Pelajar sekolahJ IPI jadi penyelamat sungai » Pelbagai aktiviti sempena Hari Sungai Sedunia pupuk nilai cintai- alam sekitar Oleh Noor Azlina Zainudin [email protected] !It Hulu Langat Seramai 150 ·peserta.daripada kalangan pelajar sekolah dan institusi pengajian tinggi (IPT) menyertai program Briged Penye- lamat Sungai (BPS) Nature Hunt sempena sambutan Hari Sungai ..Sedunia 2012, di sini. Mereka membabitkan pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM), Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS), Sabak Bernam dan Sekolah Me- nengah Kebangsaan (SMK)Cheras, berkampung sehari menyertai pel- bagai aktiviti berkaitan alam se- kitar dan pemuliharaannya. Program berbentuk ala ranca- ngan realiti televisyen Amazing Ra- ce itu antara lain merangkumi per- lumbaan dan aktiviti lasak yang dilaksanakan secara berkumpulan di 13 check point yang ditentukan. Elemen alam semulajadi Setiap aktiviti berpandukan ele- men alam semula jadi seperti hu- tan dan air bagi menguji ketaha- nan peserta dalam kecerdasan mental, fizikal, emosi dan spiri- tual. Pelajar PSIS, Muhammad Ta- qiuddin Azumi, 18,berkata dia ber- tuah diberi peluang menganggotai BPSyang baru dibuka keahliannya kepada pelajar IPT kerana sedar tanggung jawab memulihara alam sekitar adalah tugas semua pihak, terutama generasi muda seperti- nya. Katanya, program seperti Natu- re Hunt mampu membuka mata remaja untuk terus memupuk se- mangat cintakan alam sekitar, te- rutama sungai yang menjadi pun- ca utama bekalan air untuk ke- gunaan manusia. Rawat sungai tercemar .. Bagi pelajar kursus Sarjana Muda Pengurusan Alam Sekitar UPM,Nu- reidayah Hasim, 22, program itu banyak mengajarnya aspek disip- lin, kerjasama dalam kumpulan, komunikasi dan interaksi baik se- sarna- peserta serta menimba pengE'tahuan mengenai pencema- ran sungai dan cara merawatnya. "Aktiviti paling sukar bagi saya ialah terpaksa merentasi tasik da- lam kumpulan untuk menyudah- kan tugasan. "Ini disebabkan saya pernah hampir lemas ketika mengikuti ak- tiviti 'water confident' semasa ber- ada di Tingkatan Dua, lapan tahun lalu. "Syukurlah kerjasama yang baik dan kata-kata semangat yang di- berikan rakan sepasukan membo- lehkan aktiviti itu dilaksanakan de- ngan jayanya, sekali gus mening- katkan kembali keyakinan saya semasa berada dalam air," kata- nya. Program bermanfaat Sementara itu, pelajar SMKCheras, Nur Izzati Emalia Azhar, 15, me- nyifatkan program itu amat ber- manfaat kerana dia dan rakan ber- peluang mengisi masa terluang se- lepas menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) dengan aktiviti berfaedah. Katanya, pengalaman dan pengetahuan diperoleh sepanjang program sehari itu akan dipapar- kan dalam laman blog peribadinya supaya boleh dikongsi bersama ra- kan lain yang tidak berpeluang menyertainya. CC Program seperti Nature Hunt mampu membuka mata remaja untuk terus memupuk semangat cintakanalam sekitar, terutama sungatyang menjadi punca \ utama bekalan air untuk kegunaan . }/ manuslO Muhammad Taqiuddin Azumi, Pelajar PSIS