1.0PENGENALANPermainan tradisonal merupakan salah satu simbol
identiti sesebuah masyarakat, menerusi peredaran zaman permainan
tradisional yang bukan sahaja terdapat di Malaysia malah di seluruh
dunia mengalami proses asimilasi dan perubahan samaada dari segi
cara bermain ataupun peralatan yang digunakan. Sebagai contoh
permaian congkak yang mengalami proses perubahan kalau dahulunya
dimainkan dengan menggunakan tujuh buah pada setiap kampung, kini
permainan tersebut boleh dimainkan hanya dengan menggunakan tiga
buah sahaja.Sekiranya pada zaman dahulu permainan tradisional hanya
dimainkan oleh sesetengah golongan sahaja seperti golongan sultan
dan bangsawan, kini tidak lagi, permainan tradisional kini menjadi
salah satu wadah ataupun medium yang mampu mengeratkan hubugan
silaturahim antara masyarakat setempat misalnya. Oleh itu, bagi
Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) semester 5 ambilan
Januari 2013 untuk subjek elektif Pendidikan Jasmani kami diberikan
tugas untuk menghidupkan semula permainan tradisional yang kini
semakin hilang ditelan zaman akibat saingan dengan permainan
elektronik di pasaran, dan bagi tugasan tersebut kami telah memilih
permainan congkak untuk tugasan kami.
2.0SEJARAH ASAL USUL PERMAINAN CONGKAKPermainan congkak
merupakan permainan tradisional ataupun permainan rakyat yang
terdapat di negara kita dan beberapa negara Asia Tengggara seperti
Indonesia, Singapura dan Filipina. Walaupun permainan congkak sudah
lama diwarisi dan dimainkan sejak nenek moyang namun permainan ini
terdapat asal usulnya sebelum menjadi permainan Melayu tradisional
yang digemari oleh kaum wanita dan kanak-kanak negara kita pada
hari ini. Terdapat dua pendapat mengenai kedatangan permainan
congkak ke Asia Tenggara. Salah satunya, pendapat yang mengatakan
bahawa permainan ini berasal dari Afrika dan Arab. Walau begitu,
pendapat ini tiada bukti yang kukuh untuk membuktikan asal usul
congkak berasal dari Afrika. Namun, terdapat bukti kepingan batu
kapur yang dapat mengukuhkan pendapat tentang kedatangan permainan
congkak dari Arab. Bukti tertua ini merupakan kepingan batu kapur
yang mempunyai dua liang selari yang bertarikh semenjak 5000 hingga
7000 SM yang dijumpai oleh cari gali purba Persatuan National
Geographic di Jordan. Dari Arab, pedagang-pedagang Arab telah
menyebar permainan congkak ke Asia Tenggara. Di Asia Tenggara,
permainan congkak mungkin mula berkembang di Melaka yang merupakan
pusat perdagangan pada masa dahulu. Permainan congkak dimain oleh
golongan bangsawan di negeri-negeri Kesultanan Melayu dengan
menggunakan papan congkak yang berukir mewah untuk menunjukkan
status kehidupan mereka. Terdapat pelbagai papan congkak yang
diukir berbentuk ikan, angsa, ayam, biawak, naga yang diukir oleh
tukang pembuat congkak pada masa dahulu. (gambar pelbagai bentuk
papan congkak, sila rujuk lampiran ms.) Ukiran di badan papan
congkak lebih kepada corak geometri, flora dan fauna yang
menunjukkan kehebatan seni ukiran yang hebat pada masa dahulu.
Meskipun, rakyat jelata meminati permainan congkak, mereka hanya
mampu bermain congkak dengan mengorek lubang di dalam tanah
memandangkan mereka tidak berupaya memiliki papan congkak yang
mewah. Selain orang Melayu, keturunan peranakan India dan keturunan
BabaNyonya Melaka turut meminati permainan ini.Keseronokan bermain
permainan tradisional ini, telah dibawa ke peringkat yang lebih
tinggi lagi dengan adanya permainan congkak secara maya melalui
computer internet mahupun melalui telefon bimbit, sebagai contoh
syarikat membuat telefon bimbit Nokia telah memperkenalkan
permainan congkak dalam salah satu aplikasi permainan yang terdapat
dalam telefon bimbit keluaran mereka, permainan congkak diberi nama
bantumi dan mendapat sambutan hangat bagi semua lapisan
generasi.
3.0CARA BERMAINBerikut adalah CARA permainan congkak :i.
Permainan ini hanya melibatkan dua orang pemain sahaja. Dua orang
peserta berkenaan akan duduk berhadapan menghadap papan congkak.ii.
Permainan dimulakan dengan kedua-dua pemain serentak mencapai buah
di kampung masing-masing dan memasukkan buah satu demi satu di
dalam lubang kampung dengan pergerakan dari kanan ke kiri hingga ke
rumah dan kampung lawan iaitu mengikut arah pusingan jam.iii.
Gerakan diteruskan hingga buah yang terakhir pada tangan dimasukkan
dalam kampung kosong di kawasan sendiri atau lawan dan pemain
hendaklah berhenti, sekiranya buah itu jatuh atau mati di kampung
sendiri.iv. Pemain itu boleh menembak kampung lawan yang setentang
dengan kampungnya iaitu mengaut kesemua buah (jika ada) di dalam
kampung tersebut, hanya selepas membuat satu pusingan. Ini dikenali
sebagai tembak.v. Pihak lawan mengambil giliran meneruskan
permainan hingga buahnya mati.vi. Sekiranya buah terakhir jatuh di
dalam rumah sendiri, pemain boleh meneruskan permainan dengan
mengambil buah yang masih banyak di mana-mana kampung sendiri. vii.
Sekiranya buah terakhir jatuh di kampung kosong pihak lawan, maka
permainan itu mati di situ sahaja dan pihak lawan boleh memulakan
permainan seterusnya hingga mati.viii. Sekiranya tidak terdapat
sebarang buah di kampung pemain sungguhpun giliran berada
dipihaknya, maka giliran untuk menggerakkan buah akan berpindah
kepada pihak lawan.ix. Setelah tamat pusingan pertama, setiap
pemain mengisi semula kampung dengan buah congkak dan jika ada
kampung yang tidak cukup buah, ia dianggap 'terbakar'. Kampung ini
tidak boleh diisi apabila bermain pada pusingan yang kedua, ketiga
dan seterusnya hingga pihak lawan mengaku kalah.x. Di akhir
permainan, buah congkak dikira dari rumah masing-masing. Pemenang
adalah yang memiliki buah congkak terbanyak. Sekiranya jumlah buah
congkak sama banyak, maka pemain dengan jumlah kampung terbakar
terbanyak dikira kalah.xi. Permainan akan tamat sekiranya pemain
sudah bosan atau salah satu pihak pemain telak mengaku kalah.
4.0SYARAT DAN PERATURAN PERMAINAN CONGKAK SISTEM LIGA KALAH
MATISeiring dengan Kerja Kursus PJM3123E yang memerlukan kami
mempersembahkan permainan tradisional yang kami pilih dalam
Karnival Permainan Tradisional, kumpulan kami telah mengubah
sedikit peraturan permainan congkak dengan menggunakan sistem liga
kalah mati. Berikut merupakan peratusan bagi permainan congkak
sistem liga kalah mati.i) Permainan ini hanya melibatkan 2 orang
pemain untuk satu papan congkakii) Permainan hanya boleh dimulakan
sekiranya mendapat tiupan wisel ataupun isyarat daripada
pengadiliii) Pergerakan haruslah mengikut arah jamiv) Sekiranya
pemain telah memegang buah yang terdapat di kampungnya sediri,
pemain tersebut hendaklan menggunakan buah yang terdapat pada
kampung tersebut, dan tidak dibenarkan membuat pilihan baru.v)
Sekiranya pihak lawan secara tidak sengaja meletakkan buah di Rumah
pihak lawannya, buah tersebut dikira hangus dan markah akan
diberikan kepada pihak lawan.vi) Buah yang mati di kampung lawan
dan sekiranya di kampung pihak lawan tersebut tidak mempunyai buah,
giliran pemain akan tamat dan akan diberikan kepada pihak lawanvii)
Sekiranya buah mati di tempat sendiri dan kampung tersebut kosong,
dan kampung yang berlawanan mempunyai buah, pemain boleh mengambil
buah yang terdapat pada kampung tersebut dan dimasukan ke
rumah.viii) Pemain yang melebihi masa 3 saat untuk membuat
pergerakan akan dikenakan penalty dengan memberikan 3 buah kepada
pihak lawannya.ix) Pemain yang didapati menipu akan dibatalkan
penyertaan dan pihak lawan akan menang akan mara ke peringkat
seterusnya.x) Pertukaran pemain adalah tidak dibenarkan sama
sekalixi) Pemain yang menerima bantuan ataupun tunjuk ajar daripada
pihak luar akan dibatalkan penyertaanxii) Sekiranya terdapat soalan
ataupun kekeliruan, pemain dikehendaki menghubungi pengadil yang
bertugas.xiii) Di akhir permainan sekiranya berlaku seri pemenang
akan ditentukan dengan permainan one two sum.xiv) Keputusan
pengadil adalah muktamad.
2.0STRUKTUR DAN BAHAGIAN-BAHAGIAN PEMBENTUKKAN CONGKAKgambar 1 :
papan congkak
Dalam permainan congkak, terdapat dua bahagian utama iaitu papan
congkak dan buah congkak. Papan congkak berbentuk sampan dan boleh
diperbuat daripada pelbagai jenis kayu dan terdapat lima atau tujuh
lubang sebaris yang dikenali sebagai 'kampung' dan di kedua-dua
hujungnya terdapat lubang ibu yang dikenali sebagai 'rumah'.
Bilangan lubang kampung boleh ditentukan oleh tukang pembuat
congkak sehingga Sembilan lubang sebaris. Panjang papan congkak
tujuh lubang biasanya sekitar 80 cm dan lebarnya 18 cm.Kebanyakkan
papan congkak dibuat daripada kayu yang tahan dan sesuai diukir
seperti kayu merbau, keruing, balau, kayu rambutan, nangka dan
sebagainya. Congkak juga dihasilkan daripadalogamataupuntanahdi
kawasan pendalaman. Lubang kampung dan lubang rumah akan
menggunakan tempurung kelapa supaya tangan tidak kotor terkena
tanah dan selesa semasa memegang buah congkak. Namun, congkak yang
diperbuat daripada kayu agar berat dan susah dibawa ke mana-mana.
Oleh itu, congkak zaman moden kebanyakkannya diperbuat dengan
plastik keras, kayu mampat, dan dengan pelbagai jenis rekaan.
Congkak juga diubahsuai menjadi mudah alih (portable), dan boleh
dibimbit untuk dibawa ke mana-mana sahaja. Buah congkak juga
dikenali sebagai biji congkak. Lazimnya buah congkak menggunakan
bijiguli,buah saga, biji plastik, batu kecil, dan biji getah
mengikut kawasan masing-masing yang senang mengumpul biji tersebut.
Di kawasan yang berdekatan dengan sungai, kanak-kanak akan
mengumpul biji batu sebagai buah congkak, manakala kanak-kanak akan
mengumpul batu kerikil atau cangkang kerang sekiranya mereka
menetap di tepi laut. Oleh itu, buah congkak tidak mempunyai bentuk
yang tetap; apa-apa sahaja yang agak bulat dan sesuai boleh
digunakan.
GRAF JADUAL PERLAWANAN LIGA KALAH MATIPERMAINAN CONGKAKgambar 2
: Jadual perlawanan kalah mati
7.0PROSES SEBELUM PERTANDINGAN7.1Proses penyediaan alatanBagi
penyediaan alatan permainan congkak ini hanya memerlukan 3 alatan
utama itu :i) Papan congkakii) Buahiii) Papan permarkahan
i) Papan congkakMemandangkan pensyarah mengalakkan kami untuk
melibatkan semua pelajar untuk bermain permainan congkak, ahli
kumpulan kami telah memilih untuk membuat papan congkak yang
diperbuat daripada cup ataupun cawan kertas, kerana kos yang murah
dan papan yang dihasilkan lebih ringan meskipun mengambil masa yang
agak lama untuk menyediakannya, hasilnya kami sanggat berpuas
hati.
gambar 3 : susun cawan kertas 14 kampung 2 rumah
gambar 4: Gariskan dan gunting separuh cawan
gambar 5 : hasil yang telah digunting
gambar 6 : steplerkan kesemua sambungan
gambar 7 : papan congkak yang telah siap
ii) BuahBuah yang digunakan adalah batu kerikil, batu yang
dipilih mestikan bersaiz kecil dan muat dalam papan congkak selain
bersih daripada sebarang kekotoran seperti tanah.
gambar 8 : batu kerikiliii) Papan markah / jadual kalah
matidiperbuat daripada polisterin, kertas berwarna mengandungi nama
peserta dan pin.
gambar 9 : jadual kalah mati