kraftangan.
Sebelum itu Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar
(KPNLB) telah
menubuhkan Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (PKKM) pada 1
Oktober 1979
di bawah Akta 222, Akta Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia.
PKKM adalah
sebuah badan berkanun di bawah Kementerian Pembangunan Negara
dan Luar Bandar.
Dasar PKKM ialah menggalakkan hasil keluaran dan mutu kraftangan
yang
melambangkan seboleh-bolehnya rupa bentuk dan daya cipta yang
berteraskan unsur-
unsur kebudayaan Malaysia.
Dengan mewujudkan PKKM ini sebagai organisasi yang
bertanggungjawab
untuk memantau ke arah memajukan kraftangan anyaman adalah
diyakini kerana dengan
usaha dan kerjasama daripada semua pihak secara langsung atau
tidak langsung,
kejayaan akan tercapai dalam usaha meningkatkan perusahaan
kraftangan ke taraf
industri yang lebih kukuh.
Selain itu, agensi-agensi kerajaan yang lain seperti Jabatan
Kemajuan
Masyarakat (KEMAS) dan Majlis Amanah Rakyat (MARA) turut
memainkan peranan
yang penting untuk meningkatkan lagi industri ini seperti
memberikan khidmat nasihat,
bimbingan serta cara memudahkan untuk memasarkan hasil
kraftangan. Semua usaha ini
adalah semata-mata untuk menggalakkan perkembangan industri
kraftangan.
-
3
Promosi bagi barangan kraftangan anyaman juga telah dijalankan
dengan
meluas. Pihak PKKM dan MAS sentiasa membantu pengeluar
kraftangan tempatan
dalam berbagai-bagai program promosi di seluruh dunia (Ahmad
Sarkawi, 1990).
Bermulanya industri pelancongan dengan pelancaran tahun Melawat
Malaysia 1990,
Tahun Alam Semula Jadi 1991, Tahun Melawat ASEAN 1992, Tahun
Melawat
Malaysia 2007 sehinggalah Sambutan Kraf Kebangsaan 2008 serta
promosi-promosi di
luar negeri juga semakin giat dijalankan. Di samping itu, negara
mengharapkan industri
kraftangan dapat memperbaiki peratusan jumlah perbelanjaan yang
dibelanjakan oleh
pelancong untuk membeli-belah.
Selain daripada usaha-usaha yang diberikan oleh PKKM, pengusaha
kraftangan
anyaman sendiri juga perlu berganding bahu berusaha terlibat
dalam meningkatkan
jualan kraftangan anyaman mereka. Pengusaha anyaman boleh
mengamalkan strategi
campuran pemasaran sebagai usaha untuk meningkatkan jualan
kraftangan anyaman
mereka.
Campuran pemasaran merupakan satu alat yang sangat penting
kepada sesebuah
syarikat dalam menentukan kejayaan matlamat syarikat itu
ditubuhkan. Menurut Kotler
dan Amstrong (1996) terdapat empat aspek di dalam campuran
pemasaran. Aspek-aspek
tersebut ialah produk, harga, lokasi dan promosi atau lebih
dikenali sebagai 4P (Product,
Price, Place and Promotion). Campuran pemasaran yang diuruskan
dengan cekap
membolehkan produk yang dihasilkan dapat dipasarkan dengan cepat
dan permintaan
terhadap produk tersebut akan terus meningkat selaras dengan
kecekapan pengurusan
campuran pemasaran tersebut (Luck, et al., 1994).
Campuran pemasaran adalah mengambil kira reka bentuk produk yang
menarik
untuk menarik pengguna mendapatkan produk tersebut. Harga
merupakan sejumlah
wang yang perlu dibayar oleh pelanggan untuk mendapatkan produk,
tempat ialah
kawasan di mana aktiviti syarikat terdapat kemudahan untuk
sasaran pengguna dan
promosi untuk memperkenalkan produknya serta memberitahu
pengguna akan kelebihan
yang terdapat pada produk yang telah dihasilkan.
-
4
Dalam strategi campuran pemasaran, produk merupakan salah satu
aspek yang
dititikberatkan, pengusaha anyaman boleh melengkap diri dengan
menyertai bengkel,
kursus, majalah-majalah dan sebagainya bagi memastikan
kraftangan anyaman sentiasa
diolah dan diubahsuai mengikut cita rasa pasaran. Rekaan terbaru
sentiasa dikeluarkan
mengikut cita rasa pasaran tertentu dengan menggunakan kemahiran
dan ilmu yang
diperolehi semasa penyertaan dalam bengkel dan kursus.
Merujuk Utusan Malaysia (2005), Perdana Menteri mahu produk yang
dihasilkan
oleh pengusaha kraftangan anyaman mempunyai penjenamaan yang
baik dan mampu
dikenali selain mendapat sambutan di pasaran global dan bukan
sekadar pasaran dalam
negara. Kerajaan menggalakkan pengusaha menghasilkan produk
berkualiti dengan
harga yang berpatutan. Perdana Menteri juga menggalakkan
syarikat pengusaha
mendapatkan sijil-sijil pengiktirafan mutu seperti sijil ISO
bagi menambah nilai produk
yang dikeluarkan. Di samping itu, kerajaan akan terus memberi
galakan dan perhatian
tinggi kepada perusahaan ini kerana sektor tersebut mampu
memberi sumbangan besar
kepada pembangunan ekonomi negara.
Menurut Berita Harian (2004), Isteri Perdana Menteri,
Allahyarham Datin Seri
Endon Mahmood pernah berkata, kajian pasaran eksport kraf
meningkat daripada
RM165 juta sepanjang tahun 2002, kepada RM250 juta pada tahun
2003, dengan
perkembangan menggalakkan sehingga Februari 2004 apabila jualan
mencapai RM40.9
juta. Tambahan pula, akhbar Berita Harian (2007) juga melaporkan
seramai 65000 orang
pengunjung melawat Ekspo Kraf Kebangsaan dengan nilai jualan
produk sebanyak RM5
juta pada tahun 2006.
Negeri Melaka terbahagi kepada tiga daerah iaitu Melaka Tengah,
Alor Gajah
dan Jasin mempunyai keluasan lebih kurang 658 kilometer persegi.
Pada asasnya
Melaka mula sebagai sebuah perkampungan nelayan. Oleh sebab
kedudukannya yang
strategik, kuasa-kuasa barat menakluki dan menjajah negeri ini
demi kepentingan
ekonomi masing-masing. Penjajahan kuasa-kuasa barat telah
meninggalkan kesan
sejarah yang unik sehinggalah negeri Melaka sekarang menjadi
satu tempat yang
terkenal dengan sejarah-sejarahnya, bukan sahaja di Malaysia
tetapi juga di rantau ini.
-
5
Di Melaka juga terdapat cawangan PKKM iaitu Kraftangan Malaysia
Cawangan Negeri
Melaka. Kraftangan Malaysia Cawangan Negeri Melaka mula
beroperasi pada tahun
2003.
Negeri Melaka sedang mengalami perkembangan pesat industri
kraftangan
anyaman kerana usaha dan galakan kerajaan untuk memajukan
industri kraftangan
anyaman. Perkembangan industri kraftangan ini diharapkan dapat
mendapat sambutan
daripada orang tempatan dan menarik perhatian daripada lebih
ramai pelancong. Semua
usaha ini ialah untuk menjadikan Melaka sebuah negeri
pelancongan yang utama di
Malaysia (Jamalludin, 1990).
Dengan bertambahnya bilangan pelancong yang mengunjungi Melaka,
penjualan
hasil kraftangan juga seiring meningkat. Terdapat tempahan dari
luar negeri walaupun
dalam kuantiti yang lebih kecil. Ini adalah petanda baik
terhadap industri kraftangan
anyaman.
Merujuk Utusan Malaysia (2002), Pelaksanaan projek Taman Sejarah
dan
Kebudayaan Melaka, Marina dan Menara Taming Sari sudah pasti
mencipta era dan
sejarah baru kepada negeri Melaka, khususnya dalam meningkatkan
industri
pelancongan negeri Melaka Bandaraya Bersejarah. Pusat ini bukan
sahaja akan
memaparkan warisan negeri Melaka tetapi akan membuka peluang
kepada pengunjung
untuk mengamati kebudayaan, seni dan kraf zaman silam, sekaligus
meningkatkan
jualan kraftangan anyaman.
Selain itu, menurut Berita Harian (2004), Ketua Menteri Melaka,
Datuk Seri
Mohd Ali Rustam berkata pelaksanaan pembinaan stesen bas dan
teksi termoden yang
dikenali sebagai Melaka Sentral di Peringgit berharga RM53 juta
dianggap satu lagi
mercu Bandaraya Melaka Bersejarah sebagai kemudahan kepada
penghuninya. Selain
terminal bas, turut dibina hotel bajet, pusat kompleks
perdagangan, pasar besar baru
serta bangunan bazar untuk kemudahan peniaga dan pengusaha
kraftangan menjalankan
-
6
perniagaan kerana tempat tersebut merupakan tumpuan orang ramai.
Di sini dapat kita
lihat betapa prihatin kerajaan negeri Melaka terhadap industri
kraftangan.
Tinjauan di Melaka Sentral mendapati, promosi kraftangan anyaman
yang
dijalankan mendapat sambutan orang ramai, sekaligus membuktikan
Malaysia
sebenarnya kaya dengan pelbagai khazanah kraf yang unik dan
setanding hasil
kraftangan negara lain khususnya Indonesia serta Thailand yang
dikenali sebagai
pengeluar kraftangan bermutu.
Walau bagaimana pun, Kementerian Pembangunan Usahawan dan
Koperasi akan
melaksanakan skim francais bagi memasarkan produk kraftangan di
dalam dan luar
negara. Menterinya, Datuk Mohamed Khaled Nordin berkata,
pelaksanaan skim itu
untuk barangan tersebut akan dapat memperkembangkan lagi pasaran
kraftangan
anyaman negara yang sememangnya unik dan tidak terdapat di
negara lain. (Utusan
Malaysia, 2004).
Merujuk kepada Utusan Malaysia (2006), Melaka kini berada di
landasan yang
betul menuju negeri maju menjelang 2010 apabila menduduki tangga
ketiga dalam
kedudukan negeri termaju di seluruh negara selepas Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur
dan Pulau Pinang. Sebagai lokasi tumpuan pelancong, di sini ada
beratus-ratus gerai dan
premis yang menjual pelbagai jenis cenderamata termasuk
kraftangan anyaman (Berita
Harian, 2004).
Menurut Utusan Malaysia (2004), selain kesan peninggalan
sejarah, Melaka juga
terkenal sebagai destinasi membeli belah. Dari segala jenis
barangan keperluan harian
sehinggalah barangan perhiasan diri. Produk-produk kraftangan
anyaman yang bermutu
tinggi juga boleh didapati dengan harga yang sungguh berpatutan.
Bagi penggemar
barangan kraftangan anyaman dan antik, Jonker Walk adalah syurga
barangan antik di
samping pusat membeli belah yang menawarkan pelbagai barangan di
bawah satu
bumbung seperti Mahkota Parade, Jaya Jusco, pasar raya Tesco,
Kompleks Melaka Raya
dan banyak lagi.
-
7
Merujuk kepada Berita Harian (2007), inisiatif kerajaan Melaka
menjadikan
projek kraf Satu Daerah Satu Industri (SDSI) sebelum ini dilihat
sangat bertepatan
dalam usaha memacu pembangunan produk kraf Malaysia di samping
mewujudkan
sumber ekonomi berasaskan penerokaan bahan mentah di sesebuah
kampung. Menurut
Rashidah (2007), program SDSI diadaptasi daripada kejayaan
negara Jepun dengan
Program One Village One Products (OVOP) dan negara Thailand
dengan One Tambon
One Product (OTOP). Dalam usaha memperhebatkan lagi penggunaan
kraf di kalangan
generasi zaman ini, Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan
(KeKKWA)
melalui agensinya Kraftangan Malaysia serta kerajaan negeri
telah menganjurkan
Promosi Kraf Malaysia sempena Sambutan Kemerdekaan ke-50 Tahun
2007 bertempat
di Dataran Pahlawan, Melaka Megamall.
Kesedaran terhadap industri kraftangan anyaman pada masa kini
kian meningkat.
Beberapa pengusaha telah muncul dengan melibatkan diri dalam
industri ini.
Pengeluaran produk mula menjadi lebih teratur dan berterusan.
Mutu barangan
kraftangan anyaman kian meningkat. Selain itu, bentuk dan warna
juga dikawal. Corak
anyaman didapati lebih menarik yakni dengan menggunakan warna
yang lembut.
Bentuk-bentuk baru dihasilkan dan bentuk lama diubahsuai,
keunikan kraftangan
anyaman Melaka mendapat pasaran bukan sahaja di kalangan orang
tempatan bahkan
juga di kalangan pelancong.
Perlaksanaan strategi campuran pemasaran merupakan salah satu
cara yang
digunakan oleh sesebuah perusahaan untuk bersaing dengan
pesaingnya. Perlaksanaan
strategi campuran pemasaran juga bertujuan memastikan kejayaan
matlamat perusahaan
tersebut. Industri anyaman semakin berkembang dan semakin
mendapat tempat di
kalangan usahawan baru, jadi pengusaha kraftangan yang sedia ada
perlu menggunakan
strategi campuran pemasaran sebagai usaha untuk meningkatkan
jualan kraftangan
anyaman mereka.
-
8
1.2 Latar Belakang Masalah
Secara umumnya pada masa kini adalah didapati bahawa industri
kraftangan
anyaman telah diketepikan. Ini adalah disebabkan keutamaan yang
diberikan kepada
industri pembuatan yang dianggap dapat membuahkan hasil yang
banyak sehinggakan
industri kraftangan semakin berkurangan dan hampir
dilupakan.
Sebenarnya industri kraftangan anyaman masih mempunyai peluang
yang cerah
untuk bersaing dengan industri pembuatan. Tapi ianya bergantung
kepada kebolehan dan
kemampuan pengusaha kraftangan anyaman untuk mempertingkatkan
atau
mengubahsuaikan corak atau mutu pengeluaran supaya tarafnya
dapat diperbaiki
setanding dengan industri pembuatan. Ini bermakna pengusaha
anyaman perlu membuat
pembaharuan dari segi produk, harga, lokasi dan promosi iaitu
strategi campuran
pemasaran. Tanpa adanya campuran pemasaran, sesebuah syarikat
tidak mampu untuk
memasarkan barang yang dihasilkan dan tidak dapat memberikan
faedah kepada
pengguna (Luck, et al, 1994). Ini juga bermakna tiada usaha yang
dilakukan oleh
pengusaha kraftangan anyaman untuk meningkatkan jualan
kraftangan anyaman mereka.
Campuran pemasaran yang diuruskan dengan baik menyebabkan
sesebuah
perusahaan akan dapat menyaingi pesaing-pesaingnya dan ketiadaan
campuran
pemasaran yang terurus akan menyebabkan sesebuah perusahaan
tidak dapat
berkembang dengan pesat dan tidak mendapat tempat di hati
pengguna.
Campuran pemasaran adalah sangat penting dalam usaha
meningkatkan jualan
produk. Ketiadaan campuran pemasaran boleh menyebabkan
permintaan terhadap
produk yang dihasilkan tidak wujud. Ini kerana jika faktor yang
terdiri daripada empat
elemen yang utama iaitu produk, harga, lokasi dan promosi tidak
diambilkira, pengusaha
anyaman tidak dapat memberi maklumat kepada pengguna akan
kewujudan produknya.
-
9
Pengusaha harus sentiasa berwaspada tidak semua sumber bahan
semula jadi
yang wujud di negara kita ini mempunyai potensi untuk tujuan
kraftangan anyaman
kerana sumber semula jadi mungkin tidak bersesuai daripada aspek
ketahanan dan
keselamatan dan lain-lain faktor yang berkaitan, jadi
penyelidikan perlu dilaksanakan
terhadap sumber bahan semula yang dipilih.
Walaupun barangan kraftangan anyaman menarik dan bermutu tinggi
ia tidak
dapat dikeluarkan untuk pasaran dalam kuantiti yang banyak. Ini
adalah kerana
pengeluaranya terhad hanya dijual kepada orang luar yang
melancong. Boleh dianggap
di sini bahawa industri kraftangan anyaman di Melaka adalah
sedikit ketinggalan jika
dibandingkan dengan industri kraftangan anyaman yang bercorak
komersil di Filipina,
Negeri Thai dan Indonesia.
Selain itu, masalah-masalah yang menggugat dan membantut
usaha-usaha yang
dilakukan oleh pengusaha kraftangan anyaman di Melaka ialah
pegusaha kraftangan
anyaman sendiri mempunyai daya usaha yang kurang gigih untuk
meningkatkan jualan
kraftangan anyaman kerana tidak mempunyai modal yang mencukupi
dan hanya ingin
memenuhi masa lapang mereka, jadi semangat ingin maju turut
berkurang.
Sekarang terdapat banyak persaingan terhadap barangan kraftangan
anyaman.
Barang plastik telah mengambil alih tempat kraftangan anyaman
yang asli. Contohnya
tudung saji, tikar, kerusi diperbuat daripada plastik dan
diimport lebih mudah untuk
mendapatkannya dan membeli. (Jabatan Analisis Faedah Perbadanan
Pembangunan
Ekonomi Sarawak, 1990). Oleh demikian pengusaha kraftangan
anyaman hendaklah
menghasilkan barangan kraftangan yang unik dan bermutu tinggi
agar pengguna
memilih kraftangan anyaman daripada barangan plastik.
Pengeluaran kraftangan juga tidak stabil. Biasanya ia
dikeluarkan dalam kuantiti
yang sedikit dan kualiti yang kurang seragam. Ini disebabkan
pengusaha kraftangan
anyaman membuat anyaman mengguna tangan sendiri tanpa
menggunakan teknologi
jadi tidak mustahil barangan kraftangan yang dihasilkan adalah
sedikit dan mengambil
-
10
masa yang agak lama. Ini bermakna bahawa industri ini belum lagi
bersedia untuk
mencapai pasaran eksport (Jabatan Analisis Faedah Perbadanan
Pembangunan Ekonomi
Sarawak, 1990).
Pelancong datang ke Malaysia mempunyai banyak sebab seperti
bercuti,
melawat rakan dan saudara mara, urusan perniagaan, persidangan
dan lain-lain. Ketibaan
pelancong asing dan tempatan semakin bertambah dengan
peningkatan industri
pelancongan di Melaka. Salah satu cara pelancong memperingati
lawatan mereka ke
Melaka ialah mereka cuba mendapatkan barangan cenderamata.
Cenderamata berbentuk
kraftangan biasanya dibeli untuk sahabat handai di negara
mereka. Walau bagaimana
pun keadaan ini dipengaruhi oleh sejauh mana barang kraftangan
ini dapat menarik
pelancong untuk memilikinya (Ahmad Sarkawi, 1990).
Kebanyakan pengusaha kraftangan anyaman di Melaka tidak
mempunyai
pendidikan yang tinggi, pengusaha kraftangan selalunya
menghadapi masalah untuk
menjual hasil kraftangan mereka kerana mereka tidak didedahkan
cara pemasaran yang
banyak dan menguntungkan. Hasil kraftangan anyaman tidak memberi
pendapatan yang
lumayan, oleh itu pengusaha menganggap industri kraftangan
anyaman tidak
mempunyai potensi yang cerah.
Selain itu, kebanyakan pengusaha yang mengendalikan perusahaan
kraftangan
anyaman adalah terdiri golongan yang boleh dikatakan tiada
mempunyai kelulusan
khusus terutama dalam bidang sains dan teknologi (Chamhuri Siwar
et al:1988). Ramai
di antara pengusaha kraftangan memperolehi kemahiran dan
pengetahuan dari golongan
yang terdahulu secara informal (seperti memerhati dan cuba
meniru apa yang dilakukan
oleh ibu bapa atau nenek masing-masing). Proses pembelajaran
secara informal ini
hanya membolehkan pengusaha kraftangan anyaman itu meniru tanpa
mengetahui secara
mendalam apa tujuan proses dan teknik yang digunakan. Seterusnya
dengan berbekalkan
pengetahuan tersebut, mereka pun memulakan perusahaan tanpa
berusaha untuk terus
mempertingkatkan lagi pengetahuan teknologi dari semasa ke
semasa (Ahmad Tajuddin,
1990).
-
11
Pengetahuan-pengetahuan yang berkaitan dengan teknologi boleh
diperolehi
melalui media cetakan seperti jurnal, majalah serta media
elektronik pula seperti
televisyen dan radio, penyertaan dalam seminar, bengkel dan
kursus. Malangnya
pengusaha kraftangan anyaman belum sedar akan kepentingannya dan
tidak menghargai
faedah yang telah disediakan sebagai usaha untuk meningkatkan
jualan kraftangan
anyaman.
Jika dilihat kepada industri kraftangan anyaman di Melaka yang
telah dikuasai
sejak berpuluh tahun yang lampau adalah boleh dikatakan bahawa
tiada perubahan atau
pembaharuan ketara yang berlaku sehingga kini. Produk-produk
industri kraftangan
negara kita masih kekal dengan rekabentuk lama yang “stereotype”
(Ahmad Tajuddin,
1990). Begitu juga dengan kaedah atau proses pengeluaran
produk-produk tersebut. Cara
lama yang dipusakai turun temurun masih dipraktikkan tanpa
sebarang usaha yang
dibuat untuk mempertingkatkan kecekapannya. Oleh sebab itu,
perusahaan kraftangan
anyaman ini makin menurun. Di samping itu, Ahmad Tajuddin (1990)
menyatakan jika
dibandingkan dengan Negara-negara ASEAN yang lain seperti
Thailand, Indonesia dan
Filipina perusahaan kraftangan mereka berkembang dan
mengeluarkan rekabentuk
produk yang baru dan mampu bersaing dan menandingi barangan
kraftangan dari negara
kita.
Kebanyakan pengusaha kraftangan anyaman menganggap
pembungkusan
barangan kraftangan tidak begitu penting. Ini terjadi mungkin
disebabkan proses
pembungkusan adalah merupakan proses yang paling akhir di dalam
pengeluaran
produk. Oleh itu, kita sering melihat kebanyakan barangan
kraftangan anyaman di
pasaran mempunyai kemasiap atau pembungkusan yang tidak begitu
menarik.
Sejak kebelakangan ini, ramai pengusaha kraftangan telah
menyedari tentang
kepentingan kualiti produk tetapi masih ramai yang beranggapan
bahawa mengamalkan
kawalan kualiti akan meningkatkan kos pengeluaran dan seterusnya
tidak mendapat
pulangan yang tinggi. Sebenarnya pandangan ini sudah tidak
sesuai lagi apabila
usahawan di negara-negara maju membuktikan sebaliknya (Ahmad
Tajuddin, 1990).
-
12
Tambahan pula, pengusaha anyaman memilih tempat yang tidak
strategik iaitu
mendirikan gerai-gerai di tepi jalan yang kurang tumpuan orang
ramai, manakala ada
sesetengah pengusaha mendapat tempat jualan kraftangan di tempat
tersorok daripada
laluan orang ramai. Harga kraftangan juga tidak memberi kepuasan
terhadap pengguna
yang ingin membeli. Jadi pengusaha telah mengabaikan strategi
campuran pemasaran
dalam usaha meningkatkan jualan kraftangan anyaman.
Pada masa kini, minat generasi muda untuk mempelajari kemahiran
ini
bertambah merosot. Ini disebabkan menganyam memerlukan masa yang
lama, perlu
ketekunan serta kesabaran dan ia tidak mempunyai pasaran yang
tetap. Contohnya
penganyam tikar menghasilkan tikar pandan ini merangkumi semua
proses daripada
mengambil bahan mentah iaitu daun pandan liar hinggalah
memproses, mewarna dan
menganyam tikar. Proses ini mengambil masa di antara dua hingga
tiga minggu. Ini
menyebabkan ramai muda-mudi yang tidak meminati untuk
berkecimpung dan
meneruskan bidang ini. Kebanyakan mereka lebih suka berhijrah ke
bandar untuk
bekerja. Di sini nyata sekiranya kemahiran kraftangan anyaman
ini tidak diwarisi kepada
generasi muda kita, maka dengan perlahan-lahan akan pupus.
1.3 Pernyataan Masalah
Pengurusan campuran pemasaran yang cekap adalah sangat penting
bagi
memastikan produk yang dikeluarkan oleh pengusaha kraftangan
anyaman bersaing
dengan pengusaha kraftangan anyaman yang baru. Dengan hal yang
demikian,
kraftangan anyaman yang dihasilkan akan dapat dipasarkan dengan
meluas dan dapat
meningkatkan hasil jualan mereka.
-
13
Walaupun telah banyak program, usaha dan kemudahan yang
disediakan oleh
PKKM kepada pengusaha kraftangan anyaman bagi meningkatkan
jualan kraftangan
anyaman di Melaka, namun demikian masih ramai pengusaha
kraftangan anyaman
masih berada tahap yang sama di mana dari awal sehingga sekarang
tiada pembaharuan
atau pengubahsuaian yang dilakukan untuk meningkatkan jualan
kraftangan anyaman di
Melaka.
Oleh itu, satu kajian dijalankan bagi mengenalpasti usaha-usaha
yang dilakukan
oleh pengusaha kraftangan anyaman di Melaka untuk meningkatkan
jualan berdasarkan
strategi campuran pemasaran.
1.4 Persoalan Kajian
Bagi mencapai objektif kajian yang dijalankan, pengkaji merangka
lima
persoalan kajian dalam menjawab objektif kajian yang telah
ditetapkan. Persoalan kajian
berkaitan dengan usaha-usaha yang dilakukan oleh pengusaha
kraftangan anyaman di
Melaka untuk meningkatkan jualan berdasarkan strategi campuran
pemasaran adalah
seperti berikut:
i. Apakah usaha-usaha yang dilakukan oleh pengusaha kraftangan
anyaman dalam
aspek produk?
ii. Apakah usaha-usaha yang dilakukan oleh pengusaha kraftangan
anyaman dalam
aspek harga?
iii. Apakah usaha-usaha yang dilakukan oleh pengusaha kraftangan
anyaman dalam
aspek lokasi?
iv. Apakah usaha-usaha yang dilakukan oleh pengusaha kraftangan
anyaman dalam
aspek promosi?
-
14
v. Apakah usaha-usaha yang dilakukan oleh pengusaha kraftangan
anyaman di
Melaka untuk meningkatkan jualan berdasarkan strategi campuran
pemasaran
mengikut jantina?
1.5 Objektif Kajian
Tujuan kajian ini dilakukan untuk mengenalpasti usaha-usaha yang
dilakukan
oleh pengusaha kraftangan anyaman di Melaka untuk meningkatkan
jualan berdasarkan
strategi campuran pemasaran. Kajian ini mempunyai lima objektif
utama yang telah
dikenalpasti iaitu:
i. Mengenalpasti usaha-usaha yang dilakukan oleh pengusaha
kraftangan anyaman
dalam aspek produk.
ii. Mengenalpasti usaha-usaha yang dilakukan oleh pengusaha
kraftangan anyaman
dalam aspek harga.
iii. Mengenalpasti usaha-usaha yang dilakukan oleh pengusaha
kraftangan anyaman
dalam aspek lokasi.
iv. Mengenalpasti usaha-usaha yang dilakukan oleh pengusaha
kraftangan anyaman
dalam aspek promosi.
v. Mengenalpasti usaha-usaha yang dilakukan oleh pengusaha
kraftangan anyaman
di Melaka untuk meningkatkan jualan berdasarkan strategi
campuran pemasaran
mengikut jantina.